Sunday, 27 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 18


“Hei Neesa kau ni kenapa hah? Apasal kau buat mama aku macam orang gaji? Kau dah hilang akal ke?” tubuh itu ku tarik berhadapan. Ingin ku ganyang mulut itu agar dia tahu hormat mama aku, wanita yang lebih tua daripadanya.

“Hei Attar kau tak nampak aku tengah makan, tak nampak?” bidas Neesa buat aku terkedu seketika. Bahasa yang digunakan juga sudah berubah dan nada itu juga sedikit keras dan kasar. Apa yang tak kena dengan Neesa ini? Aku sedikit hairan!

“Tak boleh kau respect sikit pada mama aku? Apasal kau suruh itu suruh ini macam mama aku orang gaji  kau?” aku marah Neesa namun dia masih beriak selamba bagai aku sedang buat drama dihadapannya pula.

“Kau dengar ke tidak?” bahunya aku tolak sedikit
dan dia angkat wajah menentang pandangan mata ku yang tajam. Dalam beberapa saat, Neesa yang tadi mencerlung memandang aku kembali duduk semula ke kerusi menikmati makan tengaharinya sambil tersenyum sinis.

“Kau bukan siapa-siapa pada aku Attar, semua milik kau dah jadi milik aku! Termasuk mama kau, sekarang kau nak buat apa pada aku? Nak ceraikan? Go on, tapi ingat segala milik mama kau, susah payah perit jerih dia bangunkan syarikat tu semuanya akan jatuh ke tangan aku! Ingat sikit Attar,” bicara Neesa buat aku sedikit tersentak, dia sedang mengungut aku dan lebih tepat pergunakan mama untuk membalas rasa sakit di hatinya!

“Kau nak apa sebenarnya Neesa?” aku soalnya buat entah ke berapa kali. Dan dia ketawa mengekek buat aku sedikit gerun, sudah gilakan perempuan ini?

“Aku nak kau Attar, kalau secara kasar aku tak dapatkan kau jangan salahkan aku kalau aku bertindak lebih jauh daripada itu!” aju Neesa menyuap potongan buah epal ke dalam mulut.

“Kau ugut aku Neesa!” dan dia terus ketawa kecil bagai mengejek aku yang masih lagi berdiri di sisi meja makan.

“Yup, aku tengah ugut kau! Mama, angkat dan kemas meja ni. Tak ada selera aku nak makan!” gerutunya sambil bangkit dari kerusi dan aku yang melihat mama hanya menurut kata-kata Neesa bagai sudah separuh hati terbakar.

“Mama, tak payah buat! Biarkan dekat situ mama,” gesaan ku agar mama menghentikan tindak tanduknya. Mama menoleh kepada ku langsung dia tersenyum kecil.

“Biarlah mama tolong Neesa, perut dia dah besar! Tak elok buat kerja berat Attar,” aku pula dinasihatkan oleh mama.

“Mama ni kenapa? Dia buat mama macam orang gaji, mama sedar ke tidak?” soal ku sedikit keras dan aku mulai membara dengan layanan baik yang mama hulurkan buat Neesa. Tidakkah mama tersedar yang Neesa sedang pergunakannya saat ini.

“Hish, kenapa Attar cakap macam ni? Tak baik, Neesa kan mengandung, dia perlu banyak berehat!” bidas mama memenangkan Neesa sungguh aku tidak boleh terima sama sekali. Dan Neesa pula ketawa mengekek gembira dengan kemenangannya!

“Rehat apanya mama? Dia memang duduk mengangkang je dekaT rumah ni bukan ada kerja apa pun! Biar dia yang buat, dia yang makan. Mama makanlah dulu,” kata-kata ku tidak lagi mama endahkan  bahkan terus sahaja bergerak menuju ke dapur. Apa kena dengan mama ni? Aku tidak puas hati sama sekali lantas pandangan ku tebak ke wajah Neesa dan dia senyum menampakkan bibirnya sebelah terangkat!

“Jaga kau Neesa, jaga kau!” aku bergegas meninggalkan perkarangan rumah mewah itu langsung bergerak mendapatkan kereta. Ingin ku temui Pak Deris dan Mak Mah bertanya hal yang terjadi di rumah ini sejak ketiadaan aku! Dan Neesa hanya ketawa mengiringi pemergian ku kali ini.

“See you later my dear,” ketawa Neesa benar-benar buat aku sakit hati teramat sangat. Mampus jugak budak ni aku ganyang nanti, jaga kau Neesa!

Kereta ku pandu laju membelah lebuh raya Guthri menuju ke kampung Mak Mah dan Pak Deris di Sabak Bernam. Sudah bertahun lamanya aku tidak berkunjung ke rumah Mak Mah dan Pak Deris semenjak mama dan abah bercerai dahulu. Jika tidak pasti saban tahun aku akan ke sana menyambut hari raya di kampung itu.

Memasuki persekitaran Sabak Bernam, keadaan jalan semakin sesak dengan jumlah kenderaan menuju ke Sungai Air tawar lantaran sekarang ini musim cuti semester bagi pelajar politeknik sudah tiba. Jadi tidak hairanlah jika keadaan yang lengang menjadi sesak begini.

Aku teruskan pemanduan menuju ke Bagan Nahkoda Omar, memasuki lorong yang sedikit sempit dan sudah berturap tar dengan berhati-hati. Ku perhatikan kiri dan kanan dipenuhi rumah kampung dan aku bagai ingat-ingat lupa akan lokasi sebenar rumah mereka.

Setelah benar-benar yakin akan rumah keduanya, BMW milik mama ku pandu memasuki perkarangan halaman rumah kampung itu. Persekitaran rumah itu sedikit tidak terurus dengan semak dan rumput melatari sekeliling kawasan rumah. Pintu kereta ku buka dari dalam dan kini aku sudah berdiri dihadapan rumah papan yang kelihatan suram tidak berseri lantaran warna kayu yang sedikit pudar dan tampak reput di mamah anai-anai kelihatan di sana sini.

“Assalammulaikum,” salam ku laung namun sepi tidak bersambut. Sekeliling rumah itu ku perhatikan lama, sedikit pun tidak berubah seperti kali terakhir aku tinggalkan ia. Burung-burung bersiulan bagai menyambut hadir ku petang itu. Angin laut juga bertiup sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah ku yang sedikit kusut.

“Waalaikumusalam,” aku toleh pada suara yang menyapa.

“Pak Deris,” ucap ku sambil mendekati tubuh yang sedang berpeluh sambil sebelah tangan itu memegang parang panjang dan di kepala itu pula kelihatan sehelai kain tipis diikat di kepala.

“Pak Deris, Attar ni!” ucap ku perkenalkan diri. Dan Pak Deris nyata sedikit terkejut tatkala aku perkenalkan diri. Haish aku pun satu, baru seminggu tak berjumpa, takkan lah Pak Deris boleh lupa nama aku!

“Oh silap, Pak Deris apa kena dengan mama Attar tu?” aku soal Pak Deris tanpa sempat dia mempelawa aku naik ke atas rumahnya.

“Naiklah dulu Attar,” jemput Pak Deris buat aku sedar seketika yang aku masih lagi berada di halaman rumah itu dibawah sepohon rambutan yang sedang berbuah lebat.

Aku turuti langkah Pak Deris sambil berhati-hati berpijak ke tangga yang diperbuat daripada kayu. Keriuk bunyi papan dipijak buat aku gentar untuk terus melangkah andai kata rumah itu roboh, sudah pastilah akan jatuh berdebuk ke tanah.

“Jangan takutlah, tak runtuh lagi! Duduklah,” gumam Pak Deris buat aku tersenyum malu.

“Pak Deris, kenapa cuti tak beritahu ni?” aku tanya Pak Deris sambil tubuh ku labuhkan di kerusi 
bertentangan lelaki tua yang pernah menjadi pemandu peribadi ku suatu masa dahulu. Dan nyata sekali lagi dia terkejut!

“Attar, Pak Deris dan Mak Mah dah berhenti!” kali ini aku pula terkejut dibuatnya!

“Kenapa pulak berhenti ni Pak Deris?” aku inginkan penjelasan dari orang tua itu. Gaji kecil sangatkah? Kalau tidak mencukupi aku sanggup naikkan gaji mereka! Meningalkan mereka di kampung ini berdua rasanya tidak berbaloi, jika sakit pening mereka siapa yang dapat menjaga. Bila bersama aku sekurang-kurangnya aku dapat perhatikan tahap kesihatan mereka. Aku hela nafas perlahan, sejak bila aku pentingkan kebajikan mereka tidak pula aku sedari tetapi yang nyata aku bimbang andai mereka jatuh sakit dan aku pula tiada bersama mereka! Pada siapakah untuk mereka berpaut nanti sedangkan mereka tidak punyai zuriat dan saudara mara yang lain!

“Pak Deris dah tak larat nak bekerja, jadi lebih baik berhenti je.” Aku pandang wajah Pak Deris tajam dan Mak Mah yang baru muncul sambil menatang dulang berisi air kopi ku pandang sekilas. Jawapan itu bukan jawapan yang aku mahukan dari lelaki tua ini dan kelihatan Pak Deris bagai sembunyikan sesuatu dari ku.

“Kalau tak larat, Pak Deris duduk je dalam rumah tu tak perlu buat kerja lagi!” aku ungkap ayat itu dihadapannya dan jelas kerutan di dahi itu sama sekali tidak mempercayai kata-kata ku. Haish susah sangatkah untuk percaya kata-kata aku!

“Baik Pak Deris cakap hal yang sebenarnya, jangan ingat Attar tak tahu!” ugut ku cuba memancing Pak Deris agar berterus terang sahaja dan kali ini wajah Pak Deris sedikit tertunduk memandang lantai kayu beralas tikar getah. Rasa bersalah mula menerpa kerana aku terlalu berkasar dengan lelaki ini.

“Datuk dah berhentikan Pak Deris,” ujarnya pendek dan aku sandarkan tubuh ke kerusi diperbuat daripada rotan itu dan hujung jari telunjuk bermain di dagu. Bunyi keriuk papan sekali lagi menerjah telinga ku setiap kali aku bergerak. Kali ini aku tak kira, runtuh sekalipun rumah ini akan ku bawa mereka berdua kembali ke rumah mama. Itu tempat mereka semenjak aku dilahirkan lagi.

“Dah sekarang Pak Deris dengan Mak Mah bersiap ikut Attar balik semula ke rumah tu, dekat sini tak ada sesiapa yang akan jaga Pak Deris dengan Mak Mah. Apa-apa jadi Attar jugak yang susah hati,” gumam ku seraya bangkit dari kerusi dan bergerak menuju ke jendela dan pandangan mata Mak mah yang tampak berkaca buat aku menelan liur. Aku tersalah cakapkah!

“Err... siaplah,” gumam ku sebelum berlalu namun sempat lagi ku sambar cawan berisi air kopi buatan tangan Mak Mah. Jauh disudut hati aku benar-benar rindukan masakan wanita itu. dan Mak Mah pamer reaksi terkejutnya sekali lagi.

Sedang aku berjalan disekitar luar rumah papan itu, aku perhatikan kawasan kampung yang sewaktu dahulu pernah aku lawati dan aku kunjungi. Tiada yang banyak berubah melainkan kawasan ini dihiasi dengan pohon-pohon bunga, dan rumah-rumah kampung di sini juga sudah bertukar rupa dari rumah papan kepada rumah diperbuat daripada batu bata. Aku perhatikan lagi rumah yang dihuni Pak Deris dan Mak Mah, tampak usang dan tidak selamat lagi untuk diduduki! Sedang mereka sebatang kara dan dalam usia sebegitu mereka memerlukan seseorang untuk menjaga kebajikan mereka dan orang itu sudah pastilah aku, anak kecil yang ditatang bagai anak mereka sendiri sedang aku pula selalu benar berkasar dengan mereka.

“Masuklah, beg tu sini masukkan dalam boot!” aku ambil beg mereka lantas ku sumbat kasar ke dalam bonet.

“Pak Deris, macam mana mama boleh berhentikan Pak Deris?” soalan ku dibiarkan sepi seketika dan aku toleh mereka sekilas sambil pemanduan ku teruskan membelah lebuhraya yang lengang.

“Cik Neesa paksa mama tuan berhentikan Pak Deris,” gumam Pak Deris buat aku sedar bahawasanya Neesa sedang mempergunakan mama dalam mencapai hasratnya.

“Its okey Pak Deris, jangan risau. Tahulah nasib Neesa nanti,” bicara ku buat Pak Deris menelan liur.

“Jangan risau Pak Deris, saya buka pembunuh!” ujar ku buat lelaki itu menghela nafas lega. Suasana kembali senyap dan aku tingkatkan kelajuan BMW membelah lebuhraya, tidak sabar rasanya tiba di rumah mama dan menghantar semula Pak Deris dan Mak Mah ke sana.

“Tuan, jangan laju-laju Mak Mah takut!” suara Mak Mah yang tiba-tiba menyapa buat aku bertambah suka menyakat. Semakin laju kereta yang ku pandu buat Mak Mah tidak henti-henti merayu aku memperlahankan kereta. Dan aku hambur tawa sepanjang perjalanan manakala Pak Deris sekadar senyum membalas tawa gembira ku.

Aku tiba diperkarangan rumah mewah mama sekitar jam sembilan malam dan ku arah agar Mak Mah dan Pak Deris masuk sahaja ke dalam rumah seperti biasa dan tidak perlu takutkan Neesa yang tiada kesan bagi ku itu.

Wajah Neesa termangu di anak tangga buat aku panas hati dan tubuh itu ku hampiri memberi amaran keras kepadanya!

“Hei Neesa, jangan kau berani-berani nak ganggu urusan dalam rumah ni! Aku yang bayar gaji mereka dan kau jangan pandai-pandai nak buat keputusan bagai! Kalau tidak, nahas kau aku kerjakan kau. Ingat tu!” suara tegas ku bergema dalam rumah.

“Buatlah kalau kau berani! Buat!” provoknya buat aku hilang sabar. Budak ni memang dah lama hidup agaknya!

“Hei, kau kan...” belum sempat aku lakukan apa-apa Pak Deris isyaratkan aku agar berdiam diri sahaja. Huh jika orang tua ini tak masuk campur, lunyai badan Neesa aku kerjakan!



“Sorry sayang, lama tunggu?” aku sambut huluran tangan Nia dan dia mengucup tangan ku lama. Aggukan kecilnya buat aku tersenyum mujur juga isteri ku ini tidak naik angin menunggu aku yang lewat dua jam! Jika wanita lain pasti aku sudah di maki hamunnya.

“Abang ke mana?” soalnya buat aku senang hati.

“Ambil Mak Mah dengan Pak Deris dekat kampung,” ujar ku sambil meninggalkan perkarangan SACC Mall yang sudah lengang tanpa pengunjung sementelah hari semakin lewat malam.

“Kenapa dengan mereka?” pertanyaan Nia ku sambut senyuman kecil dan aku selesa tatkala Nia labuhkan kepalanya di bahu ku. Dan ku usap pipi yang masih berniqab dengan tangan kiri yang bebas dari memegang stereng kereta.

 “Bawak balik ke rumah mama, sebelum tu Neesa halau mereka!” aku kucup pipi itu sekali dan nyata Nia menepis perlahan.

“Tak mahulah, abang busuk!” gumamnya buat aku ketawa. Betulkah aku busuk? Mungkin juga, seharian aku tak bersiram, dan ini semua gara-gara Neesa hingga kerja pejabat juga aku tinggalkan begitu sahaja.

“Betul ke busuk ni sayang?” dia angguk sekali. Haish jatuh saham aku depan Nia!

“Nia rindukan Mak Mah dan Pak Deris,” perlahan nada suara Nia menyatakan rasa rindunya. Dan aku juga tahu sejak peristiwa dua tahun lepas, Nia tidak pernah sekalipun bersua muka dengan keduanya.

“Nak abang bawa Nia ke sana?” tanyaku buat dia terkejut.

“Hais, tak mungkin kot! Nanti apa kata mama abang?” soalnya sedikit gusar.

“Jomlah, mama mesti dah tidur! Kita jumpa diorang senyap-senyap! Jomlah sayang,” gumam ku lagi buat Nia tidak mampu menolak.

Sampai sahaja di perkarangan rumah mewah mama, aku perhatikan hanya lampu ruang tamu sahaja yang terpasang selebihnya keadaan di bahagian lain rumah mewah tiga tingkat itu sedikit kelam dan suram.
Tombol pintu di pulas perlahan dan Nia menapak masuk bersama, terasa bagai ada sesuatu yang melintasi mereka saat itu hingga Nia menghentikan langkahnya dari terus menapak masuk ke dalamnya. Attar masih sama seperti biasa dan mendahului Nia masuk ke ruang tamu dan Nia hanya kaku tidak berganjak!

 “Kenapa ni sayang?” soal ku perlahan namun Nia hanya senyap tidak memberi respon. Tindak tanduk Nia yang berbelah bahagi untuk masuk aku perhatikan sekilas.

Aku tarik tangannya namun dia merentap kuat hingga pegangan itu terlepas begitu sahaja. Aku pusingkan tubuh menghadap tubuhnya dan dia berundur setapak hingga melewati pintu utama rumah mama. Pandangan Nia meliar memerhatikan seluruh rumah yang hanya dismbah cahaya lampu dinding, aku telan liur, apa yang tidak kena dengan Nia hingga dia bertindak aneh sedemikian!

“Kenapa ni Nia?” dia aku hampiri dan aku lihat disebalik niqab yang dipakai bibir Nia bagai bergerak membisikkan sesuatu. Sejurus berhenti sahaja gerakan di bibir itu, angin yang entah muncul dari mana bertiup kasar menyapa wajah hingga niqab yang dipakai Nia tersingkap sedikit. Aneh sungguh, dari mana datangnya angin itu aku sendiri tidak tahu sedang cuaca di luar tidak menunjukkan tanda-tanda hari hendak hujan bahkan bahang panas terasa sama sahaja seperti biasa.

“Nia,” panggil ku sekali dan dia hanya diam tidak berkutik buat aku semakin gusar.

“Nia, kenapa ni? Jom masuk,” pelawa ku sekali lagi dan kali ini Nia menggeleng enggan. Aku kalih pandangan ke tengah kolam renang yang airnya bagai terusik sesuatu, tidak tenang dan beralun lembut seperti biasa. Aku ingin melangkah menghampiri kolam renang itu untuk melihat apa yang ada di dasar kolam namun dihalang oleh Nia.

“Abang, jom kita balik! Tak baik ganggu orang yang tengah tidur,” gumamnya buat aku sedikit hairan.

“Dah lewat ni, jom balik!” ujarnya lagi dan aku mengangguk perlahan tidak membantah!

“Jom, abang ingatkan Nia tak sudi lagi masuk ke rumah ni! Sedih hati abang ni,” gurau ku disambut tawa kecilnya dan aku beriringan menuju ke kereta sambil menghidupkan enjin kereta lalu memandu menuju ke Klang, di mana apartment ku terletak.

“Erm... bukan macam tulah! Sebenarnya baru Nia terfikir yang Mak Mah dan Pak Deris mesti dah lama tidur. Jadi tak baik kiranya Nia datang melawat lewat-lewat begini.” Bicara Nia sambil mengusap lengan ku perlahan dan wajah itu sedikit tertunduk menuturkan kata-katanya bagai ada sesuatu yang disembunyikan namun aku segera menghalau rasa yang aneh dari terus bersangka yang bukan-bukan pada Nia!

“Erm... abang pun terlupa!” sambut ku sambil tenang memandu kereta.
Tiba sahaja diperkarangan tempat meletak kenderaan, aku dan Nia bingkas bergerak menuju ke lif ingin mahu tiba di rumah dan merebahkan tubuh di atas tilam empuk lalu melepaskan lelah dia atas katil kerana sedari tadi penat memandu ke sana sini menguruskan Pak Deris dan Mak Mah dan bergegas pula menuju ke SACC Mall menjemput Nia di sana.

“Abang nak makan?” aku geleng sahaja menjawab pertanyaan Nia dan huluran tuala ku sambut laju sebelum hilang di sebalik bilik air.

Usai mandi, Nia pula mengambil peluang membersihkan dirinya juga dan aku bergerak menuju ke almari mengeluarkan sejadah bewarna biru laut. Solat isyak ku dirikan walaupun aku sedar rukun yang ku buat sering kali tidak sempurna namun aku masih lagi berlajar menyempurnakan gerak geri dengan lebih tertib lagi, dengan sedikit teguran dari Nia aku dapat mengenal pasti di mana kekurangan solat ku.

Aku berbaring di atas tilam dan entah bila aku terjaga dan Nia tiada di sisi. Aku bingkas bangun mencari isteri ku itu. Dalam suasana kelam aku menangkap suara seseorang sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran di bilik bersebelahan dan terasa sejuk hati ini mendengar alunan syahdu suara Nia melagukan ayat-ayat suci al-Quran.

 Tersandar aku di muka pintu mendengar suara itu hingga tidak sedar hujan diluar sudah turun lebat diiringi guruh dan petir di langit. Aku perhatikan Nia yang sedang membaca tanpa sedikit pun terganggu dan sebotol mineral jelas berada dihadapannya dalam keadaan penutup yang sudah terbuka. Untuk siapakah mineral yang sudah dibacakan ayat suci itu, aku bertanya sendirian di dalam hati dan kembali semula ke kamar merebahkan tubuh dan mata yang kembali berat ini.

“Sayang, pergi mana?” soal ku dalam keadaan mata yang masih tertutup. Tubuh Nia ku peluk erat dan dia tidak membantah apatah lagi menolak perbuatan ku.

“Nia solat sekejap,” balasnya perlahan dan guruh yang berdentum kembali merapatkan pelukannya di tubuh ku. Aku kuntum senyum dalam kelam walau Nia tidak dapat melihatnya.

“Sayang, jom tidur! Abang letih sangat, good nite!” gumam ku sambil rambutnya ku belai perlahan. Dan dia mengangguk kecil lantas membacakan doa tidur buatku.

Awal pagi itu entah apa yang jadi pada ku Nia ku jadikan mangsa amarah. Jika diteliti semula, salahnya bukanlah besar mana hanya baju yang digosok tidak kemas seperti biasa sahaja namun entah mengapa dia ku jadikan bahan melepaskan amarah yang meluap-luap ini.

“Baju ni berkedut, gosok balik!” baju kemeja bewarna biru lembut ku campak atas katil dan Nia mendekati ku cuba menyentuh lengan namun ku tepis kasar.

“Panaslah, jauh sikit boleh tak!” aku tolak Nia mentah-mentah hingga dia senyap tidak terkata apa. Aku duduk di meja makan bersarapan sendirian sedang Nia sedang menggosok semula baju yang campak tadi. Semua yang Nia lakukan aku rasa tak kena, entah mengapa amarah ini bagai meluap-luap sahaja ketika melihat wajah itu. usai bersarapan , kemeja yang dihulur Nia ku sambut lantas aku terus bersiap sementelah jam menginjak angka lapan pagi. Nia pula masih dalam persalinan baju tidur, mungkin tidak bekerja hari ini!

“ Nia, abang pergi kerja dulu! Sorry hari ni mood abang tak okey. I love you Nia,” dahi itu kucup lantas ku tinggalkan Nia termangu-mangu di muka pintu. Membiarkan pertanyaan yang sarat di minda isteri ku sendiri.




p/s: penulis DROP comment plz ":)

10 comments:

  1. i baca gitu2 je, nak tunggu ending mcmana sebab rasa mcm dah makin melalut cerita ni.

    geram sangat dgn neesa!

    ReplyDelete
  2. neesa ada plan benda tak baik ke?
    mama attar pun macam patuh sangt dgn neesa..attar pun dah pndai marah2..best..

    ReplyDelete
  3. erm neesa nie guna cara halus ke??
    semacam je niee..seram lak rase..huhuhu..xsabar nak tau next entry...

    ReplyDelete
  4. aduai.. xmo la jdi gini.. cian kat attar n nia..hehe.. best2..^_^

    ReplyDelete
  5. rasanya nia dah tau apa yang berlaku dalam rumah mama attar...
    attar pun dah terkena sihir 2 yang marah nia....
    pas ni attar mesti ngam ngan neesa...
    x suka la org yg guna cara halus ni...x berkat hidup...

    ReplyDelete
  6. merinding bulu roma..hihihi

    kat uma tu ada bende halus ker??

    nessa bomohkan mamy attar...biar tunduk akan kemahuan dia....

    ishhh....cik writer buat saspen la...hehe

    ReplyDelete
  7. perggghhh!!!! nie lagi sspens...

    ReplyDelete
  8. tq everyone... ni cerita lama saya :)

    ReplyDelete
  9. mesti neesa bomohkan dia.. jahatnya..grrrr...:(

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.