Wednesday, 20 July 2016

Lama x update

SKANDAL BUKAN SELAMANYA

BLURB:



Dia, Hardy Farhan. Lelaki punya persona, bekerjaya dan punya masa depan. Namun, siapa sangka, jejaka ini menjunjung prinsip untuk menolak komitmen dalam perhubungan. Pada firasatnya, perkahwinan hanyalah mengikat dua jiwa kepada satu tanggungjawab yang cukup besar dan membebankan.

Arya Zahirah, dia wanita yang tidak kurang hebatnya. Dikurniakan kecantikan semulajadi, anggun yang mempersona dan kesempurnaan yang tiada pada sesiapa. Namun, disebalik kesempurnaan yang diperlihatkan, dia juga insan biasa yang ketandusan kasih sayang ibu bapa yang telah pergi dulu. Kerana kurangnya iman, lemahnya hati dan lembutnya jiwa, dia terikat dalam hubungan tanpa komitmen.
Skandal? Hubungan itu menjadi kesepakatan antara Hardy dan Arya. Tidak mengikat dan tidak juga terikat. Mereka bahagia namun kebahagiaan terlarang itu sering kali digugat oleh insan-insan yang mengasihi.
Perancangan untuk menikmati bulan madu terlarang, diatur rapi. Maka terbanglah mereka ke sebuah pulau peranginan. Tanpa dijangka, bulan madu yang menghangatkan bertukar menjadi bulan madu berdarah, dan cukup-cukup dikesali. 
Mereka merancang dan Allah juga merancang. Yang jelas dan nyata, sebaik-baik perancang adalah perancangan Allah Yang Maha Esa. Sejauh manakah Hardy menjunjung prinsip? Sekuat manakah Arya menolak takdir? Dan bagaimanakah perjalanan hubungan skandal yang pernah diangkat tinggi? Dan apa pula kesudahan hidup pasangan yang begitu memartabatkan hubungan terlarang itu?
Ikuti kisah seterusnya dalam Skandal Bukan Selamanya.

 SEMENANJUNG RM 22
SABAH SARAWAK RM 25

HUBUNGI AULIA IMAN untuk pembelian (selagi stok masih ada) 0134239065

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget