Tuesday, 15 May 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 8 * JANGAN BERSEDIH *

>>>> enjoice!!!!!<<<<<


“Hei, you nak ke mana ni? Siapa nak jaga Attar dekat dalam tu?” suara mama kuat menyapa pendengaranku, perlahan-lahan aku menggapai kerusi roda lantas ku kalihkan tubuh sendiri dengan kudrat yang ada ke atas kerusi itu. 

Duduk yang tidak selesa ku perbetulkan dan dengan berhati-hati aku gerakkan kerusi roda ini menuju ke luar bilik mencari arah datangnya suara mama. Di suatu sudut terlihat mama sedang bercekak pinggang manakala Nia hanya menunduk. Aku hampiri mereka berdua lantas mama terus sahaja diam membisu.
“Mama, kenapa bising-bising ni?” soalku ingin tahu. Jelingan tajam mama menikam wajahku seketika aku hela nafas yang berat. Pasti ada sesuatu yang mama barankan!


“Mana Attar kutip budak ni?” soal mama membahasakan Nia dengan panggilan budak. Aku ketap gigi, sakit hati mendengar Nia dibahasakan sedemikian.
“Dia bukan budaklah mama, mama ni apasal dah mabuk nak marah-marah orang ni kenapa?” soal ku dalam nada mendatar. Nafas mama berbau hamis menusuk hidung, huh sungguh aku tidak gemar hal yang satu ini.

“Mama tak nak dia duduk sini, mulai hari ni mama nak hire orang lain jaga Attar! Jangan bantah,” selar mama dalam sedar tak sedar. Aku jegilkan mataku, mana mungkin Nia tinggalkan aku, dia hak dan tanggungjawab aku walaupun aku tidak punya kudrat yang kuat untuk melindunginya.

“Apa mama cakap ni? Sudahlah mama, Attar dah terima mama pun dah cukup baik bukan? Kalau mama halau Nia keluar mean, jangan nak harap Attar boleh duduk diam. Tahulah Attar nak buat apa pada mama terutama sekali pada jantan kesayangan mama tu!” ugut ku menolak sedikit kerusi roda mendekati Nia.

“Budak ni buat mama malu tahu tak? Mama malu dengan kawan-kawan mama!” Datuk Sherry, ibu yang melahirkan aku malu pada perempuan yang lebih muda bahkan tampak polos kekampungan dengan jubah yang meleret itu. Aku ketawa sinis, lucu mendengar alasan mama.

“Apa yang mama malukan?” soal ku pendek. Mama mendengus, Nia pula menunduk dan aku tahu dia sedang terluka mendengar penghinaan mama.

Ah, kalau mama kata mama dah tak suka tiada siapa pun boleh larang dan sekat kehendak mama!” aku semakin galak ketawa mendengar kata-kata mama, Nia sentuh belakang ku perlahan mengisyaratkan kepada ku agar menjaga kata-kata. Dengan Datuk Sherry ini tidak ada apa yang perlu ku jaga, dia pun sama seperti aku. Lebih kurang bahkan aku mungkin lebih baik darinya!

“Hei perempuan, kau buat apa pada Attar hah sampai dia kurang ajar macam ni dengan aku?” mama menarik tudung Nia hingga terlucut. Niqab yang dipakai juga melayang jatuh ke lantyai. Laju Nia menunduk mengutip semula satu persatu. Aku ketap gigi, tindakan mama sudah melampau! Dan ketika ini beberapa rakan mama juga sudah mula mengerumuni kami untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi antara aku, mama dan Nia tatkala suara mama kuat bergema di tingkat tiga banglo mewah ini dan ianya berjaya menarik perhatian mereka untuk turut sama menjadi pemerhati.

“Aunty, seriously Attar dah berubah sejak berkawan dengan that perempuan!” sampuk Shasha berdiri di sebelah mama ku. Aku pandang dia tajam, perlahan-lahan dia menyembunyikan tubuh dibelakang mama ku pula. Bella hanya dia tidak berkutik, mendengar tetapi tidak masuk campur seperti Shasha!

“Kau buat apa pada anak aku hah?” wajah Nia tersembam ke lantai ditampar mama. Aku lihat Nia menggosok pipinya sambil mata itu sudah mulai berkaca-kaca. Ada darah pekat mengalir melalui celah bibir merah basah itu. Aku ketap gigi kukuat menahan amuk di hati!

“Apa yang kau nak sampai kau porak perandakan hubungan aku dengan anak aku ni? Kau nak apa?” Mama masih lagi baran mengasari Nia. Aku yang hanya memerhati kini tidak betah untuk membiarkan mama terus terusan perlakukan Nia sesuka hati. Dia adalah tanggungjawab ku!

“Mama, apa ni? Stop, stop mama.” Mama yang aku kenali bengis di pejabat kini sudah pamer sikap itu dirumah, kemarahan mama bagaikan orang gila hingga sanggup memukul tubuh Nia berkali-kali menggunakan beg tangannya. Aku mulai geram dan bertambah baran!

“Aku cakap berhenti maknanya berhentilah!” aku jerkah sekuat hati hingga mama terkaku dan terkedu seketika dari terus mengganyang Nia yang sudah terjelepuk di lantai.

“Aunty, kita duduk dulu,” Bella membantu mama ku bangkit sambil dia memaut erat lengan mama dan dibawa ke sofa di sebelah kanan aku berada.

“Attar, mama yang besarkan Attar! Begini layanan Attar pada mama?” Datuk Sherry bersuara lirih! Aku peduli apa? Hubungan aku dengan wanita ini tidaklah seakrab mana, bukan dia yang membesarkan aku bahkan jauh sekali mengambil tahu sakit dan peningku. Dia bukan tahu apa-apa hatta hari lahir aku juga tidak pernah disambut melainkan dengan kiriman hadiah itupun setelah diperingatkan oleh setiausahanya. Jika tidak, aku yakin dia sendiri tidak tahu dan pasti lupa tambahan pula aku adalah beban baginya suatu masa dahulu.

“Bila masa mama besarkan Attar ni?” soal ku pendek. Aku lihat wanita itu panggung wajahnya, ada air mata bergenang di pipi itu. Ah persetankan semuanya!

“Pernah kita makan semeja? Pernah kita tengok tv bersama? Pernah kita bercuti di mana-mana? Pernah hantar dan jemput disekolah? Pernah kita luangkan masa macam anak dan ibu? Pernahkah?” soalku bertalu-talu. Mama tundukkan wajahnya lama, mengerti pada salahnya barangkali.

“Tak pernahkah? Yang mama tahu setiap bulan mama hulurkan duit belanja dan penuhkan akaun simpanan Attar dari umur Attar sebulan hingga menjangkau 22 tahun. Mama nak tahu berapa simpanan Attar yang mama masukkan dulu?” aku senyap seketika sebelum menyambung bicara.

“Semuanya dekat sejuta mama, tapi Attar tak happy! Tak gembira, Attar lebih teruk dari anak yatim yang tak ada ibu bapa! Mama bukan pernah ambil tahu, sebab mama pun dibesarkan dengan cara begitu kan?” soalku perlahan. Mama hanya senyap dan beberapa rakannya mulai meninggalkan perkarangan ruang tengah di tingkat tiga itu setelah papa tiriku mengajak mereka turun bagi memberi ruang dan peluang untuk aku dan mama bersemuka dan menyelesaikan masalah ini.

“Sudahlah mama, better mama jangan masuk campur urusan Attar seperti mana Attar tak pernah masuk campur hubungan mama dengan papa dan seperti mana mama halau abah Attar dulu. Sekarang, mama bebas jalani kehidupan mama. Dan Attar juga bebas tentukan jalan hidup sendiri!” gumam ku lalu mendekati Nia.

“Nia bangun, tinggalkan rumah ni sekarang juga! Aku nak kau pergi jauh dari sini, kau tak sesuai bersama aku. Kita tak sekufu, tidak sehaluan, berbeza cara hidup dan amalan dan kita juga tak seharusnya bersama.” Dia angkat wajah yang basah dengan air mata, ku kesat dengan hujung jari lantas ku kuntum senyum.

“Pergi dari sini,” gumam ku perlahan berbisik. Dia enggan namun aku pamerkan senyum yang aku kuat untuk teruskan hidup tanpa dia di sisi. Ku tarik tangan itu agar bangun dan aku mahu dia pergi dari rumah ini dengan segera

“Tak nak, Nia hanya ada tuan Attar dalam hidup ni.” Rayunya lagi. Aku masih tetap tersenyum walaupun hati ku sudah terhiris dalam dan pedih.

“Nia jaga diri kau elok-elok! Suatu hari nanti aku akan cari kau lagi... Aku sayangkan kau!” dahi itu ku kucup lama lantas ku tolak pegangan tangannya yang kejap. Ku palingkan wajah tidak sanggup melihat dia pergi, derai air mata itu sungguh menghiris rasa hati ku. Namun demi yang terbaik untuknya, aku sanggup lepaskan dia pergi! Kerusi roda itu ku tolak dengan kudrat yang ada memasuki pintu pagar, ku arahkan Pak Deris menutup ia dengan segera. Perlahan-lahan air mata ku gugur juga saat melihat Nia memasuki perut kereta dan berlalu meninggalkan aku di sini.

Kerana sesungguhnya di sini mawar yang merah tidak dapat berkembang di tanah yang gersang.

p/s: terima kasih kepada pembaca CINTA DI HUJUNG NODA. Semoga terus menyokong karya saya. Sekian terima kasih :)

15 comments:

  1. huaaaaa.
    sedihlah pula.
    tapi kalau attar tak buat mcm tu, kesian kat nia. attar pun takde kudrat nak halang orang buat macam2 kat ni.a
    hope betul attar akan cari nia.
    hopefully.

    =)

    ReplyDelete
  2. menitis air mata..
    so nice...
    im waiting 4 ur new n3..

    ReplyDelete
  3. huhu..sedihnya... hrp2 attar cr nia cepat3...

    ReplyDelete
  4. serius x leh nak jangka cerita ni mcm mna??? wat sya trtunggu crita sterusnya.. good luck..

    ReplyDelete
  5. sdh la plk n3 ni...huhu...smbng cptla cket ekk..

    ReplyDelete
  6. ala, knp jd cenggini???soooo, sedih...kan bagus klu nia terjumpa dgn ayah kandung attar ke...attar cepat sihat, cr nia cepat...nia tu wife awak ok!

    ReplyDelete
  7. hope attar cpt smbuh dan cari nia blek... i'm watting...

    ReplyDelete
  8. aduh keman plak attaf halau nia 2..

    ReplyDelete
  9. Kesian dorg, Attar yg xde kasih syg dan nia yg yatim piatu, dua2 syg melengkapi, tapi datin xde hati perut2 punya pasal terpaksa jg mereka berpisah. Hope cptla attar sembuh spy dapat jaga nia

    ReplyDelete
  10. sedeyyyyyyyyyy... ape la susah sgt attar oii.. elok hang ja yg kuar pindah ke rumah nia.. bkn jauh ponn

    ReplyDelete
  11. ruginye dpt mak mrtua cmtu.. sekeh kang datin tu bru tau... haha..

    ReplyDelete
  12. mane n3 9-15??? nak baca... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. actually e3 9-15 untuk edit tapi sya buka sekejap je ek. ;) nnti tutup balik.

      Delete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.