Wednesday, 23 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 15


“Abah!” seru ku sekali bersama air mata yang bergenang di mata. Sungguh ini keajaiban yang ku nanti selama ini. Wajah yang sudah berkedut itu ku perhatikan lama, nyata garis-garis halus sudah menghiasi dahi dan kelopak matanya. Aku telan liur sekali, memohon agar abah yang ku derhakai suatu masa dahulu kenali dan maafkan aku anak mu yang hina ini.

“Abah, ni Attar!  Ni Attar abah, ingat lagi tak pada Attar?” ku sentuh bahu itu dan ku goncang perlahan agar abah ingati siapa aku padanya. Nyata sekali lagi aku hampa, renungan dan gelengan itu buat aku terduduk terkedu di lantai.

“Abah, ni Attar!” seru ku dalam suara sedikit serak menahan sebak di dada. Abah yang sudah 8 tahun tinggalkan aku dan mama kini tidak mengenali aku lagi. Nia hampiri tubuh ku lantas ditarik ke dalam dakapannya meredakan sedikit sebak yang semakin menghimpit hati.


“Abah...” laungku saat tubuh itu mahu berlalu pergi. “Abah, maafkan Attar! Maafkan Attar bah!” aku sudah tidak dapat menahan air mata dari terus mengalir. Rasa bersalah ku ini sudah sampai ke tahap kemuncak hingga aku tidak bahagian walaupun sudah dikelilingi harta melimpah ruah!

“Abah, beri peluang pada Attar, ampunkan dosa Attar pada abah!” kakinya ku paut erat berharap langkah itu berhenti dan berpaling manghadap aku yang sudah basah dengan air mata. Sungguh aku menyesal memperlakukan hal itu kepada abah. Sejenak ingatan ku kembali terlayar pada peristiwa yang menghukum hingga aku terdampar jauh dari sisi tuhan.

“Sakit bang, Sherry minta maaf. Janji tak buat lagi,” gumam mama kuat memohon simpati abah yang sudah menggila memukul mama berulang kali.
Aku yang berselindung disebalik dinding pemisah ruang tamu dan  bahagian tengah itu hanya memerhati tindakan abah yang jauh dari sifat sebenarnya!

“Tak buat, janji dah berpuluh janji tapi belakang aku kau buat apa hah? Siapa Nazim tu?” jerkah abah hinggap di pendengaran ku.

“Rakan kongsi kita, abang yang cemburu buta!” bidas mama sekali disambut tamparan kuat dari abah. Aku duduk masih lagi menjadi pemerhati buat keduanya.
Ku akui hubungan mama dengan Nazim yang kini bapa tiri ku cukup rapat bagai adik dan abang sahaja lagaknya namun bagi aku yang baru berusia 16 tahun ketika itu tidak mengerti disebalik hubungan yang aku anggap mesra seperti adik beradik itu terselit kekejian disebaliknya!

“Hei you sedar diri you sikit! You menumpang hidup mewah keluarga I! Sedar diri you tu Fakhrudin, sedar diri you sikit!” mama juga turut sama meninggikan suara.

“Sejauh mana kekayaan kau, tak sepatutnya kau belakangi aku Sherry! Aku suami kau, hormati aku sebagai suami! Sedar perbuatan kau dah jauh menyimpang! Sedar sikit kita ada anak!” tegas suara abah menyedarkan mama.

“Diam, you tak layak nasihatkan I! I jijik tengok you berlagak alim sedang belakang I you kelek perempuan lain ke hulu ke hilir. I jijik!” selar mama sudah bangkit sambil memandang abah yang sedang bersandar di dinding.

“You salah faham Sherry, you salah faham!” ungkap abah sedikit kendur. Aku masih lagi menjadi pendengar bicara kedua orang tua ku. Saban hari pergaduhan mereka menggangu dan memberi tekanan pada aku. Aku rimas untuk berlama-lama di rumah yang tiada ketenagan ini.

“You miskin, apa yang I nak you tak mampu nak berikan. Jujur I selesa bersama Nazim yang sanggup beri apa sahaja yang I minta tanpa susah payah! Dan untuk pengetahuan you, I tak minat nak teruskan hubungan ni. I nak cerai, nak cerai!” bergema satu rumah dengan suara mama yang meminta cerai dari abah. Aku terkesima, apa hubungan sebenar antara mama dengan uncle Nazim?

“Apa you cakap ni Sherry? You sedar tak kita ada anak, Attar tu anak kita yang kita perlu jaga bersama!” laung abah sambil menggoncang tubuh mama menyedarkan wanita itu.
Aku sudah tidak tertahan mendengar pergaduhan itu segera berlari ke tingkat atas tidak sanggup mendengar perbalahan yang sudah tiada hentinya itu.

“Beri Attar pada I kalau you betul-betul nak bercerai! Itu syaratnya Sherry,” suara abah singgah menyapa aku yang masih bersandar di luar bilik.

“Jangan harap! Dia anak aku, aku yang mengandungkan dia, jangan harap sikit pun kau akan dapat dia! Aku tak benarkan dan aku tak izinkan!” bentak mama segera masuk ke kamarnya. Aku perhatikan dari tingkat tiga banglo mewah itu, pakaian abah sudah siap diletakkan di dalam beg dan dihempas ke lantai.

“Berambus Fakhrudin! Berambus, jangan kau tunjuk muka kau dekat sini lagi!”jerkah Mama berpeluk tubuh. Aku turun untuk melihat apa yang terjadi seterusnya.

“Biadab kau Sherry, aku suami kau! Jangan derhaka pada aku Sherry selagi kau isteri aku, hormati aku!” abah lempang mama sekali lagi. Aku terkedu melihat darah merah mengalir dicelah rongga hidung mama. Abah juga terentak dan terus terdiam, hanya esakan mama memenuhi seluruh ruang itu. Aku hampiri mama lantas ku peluk tubuh itu, kasihan ku jatuh pada mama. Pandangan tajam ku hadiahkan pada abah yang masih kaku memerhatikan aku dan mama. Telefon bimbit ku gapai lantas pejabat polis ku hubungi. Aku tak sanggup melihat kekasaran yang abah lakukan pada mama yang tidak bersalah ini. Aku yakin mama tidak bersalah, hanya abah yang cemburu buta salah dalam menilai persahabatan mama dan uncle Nazim!

“Sekarang abah keluar dari rumah ni, tolong jangan ganggu mama Attar lagi! Berambus,” tubuh itu ku tolak kasar ke luar pintu pagar. Beg berisi pakaian abah turut ku lempar ke tengah jalan, wajah abah mendung mungkin rasa bersalah dan mungkin juga kecewa terpaksa meninggalkan kehidupan mewah ini sedang abah bukanlah siapa-siapa pada pandangan aku dan mama. Hanya harta kekayaan datuk dan nenek membawa abah ke mari, ke rumah mewah ini!

“Keluar dari sini, jangan ganggu mama mahupun Attar!” ucapku lantas pintu pagar ku lepas kasar hingga pagar besi itu bergesel kuat. Darah muda ku benar-benar terbakar melihat mama dicederakan oleh abah yang ku sangka selama ini lelaki yang benar-benar penyayang!

Menginjak dewasa aku mulai matang dan kembali tersedar setiap apa yang berlaku dahulu adalah salah faham hingga menjadikan aku anak derhaka membernarkan yang batil sedang yang sepatutnya dan yang selayaknya aku tolak dan aku buang jauh dari hati. Ya Allah aku benar-benar bersalah pada abah, ingin ku pohon maaf darinya namun bagaimana hilangnya abah sudah bertahun ku jejak namun hari ini keajaiban sudah terbentang dihadapan mata.

“Abah, maafkan Attar!” ungkapku dalam nada serak. Aku menunduk, jika sekalipun abah tidak memaafkan aku redha sekurang-kurangnya aku sudah memohon maaf itu dihadapannya.

“Attar,” abah sebut nama ku sekali. Tubuhku ditarik ke dalam dakapannya dan kini aku kembali kepada abah yang sudah jauh pergi tinggalkan aku tanpa bimbingan.

“Maafkan Attar bah, Attar salah pada abah! Maafkan Attar,” esak ku tidak tertahan lagi.

“Abah dah lama maafkan Attar, Attar tak salah. Yang salah abah, abah yang tak bimbing keluarga dengan baik! Semuanya salah abah!” suara itu suara yang amat kurindui menemani ku melakukan aktiviti memancing dan menemaninya bermain golf.

“Maafkan Attar bah,” ucap ku sekali lagi dan abah mengangguk sambil tersenyum. Aku leraikan pelukan itu lantas mencari Nia untuk ku kongsi berita gembira ini bersamanya.

“Nia, ni abah aku!” ucap ku menarik tangannya berhadapan dengan abah. Nyata Nia dan abah sedikit terkesima, dunia ini sungguh kecil sekali.

Nia menadah tangan bersyukur dengan kebetulan yang indah selama ini dia benar-benar menjaga kebajikan lelaki tua yang tidak punyai siapa-siapa di dunia ini sama sepertinya, namun dalam kebaikan yang ditaburkan itu semuanya sudah tersurat lelaki itu bapa kepada suaminya! YA Allah indahnya perancangan Allah buat hambanya!

“Nia ni isteri Attar!” aku beritahu abah dengan perasaan teruja dan abah mengangguk sambil menguntum senyum.

“Alhamdulillah, pandai Attar pilih isteri!” puji abah sepintas. “Mujur dah jadi isteri orang, kalau tidak pakcik yang buat Nia jadi isteri pakcik!” Nia menjerit kecil mendengar gurauan abah dan aku juga pamer muka kelat dengan gurauan abah tidak lama kemudian aku tersenyum, tidak perlu rasanya mengambil hati pada kata-kata abah yang sedari dahulu ku kenali cukup bersahaja.

Memang ku akui abah seorang yang gemar bergurau dan mudah disenangi berbanding aku yang lebih menurut sifat mama yang agak baran dan mudah panas hati tidak seperti abah yang terduga entah berapa kali namun masih lagi mampu bersabar melayani karenah mama hingga tahap sabarnya runtuh, maka runtuh jua mahligai mama dan abah hingga mengheret aku ke lembah hina bertahun lamanya!

“Abah nak solat, dah zohor ni! Mari berjemaah dengan abah,” gumam abah ku biarkan sepi hanya pandangan simpati ku tunjuk kepada Nia agar membantu aku lari dari masalah ini. Namun Nia mengangguk perlahan mengisyaratkan aku agar bersama abah melakukan solat berjemaah bersamanya.

“Attar tak tahu solat,” gumam ku perlahan dari di dengari jemaah yang lain. Surau di tingkat atas bangunan Plaza Alam Sentral ku kunjungi buat pertama kalinya. senagaja abah membawa aku jauh ke atas itu sedang SACC Mall juga punyai suraunya sendiri.

Abah sedikit terkejut mendengar kenyataan ku, malu usah dikata. Sungguh aku benar-benar sudah terlupa gerak yang sepatutnya dilakukan dalam solat. Bacaan Al-Fatihan yang wajib juga terkial-kial untuk ku baca inikan pula surah-surah yang lain.

“Astgfirullahalazim, semua ni salah abah! Attar ikut abah, tentang bacaan abah akan ajar kemudian.” Aku angguk sekali lantas aku menukar short pant yang diapakai tadi kepada sehelai kain yang dihulurkan oleh abah dari beg galasnya itu. Bilik wuduk ku jejaki setelah bertahun lamanya aku tinggalkan.
Syahdu menerpa ke dalam hati saat air wuduk menyentuh wajah, aku turuti segala perlakuan abah memanggil kembali memori yang sudah jauh pergi.

Usai bersolat, abah mengajak ku ke suatu tempat. Membuka ruang dan peluang pada ku menceritakan semula keadaan yang terjadi selepas pemergiaanya. Persekitaan restaurant elit itu sedikit lengang apatah lagi jam sudah menginjak angka dua petang dan kebiasanya waktu begini pengunjung sudah berkurangan sementelah lunch hour juga sudah tamat!

“Attar, abah benar-benar tak sangka sejauh ini Attar tersasar.” Aku tunduk menekur lantai tidak berani berhadapan pandangan bening abah yang tampak sedikit pucat.

“Mana perginya anak abah yang pernah jadi tahfiz sekolah? Mana perginya imam yang selalu menjadi jemaah kita dirumah dan mana perginya anak abah yang dulu?” soalan abah menjerut tangkai hatiku. Aku terdiam tidak tahu jawapan apakan sewajarnya aku nyatakan pada abah.

“Attar kenapa sampai jadi begini?” pertanyaan abah ku biarkan sepi. “Attar sejauh mana kita pergi, setinggi mana kita terbang.... kita masih ada tuhan untuk diingati. Bertaubat Attar dan kembali semula kepada diri anak abah yang sebenar. Jika abah dah tiada, Attar yang sepatutnya bela mama bukan terus hanyut bersama mama. Ingat tu Attar,” nasihat abah ku angguk sahaja.

“Attar buntu, hujung bulan ni Attar kena bersanding!” gumam ku berkongsi rasa.

“Baguslah, abah setuju sangat Attar dengan Nia.” Ucap abah tersenyum lega kerana aku memilih Nia.

“Bukan Nia, tapi Neesa dia dah mengandung!” abah tersedak mendengar perkataan mengandung yang ku tekan sedikit kuat.

“Attar buntingkan anak dara orang?” abah pandang wajah ku tajam, aku geleng sahaja tiada kekuatan menafikan dengan kata-kata.

“Pilihan mama, Attar terpaksa kalau tidak mama susah!” adu ku sedikit tersepit antara kehendak mama dan kehendak hati.

“Apa yang jadi sebenarnya Attar, kenapa mama buat keputusan untuk Attar? Abah nak jumpa mama, bawa abah jumpa mama. Biar abah selesaikan dengan mama,” aku tak mungkin temukan abah dan mama buat masa terdekat ini.

“Abah, mama bukan sama seperti dulu lagi! Mama Attar dah berubah, jauh berubah,” gumam ku lalu menyedut minuman yang masih berbaki.

“Hai Attar, you ni dekat sini rupanya! Ingat ke manalah tadi, puas I cari!” gerutu Neesa kedengaran mengada-ngada. Abah pandang Neesa sekilas sebelum kembali menancap gelas minumannya tadi.

“I dah pilih baju sanding untuk kita, warna purple okey tak?” soal Neesa sudah ambil tempat duduk disebelah ku. Tangannya mengelus-ngelus jari jemari ku di atas meja.

“Kenapa tak pilih warna hitam?” aku tarik tangan ku dari diramas sebegitu oleh Neesa.

“I nak bersanding, bukan nak berkabung!” jerit Neesa sedikit kuat hingga menarik perhatian beberapa pengunjung yang lain. Abah pula masih beriak selamba! Memerhatikan menantunya yang jatuh ke kedudukan nombor dua ini..

“You ni langsung tak mahu berkompromi dengan I kenapa? You jaga-jaga, kalau I beritahu pasal Nia pada mama you. Nahas hidup you, Nia pun sama! Jangan ingat mama you nak biarkan I disakiti, I ada kepentingan untuk company mama you!” ugut Neesa ketawa mengejek.

“Whateverlah Neesa, jangan ingat I takut pada ugutan you! See, he is my father!  Aku ada bapak lagi tahu tak!” gumam ku sedikit bangga.

“What???” bergema suara Neesa sekali lagi. Dan buat kedua kalinya aku abah dan Neesa menjadi perhatian mereka yang turut berada di situ. Malu-malu!

“Habis Dato Nazim tu siapa?” soal Neesa sedikit terkejut.

“Dato Nazim tu bapak tiri aku, yang ni Tan Sri Fakhrudin bapak kandung aku! Heh,” aku ejeknya puas hati. Abah hanya tersenyum melihat wajah terkejut Neesa dan aku yang dilihatnya persis kanak-kanak yang bangga memperkenalkan bapa sendiri dihadapan kawan-kawan.

“I tak tahu pun,” gumam Neesa sedikit kendur dan rasa malu pasti menebal dihatinya tatkala kegedikan itu dipamerkan dihadapan bapa mertuanya iaitu abah aku. Hah ambik nak sangat gedik! Selar ku dalam hati.

“Neesa, boleh abah tanya sikit.” Aku terkedu mendengar abah bahasakan dirinya ‘abah’ dihadapan Neesa.

“Betul ke Neesa mengandung,” pertanyaan abah membuatkan Neesa tersipu-sipu malu. Hendak sahaja ke hempuk perempuan tidak sedar diri ini. Bangga sungguh dengan kandungannya!

“Hermm… betul abah!” hampir sahaja aku termuntah!

“Anak siapa?” lagi abah bertanya. Aku harap kali ini Neesa jujur pada aku mahupun abah.

“Anak Attar!” aku simbah wajahnya dengan air minuman yang masih bersisa. Kurang ajar punya perempuan, tak habis-habis aku difitnahnya!

“Kau cakap apa ni Neesa? Berapa kali kau nak mention dalam perut tu anak aku sedang aku tak pernah sentuh kau sikit pun!” suara ku keras. Lantaklah pada mata yang memandang, aku sudah tidak tertahan lagi dengan perempuan yang datang dari planet yang entah mana terletaknya.Tak faham bahasa melayu!

“Shhhh…. Attar behave yourself.” Abah menyedarkan aku seketika. Dengan perempuan ini aku tak boleh berbuat baik, dia tak faham bahasa dan dia juga keras hati dan tak tahu malu!

“Neesa, cakap betul-betul kandungan siapa dalam perut tu?” abah cuba berdiplomasi dengan Neesa. Aku tidak sabar menunggu dan akhirnya Neesa bersuara.

“Anak Attar,” spontan tanganku melekat ke pipinya. Merah dan pedih tapak tangan ku rasakan tiba-tiba. Dan abah juga tidak mampu menyekat baran anak tunggalnya ini.

p/s: drop komen untuk jalan cerita yg anda mahukan. tq 
selepas ini nantikan entry (tan sri Fakhrudin vs Datuk Sherry aka Syarifah Azilah yg dah guna pangkat datuk) 
than jangan lupa ikuti kisah Neesa vs Nia
dan bagaimana  persandingan mereka. jadi atau tidak? 
apa yg terjadi pada datuk Sherry hingga Nia kembali ke rumah itu. dan bagaiman Neesa dan kandungannya! siapa dalang disebalik perbuatan Neesa. nantikan entry tersebut~ feel free to drop komen anda. semakin banyk komen "membina" semakin semangat nak masukkan entry. ayuh anda semua!

10 comments:

  1. geramnye kat neesa ni....
    nak bermegah dengan kandungan yang di bawanya....

    ayah attar ada tan sri eh....
    knp la attar buat ayah dia cam 2...
    dah terang2 yang mak dia main kayu 3..
    mmg patut pun mak attar di ceraikan kan...

    apa pun nak nia ngan attar...
    neesa 2 patut di ceraikan....
    lagipun neesa x patut di beri peluang ke 2...

    ReplyDelete
  2. Sapa yg buntngkn neesa tu ya?
    Padan muka neesa tu kena lempang...
    Good2...
    Smbng lg....

    ReplyDelete
  3. wah wah xsbr ni..dpt n3 arini x..

    ReplyDelete
  4. geram nye kat neesa tu....gedikk je...

    ReplyDelete
  5. makin lama makin intersting la story ni. (:

    ReplyDelete
  6. biar Attar ceraikan je Neesa tu,,,
    pastu bleh la dia duk dgan ayh dia,,

    p'sandingan tu plak,biar batal je,,,
    bru padan dgn muka Neesa & mama Attar,,,

    ReplyDelete
  7. Neesa tu mngandungkan ank shark kan??? sbb sblm ni ms party tu kan ada undi yg shark dpt neesa. sbb tu shark larikan diri ke australia. ish jalang camni jgn dbuat bini takut dia main kayu tiga. xberbaloi tanggung dosa2x yg dia bt. takut2 kuman hiv pun dia bawak. jd mangsa plak. baik ceraikan sj baru berada akal neesa n datin sherry. biar jatuh talak tiga terus.

    ReplyDelete
  8. wallaweh terbaikkkkkkklah citer nih.ok Neesa tuh memg sengal kuasa tak terhinggalah. cam nak tumbuk dyeh pon ade gak rasenyeh. mesti Attar kuatnyeh nk protek relationship dyeh ngan Nia dgn support Abah dyeh lagi. cecepat lah smbg ek cik penulis. makasih

    ReplyDelete
  9. Hei rasa nak cili2 je mulut neesa ni, agaknya anak shark kan, kan dorg nak pedajal attar bab selamatkan nia dari jadi mangsa time party2 kan..kan... nasib abah attar ada tan sri blhla fight dgn datuk sherry yg dah lupe diri2

    ReplyDelete
  10. best2 cayookkk kaka aulia :)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.