Friday, 4 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 1


PROLOG
Air mata yang merembes ku kesat dengan hujung lengan, sungguh saat ini hati ku lemah untuk berdiri menghadap hari yang paling aku takuti, iaitu kehilangan insan yang amat ku sayangi. Wajah pucat itu ku tatap lama, tidak berseri namun dari wajah bening itu aku tahu kesakitan yang dialami cukup perit untuk ditanggung tubuh sekecil itu. ....................................................


CINTA DI HUJUNG NODA 1

“Tuan, Puan Sri pesan yang dia tak balik minggu ni. Jadi kalau ada apa-apa yang penting, Puan Sri suruh tuan contact terus.” Bicara orang gaji rumah banglo milik kedua orang tua ku kedengaran kuat bergema, ruang kosong tanpa perabot itu ke tatap lama sebelum pandangan ku kalihkan ke arah wanita separuh abad yang sudah berkhidmat selama 27 tahun di rumah ku.

“Hmmm,” balas ku pendek lantas mengisyaratkan agar orang gaji ku itu berlalu pergi. Dari ekor mata ku lihat susuk tubuh yang sudah tidak menampakkan potongan itu berlalu ke ruang dapur.
Aku tumbuk cermin yang melekat di dinding kuat, hati ku sakit benar mengenangkan kesibukan kedua orang tua ku hingga tiada masa yang diluangkan buat aku sebagai anak tunggal keluarga mewah ini. Yang mereka tahu hanya memberi dan memberi, mereka tumpahkan aku dengan kemewahan tanpa kasih sayang. Mereka mengajar aku membeli jiwa dengan wang ringgit hingga
aku sendiri tidak pernah kenal erti sahabat yang sebenarnya.

“Weh malam ni rumah aku pukul tujuh, party!” laungku dari jauh, kawan-kawan ku bersorak gembira ada yang bertepuk tangan dan ada juga yang terkinja-kinja suka. Aku pandu kereta mewah pemberian mama sempena ulang tahun kelahiranku yang ke 21, laju membelah lebuhraya yang lengang. Kerja-kerja tutorial ku biarkan sepi tidak terusik, apa yang pasti aku mahu berhibur dan berhibur!
Tiba sahaja di rumah nama orang gaji ku laung kuat, terkocoh-kocoh tubuh tua itu datang mendapatkan aku. Aku tidak peduli, apa yang aku mahu seharusnya dengan mudah aku perolehi. Walau bagaimana cara sekalipun!

“Mak Mah, bawak keluar semua ni letak dalam freezer! Lagi satu, tolong sediakan semua yang aku mintak hari tu! Jangan nak kata lupa,” aku berlalu masuk ke dalam rumah tanpa memandang wajah keruh milik Mak Mah. Memang aku biasakan diriku dengan panggilan ‘aku’ buatnya. Ah, apa perlu aku jaga hatinya, dia hanya orang gaji! Mak bapak ku yang bayar gajinya untuk hidup di muka bumi ini. Tanpa rasa bersalah, aku tinggalkan orang tua itu untuk mengangkat botol-botol arak sebanyak 15 botol itu untuk diangkat oleh Mak mah.

Aku menapak masuk ke dalam kamar, tubuh lesu ku hamparkan ke atas tilam yang tebal entah berapa inci. Angin yang masuk melalui pintu luncur ku biarkan sahaja, entah mengapa hati ku ingin sekali melihat wajah Mak Mah yang sedang terdera itu. Aku ketawa, pasti wanita alim seperti Mak Mah rasa berdosa ketika ini. Tanpa sedar aku menguntum senyum sinis, ya memang aku kejam!

Botol-botol haram itu masih kemas dalam dakapan Mak Mah, pernah suatu hari aku menolak tubuh tua itu hingga jatuh tersungkur hingga luka dahinya terhantuk ke bucu dinding kerana enggan menurut perintah ku. Bahkan berani pula memberikan ceramah agama kepada aku yang sememangnya buta mata hati ini.

“Mak Mah jangan nak mengajar aku, aku tak suka! Kalau aku suruh, buat! Jangan nak bantah bagai!” tempelakku kuat dihadapan rakan-rakan ku yang lain. Ada yang ketawa ada juga yang terdiam melihat amarah ku terhadap wanita yang sudah lama benar tinggal dirumah ku itu, dari ekor mataku, aku dapat melihat ada air mata yang bergenang. Aku buat tidak tahu, bahkan aku biarkan sahaja dia mengangkat botol minuman keras masuk ke dalam rumah. Ya itu memang air haram, tapi yang haram itu jadi minuman aku. Mak Mah peduli apa pada aku, kubur masing-masing! Jaga kubur sendiri cukuplah sudah!

“Mak Mah, termenung dekat situ apasal? Bawak masuk cepat, nanti tak sejuk! Tak kit!” gumam ku kuat dari balkoni rumah tiga tingkat itu. Orang tua itu hanya mengangguk sahaja lantas mengorak langkah masuk ke dalam rumah. Masih ada beberapa botol lagi yang terbiar di boot kereta ku. Kadang kala rasa bersalah itu masih wujud di hati, namun sengaja ku usir semua itu. Ah persetankan semuanya!

“Assalamualaikum,” satu suara kedengaran diluar pagar rumah setinggi berapa meter itu. sengaja ku pilih pagar yang tinggi sama seperti jiranku yang lain, lebih privacy dan tiada gangguan dari tukang sibuk yang gemar menjaja kisah orang. Mujur juga aku dilahirkan di kota besar yang sememangnya tidak mementingkan jiran tetangga. Walaupun sudah 21 tahun aku menetap di kawasan elit ini, jiran sebelah rumahku sendiri tidak ku kenali.

Aku dengar Mak Mah yang muncul dari dalam rumah menjawab salam. Tubuh rendang milik Mak Mah terkedek-kedek mendapatkan tetamu diluar pagar.

“Waalaikumsalam, masuklah Nia! Maaf lama tunggu dekat luar,” Ku lihat Mak Mah memeluk erat tubuh itu dalam dakapannya. Siapakah gerangan gadis itu, aku tidak tahu kerana setahu ku Mak Mah sebatang kara di dunia ini, hanya aku dan keluargaku tempat dia berteduh!

“Mak Mah, sihat? Lamanya Nia tak jumpa Mak Mah,” suara itu menyapa orang gajiku perlahan. Wajah polos itu ku lihat dari jauh, hanya alis dan matanya sahaja yang dapat ku lihat. Jari jemari yang runcing masih sempat ditangkap mata bundarku,putih dan bersih. Jubah yang dipakai kelihatan kemas bergosok, tiada kedut sana-sini.

Aku bingkas turun untuk melihat siapakah gerangan tetamu ku itu yang aku sendiri ketahui itu adalah tetamu Mak Mah bukan tetamu aku sebenarnya. Baru sahaja langkah kakiku meniti anak tangga terakhir, suara gadis itu kedengaran sekali lagi meyapa pendengaranku. Aku langsung menuju ke anjung rumah, wajah tua Mak Mah keruh disisi botol minuman keras yang masih tidak terusik di boot keretaku, aku tolak sedikit tubuh tua itu ke tepi mendapatkan gadis yang mungkin sebaya umurku telahku sendiri.

“Awak siapa? Apa masalahnya dengan arak ni?” sengaja ku tekankan perkataan arak yang cukup dipandang keji oleh golongan seperti gadis berpurdah dihadapan mataku saat ini. wajahku sengaja ku tayang dengan riak sombong dan bangga diri namun aku sendiri tidak tahu reaksi apakah yang ditunjukkannya ketika itu, kerana hanya sepasang mata yang galak memandang tepat wajahku. Aku terkedu, mata itu terlalu indah untuk ku tatap lantas ku alihkan pandangan ke sisi.

“Assalamulaikum,” sapanya perlahan. Aku pandang sekali lagi wajah itu, salam yang dihulur ku biarkan sepi.

“Assalamualaikum,” sekali lagi aku dengar suaranya. Lembut dan menusuk hatiku yang sedang kosong!

“Nia, ermm… Mari masuk dulu,” Mak Mah di sisi kananku segera mengajak gadis yang disapa Nia itu agar segera berlalu. Mungkin orang gajiku itu gusar andai kata aku mengamuk dan mengapa-ngapakan pula tetamunya itu. Mak Mah lebih kenal siapakah aku yang sebenarnya!

“Tuan, tak mengapa kalau tuan tidak sudi menjawab salam yang saya hulurkan. Saya cuma ingin berjumpa Mak Mah buat beberapa hari ni, saya harap tuan sudi izinkan saya menumpang di rumah tuan,” ucapnya masih lembut bersabar dengan kekasaranku sebentar tadi.

“Dengan syarat kalau dah menumpang, buat cara menumpang! Jangan terlebih sudah,” habis sahaja aku tuturkan kataku tadi, segera langkah kaki ku diatur menuju ke tingkat atas membiarkan Mak Mah dan gadis bernama Nia itu begitu sahaja.

Jam dipergelangan tangan ku tatap lama, baru sahaja menginjak angka enam petang. Masih ada sejam lagi untuk parti yang ku anjurkan akan berlangsung. Aku sudah merencanakan aktiviti terbaikkuntuk rakan-rakanku. Ya sememangnya aku lelaki liar, yang gemar bertukar pasangan dan suka berparti hingga ke lewat malam. Namun hari ini, aku sudah cukup bosan untuk mengunjungi kelab malam yang sudah bertahun-tahun aku kunjungi semenjak dibangku sekolah menengah lagi. Jadi tidak salah untuk aku berubah angin untuk berparti dirumah sendiri, sedangkan papa dan mama juga tidak pernah melarang bahkan mengambil tahu juga tidak pernah!

Aku capai tuala yang tersangkut di dalam almari, bergegas masuk ke dalam bilik air menyegarkan badan yang lesu. Sesekali pancuran air dari shower ku biarkan mengalir laju, wajah bepurdah Nia kembali terlayar semula di mindaku. Ini kali pertama aku berhadapan seorang gadis berpurdah, tidaklah terlalu menakutkan seperti yang diandaikan sesetengah sahabatku sebelum ini.

Tersedar sahaja dari lamunan yang entah apa-apa itu, aku bingkas menyudahkan mandiku lantas kembali menapak keluar mencari pakaian yang tersusun kemas di dalam almari. Jeans dan t-shirt ku sarung kemas, rambut yang sudah mulai panjang ku sisir rapi. Usai sahaja bersiap, aku melangkah menuruni anak tangga memastikan persiapan parti ku tidak terganggu sebentar lagi, tambahan pula dirumahku ada seorang ustazah baru yang sedang menumpang.

Melihat sahaja makanan yang terhidang di meja makan, amarahku langsung menggila. Alas meja itu ku rentap kasar hingga terpelanting semua lauk pauk yang sedang elok terhidang tadi.

“Siapa yang berani-berani letak makanan atas meja ni?” jerkah ku kuat. Nia gadis berpurdah itu datang mendekati ku, mata bening itu menyorot pandanganku.

“Saya,” sepatah tutur katanya ku dengar.

“Apasal kau pandai-pandai hah? Aku dah cakap, menumpang buat cara menumpang!” sekali lagi amarahku kedengaran kuat bergema. Mak Mah yang tergesa-gesa muncul dari biliknya ku pandang dengan pandangan tajam.

“Ma..ma.. Maaf tuan, dia tak tahu. Biar Mak Mah yang kemas semua ni!” suara wanita tua itu tersekat-sekat. Takut pada amukan ku saat itu.

“Tak payah, aku nak perempuan ni yang kemas!” tuturku kasar seraya menyepak mangkuk plastik yang tadi berisi nasi putih hingga terpelanting ke dinding. Laju sahaja aku tinggalkan mereka berdua di sana. Tubuhku hempaskan kasar di sofa, ruang tamu yang lengkap dengan semua kemewahan itu ku pandang lama, tiada ketenangan yang aku rasakan saat ini! Arghhhhh……! Mengingatkan makanan di atas meja serta merta hatiku panas menggelegak. Aku benci melihat semua itu kerana aku tidak pernah berpeluang untuk menikmatnya bersama ibu bapa ku sendiri.

Muzik yang ku pasang kedengaran kuat, rakan-rakanku masih lagi sedang terkinja-kinja melayani lagu yang ku pasang tadi. Botol-botol minuman keras sudah bersepah di atas lantai, begitu juga minuman bertin hijau, aku ketawa. Entah mengapa aku gembira ketika melihat rakan-rakanku juga bergembira.

Sesekali aku mencari wajah teman baikku Shark, batang tubuhnya tidak kelihatan sedari tadi. “Sya, I nak ke dapur sekejap! You duduk dulu,” kataku perlahan menolak rangkulan gadis itu. rimas pula aku rasakan dilayan sebegitu oleh Syasya. Dalam khayalan yang masih bersisa aku bergerak menuju ke dapur membiarkan sahaja rakan-rakanku yang lain sedang berpesta bergembira hingga ke langit!

Esak suara seseorag menarik langkah kaki ku agar terus melangkah mendekati datangnya satu suara yang agak merintih. Aku dekatkan telinga di dinding, ingin berpatah semula namun suara halus tangisan itu masih lagi kedengaran.

Ku tolak pintu bilik di ruang dapur itu perlahan, bilik Mak Mah disebelah bilik itu ku kerling sekilas tiada cahaya yang terbias dari bawah pintu itu, sudah gelap pasti sudah tidur. Buat seketika aku tersedar bahawasanya rumah ku ketika ini didiami oleh seorang tetamu berpurdah. Nia!

Mata ku yang layu kembali segar membulat namun kesan pil putih yang ku ambil tadi masih belum mampu membuatkan aku berfikir dengan waras.

Melihat sahaja tubuh Nia dihimpit rakus oleh Shark menyebabkan darah muda ku mendidih. Entah mengapa kehendak untuk melindungi gadis itu datang tanpa ku pinta. Siapakah gadis ini hingga aku sendiri jatuh kasihan kepadanya. Pasu bunga itu ku capai perlahan, masih terhuyung haying langkah ku namun sasaran ku tepat mengena kepala Shark. Sekuat hati ku hentak kepalanya, sesaat kemudian ku lihat tubuh shark yang sedari tadi menindih tubuh Nia jatuh terkulai. Aku juga perlahan-lahan rebah tidak sedarkan diri. Tentang Nia, aku sendiri tidak tahu apa yang terjadi pada gadis itu.

Bangun sahaja dari tidur, mata ku menangkap  siling yang berhias cantik. Ini bukan bilik tidurku, segera aku tegakkan tubuh lantas mata ini menyorot pandangan ke arah gadis yang masih setia dengan purdahnya.

“Nia!” namun suara itu hanya bergema di hati ku.

Nantikan sambungannya…..:)

1 comment:

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.