Monday, 19 May 2014

ARA & MR. PERFECT CAHPTER 2-3


BAB 2
Nama dia Jue

“Afif, you kata nak ke butik? Ini bukan jalan ke butik, ini jalan ke rumah you.” Ucap ku sebaik sahaja tiba di persimpangan jalan menuju ke rumah Afif.
Afif pandang aku seketika kemudian wajah di hala semula ke arah jalan raya.

“Ya, I tahu. Tadi mummy call suruh balik sekejap. Mummy kata, ada hal nak bincang dengan kita. Jadi, apa salahnya kalau kita jumpa mummy dulu. Lepas jumpa mummy,  kita pergi ke butik semula. Small matter kan?” Soalnya tersenyum nipis.
“Yelah.. tapi kan, mummy you nak apa eh?” soalku curiga.
“Entah!” Afif jungkit bahu.
Aku pula diam sejenak, berfikir tentang kemungkinan disebalik kemahuan ibu Afif yang mahu berjumpa. Sedangkan, aku tahu yang dia begitu ketara tidak menyukai gaya pemakaian ku.
Katanya lagi, perempuan seksi diharamkan menjejak kaki ke rumahnya. Perempuan seksi! Aku pandang diri sendiri, aku telek pakaian yang tersarung di tubuh.
Seluar pendek? Ya, aku sedang mengenakan seluar pendek dari fabrik yang lembut dan sedikit longgar. Aku selesa walaupun kelihatan terlalu singkat.
Aku pandang diri sendiri, kini aku baru tersedar yang aku sedang berada di dalam zon seksi. Semakin seksi di mata ibu Afif, semakin seksa aku menahan kebenciannya.
“Afif!” panggil ku pendek.
“Ada apa ni, Ara?” dia pandang aku sekilas. Kemudian, dia pandang semula ke arah jalan raya.
“I pakai seluar pendek, takkan nak jumpa mummy you dengan pakaian yang macam ni?” soalku cuak.
“You kan dah biasa.” Afif senyum mengusik.
“Afif, please....” aku merayu. Tidak mahu dia bergurau ketika aku merasakan nasib malang bakal menghantui hidupku selepas ini.
 “Don’t worry Ara... minggu lepas you beli baju kurung. Tertinggal dalam kereta I kan?”
“Baju kurung?” soalku kurang pasti.
“You beli baju kurung untuk pergi kenduri.. tak ingat?”
“Tak!”
“Oh, forget it! Apa kata you pakai baju tu.” Cadang Afif menguntum senyum ke arahku.
“Kan, tak bergosok? Takkan nak pakai baju berkedut?”
“Apa salahnya Ara, yang penting menutup aurat!”
“Yelah..” keluhku seraya menyandar tubuh ke penyandar kerusi penumpang.
Sebelum memasuki kawasan perumahan bakal mertuaku, Afif terlebih dahulu singgah ke stesen minyak. Di situ, aku menukar pakaian yang tidak cukup kain kepada pakaian yang lebih sopan. Lima belas minit berlalu, aku keluar dari tandas lalu mengorak langkah menuju ke kereta.
“So sweet...” puji Afif sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta. Dia tersenyum dan tidak lepas-lepas memandang hingga aku yang dipandang menjadi segan dengan tingkah-lakunya.
“Afif, lama sangat you pandang I.” Tegur ku tersipu malu.
“Manisnya tunang I..”  dia duduk senget seraya memandang tanpa jemu.
“Afif...” tegur ku lagi. Tertunduk malu bila diusik sebegitu.
“I serius.. you nampak cantik!”
“Okey.. I tahu I cantik bila berbaju kurung. Tambah-tambah baju kurung yang dibeli oleh orang yang I sayang.” Jadi, boleh kita gerak sekarang wahai Encik Afif?” Soalku diikuti senyuman mekar. Afif yang mendengar, segera menghambur tawa.
Okay my wife to be.” Balas Afif seraya mengenyit mata kirinya. Gatal!
**
“Cantik Ara hari ni?” Soal ibu Afif bersahaja. Aku tak tahu sama ada dia memuji atau memerli aku yang berbaju kurung. Biasanya, bakal ibu mertuaku akan memerli bila melihat pakaian yang tidak cukup kain melekat di tubuh. Hari ini, aku tak pasti sama ada dia memuji atau memuja. Atau kedua-duanya memang tiada kaitan.
“Terima kasih aunty.” Balasku pendek. Afif hanya memandang dari jauh, dia sedang seronok melayan game, manakala aku ditinggalkan melayan ibunya yang cerewet.
“Aunty.. hantaran ni untuk Ara ke?” soalku buat-buat bertanya. Sebenarnya mahu menutup rasa sepi dan sunyi ketika ini. Dia pula asyik senyap dari tadi. Tak tahu kenapa!
“Aunty,” seru ku pendek.
“Herrmm..”  sahut ibu Afif tanpa bicara. Sibuk memotong reben.
“Err.. Ara pilih tema biru.”  Ucap ku walaupun dia tidak bertanya.
Dia senyap dan masih fokus memotong reben. Sikit pun tak pandang aku yang sedang duduk bertentangan dengan dirinya.
“Aunty...”
“Ara.. boleh tolong senyap sekejap. Aunty tengah buat kerja.” Gumamnya buat aku tersentak. Jadi untuk apa dia panggil aku ke mari jika tiada sebab. Pelik!
 “Mummy... kenapa ni?” soal Afif bernada lembut. Dia yang tadi sedang melayani game, meninggalkan semuanya dan datang mendekati. Perlahan-lahan aku lihat Afif melabuhkan punggung bersebelahanku. Berkongsi duduk di kerusi jati yang sama.
Ara, are you okay?” soal Afif berbisik.
“Yup, I okey.” Balasku mengangguk sekali.
“Afif.. Ara... kalau mahu bermanja sekalipun, tunggu bernikah dulu. Tak malu ke berbisik-bisik depan orang tua?” Selar bibir itu sekali lagi berjaya membuatkan hatiku tersentap. Ada sahaja salahnya. Berbisik pun dikatakan bermanja? Haishh..
“Mummy, ada apa mummy panggil Afif dengan Ara ni? Ada hal penting ke?”
“Ada!” sahutnya pendek.
“Mummy, nak cakap apa? Tentang majlis atau soal kami?” Soal Afif berhati-hati. Mood ibunya tampak tidak begitu baik.
“Kedua-duanya bukan!”
“Habis, kalau bukan soal kahwin soal apa pulak?”
“Mummy nak minta tolong Afif, hantarkan Jue balik..”
“Jue? Jue, tu siapa?” Soal Afif ingin tahu, aku juga seribu kali ingin tahu tentang Jue. Siapa gerangan insan bernama Jue, dan mengapa Afif yang diwajibkan menghantar gadis itu pulang. Macamlah tak ada orang lain yang boleh diharapakan. Tu ha, Mat ada... dia pun boleh hantar Jue balik. Dia kan driver!
“Jue.. dia student mummy.”
Who is she? Afif tak kenal!”
“Yang Afif terlanggar dekat shopping mall tengahari tadi.” Gumam bibir itu seraya menjeling tajam ke arahku. Sah, wanita ini sudah melihat pemakaian ku yang agak keterlaluan. Ah, masaklah!
“Nama dia Jue... jadi mummy nak minta tolong Afif hantarkan dia balik. Lagi satu, Ara tak payah ikut. Ada sesuatu yang aunty nak bincang dengan Ara.


BAB 3
Tak perlulah Ara hasut Afif. Aunty yakin, Afif akan dengar kata aunty!”

Sebaik Afif keluar dari perkarangan rumah, aku segera mendekati ibu Afif. Wanita itu asyik dengan kerjanya.
“Aunty, boleh Ara tanya sikit.” pinta ku lembut.
“Ara nak tanya apa? Tanyalah.. kalau boleh aunty jawab, aunty akan jawab!”
“Jue tu siapa, ya aunty?”soalku sekadar bertanya.
“Jue?” Ibu Afif angkat wajahnya seketika. Kemudian dia tersenyum dan kembali menundukkan wajah menancap kerja-kerjanya.
“Jue tu Student aunty.”
“Oh... tapi, Ara tak nampak pun dia?”
“Jue ke spa. Aunty suruh Afif jemput dia dekat sana. Kawasan tu susah nak dapat teksi, jadi aunty minta tolong Afif hantarkan ke rumah.” Gumam Ibu Afif buat hatiku cemburu. Ala perempuan mana tidak cemburu, kalau tunangnya disuruh berjumpa dengan perempuan lain. Tambah-tambah perempuan tu serba serbi sempurna!
Suasana hening seketika, aku masih lagi cemburu dan cuba membendung perasaan sendiri.
“Ara..” Nada suaranya tidak terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah.
Aku yang mengelamun, segera memandang ke arahnya. Senyuman ku ukir mesra, berusaha memaniskan wajah sendiri dan menghalau rasa cemburu yang singgah ke hati.
“Herrm?” sahutku ringkas.
            Ibu Afif pandang wajahku sekilas, sebelum kembali fokus dengan kerjanya. Hanya bibir sahaja yang berbicara, anak mata tidak sedikitpun memandang aku yang duduk berhadapan dengan dirinya.
            “Ada sesuatu yang aunty nak beritahu pada Ara.” Ucapnya perlahan.
Tiba-tiba aku rasa berdebar seperti di awal-awal tadi.
 “Tentang apa tu, aunty.”  Sahutku ingin tahu.
Ibu Afif diam seketika. Beberapa saat kemudian, dia melontar kata.
            “Ara tahukan, Afif satu-satunya anak lelaki aunty?” kenyataan yang telah lama aku tahu, kini diperdengarkan. Pelik, entah apa tujuan dia bertanya. Aku tak tahu. Namun perlahan-lahan aku mengangguk juga demi menjawab pertanyaannya.
“Ara tahukan.. Afif tak ada adik beradik lain, selain Qistina?”
Aku angguk lagi, ya Afif tak ada adik beradik selain daripada Qistina. Qistina sebaya dengan aku. Cuma dia belajar di luar negara, aku pula menuntut di universiti tempatan.
Bercakap tentang Qistina, aku belum pernah bertemu dengannya. Afif kata, Qistina belajar di Rusia dan tinggal dua tahun saja lagi untuk menghabis ijazahnya. Daripada gambar yang pernah Afif tunjukkan, Qistina seorang yang tinggi lampai dan bertudung. Afif sering kali meminta aku berpakaian seperti Qis. Kata Afif, fesyen Qistina kelihatan ranggi, bergaya tetapi masih menutup aurat. Itu yang dia mahukan!
“Ara.. Lepas Ara kahwin, Afif akan ke Rusia. Aunty nak minta tolong Afif tengok-tengokkan Qis dekat sana.”
Ibu Afif menuturkan sebaris perkataan yang susah untuk aku faham. Kenapa Afif yang perlu ke Rusia, sepatutnya sesudah kahwin, pastilah dia bersama dengan aku. Dia perlu menjaga aku, bukan menjaga Qistina.
“Maksud aunty? Ara pun perlu ke sana?” Soalku berhati-hati.
“Terpulang pada Ara..” jawabnya acuh tak acuh. Aku diam sejenak, berfikir tentang sesuatu. Jika aku mengikut Afif ke Rusia, sudah tentulah pelajaran akan terganggu dan aku perlu menangguh pengajian. Jika aku menolak untuk ke sana, sudah tentu aku yang akan berjauhan dengan Afif.
“Tapi aunty, Ara belum habis study. Macam mana Ara nak ikut Afif?” soalku pendek. Harap-harap ibu Afif faham keadaan aku yang belum tamat belajar. Ada satu semester yang masih bersisa sebelum aku genggam segulung ijazah yang selama ini aku impi-impikan.
“Ara.. aunty dah cakap, terpulang pada Ara. Yang pasti, Afif akan ke sana.”
Aku tak setuju, mengapa pula Afif yang perlu ke sana. Qistina sudah besar panjang, takkan mengharapkan orang lain untuk menjaga diri dia. Aku tak setuju, betul-betul tak setuju!
“Aunty... Ara rasa tak perlu Afif ke sana. Lagipun, Qistina kan dah besar panjang. Mesti Qis boleh jaga diri sendiri.” Ucapku berterus terang tentang apa yang aku rasa.
Ketika ini jugalah, aku lihat tangan yang ligat memperkemaskan hiasan kotak hantaran, terhenti dengan tiba-tiba. Dan perlahan-lahan ibu Afif angkat wajah dan menancap wajahku.
“Ara, mengajar aunty?” soalnya perlahan namun sinis bagiku.
“Err.. bukan macam tu aunty.” Balasku sedikit gelabah. Cepat-cepat aku nafikan. Sungguh, tak pernah seumur hidup, aku mengajar orang. Tambah-tambah orang itu adalah bakal ibu mertua aku sendiri. Tak berani!
“Ara minta maaf aunty, bukan niat Ara mengajar aunty.” Aju ku cuba meredakan hatinya yang mungkin tersinggung. Aku senyum namun ibu Afif  tidak membalasnya. Dia hanya menundukkan wajah, kembali membelek kotak hantaran yang sudah dihias. Dingin seperti selalu.
“Afif akan ke Rusia. Seminggu selepas majlis bertandang.”
“Tapi aunty... masa tu Ara kena study. Final exam dah dekat.” Ya, seminggu selepas majlis bertandang, aku akan sibuk dengan minggu mengulangkaji. Study weeks! Seminggu selepas itu, aku akan menduduki peperiksaan semester lima. Lulus semester lima, aku akan naik ke semester enam dan mengakhiri pengajian tidak lama lagi. tak sanggup menangguhkan pengajian yang berbaki hanya satu semester. Rugi rasanya!
“Keputusan aunty muktamad! Afif ada tanggungjawab terhadap Qistina walaupun Afif sudah berkahwin dengan Ara.” Tegas ibu Afif membisukan aku yang boleh bercakap. Tegas benar nadanya.
“Tak perlulah Ara hasut Afif. Aunty yakin, Afif akan dengar kata aunty!”
Hasut? Belum pernah lagi aku menghasut Afif. Ini tuduhan berat! Namun aku tahu, ibu Afif bimbang aku akan menjadi penghalang kemahuannya.
“Aunty yakin, Afif akan ikut cakap aunty. Jadi, Ara bersedialah tinggal di sini hingga tamat belajar. Lepas Ara dah dapat degree, terpulanglah sama ada Ara nak ikut ataupun tidak. Yang aunty tahu, apa pun terjadi Afif tetap akan ke Rusia.” Ucap ibu Afif lagi.
Aku yang tiada pilihan, hanya mampu menarik dan menghela nafas. Tak tahu nak kata apa. Kalau orang tak suka, pasti ada saja yang tak kena.
Takpelah, nanti aku beritahu pada Afif tentang rancangan ibunya. Pasti Afif pun tak tahu tentang perkara ni lagi. Jika dia tahu, aku yakin yang  Afif takkan setuju dengan keputusan mummynya.


6 comments:

  1. afif.....akn berubah ker perasaan dihati?sape gadis disisi mummy afif...nengok barang pengantin plak tuh...cian gak ara...cam ade yg tk kena jer....suspen....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIHI SUSPEN ek kak... hikhikhik tunggu tau :)

      Delete
  2. Oh no jgn ada rintangan yg berat2 ye aulia ...cia ara

    ReplyDelete
  3. Jeng jeng jeng.. Siapakah gadis itu?

    ReplyDelete

There was an error in this gadget