NOVEL & MINI NOVEL AULIA IMAN


ISBN: 978-967-12084-2-7
Harga: RM 29 (Semenanjung)
              RM 32 (Sabah & Sarawak)

Caption
Bila tiada bicaramu...
Umpama aku dibunuh panahan resah darinya...


Blurb
     “LISA? Siapa Lisa? Tolong jangan nak menggedik di sini ya...” Khalisa mengherdik kasar dan mengugut, “Saya tak kenal awak! Baik awak keluar sebelum saya menjerit!”
     Adlan Zakuan terdiam, terlupa bahawa Lisa ini bukan Khalisa Khairani yang dia kenal dulu. Dialah yang menjadi punca kemalangan tempoh hari sehingga menyebabkan Lisa hilang ingatan dan berubah tingkah laku.
          “Lisa, ni abang... ingat tak?” Adlan masih mahu mencuba. Mana tahu Lisa dapat mengingati kembali siapa dirinya.
          “Abang? Hello... jangan nak perasan! Lelaki macam ni abang saya? Muka jahat... ada janggut lagi... macam ni mengaku abang saya? Perasan!” Khalisamempersoalkan dalam sinis, “Dah... sekarang keluar! Keluar! Saya tak kenal! Tak kenal!” Tinggi nada suara Lisa kedengaran hingga ke luar bilik.
          KONFLIK ingatan – mungkin boleh dibuat-buat demi mempertahankan maruah diri. Tetapi bagi Khalisa Khairani, cinta mendahului perasaan yang dibuat-buat dan cinta mengatasi ingatan yang direka-reka. Oleh kerana itu, walaupun Khalisa Khairani menafikan perasaannya terhadap Adlan Zakuan, namun cintanya tidak dapat disembunyikan. Sehinggalah kekangan dan halangan dari tiga penjuru membuatkan Khalisa Khairani lemah untuk menghadapinya. Dalam keadaan begitu, seseorang hadir menjadi hero yang dapat menyelamatkan Khalisa Khairani – siapakah dia? Adakah Encik Darwish? Atau Encik Fikri? Atau Encik Adlan sendiri?
    “Merasai cinta biarlah dalam keadaan bersedia, bukan dalam keadaan kesepian.”

Naskah ini boleh didapati di website  Karystos Creative
Harga selepas diskaun RM 27 Semenanjung & Sabah Sarawak RM 30, penghantaran percuma :)


**
JIKA MAWAR PUDAR WARNA


Semenanjung : RM29
Sabah/Sarawak : RM32
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
Terbitan Karyaseni

Dialah Amira, seorang gadis polos dan lurus bendul. Kerana sikapnya yang mudah dipermainkan, dia telah hilang harga sebuah kesucian. Kerana kisah pada suatu malam dengan Edrian, dia hilang segalanya. Masa depan dan cinta!

“Kononnya Asyraf lelaki mulia yang sanggup terima buruk dan baik aku! Tapi, bila hari pernikahan semakin tiba, dia tinggalkan aku tanpa alasan! Aku putus harap untuk percaya kepada manusia bernama lelaki!”

Dia, Taufiq. Seorang anak muda yang pentingkan status dan pangkat. Dia bersetuju menebus maruah Amira. Apatah lagi, permintaan Dato Amri, abahnya Amira datang bersama satu tawaran hebat, Kristal Property akan diserahkan kepada dirinya sebagai hadiah perkahwinan. Tiada langsung ruang buat Amira dalam hatinya, melainkan secebis tanggungjawab sesama insan.

“Kalau kau solat, apa pasal kau habis dulu? Aku yang imam, akulah yang habis dulu!”

“Dah awak baca lambat, lambatlah awak habis! Saya baca pendek, sayalah habis dulu!”

Menjalani kehidupan rumah tangga bersama insan yang polos, ternyata membuatkan hidup Taufiq bertukar 360 darjah. Dia yang serius, dia yang garang dan dia yang bengis, akhirnya bertukar karakter. Senyum dan usik-mengusik mewarnai hari-hari berikutnya.

“Bagi sayalah, saya betul-betul nak jadi model. Ala, model pakaian macam dalam majalah tu!”

“Kau bukan cantik mana pun nak jadi model! Sudahlah gemuk! Buang karan aje! Tak suka!”

“Saya minta maaf. Kalau awak tak kasi saya jadi model, tak mengapalah! Saya jadi tea lady di ofis awak. Kalau awak tak nak saya jadi tea lady, saya jadi cleaner... cukuplah!  Kalau cleaner pun tak boleh, saya jadi mak guard! Jaga kereta awak di tempat parkir!”

Ketika langit cerah, bunga-bunga di taman berkembang mekar, Taufiq berasa sesuatu yang indah sedang menular ke dalam jiwa. Namun perasaan indah itu, berlalu pergi tatkala Adila, tunang yang ditinggalkan meminta ruang untuk bersatu. Sungguh Taufiq tidak berdaya menyangkal bahawa kasihnya masih utuh buat Adila.

Masih tegarkah Amira apabila bakal ditinggalkan lagi buat kali ketiga? Semuanya mekar mewangi dalam Jika Mawar Pudar Warna.

Pembelian beserta diskaun boleh didapati di website Karyaseni.
Jika Mawar Pudar Warna


**



ISBN: 978-967-12084-8-9
Harga: RM 24 (Semenanjung)
              RM 27 (Sabah & Sarawak)
http://www.karystoscreative.com/v2/index.php?option=com_virtuemart&view=productdetails&virtuemart_product_id=17&virtuemart_category_id=1&Itemid=233

BODYGUARD FROM TAIPING - Hayati Ahmad

       Dia lari dari rumah setelah dinikahkan secara paksa dengan lelaki bergelar  Haji yang langsung tidak pernah dikenalinya. 10 hari yang mendebarkan... 10 hari mengenal dunia... 10 hari mencari cinta, dia menjadi Bodyguard kepada lelaki yang baru sahaja dikenalinya. Bagaimanakan Syarifah Aulia Rukiah melalui rencam hidup bersama ‘Bos’nya?
   
     “Saya cari kerja ni.” Terus terang sahaja aku bercakap, malas hendak berbasa basi lagi. Aku harus keluar dari rumah ini atau aku bakal dilanda musibah yang lebih besar, aku takut ‘tersuka’ kepada Akim. Sudahlah kacak, kaya pula tu malah paling hebat dia seorang yang tenang dan penuh karisma.
         
       “Rock nak cari kerja apa?”
       “Gheja kuli kot, SPM pun kantoi cukup-cukup makan ja.”
       “Cuba spesifik sikit.”
        “Bagi cheq jadi jaga pun ok dah.”
        “Boleh bawak kereta?” Aku angguk kepala.
        “Tahu seni bela diri.” Aku angguk lagi.
         
     “Boleh menembak?” Aku angguk lagi sebab memang betul aku pandai menembak. Di sekolah dulu aku pasukan kadet polis, memang aku ada mengikuti latihan menembak. Akim tersenyum dan senyuman dia pun bagaikan peluru sesat yang boleh menembusi hati ku kalau tidak di pasang perisai secukup-cukupnya.
       
        “Jadi bodyguard saya boleh?”
        “Apa bodyguard?!” Akim menganggukkan kepala


PLASTER CINTA UNTUK BOS- Aulia Iman
     
        Apabila menyebut soal cinta, Umran Hannah adalah orang yang terlalu bernasib malang hingga terpaksa menolak cinta di dalam hidup. Namun, kerana ingin hidup kembali berjiwa, saranan nenek yang tersayang diturutkan. Fiona Amani yang selekeh, tidak bergaya dan agak naif itu dipilih menjadi teman hidup seorang lelaki pembersih dan cerewet. Daripada insan yang biasa-biasa, Fiona diubah menjadi luar biasa! Kecantikan dan keanggunannya,  kembali meletakkan wanita itu di tempat teratas. Ketika cinta mula meresap, hidup juga seakan berjiwa, isteri yang mula dicintai kian beralih arah. Kemilau kemewahan menjadi pilihan, dan dirinya yang tidak berupaya memberi kesenangan ditinggal pergi. Meniti hari-hari yang sepi, Umran masih setia menanti. Menanti insan yang belum pasti hadir dan mengakui darjatnya sebagai seorang suami.

**

JEJAKA PILIHAN HATI

TAJUK : JEJAKA PILIHAN HATI
HARGA SEMENANJUNG RM25/ SABAH SARAWAK RM28
TEMPAHAN BOLEH DIBUAT DI:  FACEBOOK INSPIRASI IDEA



Blurb: Ara & Mr. Perfect (AULIA IMAN)

“Tempat ni, tempat orang melancong. Kalau nak bunuh diri, carilah tempat lain. Terjun jambatan ke... terjun dari bangunan terbengkalai ke.. atau korek kubur dan timbus sendiri. Jangan wujudkan unsur mistik dengan kematian yang tak diredhai Tuhan.”

Dia lelaki misteri yang tiba-tiba hadir dan memberi sedikit peringatan. Namun sesudah itu dia hilang begitu sahaja. Bumi berputar, hari berganti hari hingga takdir Tuhan kembali mempertemukan Ara dengan jejaka misteri yang selama ini dicari-cari.

Namun ketika pertemuan kedua, Ara bakal menjadi tunangan orang, manakala si lelaki pula bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan hati.

Antara menjadi perempuan perampas dan menjadi manusia yang redha dengan ketentuan Tuhan, yang mana satukah menjadi pilihan terakhir seorang gadis yang pernah dikecewakan?


BLURB DOKTOR JANTUNG SAYA (AMEERA ELISHA)

Hanya disebabkan sebuah ‘Sinetron’, kehidupan Nur Adriana dihambat si jejaka yang digelar ‘encik kacak pujaan hati’. Makin hari, makin payah untuk dia melarikan diri. Sekeping hati yang dilindungi tiga undang-undang cinta itu pula semakin goyah.

“Dear Nur Adriana. Marry me. As simple as that.”-Encik kacak.

“Nur Adriana Sulaiman, andai awak masih tidak percayakan saya, istikharahlah kerana saya pasti awak percayakan Dia sepenuh hati awak.”- Encik kacak.

Nur Adriana bungkam dengan ketenangan encik kacak melamarnya. Mampukah dia menurut undang-undang cinta yang sekian lama menjadi penjaga hatinya atau melupakan semuanya demi sebuah kasih yang sudah menjadi kepunyaan Encik kacak?







No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget