Monday, 21 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 12


Sebaik mata ku buka sedikit wajah Neesa yang sedang tidur di kerusi bersebelahan katil ku terpampang di ruang mata, laju-laju aku pejamkan mata. Berfikir sejenak apakah tindakan yang seharusnya ku ambil ketika ini, untuk berhadapan realiti yang bukan aku rencanakan, adalah sesuatu yang mustahil sama sekali. Sudut bilik hospital yang bewarna merah jambu ku perhatikan satu persatu, lengang, sunyi dan kosong sama seperti hati ku saat ini. Sedang aku berusaha bangkit perlahan-lahan tangan kanan ku terasa kebas dan pedih. Ku kalih pandangan ke belakang tapak tangan yang terasa perit itu, nah jarum yang elok melekat di kulit singgah dipandangan mata, seterusnya aku kalihkan pula pandangan ke sisi katil, beg plastik berisi air tergantung kemas kini menancap mata ku pula.

Aku imbas kembali peristiwa yang membawa aku terlantar di katil ini, ya aku sudah nikahi Neesa tanpa rela hati. Andai kata tok kadi bertanya persetujuan ku tadi, mati-matian akan ku kata aku tak rela sama sekali. Aku tak mahu menikahi Neesa namun antara kasih pada mama hati yang keras ini juga terlentur sedikit, jika aku menolak pernikahan ini pasti mama akan mengalami kesulitan dalam perniagaannya dan pasti reputasi yang baik itu sedikit tercalar dengan perbuatan anak tunggalnya ini.

Dan jika aku menerima pernikahan ini, inilah suratan yang terpaksa aku tempuhi tanpa sedar aku memikul tanggujawab yang bukan berpunca dari ku. Wajah Neesa yang sedang lena ku tatap seketika sedikit sebanyak belas ehsan ku tumpah namun mengenangkan kembali tegarnya dia mempergunakan aku untuk menutup malu dan melindungi maruahnya, rasa kasihan itu bertukar benci dalam sekelip mata. Ingin sahaja ku bunuh dan cincang tubuh itu, dan mahu sahaja aku campakkan mayatnya ke dalam sungai Klang! Biar ikan tilapia yang menghuni sungai Klang mendapat makanan yang berkhasiat dan segar!

Jarum yang melekat di belakang tapak tangan ku cabut perlahan, terpancut sedikit darah merah. Aku kesat darah yang meleleh itu dengan cadar hospital, perlahan-lahan aku bangkit dan menuruni katil sambil mendekati laci kecil di sisi kepala katil. Neesa masih dalam lenanya, mungkin terlalu letih dan lesu melayani tetamu yang hadir ketika majlis pernikahan tadi dan semestinya tubuh itu mudah benar menjadi lelah angkara kandungan yang baru berusia empat minggu itu. Wajah pucatnya ku tenung sekilas, pasti wanita ini terdesak hingga aku pula yang menjadi mangsa keadaan dan tersepit antara kehendak mama dan kehendak diri sendiri.

Aku alihkan pandangan ke arah laci kecil itu, beg duit dan handphone ku gapai laju, dan dalam langkah yang perlahan dan berhati-hati itu aku menyusup keluar dari bilik yang kosong tapi sungguh menyesakkan hati tanpa Neesa sendiri sedari. Ah jika sekalipun dia tersedar, tak mungkin aku akan menurut katanya lagi.

Aku berjalan dan terus berjalan hingga memasuki kawasan surau, jam tangan sudah ku tinggalkan entah di mana dan kini jam di handphone sahaja menjadi rujukan ku. Kawasan hospital sedikit dingin lantaran hari sudah menginjak dinihari, aku percepatkan langkah menghampiri pemandu teksi yang sedang keluar dari surau.

“Pakcik, boleh hantar saya balik?” soalku pendek. Dia perhatikan pakaian ku yang masih lagi dalam persalinan pakaian seragam untuk pesakit, sepasang baju besar dan seluar bewarna ungu!
“Nak ke mana malam-malam ni nak?” soalnya hairan. Pasti dia merasakan aku sedang melarikan diri dari hospital barangkali. Biarlah apa yang ingin difikirkan bagi ku perkara yang paling penting adalah keluar dari kawasan ini seketika, mencari ketenangan hati untuk memilih keputusan yang terbaik untuk aku dan juga Nia bukan Neesa!

Aku ketap bibir, ke mana harus ku pergi? Ke rumah mama, itu tak mungkin terjadi? Ke hotel? Sudah pasti kurang selamat bagi ku, mama akan mudah sahaja dapat mengesan aku melalui check in registration, walaupun data pengunjung agak sulit dan polisi setiap hotel yang tidak membenarkan maklumat pengunjung disebarkan kepada pengetahuan pihak lain, namun aku yakin dengan pengaruh yang mama ada ianya tidak mustahil sama sekali untuk terjadi. Networking mama memang sangat luas, dan aku tahu aku takkan terlepas dari kesanannya!

“Ah, better aku ke rumah Nia! Mesti dia di sana, mana mungkin berada di hotel sedangkan pengantin sudah dimasukkan ke hospital. Aku kuntum senyum lantas memberitahu pemandu teksi agar bergerak menuju ke Klang. Pemandu teksi itu hanya mengangguk dan melakukan tugasnya tanpa banyak bicara.
Sampai sahaja ke rumah Nia, aku perhatikan biasan cahaya lampu ruang tengah sedikit bercahaya dari bawah daun pintu. Pasti Nia ada di dalam! Aku bunyikan loceng beberapa kali!

Tidak semena-mena wajah Nia muncul sambil menyelak daun pintu, aku senyum padanya dan dia pula bagaikan masih lagi dalam keadaan mamai, dan kepalanya hanya dilindungi dengan tuala kecil bewarna biru. Wajah baru bangun tidur Nia menyapa pandangan ku, ah comelnya dia!
“Nia, aku tumpang rumah kau boleh?” soalku masih lagi memegang gril yang masih lagi berkunci.
“Ni kan rumah tuan, kenapa nak mintak izin pula?” soalnya pantas. Aku geleng kepala tersenyum walaupun dia tidak membalas.

“Aku dah bagi dekat kau, maknanya ni rumah kau!” pintas ku disambut jelingan tajam. Ya apartment ini ku hadiah buat Nia sebagai hantaran setelah tiada apa yang ku beri ketika saat-saat dia bergelar isteri ku.
“Hmm.. masuklah tuan, buat macam rumah tuan!” gumamnya menanggalkan mangga yang tadi masih lagi berkunci. Aku melangkah ke dalam dengan senang hati tanpa rasa beban yang menggunung tinggi di hati.

“Neesa macam mana? Apa kata doktor?” Nia menyoal aku yang masih diam tidak berkutik di sofa. Aku angkat wajah mencari wajah Nia yang langsung sedari tadi tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mug di tangannya ku kerling sekilas. Semasa majlis akad nikah tadi, wajah itu sentiasa tersenyum mempamerkan dirinya cukup gembira disisi sahabat yang baru sahaja membina masjid! Namun disebalik itu semua, wajah tanpa reaksi ini yang diselindungkan dari pengetahuan semua pihak. Hanya aku sahaja yang tahu dan merasai bahawasanya Nia sedang melawan rasa sedih sendirian melihat aku suaminya sedang melafaz ijab dan kabul dengan wanita lain iaitu sahabat baiknya.
“Dia pregnant!” sepatah tutur kata ku disambut dengan kejutan suara Nia yang kuat menerjah ke telinga.
“Hah?” mug air berisi milo yang sudah suam-suam itu terlepas ke hujung kaki. Aku menyeringai menahan sakit dek terkena hempukan mug ke atas kuku kaki.

“Aduh sakitnya, yang kau terkejut sangat ni kenapa?” soalku menarik hujung kaki sebelah kanan yang terkena mug tadi ke atas peha kanan. Ku tiup kaki yang terasa pedih perlahan-lahan!

“Tuan baru kawin dua tiga jam macam mana Neesa boleh mengandung?” soal Nia ku sambut dengan tawa. Tubuhnya dilabuhkan di sebelah ku. Dia ketap bibir sambil memandang ku dengan pandangan tajam memohon penjelasan namun sesaat kemudian wajah itu berubah mendung. Aku hanya diam menjadi pemerhati tindak tanduknya!

“Tuan, hal macam ni tak lawak dan tak lucu!” gumamnya perlahan. Aku senyap tidak jadi ketawa. Garang betul Nia ni, tahulah marah dengan aku. Nak buat lawak sikit-sikit pun dah kena fire. Damn!!!

“Ya aku tahu tak lawak, tapi apa yang menjadi bahan lawaknya adalah aku, Muhammad Fiqri Attar dan kenapa aku perlu kawin dan jadi pak sanggup untuk anak yang dia kandung tu? Aku tak nak dan tak sanggup bertanggungjawab pada perbuatan orang lain,” bidas ku tegas. Nia diam sahaja, pasti ingin menyatakan sesuatu.

“Tapi tuan dah pernah tidur dengan dia,” habis sahaja ayat yang dituturkan oleh Nia aku jeling dia dengan pandangan tajam menikam hati. Terasa ingin sahaja ku gulaikan gadis ini di dalam kawah. Dia ingat aku hadap sangat dengan budak bernama Neesa tu? Pleaselah Nia, jangan kerana kawan baik kau perjudikan hidup aku dan hidup kau jugak! Tanpa sedar aku lepaskan beban perasaan ku yang bagai berbakul-bakul kecewa dan terkilan itu terhadapnya!

“Habis dia mengandungkan anak siapa kalau bukan anak tuan?” soalan polos Nia aku reject terus. Tak sanggup rasanya melepaskan amarah kepada gadis yang hanya ingin bertanya. Aku diamkan diri itu mungkin lebih baik bagi aku dan Nia.
“Habis tu anak siapa?” soalnya sekali lagi. Kali ini aku mendengus terasa bosan untuk membicarakan perkara berkaitan Neesa. Ah bosan tahu tak, bosan!
“Manalah aku tahu, aku dah enam tahun tak jumpa dia. Tahu-tahu dia ajak aku kahwin dan belum apa-apa lagi dia mengandung, tak ke pelik? Soalan yang dilontarnya tadi ku jawab dengan soalan. Nia tundukkan wajahnya berfikir barangkali.

“Sejahat-jahat aku ni Nia, aku takkan tidur dengan mana-mana perempuan sebab aku takut pada HIV. Kau tahukan HIV tu benda apa?  HIV dan AIDS tu tak ada ubatnya, aku nak ada anak yang boleh jaga harta aku bila aku dah mati nanti. Bila kena penyakit tu,hidup pun dah tak ada maknanya lagi!” Duit menggunung tinggi sekalipun pun dah tak ada gunanya lagi pada masa tu Nia.

Dan satu lagi, kalau kau nampak aku beli arak, belum tentu arak tu untuk aku! Okeylah aku mengaku aku pernah minum air tu masa zaman aku bersekolah menengah. Itu pun hanya sekali sebab aku nak mencuba, masa tu aku bodoh ditambah dengan perasaan ingin mencuba, lepas aku minum air haram tu badan aku jadi gatal-gatal. Bila aku periksa dekat klinik, doktor kata aku alergic pada alkohol. Andai kata kalau aku tak ada alergic, hingga ke hari ini benda alah tu aku tunggang setiap hari jadi menu makanan ruji tahu tak!
Dan mulai saat tu aku dah tinggalkan semuanya cuma aku sekadar bagi souvinier pada member-member aku yang aku tahu mereka tak mampu nak beli dan dapatkannya."
“So lagi satu jangan sebab aku selalu lepak dengan perempuan spesis Erin, Shasha dan Neesa bermakna aku pun perangai sama seperti mereka? Huh, tak mungkin Nia. Dont jugde the book by its cover even kau boleh meneka boleh menduga tapi kau tak boleh buat tanggapan kalau belum betul-betul kenal siapa aku yang sebenarnya!

"Tapi," kata-katanya ku pintas laju.
“Dah Nia, stop talking about Neesa! aku nak mandi sekejap! Aku bingkas mencapai tuala putih  lalu menapak masuk ke dalam bilik menuju ke bilik air. Usai bermandi aku lihat pakaian ku sudah tersedia di atas katil sambil semua peralatan ku lengkap tersusun di almari solek. Ruang bilik utama ini nampak sedikit luas tanpa perabot yang sama sekali tidak perlu. Cukup sekadar almari pakaian dan meja solek selebihnya katil dan dilengkapi meja kecil di sebelah kiri dan kanannya.  Aku cari Nia namun dia tiada, mungkin berada di dapur barangkali.

Dengan hanya memakai boxer warna coklat cair, aku mengorak langkah masuk ke ruang dapur, Nia sedang sibuk memanaskan air sambil mengeluarkan beberapa burger McD dan dipanaskan di dalam microwave. Aku hampiri tubuhnya dengan penuh tertib dan bersopan, dia yang sedang mengelap pinggan di tepi sinki mengangkat wajahnya memandang wajah ku seketika sebelum kembali menancap pinggan yang sedang di lap hingga kering.

“Nia, aku nak ehem-ehem!” tuturku malu-malu sambil membantu dia mengelap pinggan dengan tisu kering. Entah apa yang merasuk aku jadi manusia yang rajin membantu Nia mengelap pinggan sedangkan seumur hidup ini, sebiji pinggan pun aku belum pernah mencucinya apatah lagi untuk mengelap ia hingga kering.

“Ehem-ehem?” soalnya sekali? Aku angguk mengharapkan dia memahami kehendak ku. Dia diam sambil aku kuntum senyum gembira. Tanganku semakin ligat mengelap pinggan, penuh bersemangat!

“Ehem-ehem? Ehem-ehem tu benda apa tuan?” soalnya polos memerhatikan ku tanpa berkelip. Aku tundukkan pandangan, hish malunya nak nyatakan rasa secara berhadapan dan berterus terang. Nia pula tidak dapat menangkap maksud hati ku ini. Huh, susah-susah!

Aku bergerak ke sofa membiarkan Nia terkaku di tempat terakhir dia berdiri sedari tadi. Pinggan yang baru dua biji ku keringkan tadi, terdampar di atas sinki. Hilang semangat ku tiba-tiba!
Bantal peluk yang ku letak di sofa ketika menonton Tv ku capai dan ku bawa erat ke dalam dakapan.Aku merajuk!

Dari ekor mata aku lihat dia menapak menghampiri tubuhku, aku buat tidak tahu ingin melihat sejauh mana kesungguhannya mahu memujuk ku.

“Tuan nak apa ni? Nia tak fahamlah,” gumamnya duduk rapat ke sebelah ku hingga bahu bertemu bahu. Aku menginjak sedikit, terasa hati bila kata-kata ku tidak difahami oleh Nia namun dia masih juga tidak putus harapan bertanya dan terus bertanya apa yang aku mahukan darinya. Menurut kata hati ini, aku perlu lakuakan sesuatu agar Nia memahaminya dan tak salah jika aku tunjukkan apa yang ku maksudkan.

“Nia, cuba kau tengok apa jadi pada aku? Tengok betul-betul,” usul ku sambil berdiri. Hanya boxer paras peha yang ku pakai, pakaian selebihnya ku biar tergantung di dalam almari.
“Tak jadi apa-apa pun tuan,” jawab Nia spontan, aku terus henyak tubuh ke sofa. Matanya bulat memerhatikan tingkah laku ku. Takkan dia tak faham dan tak nampak apa perubahan pada aku sekarang ni? Huh dasar otak suci murni, mana mahu perhati apa yang tidak sepatutnya! Aku kemam mulut, cuba bertahan dan bersabar agar dia mengerti akan maksud ku tadi.

“Hish tak fahamlah tuan, apa yang tuan nak tunjukkan ni?” soalnya menyentuh dagunya lama. Aku perhatikan tubuhnya yang hanya dibalut dengan t-shrit ketat dan seluar tidur paras betis. Betul-betul menggugat nafsu jantan ku!Aku telan liur, haish kau perlu bersabar dan bertabah hati wahai Attar, nasihat ku pada diri sendiri!

“Nia, aku nak kau!” aku terangkan kehendak ku dengan lebih jelas. Dia kaku, aku senyum pasti dia sudah memahami apa yang ku maksudkan tadi.

“Saya pun nak tuan jugak,” balasnya sekali. Aku sudah bahagia mendengar kata-katanya. Namun perasan itu tidak lama di hati tatkala dia bersuara lagi.

“Tuan, tuan nak Nia untuk apa? Jadi baby sitter ke?” sambungnya lagi.
Aku tepuk dahi yang terasa berat bagai sudah putus harapan ini.

“Nia,” aku mula menyusun kata agar Nia benar-benar faham. Ya faham dengan maksud tersirat bukan tersurat pada bait-bait yang bakal ku lontarkan sebentar lagi.
“Ya tuan,” balasnya pendek.

“Err....” hish macam mana nak mulakan ni. Aku rasa bagai jantung mahu tercabut keluar, pertama kali berasa sesuatu yang aneh dalam diri.

“Errrr.. errrr... ermmm ha..kau dah makan?”  akhirnya ayat itu yang keluar dari bibir. Aku kutuk diri ku sendiri, lain mahu disebut lain pula yang terkeluar! Susah benar rasanya ingin berterus terang. Tiba-tiba aku menjadi gagap! Relax Attar relax jangan kelam kabut, nafas ku tarik dalam-dalam dan ku hela perlahan.

“Dah,” Nia memerhatikan ku dengan raut wajah yang pelik dan penuh tanda tanya. Dia lekapkan belakang tangan ke dahi ku. Katanya sejuk tidak panas, dan aku sihat. Ya aku memang sihat tetapi hati ku yang tak sihat buat pertama kalinya disajikan dengan sesuatu yang lain dari yang lain, gaya santai penuh menggoda sedangkan dia sedikit pun tidak menunjukkan godaannya itu. Sekarang siapa yang tergoda dan digoda? Aku atau Nia?

“Nia actually I need you on bed,” laju aku speaking dengan harapan dia tak memahami bahasa Inggeris. Namun harapan ku punah sama sekali, mata yang cantik itu kelihatan membulat memerhatikan raut wajah ku. Aku tundukkan sedikit muka, mahu sorok dek malu yang menebal tiba-tiba. Namun sempat lagi aku mengangguk yang aku benar-benar mahukannya.

Dia juga tundukkan wajah menekur lantai, aku dan dia sama-sama malu namun kerana aku yang mahukan dirinya dahulu maka akulah yang harus tunjukkan sikap kelelakian ku ini. Aku tarik tangannya menuju ke bilik yang dihuni oleh Nia, dan dia menurut tidak membantah, ku dudukkan dia di birai katil dan aku juga turut menyempit mengambil tempat disebelahnya.
“Nia, erm... eh.. aku tak tahu nak mula macam mana ni,” getar suara ku kedengaran jelas. Dia masih lagi menunduk malu dengan permintaan 18sx dari aku.

“Nia, nak mula macam mana ni?” tanpa sedar aku tanya pendapatnya pula dan dia tersentak dengan soalan seperti itu. Dia tolak bahuku sedikit menjauh, aku benar-benar buntu dari arah mana dan ke mana harus aku mulakan. Betisnya ku perhatikan, singgah ke dada dan akhirnya jatuh ke bibir basah yang kelihatan merah bak delima merekah itu.

“Nia,” panggilku sambil menolak tubuhnya ke atas katil dan dia terbaring namun mata itu masih enggan memerhatikan wajah ku saat ini. Malukah dia, aku rasa dia dan aku sama-sama malu! Aku sentuh wajahnya membawa wajah itu memandang tepat ke wajah ku. aku kuntu senyum dan dia kalihkan semula wajah itu ke sisi.

“Nia,” aku panggil namanya sekali dan dia perhatikan aku. Lama aku dan dia berkeadaan begitu tidak menunjukkan perkembangan positif,  aku rapatkan tubuh ke tubuhnya dan dia masih keras kaku. Aku juga sudah keras macam kayu, tidak tahu apa yang sepatutnya aku lakukan.

“Jom kita tengok cd,” aku bangkit dari terus merapati tubuhnya. Dia juga bangkit dengan laju!
“Cd apa?” soalnya perlahan membetulkan kedudukan bajunya yang tidak terurus. Wajah yang merona merah itu dipalingkan ke sisi. Aku juga cuba beriak selamba sedang hati jantung dan paru-paru ku bagai berdetak seperti mahu tercabut keluar dari tubuh.

“Ermm.... CD untuk orang dah kawin! Aku tak tahu nak mula macam mana? At least bila kita tengok, kita ada idea,” jawab ku jujur. Dia menjegilkan sedikit anak matanya buat aku ketawa kecil.

“Jadi tuan selalulah tengok cd tu,” rungutnya tidak puas hati. Aku angguk perlahan namun cubitan Nia hinggap ke lengan ku pedih dan ku gosok perlahan.

“Tengok untuk pengalaman,” jawab ku membohonginya dan sekali lagi lenganku jadi mangsa cubitan rakus Nia dan dia muncung sedepa. "Tak baik berdosa," gumamnya lagi.

“Tengok aurat orang yang bukan muhrim pun dah berdosa tuan, inikan pulak tengok yang berlebih-lebihan mcam tu,” gumamnya bangkit menuju ke meja solek.

"Mulai hari ni, aku nak kau pakai begini bila bersama aku. Aku suka," tutur ku tanpa segan silu. Nia tundukkan sedikit wajahnya, pakaian yang disarung ketika ini semuanya adalah pemberian ku yang mahukan dia memakai ketika bersama ku sahaja.

"Malu nak pakai macam ni," gumamnya perlahan. Aku tahu dia memang malu namun kehendak ku jua harus dipenuhi tambahan kini aku dan dia sahaja dirumah ini bukannya di rumah mama yang ada Mak Mah dan pak Deris!

“Janganlah malu, kalau aku tak tengok kau siapa lagi yang boleh aku tengok? Pasal cd tu kau jangan salah faham pulak! Aku tengok dulu-dulu masa baru mengenal dunia, masa baru mencapai akil baligh! bukan salah ku, ini semua pengaruh rakan sebaya! aku tak salah hehehe..... Sekarang aku dah tak tengok lagi just nak berubah dari fasa menonton ke.....ehem-ehem!
Rupa-rupanya praktikal lebih mencabar dari teori,” gumam ku sambil mendekatinya langsung ku bawa dia ke dalam dakapan."




Lena yang panjang terganggu dengan esak tangis seseorang, aku buka sedikit mata mencari arah bunyi yang datang. Mata yang masih kantuk menangkap tubuh Nia sedang memeluk lutut sambil teresak di hujung katil. Aku bangkit segera lantas turut duduk bersila dihadapannya, aku tahu ini semua salah ku yang gelojoh semalam.

“Nia, janganlah macam ni! Aku tahu aku salah, tapi aku tak tahu perbuatan aku semalam sampai kau rasa sakit macam ni,” cadar putih susu itu ku kerling sekilas. Sudah tercemar warnanya!

“Kalau macam tu, aku bawak kau ke klinik ya!” pujuk ku bersungguh, risau melihat Nia berkelakuan begitu sejak awal-awal pagi lagi namun ku biarkan sahaja dia menangis lantaran aku benar-benar mengantuk yang amat sangat! Kini aku sudah tersedar dan aku perlu redakan rasa sedih yang hadir ke dalam hatinya!

"Kita pergi klinik," ulang ku sekali lagi. Dia geleng kepala, aku juga baru terfikir, andai ku bawa dia ke klinik apakah yang ingin ku katakan pada doktor nanti. Jangan malukan diri Muhammad Fiqri Attar! Nasihat ku pada diri sendri.

“Nia, aku minta maaf. Please jangan menangis lagi, aku tak tahu nak pujuk. Aku betul-betul tak tahu,” gumam ku sambil kepala ku garu berkali-kali. Dia angkat wajah yang basah dengan air mata.

“Nia, aku minta maaf. Aku janji tak buat lagi,” janji palsu ku tabur dihadapannya, dagunya ku sentuh perlahan sambil air mata yang merembes itu ku seka dengan hujung jari.

Aku hela nafas perlahan dan aku tahu tak mungkin untuk aku tak buat dan ulanginya lagi. Andai ku tahu begini rasanya, sudah tentu aku akan kahwin lebih awal. Huh rugi rasanya terlewat menikmati hidup alam perkahwinan yang sebenar! Hati kecil ku kadang kala bersuara nakal.

Dia pandang aku lama, aku mengangguk sahaja lantas tubuhnya ku tarik dalam dakapan. “Aku tak buat lagi, tapi aku tak janji!” tutur ku langsung mematikan kemesraan tadi. Nia tolak tubuh ku perlahan-lahan bangkit  dari katil menuju ke bilik air. Jalannya juga sudah tidak normal seperti biasa, maafkan aku Nia. Aku tak ada pengalaman! Hati ku ketawa mengusik! Malam pertama bersama Neesa sudah ku habiskan untuk Nia. Hish.... bahagianya hidup!



Kali ini aku melangkah masuk ke ruang pejabat firma Syarifah Azilah dengan perasaan sebal, Neesa dari tadi mengekori langkah ku meminta penjelasan mengapa aku tinggalkan dia keseorangan di hospital semalam. Aku biarkan soalan demi soalan yang diutarakan tanpa jawapan.
“Hei Attar, you ni kenapa? I tanya dari tadi you buat tak tahu, you jangan buat I macam perempuan bodoh, I pun ada hati dan perasaan!” Neesa jerkah ku kuat. Aku tutup fail yang ku semak tadi kasar lantas ku tegakkan tubuh berdiri dihadapan wanita yang berketinggian paras telinga ku itu.

Dia angkat wajah melawan pandangan mataku, tanpa gentar aku tolak tubuhnya hingga terduduk ke sofa. Baran ku sudah datang dan jika apa-apa terjadi pada perempuan ini, itu semua atas tanggungjawabnya sendiri yang cuba bermain api dengan ku.

“Memang kau perempuan bodoh, sial, jahanam, sundal!” aku maki dia tanpa belas kasihan. Memang sifat ehsan aku sudah habis untuknya! Dia tidak berkelip melihat aku yang berubah rupa dan tingkah laku dalam sekelip mata.

“Apa yang you katakan ni Attar, I wife you okey,” dia perlahankan suara sambil mengingatkan aku bahawasanya dia itu isteri ku yang sah dan ku sanjung tinggi. Jangan perasan Neesa, stop dreaming!

“Wife aku? Hello An Neesa, nama kau dah sedap tapi perangai kau hodoh! Jangan ingat aku nak tanggung anak dalam perut kau tu! Tu anak sapa?” jerkah ku kuat. Dia tersentak hingga bahunya ku lihat terhinjut sedikit.

“Anak you,” pendek dia berkata. Aku ketap gigi, aku bersungguh dia pula bergurau, kau salah masa dan salah orang untuk bergurau An Neesa!

“Hey perempuan, kau sedar tak kau tu siapa? Berapa banyak jantan yang kau dah tidur dan kau dah gomol? Heh, kau ni perempuan jenis apa hah?” aku perlahankan suara namun masih tegas, dagu itu ku pagut dengan jari lantas ku lepaskan kasar. Dia mengaduh sedikit!

“I mengandungkan anak you, benih you!” dia ulang semula fakta yang mengarut. Aku palingkan wajah memandang persekitaran luar bangunan dari bilik pejabat dari ketinggian tingkat 25. Ingin sahaja ku humban wanita tak sedar diri ini ke luar, biar dia tahu rasa sakit terhempas ke lantai! Itulah perasaan ku kini kecewa dan terkilan dengan keadaan!

“Aku rasa kau dah gila tak pun sewel, better kau berambus sebelum aku naik angin dan aku heret kau keluar secara tak terhormat!” amaran ku disambut tawa kecilnya. Dia memang benar-benar mahu menguji sabar dan tahap baran ku barangkali.

“Attar, apa bising-bising ni? Satu office dengar suara tu!” tegur mama yang tiba-tiba menguak daun pintu. Aku palingkan wajah, malas mahu menatap wajah mama yang sama sahaja gilanya!

“Tu bukan anak Attar, kenapa perlu Attar kahwin dengan perempuan macam ni wahai puan Syarifah Azilah?” soal ku memanggil mama dengan nama. Dia juga yang tidak benarkan aku sama sekali memanggilnya mama di pejabat.

“Attar ikut mama sekejap,” dia bahasakan diri dengan perkataan mama. Aku mencebik! Dan Neesa masih duduk di sofa sambil ketawa kecil mengejek aku yang bakal di amuk oleh mama sebentar lagi! thumbs up dilayangkan kepada ku.
"Tak guna kau Neesa, nahas kau aku kerjakan nanti!" jari tengah ku unjuk tepat ke wajahnya dan dia hanya pamer tawa menyakitkan hati ku.

"Tak guna!" dengus ku kuat!





p/s: penulis. ( penulis belum berkahwin & bernikah, ini hanya rekaan sahaja. Harap maaf kalau terlebih2) peace

 drop komen ye tq :)

12 comments:

  1. aduh, malu saya yg kanak2 membaca part goda2 attar dan nia^^

    ceraikan je la neesa tu, menyampah betul!

    ReplyDelete
  2. attar sila tetapkan pendirian anda....
    mmg la syurga sorg ank lelaki pada ibunya....
    tapi...
    attar perlukan cara yang terbaik supaya dia tak menyakiti hati ibunya....
    cian nia dah la nak yatim n hubby pun kongsi dua...
    smoga nia tabah...
    attar sila la buat pilihan antara 2...samada nia or reen...
    attarkan dah keje so...
    kalu di beri pilhan ant harta or nia better pilih nia

    ReplyDelete
  3. neesa perlu di sedarkan....
    mesti mama attar pujuk spy terima neesa utk kepentingan sykt...
    nia pun jgnla lemah sgt...

    ReplyDelete
  4. arghhh...excited plak, suke2...divorce kn aje neesa tu, mesti die pregnant anak org lain :P

    ReplyDelete
  5. ish,,xske la ngn Neesa tu,,,
    biar je Attar ceraikan dia,,,
    jhat btol pmpuan tu,,,
    ksian kat Nia,,,

    ReplyDelete
  6. ish,,xske la ngn Neesa,,,
    biar je Attar ceraikan dia,,
    padan muka,,,
    ksian kt Nia,,,

    ReplyDelete
  7. Attar jgn jd dayus la. takkan kau sanggup jd pak sanggup hnya kerana harta. rasanya kau tak perlu menurut kehendak mama kau yg terang2x cara hidup dia pun dah btentangan dgn agama. utamakan dunia dr akhirat. ceraikan ja neesa tu bukan apa aka takut ko bela biawak hidup yg akan tambah beban dosa dlm hidup ko. sblm kahwin pun dah mngandung ank org lain. apa la nk jd. hope attar masih kenal agama n tunjuk jln yg benar pd mama dia yg harta tu dgn nia tak leh btukar ganti.

    ReplyDelete
  8. Ceraikan jelaa neesa 2.......

    ReplyDelete
  9. err..mcm x kena je tang Attar kat rumah Dania tu. kata sblum ni Nia tu tutup semua badan dia. siap berpurdah ag dgn Attar wpun da jadi suami isteri. takkan la dlm bbrapa tahun Nia da berubah. sebgai contoh blh lihat, bukak pintu mlm2 tnpa tnya siapa, pakai bju ketat n sluar paras lutut. itu bukan Nia sblum ni. kalau buat watak ni mcm sblum ni mgkin nampk lbih mnarik. kalau awak kata bju ketat n sluar paras lutut itu tuk bgi imej seksi, tpi still x kena dgn imej Nia. n lagi satu, tang kaki Attar yang kena cawan milo, mcm mna cwn tu blh ada, bukan ke time tu Attar bru je sampai,n x de perkaitan kaki Attar kena cawan dgn scene selanjutnya. n rumah dorang ni x de bilik ke, sofa n katil tu berada di ruang tamu ke bilik?

    ReplyDelete
  10. writer..x nak update ke..cepat2 la ye..bezzz sgt...tiap2 jam ssye bukak blog awk check new n3..dgn keadaan internet yg agak lembab di shah alam ni....

    ReplyDelete
  11. cik writer..boleh tak buat attar lelaki yg bertanggungjawab walau pun tu bukan anak dia at least tolong tutup aib nessa,dlm islam pun d galakan kan ps2 buat si nesaa ti insaf n pulang kan attar pada nia,n kembalikan mama dia ke pangkal jalan

    ReplyDelete

  12. baca cerita writer boleh jatuh cinta berkali-kali..huhu

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.