Thursday, 12 May 2016

MR. SCANDAL bakal ke versi CETAK !!!!

pengikut e-novel MR. SCANDAL... MR.Scandal bakal ke versi cetak dengan tajuk baru. Skandal Bukan Selamanya. Boleh pm AI untuk order. KLIK SEE MORE Untuk teruskan bacaan.




PM fb AUlia Iman, terjah blog hikayat aulia iman, dm IG, dan wassap AI.
semua medium tu AI aktif.

Terima kasih... teaser akan di up kemudian. TQ


 NOVEL SKANDAL BUKAN SELAMANYA
dulu pernah tak baca Mr. Scandal?
Ha... inilah dia. Tajuk dah tukar tau. Kisah Hardy Farhan dengan Arya Zahirah.
Tak ingat??? Okey Ai bagi teaser imbas kembali ye :-D

random chapter ....................... <3






“Interesting! But, misal kata adik you tahu tentang apa yang kita buat, dia marah atau memang tak kisah?”
“Of course’lah dia marah I, Hardy! Dia bakal ustaz okey, bukannya open minded macam mat salleh.” ucap Arya sambil menahan tawa sendiri.
“You ni, naughty la Arya. Kesian adik you! Dia nak jadi ustaz, si kakak pula, nakal tak terkata. Kalau macam tu, you datang ke rumah I’lah. Okay what?”

“You lupa ke Hardy.. Fairuz kan ada?”
“Dia tak kisahlah!”
Really? Bukan dia juga alim?”

“Tak sangat... ada part yang dia alim. Ada certain part yang dia jahil! Jangan risaulah!” Hardy tergelak, Arya juga ikut tergelak. Fairuz, nama salah seorang rakan mereka yang belajar di universiti yang sama menjadi sebutan lewat-lewat malam begini. 

Daripada Fairuz’lah, Arya dan Hardy bertemu. Waktu itu, Fairuz hanyalah rakan senior yang sering membantu Arya ulangkaji pelajaran. Kerana selalu bertemu, rakan-rakan lelaki itu turut menjadi kenalan Arya termasuklah Hardy. Seiring waktu berlalu, hubungan dia dan Hardy semakin hari semakin akrab hinggalah Hardy mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajiannya. Dan dia pula masih berada di bumi United Kingdom menamatkan baki dua tahun pembelajarannya di dalam jurusan senibina.

Kerana dua tahun berjauhan dan tidak lagi bertemu, hubungan yang mulanya akrab, sedikit renggang. Namun sejurus dia pulang ke tanahair dan bertemu semula dengan Hardy di dalam bidang pekerjaan yang serupa, hubungan yang renggang kembali erat dan kini semakin rapat hingga membuatkan keduanya terlalu terbuka dari satu sudut yang lain.

“Arya, I missed you very-very much!”
Suara Hardy mengembalikan Arya ke alam nyata. Serentak itu, dia memandang raut wajah Hardy sambil bibir pula tidak lekang menggariskan senyuman manis buat tatapan sepasang mata nan bening itu.

“Are you serious Hardy?”
“Yep! You tak percaya?” jari jemari Arya yang menyentuh wajahnya dicapai lalu disulam dan dikucup berulang kali. Rindu yang datang semakin mendebarkan jiwa dan naluri seorang lelaki sepertinya. Tambahan pula, Arya yang anggun dengan potongan badan yang menarik, benar-benar membuatkan minda nakalnya selalu terbayang-bayang sesuatu. Bahkan, gadis ini boleh diumpakan seperti magnet yang melekat tatkala dua kutub berlainan saling bertemu.

“I pun rindukan you, Hardy.”
“Ehem.. kalau rindu, shall we...” tutur Hardy sambil memandang anak mata Arya yang bewarna hazel. Cantik berkilau!
“Shall we....”

Pertanyaan Arya tidak terus dijawab. Namun, jari jemarinya menyentuh pinggang Arya lalu ditarik tubuh itu mendekati batang tubuhnya.
“Hardy....”
“Shhhh... you takut?” bisik Hardy dekat di pendengaran Arya. Tanpa isyarat, bibirnya menyentuh belakang telinga Arya. Membisikkan sesuatu.
“Arya, I nak bawa you ke satu tempat yang sangat best!”
“Kemana Hardy?” suara Arya sudah separuh tenggelam saat jari jemari Hardy menjalar ke serata tubuhnya.

“Syurga dunia sayang...” tanpa menghabiskan kata, Hardy menjarakkan kepalanya lalu mengubah posisi yang lebih selesa lantas memandang wajah Arya secaya berdepan.
“You cantik.. you buat I sentiasa rindu.” Wajah didekatkan hingga membuatkan Arya memejam matanya sejenak. Menantikan tindakan Hardy yang seterusnya.
Daripada respon Arya yang positif, Hardy terus sahaja memainkan peranannya hinggalah dua bibir saling bertaut menjadi satu.

**

“Astaghfirullahhalazim!”
 Kerana satu suara, Arya dan Hardy yang sedang hanyut dengan gelora nafsu, tersentak. Dari berbaring di sofa, kedua-duanya kelam kabut bangkit lalu memperkemaskan pakaian yang senget benget.

“What the hell are you doing, Kak Arya?” jelas suara itu bergema di dalam satu nafas yang kasar. Tidak semena-mena, plastik di dalam pegangan pemilik suara itu jatuh ke hujung kaki.
“Ouchhh!!!” bibir itu sudah menyeringai menahan sakit.

“Zik! Macam mana you boleh ada dekat sini? Tadi kan dah balik?” tanya Arya dengan wajah pucat lesi. Ah, matilah dia! Tertangkap ditangan adiknya sendiri.
Sejenak, si adik yang sedang terpejam sambil menggeleng kepala direnung. Riak wajah itu, menggambarkan Zikri sedang menahan sakit.

“Zik dah balik atau belum, itu bukan persoalannya, Kak Arya. Why do you did something stupid? Berzina? Tak takut dosa ke apa?” tekan Zikri tanpa berselindung lagi. sepatah-sepatah  keluar dari bibirnya!

“Zik, listen to me! I tak sengajalah Zik!” Arya bangkit. Cepat-cepat dia atur langkah cuba mengekori Zikri yang sudah bergerak ke ruang tengah. Jelas, tangan kiri si adik berusia 21 tahun itu sedang memicit kepalanya sendiri.

“Tak sengaja apanya, Kak Arya? Zik, jijiklah!”
Hardy yang mendengar pertikaman lidah kedua-duanya, tertunduk di dalam gelengan. Nyata, dia sudah salah timing. Shit!

“Siapa jantan tak guna tu?” tanya Zikri dengan nada rendah. Cuba mengawal rasa amukan dan kecewanya terhadap sikap si kakak yang terlampau sosial.
“Hardy!” lambat-lambat Arya membalas.

“You suka pada dia Kak Arya?” Zikri berpusing memandang Arya yang sedang mencipta alasan untuk membela diri.
“Actually, taklah suka sangat!” Sesekali, tali baju yang jatuh ke bahu ditarik semula ke kedudukan asal.

“So.. kalau tak suka... Kenapa you buat benda bodoh ni Kak Arya?” tanya Zikri merenung anak mata Arya dalam-dalam. Namun, kakaknya itu, lebih gemar melarikan anak matanya sendiri. Orang bersalah, begitulah perlakuannya. Hilang keberanian hatta untuk bertentang mata sekalipun!

“I.. erm tak ada apa-apa pun! Saja suka-suka!”
Nyata, luahan dari bibir Arya buat Zikri hilang kata-kata. Saja suka-suka? Eh, jawapan apakah itu? Dia yang naif? Atau Arya yang terlampau terbuka!

Kalau nak order, ikut je apa yg ada dalam poster tu :-D

kalau nak mudah, wassap AI.
 



 Jangan lupa dapatkan karya ni. InsyaallAh sebelum raya boleh peluk :-D

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget