Thursday, 7 April 2016

CINTA DIHUJUNG NODA BAB 36 & 37




Assalamualaikum.. maaf ada typo. karya lama yg saya publish kat blog. jangan ada yg copy dan terbitkan semula ya.



BAB 36
Siang tadi aku bersama Nia menikmati makan tengahari bersama-sama, terasa lega bila mana keinginan hati tercapai.  Dan kini aku sedang memandu kereta menuju ke I-CITY Shah Alam bandar bercahaya di mana artis yang juga pelawak terkenal iaitu Nabil pernah melangsungkan perkahwinannya di sini.
“Abang, mama dengan Nee
sa ke mana? Nia tak nampak pun tadi?” soal Nia sebaik kereta sudah memasuki perkarangan tempat meletak kereta di kawasan I-CITY ini. Aku toleh ke arah Nia seketika sebelum senyuman ku pamerkan buat dia yang sedang memerhatikan raut wajah ku menanti jawapan pada pertanyaannya tadi.
“Mama bawa Neesa berurut, Pak Deris yang  hantarkan!” gumam ku perlahan. Dengan berhati-hati kereta ku pandu memasuki kotak parking. Enjin ku matikan lalu jari jemari Nia ku sentuh dan ku raih ke dalam genggaman tangan.
“Jom sayang, dah sampai ni!” ucap ku semakin teruja saat kereta sudah berhenti menghadap  bangunan Maybank yang merupakan salah satu kemudahan perbankkan yang disediakan di I-CITY ini. Kawasan meletak kenderaan ku perhatikan sekilas, semakin sesak dengan pelbagai jenis kenderaan empat roda dari pelbagai warna dan jenama. Pasti mereka juga turut meluangkan masa bersiar-siar di kawasan yang telah dibuka sejak tahun 2010 lagi.
“Sayang... tak nak turun ke?” soal ku saat melihat Nia masih tidak berganjak bahkan isteri ku ini seakan keras kaku di tempat duduknya. “Yang...” aku sentuh bahunya lantas aku jatuhkan satu ciuman di pipi itu membuatkan Nia tersedar seketika. “Jauh termenung, ingatkan siapa ni?” ungkap ku sambil mengelus wajah Nia yang sedang menatap wajah ku.
“Nia ingatkan mama, beruntung Nia dapat mama... makan minum dan sakit pening Nia sepanjang mengandung ni mama yang tengok-tengokkan. Untung Nia dan Neesa dapat mama sebaik mama abang,” gumam Nia senyum hingga menampakkan gigi yang tersusun rapi.
“Alhamdulillah, abang pun tak sangka yang mama dah banyak berubah! Betullah sayang, setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya! Dan hikmahnya abang dah nampak satu persatu,  dan semakin jelas. Kalau dulu abang dan mama jauh dari agama dan kini abang kembali sedar.  Dan berpeluang kembali semula ke pangkal jalan! Alhamdulillah!” aku ungkap ucapan syukur ini di hadapan Nia sesungguhnya aku mahu Nia tahu aku benar-benar sudah berubah dari khilaf dan kesilapan dahulu.
“Alhamdulillah, Nia gembira dengan perubahan abang!” gumam Nia memeluk erat tubuh ku.
“Jom sayang, dah sampai ni!” ujar ku bersungguh. Pintu kereta ku tolak dari dalam, Nia juga lakukan hal yang serupa. Sesudah langkah kaki menjauhi kereta, alarm ku tekan perlahan. Memastikan kereta dalam keadaan berkunci sebelum menyusuri laluan yang dipenuhi pohon bercahaya!
 “Abang, kita nak kemana?” soal Nia ku sambut dengan senyuman.
“Kita jalan-jalan je sayang, tengok lampu dan abang nak snap gambar sayang banyak-banyak. Buat kenangan, andai suatu hari nanti abang tak dapat nak pandang sayang lagi.. at least abang masih ada gambar untuk abang tatap dan pandang!” Gumam ku  bersahaja. Sesudah itu, aku gariskan senyuman ke arah Nia, namun Nia berkerut memerhatikan tingkah ku.
“Kenapa abang cakap macam ni? Tak baik tau! Nia akan bersama abang sampai bila-bila, selagi mana Tuhan mengizinkan Nia bersama abang!” ucap Nia tegas. Aku senyum lantas bahunya ku peluk erat.
“Abang tahu sayang, tapi akan datang kita tak pasti dengan perjalanan hidup kita. Abang harap kita akan  kekal bersama sampai bila-bila,” sambut ku menenangkan Nia yang tampak tidak selesa dengan patah bicara ku sebentar tadi.
“Alolo... ni kenapa masam aje ni? senyum sikit!” gurau ku bila Nia enggan tersenyum lagi.
“Macam mana nak senyum kalau abang cakap macam tu?” soal Nia perlahan namun ada nada rungutan disetiap patah bicaranya. Aku hanya mampu tersenyum, benar Nia risaukan bicara ku seketika tadi.
“Common sayang.. tak ada apa-apa! Abang okey!” pujuk ku menyakinkan Nia.
“Betul?” Nia menyoal lagi. Masih ragu-ragu!
“Betul.. eh tengok dekat sana! Comelkan kaktus berduri tu?” aku ubah topik mengembalikan keceriaan Nia yang sudah tayang wajah muramnya.
“Kaktus? Mana? Nia tak nampak pun!” balas Nia meninjau-ninjau kawasan sekitar. Aku ketap bibir melihat riak Nia yang ingin tahu.
“Belakang sayang tu, nampak tak?” soal ku lagi. Nia menoleh ke arah belakang lalu kaktus berbentuk bulat dan bewarna hijau disimbah cahaya itu diperhatikan lama.
“Ishh... comellah! Boleh tak kita beli dan letak depan rumah?” soalan Nia membuatkan aku ketawa besar.
“Nak buat apa letak depan rumah?”Soal ku dalam tawa yang panjang. Nia tersenyum melihat aku tertawa begitu.
“Saja-saja bang.... Nia suka!” balasnya sambil mendekati kaktus bewarna hujau itu. Cantik namun berduri! Sama seperti Nia, anggun tetapi sukar didekati!
“Kita letak dalam bilik tidur kita la..! Lepas tu 24 jam Nia boleh tengok. Kalau boleh tengok sampai jemu.” Ucap ku lagi disambut jegilan tajam mata bundar milik  Nia. Hilang sudah senyuman manis itu!
“Abang ni main-main tau!” Nia pamer rajuknya. Langkah diatur menjauhi aku yang masih sedia berdiri di sini bersama kamera digital yang kemas dalam pegangan tangan.
“Alolo... abang gurau je sayang!” pujuk ku bersama suara gemersik menggoda. Dia yang sudah jauh ke hadapan ku saingi segera.
“Suka buat Nia merajuk!” omel bibir itu bersama muncung yang panjang.
“Abang bergurau je sayang... sayang janganlah  merajuk! Mama kata, kalau kita kuat merajuk,  nanti baby kita pun kuat merajuk juga. Susah abang nak pujuk nanti,” ucap ku cuba menghambat rajuk Nia agar tidak terus berpanjangan.
“Betul ke?” soal Nia inginkan kepastian.
“Entahlah sayang, dah mama cakap macam tu. Betullah kut!” aku sengih dan Nia senyum mendengar jawapan dari ku.
“Sayang jom ke sana,” aku tunjuk ke arah suatu kawasan di mana ramai orang sedang berkumpul namun belum sempat aku mengatur langkah. Deringan telefon memecah keheningan malam.
“Wait... abang nak jawab call sekejap!” tutur ku lalu mengeluarkan iPhone dari poket seluar.
“Hello, waalaikumussalam. Ya ada apa mama?” aku jawab panggilan dari mama lalu Nia ku jeling sekilas.
“Sungguh ke ma? Okey Attar balik sekarang!” gumam ku lantas mematikan talian.
“Ada apa bang?” soal Nia ingin tahu.
“Neesa nak bersalin. Lepas balik berurut tadi, dia ke bilik air . Mama kata Neesa jatuh di bilik air,” aku pimpin tangan Nia lantas ku hala langkah kaki menuju ke arah kereta.
“Teruk ke bang?” soal Nia dalam nada cemas.
“Entahlah sayang, mama kata mama dah ada di hospital. Kita ke sana ya sayang!” Nia angguk dan aku tekan alarm kereta lalu pintu kereta ku tarik dari luar. Tubuh ku henyakkan dan Nia juga lakukan hal yang serupa. Lalu enjin kereta ku hidupkan dan pedal minyak ku pijak deras.
“Hati-hati bang, jangan laju sangat!” pesan Nia saat kelajuan kereta ku maksimumkan.
“Sorry sayang, abang tak sedar tadi!” aku akui kecuaian diri sendiri. Kelajuan ku perlahankan sedikit dan dengan hati yang dipanah gusar ini, aku titipkan doa agar Neesa selamat melahirkan bayinya nanti.
 Setelah hampir satu jam memandu meredah sesak akibat kemalangan di lebuhraya persekutuan tadi,  kereta bewarna hitam metalik ini akhirnya tiba di perkarangan hospital. Tanpa membuang masa lagi, aku dan Nia bergegas menuju ke bilik rawatan yang telah dikhabarkan oleh mama melalui SMS seketika tadi.
“Abah, macam mana keadaan Neesa?” soal ku pada abah yang baru tiba. “Alhamdulillah semuanya baik, jomlah masuk! Abah baru sudah solat isyak dekat surau depan tu.” Gumam abah sambil tersenyum.
Bicara abah ku anggukkan sahaja, sambil menggenggam erat jari jemari Nia yang berdiri rapat dengan ku. Langkah ku atur mengekori langkah abah yang sudah mendahului.
Sebaik melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Neesa, anak mata ini menangkap raut wajah pucat tidak bermaya Neesa. Di sisinya,  seorang bayi kecil sedang menghisap ibu jari. Terlena di dalam bedungan!
Aku dekati tubuh itu lantas duduk ku labuhkan di birai katil, mama dan abah turut berada sama. Pak Deris pula masih berdiri di hujung katil manakala Nia pula hanya berdiri di sebelah mama. Diam membisu kesemuanya!
“Neesa, you okey?” soal ku pendek dan wanita yang baru melahirkan zuriatnya itu sekadar mengangguk sahaja.
“Baby boy or baby girl?” soalan kedua terlafaz dari bibir ini.
“Baby girl,” suara Neesa masih kedengaran lemah dan tidak bermaya sesudah melahirkan bayi kecil yang belum bernama ini.
“Attar,  azankan bayi ni. Tahu tak macam mana caranya?” soal abah mendekati aku. Aku geleng kepala tidak tahu apakah cara yang seharusnya aku lakukan.
“Pergilah berwudhuk, kemudian azankan di telinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri. Cepat,” abah tolak tubuh ku agar segera berwudhuk dan kembali melakukan kelaziman untuk bayi yang baru lahir.
Aku bergegas ke tandas berdekatan, usai berwudhuk aku pangku si kecil lalu ku bisikkan azan dan iqamat di telinga bayi kecil itu agar dia mendengar seruan yang diperintahkan oleh Pencipta kepada hamba yang bergelar muslim. Agar nanti, dirinya membesar berlandaskan ajaran agama yang suci ini, tidak tersasar jauh seperti aku! Itu doaku pada si kecil yang suci tanpa dosa dan noda ini. Sesudah itu, aku letakkan semula bayi kecil ini di sisi Neesa, raut wajah itu kelihatan basah dengan air mata.
“Attar, I nak  beritahu sesuatu pada you!” lirih suara itu. Aku hanya mengangguk perlahan namun pandangan Neesa yang silih berganti memerhatikan kesemua yang hadir bagai memberi isyarat dia perlukan ruang untuk berdua bersama aku. Hanya berdua!
“Mama keluar dulu ya, Nia mari ikut mama.” Panggil mama dan Nia menurut. Abah juga berlalu bersama Pak Deris. Faham akan maksud pandangan Neesa!
Suasana kembali sunyi dan sepi, masing-masing melayani kata hati yang sedang keresahan. Sedang aku leka memerhatikan raut wajah si kecil, suara Neesa akhirnya terlantun keluar. Walau lemah dan masih kekurangan tenaga, Neesa tetap ku lihat bersungguh untuk memperkatakan sesuatu. Apa agaknya? Aku sendiri gagal meneka!
“Attar... sebenarnya anak ni bukan anak you!” aku angguk sebaik Neesa tuturkan pengakuannya itu.  “I tahu Neesa, I tak pernah sentuh you.... mana mungkin ini I.” gumam ku perlahan dan Neesa mengangguk kecil.
“Jadi, baby ni anak siapa?” soal ku lagi. Ingin tahu kebenaran yang telah sekian lama ku tagih dari wanita itu dan aku pasti kali ini Neesa akan berterus terang tentang hakikat sebenar bayi perempuan yang sedang terlena ketika ini.
“Neesa, jujurlah pada hati dan pada diri I juga. I mahukan penjelasan,” aku akhiri bicara ku dengan sebuah pandangan penuh mengharap pada Neesa. Aku inginkan sebuah penjelasan!  Ya penjelasan dari segala keributan ciptaan Neesa. “Please Neesa... dah tiba waktu untuk you berterus terang! I betul-betul mahukan penjelasan!” ujar ku lagi. Neesa panggung wajahnya, dan aku yang masih duduk di birai katil hospital ini dipandang dalam raut wajah yang keruh.
“Baby ni anak Shark!” bicara itu perlahan namun lirih pada pendengaran ku. Sejenak aku rasakan dunia ini bagai berhenti berputar. Lama berdiam diri, aku kuatkan semangat untuk terus bertanya kisah disebalik apa  yang telah terjadi antara Shark dan juga Neesa.
“Apa maksud you, Neesa? Macam mana you boleh mengandungkan anak Shark?” aku soal Neesa. Enggan memerhatikan wajah itu ketika ini. Amarah dan simpati ku bersatu. Nafas ku hela perlahan agar ombak kemarahan yang sedang berperang di dalam dada dapat ku hentikan segera. Entah bagaimana harus aku berhadapan dengan satu kenyataan pahit yang sekali lagi menghimpit! Satu keluhan kecil ku lepaskan.
“Baby ni anak Shark, dia yang lalukan semuanya pada I. I terperangkap!” gumam Neesa bersama esak tangisnya. Aku tekup wajah lalu ku raup rambut yang mula terjuntai ke dahi. Perasaan kesal pada tindakan Neesa membuatkan aku kesakitan. Ya aku sakit berhadapan kenyataan yang sebegini, dan aku seharusnya tidak terlibat dengan kisah hidup mereka lagi. sahabat yang menabur racun pada sahabtanya sendiri! Shark mengetahuinya, namun mengapa lelaki itu nekad untuk pergi lalu meninggalkan aku bersama dosa-dosanya? “Ah mereka semua kejam! Kejam! Tidak berhati perut!”! Jerit hati ini membuatkan aku kesedihan dalam diam.
“Attar, maafkan I.” Gumam Neesa perlahan. Air mata itu diseka dengan jari jemarinya. Aku bangkit, tidak betah lagi melihat Neesa di hadapan mata namun hal ini harus ku segerakan. Aku tidak mahu anak ini mempunyai sebarang ikatan dalam hidup ku. Aku enggan dia berbintikan aku sebagai bapanya!
“Kenapa baru sekarang you berterus terang Neesa? Apa, you tak nak Shark bertanggungjawab pada  kesalahan yang dia lakukan. You biarkan dia bebas tanpa sebarang tanggungjawab!” soal ku agak kecewa dengan tindakan Neesa yang membebani masalahnya pada bahu ku seorang diri. Memaksa aku menerima dirinya bersama kandungan milik dia dan Shark!
“Maafkan I, I tak sanggup bersama Shark! Pasti dia akan apa-apakan I andai I berterus terang akan kandungan ni. Dia mahukan duit dari I, I tak ada duit untuk menyara hidup dia yang kaki judi. Dan I cintakan you, I mengaku segala yang I lakukan kini semuanya atas dasar cinta dan sayang I pada you. Maafkan I Attar,” gumam Neesa lagi.
“Ya Allah Neesa, kenapa sayang dan cinta you membutakan mata hati  you? Kenapa you persiakan rasa sayang you pada insan yang tak cintakan you? You kejam pada diri you dan juga pada diri I!” aku hamburkan rasa tidak puas hati terhadap sikap Neesa yang kurang matang menagih cinta dan kasih dari aku yang sememangnya tiada hati pada dirinya lagi.
“I rela asalkan I dapat bersama dengan insan yang I sayang!” gumam Neesa lirih. Air mata yang bergenang di seka dengan hujung jari. Aku berpaling lalu dinding ku perhatikan lama, enggan lagi melihat raut wajah insan yang pentingkan dirinya sendiri. Aku kesal dan aku kecewa dengan perbuatan Neesa, jika tidak dia turutkan kata hati sudah tentu aku tidak perlu berhadapan dengan semua ini. Ahhhh....!!!
“Attar, maafkan I.” Pintanya dalam esak tangis. Aku lepaskan keluhan berat lantas berpusing menghadap dirinya. Sesuatu perlu aku khabarkan!
“Dengar sini baik-baik....” ucap ku perlahan. Neesa pula sekadar memerhati, sesekali dia menyeka air mata yang merembes di lekuk pipinya. “I tak mahu anak you dan Shark berbintikan nama I. Cukuplah semua yang I dah lalui, jangan you libatkan anak you dengan I lagi. Memang you isteri I tapi anak tu bukan anak I, dan dia tiada apa-apa hubungan dengan I.” Gumam ku berharap Neesa memahami dan menerimanya dengan hati terbuka.
“I tahu, baby I lahir tanpa ikatan yang sah! Dan baby I tak layak berbintikan sesiapa pun!” ucap Neesa lirih. Simpati ku datang menerpa namun aku harus sedar, dalam simpati yang bersisa.. agama tetap yang pertama. Aku tidak mahu membelakangi agama ku lagi. Cukuplah sekali dulu!
“I faham, I sedar dan I tahu anak I tak layak berbintikan mana-mana lelaki.” Ulang Neesa bersama tangis sendunya.
“Sudahlah Neesa, you rehatlah dulu! I nak keluar dan I nak solat sekejap!” gumam ku dan Neesa hanya angguk perlahan. Belum sempat aku menarik tombol pintu, daun pintu terkuak dari luar. Shark sedang berdiri dengan pandangan tajam menikam.
“Aku dah dengar semuanya! Jadi betullah budak ni anak aku?” pertanyaan Shark membuatkan Neesa pantas memeluk tubuh si kecil itu seerat mungkin.
“Tak, dia bukan anak you! Dia anak I!” gumam Neesa cemas. “Bagi sini budak tu, bagi sini!” tiba-tiba Shark meluru mendekati Neesa lalu cuba merampas bayi yang kemas di dalam pelukan wanita itu. Kali ini aku benar-benar tersentak dengan perbuatan Shark.
“Shark, apahal dengan kau ni!” Aku tolak tubuh itu dari mengasari Neesa yang baru sahaja melahirkan bayi kecilnya. Tubuh Neesa masih lemah dan pergerakannya juga terhad. Rasa kasihan ku jatuh buat Neesa dan rasa amarah ku timbul dek kerana sikap Shark yang keterlaluan.
“Aku nak jual budak ni,  aku nak duit! Aku perlukan duit, jika tidak mereka akan bunuh aku!” gumam Shark menerangkan keadaan yang terpaksa ditempuhnya saat ini.
“Aku dah bagi dulu, mana duit tu?” curiga ku bertambah-tambah. Sebanyak 50,000 ringgit sudah ku hulurkan pada Shark dan hanya sedikit sahaja lagi yang perlu dicarinya. Jadi wajarkah dia bertindak sebegini demi kerana wang yang tidak seberapa itu?
“Tak cukup!” keras nada suara Shark.
“Itu masalah kau! Jangan libatkan orang lain!” ucap ku berharap Shark akan sedar perbuatannya itu.
“Ah... aku tak peduli! Bak sini budak tu, aku tak kira aku nak jual juga... ada agen dah setuju nak beli! Mintak sini!” Shark semakin ganas hingga sanggup menolak Neesa jatuh dari katil namun pelukan erat seorang ibu bagi melindungi bayi kecilnya masih tidak mampu ditandingi  oleh Shark. Pelukan itu kuat dan ampuh!
“Ini anak I, jangan ambil anak I!” jerit Neesa enggan melepaskan bayinya. Tangis dan esak itu semakin kuat berlagu. Aku pula semakin bimbang dengan keadaan Shark bagaikan hilang siuman ketika ini. “Kau jangan nak buat gila Shark!” bentak ku keras. Shark memandang sinis ke arah ku!
“Ah, aku peduli apa! Patutlah kau sembunyikan diri kau dari aku! Bersungguh-sungguh nak kahwin dengan Attar! Rupanya ini yang kau sorokkan ya!” bentak Shark masih berkeras mahu mendapatkan bayi yang mula menangis.
“Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau. Jangan ganggu aku, aku tak ada kaitan dengan kau lagi. Ini bukan anak kau! Bukan! Bukan! Bukan!”pekik Neesa dalam tangis yang rancak berlagu. Waktu ini sekecil yang dipeluk erat oleh Neesa turut menangis dan suaranya bergema kuat di dalam bilik wad sederhana besar ini. Sesuatu perlu aku lakukan untuk Neesa dan anaknya.
“Shark, kau keluar sekarang!” marah ku. Namun Shark yang sedang cuba meleraikan pelukan Neesa terhadap anaknya segera mematikan tindakan. Tubuh ditegakkan dan aku dipandang tajam!
“Kau jangan masuk campur! Ni anak aku! Berambus!” usir Shark pada aku yang mempertahankan Neesa. Neesa dihampiri lantas wajah itu ditampar berkali, rayuan dan esak simpati wanita itu langsung tidak diperdulikan lagi. Memang Shark benar-benar keterlaluan!
“Hei Shark! Kau dah gila ke apa hah!” aku tolak tubuhnya dari terus terusan mendekati Neesa yang meraung kesakitan.
“Memang aku dah gila! Aku dah gila! Aku nak budak tu, aku nak duit!” bentak Shark bagai hilang akal. Dalam keadaan genting seperti ini, apa yang harus ku lakukan hanyalah dengan mendapatkan bantuan pihak hospital agar dapat menghalang Shark dari melarikan bayi yang tidak bersalah ini. Suis bewarna merah yang bersambung terus ke kaunter hadapan ku tekan berkali-kali dan dalam sekelip mata beberapa jururawat datang ke bilik rawatan yang menempatkan Neesa.
“Apa yang terjadi ni encik?” soal salah seorang jururawat yang terkejut melihat Neesa sudah  jatuh terjelepuk di lantai. “Tolong panggil security!” arah ku keras dan salah seorang dari mereka bergegas mendapatkan pertolongan.
“Aku nak budak tu!” Shark yang menyedari kehadiran jururawat itu segera berusaha merampas bayi yang masih dikendong oleh Neesa. “Shark, kau dah gila ke apa! Jangan sakitkan Neesa! Dia tak sihat, mengucap weh!” aku berusaha menarik tubuh Shark menjauhi batang tubuh Neesa.
“Kau diam Attar, jangan nak tunjuk pandai! Jangan nak tunjuk alim kalau kau sendiri kotor dan hina!” pekik Shark marahkan aku menyeru agar dia mengucapkan kalimah syahadah.
“Encik, apa ni? Ini hospital, sila keluar sekarang!” arah jururawat yang masih berada di sini untuk memeriksa keadaan Neesa yang terjatuh ke lantai tadi.
“Hei, jangan kacau aku! Blah! Blah! Jangan ganggu aku!” bentak Shark semakin hilang pertimbangan. Jururawat bertubuh kecil itu ditolak hingga jatuh tersungkur ke lantai.
“Dan kau Attar, jangan menyibuk hal aku! Berambus! Berambus!” herdikan Shark cuba menakutkan aku lalu dia kembali berusaha untuk merampas bayi milik Neesa yang semakin lemah dikasari oleh tangan Shark sendiri.
“Shark!cukuplah!”jerkah ku kuat namun masih belum mampu menyedarkan Shark yang sudah dipengaruhi nafsu dan kata hati. “Woi... stop! Enough!” bentak ku kuat lalu melepaskan tumbukan di wajah Shark sehingga tubuh itu jatuh tersembam ke bucu meja di tepi kepala katil. Dia menyeringai menahan rasa sakit sebelum bangkit lalu meluru ke arah ku dan melepaskan buku limanya ke arah aku pula. “Kau keluar Shark! Keluar sekarang!” hambur ku sambil menggosok permukaan kulit wajah yang pedih.
“Kau jangan masuk campur! Berambus!” jerkah dia kuat.
“Neesa isteri aku! Dan anak dia, anak aku! Kau yang sepatutnya berambus!” maki ku pula. Hilang sabar dengan sikap dan karenah Shark.
“Hahahaha.... anak kau? Kau pernah sentuh dia ke? Tak pernah kan? Jangan nak berangan, sekarang baik kau ketepi! Budak ni tak layak hidup!” Shark kembali berpaling menuju ke arah Neesa.
“Jangan ambil baby aku! Jangan!” gumam Neesa kuat bersama tangis dan esaknya. Menepis tangan Shark yang rakus mengasari tubuhnya. “Cukuplah Shark,  jangan buat pasal dekat sini. Keluar!” peringat ku segera. “Selagi aku tak dapat budak tu, jangan harap aku tinggalkan tempat ni!” sinis Shark lalu menarik rambut Neesa dan dihentak ke arah dinding. “Shark!” laung ku bila melihat Neesa semakin lemah. “Sakit?” Shark soal Neesa perlahan. “Kau jangan buat gila Shark! Keluar, keluar!” aku cengkam bahu Shark lalu aku tarik tubuhnya berhadapan dengan aku! “Kau berambus dari sini!” pekik ku bersama suara yang lantang. Sudah hilang sabar ku pada sahabat yang semakin hilang akal dan tidak berperikemanusiaan seperti Shark! Sedang aku bertikam lidah dan menghamburkan rasa amarah terhadap tindakan Shark, pintu bilik terkuak dari luar.
“Ya Allah apa yang jadi ni Attar?” mama yang baru muncul bersama yang lain-lain begitu terkejut melihat situasi di dalam wad yang bertaburan manakala seorang jururawat sudah rebah dan Neesa pula sedang tersandar memeluk bayinya di tepi dinding.
“Bagi budak ni! Kalau tidak aku bunuh dia!” ugut Shark masih cuba merebut bayi perempuan itu. Tangis Neesa dan bayinya bersatu memecah keheningan malam. Shark pula semakin agresif dan tidak mahu mengalah!
“Shark, Ya Allah kenapa ni Shark?” mama mencelah disebalik keributan itu.
“Shark, kenapa ni?  Mengucap nak,” abah pula mengambil pendekatan untuk melembutkan hati Shark yang sedang panas.
“Cukuplah, Shark! Lepaskan Neesa. Lepaskan baby tu!” pujuk ku dalam nada lembut, mahu dia sedar, dengan siapa dia sedang berkasar ketika ini. “Tolonglah Shark, jangan buat I macam ni!” gogoi Neesa masih belum berhenti berharap.
“Diam! Diam! Aku tak nak dengar korang membebel! Aku nak budak ni, aku bukan nak dengar kau menjerit!” jerkah Shark semakin berani mengasari Neesa dengan lebih teruk lagi. Wajah itu ditampar berkali!
“Hei Shark, ni anak kau! Anak kau! Jangan buat sesuatu yang bodoh!” peringat ku sambil tarik baju yang tersarung di tubuh itu dari arah belakang agar tindakannya terhenti. “Sebab dia anak akulah, aku nak jual dia!” bentak Shark tidak lagi memeperdulikan persekitarannya. Memang sahabat ku ini sudah gila dan buta mata hatinya angkara judi yang diagung-agungkan! Kerana judi, maruah dan harga diri tergadai. Kerana judi juga, sifat keperimanusiaan hilang begitu sahaja!
“Encik, sila menyerah!” pengawal yang baru tiba segera menghampiri Shark lalu kedua tangan Shark digari. Rontaan dan amukan Shark semakin menggila, meja kecil di sisi katil di sepak hingga tumbang ke lantai. Pasu bunga yang terdapat di meja itu turut jatuh berderai dan semua makanan yang berada di atasnya juga jatuh bersepai ke lantai.
“Bawak dia keluar, cepat!” arah jururawat yang dicederakan oleh Shark sebentar tadi. baru tersedar dari pengsan setelah mama datang memberi bantuan.
“Jaga kau Neesa, aku takkan lepaskan kau!” pekik Shark bersama rontaan yang agak kuat.
“Sudah, tolong bawa dia keluar!” arah ku sambil memandang sekilas ke arah Shark yang mempamerkan riak tidak puas hatinya. “Nurse, tolong tengokkan isteri saya.” Aju ku pada jururawat muda itu. Neesa ku hampiri lalu dirinya ku bantu untuk berdiri semula.
“Bangun Neesa,” aju ku pada Neesa.
“Terima kasih Attar!” ucap Neesa bersama pandangan berkaca-kaca.
“Puan Neesa, mari saya rawat awak! Sini,” dengan lemah lembut Neesa dipujuk dan ditenangkan jururawat itu lalu aku juga membantu Neesa kembali naik ke atas katil. Tubuh itu kelihatan menggigil ketakutan dan Neesa memerlukan terapi untuk menghilangkan trauma dan ketakutannya waktu ini.
“Sekejap lagi saya akan panggil doktor!” bicara jururawat muda itu buat aku kelegaan dan kurang lima minit individu yang dimaksudkan tiba bersama peralatan perubatannya.
“Encik sila ikut kami untuk laporan dan tentang Puan Neesa, kami akan pantau keadaan dia. Buat masa ni biarkan Puan Neesa berehat dulu. Pesakit mungkin trauma!” gumam doktor yang baru tiba. Aku hanya mengangguk lalu doktor yang sudah berlalu ku ekori dari arah belakang.













BAB 37
“Doktor bagaimana dengan isteri saya,” buat kedua kalinya aku mengakui Neesa adalah isteri ku setelah sekian lama aku menafikan hakikat yang tersurat. Doktor muda lingkungan awal 30-an tersenyum senang, sesekali mata bundar itu menikam raut wajah ku. Mungkin faham akan gelojak perasaan yang ku alami semenjak Shark datang menyerang tadi.
“Isteri encik tak ada apa-apa, cuma alami sedikit kejutan....” ucap doktor itu sebelum meneruskan bicaranya lagi.
“..... tapi keadaan ini tak lama, dua atau tiga hari lagi Insyaallah puan Neesa kembali normal. Oh ya, saya perlu laporkan hal ini kepada pihak polis. Encik sebagai saksi perlu ke sana untuk diambil keterangan.” Gumam doktor itu ku sambut dengan anggukan kecil.
“Lagi satu, saya nak maklumkan sesuatu berkenaan sijil lahir anak encik.” Ungkapan doktor muda itu kedengaran perlahan dan berhati-hati melontarkan bicaranya. Aku yang mendengar bagai tidak sabar lagi untuk mengetahui patah bicara yang akan disampaikan kepada ku ketika ini.
“Ada apa-apa masalah ke doktor?” soal ku laju. Doktor itu menggeleng lemah, ada senyuman hambar yang tersungging. Aku telan liur, berita apakah yang membuatkan doktor ini berat untuk berbicara?
“Untuk makluman pihak encik, kami terpaksa menerangkan hal berkaitan pendaftaran bayi encik. Ini prosedur yang telah ditetapkan pihak jabatan pendaftaran negara. Walau bagaimanapun, encik perlu merujuk ke jabatan yang saya maksudkan.” Aku sekadar mengangguk dan menanti doktor itu meneruskan bicaranya.
 “Macam ni la... mengikut sijil pernikahan encik dan Puan Neesa, tempoh perkahwinan encik baru sahaja mencecah enam bulan. Manakala anak encik dilahirkan dalam keadaan sihat dan pada usia kandungan sembilan bulan. Jadi di sini....” doktor itu bagai berat meneruskan tutur katanya. Ketika ini aku dihambat perasaan malu yang menggunung setelah maksud yang ingin disampaikan oleh doktor ini sudah dapat ku hidu!  Ya, semuanya angkara Neesa melahirkan anak tidak sah taraf! Namun aku  akui, walau apa pun yang terjadi, doktor ini tidak mengetahui peristiwa yang mengheret diriku ke suatu ikatan perkahwinan yang tidak ku relakan. Dan aku bukan bapa kepada bayi Neesa.
“Encik Attar,” panggilan doktor itu membuatkan aku tersentak. Lamunan yang membawa aku kembali ke alam realiti. “Saya faham dengan maksud doktor, anak saya anak tak sah taraf!” gumam ku senada. Doktor tersebut mengangguk kecil dan kali ini raut wajah itu kelihatan tenang bersahaja. “Saya minta maaf Encik Attar,” doktor itu mengungkap sebaris ayat. “It is okay, doktor. Saya tak kisah,” aju ku perlahan.
“Jadi apa yang perlu saya lakukan doktor?” soal ku meminta pandangan doktor yang merawat Neesa. Mungkin dia lebih arif berkaitan dengan masalah yang aku alami.
“Encik boleh minta pandangan dari jabatan pendaftaran, mungkin mereka lebih arif berkenaan hal ini. Lagi pun pihak hospital tiada kuasa untuk mencampuri urusan pihak jabatan lain.” Terang doktor itu ku akui ada kebenarannya. Mereka hanya merawat dan memastikan pesakit yang mendapat rawatan di premis kesihatan mereka terjaga. Dan selebihnya, itu adalah peranan pihak lain yang lebih pakar dalam urusan mereka.
“Okey, terima kasih doktor. Oh ya, kalau tak ada apa-apa.... saya minta diri dulu!” gumam ku seraya bangkit dari kerusi bewarna merah yang terletak berhadapan meja doktor bernama Suria itu. Ada senyuman dan anggukan kecil dari terbias di wajahnya.
“Ya, baik! Terima kasih,” tutur doktor itu aku sambut dengan senyum lalu kaki ku atur keluar dari bilik doktor yang bernombor A15 itu. Perlahan-lahan kaki menyusuri laluan menuju ke bilik rawatan yang menempatkan Neesa. Nia pula sudah menunggu di hadapan pintu bilik menanti khabar dari ku.
“Abang,” panggil Nia sambil mendekati aku.
“Kita masuk dulu sayang,” arah ku pada Nia dan kami beriringan masuk ke dalam bilik wad.
“Abang, apa kata doktor?” suara Nia kedengaran perlahan di telinga ku. Aku pamer senyuman padanya, dan dia mendekati aku lalu melabuhkan duduknya di sisi.
“Doktor kata Neesa perlukan rehat dan mungkin dua tiga hari lagi eloklah dia. Lagi satu esok abang nak uruskan pendaftaran baby Neesa, Nia nak ikut?” pertanyaan ku disambut anggukan kecil dari Nia.
“Boleh juga, esok Nia cuti! Tapi siapa nak jaga Neesa malam ni? Nia tak larat la.... pinggang ni dah pandai sakit-sakit,” adu Nia tayang wajah simpatinya di hadapan mata ku. Aku sentuh kedua pipinya lalu hidung mancung itu ku tarik lembut. Nia menepis manja, katanya sakit bila aku perlakukan dia sebegitu.
“Doktor kata tak perlu tunggu, tapi abang yakin mama akan tunggu Neesa!” ujar ku lagi.
“Ish... kesian pada mama. Mesti mama letih nanti,” ucap Nia bernada simpati yang amat. Aku senyum dan aku tarik jari jemarinya rapat ke dalam genggaman tangan. Sesekali ku bawa jemari runcing itu ke bibir lalu ku kucup penuh kasih.
“Jangan risau pada mama, mama kata mama okey... lagipun mama teruja bila tengok baby Neesa. Comel macam Neesa kan?” soal ku pada . “Tak sabar nak jadi macam Neesa, ada baby!” gumam Nia perlahan. Aku sentuh perut yang memboyot itu lalu ku usap penuh kasih dan cinta pada si dia di dalam sana.
“Sampai masanya nanti, anak kita akan lihat kita sayang! Masa tu abang la orang yang paling teruja nanti!” aku membayangkan rasa dan detik bahagia yang bakal ku lalui bersama Nia suatu hari nanti. Ketika aku menyambut buah cinta kami ke dunia. Masih menghitung hari dan detik yang bakal membawa aku kepada realiti bahagia itu.
“Abang, bila abang nak selesaikan masalah Shark?” pertanyaan Nia membuatkan aku tersedar seketika. Ya aku perlu ke balai polis untuk  memberi keterangan berkaitan insiden yang melibatkan Shark. Dan sudah pasti, rakan baik ku itu akan didakwa kerana mendatangkan kecederaan pada Neesa. Namun aku bersyukur andai Shark ditahan di dalam penjara daripada terus bebas dan menjadi buruan lintah darat! Bebas atau tidak, Shark tetap terkurung dengan kesilapan yang pernah dilakukannya.
“Esok abang akan ke balai polis, lepas tu abang jemput Nia kita ke jabatan pendaftaran untuk uruskan sijil lahir baby dan lepas semuanya siap, abang nak ajak Nia beli barang untuk baby!” gumam ku membuatkan Nia menegakkan tubuh lalu memanggung wajah menancap wajah ku pula.
“Baby Neesa ke baby Nia?” pertanyaan berbaur cemburu terlontar keluar. Aku tarik bahu itu rapat ke bahu ku lalu ku peluk erat tubuhnya. Neesa yang masih berbaring dan bayi perempuan yang sedang tidur lena ku perhatikan lama. Sesekali wajah Nia yang hampir ke wajah ku, ku jeling sekilas.
“Baby siapa bang?” Nia menyoal lagi. Aku ketawa halus, Nia bagai tidak sabar lagi ingin tahu.
“Baby Neesa.... lepas tu abang nak  ajak Nia shopping untuk baby kita juga. Manalah tahu abang dah tak sempat atau tak ada peluang lagi nak bawa Nia membeli belah. Siapa tahu kan?” ujar ku bagai tidak yakin akan datang aku masih lagi di sini dan masih lagi bersama Nia atau pun sudah pergi jauh dari mereka semua. Aku benar-benar tak tahu!
“Nia, kenapa senyap ni?” soal ku bila Nia tidak memberi respon.
“Nia tak suka la abang cakap macam ni, tak kesian pada Nia ke?’ rungut Nia menjarakkan sedikit kedudukannya dari ku. Kedua tangannya yang kemas dalam genggaman tangan ku ditarik dan dia berganjak menjauhi aku yang masih setia dekat di sisinya.  Melihat Nia sekaan merajuk, dirinya ku hampiri lalu kedua tangan itu ku genggam erat.
“Bukan tak kesian sayang, manalah tahu tiba-tiba abang sibuk ke? Tak pun kena transfer ke negeri lain ke... tak pun abang tak sihat? Macam mana?” aku soal Nia sekadar mahu menyedapkan hatinya. “Sementara ada masa dan ada peluang ni, abang nak habiskan semuanya bersama sayang! Bolehkan sayang?” aku hamburkan kata-kata yang lebih lembut dan romantis dengan harapan hati Nia kembali terpujuk.
“Jangan merajuk lagi sayang, abang sayangkan Nia!” ucap ku jujur dari hati.
Sedang aku melayani rajuk Nia, pintu bilik wad terkuak dari luar. Aku halakan pandangan ke arah muka pintu, kelihatan mama dan abah sedang menapak masuk ke bilik rawatan ini.
“Attar, apa kata doktor?” mama menghampiri ku. Sebungkus roti dan mentega diletakkan di atas meja berhampiran kepala katil.
“Doktor kata Neesa cuma alami kejutan, tapi jangan risau ma.... mungkin dua tiga hari eloklah dia!” terangku seraya bangkit untuk memberi ruang kepada mama. Nia juga bangun untuk memberi laluan kepada abah.
“Alhamdulillah, semuanya selamat! Tak sangka pulak nak jadi macam ni. Dan Shark tu......”  patah bicara mama terhenti. Satu keluhan kecil kedengaran perlahan dan aku lihat mama menggeleng-geleng kepalanya beberapa kali! Mungkin mama sama sekali tidak menduga, bayi yang dikandungakan oleh Neesa adalah anak kepada Shark.  Lelaki yang juga teman baik kepada anaknya sendiri!
“Semuanya dah terjadi, tak perlu dikesalkan lagi.” Abah bersuara, pasti memahami gelojak perasaan bersalah mama pada ku dan mungkin juga kesal dengan tindakannya menyatukan aku dan Neesa seuatu ketika dahulu.
“Mama minta maaf, Attar!” ucap mama lirih.
“It is okay mama, Attar tak salahkan mama lagi.” aju ku membalas ucapan mama. “Tak Attar, semuanya kerana salah mama! Paksa Attar terima semuanya,” suara mama bergetar dihujung bicaranya. “Ma, Attar dah lupa ma! Attar dah malas nak ambil kisah dengan perkara yang dah lepas.” Terang ku mahu mama berasa tenang. Jauh dari penyesalan yang tak sudah.
“Sherry.. Attar pun tak ambil hati. Tak perlulah awak rasa bersalah sangat! Sekarang, semuanya dah selamat!” gumam abah mencelah disebalik kekesalan mama.
“Abang nak balik, siapa nak jaga Neesa?” soal abah setelah suasana kembali hening. Mama bungkam, Nia menyepi lalu aku harus bersuara.
“Kalau mama letih, mama rehatlah! Esok kita datang lawat Neesa lagi.” Cadang ku pada semua.  “Betul tu Sherry, apa kata kita balik dulu.” Sokong abah tidak lama kemudian.
“Biar Sherry jaga! Lagipun Neesa ni menantu kita. Isteri anak kita juga,” gumam mama dan di hujung sana aku lihat Nia diam tidak berkutik. Terasakah dia dengan bicara mama tadi. Dan aku tahu walau apa hakikat yang terjadi sekalipun, tiada wanita di dunia ini sudi berkongsi kasih suami. Begitu juga Nia yang menerima kehadiran Neesa dengan hati yang terbuka walau aku sedar sekeping hati itu sebenarnya sedang luka berdarah!
“Attar, baliklah! Bawa Nia berehat, perempuan mengandung cepat penat, kesian mama tengok Nia dari tadi tak berehat-rehat! Pergilah, dah pukul dua pagi ni nak!” ucap mama yang turut bimbang keadaan Nia. Syukur, mama adil dalam mengagih kasih kepada kedua menantunya.
“Nia, jaga diri baik-baik! Jaga cucu abah elok-elok,” pesan abah kepada Nia buat aku senyum segaris.
“Insyallah bah, Nia minta diri dulu ya  mama, abah!” kedua tangan mereka disalami oleh Nia, aku juga menurut. Sesudah itu aku atur langkah beriringan meninggalkan perkarang wad yang dihuni oleh Neesa.

**

“Sayang,” panggil ku pada Nia. Jalan raya yang terbentang luas di hadapan mata ku perhatikan sekilas sebelum anak mata ku larikan ke arah Nia yang sedang memerhatikan ke arah luar tingkap kereta.
“Hermmm?” respon Nia lalu menoleh dan membalas pandangan mata ku.
“Abang minta maaf kalau selama ni Nia terasa hati dengan layanan abang dan keluarga abang pada Nia,” ungkap ku perlahan. Aku ingin menyelami hati wanita sehebat Nia, mungkinkah hati itu pernah terluka dengan layanan yang diterima? Aku sendiri tidak mampu mengagaknya!
“Tipulah kalau Nia kata Nia tak pernah terasa hati, tapi.....” bicaranya terhenti. Aku palingkan wajah mencari seraut wajah bujur sireh milik Nia. Ada senyuman kecil yang tersungging di pinggir bibir merah merekah kepunyaan Nia.
“Tapi Nia sedar bang, Nia bersuamikan lelaki yang punyai dua isteri! Jadi Nia tak boleh nak harapkan kasih abang hanya untuk Nia dan perhatian dan tanggungjawab abang hanya untuk Nia seorang. Sebagai isteri, Nia tak sanggup heret abang ke neraka jika abang abaikan tanggungjawab abang pada kedua-dua isteri abang. Nia sayangkan abang, dan Nia perlu redha dengan kehidupan kita.” Aku terkedu dan terkelu. Aku akui ilmu agama milik Nia mampu mengatasi beban emosi dan rasa kecewa seorang wanita yang bermadu. Bukan mudah hatta untuk aku sekalipun, tiada lagi ruang dan masa yang ku peruntukkan untuk diri ku sendiri. Semuanya bagai terantai dengan kehidupan berumah tangga!
“Nia, maafkan abang andai abang tak mampu adil dan saksama. Abang tak yakin untuk beristeri dua, tapi abang terpaksa sayang!” ucap ku harap Nia juga mengerti kedudukan dan keadaan yang harus ku tempuh dan lalui.
“Nia faham keadaan abang, abang terpaksa kerana tiada pilihan dan Nia juga terpaksa terima semua ni demi abang dan rumah tangga kita. Tapi Nia yakin abang mampu,” kata-kata Nia memberi semangat kepada ku yang sering kali lemah dengan kata hati.
“Terima kasih sayang! “ ucap ku menyembunyikan rasa sebak di dalam dada. Syukur, Nia memahami diri ku. Lelaki yang baru menginjak usia 24 tahun dan tak sepatutnya beristeri dua dalam usia semuda ini. “Nia tengok kawan-kawan abang, semuanya tak kahwin lagi. Abang je nampak macam gatal melampau, siap beristeri dua lagi! Hairanlah!” gumam ku mengomel tidak puas hati. Nia ketawa kecil!
“Abang memang gatal pun!” ujar Nia tersenyum-senyum. Aku kerutkan dahi, benarkah kau gatal!
“Takkan kut sayang?” aku inginkan kepastian. Adakah aku gatal dikaca mata Nia?
“Ya, suami Nia ni gatal!” dia paut lengan ku erat.
“Mestilah gatal. Kalau tidak tak adanya si kecil kat dalam tu!” sambut ku membuatkan Nia terjerit kecil.
“Eiiii... tak malu!” gumam Nia terus melentokkan kepalanya ke bahu ku dan aku meneruskan pemanduan menghala ke lebuhraya sebelum menuju ke susur keluar menghala kawasan perumahan elit itu.

 insyaallah saya akan terbitkan novel
SKANDAL, Bukan selamanya. 
boleh drop nama dekat kotak komen atau wasap saya utk booking 
0134239065. nyatakan nama dan booking tajuk novel. 

haa.. saya baru kluar novel baru. dulu Lelaki mata keranjang saya tukar tajuk Pujaan Hati Kanda. harap sudi memilikinya. :)


2 comments:

  1. bila nk kuar novel CDN ni??😭😭
    betahun tnggu...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget