Friday, 18 May 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 9




Sedang leka menghitung harta kekayaan pemberian mama kepada ku, mata sempat menangkap kelibat seseorang. Gaya dan lenggok ia berjalan sama seperti yang pernah ku lihat dahulu. Aku toleh sekilas namun susuk tubuh itu hilang pula. Aku geleng kepala langsung menyambung semula kerja yang tertangguh tadi.

“Attar, masuk office sekejap.” Datuk Sherry sudah naik angin. Aku menurut sahaja malas sudah bertikam lidah dengan mama. Sejak peristiwa dua tahun lepas, hubungan aku dan mama semakin pulih namun tidaklah semesra pasangan anak beranak yang lain.

“Mama nak apa lagi?” gumam ku malas. Dia pandang aku dengan pandangan tajam aku mencebik tidak takut pada pandangan tajam itu.
“Berapa kali nak cakap, nak diingatkan? Dekat office im your bos, not your mom!” ujar Datuk Sherry marah bila aku gelarnya mama. Aku jeling siling sekilas lantas ku henyakkan tubuh ke kerusi empuk milik CEO syarikat bertaraf internatioanl itu.

“Mama nak apa ni? Attar banyak kerja!” tukas ku perlahan sambil menyentuh skrin I-pad. Sejak menamatkan zaman kampus, mama menghantar ku ke London bagi mendapatkan rawatan doktor pakar untuk memulihkan semula urat saraf yang dahulunya tidak berfungsi dengan baik. Berkat kesabaran itu, hari ini aku sudah kembali berjalan semula walaupun tidaklah selincah dahulu. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu lagi berkerusi roda. Dengan sedikit perhatian yang mama hulurkan, hubungan yang dahulu dingin kini semakin pulih.

“Sekali lagi Attar sebut perkataan tu dekat office ni, I tak teragak-agak nak halau you dari office ni!” bengis mama sudah datang. Huh apalah nasib menjadi anak kepada wanita kuku besi ini! Aku renung wajah mama sekilas lantas ku tundukkan pandangan menatap beberapa fail kerja mama. Banyak dan serabut!

“Doktor kata, you tak datang buat treatment! Tahu tak berapa banyak duit dihabiskan untuk dapatkan khidmat doktor pakar?” soal mama kuat sambil menghempas fail laporan kesihatan ku di atas meja. Aku ketap bibir, mana mama tahu aku ponteng treatment dekat hospital tu? Seingat aku, semua line ku dijaga dengan baik oleh Shark. Ah Shark memang nak kenakan aku lagi kali ni!

“Mesti Shark yang reportkan?” aku meneka mama pula menggeleng tidak mahu menidakkan ataupun mengiyakan. Sudahlah mama, aku kenal Shark jika dihulurkan wang, mulut yang sudah keras bersimen juga boleh rentak, hancur dan bercakap macam bertih jagung. Aku kenal Shark, dia memang lemah dengan duit!
“Sekarang you pergi ke hospital tu, right now!” arah mama lantang bergema satu ruang pejabat. Aku bingkas bangun, panas buntut ku duduk berlama-lama dihadapan mama. Tahunya marah, menengking, masam muka dan naik angin sahaja, nak senyum pun susah! Bukan kena bayar pun.
Kereta yang ku parking di tempat letak kereta bertingkat kelihatan berkilau disimbah cahaya petang, aku lajukan langkah agar segera mendapatkan kereta lantas berlalu pergi menuju ke hospital yang dimaksudkan. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa setengah jam menjadi lewat angkara jalan sesak dengan satu upacara keagamaan yang sedang berlangsung ketika ini. Dari terus terperangkap di tengah jalan raya, aku mengambil keputusan untuk membuat pusingan U lalu berpatah balik mengikuti arah lencongan yang dinyatakan.

Sejurus tiba di kawasan yang semakin lengang itu, aku bingkas mengorak langkah menuju ke bilik doktor yang sudah beberapa bulan merawat dan memantau tahap kesihatanku.
“Good afternoon doctor, how today?” soal ku sebaik diarahkan masuk ke dalam bilik doktor lingkungan 40-an itu. Doktor itu tersenyum lantas mengangguk beberapa kali.
“Sibuk hari ni?” aku menyusun kata tatkala melihat begitu banyak fail pesakit yang kelihatan di atas meja kerjanya.

“Biasalah Attar, tugas doktor hari-hari begini.” Lembut doktor lelaki itu berkata. Aku angguk sekali mengiyakan kata-katanya.
“Saya nak tanya ni? Ke mana hilang sejak dua bulan kebelakangan ni, susah hati saya.” Gumam doktor itu ku sambut tawa yang panjang. Pasti mama telah menyusahkan hidup doktor itu pula, aku yang buat hal orang lain yang kena tempias. Mama..mama tidak berubah sikapnya itu!

“Saya tak hilang doktor, saya ada lagi dalam Malaysia!” ujar ku bersama tawa kecil. Bergurau senda dengan doktor pakar saraf memang melucukan, dia pandai mengambil hati ku bahkan juga bijak memancing aku yang dahulu sombong tidak mahu bercampur dengan sebarangan orang kini sudah bijak memulakan bicara dengan orang yang tidak ku kenali sebelumnya.

“Hmm... iyalah tu. Saya nak maklumkan pada Attar yang keadaan Attar semakin baik dan perlu jalani terapi bagi menguatkan urat saraf. Seterusnya setiap tiga bulan sekali kena datang untuk check up dan jika tiada masalah, rawatan ini boleh dihentikan juga.” Gumam doktor itu ku sambut helaan nafas yang lega.

“Baguslah doktor, sejak buat terapi dekat hospital ni hidup saya tak tenang dan selalu sangat susah hati nak ke mana-mana pun still terikat dengan jadual treatment, tambah-tambah my mom selalu desak. Huh memang tension doktor,” luahku penuh penghayatan. Doktor itu angguk kepalanya sambil tersenyum sumbing.
“Attar, Attar sepatutnya awak apprieciate apa yang mother you buat. Bukan merungut begini, orang yang kuat merungut biasanya tak pernah cukup dengan apa yang dia ada. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan kita atas susah payah beliau,” gumam doktor pakar itu lagi aku diam tidak berkutik. Nah ambil kau Attar, nak mengadu last sekali dapat ceramah agama free! Padan muka!
 “Insyallah doktor, jadi hari ni apa yang perlu saya buat?” aku mula tidak sabar untuk habiskan sesi rawatan kali ini.
“Ikut nurse ke dalam bilik tu,” ujar doktor itu ku sambut  senang hati lantas mengekori jururawat berumur sekitar 20-an  menuju ke dalam bilik rawatan.



“Hei? Buta? Ada mata letak dekat lutut!” tempelak ku spontan tatkala kopi suam tertumpah ke baju. Aku angkat wajah yang menyinga memandang wajah gadis berhijab di hadapan ku. Kemeja putih susu itu bertompok dengan kesan kopi yang hitam pekat.

“Dahlah buta, bisu pulak tu!” tambah ku dalam nada kasar dan keras. Dia hanya diam tidak berkutik, mata itu merenungku lama dan dalam. Aku gusar namun rasa itu ku usir jauh dari hati.

“Hei perempuan, aku cakap dengan kau sekarang ni tahu tak! Kau dengar ke tidak?” soal ku menyentuh bahu itu dengan hujung jari telunjuk. Dia berganjak sedikit ke belakang, aku pula menapak selangkah mendekatinya.

“Maaf tuan,” ucapnya sambil berpusing lalu berlari meninggalkan ku. Aku tersentak, kasar benarkah kata-kata ku tadi hingga gadis itu pergi begitu sahaja. Ah pedulikan, gadis bertudung selalunya berfikiran sempit! Apalah ada pada tudung yang menutupi kepala hingga otak juga tidak berfungsi. Ditegur sedikit sudah lari lintang pukang, penakut! Omelku tidak sudah-sudah sambil melangkah menuju ke tandas awam 
berhampiran tempat meletak kenderaan.

“Hello, ha... okey set malam ni dekat tempat biasa! Bawak chikaro, stock untuk aku jangan buat-buat lupa pulak!” aku jawab panggilan telefon dari Shark. Huh, tidak sabar rasanya meraikan parti bujang malam nanti. Salah seorang dari kawan ku bakal melangsungkan perkahwinan dua minggu lagi, sebagai meraikan perubahan fasa kehidupannya, aku dan beberapa yang lain bersetuju mengadakan parti bujang sabagai simbolik berakhirnya zaman romeo sahabat ku itu.

Aku pandu kereta memasuki lebuh raya yang sedikit sesak, sesekali minda ku berputar mengimbas kenangan dua tahun lalu di mana aku lumpuh hingga tidak mampu berganjak sedikit pun. Namun atas kekayaan melimpah ruah, yang mustahil itu juga boleh menjadi kenyataan. Lihat sahaja kerana wang yang bertimbun itu, mama  laburkan sedikit untuk rawatan yang langsung tidak menjejaskan mahupun menjadikan kehidupan ku sekeluarga muflis dan merempat. Wang adalah segala-galanya, itu keutamaan ku dalam hidup!
Tentang Nia, aku sudah lupakannya! Aku sendiri tidak menyimpan gambar mahupun mampu mengingati wajahnya. Aku sudah lupakan dia, dia tidak sesuai bersama ku mahupun hidup dalam lingkungan kekayaan ku. Selepas beberapa hari pemergiannya, rumah mewah milik Nia dilelong pihak bank, aku hanya mampu melihat. Ketika itu memang ku akui sedikit sebak melihat pemergiannya, namun seiring masa berputar aku juga semakin hari semakin melupakannya. Wajahnya juga sudah tidak mampu ku ingati lagi, apakan daya hanya tiga kali sahaja aku sempat melihat wajahnya tanpa niqab.

Bunyi hon mengejutkan lamunan yang panjang tadi, segera ku tekan minyak lalu melunsur laju Bently di atas jalan raya.  Tiba sahaja di rumah, aku lihat Mak Mah dengan pakaian kegemarannya sedang menyiram pohon-pohon bunga yang tumbuh subur di dalam pasu berukir corak flora. Aku laung namanya sekali, kurang seminit tubuh itu sudah mendekati aku. Ditinggalkan smeua kerjanya demi mendapatkan tuan muda yang garang ini.

“Mak Mah, siapkan baju aku! Aku nak pergi party, ingat aku nak semua pakaian aku dah siap atas katil. Bawak sekali benda ni, letak dalam freezer! Dah pergi sekarang!” arah ku tanpa nada. Mak Mah melangkah perlahan sambil menjinjit botol bewarna perang kehitaman yang sudah berbungkus plastik hitam dengan cermat.

“Yang lembab sangat tu apasal?” marah ku selamba. Mak Mah bingkas berjalan meninggalkan aku yang masih berdiri di tepi pintu kereta. Aku suka melihat wanita tua itu terkocoh-kocoh dimarah dan diherdik, lucu sungguh pada pandangan ku. Mungkin juga Mak Mah sering terasa hati dengan ku, ah persentankan!
Aku melangkah menuju ke kerusi konkrit di tengah lama yang subur menghijau dengan rumput karpet yang diimport dari negara luar. Pohon orkid yang digantung di setiap penjuru pagar banglo mewah ini melambai-lambai ditiup angin petang. Air kolam pula tenang tidak terusik dan sesekali dedaun kering pohon cemara jatuh ke tengah laman. Aku palingkan sedikit ke kanan, kereta mama masih belum kelihatan, papa pula sudah beberapa bulan ke luar negara dan Pak Deris pula sedang bercuti mnegerjakan umrah. Hairan aku, tidakkah Pak Deris ingin melancong ke nagara lain selain Mekah, saban tahun destinasi itu yang dipilih. 
 Macamlah sudah habis tempat yang menarik dalam dunia ini selarku dalam hati.

“Hoi anak teruna Sharifah Azilah, termenung jauh ingat awek malam tu ke?” aku palingkan wajah mencari arah datangnya suara itu. Hmmm.... ingatkan siapalah tadi, rupa-rupanya Shark!
“Kau ni termenung aje apasal? Tak sabar nak berpesta?” soal Shark sambil menarik kerusi lantas duduk dihadapan menongkat dagu memandang ku.
“Pesta? Memanglah tak sabar beb!” aku smabut katanya dengan tawa. Tak mungkin aku tinggalkan gaya hidup bebas dan sosial ini begitu sahaja. Aku masih muda remaja, baru sahaja menginjak angka 24 tahun. Masih muda masih hijau untuk merasai nikmat dunia yang fana ini.

 “Hoh, aku lupa nak inform kau! Next week kena bayar yuran graduation, kau nak pergi tak?” soalnya tiba-tiba. Aku ketuk dagu dengan hujung jari telunjuk, berfikir sebentar.

“Aku rasa malaslah nak pergi konvo tu, boring kot duduk terconggok berjam-jam! Nak ambil skrol tak sampai lima minit, menunggu yang lama. Ah tak berkenan aku,” selarku pendek. Shark garu kepalanya tiba-tiba, aku pandang dia dengan pandangan pelik.

“Kau tengok aku macam tu kenapa?” soalku sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Tubuh ku sandarkan sedikit ke penyandar kerusi konkrit itu.

“Aku nak bergambar, than nak upload dalam Fb.” Gumamnya ku sambut tawa yang panjang. Sakit perut ku mendengar kata-kata yang sememangnya tak pernah aku jangkakan. Setakat ingin bergambar, tidak berkovokesyen pun tidak mengapa.

“Apasallah kau ni slow sangat? Kalau nak bergambar, pergi kedai gambar than suruh diorang snap gambar untuk konvo. Bukan susah pun, kau je yang buat susah!” dia angguk bagai setuju dengan cadangan ku.

“Hmm... betul jugakkan, apalah pendek sangat akal aku ni.” Kutuknya pada diri sendiri.
“Weh, aku nak masuk mandi! Bersiap sedia, malam ni ada acara menarik punya!” gumam ku langsung berdiri. Shark juga lakuakn hal yang sama!

“Okey, jumpa dekat tempat biasa.” Katanya ku angguk sahaja lantas dia berlari anak menuju ke kereta yang diletak di luar pagar. Aku hantar tubuh itu dengan pandangan mata, sekejap sahaja Shark sudah hilang bersama kereta kesayangannya itu. Aku senyum langsung mengorak langkah menuju ke dalam rumah. Ingin bersiap apa yang patut!

Keluar sahaja dari lif, aku segera menapak ke menuju ke lot bernombor 19A, entah mengapa hati ku berdegup kencang ketika terlanggar bahu seseorang. Tubuh bersalut gaun merah yang sedikit meleret ke lantai jatuh ke dalam dakapanku. Aku angkat wajah mencari wajahnya, dia juga membalas pandangan mata ku.

“Maaf tuan, saya tak sengaja!” gumamnya minta aku lepaskan pelukan kejap itu. Aku yang tersedar segera melepaskan pelukan itu dari terus melekat. Dia angguk sekali sebelum berlalu masuk ke dalam  perut lif meninggalkan aku yang masih lagi terpinga-pingan di hadapan pintu lif.

“Oit, kau buat apa duduk dekat sini sornag-sorang? Jomlah masuk, dari tadi termenung, musykil pulak aku tengok kau macam ni!” tegur Adni menepuk belakang ku sekali. Aku pusingkan wajah mencari wajah Adni, sudah merah sahaja rona kulit itu. Apa tidaknya berapa botol sudah ditunggangnya sejak  awal lagi. Beberapa gadis berpakaian seksi turut tidak ketinggalan mewarnai acara malam itu. Aku sahaja yang sudah hilang mood dengan semua ini, minda dan hati ku lebih tertumpu kepada figura gadis bergaun merah, dengan senyuman dari kedua ulas bibir merah basah itu dan sedikit pandangan redup yang di pamerkan tadi, aku bagai orang yang gila bayang. Siapakah gadis itu sebenarnya? Aku yang pasti aku mahukan gadis itu walau terpaksa lakukan apa cara sekalipun.

“Jomlah masuk Attar, kemuncak acara kita baru nak mula ni! Tak bestlah kalau kau tak join,” rungut Adni lebih kepada memujuk. Hmmm... aku masukkan tangan ke dalam poket lantas membuang pandang ke tengah ibu kota yang berkelipan dengan lampu neon yang pelbagai. Dari balkoni yang terbuka luas mata ku sempat menancap kelibat gadis tadi yang sedang berdiri sama seperti ku.

“Weh jomlah, acara nak mula ni.” Adni tarik tangan ku agar segera beredar, namun mata ku masih lagi tidak berganjak memerhatikan susuk tubuh yang bersalut gaun itu tanpa lepas.

“Okey game malam ni mudah sahaja, kita undi! Dalam box biru ada nama lelaki dan box hijau ni nama perempuan. Setiap orang akan tentukan pasangannya melalui pemilihan yang dibuat oleh Attar selaku penganjur parti kita. Semua setuju?” soal Shark sambil mengunjuk kotak bewarna biru dan hijau. Dihadapan Attar.

“Aku malaslah, kau je yang pilih. Aku nak relax sekejap,” tutur ku lemah lantas bangkit menuju ke dapur mencari coke. Kondominium milik Adni memang luas dan sering kali dijadikan port untuk berparti. Shark bungkam namum segera diceriakan wajahnya pula dengan meminta Adni membuat pilihan pasangan.
Sorakan demi sorakan kedengaran sebaik nama Adni dipasangkan dengan Elmi, Shark paling kuat bersorak ketika namanya di pasangkan dengan Shasha walaupun Shasha sedikit menolak namun pilihan yang dibuat adlaah muktamad dan mereka bebas untuk membawa kemana sahaja pasangan masing-masing sama ada bermalam di situ ataupun di hotel.

“Erin, bagi aku pil tu!”gumam ku sambil menunjuk ke arah pil putih itu sekilas. Erin bangkit laju sahaja menyuakan ia kepada ku. Aku sambut lantas memasukkan ke dalam mulut, tension dan berkecamuk ini mungkin akan hilang sendiri jika aku mengambil pil putih ini. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan beban perasaan yang ku tanggung!

Dalam sedar tidak sedar itu, aku terasa bagai ada sesuatu membelit pinggang ku, namun pandangan mata ku seakan kabur tidak jelas. Erin pula sedang tersenyum ke arah ku, pintu kondo yang sedikit terbuka ku pandang kosong.

“You duduk sini sekejap, i nak tukar pakaian. Tunggu tau,” gumamnya aku biar sepi. Aku masih lagi bersandar di sofa sambil melayan rasa melayang-layang di minda. Ah bahagianya hidup aku dapat terbang ke langit!

Entah apa yang terjadi ku rasakan ada seseorang memapah ku keluar dari ruang tamu kondo milik Adni, entah siapalaha agaknya namun aku sendiri kurang pasti.

Bangun sahaja dari tidur pagi itu, aku lihat wajah gadis bergaun merah semalam sedang tersenyum ke arah ku. Aku bingkas bangun langsung berganjak sedikit ke kepala katil. Ku selak selimut yang tadi masih melekat, pakaian ku juga sudah bertukar! Aku ketap gigi, terasa baran datang melanda pula pagi-pagi seperti ini.

“Kau siapa?” soalku sepatah. Dia senyum langsung mendekati tubuhku.
“Farhana,” gumamnya pendek!

maaf x edit... banyak tatabahasa error. enjoice :)

6 comments:

  1. huhu..sape lak farhana nie..
    cepat2 sambung tau..

    ReplyDelete
  2. urghhhh...spe plak pompuan yg die langgar tu ek??? spe farhana tu?? cpt smbg writer..

    ReplyDelete
  3. Farhana tu nia ka????
    Smbng LG....

    ReplyDelete
  4. mcm nia je..sbb name penoh nia kan farhanatul nadia...btol tak writer..can't wait 4 the next n3 ..hrrrr

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. mcm nia je..sbb name nia kan farhanatul nadia..btol tak writer..hee..can't wait 4 the next n3..cpt2 post yee...

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.