Tuesday, 29 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 21

SPECIAL entry mungkin~
Maaf entry kali ini sedikit terpanjang dari biasa ~



Aku pandu kereta menuju ke rumah mama, tiba sahaja ke perkarangan garaj aku matikan enjin kereta lantas menyandarkan tubuh, lengan ku lekatkan di dahi berfikir sejenak tentang apa yang ku lalui sepanjang hari ini. Kesal dan terkilan silih berganti menerpa ke hati, Nia ku hamburkan dengan amarah bahkah ku sakiti hatinya berulang kali. Sungguh aku tak mengerti apa yang terjadi pada ku hari ini. Dan Neesa, menjadikan hidup ku kucar kacir dengan rasa rindu yang hangat membara walau aku sendiri sedari dia bukan pilihan hati ku pada mulanya. Terlalu cepat cinta buatnya hadir, aku sendiri aneh dan keliru dengan rasa hati.


Melihat jam di tangan yang sudah menginjak angka satu pagi meyedarkan aku seketika, terlalu lama aku menjalani hidup pada hari ini hingga tidak tersedar hari juga sudah benar-benar lewat. Pintu kereta ku tolak dari dalam, lantas kedua kaki memijak lantai yang dilatari dengan tile bewarna coklat lembut.

Langkah kaki yang sudah lesu ku hala menuju ke muka pintu, bingkas tombol pintu ku pulas memboloskan diri masuk melewati ruang tamu yang sudah kelam tidak bercahaya. Anak tangga ku perhatikan sekilas, berkira-kira mahu menaiki lif atau mendaki anak tangga sahaja namun aku memilih untuk meniti anak tangga menuju ke kamar yang sudah lama tidak ku huni semenjak Nia berpindah ke apartment milik ku yang telah pun ku hadiahkan buatnya.

Melewati kamar bilik mama yang kelam buat aku terhenti seketika, sudahkah papa Nazim kembali ke rumah ini? Khabar berita papa tiri ku masih tidak kedengaran semenjak lelaki itu menguruskan perniagaan mama di Perancis. Entah la, sejujurnya aku tidak merestui hubungan mama dengan papa Nazim, namun memikirkan kebahagiaan mama yang memerlukan seseorang disampingnya menjadikan aku tidak mampu berbuat apa-apa melainkan memaniskan wajah saat mama diijab kabulkan dengan lelaki itu.

Tubuh ku hempas di atas katil beralas tilam yang agak tebal sambil mata ku perhatikan ke arah siling yang terbentang luas. Seketika aku pejamkan mata, mengusir rasa beban yang sarat di kepala.

“Hai dear, lambatnya you balik!” tutur Neesa menyedarkan aku yang baru sahaja berlayar ke alam mimpi. Aku buka mata memerhatikan Neesa yang sedang berbaring di sisi ku sambil lengan kanan ku dipeluk erat olehnya. Aku hela nafas sambil menarik tangan perlahan dari pegangan tangannya.

“Neesa, I tak larat!  I letih, boleh I tidur,” soal ku meminta pengertiaanya waktu ini. Sungguh aku sudah letih melayani rasa hati yang keliru.

“Nop, you kena layan I dulu Attar. I isteri you,” gumamnya menarik aku bangun duduk bersila berhadapannya.

“Neesa, I letih! I serabut dan I perlukan rehat,” gumam ku harap dia mengerti segala penat lelahku saat ini.

“Lepas ni you tidurlah, sebelum tu layan I dulu please!” rengek Neesa ku sambut sepi tidak bernafsu melayaninya saat ini apatah lagi untuk melayari malam pertama bersama wanita yang sedang mengandung anak lelaki yang dia sendiri tidak ketahui.

“I penatlah Neesa, I nak rehat!” tutur ku disambut amukan Neesa lantas bantal kecil dibaling dan dicampak mengenai wajah ku yang sedikit pun tidak berganjak. Puas melontar bantal hingga bersepah, Neesa hampiri tubuh ku sekali lagi.

“Sorry, I tak bermaksud nak baling bantal pada you! I tak sengaja,” rayunya lagi dan aku pandang wajah itu kosong, kosong seperti hati ku saat ini.

“Attar you ni kenapa? Takkan sikit pun you tak ada keinginan pada I? Apa I tak seksi pada pandangan mata you?” dia berdiri tegak sambil membetulkan sedikit gaun tidur yang jarang dan tipis, dan aku geleng kepala menjawab pertanyaannya tadi.

“Kenapa I dah tak menarik?” soalnya mendekati aku sekali lagi.

“Bukan,” sepatah kataku buat dia berminat ingin tahu dan aku halakan pandangan mata ke arah pintu luncur yang terbuka luas.

“I penat Neesa, I nak rehat!” tambah ku lantas mengorak langkah mendekati pintu luncur dan mahu mengambil angin di balkoni tempat yang menjadi kesukaan ku tatklaa dirundung sepi dan pilu.

“You ni kenapa, sejak kita kahwin belum sekali pun you tiduri I! You tak beri nafkah batin pada I,” rajuk Neesa sambil duduk dibirai katil. Aku pula hanya diam berfikir, jawapan apakah untuk ku berikan pada Neesa? memang dia isteri ku yang sah, namun aku tidak boleh menafikan yang dia sedang mengandungkan benih dari lelaki lain yang tak diketahui siapa pemiliknya. Bagaimana untuk aku khabarkan hal ini agar dia mengerti?

“Neesa, you mengandung so better you berehat! I tak nak ganggu kandungan you,” alasan itu ku beri padanya. Sudah kering idea maka hanya itu sahaja yang mampu ku luahkan agar dia terima dan membatalkan hasrat dan keinginan hatinya.

“I tak penat, buat apa I nak berehat! Jadi you kena layan I Attar,” rengeknya buat aku yang sudah mati rasa ini langsung tidak tergoda.

“Neesa, I penat! Apa kata you sembahyang or buat apa yang sepatutnya! I nak tidur, you keluar please,” pinta ku penuh berhemah dan dia mencebik tidak puas hati dengan bicara yang ku hamburkan saat itu.

“I uzur, mana boleh solat.” Alasan Neesa buat aku tersenyum sumbing. Beginilah andai aku juga jahil agama sepertinya.

“Neesa, you pregnant! Mana mungkin you uzur,” selar ku perlahan dan dia nyata sedikit malu mendengar patah bicara ku namun aku tahu dia yang penuh alasan tidak sama sekali mahu mengalah.

“Seriously I uzur, oh ha, I bleeding!” alsannya buat aku ketawa kecil.

“Kalau macam tu, haram lakukan hubungan waktu isteri tengah uzur.” Ucap ku sambil pamer senyuman ke arahnya dan dia nyata terdiam tidak mampu lagi membalas kata-kata ku.

“Sudahlah Neesa, baby you dah penat dengan karenah you sepanjang hari ni! Tidur ya,” kedua bahu itu ku sentuh lalu tubuh itu ku tolak hingga ke muka pintu dan dia sedikit menggelupur tidak mahu aku menolak tubuhnya sebegitu dan lantas daun pintu ku rapatkan serta ku kunci dari dalam. Jeritan Neesa yang sayup-sayup kedengaran dari luar bilik langsung tidak terkesan di hati. Waktu begini aku perlukan rehat dan tidur yang secukupnya kerana esok hari yang lebih mencabar harus ku lalui berseorangan. Mama tidak lagi membantu aku di pejabat, dan sebagai fresh graduate, aku perlukan bimbingan mama untuk menjalankan operasi dan pentadbiran syarikat. Dan sekarang aku benar-benar lesu serta perlukan rehat yang secukupnya!

Hari ini Selasa 30 Mac 2012, aku yang sudah siap berkemeja menggapai beg kerja lantas menuruni anak tangga menuju ke garaj kereta. Ingin segera tiba ke pejabat, namun niat hati ku kembali terbantut saat sapaan mama menyapa aku yang sedang menyarung kasut kerja.

“Attar mari makan dulu,” pelawa mama yang penuh mengharap buat aku lemah untuk menolak. Perlahan-lahan kaki kanan yang sudah bersarung kasut ku tanggalkan  lalu menapak menghampiri meja makan. Hidangan di atas meja ku perhatikan satu persatu, namun semuanya tidak membuka selera ku waktu begini.

“Hei Mak Mah, buatkan aku fresh orange! Aku tak minum kopi atau milo pagi-pagi macam ni! Cepat sikit!” suara keras Neesa menarik perhatianku seketika, tubuh yang sudah dekat menghampiri ku kelihatan kelat dan masam mencuka.

“Kenapa dengan you ni Neesa? I tak suka you herdik maid I ikut sedap mulut you,” Neesa ku peringatkan agar dia menjaga tingkah lakunya dirumah ku.

“Suka hatilah nak herdik atau nak maki, dah diorang buat kerja tak betul! Takkan nak sanjung pulak!” kasar tutur bicara Neesa menjawab kata-kata ku.

“I tak ada mood nak bergaduh dengan you, please quite!” gumam ku laju menuang nescafe panas ke dalam mug. Roti bersalut majerin ku gapai lantas ku kunyah perlahan sebagai alas perut agar tidak terlalu lapar sebelum tiba waktu makan tengahari nanti.

“Mama, look at your son! Anak mama ni kurang ajar! Biadab,” selar Neesa buat aku hela nafas agak kuat. Dan mama perhatikan aku yang diam tidak membalas kata-kata Neesa.

“Attar, sepatutnya kena jaga hati Neesa! ibu mengandung selalunya sensitif!” gumam mama buat aku sakit hati. Mengapa Neesa juga yang di menangkan sedang aku adalah anaknya dan paling penting aku tidak bersalah dalam hal ini.

“Ikut suka mamalah, Attar nak pergi kerja!” aku bangkit meninggalkan perkarangan ruang tengah di mana aku sedang bersarapan bersama mama tadi.

Wajah Mak Mah dan Pak Deris ku perhatikan sekilas, pandangan mereka yang tampak suram ku perhatikan dari ekor mata. Mereka juga tidak sama seperti dahulu, bagai tahu derita dan sengsara yang sedang berperang dalam hati ku saat ini.

Kereta ku dekati lantas aku masuk ke perut kereta menghidupkan enjin dan meneruskan pemanduan menuju ke pejabat. Suasana hening pagi Jumaat menjadikan aku sayu seketika memikirkan sesuatu yang aku sendiri tidak pasti.

Tiba sahaja dipejabat, hampir semua kakitangan pejabat belum kelihatan. Aku langkah menuju ke bilik kerja. Semua fail dan dokumen yang belum habis ku teliti semalam, ku gapai satu persatu membuat semakan semula.

“Encik Attar, awal hari ni?” tegur Yati  nyata terkejut saat membuka pintu bilik ku! Jelas di tangannya memegang sesuatu persis bulu ayam yang sering digunakan untuk membersihkan habuk namun aku sendiri tidak pasti apakah panggilannya sedang yang dipegang itu diperbuat dari plastik jika tidak salah perkiraan ku.

“Yup,banyak kerja tak siap lagi. Oh ya, semalam kopi tu awak yang buat ke?” soal ku sambil angkat wajah membalas pandangan Yati, setiausaha yang baru berkhidmat.

“Bukan, tapi Puan Neesa!” Neesa? dia buat kopi untuk aku? Aneh!

“Kenapa ya Encik Attar?” pertanyaannya buat aku kembali tersedar.

“Hmm... tak ada apa-apa! Buatkan I, milo ya.” Arah ku disambut anggukan kecil Yati. Tubuh kusandarkan ke kerusi, sambil pen yang sedang ku pegang ku letakkan semula ke atas meja.

“Encik Attar, ini airnya!” Yati datang membawa secawan milo dan aku arahkan dia meletakkan cawan yang berisi itu di atas meja berhampiran laptop yang sedang terpasang.

“Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?” Yati bertanya sambil tegak berdiri dihadapan ku.

“Oh, ya... hari ni saya tak nak ada sebarang temujanji kalau ada awak cancelkan! Dan semua panggilan telefon juga saya tak nak, awak fahamkan maksud saya. Saya tak nak ada gangguan,” umum ku buat Yati angguk perlahan.

“Ada apa-apa lagi encik?” Dan aku geleng kepala sebagai jawapan untuk soalanya itu dan dia aku isyaratkan keluar dari bilik kerja ku kerana aku mahu bersendirian ketika ini, melayani kerja yang sudah tertangguh berhari-hari itu.

Satu persatu fail ku semak hingga tidak sedar jam sudah menginjak angka tiga petang, aku hela nafas bagai waktu yang diperuntukkan tidak mencukupi untuk aku selesaikan segalanya saat ini.

“Masuk,” ketukan di muka pintu kedengaran bertalu-talu. Hendak apakah lagi dengan Yati?

“Encik Attar, tadi saya dapat panggilan dari hospital! Datuk Sherry ada dekat sana,” tutur Yati buat aku tersentak.

“Apa?” laju fail ku tutup memberi fokus pada patah bicara Yati ketika ini.

“Tak pastilah encik, tapi isteri encik ada call suruh encik datang ke sana sekarang juga!” Pesanan wanita yang mengaku isteri ku itu disampaikan oleh Yati yang sememangnya tidak mengetahui aku sudah beristeri dua. Siapa yang call, Nia atau Neesa? tak mungkin Nia, pasti Neesa yang hubungi Yati!

“I balik dulu, apa-apa hal call phone I okey!” beg kerja ku gapai lantas semua fail dan laptop ku tinggalkan buat Yati yang sememangnya perlu mengemas semula meja kerja ku yang sudah berselerak bagai tongkah pecah.

“Mama, kenapa ni mama?” aju ku saat wajah mama yang pucat menerpa pandangan mata ku. Dahi mama ku sentuh perlahan.

“Doktor kenapa dengan mama saya?” doktor yang merawat mama ku hampiri dan Neesa yang masih duduk menyilang kaki sedang leka bermain games angry bird di I-pad sedikit pun tidak berminat mendengar patah bicara ku saat ini. Melampau!

“Menurut isteri encik, Puan Sharifah terjatuh di bilik air dan dari pemeriksaan kami tekanan darah tinggi ibu encik berada di paras tertinggi ketika ini. Dan keadaan ibu encik stabil cuma beliau mengalami stroke serta perlukan rawatan selanjutnya untuk pulih sedia kala.” Patah bicara doktor muda itu buat aku sedikit terkesima. Adakah mama akan mengalami nasib serupa aku?

“Doktor mama saya lumpuh ke?” soal ku takut menghadapi kenyataan sebegitu.

“Maaf encik, kemungkinan ibu encik akan mengalami lumpuh sebelah badan! Banyakkan berdoa Insyallah ibu encik akan pulih sedia kala, bersabarlah!” pesan doktor itu sambil meningalkan aku yang sudah terduduk di kerusi kosong bersebelahan Neesa.

“Neesa kau dengar tak apa doktor tu kata? Dia kata mama aku lumpuh, mama aku lumpuh!” aku ucap ayat itu dihadapan Neesa namun dia sedikit pun tidak pamer reaksi simpatinya bahkan masih leka melayani permainan nagry bird itu.

“Neesa kau dengar tak ni?” aku menyoal sedikit geram.

“Dengarlah!” bidasnya sekali masih sama melayani permainan itu membuatkan aku baran langsung I-pad ku rampas dan ku hempas ke lantai.

“You ni biadap sangat kenapa? Mama you lumpuh, bukannya nak mati!” tempik Neesa terus meninggalkan aku sendirian di bilik yang menempatkan mama yang sedang terlantar itu. Hanya kerdipan mata mama sahaja yang membalas reaksi kecewa ku saat ini dan tutur bicara mama langsung tidak aku fahami lagi.

Diam tak diam sudah hampir sebulan juga aku berulang alik ke hospital melihat perkembangan mama dan hari ini doktor membenarkan mama di bawa pulang. Neesa yang kuharapkan untuk menjaga mama memang sudah tidak boleh ku harapkan lagi sedang dia asyik hilang berhibur di kelab malam setiap kali malam menjelam tanpa pengetahuan aku. Hanya risikan melalui jururawat di sana sahaja membongkar aktiviti yang disembunyikan oleh Neesa. Mak Mah dan Pak Deris pula sudah berangkat ke tanah suci mengerjakan umrah sekali lagi dan Nia pula hanya ku hubungi sesekali sementelah abah melarang aku dari bertemu Nia setelah aku kasarinya tempoh hari.

“Mama, masuklah ni rumah mama!” ucap ku setelah mama ku letakkan di atas kerusi roda. Dan pandangan kosong mama buat aku sedikit rungsing dan semakin menyesakkan minda ku pula bila memikirkan siapakah yang akan menjaga kebajikan mama ketika aku keluar bekerja nanti.

Mama senyap dan aku juga sudah kering idea mencetuskan perbualan namun tidak bersambut oleh mama hanya desir penghawa dingin sahaja yang menyapa pendengaranku. Pasti penghawa dingin itu akan rosak tidak lama lagi, jika tidak pasti ia tidak berbunyi seperti itu.

“Oh, Datuk Sherry dah balik? Hmmm... baguslah! Ada jugak orang dalam rumah ni! Kalau tidak rumah ni serupa rumah mayat, sunyi je.... eiii takutnya!” omel Neesa mendekati aku yang berdiri dibelakang kerusi roda mama.

“Pucatnya muka, buruk dah muka mama kalau tak pakai make up,” selar Neesa perlahan sambil ketawa kecil.

“Behave Neesa, tak lucu pun!” pangkas ku laju agar dia hentikan gurauan sedemikian.

“You ni, nak bergurau pun tak boleh! Sensitif, macam you yang mengandung!” bidas Neesa pendek. Jika aku ditakdirkan menjadi perempuan dan mengandung sekalipun aku akan marah jika mama sendiri dilayan sebegitu. Lainlah dia yang berhati batu, mana terkesan jika dihina dan dicerca sekalipun!

“You nak kemana ni Neesa? dah petangkan, tolong I mandikan mama!” pinta ku dibalas cemikan wanita itu. Dia yang siap memakai top paras peha dengan perut yang sedikit buncit ku pandang tanpa nafsu!

“Hei, dia kan mama you! Youlah yang kena buat, bukan I! Lagipun I tak ada masa nak layan orang tua yang cacat ni, huh!” gumam Neesa berpaling meningalkan aku dan mama terkulat-kulat di situ.

“You jaga sikit mulut tu, jangan nak biadab sangatlah Neesa!” amarah ku mula datang. Bibir mama  bergerak bagai menyatakan sesuatu namun aku tidak dapat menangkap maksud pertuturannya ketika ini.


“Mama nak apa?” soal ku sekali dan mama geleng kepala setelah bicaranya tidak ku fahami langsung.

Haishhh.... masalah betul dengan hidup aku sekarang ini!

“You dengan mama you sama je. Malam ni I tak balik, tidur rumah parents I!” gumamnya menghentikan langahnya tadi dan berpaling seketika sebelum kembali menapak menuju ke ruang tamu. Kurang ajar kau Neesa!

“No, you mesti balik sini! Ingat sikit,” halang ku disambut tawa kecil Neesa lantas dia aku tingalkan. Jika terus terusan melayan wanita itu, pasti ada juga yang mati kena bunuh dengan ku nanti!

“Mama, Attar hantar mama masuk ke dalam bilik dulu!” aku sorong kerusi roda mama menuju ke biliknya di tingkat dua. Tombol pintu ku pulas perlahan!

Nah, hampir tercabut jantung ku melihat papa tiriku sedang berasmara dana bersama seseorang di atas katil milik mama. Tubuh yang sedang menindih seorang wanita dialihkan segera lantas wajah pucat papa menerpa pandangan mata ku saat ini.

“Papa, what the hell are you doing here!” tiada sopannya lagi tutur kata ku saat ini. Wajah terkejut papa ku kerling sekilas dan wanita di sisinya mungkin sebaya umur ku juga terut terkesima, laju-laju menarik selimut melindungi tubuh yang tadi tidak ditutupi walau seurat benang pun. Huh menjengkelkan!

“What going on, who is she?” jari telunjuk ku luruskan ke arah wanita itu. Jika tidak salah perkiraan ku wanita yang sedang melindungi wajah disebalik rambut panjang mengurai itu adalah Shasha.

“Shasha, it’s right” soal ku sepatah? Dan papa bingkas menyarung seluarnya dan aku masuk menapak menghampiri keduanya.

“Shasha, kau!” bagai tidak keluar suara ku saat ini. Nyata aku terkejut bukan kepalang melihat sahabat baik ku suatu masa dahulu masih bergelumang dengan noda. Bahkan dengan papa tiri ku yang sudah berkedut sana sini itu turut menjadi pilihannya. Sampai ke tahap itu selera Shasha! Sungguh aku tidak menyangka sama sekali!

“Maafkan aku Attar, maafkan aku!” tuturnya sambil melindungi badan yang terdedah dengan selimut. Bibir itu kelihatan bergetar menahan debar amukan ku barangkali.

“Berambus, berambus dari rumah aku! Kau Nazim, berambus!” jerkah ku kuat tidak menyangka keduanya tergamak menikam aku dan mama dari belakang. Sahabat dan papa tiri ku bersetongkol merobek hati aku yang sudah sedia hancur ini! Apa semua ini, ya Allah! Wajah ku raup sekali.

“Berambus,” jerit ku bagai orang hilang akal. Dan dari ekor mata, pipi mama mengalir air jernih. Ku seka air mata yang mengalir perlahan lantas ku tarik mama ke dalam dakapan dan rambut mama ku usap perlahan meredakan rasa sedih dan kecewanya saat itu. Aku palingkan wajah ke arah keduanya yang bagai tiada tanda untuk beredar, papa tiruku sedang elok duduk di birai katil sambil ditangannya masih memegang baju kemeja manakala Shasha diam tidak berkutik di hujung katil.

“Berambus! Aku kata berambus!” jerit ku lagi langsung menghentikan tindakan papa yang sedang termangu-mangu itu. Tubuh ku dihampiri dan wajah mama ditatap dalam-dalam.

“Hei Attar, kau ingat aku hadap sangat dengan perempuan tua macam mama kau ni? Tak boleh pakai, dah monopous! Cacat pulak tu, buat apa aku simpan lama-lama? Sekarang kau pilih, talak satu.... talak dua.... atau talak tiga untuk mama kau yang cacat ni? Pilih cepat,”  gesa papa ku sambut dengan pandangan tajam berkaca-kaca sambil menahan sebak di hati tatkala mendengar hinaan yang terlontar dari bibir lelaki tua itu.

Sebak di hati bagai empangan yang hampir pecah, bila-bila masa sahaja air mata yang ku tahan akan gugur buat pertama kalinya dalam membela maruah mama yang sedang dipijak oleh lelaki bergelar papa tiriku.

“Aku nak kau talakkan mama aku pada talak yang kau tak mungkin dapatkan dia semula. Aku nak kau talak mama dengan talak tiga,” jerit ku sekuat hati.

“Talak tiga, sekarang!” bentak ku buat papa tersentak dan Shasha juga terhinjut bahunya mendengar amukan ku saat ini.

“Sherry, dengar apa kata anak kesayangan kau tu, dia mintak aku ceraikan kau dengan talak tiga! Kau setuju?” wajah mama disentuh perlahan oleh papa dan aku menepis tidak sudi membiarkan mama diperlekeh sedemikian.

“Berambus, berambus kau Nazim!” sekali lagi suara ku bergema satu rumah!

“Kau jangan kurang ajar Attar, jagan kurang ajar!” bentak papa langsung tidak ku takuti saat ini.
“Kau nak buat apa pada aku Nazim?” lelaki itu sudah ku panggil dengan nama tiada lagi istailah papa buatnya!

“Nak pukul, hah pukullah!” provok ku bangkit menghampirinya dan dia berundur setapak.

“Sedar sikit, makan minum kau dekat rumah ni mama yang tanggung! Kau tak ubah pengemis jalanan!” Wajah bengis Nazim singgah di hati ku saat ini, sesungguhnya perasaan gentar sudah tiada lagi dalam kamus hidup ku. Apa yang terjadi semuanya takkan ku sesali lagi walau ada nyawa yang melayang nanti.

“Sherry aku ceraikan kau dengan talak tiga!” suara papa melafazkan talak buat mama kedengraan perlahan namun menusuk jauh ke hati ku. Aku pandang Nazim dalam pandangan bengis dan dalam amarah yang menggila!

“Sekarang kau berambus dari rumah ni, berambuas Nazim. Berambus! Tak guna aku simpan pengemis dalam rumah ni lagi. Tak perlu!” jerkah ku kuat bersama linangan air mata.  Aku pejamkan mata saat tangan lelaki itu dilayang tinggi untuk menampar wajah ku!

“Kurang ajar kau Attar!” tamparan yang dilayang oleh Nazim bagai terhenti tidak mengenai wajah. Aku buka sedikit mata yang terpejam.

“Cukup Nazim, jangan sentuh anak aku! Keluar dari rumah ni. Dan kau, ambil baju keluar dari sini. Rumah ni bukan sarang maksiat!” gumam abah tenang namun tajam menikam hati.


“Abah!” hero ku sudah berada dihadapan mata dan Nia juga ada di sisi menemani abah yang baru tiba menyelamatkan aku dari mendapat penangan sulung  dari Nazim yang baru sahaja bergelar bekas papa tiri.

Nazim dan Shasha terkocoh-kocoh meninggalkan ruang bilik mama dan aku sudah terduduk berteleku di atas lantai. Air mata yang merembes ku biarkan mengalir tidak diseka, abah hampiri tubuh ku perlahan dan Nia juga mendekati mama yang sudah hampir pengsan diceraikan oleh Nazim sedemikian rupa.

“Attar,” abah seru namaku dan tubuh ku ditarik ke dalam dakapanya. Buat pertama kali seumur hidup, aku menangis teresak dalam sedu sedan di dalam pelukan abah, bagai anak kecil yang minta dipujuk.

“Hei, sejak bila anak abah jadi macam ni?” soal abah buat aku semakin bertambah teresak kesedihan. Nyata kasih sayang abah masih utuh buatku dan rasa kasih itu sedang ku rasa melalui usapan perlahan penuh kasih sayang darinya. Terima kasih  Abah!

p/s penulis: nantikan entryseterusnya ya.

·         apa terjadi pada Neesa dan babynya
·         siapa yang uruskan Datuk sherry yg sedang sakit dan bagaimana Nia melayani ibu mertua yg masih membencinya
·         apa yang terjadi pada attar dan Nia hingga attar merajuk dan bagaimana pula Nia yang sedang mengandung menghadapi saat2 di mana kehilangan Attar.
·         Nantikan next entry ya... (pnjg lagi kot cerita ni heheh, jangan jemu taw~)
Thanks for reading my darling!
 siapkan entry ni dari kul 1am-6am
semoga anda terhibur dan maaf atas kekurangan . salam subuh ~







30 comments:

  1. makin sedih... :(

    ReplyDelete
  2. “Mama, see you daughter! Biadab,”

    ada kesalahan sikit dear > son

    ReplyDelete
  3. teruskan menulis.nice story. (:

    ReplyDelete
  4. EEMMMM..KESIAN ATTAR BILE LA RAHSIA NEESA NAK TERBONGKAR...HUHUU

    ReplyDelete
  5. sbar je la attar,byk tol dgaan dye..nia pn sbar ek

    ReplyDelete
  6. semangattttt!!! :D.cant wait.terima kasih cik penulis :D

    ReplyDelete
  7. tak kan jemu la writer .... heee..truskan taw...kalo bole ari2 update pon x pe ..heeee

    ReplyDelete
  8. attar tu ceraikan je neesa..kurang ajar btol ..

    ReplyDelete
  9. biler nak antar attar g berubat ??? kesian nia ..

    ReplyDelete
  10. ADUH, CPT2 LA SMBUNG..HEHE X SABAR NK BCE AGI..HEHE...^_^

    ReplyDelete
  11. best cite nya kak.... saya sntiasa folow cite akak. mantap..... teruskan kak... :)

    ReplyDelete
  12. Smbg lgi.....
    Best....

    ReplyDelete
  13. novel mengusung rindu bila nak sambung lamanya

    ReplyDelete
  14. AI kene stop dulu nk siap kn mnuskrip. maaf yer layan kn dulu CDN ni. :)

    ReplyDelete
  15. hrp2 semua baik2 shj time nia jaga mamanya..

    ReplyDelete
  16. cpt smbng next n3...ape dh jd dgn ilmu neesa??haha
    ape2 pn...cter nie best...
    terbaik dr ladang... =p

    ReplyDelete
  17. alala sambung la lg ckit. genapkan 30 episode kew??? boleh la ya. ;D

    ReplyDelete
  18. cinta dihujung Noda CDN ni dihentikan seketika memberi laluan untuk sya siapkan Mengusung rindu MS. insyallah ada masa saya akan upload ek. ha, untuk riri thanks atas teguran anda :)

    to readers" thanks reading, thanks tegur n thanks support. :)

    ReplyDelete
  19. erm x sbar nak bca n3 strusnya..stiap jam saia bka blog ne nak tnguk klau ada n3 bru...x sbar nk bca..cpat ckit upload ye..

    ReplyDelete
  20. salam kak..nvel akak ni xkluar lg k?xsbar dah nk bli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam.... belum g... tunggu turn la dik :)

      Delete
  21. peerrrggghhh!!!! cayalah kak aulia... best2...tapi x sempat nak kuar air mata.. just simpati jer....tpi jalan citer memang interesting lain daripada yang lain...tapi adik harap kak aulia bleh buat citer yang tang sedih bleh kuar air mata.... pergghh!! dasyat tuhh!! bukan calang2 org..tpi adik yakin kak aulia bleh.. cayoukkkk!!hahah smile:D

    ReplyDelete
  22. ala nak lgi...best lah citer ni..mkin lme mkin mnrik..plisss next n3

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayana... cerita ni dah dihentikan
      sorry sgt :)

      Delete
  23. CDN ni memang xakn dismbg ker?dibrhentikan trus ker or berehat seketika?

    ReplyDelete
  24. waa..cik writer nanti dah terbit novel ni bagitau yea..(^_^)..

    ReplyDelete
  25. good luck..tak sabar nak tunggu buku...cian nia dan attar...

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.