Thursday, 24 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 16


“Cukuplah Neesa, sampai bila kau nak bohong semua orang?” aku bangkit dari kerusi, amarah ini mula membakar hati dan aku tahu dalam sekelip mata aku boleh lakukan perkara yang aku sendiri tidak terduga dan terlintas di hati. Silap haribulan aku bunuh juga perempuan tak sedar diri ini!

“Attar, ini bukan caranya!” tegur abah perlahan. Aku palingkan wajah dari menatap wajah basah Neesa. Menangis dan menangis itu sahaja tahunya, hati aku yang hancur dan jiwa aku yang rabak ini siapa yang ambil peduli?

“Kau nak apa Neesa? aku turutkan tapi sampai ke tahap ini sabar aku dah hilang, aku pun ada maruah Neesa
. Kalau kau ada hati ada akal, fikirkan kesan perbuatan kau ni. Please Neesa aku dah cukup terseksa dengan permainan kau, lepaskan aku Neesa!” rayu ku buat pertama kalinya. Neesa masih terduduk sambil menyentuh pipinya yang pijar, bukan salah ku jika aku keterlaluan begitu! Semua ini adalah kehendakknya hingga aku terdorong mengasari wanita, dan wanita itu adalah Neesa bekas kekasih ku sendiri.

“Maafkan dosa aku, lepaskan aku dan biar aku bina hidup sendiri! Biarkan aku bahagia, aku tak minta lebih dari tu. Aku harap kau faham dan jelaskan pada semua orang tentang hal ini. Please,” aku kendurkan suara yang tadinya keras. Abah hela nafasnya perlahan memberi ruang untuk aku berbicara namun pandangan abah nyata tidak selesa jika aku terus-terusan melayani Neesa begini.

“Attar sini bukan tempatnya, maruah Neesa kita kena jaga juga. Mari kita ke tempat lain,” nasihat abah ku turuti sambil mata ini mengheret tubuh Neesa yang juga sedang melangkah lesu mengekori aku dan abah dari arah belakang!

Kereta yang dipandu abah tenang memasuki perkarangan sebuah kawasan perumahan elit, aku sudah tiada hati untuk meneliti ke mana arah tujuan kami petang itu. Hatiku sedang berperang dengan pelbagai rasa yang semakin menghimpit hati yang sedang terluka berdarah ini.

“Masuk Attar, Neesa masuk dulu! Abah ada kerja sekejap, berbual dahulu!” gumam abah melangkah ke dalam rumah yang lebih besar dari rumah mama. Aku pandang sandarkan tubuh ke kerusi panjang, siling yang terdampar luas ku perhatikan sambil meletakkan tangan di dahi. Lagak gaya ku bagai seorang perdana menteri yang berhadapan krisis kebuluran di negara tadbirnya tetapi aku bukan perdana menteri jauh sekali menteri besar dan aku yang bernama Muhammad Fiqri Attar Fakhrudin adalah seorang lelaki biasa yang dihambat kontroversi murahan. Ya kontroversi yang sudah menjejaskan reputasi ku sebagai eksekutif pemasaran di syarikat mama. Huh, entah bila semua keperitan dan beban ini akan berakhir! Wajah Neesa ku curi pandang dari ekor mata dan dia masih mampu tersenyum memerhatikan persekitaran rumah abah! Heh sungguh tidak sedar diri perempuan persis model entah siapa namanya, aku sudah lupa! Harapkan kecantikan yang tanpa disertakan  kebijaksanaan maka lahirlah wanita seperti Neesa!

“Neesa kau nak apa sebenarnya, terus terang! Jangan kau minta lebih dari kemampuan aku Neesa.” aku mulakan bicara itu dalam keadaan tenang agar hati Neesa terpujuk untuk melepaskan aku dari tuduhan maha hebat yang tak terjangkau di akal.

“Attar, I cintakan you! Sungguh I tak boleh hidup tanpa you, dan I sanggup lakukan apa sahaja asalkan I dapat bersama you,” aku ketap gigi mendengar kata-katanya.

“Sampai kau tergamak hina diri sendiri untuk perangkap aku dengan kandungan kau tu?” aku geleng kepala kesal dan tidak disangka bahawasanya Neesa meletakkan nilai cinta dihatinya serendah pasir di dasar laut!

“Ya, aku terpaksa demi cinta!” balasnya pendek. Aku semakin kecewa dan terkilan dengan pengakuannya kali ini. Sungguh aku tak percaya! Inikah nilai cintanya pada ku hingga sanggup gadaikan maruah diri ditiduri lelaki lain hanya kerana mahukan aku. Ya mungkin aku dimilikinya, namun hati ini sedikit pun tidak singgah menyentuh hatinya.

“Kenapa kau buat aku begini Neesa?” soal ku bagai lelaki yang tiada arah tuju lagi.

“Sebab I cintakan you, dulu I bodoh ikutkan kata hati dan I pergi dari you! Sekarang I sedar, hanya you yang boleh bahagiakan I Attar!” aku telan liur mengimbas detik-detik aku ditinggalkan Neesa enam tahun lalu.

“Sorry Attar, kita tak serasi! You pun bukan lelaki yang boleh diajak bergembira! Hidup you tak terurus, skema.... boring! Hmmmm... lagipun I dah ambil keputusan ke oversea sama macam Erin. Dan you stay dekat sini dengan Shasha okey! Dont be sad, you kan handsome mesti sekali you petik sepuluh gadis cantik datang menerpa!” Neesa sentuh dagu ku dengan hujung jari telunjukknya ada tawa mengejek dihamburkan tepat ke wajah ku.

“You dah janji nak continue study dekat local university so kenapa tiba-tiba you pilih UK? Apa teruk sangat ke universiti dalam Malaysia ni Neesa?” aku merungut bangkit merapati tubuhnya yang sedang berdiri menghadap jendela. Bahu itu ke sentuh perlahan memujuk hatinya dari meneruskan niat untuk menyambung pengajian di UK. Keputusan SPM baru sahaja diumumkan aku, Neesa dan Erin antara pelajar cemerlang sekolah swasta itu namun kehendak untuk menyambung pengajian keluar negara dibantah sekeras-kerasnya oleh mama. Katanya sama ada dalam atau luar negara, itu tidak penting! Baginya aku perlu genggam segulung ijazah terlebih dahulu dan seterusnya aku sendiri akan tentukan perjalanan hidup ku selepas itu.

“You sedar tak Attar, I sebenarnya dah tak ada hati pada you lagi. Tolonglah faham hint yang I dah beri pada you. Dah banyak, takkan you gagal menilai petunjuk yang I dah beri depan mata you?” Neesa menjarakkan tubuhnya dan aku terkaku. Sungguh selama ini aku tidak sedar langsung diriku ditolak oleh Neesa secara diam-diam. Ah malunya bertepuk sebelah tangan!

“Mulai hari ni, you jangan ganggu I lagi. Anggap sahaja kita tak pernah kenal satu sama lain,” Neesa tinggalkan aku sendirian dan tubuh itu hilang disebalik deretan kereta mewah yang diparking di luar pagar. Rasa sedih cukup terkesan di hatiku namun aku sabarkan hati sementelah aku baru sahaja menginjak usia 18 tahun ketika itu. perjalanan cinta ku masih jauh, Neesa hanya kenangan cinta monyet ku sahaja!

“Neesa itu kisah silam kita, aku dah lama lupakan! Sekarang realiti yang kita kena tempuh, aku dah kahwin dah ada isteri. Isteri aku sahabat baik kau Neesa, kau tak kesiankan Nia?” pujuk ku lagi agar Neesa tersedar tindakannya sedang menyucuk jejarum tajam di hati Nia.

“I bukan nak rampas you daripada dia, I just nak berkongsi kasih! I tak mintak lebih dari tu Attar,” tegarnya Neesa menyatakan hasrat hatinya itu. Aku raup wajah yang bertambah kusut, bagaimana harus berhadapan dengan Nia sememangnya sudah pasrah mengalah itu?

“Neesa cuba kau rasional sikit? Fikir guna otak, jangan guna hati yang dah buta tu,” aku luruskan jari menghala ke arah dada yang tertutup dengan pashmina yang membelit di batang lehernya dan dia senyap sahaja tidak membalas kata-kata ku buat masa ini. Tidak lama kemudian suara kasarnya kedengaran juga dan aku hanya mendengar dan meniliti semua agar ada sesuatu yang dapat membantu aku keluar dari masalah ini.

“Apa kena dengan you ni Attar,  I mintak baik-baik you layan I begini pulak! You ni kenapa?” bentak Neesa bangkit mendekati aku yang sedang bersandar di kerusi panjang bewarna kuning keemasan. Pertanyaannya membuatkan aku sedikit tersentak, aku tidak gemar dilayani secara kasar!

“Kau tu yang kenapa? Tak faham bahasa, ingat aku hadap sangat nak jadi laki kau? Heh sedar diri sikit!” aku hilang sabar entah kali yang keberapa agaknya aku sendiri tidak faham dan mengerti perangai wanita dihadapan ku ini. Degil dan buta mata hati sedangkan aku sudah menolaknya mentah-mentah!

“I tak kira apa cara sekalipun I still nak bersama you, even you suka ataupun tidak. Keputusan I muktamad, you tak boleh tolak I lagi, sebab I isteri you yang sah! Dan jangan sesekali ceraikan I, hidup you dan mama you akan susah nanti, siaplah you!” ugutan Neesa ku biar sepi. Lantakkan dia, aku sudah nanar melayani kehendak hatinya yang menggila itu. Lebih baik aku diamkan diri dan luangkan masa bersama Nia itu jalan seharusnya yang ku ambil sejak mula lagi.

“Aku tak ada masa nak layan orang gila macam kau! Berambus,” usir ku dalam nada keras. Abah yang baru muncul sedikit tersentak mendengar suara keras yang menyapa pendengarannya ketika itu.

“Attar, jangan ulangi kesilapan abah! Jangan berkasar dengan perempuan, mereka golongan lemah yang perlu dilindungin bukan dikasari!” tegur abah ku sambut dingin. Dengan Neesa apa pentingnya aku berlembut padanya, dia hanya tahu menyakiti dan meminta sesuatu yang tak terduga dek akal fikiran ku yang waras. Perempuan gila! Tidak semena-mena dia ku sumpah dalam hati.

Aku perhatikan abah yang duduk sama di sofa  bersebelahan dengan kerusi panjang iyang ku huni, wajah itu tampak bersih kini tidak seperti dahulu yang keliahatan cukup serabut dan tertekan mungkin sama seperti ku barangkali.

“Neesa, apa yang Neesa dan mama Attar janji untuk perkahwinan ni?” soal abah penuh diplomatik memujuk Neesa yang kuat berahsia itu. Dia pandang aku dengan pandangan tajam, tidak selesa jika aku turut berada di situ ketika dia membuka bicara. Abah yang faham akan erti disebalik  pandangan itu segera meminta aku beredar jauh memberi ruang buat mereka  dalam komunikasi dua hala. Aku bangkit lambat-lambat terasa malas mahu beredar sedang aku juga mahu mendengar patah bicaranya yang sungguh mangarut itu.

“Mama dan papa terima propose dari mama Attar, dengan syarat 50 peratus share syarikat dikembalikan kepada mama Attar. Jadi sebagai pertukarannya dan sebagai secure terhadap perjanjian ini, Neesa setuju untuk jadi isteri Attar, selagi Neesa isteri Attar selagi itu 50 peratus share company menjadi milik mama Attar. Kalau Attar mungkir janji, secara automatiknya saham itu kembali kepada keluarga Neesa. Abah faham maksud Neesa?” aku terduduk ke lantai mendengar patah bicara Neesa. Mama pergunakan aku untuk kepentingan syarikat bahkan sanggup pula memaksa aku menerima Neesa yang sudah buncit berisi benih lelaki lain. Sampai hati mama buat anak kandunnya hingga ke tahap ini. Hati ku kembali sebak, nyata mama tidaklah menyayangi ku seperti mana yang aku harapkan. Wang dan harta belum mampu mengatasi kasih sayang di hati mama. Sampai hati mama! Aku raup wajah yang kusut berkali-kali. Hati ku bagai retak dan pedih dengan perbuatan itu. Mama kejam! Jerit ku kuat bergema di dalam hati!

“Jadi sampai bila perjanjian ini berkuat kuasa?” abah masih lagi tenang mendengar patah kata yang keluar dari mulut Neesa. Aku sahaja yang sudah patah hati tidak mahu lagi melihat wajah mama yang tamak haloba itu. Ah bencinya aku pada wanita bergelar mama! Dinding konkrit itu ku tumbuk berulang kali hingga darah pekat mengalir perlahan di antara celah jari jemari!

“Sampai anak ni lahir abah, ni anak Attar!” gumamnya lagi. Sabar ku sudah terbang entah ke mana laju aku meluru mendapatkan Neesa lantas wajah itu ku tumbuk berulang kali bagai lelaki yang sudah hilang siumannya. Abah berusaha meleraikan aku dari terus memukul Neesa berulang kali! Rambut dan pipi mulus Neesa ku tarik dan ku tampar berulang kali hingga wajah itu sudah lebam dan tubuh itu juga sudah lembik aku kerjakannya. Abah yang cuba menghalang ku tolak ketepi, biar aku habiskan sahaja perempuan tak guna ini. Aku benci dia! Aku benci!!!!

Tidak puas dengan itu aku tarik rambut Neesa hingga dia berdiri dihadapan ku dan aku tolak tubuhnya kuat. Biar dia jatuh dan keguguran! Aku benci melihat muka dan aku benci juga anak di dalam kandungannya! Puas hati ku melunyai tubuh itu, senyuman kepuasan aku pamer tepat dihadapannya. Dan dia merintih kesakitan tidak lagi aku pedulikan!

“Pergi mampus, pergi mampus!” jerit ku berulang kali dan abah sudah kelam kabut menarik tanggan ku menjauhi tubuh Neesa yang sudah terkaku diatas lantai!


“Eh Attar kau buat apa pada anak aku ni?” pertanyaan Datin Azimah mama kepada Neesa ku pandang sepi. Padan muka, nak bermenantukan aku konon, hah sekarang ambillah buah tangan dari menantu kesayangan korang berdua. Aku mencebik mengiayakan kata hati.

“Aku tanya kau buat tak dengar ya Attar, kau buat apa pada anak aku?” soalnya kuat menerjah gegendang telinga. Aku yang kusut semakin kusut dengan bebelan wanita tua ini. Suasana senyap seketika. Aku masih lagi keraskan tubuh bersandar di dinding betul-betul diluar bilik kecemasan. Waktu tubuh Neesa disorong masuk ke dalam bilik kecemasan itu, aku tidak tahu mentafsir rasa yang singgah di hati. Sumpah aku tidak sedikit pun berasa hati apatah lagi menanggung kesal yang hadir. Ah, aku sudah cukup terseksa dengan semuanya, jadi apa perlunya aku takuti semua ini. Bukankah ini yang aku betul-betul mahukan?
Aku perhatikan tubuh mama Neesa yang sudah duduk bersebelahan suaminya Dato Kamal dan disebelah kanannya pula wajah abah yang keruh terlayar di pandangan mataku. Mama? Wanita bekerjaya itu masih belum muncul pasti kurang setengah jam dari saat ini mama akan muncul. Itu aku jamin!

“Siapa suami pesakit?” pertanyaan doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan itu ku biarkan sepi.
“Dia, dia suami pesakit!” tunjuk Datin Azimah tepat ke wajah ku. Aku sendiri malu untuk mengakui Neesa adalah isteri, namun wanita tua ini tidak segan silu mengakui aku suami kepada anaknya. Tak sedar diri!

“Oh, tahniah encik. Kandungan isteri encik selamat cuma ada berita gembira yang ingin saya sampaikan. Menurut ultra sound yang kami buat, kandungan isteri encik sudah masuk bulan ke tiga. Mungkin kesilapan teknikal dari doktor yang memeriksa kandungan isteri encik sebelum ini, bagaimana pun tahniah! Enam bulan lagi encik bakal bergelar ayah! Tahniah, oh ya pesakit tak boleh dilawati untuk malam ini. Lagipun isteri encik masih dalam kesan bius dan tidak sedarkan diri.” Bicara doktor muda itu sekali lagi bagai merentap nyawa ku pergi melayang entah ke mana!

“Lagi satu sebelum saya terlupa, kemungkinan anak yang dikandung isteri encik adalah kembar. Sekali lagi tahniah encik,” tanganku dijabat mesra oleh doktor itu sebelum dilepaskan beberapa saat kemudian. Aku hanya diam kaku, tiada reaksi yang ku pamerkan saat ini hingga deheman abah kembali menyedarkan aku ke alam realiti.

Aku atur langkah yang terasa kosong seperti lagu Najwa Latif, kosong....kosong.. kosong! ya hati ku kosong ketika ini dan aku harus temui Nia untuk mengisi semula kekosongan ini.

“Attar, sabar ya nak! Insyallah Allah bersama orang yang sabar!” pujuk abah ku biarkan bagai angin lalu dan abah juga tak mampu pujuk hati ku yang sedang terluka ini.



Sudah hampir sebulan peristiwa aku membelasah Neesa dan kini hari persandingan ku muncul jua. Nia turut serta bersama Neesa walau aku menegah namun dia tetap dengan pendiriannya mahu menyaksikan sendiri persandingan aku dan Neesa. Katanya hati dia masih kuat untuk hadapi segala kemungkinan yang tiba nanti.

“Nia, janganlah pergi. Aku mohon pada kau, kalau perlu melutut aku sanggup Nia asalkan kau tak ke sana,” pujuk ku disambut senyuman mesra Nia. Aku tahu dia terluka dan luka itu akan jauh dalam hingga ke hatinya apatah lagi dia meraikan perkahwinan aku iaitu suaminya.

“Tuan, jangan risau tentang Nia. Luka ni mungkin tak lama, esok lusa sembuh juga, jika tidak sembuh pasti sedikit terubat.” Tutur katanya buat aku makin bersalah. Maafkan aku Nia tak mampu memilih antara keduanya. Wajah ku tundukkan bersandar ke bahunya dan dia usap lengan ku lembut.

“Nia, betul ke kau nak datang? Tolonglah katakan tidak, tolonglah jadi seperti perempuan lain yang halang suami dia berkahwin lain,” rayu ku lagi asalkan dia membatalkan hasratnya yang satu itu.

“Tuan, jangan banding Nia dengan wanita-wanita lain diluar sana. Nia ikhlas sayangkan tuan dan Nia sedar cinta bukan memiliki tetapi dimiliki. Individu paling berhak ke atas seorang lelaki adalah ibunya dan lelaki pula berhak ke atas wanita adalah sekerianya wanita itu isterinya.  Nia hak tuan, tapi tuan hak kepada mama tuan,” bicara Nia buat aku terdiam. Sungguh dia punyai ilmu agama yang cukup tinggi!

“Tuan, bila tuan dah jadi suami kepada seorang perempuan, tanggungjawab tuan semakin berat. Amalan dan tingkah lakunya terletak di atas bahu tuan dan Nia harap tuan dapat laksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan sebaiknya. Lagi satu, tuan perlu lengkapkan diri dengan ilmu agama jika hendak sebuah rumah tangga tu kekal aman damai.” Aku angguk sahaja tidak berminat ingin tahu. Di hati ku ini, aku perlukan Nia bukan Neesa jauh sekali wanita lain.

“Tuan dah pukul berapa ni, jom Nia hantarkan tuan! Nia dah bersiap, tuan siaplah cepat.” Ujarnya menolak tubuh ku agar kembali tegak semula.

“Aku tak nak,” gumamku pendek dan dia ketawa sambil mencubit lenganku sekali.

“Mengada-ngada, dekat luar sana berapa ramai lelaki yang sanggup berdepan risiko semata-mata nak berpoligami, tapi suami Nia ni menolak tuah pulak!” ketawanya disambung semula dan aku rasa ia sama sekali tidak lucu. Nia sekadar memujuk hatinya melalui ketawa yang dibuat-buat itu. Aku faham perasaan kau Nia!

“Jomlah, nanti terlambat! Semua tetamu mesti dah datang,” Nia tarik  lenganku kuat agar mengekorinya bersiap.

Aku ikuti langkahnya sambil duduk dibirai katil menanti dia mengambil persalinan untuk bersanding. Dia ku lihat sudah anggun berjubah kuning keemasan dengan dilengkapi sulaman manik dan batu permata yang melatari hujung lengan.

“Tuan, nah cepat pakai.” Baju itu disua tepat ke wajah ku. Aku biarkan tidak bersambut aku hanya mahukan dia bukan Neesa!

“Nia, aku perlukan kau!” ucap ku dalam nada perlahan.

“Ya tuan, tapi dekat luar sana berapa ramai dah tunggu tuan. Jom Nia pakaikan untuk tuan,” aku angguk lemah dan membiarkan Nia melakukan aku persis anak kecil yang mahu dipakaikan pakaian.
Usai berpakaian, aku dan Nia duduk bertentangan. Ingin ku sampaikan pesanan yang datang dari hati khas buat dirinya!

“Nia, sesungguhnya aku cintakan kau dan aku mahu hidup seribu tahun lagi bersama kau. Jangan pergi dari hidup aku walau apa sekalipun terjadi,” ucap ku sambil mata bundar Nia ku tatap dalam. Nia tundukkan pandangan wajahnya ke lantai tidak mahu membalas pandangan mataku.

“Hari ni suami Nia, Muhammad Fiqri Attar secara rasminya menjadi suami kepada kawan baik saya, An Neesa! semoga perkahwinan ini menjadi ibadah buat suami dan sahabat saya,” tutur Nia sambil mengucup bibirku lama. Aku terkesima dengan tindakan drastik Nia dan tanpa sedar ada air hangat mengalir seiring kucupan yang ku terima.

“Nia maafkan aku,” dia palingkan wajahnya lantas berlalu perlahan meninggalkan aku dibirai katil. Aku hela nafas dalam dan ku lepaskan panjan. Aku bangkit dari duduk lantas langkah kaki ku atur mendekati muka pintu dan kembali memmerhatikan semula ruang apaartment ini buat seketika sebelum berpaling semula keluar. Usai mengunci pintu, langkah kaki ku atur satu persatu menuju ke tempat meletak kereta dan Nia sudah sedia menunggu di bawah.

Suasana meriah jelas terpamer dipandangan mata ku, Nia sudah hilang ke dalam rumah agam milik Neesa pasti mendapatkan Neesa untuk diiringi menyambut kehadiranku sebentar lagi.
Persandingan serba mewah itu tidak berakhir untuk kali itu sahaja bahkan di malam hari juga ada majlis resepsi meraikan sahabat papa dan mama Neesa pula. Aku sudah keletihan seharian pamer senyuman tidak ikhlas, dan mama antara individu yang kerap tersenyum bahagia mungkin, melihat aku derita!

“Attar,Im  your wife right? Boleh you tolong bukan butang baju I ni?” permintaan Neesa ku buat pekak tidak dengar. Dia rapati tubuh ku dekat hingga deru nafasnya menyapa pendengaran ku. Sempotkah Neesa? haish.... jangan dia menyusahkan aku sudah! Tidak habis aku merungut di dalam hati.

“Attar, you ni jual mahal! Tak pe, satu hari nanti pasti you terkulai dalam dakapan I.”gumam Neesa yakin dan aku pasti aku tidak sama sekali terkulai dalam dakapan Neesa yang aku sudah pandang jijik sejijiknya!

“Boleh tak kau tak menyemak depan mata aku? Boleh tak kau berambus ke sana sikit!” marah ku sudah tidak tahan lagi dengan perangai gedik Neesa.

“Hei you ni kenapa? Hari ni kan hari bahagia kita, takkan itu pun you tak boleh consider pada I yang tengah mengandung ni?” selar Neesa buat hati panas lagi.

“Kau yang bahagia, aku tak bahagia!” gumam ku endah tak endah!

“Aku peduli apa pada perut kau tu? Bunting sepuluh sekalipun aku tak kisah, bukan anak aku!” aku bangun langsung bergerak ke sofa.

Dia ekori langkah ku dengan melondehkan sedikit baju yang tadi elok tersangkut di bahu, aku cebik melihat tindakan murahannya itu.

“Stop act like a misstress!” gumam ku sepintas. Dan dia mencerlung tajam sambil menghentak kaki, tubuh ku didekatinya lagi.

“Get lost!” sampuk ku sebelum dia sempat berkata-kata.

“I said, get lost!” dengan kening sedikit terangkat aku provok wanita itu dengan mimik muka yang pasti membuatkan dia marah bertahun lamanya. Puas hati aku!

“You get lost from my room!” jerit Neesa kuat dan aku kuntum senyum.’

“Thanks my dear,” aku angkat tubuh berdiri tegak langsung menggapai beg yang terisi beberapa helai pakaian lantas ku susun langkah keluar dari bilik itu. Lega dan lapang rasa di hati.
Sebelum melewati pintu bilik, aku lambai tangan ke arah Neesa dan dia nyata marah yang amat sangat! Peduli apa aku pada Neesa, dia yang halau aku dan aku sambut dengan hati yang terbuka dan menyenangkan! Sekurang-kurangnya dia tak perlu temani tidurku buat pertama kalinya. Hah bahagianya hidup, sambil menuruni anak tangga aku menyanyi kecil dan kegembiraan ku disedari oleh Datin Azimah!

“Happy nampak, nak ke mana menantu mama malam-malam ni? Hari dah lewat!” aku kuntum senyum yang pastinya tidak ikhlas. Kunci kereta yang masih melekat dihujung jari telunjuk ku pusing-pusingkan sambil sebelah lagi tanganku  memegang tali beg galas yang ku sangkut di bahu.

“Nak balik,” pendek ku balas pertanyaan mama Neesa. kerutan di dahi itu ku perhatikan sekilas. Apalah sangat yang nak dikejutkan, sepatutnya dia sendiri sudah maklum perangai anak perempuannya itu. Huh dasar pandai berpura-pura!

“Kenapa tak tidur sini Attar?” Dato Kamal pula menyampuk. Dan aku pandang mereka dengan pandangan kosong sengaja menyakitkan hati keduanya.

“Bosan dengan anak dato dan datin yang kuat menjerit tu. Tak tahu nak layan tetamu baik-baik, sakit telinga ni dua puluh empat jam kena tadah dengar dia membebel!” selarku pelahan dan mereka berpandangan seketika.

“I think Im not a real actor,” bidas ku langsung menapak keluar dari rumah agam milik Neesa. Lega hatiku setelah hamburkan sedikit kekecewaan ini kepada mama dan papa Neesa!
Kereta ku pandu laju memasuki lebuhraya menuju ke rumah Nia, mujur lokasi di mana Nia berada tidak diketahui oleh sesiapa pun melainkan abah yang kerap kali juga berkunjung melawat Nia ketika aku tidak dapat pulang ke rumah itu.

“Nia, im back!” ujar ku saat dia membuka pintu. Beg ku lepaskan ke lantai!  Nyata ada kerutan di wajah itu.

“Nia aku rindukan kau, rindu sangat!” tutur ku mengeratkan lagi rangkulan di tubuhnya.

“Tuan, hari ni kan giliran Neesa kenapa datang sini?” soalnya sepintas dan aku langsung lepaskan rangkulan tadi nyata aku tidak diperlukan oleh Nia. Aku gapai beg yang terlepas ke lantai tadi ingin berpatah balik ke rumah mama pula namun Nia sempat menyambar lenganku dan dia rebahkan kepala ke dada ku.

“Nia rindukan tuan,” gumamnya ku sambut dengan usapan mesra di rambut separas pinggang itu.

“Nia rindukan tuan,” sekali lagi aku dengar dia sebut perkataan rindu dan aku juga rindukan dia. Pelukan semakin erat dan aku tahu apa yang Nia mahukan..

“Ehem, kita tutup pintu dulu eh,” ucap ku buat Nia malu-malu langsung dia berlari ke dalam bilik dan aku segera rapatkan daun  pintu dan mengejar Nia yang sudah hilang di dalamnya.

“Tuan,” gumamnya lagi. Aku tundukkan wajah mencari wajah yang sedang melekat di dada ku. Tubuh ku sandarkan di kepala katil dan Nia pula ku tarik dalam dakapan.

“Shhh.... apa kata mulai hari ni kita ubah panggilan. Nak tak?” soal ku buat dia bangkit dari melekat ke dada ku.

“Ubah?” sepatah pertanyaannya ku balas dengan anggukan.

“Ya kita ubah, panggilan sekarang dah macam bos dengan pekerja je!” ketawa ku pecah lagi.

“Habis nak panggil apa?” soalan Nia kedengaran polos.

“Apa kata aku panggil kau mama, kau panggil aku papa. Okey tak? Nia menggeleng tidak setuju,

“Nia bukan mama tuan,” balasnya perlahan. Hmmm betul juga tu, Nia bukan mak aku. Dia kan bini aku.

“Hah, kita panggil macam ni.” Aku bersila dihadapannya. Dan dia juga turut berteluku sebelah ku.

“Panggil aku ‘b’ dan aku panggil kau honey,” dia diam sahaja seperti berfikir sesuatu.

“Tuan, ‘b’ tu untuk baby ke untuk babi?” pertanyaan Nia buat aku ketawa besar.

“Bukanlah sayang,  ‘b’ tu untuk hubby!” aku tarik dia kembali ke dalam dakapan dan dia juga membalas dakapan hangat ku.

“Panggil ‘abang’ dan abang panggil Nia sayang! Okey tak?” aku tunjuk dada ku agar dia panggil aku abang dan aku dengan senang hati akan panggilnya sayang. Dia angguk dan persetujuan sudah dibuat mulai saat ini aku dan dia sudah gunakan panggilan yang lebih baik dan terhormat. Tiada lagi aku dan tuan selepas ini.

Sedang aku melayari rasa keindahan yang panjangan bersama Nia, bunyi loceng kedengaran bertalu-talu mengehentam pendengaranku. Aku bingkas menyarung seluar dan Nia pula masih tidak berganjak dari katil. Aku yang melarangnya!

“Mama, apa yang mama buat di sini? Macam mana mama boleh tahu aku di sini? Aku garu kepala yang tidak gatal. Dari kanta pintu itu aku perhatikan Mama dan Neesa sedang bercekak pinggang sambil menekan suis loceng berulang kali. Aku ketap bibir dan kali ini pasti mama dapat menghidu hubungan aku dan Nia!

p/s: entry yg pnjg n Komen anda diperlukan!






15 comments:

  1. geramnye kat neesa n mama dia....
    mesti nia kene tampar ngan mak attar ni....
    attar sila la antar nia g rumah abah selamat skit nia...
    knp la attar dapat mak yang mcm ni....
    sanggup jual anak utk 50% saham....
    bagi je mama attar muflis baru dia nak sedar

    ReplyDelete
  2. bes...xsbr nk tgu n3 nti...

    ReplyDelete
  3. si neesa nie xfhm bahasa k?! dok tgedik2 lg tu.. hish... meluat ar...

    ReplyDelete
  4. mule2 mama attar x dpt time nia...dlm mase yg sme nia nasihat attar spy x jadi anak derhaka...tak lame kemudian nia pregnant..mama attar tibe2 lembut ati sbb nia sdg mengandungkan cucu die...mama attar mule dpt time nia sikit2..neesa mule rase tercabar..mcm2 care neesa buat spy nia keguguran...

    ReplyDelete
  5. good job writer...

    ReplyDelete
  6. cik writer!!!cta ni sgt bez..xsbar nk tggu next entry n da ending..hope hepi ending ;p

    ReplyDelete
  7. geram..menyampah..meluat kat Neesa dengan mama Attar...Cik Writer cerita yg semakin lama semakin menarik...cepat2 sambung ye.....tak sabar nk tunggu ni...

    ReplyDelete
  8. best.. naseb baek dowg dh tukar panggilan.. sbb rase pelik plak pggl hubby sndr "tuan".. huhu

    ReplyDelete
  9. Kebenaran pertualangan Neesa akan trbongkr bla yg brmukah dgn nya mngaku noda yg trjadi. Mama Attar sakit dn Nia dgn tulus merawat.....hanya sekadar berkongsi perkisahan selanjutnya

    ReplyDelete
  10. arap writer garapkan lebh banyak mengenai latar belakang nia ~ dan siapa nia sebenarnye..

    ReplyDelete
  11. kenapa attar ikut je rancangan mama dia.kesian nia..
    cuba la attar buat keras ati dan tetapkan pendirian, x yah kawin dgn nessa tu..

    ReplyDelete
  12. ya Allah attar ni,napa ikut je kata mama dia, geram btul la cuba keraskan ati dan tetapkan pendirian tu.cian kat nia.

    ReplyDelete
  13. ceraikan ja neesa dgn talak 3. mama dia pun tak terkata apa. smua pjanjian automatik tbatal dgn sndr. biar padan muka ngan datin tu. ingt ank tu brg dagangan ka>??? dah la neesa tu mngandung benih org lain. boleh lak biarkan ank jd pak sanggup. attar lps kan neesa segera n bawa nia jauh2x dr bumi malaysia jauh dr mama u n neesa.

    ReplyDelete
  14. k.aulia cpt la smbng cerita ni...best lah cite ni kak!x sbr nk tau next n3!!!....

    ReplyDelete
  15. hi ni cite lama saya.... dh lulus penilaian but msh belum thu bila akn di publihs... dulu sya dh letak di blog sampai chpter 30. btw tq reading ya :)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.