Monday, 14 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 4


“Tuan, kenapa tuan duduk dalam hujan? Nak kena petir?” Kali ini aku lihat pandangan Nia tajam bagai pedang samurai yang bakal menghunus dadaku. Aku telan liur, bukan kerana takut tetapi  kerana aku lihat Nia semakin seksi menggoda dihadapan mata ku, tambah-tambah dalam keadaan sejuk dan basah ini. Aku sendiri hairan, bagaimana boleh aku katakan gadis bertudung dan berpurdah ini seksi? Hurmmm.... memang aku sudah sewel agaknya!

“Tuan tunggu sini sekejap, saya ambilkan tuala.” Gumamnya seraya bergerak meninggalkan aku yang masih lagi termangu di kerusi roda. Aku kerling ke tengah laman, hujan lebat masih lagi turun mencurah-curah tidak tanda akan berhenti. Seketika aku lihat Mak Mah sudah siap menghidangkan minuman panas di atas meja bulat berhampiran kolam renang yang dilindungi gazebo. Nia yang baru sahaja melangkah masuk ke perkarangan ruang tamu ku lihat sudah semakin menghampiri aku. Perlahan-lahan tubuhku dibaluti dengan tuala kering bewarna putih lantas kerusi ku disorong hingga ke bilik air yang terletak di bilik tamu ditingkat bawah.

“Aku tak nak mandi, sejuk!”
tuturku perlahan. Nia menghentikan tindakannya seketika lantas duduk di kerusi meja solek melawan pandangan mataku. “Janganlah macam ni Tuan, nanti demam susah. Esok dah start semester baru, tuan dah mula kuliah.” Gumanya sambil melipat hujung seluar ku yang basah.

“Sejuklah,” protes ku sepatah. Dia senyap sambil tersenyum, ya dari mata itu sedikit sebanyak reaksi Nia dapat ku baca. Jika matanya kelihatan kecil dan sedikit sepet sudah pasti gadis itu sedang menguntum senyum, dan jika mata itu bulat memandang ke arahku sudah pastinya ada sesuatu yang tidak digemari oleh Nia.

“Tuan, kitakan ada water heater. So saya isikan dalam bath tup ya tuan,” pujuknya lagi. Aku kalah, memang rumah ku sudah tersedia dengan pemanas air jadi tiada masalah untuk mandi walau cuaca sejuk membeku sekalipun.
Nia menyorong kerusi ku hingga ke dalam bilik air, tubuhku yang tidak berapa tegap ini di apit berhati-hati agar tidak tergolek ke lantai. Usia merendamkan aku di dalam bath tup, Nia bergegas naik ke biliknya untuk menukar pakaian. Aku masih lagi dibiarkan berendam hingga terasa kecut semua kulit di tubuh ini.

“Nia, aku tak larat nak mandi lama-lama, bawak aku keluar,” laung ku kuat. Mak Mah segera mendapatkan aku yang sedang duduk tegak di dalam bath tup.

“Nia tukar baju tuan, sekejap Mak Mah panggilkan.” Terkocoh-kocoh langkah Mak Mah berlalu mendapatkan Nia. Lima minit kemudian aku yang masih memejamkan mata terdengar daun pintu diselak, wajah Nia terjengul dengan niqab yang masih belum pernah ditanggalkannya.

“Sini saya tanggalkan baju tuan,” aku elak sedikit tidak betah disentuh oleh Nia dalam keadaan waras bigini. 

“Tuan janganlah macam ni, nanti sakit siapa yang susah,” pujuknya lagi. Aku hanya pamer wajah masam, tidakkah Nia tahu aku malu diperlakukan sebegitu.

“Aku buat sendiri, kau keluar dulu! Jangan nak intip aku,” pesanku berbaur ugutan. Nia yang duduk di birai bath tup segera bangkit dan bergerak ke muka pintu. Perlahan-lahan daun pintu dirapatkan, aku hela nafas lega. Sekurang-kurangnya Nia tidak mencuri pandang tubuh jantan ku ini!

“Nia, aku dah siap ni!” tuala paras pinggang sudah aku belit di tubuh, tuala kecil yang satu itu ku sangkut di bahu.

 Dia meletakkan aku di birai katil bilik tamu dengan berhati-hati, pakaian ku yang diambil di bilik tidur ku tadi diletakkan di sisi. Usai membantu aku berpakaian, Nia duduk disebelahku rapat! “Aku nak minum, buatkan aku air.” Gumamku perlahan Nia hanya menurut namun aku tahu dia tengah sebal melayani kehendakku yang macam-macam ini. Di dalam hati aku tertanya, apakah yang ingin dilakuakn oleh Nia sebentar tadi.

Sedang aku berfikir, Nia bingkas masuk membawa secawan teh panas langsung diletakkan di meja kecil di tengah bilik itu. Remote tv ku gapai lantas punat-punat kecil itu ku tekan berulang kali tiada yang menarik. Akhirnya butang off ku tekan kasar lantas remote itu ku lempar ke tengah katil. Diluar pula hujan masih turun lebat diikuti petir sambung menyambung.

“Kau nak cakap apa sebenarnya?” soalku pada Nia yang masih berdiri di hujung katil. Aku yang sudah rasa seram sejuk sengaja merebahkah tubuh di katil sambil kedua kaki ku masih lagi terjuntai ke lantai. Tidak semena-mena sentuhan lembut mengenai kulit kakiku yang hanya mengenakan seluar bermuda. Kaki ku yang terjuntai itu Nia angkat perlahan-lahan ke atas katil lalu dirapatkan keduanya lantas selimut tebal itu melitupi seluruh tubuh. Dia duduk di sisi hampir dengan ku, entah apa yang merasuk aku saat itu dan tubuh itu ku tarik ke dalam dakapan. Lama dan kejap!

Aku telan liur saat tubuh Nia mendarat ke tubuhku, ada nafas berat yang cuba ku tahan. Mata bulat Nia jelas menyapa pandangan mataku. Perlahan-lahan tanganya yang lembut menepis pautan kejap di pinggangnya. Aku masih keraskan tubuhku tidak membenarkan Nia berlalu pergi.

“Teman aku tidur,” pintaku perlahan. Dia masih lagi senyap dalam pelukanku. “Dengar tak?” tanyaku tanpa nada. Hanya anggukan kecil yang kelihatan, aku kuntum senyum terasa kemenangan berpihak pada ku.
Dalam sejuk cuaca petang itu, aku arahkan Nia berbaring bersebelahan dengan ku. Aku mahu tidurku berteman dan aku mahu mengenali gadis itu dengan lebih dekat lagi. Sudah hampir dua minggu dia menjaga sakit peningku dan sudah hampir lima hari juga dia menjadi isteriku.

“Aku sakit kepala, tolong picitkan.” Rayu perlahan, entah mengapa bila bersama Nia aku gemar dilayani bagai anak kecil yang penuih dengan perhatian dan kasih sayang. Nia bangkit segera dari baringanya, aku menegah.

“Baring pun still boleh picitkan?” tanyaku disambut kerutan di dahi Nia. Nampak benar dia tidak bersetuju dengan kenyataanku tadi. Aku yang sedang duduk berlunjur membetulkan sedikit selimut yang hampir terlondeh.

“Mana boleh tuan,” balasnya perlahan. Aku pandang wajah itu dengan pandangan tajam laju sahaja Nia menundukkan pandangan.

“Tak apayahlah”, aku segera rebahkan tubuhku sekali lagi lantas berpaling membelakanginya.

“Nia mintak maaf, janganlah macam ni. Nia tak tahu nak pujuk,” gumamnya sudah membahasakan diri dengan nama. Aku ketap bibir, bila masa aku merajuk? Tak mungkin aku merajuk, huh pandai-pandai sahaja menuduh aku merajuk.

Sedang aku melayani perasaan, terasa lembut urutan di kepala. Aku pejamkan mata, nyaman dan hilang semua rasa sakit yang datang tiba-tiba tadi. Aku biarkan sahaja Nia mengurut, ada sesuatu yang ingin ku persoalkan tentang dirinya.

“Nia, kau dengan Mak Mah ada hubungan apa-apa ke?” soalku tanpa nada. Dia hentikan urutan tadi, mungkin lenguh barangkali.

“Hubungan? Hubungan yang macam mana tuan maksudkan?” soalnya pula menyambung kembali urutan tadi.

“I mean, macam saudara atau sepupu macam tu..” sambungku pendek. Suasana kembali sunyi sepi seketika sebelum ku dengar Nia menjawab.

“Nia tak ada apa-apa hubungan dengan Mak Mah! Cuma Nia kan jiran tuan, jiran selang lima buah rumah” ucapnya laju. Aku pegun sebentar, jiran? Jiran yang mana satu aku sendiri tidak pernah mengenal jiran disekeliling lot banglo mewah kawasan ini hatta bersebelah sekalipun.

“Habis kau datang sini parents kau tak marah?” soalku bagai tidak percaya.

“Ermmm.. parents Nia dah tak ada! Nia duduk sorang-sorang dekat rumah, bila ada Mak Mah at least ada jugak tempat Nia nak berbual,” isteriku ini sudah semakin banyak bercakap. Tidak seperti dahulu yang agak takut-takut.

“Im sorry, if u dont mind boleh aku tahu apa yang jadi pada parents kau?” soalku seraya membetulkan selimut. Beberapa saat kemudian aku kalih semula tubuhku menghadap Nia yang duduk bersimpuh di sisi.

“Meninggal masa buat haji,” tuturnya perlahan. Aku lihat ada air mata yang bergenang walaupun waktu itu Nia sudah palingkan pandangan matanya ke tempat lain.

“Kau ada sapa-sapa lagi, maksud aku cousin or uncle ke?” soal ku yang kini sudah duduk berlunjur. Nia geleng kepala, rupa-rupanya Nia anak yatim piatu dan sebatang kara pula. Simpati ku jatuh ke atas gadis yang sah milikku ini.

“Habis kenapa kau nak duduk sini? Rumah kau siapa yang duduk?” soalku curiga. Entah-entah Nia menipu aku saat ini. Tapi tak mungkin gadis bertudung litup ini pandai menipu! Mustahil!

“Rumah Nia tu sunyi, Nia tak ada tempat nak berbual,” lirih suara itu. Aku tahu sekejap lagi pasti ada hujan air mata.

“Lagipun company abah Nia ada masalah, mungkin rumah Nia kena lelong!” sambungnya bersama mata yang berkaca.

“Nia dah tak ada tempat nak tinggal,” tuturnya lagi bersama deraian air mata. Aku kaku melihat mata bulat itu kembali redup dan berkaca. Perlahan-lahan aku tarik tubuh Nia ke dalam pelukan.

“Aku kan ada, kau duduk sini dengan aku,” gumamku bersama usapan lembut di bahu Nia yang sudah merebahkan kepalanya di bahu ku.

Sedang aku leka memujuk Nia, wajah Mak Mah terjengul di muka pintu. Laju sahaja daun pintu dirapatkan semula. Apalah sangat ada pada Mak Mah, pasti dia juga kecut perut untuk menengur tuan besar rumah ini! Nia yang menyedari kehadiran Mak Mah tadi segera meleraikan pelukan, aku tahu dia pasti rasa bersalah dipandang sebegitu oleh Mak Mah!
.........................

“Nia, barang-barang aku dah masukkan dalam beg ni?” soalku kalut memakai stokin. Susah juga melakukan sesuatu dalam keadaan berkerusi roda begini.

“Dah tuan, tuan breakfast dulu?” soalnya pendek sambil menuang minuman panas di bawah gazebo. Aku hanya mengangguk perlahan masih cuba memakai stokin dengan sendirinya. Sekali lagi hampa, sakit hati dengan diri sendiri aku hempaskan beg ke lantai. Sebal hatiku dengan kecacatan diri sendiri!

Sedang aku melayani rasa marah, Nia mengutip stokin yang bersepah dilantai lantas disarungkan ke kakiku perlahan dan cermat. Aku memandang sekilas sebelum ku kalihkan pandangan ke tengah kolam renang.

“Tuan, jom kita minum dulu. Lagipun kita kena gerak dalam 6.45 pagi. Kalau lambat gerak, jalan jammed tambah-tambah hari Isnin macam hari ni,” gumamnya lembut sambil menolak kerusi roda ku memasuku gazebo di tepi kolam renang. Dari jauh mataku sempat menjeling Mak Mah dan Pak Deris yang sedang tersenyum memerhatikan lemah lembut Nia melayani ku.

“Kau makan apa?”soalku sepatah tatakala melihat Nia menelan beberapa biji pil putih. Aku pula masih lagi melayani rasa enak spageti yang aku request dari Nia untuk sarapan pagi ini. Memang aku sudah buang tabiat, tidak pernah-pernah bersarapan dan hari ini aku bersarapan dan boleh pula membuat permintaan menu yang aku kehendaki. Memang mengada-ngada!

“Ni pil kecerdasan minda, bila belajar mesti senang nak cacth up!” tuturnya bersama senyuman yang terbias di mata. Aku mencebik, tidak sedikit pun aku percayakan kebenaran pil-pil untuk kesihatan minda seperti itu.

“Jomlah, aku dah siap makan!” kerusi roda itu ku undur sedikit ke belakang. Nia menyudahkan suapannya yang terakhir, laju sahaja cawan berisi nescafe itu diteguk. Pak Deris pula membantu aku memasuki perut kereta, Nia sudah masuk bersama setelah menyalami tangan Mak Mah. Sempat lagi aku dengar Mak Mah berpesan agar Nia menjaga aku dengan sebaiknya!

Kereta yang dipandu membelah lebuhraya persekutuan, dalam cuaca pagi sebegini aku sudah berada di atas jalan raya. Pelbagai kenderaan sudah kelihatan bersusun-susun memasuki plaza tol.  Menginjak jam lapan pagi barulah Audi ini memasuki perkarangan UITM yang sedang menyaksikan berderet-deret kenderaan pelajar bersusun memasuki pintu pagar kedua.

Aku hela nafas perlahan setelah Nia memberhentikan kereta di tempat parking, perlahan-lahan tubuhku diapit dan di dudukkan di kerusi roda lantas disorong menuju ke kelas.

“Welcome my friend, Muhammad Fiqri Attar! How your holiday?” soal Shark bersama tepukan yang bergema diseluruh ruang kelas. Aku ketap bibir, tidak menyangka Shark akan perlakukan aku begini dihadapan classmate ku yang lain.

Nia masih lagi bersama ku, berdiri dibelakangku sambil menepuk bahuku perlahan.
“OH, ini gadis berpurdah malam tu? Aku hairanlah macam mana budak perempuan berpurdah macam kau boleh duduk serumah dengan Attar? Ke kau orang bersekedudukan? Better tanggal tudung kau, pakai skrit macam Shasha ni, tak perlu berlagak alim!” Shark tekankan perkataan alim dengan kuat lantas disambut sorakan yang lain.

“Wacth up your mouth Shark! Dont judge the book by its cover,” tegur Fatimah yang sememangnya dahulu pernah menjadi bahan persendaan aku dan Shark suatu ketika dahulu kini menjadi  pembela aku pula!

“Shut up Fatimah, kau jaga diri kau dulu sebelum nak nasihat orang!” tempelak Shark sambil mendekati Nia di sebelah kanan ku.


“Huh, tudung labuh... berpurdah bagai! Eh, kau tak panas ke? Kau ingat ni England?” soal Shark berunsur provokasi. Shasha datang menghampiri ku pula, aku masih beriak selamba tidak mahu kalah dalam pertandingan emosi.

“Attar, i wonder why you keep this girl? I tahu bukan sekali dua kita ke bedroom, but sebab perempuan ni 
you pukul Shark? Kawan jenis apa you ni?” soal Shasha pula sakit hati kerana memukul Shark demi Nia.

“Hello Shasha, setahu aku. Belum pernah lagi aku tidur dengan mana-mana perempuan terutama sekali perempuan macam kau!” gumamku sambil mengarahkan Nia menolak kerusi  roda kehadapan kelas. Jeritan kecil kedengaran dari arah belakang, pasti Shasha tidak dapat menerima sinis kata-kata ku tadi. Ah pedulikan!

“Nia, kau pergilah kelas kau. Kalau aku dah habis kuliah aku call kau!” Nia mengangguk perlahan namun sempat lagi dia berbisik.

“Take care Tuan Attar!” satu senyuman mata dihadiahkan kepadaku. Aku angguk sahaja sambil memerhatikan dia hilang disebalik pintu luncur.



7 comments:

  1. best sngt citer ni,gy bhs pn mnrk,skli bc trus jth cnt,smbg cpt2 yer

    ReplyDelete
  2. Bestnye cite ni xsabar nak n3 baru,

    ReplyDelete
  3. yoooooo~~ ahaks! Grr... likeeeee~!! :D

    ReplyDelete
  4. bukan dalam AUKU tak boleh pakai purdah ke? nak lagi UITM

    ReplyDelete
  5. nice n3...hope diorg kekal together...

    ReplyDelete
  6. Betul..mana boleh pakai purdah..novel kene lojik dear..

    ReplyDelete
  7. THANKS yg sudi drop komen. enjoy reading hingga ke akhirnya ya.... dlam plot cerita ni writer gmbar kan Nia sbgai student, tapi benarkah dia adalah STUDENT? so writer harap readers ikuti kisah mereka seterusnya :) thanks again sudi drop komen anda :)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.