Wednesday, 2 March 2016

PUJAAN HATI KANDA BAB 5

Asslamualaikum darlings.... here Pujaan Hati Kanda... dulu pernah guna tajuk Lelaki Mata Keranjang, Okey layan bab 5 & 6.. nak order cpt2 Pm Aulia Iman.. maklumat pemesanan ada di akhir halaman. okey layannnn :)




BAB 5
Sedang mereka berjalan beriringan menyusur trek pejalan kaki di tepi jalan raya, bunyi hon kereta menampar gegendang telinga. Serentak itu, kedua-duanya menoleh.
Cermin BMW bewarna merah garang dilihat turun perlahan-lahan.
“Excuse me, boleh kita bercakap sekejap!” tutur lelaki di dalam sana. Memanjangkan leher menjengul dua orang gadis yang sedang berjalan di luar.
“Tiara, siapa tu? Dia nak culik kita ke?” wajah cemberut Fazreena sudah terlakar di segenap wajah.
“Kalau dia culik kita, apa yang dia dapat?” soal Tiara pula.
“Kita kan cantik, manalah tahu dia nak jual kita ke apa ke?” teka Fazreena masih sempat membangga diri.
“Ish, takkan kut!” bibir Tiara tersungging dengan senyuman. Lucu!
“Just giving me a ten minutes. Ada perkara yang I nak discuss?”
“Discuss?”
“Yep! Wait…” BMW merah dipandu sedikit ke hadapan lalu diberhentikan di bahu jalan. Selang beberapa saat, pemandu tadi keluar dari perut kereta lalu berpusing lantas menapak menghampiri mereka yang masih berada di belakang.
“My name Megat Danish! You all boleh panggil Danny.” Tangan dihulur untuk berjabat. Namun, dengan senyuman nipis, Tiara dan Fazreena menggeleng perlahan.
“Opps sorry, bukan mahram! Tak boleh bersalam.” Senyum senget lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Danny tersapa di ruang mata.
Melihat pandangan aneh di riak wajah kedua-dua gadis di hadapannya itu, Danny segera menyusun kata. “Cik berdua boleh perkenalkan diri? Senang sikit I nak panggil.”
Fazreena merenung Tiara sejenak sebelum menjawab ringkas. “Saya Fazreena, panggil Reena. Dan yang ni kawan saya, Tiara.”
“You all baru berhenti kerja’kan? Tadi I nampak apa yang berlaku di restoran tu. I tumpang simpati.” Tutur Danny berhati-hati.
Fazreena dan Tiara diam membatu diri. Memikirkan figura lelaki yang menyapa. Sebaik memorinya terpanggil, Fazreena menjingkit kaki lalu mendekatkan bibir di telinga Tiara.
“Eh, ni bukan mamat handsome dekat restoran tadi ke?”
“Haah, dia lah orangnya! Dia nak apa?” bisik Tiara juga perlahan.
“Err.. boleh tak kalau kita bincang dekat tempat yang lebih selesa?” sapu tangan berjalur halus dikeluarkan dari poket hadapan baju kemejanya lantas dahi yang berpeluh disimbah terik matahari, diseka perlahan-lahan.
“Dekat mana?”
“Kopitiam! Boleh tak?”
Fazreena dan Tiara saling berpandangan.
“Amacam? Boleh? I tak culik you all. Trust me.” aju Danny sekali lagi cuba menyakinkan.
“Erm.. bolehlah!” sahut Fazreena membuat keputusan hingga Tiara yang mendengar, menyiku perlahan.
“Kalau dia apa-apakan kita macam mana?”
Mendengar apa yang disebut oleh Tiara, bibir Danny cepat-cepat membalas. “Don’t worry pretty ladies. I takkan apa-apakan you all. Trust me.”
“Kalau macam tu, kami setuju. Tapi janji, jangan apa-apakan kami.” Ujar Fazreena seraya mengunjuk jari telunjuk sebagai amaran mesranya.
“Ya, I takkan apa-apakan you all. Jom, masuk dalam kereta. Kita ke kopitiam, dekat sana I akan explain apa yang I harapkan dari both of you.” Senyuman Danny tersungging manis. Persis dirinya sudah dipertemukan dengan dua bidadari yang sudi membantu dia yang dibelenggu kesulitan.
“Jomlah.” Ajak Fazreena seraya mengatur langkah mengekori jejak Danny yang sudah hampir ke keretanya.
“Kau tak takut?” Tiara masih berbisik. Ragu-ragu dengan keputusan yang diambil oleh sahabatnya itu. Tambahan pula mereka tidak mengenali lelaki ini, dah mengapa begitu mudah mereka menuruti kehendak jejaka tinggi lampai ini.
“Tiara, tak mungkinlah dia nak buat jahat! Dari apa yang aku nampak, dia ni macam lelaki yang baik-baik. Entahlah, aku tak boleh nak komen lebih-lebih. Yang pasti, air muka dia bersih! Lagipun, kalau dia nak buat jahat.. kenapa dia pilih kita?” soal Reena buat Tiara terdiam sejenak. Benar juga kata-kata Fazreena, jika lelaki itu berniat jahat, masakan mereka pula yang menjadi mangsa. Bukannya boleh dapat apa-apa pun!
“Silakan.” Bersama anggukan Fazreena dan Tiara memboloskan diri ke dalam perut kereta. Manakala Danny pula sudah selamat duduk di bahagian tempat duduk pemandu.
“Kami duduk di belakang. Tak mengapakan?” soal Reena sambil memandang Tiara yang duduk di sebelahnya.
“It’s okay! I tak kisah!” sahut Danny sambil tersenyum memandang cermin pandang belakang. Kedua-dua gadis ini persis gadis naif, namun kenaifan yang dipertontonkanlah membuatkan hatinya terpikat untuk menjadikan keduanya pengasuh untuk si kecil bernama Rara Dhiyani.











BAB 6
            “Jemput makan! Sambil makan bolehlah kita discuss.” Pelawa Danny tenang memerhatikan raut wajah keduanya.
            “Saya rasa lebih baik Encik Danny explain perkara yang encik nak discuss’kan tadi.” Kami dah tak sabar nak tahu apa yang encik nak bincangkan.” Tutur Fazreena meminta agar perbualan santai itu menjurus kepada topik utama perbincangan mereka.
“Baiklah, kalau itu yang you all nak tahu. I boleh explain. Tapi, I harap you all tak terkejut!”
“Maksud encik?” Tiara pula mempersoal. Seram sahaja nada yang dilantunkan oleh Danny. Hish, janganlah mereka diapa-apakan! Simpang malaikat 44!
“Tapi sebelum kita bercakap lebih lanjut, you all boleh panggil I dengan panggilan Danny, atau kalau you all rasa tak selesa.. boleh saja panggil abang.” Perlahan-lahan belakang tubuh di sandarkan di penyandar kerusi menanti respon kedua-duanya.
Tiara pula mengangguk faham. Ada benarnya, takkan dia nak biarkan Danny ber’cik dengan dirinya sepajang masa. Persis berada di majlis formal pula. “Kalau macam tu, boleh panggil saya Tiara, dan kawan saya ni Reena. Kami berdua housemate.” Terang Tiara pendek.
“Oh, I see.” Angguk Danny seraya memandang jus oren miliknya. Dengan bersahaja, dia menyentuh penyedut minuman di dalam gelas lalu dikacau perlahan-lahan. Beberapa saat kemudian, wajah diangkat dan kedua-duanya diperhatikan. 
“Okey Tiara dan Reena, sebenarnya saya ada satu masalah dan perlukan pertolongan. Saya harap, awak berdua sudi membantu.” Dengan sekali lafaz kata-kata itu dilontar tenang. Huh, lega rasanya!
“Tolong apa ni Encik Danny?” Tanya Tiara masih selesa menyebut perkataan encik di pangkal nama lelaki itu.
Dek panggilan itu, bibir Danny terus sahaja tersenyum. “Panggil saja Danny, tak perlu ber’encik-encik.  Nak panggil abang pun boleh. Saya percaya, saya lebih berusia daripada awak berdua.”
“Abang?” Reena sudah tayang wajah loya. Yelah, sebagai satu-satunya anak perempuan di dalam keluarga yang dikelilingi empat orang abang, dia merasa tidak wajar memanggil lelaki lain selain daripada abang kandungnya dengan panggilan abang. Hish, kekok rasanya!
“Kenapa? Tak selesa? Kalau tak selesa, panggil sahaja Danny.” Balas Danny ketawa kecil hingga membuatkan si gadis yang mempersoal, menunjukkan senyuman senget.
“Saya tak biasa!”
“It’s okay! Take your time Reena.”
“Thanks.” Ucap Reena disusuli dengan anggukan kecil. Beberapa ketika kemudian, suasana menjadi hening. Enggan membuang masa, Tiara bingkas bertanya tentang tujuan lelaki itu membawa mereka berdua ke kopitiam yang semakin dipenuhi oleh para pengunjung.
“Tadi Encik Danny ada sebut tentang pertolongan. So, pertolongan macam mana yang encik perlukan?” aju Tiara masih belum bersedia memanggil lelaki itu dengan panggilan abang ataupun menyebut nama lelaki itu di dalam perbualan mereka. Cukuplah sekadar berencik di awal-awal perkenalan.
“Sebenarnya saya nak minta tolong pada awak berdua untuk jagakan baby!” terang Danny buat kedua-duanya tersentak.
“Jagakan baby? Baby siapa? Anak awak ke?” Fazreena pula menyoal bertubi-tubi.
“Eh, bukan! Bukan anak saya.” Cepat-cepat dia menggeleng. Jatuh sahamnya andai pengakuan itu dibuat. Ah, berahsia itu lebih baik daripada berterus terang lalu mengaibkan diri sendiri.
“Habis, anak siapa?”
“Anak kawan saya. Dia.. dia…. Erm, sebenarnya saya perlukan pengasuh!” Danny tukar topik. Tentang anak siapa si kecil itu, dan bagaimana dia dan bayi tersebut bertemu, itu semua tidak perlu dinyatakan. Dia hanya memerlukan pengasuh untuk menjaga bayi yang berusia dua bulan itu dengan sebaik mungkin sementara penyiasatan dilakukan. Itu sahaja!
“Oh, macam tu! Habis, kemana mak dan ayah baby tu?” Tiara menyoal ingin tahu.
“Ayah baby tu kerja dekat oversea, berlayar! Mama dia pula sakit! So, buat sementara waktu ni saya carikan penjaga untuk baby tu.” Nada yang terlontar kedengaran yakin walaupun dia sendiri tidak tahu asal usul keluarga Rara dan juga ibu kepada si kecil itu. Ah, persetankan! Masalah utama adalah mencari pengasuh Rara. Yang selebihnya tidak perlu difikirkan lagi.
“Saudara-mara dia pula? Takkan tak ada?” Fazreena pula mengajukan soalan yang memerangkap Danny. Pelik! Takkan si kecil itu tidak punya datuk dan nenek. Atau paling tidak sekalipun, bapa dan ibu saudara.
“Actually, member saya tu anak yatim piatu. Bertemu pun di rumah anak yatim dan berkahwin pun di sana. Cuma selepas kahwin, suaminya bekerja di atas kapal dan kawan saya ni pula sakit dan ditahan di wad.” Gumam Danny membalas perlahan. Memberi jawapan selamat yang dia sendiri tidak tahu kebenarannya.
“Oh, kesiannya baby tu. So, apa yang perlu kami buat?” giliran Tiara pula bertanya. Entah mengapa, rasa simpati ke atas bayi tersebut datang dengan sendirinya.
“Saya nak minta Tiara dan Reena jadi pengasuh sementara. Boleh?”
“Tapi kami student! Mana ada masa nak buat semua tu.” Tanpa diduga, jawapan Reena buat Danny terkedu seketika. Betul juga kata gadis berambut separas leher ini. Nama pun student? Bolehkah bahagikan masa menjadi pengasuh kepada si kecil yang kini ditinggalkan bersama Kasyah.
“Sementara sahaja! Since kawan saya tu dah sedar, dah pulih.. saya akan serahkan baby tu pada yang ibunya. Please!” rayu Danny bersungguh-sungguh.
“Errm….”
“Sekejap je! Saya janji, bila kawan saya tu sedar, saya akan serahkan semula baby tu pada dia. Buat masa ni, saya tak ada pilihan. Hanya awak berdua sahaja tempat saya bergantung harap.” beritahu Danny tentang kesulitan yang ditanggung sejak kemunculan Rara didalam hidupnya.
“Saya tumpang simpati. Tapi, kami tak boleh nak tolong! Siang malam ada kuliah, macam mana nak jadi pangasuh.” Terang Tiara ringkas. Harapannya agar Danny mengerti tentang kehidupan sebagai seorang pelajar yang sentiasa sibuk dengan tugasan dan juga kuliah yang wajib dihadiri.
“Awak berdua ambil kos yang sama??”
“Tak!” sahut kedua-duanya serentak.
“Good!”
“Maksud awak?” Tiara menyoal.
“Bergilir-gilir jadi pengasuh Rara, boleh tak?” soal Danny dengan kening terjongket sebelah.
“Apa? Bergilir-gilir?” berkerut dahi Reena mengulangi semula kata-kata lelaki di hadapannya.
Danny mengangguk perlahan. “Ya! Saya terpaksa buat semua ni. Saya harap sangat Tiara dan Reena dapat membantu. Hidup dan mati saya bergantung kepada kesudian awak berdua.”
“Hah? Kenapa sampai macam tu sekali? Seram pula saya dengar.” Apabila menyebut soal hidup dan mati, hati keduanya rasa tidak keruan. Ish, mamat ni ada buat jenayah ke apa?
“Jangan salah faham. Sebenarnya, saya bekerja…” Danny telan liur sebelum menyambung kata-katanya yang terhenti. “Kerja saya tak menentu. Kadang-kadang outstation. Kadang-kadang balik lewat! Dan ada masanya, saya terpaksa bermalam di pejabat atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Jadi, waktu untuk saya menjaga baby tu terlalu terhad. Takkan saya nak bawa baby tu ke ofis? Kesiankan pada baby tu? It is right?”
Tiara dan Fazreena senyap.
“Saya betul-betul tak ada pilihan.” Ujar Danny tunak memerhatikan raut keduanya.
Tiara masih lagi terdiam, namun Reena pula sebaliknya. Bibir mungil bersaiz kecil itu segera melontar pertanyaan.
“Apa kata awak hantar ke nursery? Tak pun minta isteri awak yang jagakan baby ni? Pasti dengan penjagaan isteri awak, kebajikan baby tu akan lebih terjaga. Maklumlah, kami ni bujang! Belum berkahwin dan tiada pengalaman menjaga bayi.” cadang Reena selang beberapa saat kemudian. Sengaja dia menggunakan frasa isteri, dengan tujuan untuk mengetahui sama ada lelaki berwajah kacak ini sudah berkahwin ataupun belum.
Dek kerana pertanyaan Reena, tawa kecil Danny meletus. Dia menggeleng sebelum menjawab ringkas. “Isteri? Kahwin pun belum, macam mana nak ada isteri?” Sangkal Danny pendek. Tahu sangat taktik Reena. Nak tahu status dia’lah tu.
“So macam mana? Boleh accept my request?”
Tiara menghela nafas sebelum memberi jawapan. “Kami tak boleh nak jaga baby tu.. kami student dan kami perlu buat kerja part time untuk cari duit poket. Kalau kami jaga baby tu, macam mana kami nak berkerja dan dalam masa yang sama perlu attend kuliah yang tak menentu tu?”
“Saya akan bayar upah untuk kerja mengasuh baby ni. Anggaplah ini sebagai salah satu kerja part time untuk awak berdua.”
“Maksudnya?” Tiara ingin tahu dengan lebih jelas lagi.
“Saya akan bayar gaji untuk awak berdua sekiranya sudi jaga baby ni. Soal pampers, susu dan segala keperluan baby ni, tak perlu risau kerana saya yang akan tanggung kesemuanya. Awak berdua hanya perlu jaga baby ni dengan baik. Itu sahaja.”
“Berapa yang awak mampu bayar?” duga Reena masih sempat melirik pada jam dipergelangan tangan kiri Danny. Wah, jenama mahal tu! Tak mampu dia nak beli.
“Buat masa ni, berapa banyak gaji part time yang awak berdua terima?”
“750 sebulan!” sahut kedua-duanya serentak.
“Okey.” Danny mengangguk perlahan. “Apa kata saya bayar 1500 seorang. Sekali ganda dari gaji sambilan yang awak berdua terima sebelum ni. Tapi dengan syarat, baby ni harus tinggal dengan awak berdua. Siang dan malam. Bermakna, awak berdua kena bergilir-gilir untuk jaga baby ni.” Terang Danny satu persatu tentang syarat menjadi pengasuh Rara. Bukan mahu lepas tangan, tetapi ini adalah satu-satunya cara untuk memastikan Rara terjaga dan terpelihara.
“Boleh?” mata bundar Danny merenung wajah dua gadis manis ini dengan harapan kata-kata positif meniti di bibir kedua-duanya.
Tiara dan Fazreena saling berpandangan. Mencari persefakatan. Dan kerana tindak balas sebegitu, Danny cepat-cepat menawarkan sesuatu yang dilihat sebagai kesungguhannya mendapatkan khidmat gadis-gadis ini.
“Saya akan beri kad kredit untuk awak. Tapi limit kad kredit ni hanya 5000 sahaja. Gaji awak berdua, pampers, susu, perubatan dan juga segala keperluan baby termasuk dalam nilai kad kredit ni.” Sekeping kad kredit tertera perkataan Visa dikeluarkan dari wallet sebelum diletakkan di atas meja dan ditolak ke arah keduanya.
“Kad kredit?” soal Reena hampir tidak percaya. Belum mula kerja, kad kredit sudah pun ditawarkan. Hesy, ni yang buat mata hitam bertukar menjadi kelabu.
“Menarik kan?”
Tiara dan Reena tidak terus menjawab, hanya bahasa mata yang sedang berbicara.
“Saya harap awak setuju dengan tawaran saya. Saya beri awak kerja, dan awak berdua bantu saya jaga baby Rara. Deal?”
“Wait.. misal kata baby ni sakit? Macam mana kami nak uruskan? Kami tak ada transport! Takkan nak naik bas kot?” Reena bertanya lanjut. Yelah, jika berlaku perkara tidak diingini, bagaimana pula untuk mereka pergi mendapatkan bantuan.
“Jika baby tu sakit, atau ada apa-apa kecemasan, awak berdua boleh call saya secepat mungkin dan saya akan berusaha untuk datang. Andainya saya tak dapat beri komitmen, saya sibuk atau berada di luar kawasan, saya harap awak berdua boleh cari alternatif lain dengan menelefon teksi.”
            “So, tambang teksi tu siapa pula nak bayar?” soalan kedua Reena buat senyuman Danny tersungging.
            “Saya yang akan bayar! Awak minta resit, nanti claim pada saya.” Senyuman Danny terlukis lagi saat melayan pertanyaan si gadis manis di hadapan matanya kini. Banyak soal dan terlalu berhati-hati.
“Berapa lama kami perlu jaga baby ni?” dalam tidak pasti menerima atau menolak tawaran ini, Tiara pula menghambur pertanyaan.
“Sehingga ibu baby tu sihat atau ayah baby tu pulang ke sini.”
“Agak-agak berapa lama?” soal Reena.
“Saya sendiri t ak pasti. Tapi awak berdua jangan risau, Insya-Allah setiap minggu saya akan datang lawat baby ni. So, macam mana? Setuju?”
Tiara dan Reena saling berpandangan.
“Diam tandanya setuju, so kita proceed ya!” tukas Danny membuat keputusan segera agar keraguan kedua-duanya tidak menjadi punca segala yang diperbincangkan menjadi sia-sia.
            “Proceed?”
            “Yep! Nanti saya akan bawa Rara kepada awak berdua.”
            “Bila?”
            “Malam ni. Oh sebelum terlupa..” Danny menyentuh dagu sebelum menghambur kata-kata berikutnya. “Awak berdua tinggal di mana?”
            “Kami tinggal di flat PKNS. Dekat area Seksyen Tujuh juga. Menyewa!”
            “Berapa ramai menyewa?”     
            “Tinggal kami berdua je. Yang lain buat perangai, keluar dari rumah walaupun kontrak belum tamat.” Adu Reena masih tidak puas hati dengan tindakan tiga lagi rakan serumahnya yang keluar tanpa memaklumkan apa-apa.
            “So, diorang tak ambil deposit!” Tanya Danny sedikit hairan.
            Kedua-duanya menggeleng. “Kalau keluar sebelum cukup kontrak, of course tak layak dapat deposit. Deposit rumah tu ada ditangan owner rumah. Tapi, kerana tindakan mereka, kami berdua yang dapat susah. Sewa setiap bulan tetap kena bayar! That’s why kami terpaksa buat kerja part-time cari duit untuk cover duit sewa yang melampau tu.” Gumam Reena dengan hati yang membengkak.
Sewa rumah flat kos rendah sahaja, namun harga sewa sudah mencecah 700 ringgit sebulan. Sudahlah mahal, tinggal di tingkat lima tanpa lif itu turut dicaj dengan harga yang tinggi. Siapa yang tak sakit hati!
            “Mahal sangat ke sewa dekat kawasan tu?” Tanya Danny sekadar berbahasa-basi.
            “Biasalah, kawasan student. Rumah sewa jadi demand dan sebab demand’lah harga sewa rumah flat kos rendah boleh cecah 700 sebulan!”
            “Kesian you all! By the way.. setuju tak dengan offer saya ni? Kalau setuju malam ni saya bawa Rara jumpa awak berdua.”
            “Kalau dah tak ada pilihan, kami pun baru kena pecat. Rasa-rasanya….” Reena memandang Tiara dan dari pandangan rakannya itu, dia tahu Tiara juga sudah bersetuju dengannya.
            “Kami setuju seperti yang kita bincangkan tadi!”
            “Really? Nice! Alhamdulillah!” ucap Danny penuh rasa syukur lantas meraup wajahnya dengan tapak tangan. Nyata Allah mempermudahkan urusannya pada hari ini.

cara nk order :

 ok wassalam :)

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget