Saturday, 3 February 2018

SAYANG PADA YANG SUDI 8



BAB 8

“Kereta dah ada, kenapa jalan kaki lagi ni Cik Bunga?” Nada suara Usop sama seperti enam bulan yang lepas. Nada yang selalu dia guna untuk menyakitkan hati aku.
“Saja nak kurus… jalan kaki ni baik untuk jantung.” Ajuku bersama info berguna untuk sepasang telinga berkulit tebal milik Usop.

“Saja nak kurus atau belum dapat lesen? Eh, ke Cik Bunga ni gagal ujian memandu JPJ?”
Aku jengilkan mata ke arahnya. Pandai-pandai je buat spekulasi. Ambil ujian pun belum lagi, macam mana nak tahu lulus ke gagal.
“Aik, senyap je…”
“Belum ambil ujian lagi. Next week baru test JPJ.”
Nervous tak?”
Aku menggeleng penuh yakin.
“Nak nervous kenapa pula ya Encik Usop?”
“Manalah tahu, perempuan ni gementar dia tu lain macam.”
“Bukan semua perempuan, hanya sebilangan kecil je yang kuat berdebar.”
“Cik Bunga tak termasuk dalam sebilangan kecil tu ke?”
Aku senyum yang dibuat-buat. “Of course not!”
“Good girl! Dah cukup ke tempoh training memandu?”
Aku diam sambil berkira-kira jumlah jam pemanduan yang diwajibkan sebelum menduduki ujian yang dikendalikan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
“Kalau rasa tak yakin, jangan ambil test tu. Belajar sampai confident untuk drive. Dah confident, baru ambil test JPJ dan make sure lulus. So, tak perlu nak susah payah untuk ulang ujian JPJ tu lagi.” Nasihat Usop buat aku rasa curiga. Dia ni ikhlas memberi nasihat atau sebenarnya ada muslihat lain ni?
“Sebenarnya jumlah jam wajib memandu belum cukup, tinggal beberapa jam lagi. Hujung minggu ni baru habiskan. Rabu depan terus ambil ujian JPJ.”
“Awak yakin yang awak lulus?”
Aku mengangguk. Insya-Allah.”
Good! Semoga kejayaan menjadi milik awak.”
Aku senyum nipis. “Thanks. Saya dah lambat ni, saya ke taska dulu ya.”
“Silakan sayang… take care. Jalan elok-elok.”
Aku mendengus. Geli pula bila Usop bersayang-sayang dengan aku. Gedik je bunyinya.

***

Hujung minggu itu aku ke sekolah memandu untuk menghabiskan jumlah jam memandu yang wajib aku duduki sebelum ke fasa seterusnya.
Kereta Viva putih tertera nama dan alamat sekolah memandu yang menjadi pilihan, berhenti di hadapan mataku.
“Aisyah, masuklah.” Cikgu yang mengajar mengarahkan aku masuk manakala dia keluar dan terus menuju ke tempat duduk di sebelah seat pemandu.
Sebaik sahaja aku masuk, dan cikgu Asmah yang mengendalikan pemanduan aku selesai memakai tali pinggang keselamatan, aku terus bertanya kepadanya.
“Cikgu, kita nak ikut jalan mana?”
“Jalan D. Kat situ banyak simpang dan banyak traffic light. Awak kena biasakan jalan yang susah.”
“Takutlah cikgu, jalan tu sibuk.” Bukan setakat sibuk bahkan sesak dan banyak sangat simpang. Bertambah menakutkan, kebanyakan pemandu menukar lorong dan masuk ke simpang tanpa memberi isyarat. Haruslah aku yang masih fresh dalam pemanduan berasa sedikit ‘goyang’.
“Jalan yang sibuk tulah jalan yang sebaiknya Aisyah. Biar susah sedikit, nanti lama-lama awak lebih cekap memandu. Lagipun, awak kena bersedia, buatnya abang JPJ minta awak ikut jalan D, taklah awak menggeletar nanti.”
“Okey cikgu. Saya menurut.” Anggukku dalam pasrah. Tiada pilihan dan betul juga kata Cikgu Asmah. Pegawai JPJ ada kuasa memilih jalan yang disukai, tugasku pula hanya memahirkan pemanduan.
“Dah boleh drive.” Arah Cikgu Asmah.
Aku angguk lalu memakai tali pinggang dan memperkemaskan kedudukan. Sesudah itu, aku perbetulkan cermin pandang belakang dan juga cermin sisi. Akhir sekali aku hidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan.
Baru sahaja hendak bergerak, kereta Viva ini sudah tersengguk-sengguk seperti kereta kuda yang sedang melalui kawasan yang dipenuhi batu-bata. Cikgu Asmah yang tadi elok bersandar, ikut tersengguk-sengguk.
“Awak ni buat saya terkejut je. Buatnya saya sakit jantung, tak ke saya mati sia-sia?”
Aku sengih. “Sorrylah cikgu, tak tekan clutch sampai habis.”
“Lain kali ingat betul-betul, jangan salah lagi. Kalau terus begini, awak boleh gagal tau.”
“Baik cikgu, saya akan ingat.”
Sepanjang hari itu, aku habiskan tempoh belajar selama empat jam. Dua jam di atas jalan raya dan baki dua jam lagi di dalam litar. Dari naik bukit, parking, dan jalan raya, semuanya success. Tapi di awal-awal dahulu ketika aku menjalani latihan memandu di cerun bukit, kereta mengundur ke belakang. Bukan sekali dua, tapi tujuh kali. Sampai kena gelak dengan calon-calon lain. Hampeh betul, malu usah cakaplah. Tapi demi sebuah kereta dan sekeping lesen memandu, aku tebalkan muka dan tabahkan hati.
Tak cukup dengan itu, di kawasan meletak kenderaan, aku pernah langgar tiang bercat hitam putih hingga tumbang. Menurut Cikgu Asmah, rekod langgar tiang terbanyak telah dipadamkan olehku. Dan kini aku memegang rekod baru dengan jumlah pelanggaran sebanyak 12 kali.
Pengalaman memandu di atas jalan raya pula tak kurang hebatnya, teringat peristiwa di mana Usop Hantu sengaja mengekoriku dari arah belakang.
Pin! Pin! Pin!!!
“Cikgu, macam mana ni… driver kat belakang dah hon-hon saya tu.”
“Biarkan je Aisyah. Awak tengah belajar, abaikan usikan-usikan mereka.”
“Tapi saya gementar ni cikgu. Cuak betul.”
Cikgu Asmah senyum. “Memang mereka sengaja nak buat awak berdebar. Teruskan memandu seperti biasa.”
Pin! Pin! Pin!!!! Bunyi hon semakin lama semakin panjang. Dan kenderaan yang mengekoriku juga semakin mendekat.
“Tengok tu cikgu, diorang cucuk-cucuk saya.”
“Butakan mata awak Aisyah. Fokus kepada pemanduan.” Arah Cikgu Asmah kusambut dengan anggukan.
Namun dari ekor mata aku melihat Cikgu Asmah menurunkan cermin kereta dan melihat ke arah kenderaan di belakang.
Entah isyarat apa yang diberikan, akhirnya Cikgu Asmah mengarahkan aku memberhentikan kereta.
“Berhenti kat bahu jalan.” Gesanya.
Aku yang sedikit kalut terus menekan brek kaki hingga wajah Cikgu Asmah hampir-hampir melekat ke dashboard kereta.
“Oh mak kau!!!” Pekik Cikgu Asmah kerana terkejut.
Sorry cikgu, saya tak sengaja.” Ujarku takut-takut untuk memandang wajah Cikgu Asmah. Alahai, janganlah dia bertukar jadi singa. Kecut perut aku yang sudah sedia kecut ni.
“Awak nak buat saya mati ke?” Hamburnya dengan nada tinggi. Marah bercampur terkejut agaknya.
“Sumpah tak! Saya tak sengaja.” Ajuku cepat-cepat.
“Hish, nak meletup dada saya ni.”
“Maaf cikgu. Maaf sangat-sangat.  Saya tak sengaja.” Ulangku berkali-kali memohon maaf kepadanya.
“Dah banyak kali saya ingatkan, nak berhenti kena tengok keadaan. Tak boleh berhenti mengejut. Takkan awak tak faham-faham lagi?”
“Ya, saya faham cikgu.”
Marah benar Cikgu Asmah kepadaku. Namun apa boleh buat, aku yang panik tak mampu berfikir dengan waras. Hendak atau tidak, terpaksalah aku tadah telinga mendengar bebelan beliau.
“Sekejap, saya nak jumpa driver kat belakang tu. Tak tahu undang-undang agaknya! Macam manalah boleh dapat lesen.” Cikgu Asmah terus keluar dan mendapatkan pemandu yang tadi membuat onar.
Dari dalam kereta, aku dengar perbualan keduanya.
“Awak ni membahayakan student saya.”
“Maaf puan, saya terpaksa.”
“Jalan ni luas, kenapa nak ikut dan ekori terlalu rapat? Awak tak jaga jarak antara kenderaan. Jika terjadi apa-apa, awak bukan membahayakan pemandu di hadapan, awak juga membahayakan diri awak sendiri.”
Sorry, saya nak cepat! Student puan bawa kereta macam siput babi.”
Hah? Driver tu kata aku bawa kereta macam siput babi?
Student saya sedang belajar memandu. Awak dulu-dulu pun bawa kereta lagi lembab dari siput babi.” Balas Cikgu Asmah memenangkan aku.
“Eh, mana ada… saya siput babi yang berlari… student puan siput babi yang mengesot.”
Suara mamat tu macam aku biasa dengar je. Cara percakapannya seperti familiar di telinga. Siapa agaknya. Nak tengoklah mamat mangkuk ayun tu.
Tanpa berlengah, aku lepaskan tali pinggang keselamatan dan keluar dari perut kereta. Sejurus tiba di antara keduanya, mataku menangkap raut wajah Usop. Usop??? Alamak, dia ke yang ekori aku tadi? Kalau dia memang sah, sengaja nak mengusik aku.
“Lain kali laju sikit, jangan bawa macam siput babi.” Gerutu Usop pendek namun pedih apabila sampai ke pendengaranku.
“Biar bawa macam siput babi jangan bawa kereta membabi buta.” Balasku sambil tayang gelak jahat. Padan muka Usop kena marah dengan Cikgu Asmah.
“Apa-apalah.” Getusnya seraya masuk ke dalam perut kereta.
Aku melihat gerak geri Usop. Sebaik sahaja anak mata bertentangan, aku angkat ibu jari. Isyarat bagus aku layangkan dan kugoyang-goyangkan di hadapan matanya. Nampak benar wajah Usop merah menahan marah. Ah, pedulikan… siapa suruh nak menyakat tak kena tempat. Kan dah kena sound!
“Aisyah, jauh termenung.” Teguran Cikgu Asmah mengembalikan aku ke alam realiti.
“Ya cikgu?”
Next week awak test JPJ ya.” Ucap Cikgu Asmah seraya mendekati aku yang sedang duduk di kerusi menunggu di dalam pejabat kecilnya.
Confirm ke next week Cikgu?” Soalku.
“Ya, betul. Jadi bersedialah. Saya harap awak lulus.”
“Okey cikgu Insya-Allah. Tolong doa-doakan semoga saya lulus.”
“Saya yakin awak lulus. Saya pun tak sanggup nak ajar awak buat kali kedua. Mahu mati terkejut saya dibuatnya.”
Aku dan Cikgu Asmah gelak bersama. Kesian pada dia, namun itulah risiko yang harus ditanggung oleh cikgu memandu. Mengajar seseorang yang tidak tahu memandu adalah satu perkara yang sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya.

***
Hari yang mendebarkan tiba juga. Berkat sokongan moral Cikgu Asmah, aku gagahkan diri untuk menduduki ujian pemanduan walaupun hati tak berapa nak yakin.
“Assalamualaikum encik, saya Bunga Aisyah.”
“Ha, waalaikumusalam. Masuk-masuk…”
Aku menurut sambil meloloskan diri ke dalam perut kereta. Dari ekor mata aku melihat wajah pegawai JPJ. Bukan main serius lagi.
“Dah boleh memandu.” Arahnya kuanggukkan sahaja.
Tiba masanya aku pasangkan tali pinggang keledar. Dek rasa debar yang menggila, tanpa sedar kepala seat belt tu aku cucuk ke bahagian tempat duduk sebelah.
Pegawai JPJ bernama Ali memanggung wajah menancap rautku bersilih ganti dengan kepala tali pinggang keledar yang salah kupadankan.
“Salah tu Cik Aisyah.”
Dek suaranya yang tiba-tiba, hampir-hampir sahaja aku melompat kerana terperanjat. Kurang asam betullah pak cik ni.
“Ni… awak salah cucuk kepala tali pinggang ni.”
Aku memandang, alamakkk!!! Macam mana boleh salah ni? Hendak tak hendak, aku senyum lebar menutup rasa canggung dalam diri.
“Maaf Encik, saya nervous.”
“Tak perlu nervous. Saya tak makan orang…”
“Tapi saya takut gagal.”
“Belum drive, bagaimana awak tahu awak lulus atau gagal. Be confident!”
“Okey Encik Ali, terima kasih.”
Aku memulakan pemanduan, baru sahaja hendak memasukkan gear tanpa sengaja aku terpegang paha encik JPJ. Dia yang terkejut terus sahaja menarik pahanya jauh ke sebelah kiri.
Alamak, ini kesalahan kedua dalam masa beberapa minit. Matilah aku.
“Maaf encik… maaf. Saya tak sengaja.” Berulang kali aku mohon maaf hingga mengundang gelak Encik Ali.
Dalam gelengan, dia bersuara. “Awak… mengucap! Jangan gementar tak tentu hala. Tarik nafas dan hembus perlahan-lahan. Fokus dan kosongkan minda. Saya tak makan orang.” Jamin Encik Ali tenang.
“Saya nak cancelkan test ni boleh tak encik? Saya rasa tak boleh nak memandu, gementar yang amat sangat. Kecut perut betul saya ni, tak tahu macam mana nak cakap.”
Encik Ali senyum nipis sebelum menggeleng.
“Sayang masa, duit dan tenaga yang awak dah keluarkan. Saya nasihatkan supaya awak teruskan pemanduan. Awak cuba dulu, kalau awak betul-betul tak boleh saya gagalkan awak dan sila belajar lagi. Kalau rezeki awak baik, awak memandu mengikut garis panduan, insya-Allah saya luluskan ujian awak ni.”
“Baiklah encik, saya cuba.”
Akhirnya, berkat kesabaran dan fokus yang maha tinggi, aku akhirnya berada di atas jalan raya. Hilang sedikit rasa gementar dan kini datang perasaan yakin yang aku sebenarnya memang boleh memandu.
“Boleh pun bawa.”
Aku senyum dengan pujian Encik Ali. Setahu aku mereka tidak digalakkan bercakap dengan calon ujian memandu, namun aku yakin Encik Ali buat begini hanya untuk mengurangkan rasa debar yang hebat memukul dada ini. Mujur juga dapat pegawai JPJ yang sporting dan memahami seperti Encik Ali. Jika dapat pegawai yang garang, haruslah aku gagal diawal-awal pemanduan.
“Sekarang awak dah lulus semua ujian JPJ, awak dah boleh memandu tapi harus tunggu sehingga lesen dikeluarkan. Jangan lupa tampal pelekat ‘P’. Semoga menjadi pemandu yang berhemah dan bertimbang-rasa. Tahniah saya ucapkan.”
Aku senyum bangga. “Terima kasih encik. Insyallah saya akan jadi pemandu yang berhemah.”
“Sama-sama. Awak dah boleh keluar.”
Aku lepaskan tali pinggang keledar dan mengangguk sekali.” Baiklah, saya keluar dulu.”
Dengan senyuman tak lekang di bibir, aku pulang ke rumah dengan wajah ceria. Berita gembira ini haruslah aku kongsikan bersama mama dan abah. Pasti mereka bangga dengan anak tunggal mereka ni walaupun sekadar lulus ujian memandu.

No comments:

Post a Comment