Wednesday, 23 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 13


“Ada apa lagi mama? Attar tak nak teruskan perkahwinan ni, nonsense! Janggan paksa Attar lagi, Attar dah 24 tahun dah boleh tentukan hala tuju hidup Attar sendiri, mama please jangan paksa,” suara ku kendur merayu agar mama mengerti rasa yang lama terbeban di bahu. Wajah itu ku perhatikan dalam-dalam memohon simpati naluri keibuaan darinya.

“Jangan jadi pengecut Attar, jangan hanya pandai lari dari masalah!” gumam mama mendatar aku panggung wajah mencari wajah mama. Duduk yang tadi ku sandarkan ke kerusi kembali ku tegakkan. Mama sudah salah faham pada ku barangkali.

“Mama jangan salah faham, Attar tak pernah sekalipun angkut Neesa ke bilik tidur! Jauh sekali nak buat perkara yang tak sepatutnya, mama kena percaya pada Attar!” rayu ku lagi. Untuk berkeras aku tahu mama juga pasti akan bertegas. Ego mama tidak boleh dilawan dengan ego, pendekatan terbaik waktu ini hanyalah merendahkan ego mama
dengan kelembutan yang aku tunjukkan padanya.

“Jangan ingat mama tak tahu aktiviti anak mama, mama kenal siapa Attar.” Bicara mama benar-benar merobek hatiku. Mama kenal anak mama! Aku ulang semula kata-katanya dalam hati seraya tersenyum sinis! Mama belum cukup kenal siapa anaknya ini!

“Kalau mama betul-betul kenal anak mama, tak sepatutnya mama buat tindakan melulu begini. Mama perlu siasat bukan terima apa yang orang kata dengan membabi buta begini mama. Common mama, mama degree holder dari Universiti Cambridge. Benda kecil seperti ini pun mama boleh pandang enteng. Ambil mudah dan lebih percaya kata-kata orang lain dari apa yang anak sendiri katakan. Huh, tak sangka!” ujar ku bersandar ke kerusi. Mama tutup failnya perlahan dan kemudian meletakkan ia di sisi kanan meja. Aku yang sedang duduk berhadapannya memerhatikan dari ekor mata, menanti reaksi mama yang aku sendiri sukar jangkakan!

“Jangan berdalih lagi Attar, jangan bagi alasan! Mama nak Attar bertanggungjawab, Neesa mengandung dan Attar perlu jaga dia. Selebihnya mama tak mahu dengar,” tegas mama memandangku tajam. Aku telan liur, saat ini ingin sahaja ku lepaskan baran pada mama yang sewenang-wenangnya memaksa aku bertanggungjawab pada perkara yang aku sendiri tidak lakukan.

“Dan jangan Attar sakiti Neesa, jika tidak mama tak teragak-agak serahkan semua harta mama kepada orang lain. Mama akan kotakan setiap kata-kata mama, Attar lebih kenal mama bukan?” soal mama sambil kuntum senyuman sebelum riak wajah itu berubah tegas dan bengis.

“Itu bukan anak Attar! Tolong percayakan Attar mama.” Rayu ku lagi. Mama beriak selamba bagai aku tidak wujud dihadapan matanya pula.

“Buktikan Attar,” ujar mama dalam pandangan mencabar kredibiliti ku.

“Mana boleh buktikan selagi baby tu belum lahir! Jangan-jangan mama nak Attar simpan Neesa sampai dia bersalin?” pertanyaan ku disambut anggukan kecil dari mama.

“Mama ni kenapa? Apa yang buat mama buta mata hati ni?” tempelak ku kuat bagai tidak mampu lagi menahan amarah yang mendesak di dalam dada. Fail di atas meja mama ke tepis hingga melayang lalu jatuh ke lantai beralas karpet. Mama membuntang mata memerhatikan perbuatan ku tadi. Ah aku peduli apa, kalau aku baran semua ini adalah berpunca darinya juga, mengajar aku sifat pentingkan diri sendiri dan mahukan semua kata dan kehendak ku dituruti!

“Nothing, Attar fikir sendiri!” gumam mama lagi. Aku ketap gigi , ya benar mama kini semakin tamak dan buta hati. Aku geleng kepala tak mungkin akan ku simpan Neesa hingga dia melahirkan sedang aku sendiri tidak akan pernah untuk mengharapkan dia menjadi isteri ku apatah lagi menjadi ibu kepada anak-anak ku kelak.

“Tak mungkin mama, Attar akan ceraikan Neesa sekalipun mama tak benar, jangan mama lupa kuasa talak atas tangan Attar, mama kena ingat tu!” aku bangun langsung meninggalkan ruang pejabat mama yang sudah panas membahang dengan api kemarahan dua beranak itu.

“Hei perempuan! Kau nak apa sebenarnya hah? Tak guna,” aku lempang dia berharap wanita itu tersedar akan perbuatannya kali ini.

“Sakitlah Attar, you ni gila, tahu tak gila!” pipi itu disentuh sambil mata ini melihat air mata itu gugur di wajah pucat Neesa. “Ah, aku peduli apa! Baik kau berterus terang sekarang, dalam perut tu anak siapa? Aku takkan sesekali bertanggungjawab pada kau. Ingat tu An Neesa!” tutur ku garang tiada lagi mesranya.

“Ini anak you!” bicaranya bagai mencabar hati yang sedang terbakar ini. Aku dekati tubuhnya langsung ku tarik tangan itu kasar, ku heret tubuh itu dan ku tolak dia ke muka pintu. Simpati ku sudah habis apatah lagi Neesa tidak sudah-sudah menfitnah hidup ku!

“Sakitlah Attar, you ni kenapa?” soalnya bersama derai air mata. Aku masih lagi berdiri di muka pintu memerhatikan wajah yang paling ku benci itu lama. “Yang lain buat kerja, jangan menyibuk hal aku!” bentakku memberi amaran keras kepada staf yang sedang memerhatikan. Laju-laju ku lihat mereka bergerak ke meja kerja masing-masing!

“Hei Attar, apa you buat pada adik I ni? You dah gila ke?” pertanyaan Nabil abang angkat kepada Neesa ku biarkan sepi.

“Neesa bangun, kau tak sepatutnya berkahwin dengan lelaki seperti Attar. Dia tak ada hati perut, dia tak layak pada kau Neesa,” pujuk Nabil pada Neesa. Ku pamer senyuman sinis buat keduanya, Nabil merapati tubuh ku setelah Neesa kembali tegak berdiri.

“Jangan sesekali sakiti Neesa lagi, kau suami dia sepatutnya kau lindungi dia Attar,  bukan cederakan dia! Sedarlah Attar, aku kenal siapa kau yang sebenarnya….” Tubuh Nabil berpaling mencari An Neesa setelah kata-kata itu dihamburkan tepat kepada ku.

“Aku takkan bertanggungjawab pada perbuatan orang lain Nabil! Kalau kau betul-betul kenal aku kau tak salah dalam menduga, kau tanya adik kau apa yang dia dah buat hingga aku sanggup berkasar pada dia! Kau tanya dia sekarang!” arah ku kepada Nabil. Nabil terpinga-pinga seketika ingin meminta kepastian daripada Neesa.

“Apa maksud Attar, Neesa ada sembunyikan sesuatu?” duganya perlahan, Neesa hanya menggeleng enggan menceritakan hal yang sebenarnya!

“Common la Neesa, semalam doctor kata kau mengandung empat minggu dan kita kahwin tak sampai dua jam! Guna akal kau tu, fikir sikit! Jangan tahu bebankan masalah pada aku yang tak tahu menahu ni!” gumam ku sambil mata menancap beberapa staf yang sedang mencuri dengar.

“You all pergi masuk meeting room. Right now!” arahku tegas kurang dua minit semua staf seramai 13 orang di level itu bergegas masuk ke bilik mesyuarat. Menyibuk hal aku memang mereka yang nombor satu!

“Apa ni Neesa, anak siapa yang Neesa kandungkan ni?” soalan Nabil, Neesa biarkan sepi tidak berjawab.

“Anak you Attar,” pendek dia berbicara.

“Kepala otak kau Neesa,” aku maki dia lebih keras dan kasar dari sebelumnya. Nabil cuba menyabarkan aku seketika. Perempuan ini memang tak faham bahasa dan tidak cuba memahamkan bahasa yang sedang aku tuturkan!

“Neesa jangan main-main, perkara begini boleh jadi fitnah!” nasihat Nabil sambil menghulur tisu buat Neesa yang sedang menahan esak.

“Buktikan kalau betul itu anak aku Neesa, dan jika perlu ke mahkamah syariah aku sanggup bersumpah yang anak dalam kandungan itu bukan anak aku. Dan secara automatiknya, anak itu takkan berbin kan nama aku. Kau nak aku malukan kau ke Neesa?” ugut ku disambut tawa kecilnya. Tadi aku melihat dia teresak dan kini boleh pula ketawa! Sudah gila agaknya perempuan ni!

 “Begini Attar, aku minta izin bawa Neesa balik dulu. Apa-apa hal dia masih lagi isteri kau, tolong jaga dan jalankan tanggungjawab kau sebagai suami pada adik aku ni,” Nabil tepuk bahu ku perlahan.

“Suka hati kaulah Nabil, kau nak bawa dia ke mana pun, aku tak nak ambil tahu! Aku tak hadap nak jadi husband dia! Bila-bila masa aku boleh ceraikan dia, satu… dua… tiga…. Seratus pun aku sanggup bagi!” gumam ku ketawa mengejek. Neesa ,mencebik cuba memprotes kata-kata ku.

“You sudah terikat dengan I Attar, jangan ingat mudah-mudah you nak lari,” gumamnya meninggalkan aku dan Nabil terpinga-pinga mendengar bicara terakhirnya tadi!



Malam itu aku ambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah mama mengambil beberapa helai pakian ku untuk di bawa ke rumah Nia. Aku mahu bersama Nia mahu  berkongsi rasa duka yang sudah sarat di dada. Rumah ini tiada lagi ketenangan lagi pada ku. Mama juga tidak menyebelahi aku sebagai anaknya, entah apa yang dikatakan oleh Neesa kepada mama dan ibu bapanya tentang aku. Aku sudah tidak mahu mabil peduli dan kini pada siapa lagi untuk aku kongsikan rasa sedih ini melainkan Nia satu-satunya yang aku ada ada!

“Attar nak ke mana ni?” soal mama tiba-tiba muncul. Aku senyap seketika, menyusun kata agar rahsia yang ku simpan selama ini tidak terbongkar sama sekali.

 Mama tidak perlu tahu watak Nia dalam kehidupan seharian aku, dan aku juga tidak sudi memberitahu mama berkaitan perkahwinan rahsia ku ini. Biar mama tidak ketahuinya kerana itu adalah yang terbaik untuk aku dan Nia!

“Err… nak ke rumah Shark,” bohong ku. Mama ketawa tiba-tiba, aku angkat wajah mencari wajah mama yang sedang ketawa itu.

“Bukan ke Shark bercuti ke Australia?” soal mama menduga aku. Aku ketap bibir, terlupa seketika bahawasanya Shark baru sahaja berlepas ke Australia tengahari tadi.

“Attar nak ke mana? Neesa baru je sampai!” aku kalih pandangan tepat ke muka pintu di mana mama sedang berdiri. Neesa juga berada disamping mama, apa yang perempuan ini mahukan sebenarnya!

“Teman Neesa makan, marilah kita makan sama-sama!” gumamnya sambil cuba mendekati tubuhku. Mama pula berpaling dan melangkah keluar memberi ruang kepada aku dan Neesa menghabiskan waktu berdua!

“Jomlah Attar, kalau kau tak nak… nahas kau! Jangan ingat aku tak tahu apa hubungan kau dengan Nia!” aku angkat wajah mencari wajah Neesa yang sedang tegas berbicara ketika ini.

“Apa..apa maksud kau Neesa,” sedikit gugup aku tuturkan soalan berkaitan Nia.

“Dia isteri kau bukan? Kalau kau tak nak jadi apa-apa pada dia, baik kau terima aku dan layan aku macam isteri kau. Kalau tidak, aku tak teragak-agak apa-apakan dia dan aku juga takkan biar dia hidup senang. Ingat, kau rahsiakan pernikahan kau daripada mama bukan? Aku ada senjata untuk tundukkan kau Attar, jangan ingat aku bodoh!” gumam Neesa lantas berlalu pergi hingga aku yang sedari tadi mendengar turut terkedu.

“Attar kenapa tak makan lagi, sini I suapkan you! Next week kita nak bersanding, makanlah jangan hari kita bersanding nanti you sakit macam I hari tu, malu rasanya.” Neesa menyusun kata penuh sopan santun dihadapan mama. Aku mencebik tidak berminat ingin mendengar lagi. Lantas earphone ku letakkan di cuping telinga dan nasi ku senduk laju ke dalam pinggan. Ayam goreng dan sayur kailan ku susun juga di atas pinggan. Tidak peduli lagi pada mama mahupun Neesa yang sudah pamer wajah cemberutnya itu. “Pedulikan mereka Attar, mereka tak selayaknya mendapat perhatian kau, mereka dah hancurkan hati dan sedikit masa depan kau,”hati kecil ini tiba-tiba bersuara. Dan aku akui ada benarnya juga bicara hati ini.

Usai menghabiskan makan malam, aku bergegas ke dapur ingin bertemu Mak Mah memohon pertolongannya.

“Mak Mah, nanti tolong masukkan beg warna ungu ke dalam kereta. Beg tu sekarang ada bawah katil,” bisik ku kepada Mak Mah. Orang tua itu mengangguk sahaja, itu sahaja yang dia tahu setiap kali menerima arahan ku. Langsung tidak mahu membantah!

“Attar jomlah kita duduk-duduk dekat luar, panaslah! You tahukan perempuan mengandung cepat terasa panas?” soalan Neesa ku biarkan sepi. Dia rapati tubuh ku dan turut serta duduk di sofa sambil menyentuh lengan ku kejap. Focus ku pada kaca TV sedikit terganggu dengan perbuatannya itu dan kini aku yang tengah panas hati semakin menyirap dengan tingkah lakunya dan laju sahaja tangan yang melingkar itu ku tepis kasar hingga dia sedikit terjerit!

Kenapa dengan you ni hah? Nak naik angin 24 jam! I layan you baik-baik, tak boleh ke you layan I macam tu jugak!” herdik Neesa hilang sudah sopan santun yang dipamerkan tadi.

“Aku tak hadap nak tengok muka kau, berambus!” selarku kasar. Aku atur langkah kaki menuju ke bilik tidur dan dia juga sama-sama mengekori langkah ku. Berdentum pintu bilik ku hempas sekuat hati dan  aku ketawa mengejek melihat Neesa gagal menyaingi langkah ku tadi berusaha mengetuk daun pintu dari arah luar bilik.

“Attar bukak pintu ni, I nak masuk!” suara Neesa kedengaran sayup-sayup menyapa halwa telinga.


“Go to hell Neesa!” aku jerit sekali bersama sisa tawa yang masih belum ada tanda hentinya. Padan muka kau Neesa, main kotor dengan aku. Aku akan pastikan kau juga merana seperti mana kau kucar kacirkan hidup aku!

Jam nginjak angka tiga pagi, kelibat Neesa sudah tidak kelihatan pasti dia sedang dilamun mimpi barangkali. Aku susun langkah menuju ke anak tangga, sengaja memilih jalan jauh dari menggunakan lif yang pandai berbicara itu. Silap haribulan mereka dapat mengesan tindak tanduk aku.

Dengan langkah berhati-hati aku mengorak langkah meninggalkan kawasan tempat meletak kereta, mujur aku tidak diekori oleh mana-mana individu yang tidak dikenali. Mana tahu andai mama dan Neesa memasang pengintip menjejak langkah dan perbuatan ku secara curi-curi. Mereka bukan boleh dipercayai sangat!

Loceng ku bunyikan sekali, dari luar aku menangkap bunyi derap kaki seseorang yang sedang menghampiri muka pintu. Wajah Nia tersenyum menyambut aku yang masih bersweater kelabu gelap.

“Nia,” tegurku dan dia capai tangan ku lalu dikucup. Sejuk terasa sampai ke hati, dan tenang bagai hilang semua beban perasaan yang ku tanggung hari ini.

“Nia, aku lapar!” gumam ku sambil meletakkan beg pakaian ke atas meja makan berhampiran ruang dapur itu.

“Sekejap Nia panaskan lauk, tuan nak mandi dulu ke?” pertanyaannya ku biarkan sepi keranan mata ini sedang asyik memerhatikan tubuh Nia dalam persalinan gaun tidur merah garang itu.

“Tuan, errr.... Nia panaskan lauk dulu!” ujarnya setelah pertanyaannya tidak terjawab.

“Nia, aku nak makan. Tak nak mandi, aku nak tidur sini malam ni. Ada sesuatu yang aku nak cakap pada kau,” dia paling ke arah ku seketika menanti bicara seterusnya dari ku.

“Nantilah aku cerita, sekarang aku nak makan!” dia angguk sekali dan aku bergerak masuk ke dalam bilik lantas merebahkan tubuh di atas katil menunggu dia memanggilku untuk makan lewat malam bersama. Sejak peristiwa semalam, aku memohon agar Nia berpindah ke bilik utama ini. Namun barang-barang milik wanita itu tiada bermakna Nia masih belum lagi mahu menghuni bilik itu bersama ku. “ Tak apa berikan masa untuk Nia,” hati ku pujuk sendiri.

Usai menjamah makanan yang dimasak oleh Nia, aku arahkan dia agar membentang toto berjenama Narita itu di lantai betul-betul menghadap tv. Aku rebahkan tubuh di atas toto sambil memeluk bantal peluk.

“Nia sini sekejap,” lambat-lambat dia datang mungkin takut aku lakukan hal yang sama tempoh hari.

“Nia boleh aku tanya pendapat kau? Erm.... kenapa agaknya hidup aku susah nak bahagia? Aku ada semuanya, aku ada harta aku ada duit dan aku dapat semua benda yang aku nak dalam dunia ni. Dan yang aku tak mahu sekalipun aku dapat jugak. Apa makna semua ni Nia?” dia hampiri tubuh ku dah turut berbaring sambil kepala bertemu kepala. Aku dan dia tenang menghadap siling yang putih bersih!

“Sebenarnya harta dan kekayaan itu selalunya akan menyesatkan jika kita tidak tahu bersyukur, dan semakin lama semakin jauh dari Pencipta. Itu ujian yang kita perlu tempuhi bukan untuk terus hanyut tetapi untuk kembali tersedar dan berpatah balik ke landasan yang sebenarnya!

“Apa maksud kau Nia, aku tak faham!” soal ku jujur bertanya.

“Allah dah beri semuanya untuk tuan, dan apa yang tuan lakukan sebagai tanda terima kasih tuan atas nikmat yang Allah berikan itu?” Nia menyoal aku sekali lagi.

“Apa yang perlu aku buat? Aku tak fahamlah Nia,” gumam ku lagi memohon agar dia berterus terang sahaja akan bicara yang mahu disampaikan tadi.

“Tuan, kalau Nia katakan sesuatu tuan jangan terasa hati ya,” pinta lembut. Aku angguk walaupun Nia tidak dapat melihat anggukan aku sedang aku dan dia telentang memerhatikan siling yang kosong tanpa hiasan seperti di rumah mama.
“Tuan tak sempurnakan tuntutan wajib yang Allah minta kita lakukan, maksud Nia solat, zakat dan puasa. Nia harap lepas ni tuan perbaiki semula amalan tuan.” Gumamnya perlahan. Ya aku akui seumur hidup ini boleh dikira berapa kali sahaja aku bersolat itu pun setahun sekali sewaktu hari raya. Itu bukan solat wajib tetapi solat sunat, dan untuk sekian kalinya hati lelaki ini tersedar bahawa aku sudah jauh tersimpang dari jalan yang sepatutnya aku lalui.

“Aku tak tahu nak solat Nia,” balas ku perlahan ada rasa malu yang datang menerpa ke hati. Sungguh aku sudah melupai rukun-rukun solat sebanyak 13 itu dan setiap bacaan dalam solat juga aku akui sudah lama hilang dari ingatan ini. Hanya wang dan harta benda yang sering kali bermain dalam minda bukan amalan yang sudah lama ku tinggalkan.

“Tuan, masih belum terlambat untuk tuan tersedar. Nabi tak pernah ajar kita tentang terlambat, jika esok kiamat sekalipun dan ada benih dalam tangan kita pada hari ni. Kita tanam ia, jangan kita biarkan ia terdampar,” ujar Nia memberi semangat kepada ku.

Sedang berbual dengan Nia, aku terlelap entah bila waktunya. Sedar sahaja pagi ini Nia sudah bersiap dengan jubah dan niqabnya. Hendak ke mana pula agaknya Nia pagi-pagi begini, jam tangan ku toleh sekilas. Sudah pukul sembilan pagi!

“Nia nak ke mana ni?” soal ku dalam suara serak baru bangun tidur.

“Nak ke butik, Nia kerja dekat butik!” buat pertama kalinya aku tahu pekerjaan yang dilakukan oleh Nia.

“Tuan tak pergi kerja ke?” soalan itu dilontarkan kepada ku pula. Aku geleng sahaja malas mahu ketemu mama di pejabat. Pasti ada sahaja isu berkaiatan Neesa akan diutarakan.

“Aku nak ikut kau,” gumam ku lantas bergegas ke bilik air bersiap ala kadar. Usai mandi aku menggapai short pant dan t-shirt. Nia hanya memerhatikan cara aku berpakaian, mungkin pelik pada pandangan matanya barangkali. Aku buat tidak mengerti, lantas duduk ke labuhkan dihadapan Nia yang sedang menunggu aku untuk bersarapan bersama.

“Nia, janganlah pakai purdah dalam rumah.” Rungut ku disambut tawa kecilnya.

“Kenapa?” sepatah dia bertanya. Aku jeling sahaja minuman yang mengeluarkan asap tipis itu sekilas.

“Aku nak tengok muka kau puas-puas, kalau dekat luar bolehlah kau pakai purdah, lagi pun aku tak suka kalau lelaki lain tengok kau, aku sakit hati” gumam ku lagi berterus terang. Dia pandang aku dalam-dalam sambil aku lihat mata itu kelihatan sepet. Pasti Nia sedang tersenyum disebalik niqabnya itu!

 “Sekejap lagi kita nak keluarkan, apa salahnya Nia bersiap awal-awal.” Sahutnya buat aku sedikkt kecewa.

“Up to you,” balas ku dengar tak dengar. Mata ku kalih pada mihun yang sedikit pun tidak terluak. Aku bagai hilang selera pagi ini, namun sentuhan tangan Nia menyedarkan semula aku yang sedang diburu kecewa dan terkilan waktu Nia menolak permintaan ku tadi. Aku panggung wajah mencari wajah Nia, kini dia tidak lagi berniqab dan aku senyum puas. Tida semena-mena selera ku datang tiba-tiba. Sepinggan mihun ku habiskan dalam sekelip mata dan aku dengar Nia ketawa kecil!



Aku beriringan masuk ke dalam SACC Mall bersama Nia menuju ke tingkat tiga butik milik isteri ku, beberapa pasang mata memerhatikan langkah dan gaya ku yang sedang beriringan dengan wanita berpurdah. Pasti menjengkelkan melihat aku yang berseluar paras lutut sedang berpimpin tangan dengan wanita berpurdah. Ah peduli apa pada pandangan mereka, hal aku dan ikut suka hati aku untuk berbuat apa-apa sekalipun.

Nia mengeluarkan segugus anak kunci dan dihulurkan kepada ku lalu master key bertukar tangan dan aku bantui Nia membuka mangga satu persatu lantas dalam sepuluh minit butik itu sudah siap tersedia dikunjungi. Aku duduk di kaunter bayaran memerhatikan Nia memberi sedikit taklimat kepada lima orang pembantunya dantaklimat itu diakhiri dengan bacaan doa sebelum memulakan perniagaan.  Usai memberi arahan, aku perhatikan salah seorang pekerjanya sedang menyedut sampah di karpet menggunakan vakum dan selebihnya pula sedang mencuci habuk dan mengemas stok di di dalam stor. Nia pula ku perhatikan sedang memeriksa duit petty cash sambil di sisinya seorang lagi pembantu sedang mengira duit untuk dijadikan modal tukaran wang semasa jual beli nanti.

Aku perhatikan butik ini sekilas, kesemua pakaian yang terjual berunsurkan muslimah trend. Ada jubah moden dan juga pelbagai design tudung-tudung terkini dari bersaiz kecil hinggalah besar. Di sebelah kanan pula pakaian lelaki turut disediakan. Dan sudut belakang bahagian butik itu pula ditempatkan bahagian khas menjual perlatan dan pakaian haji. Mujur juga aku tidak bertanya untuk apa selimut putih itu dijual jika tidak pasti aku ditertawakan oleh Nia yang nampak benar jahilnya. Pakaian ihram ku kata selimut, agak-agaklah Attar. Gumam ku pada diri sendiri.

“Nia besar jugak butik kau ni! Ada ke orang nak beli baju-baju macam ni Nia?” soal ku tidak percaya pada kemampuan business Nia. Dia kuntuk senyum yang hanya aku dapat tafsirkan melalui pandangan matanya yang kelihatan sepet sedikit.

“Ada, Insyaallh ada selagi Islam masih ada di bumi kita,” ayat penuh falsafah Nia hamburkan pada ku. Aku senyum meleret, ada benarnya juga kata-kata Nia.

Nia, kau tak nak hadiahkan sesuatu pada aku?” aku bertanya sekadar mahu mengusiknya.

“Tuan nak apa? Pilih je Nia belanja,”tuturnya pula sambil membetulkan jubah yang sedikit senget itu kembali ke kedudukan asal. Aku seluk tangan ke dalam poket memerhatikan jika ada sesuatu yang aku minati.

“Tak tahulah Nia,” aku beri jawapan itu agar dia tidak berkecil hati. “Hmmm... okey, nanti kalau ada yang tuan minat, just inform Nia akan beri free pada tuan sebab sudi jejak kaki di butik Nia ni,” aku ketawa mendengar kata-katanya.

“Nia, aku....” belum sempat aku melafazkan yang aku cukup menyayanginya, seorang pembantu Nia datang tergesa-gesa mendapatkan isteri ku itu.

“Ada apa Diana?” soal Nia tampak cemas.

“Member Cik Nia datang,” gumam Diana tersekat-sekat bagai dikejar sesuatu.

“Siapa?” soalan Nia dibiarkan sepi seketika. Aku pula sudah tidak sabar ingin tahu.

“Cik Neesa datang dengan seseorang! Tapi saya tak kenal, gayanya macam mak datin!” ujar Diana lantas aku yang sudah tidak sabar tadi bagai mahu jatuh rebah. Jangan-jangan Neesa membawa mama ke sini. Oh tidak, nahas kau aku kerjakan nanti wahai Neesa!

“Tuan, masuk office Nia dulu ya.” Arahnya perlahan aku hanya menurut namun aku akui tak mungkin untuk aku lepas tangan bersembunyi sedang Nia dalam bahaya telah hati kecil ini. Lebih baik aku bersembunyi memerhatikan mereka dari jauh.

Melalui fitting room yang sedikit terbuka, aku sempat melihat Neesa bersama mama sedang berbual sesuatu yang aku sendiri kurang jelas. Entah apa lah yang jadi diluar sana, sesekali Neesa tersenyum dan aku dapat merasai yang dia mencuri-curi pandang ke dalam butik. Pasti mencari kelibat ku.

Dan mama entah apa pula mimpinya sanggup membuang masa menemani Neesa yang aku sudah faham dan jelas bukan sifatnya yang gemar keluar shopping tanpa ada keperluan tambah-tambah ke butik yang menjual pakaian muslimat. Pasti ada agenda yang diatur oleh Neesa. Hati ku dipagut gusar yang menggunung!


p/s: writer kurang sihat. maaf atas kekurangan.
Drop komen ya :) tq everybody.







7 comments:

  1. Attar & nia jangan kalah dgn mereka... Bile nia nak tukar panggilan 'tuan' tu ye...

    ReplyDelete
  2. Attar xperlu nak takut dgn neesa tu.. Lantakla dia tau nia tu wife attar pon.. Once attar ceraikan neesa apa dia bleh buat lagi?
    Be a man attar! Siasat la pasal neesa tu

    ReplyDelete
  3. attar g la siasat sape yg buat neesa mengandung...

    attar masih x mampu untuk buat keputusan....

    harta penting sgt ke attar....
    harta byk tapi miskin kasih syg pun x guna

    nia bantu la attar utk mengenal agama kembali...

    attar pun tegas la skit....kan duit dah byk apa lagi yang x cukup...
    nia 2 dah cukup baik dah...

    byk pahala tau kalu buat baik ngan anak yatim ni...
    attar x terfikir nak cari ayah dia ke...
    attar jangan mengalah ngan neesa...
    apa pun attar kene bgtau nia hal yang sebenarnya spy nia dapat mghadapi dugaan bersama attar...

    ReplyDelete
  4. wah masak situ. rasenyeh konfirm lah Attar akan protect Nia. dyeh mesti tau cara untuk lawan Mama dyeh n Neesa.

    ReplyDelete
  5. salam..
    my friend pernah nampak perempuan berpudah n berjubah pimpin tangan dgn suami dia yg pakai sluar paras lutut..
    n dgn anak dyorg skali..
    she says they are a cute couple..huhu..
    so real life pon ada cam ni..sweet2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. writer pon penah tgok huhu.

      Delete
    2. Pernah tgk kt Penang, tourist from Timur Tengah

      Delete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.