Monday, 11 June 2012

CINTA DI HUJUNG NODA 27





Aku pusing ke kanan tak kena lantas ku pusingkan tubuh mengiring ke kiri pula, mata yang berat tadi bagai kembali segar lantas aku bangkit dari katil segera bangun menuju ke muka pintu. Daun pintu ku luaskan lantas dan ku jengulkan sedikit ke luar, memerhatikan kelibat Nia entah dimanalah isteri ku tidur malam ni. Suasana kelam buat aku segera menapak keluar, bergerak ke ruang menonton TV di tingkat tiga namun insan yang ku cari tidak juga ketemu langsung aku atur langkah kaki menuju ke tingkat dua, mungkin Nia ada bersama mama tetapi di situ juga tiada hanya desah nafas mama yang sedang lena menyapa pendengaran ku. Aku bingkas mengorak langkah turun ke tingkat bawah, pasti Nia ada di sana!

Ruang tamu ku lewati, meliar mata ke arah sofa yang kosong dan ruang dapur juga gelap gelita maka tak mungkin Nia berada di sana, buat seketika aku berhenti dan berfikir sejenak waktu-waktu begini apakah yang sering dilakukan oleh Nia selain melakukan tahajud? Ya mungkin Nia sedang melakukan solat sunat tahajud itulah kebiasaannya setiap kali hubungan yang baik kembali berantakan. Mengadu kepada sang Pencipta.

Bilik solat ditingkat bawah ku hampiri, ada cahaya terbias dari bawah daun pintu. Pasti Nia di dalam sana, wajarkah aku ganggu sahaja khusyuknya atau menunggu sahaja hari esok
untuk ku pujuk hati itu? sedang berkira-kira untuk masuk, teguran mama buat aku kalih pandangan ke wajah bening itu.

“Ma,” ucap ku sepatah dan mama tersenyum membalas teguran ku tadi.

“Mama, buat apa ni? Kenapa tak tidur lagi?” tegur ku perlahan enggan didengari oleh Nia yang berada di dalam sana.

“Mama dahaga, freezer dekat atas sana dah kehabisan mineral! Jadi mama turunlah, yang Attar terhendap-hendap ni kenapa?” aku telan liur Hmmmm..agaknya mama perhatikan aku!

“Tak ada apa la ma, ” ucap ku dalam nada kalut-kalut seraya berpusing mahu mengatur langkah menuju ke sofa di ruang tamu.

“Mama ingat Attar buat apa tadi, dari tadi terhendap-hendap! Sebagai lelaki kalau isteri merajuk, pujuklah. Rendahkan ego kalau nak bertahan dalam rumah tangga,” nasihat mama lantas berlalu bersama kerusi rodanya pergi menuju ke ruang dapur. Aku telan liur, benarkah aku ego?

Ah nantilah, perlukah aku merendahkan ego sedang Nia sendiri tidak cuba memahami keadaan aku? Aku sudah berjanji dengan arwah mama Neesa untuk jaga dan lindungi Neesa hingga akhir nyawanya. Jadi haruskah aku abaikan sahaja janji pada yang sudah tiada? Hassyy.... serabut!

Aku berpaling semula untuk naik segera ke tingkat atas, biarlah masa yang tentukan! Aku sudah patah hati, aku sudah terlalu penat berhadapan dugaan demi dugaan tanpa henti-henti. Di manakah silapnya hingga aku sukar menggapai bahagia? Apakah yang kurang lagi hingga aku terpaksa korbankan masa untuk diri sendiri demi insan lain, demi kebahagiaan jiwa yang lain? Sedang jiwa aku sudah luka, terhiris dan mungkin juga hancur ini siapa yang pedulikan?

 Ya Allah, aku tak mampu lagi diuji sebegini! Wajah ku raup dan nafas ku tarik sedalam-dalamnya agar bila ku hela nanti, biar ia berlalu pergi bersama beban dan resah dari hati.

“Abang,” satu suara panggilku sekali. Aku yang sedang berkira-kira mahu melangkah terpateri di situ sambil tubuh masih lagi ku kakukan dari berpaling mencari suara yang memanggil tadi.

“Abang,” serunya sekali lagi lantas ada pelukan kemas dari arah belakang. Aku pejamkan mata, tidak rela menatap wajah Nia waktu ini sedang hati ku sudah lemah untuk terus berjuang menamatkan permainan yang semakin jauh membawa aku dari rasa bahagia.

“Abang, maafkan Nia! Maafkan Nia menjadi seseorang yang pentingkan diri sendiri.” Ujarnya sambil air mata gugur membasahi belakang tubuh ku yang tersarung t-shirt.

“Abang maafkan Nia, tolong maafkan Nia!” ucapnya bersama sedu sedan. Aku hela nafas perlahan, terasa berat dan beban yang tergalas di bahu ini sudah tidak ada upaya untuk ku tanggung lagi. Dan Nia, senjata untuk melemahkan aku adalah air matanya! Terlalu mudah titis air jernih itu gugur ke bumi!

“Nia, abang nak rehat! Abang letih sayang, maafkan abang!” gumam ku sambil pelukan erat Nia ku leraikan menjadikan esak tangis itu kembali kuat bergema

“Nia mintak maaf bang,” ucapnya terduduk di lantai beralas karpet. Biarlah kali ini Nia tahu beban perasaan aku yang sudah lama tidak diketahui oleh sesiapa pun hatta diri ini juga sudah terlalu lama menanggung perit sendirian.

“Abang..... kasihankan Nia!” ucapnya dalam sedu sedan. Aku tahu hati itu juga turut terluka dengan keadaan yang semakin menjauhkan aku dan dia dari rasa bahagai! Aku seluk tangan ke dalam poket seluar sambil mata ku halakan ke siling dan nafas sekali lagi ku hela perlahan.

“Abang, beri peluang untuk Nia buktikan rasa kasih dan sayang Nia pada abang. Cukuplah jika Nia memberi tanpa abang membalas, kasih dan cinta Nia ikhlas untuk abang,” tuturnya buat aku terkedu. Aku raup wajah yang kusut berkali-kali, cukuplah Nia.... aku tak mampu memberi kebahagiaan seperti mana yang kau mahukan. Aku tak mampu berlaku adil sedang aku sudah terikat dengan janji mempertahankan dan melindungi Neesa hingga ke akhir nyawanya. Bagaimana untuk aku merobohkan sebuah janji pada insan yang sudah lagi tiada?

“Abang.... maafkan Nia kerana terlalu mendesak hingga abang mengasari hati Nia! Nia janji tak buat lagi, tapi tolonglah pandang Nia walau sekejap bang! Tolonglah bang....” rayunya buat aku semakin goyah. Esak tangis itu juga bagai menghiris hati kecil ini dari terus terusan bersikap kejam menggores hati itu.

“Nia, maafkan abang! Abang letih sayang..” ucap ku berlalu pergi biar malam ini malam untuk aku melayani rasa yang semakin jauh menghimpit hati dan perasaan.

“Abang, tunaikan satu permintaan Nia! Untuk kali ini, mungkin juga untuk kali terakhir! Nia tak pernah minta apa-apa dari abang melainkan untuk kali ini. Tunaikan buatkan Nia bang,” ucapnya penuh mengaharap. Aku kalihkan semula pandangan menatap wajah itu. Lencun dengan air mata!

Hari ini sudah masuk 8 Jun 2012, begitu cepat masa berlalu kini tarikh ini kembali hadir menjengah aku dalam ruang lingkup yang berbeza dan dalam keadaan aku yang sudah jauh berbeza. Dan tiada sesiapa yang sedar akan tarik keramat ini, atau mungkin aku sahaja yang rasakan ia keramat namun tidak pada orang lain.
Huh sebak pulak rasa hati, tidak pentingkah aku pada mereka semua hingga tarikh ini tidak singgah ke dalam hati mereka dan tidak lekat di dalam minda kesemuanya?

“Muhammad Fiqri Attar, temankan saya keluar sekejap boleh?” tutur Nia memanggil nama aku dengan nama penuh. Aku kalihkan pandangan menatap wajahnya dan dia tersenyum seketika setelah tangisannya tadi berakhir, dan dia kembali merapati aku yang tegak berdiri berhampiran tangga.

“Maafkan Nia, tunaikan permintaan Nia bang!” ucapnya sambil raih kedua tangan ku dalam gengaman tangan dan dia tarik aku mengikuti langkahnya, aku pula hanya menurut memenuhi kehendak hatinya itu.

“Jomlah ikut Nia, temankan Nia sekejap.”Aku kerling jam ditangan, sudah menginjak angka dua pagi, kemana pula Nia mahu bawa aku malam-malam sebegini?

“Kita nak kemana sayang?” aku panggil dia dengan panggilan sayang. Dia senyum buat aku tersedar yang aku sudah terlajak kata, rajuk yang ingin ku pertahankan akhirnya roboh begitu sahaja. Haih tak sempat merajuk lama-lama! Wajah yang sudah merona merah ku palingkan keluar tingkap kereta!
Aku perhatikan kiri dan kanan, jalan yang ditujui Nia kelihatan kelam sahaja, kemana agaknya Nia mahu membawa aku? Takkan nak bermesra di dalam semak pulak, biar betul Nia ni?

“Kita nak kemana ni sayang?” ucap ku sambil sentuh jarinya yang bebas diletakkan di stereng kereta, aku raih ia hingga rapat ke bibir lalu ku kucup sekali. Aku cintakan wanita ini sesungguh hati ku, namun aku sendiri keliru antara kasih dan janji dan antara tangungjawab dan kasihan.... apakah yang harus aku pilih dan dahulukan?

“Sayang,” panggil ku sekali dan Nia senyum tidak bersuara. Tanpa niqab Nia pandu kereta menuju entah ke mana.

Aku lihat, senyumam terukir di wajah Nia saat kereta memasuki kawasan lapang berhampiran pantai. Aku juga kuntun senyum, kembali juga aku ke sini.

“Welcome to Port Dickson! Nice to meet you Tuan Attar!” gumam Nia sambil membuka pintu kereta disebelah tempat duduk pemandu. Aku sua tangan ke arahnya dan Nia hampiri aku langsung kedua pipi ku dipicit geram!

“Kita nak buat apa ni tuan?” ujarnya mengingatkan peristiwa dua tahun lepas di mana aku paksa dirinya pandu kereta hingga jauh dan tiba ke pantai ini.

“Duduk lepak-lepak,!” tutur ku ulang semula kata-kata yang pernah aku ungkap dahulu dalam senyum yang terbias di wajah. Lelaki ini yang yang suatu masa dahulu penuh bongkak dan angkuh Nia tundukkan aku dengan cintanya.

“Tuan, malam ni saya nak bawak tuan jalan-jalan sepanjang pantai sambil kita tengok bulan yang bulat dekat atas sana tu,” unjuk Nia sambil  senyum buat aku tidak betah memandang dirinya lama-lama. Ada getar merayap memasuki urat nadi, haish kehendak hati yang satu ini sering kali buat aku resah derita, tak mengira tempat jika dia mahukan. Huh, sabarlah sikit Attar.

Aku beriringan dan berpimpin tangan menyusuri pantai yang dilatari pepasir putih, terasa syahdu dan tenang meniti pepasir pantai yang tampak bersih memutih. Nia gengam jari jemari ku kuat langsung dia peluk aku dari hadapan. Aku biarkan perlakuan Nia yang mahu meraih kemesraan dari aku, kepala yang dilitupi hijab ku elus lembut dan kini aku juga membalas pelukan eratnya sambil pandangan dilemparkan ke tengah laut yang tenang beralun. Ombak kecil juga kelihatan memukul pantai berulang kali dan bayu malam  juga datang menghembus lembut ke wajah hingga tudung yang dipakai oleh Nia bergerak-gerak di tiup angin.

“Abang, lama kita tak dating?” ucap Nia masih kemas dalam dakapan dan dia lentokkan kepalanya ke bahu aku yang masih tegak berdiri.

“Kita belum pernah dating,”  ucap ku jujur dan Nia bingkas tegakkan semula kepalanya dan memandang aku tepat. Mata itu bulat meminta kepastian dari aku yang sedang tersenyum melihat reaksinya itu.

“Kenapa? Tak percaya ke? Seingat abang, kita tak pernah dating. Except first time datang sini dan terus kena cekup,” aku peringatkan dia sekali lagi. Dan kali ini dia sedikit menunduk sambil angguk kepalanya sekali.

“Kenapa sayang?” soal ku tarik dia hampir rapat semula kepada ku.

“Nia, impikan sebuah perkahwinan yang sempurna! Penuh rasa syukur dan kegembiraan! Tapi, disebalik pernikahan kita dulu... kita sama-sama tak setuju dan sama-sama tak rela. Hanya keadaan yang menjadikan kita terpaksa terima semua ni....” dia leraikan pelukan tadi dan kini ku lihat sudah menapak menghampiri lalu duduk di atas tunggul kayu yang terdampar di pantai setelah hanyut di bawa ombak.

Aku juga duduk bersebelahan, mendengar rasa hatinya yang selama ini belum pernah ku singkap dari diri seorang isteri yang sudha dua tahun ku nikahi itu. Dan hari ini genaplah usia ku 24 tahun dan usia perkahwinan ku pula baru menginjak dua tahun.Terlalu cepat masa berlalu!

“Biasanya pengantin perempuan akan menangis kerana terharu tetapi tidak pada Nia, Nia menangis kerana malu... kerana rasa diri diaibkan!” ucapnya serak menahan sebak. Aku telan liur, benarlah selama ini Nia pendam segala kesedihan tentang pernikahan ini sendirian.

“Abang minta maaf Nia, semuanya salah abang sebab paksa Nia datang ke sini! Dan abang tak mampu nak menolak andai dihadapan kita sudah tiada ruang untuk kita membela diri. Nia ingat tak, berapa ramai penduduk kampung yang datang keliling kereta kita masa tu? Kita tak ada pilihan Nia,” ucap ku membetulkan keadaan dan resah kecewa Nia.

“Nia tahu.... tapi Nia,” kata-katanya terhenti dan dia ku lihat sedang menarik nafas sambil angkat wajah yang sedari tunduk tepat ke arah lautan yang luas.

“Tapi Nia juga ada impian dalam perkahwinan, Nia mahukan majlis Nia dikelilingi rasa bahagia dan kegembiraan seperti mana setiap pengantin yang menunggu detik-detik bergelar isteri kepada seorang suami. Nia tak sempat merasai semua itu... Nia... Nia..” kata-katanya kemabli tersekat dalam sebak yang hadir lantas ku tarik kepala itu rapat ke bahu ku dan bahunya ku peluk erat.

“Tapi Nia hanya atas kertas, Nia bukan siapa-siapa pada abang!” tuturnya perlahan. Wajah itu kembali tunduk menekur pepasir pantai yang memutih.

“Nia,” panggil ku sekali.

“Shh... abang tak pernah anggap hubungan kita sekadar di atas kertas sayang! Abang anggap sayang isteri abang yang pertama dan terakhir. Tiada keduanya sayang,” ucap ku harap dia mengerti rasa hati yang terlalu besar untuknya. Sedang rasa cinta dan curiga pada keihkhlasan hati ku sering kali dipersoalkan dan tanggujawab pada Neesa juga selalu dipertikaikan.

Nia masih diam, mungkin tidak mempercayai kataku sedang hakikat sebenar aku kini sudah beristeri dua.

“Boleh abang tahu apa ciri-ciri suami idaman Nia?’ pertanyaan yang sudah lama terbuku di dalam hati akhirnya terluah juga malam ini.  Aku dengar dia hela nafasnya perlahan sekali lagi.

“Nia mahukan lelaki yang beriman, boleh memimpin, matang, bertanggungjawab dan paling penting dia seorang yang cukup solat lima waktunya, berpuasa dan jalankan semua rukun Islam!” suara itu perlahan tetapi sungguh menusuk jauh ke dalam dasar hati ku.

Aku tunduk sambil memerhatikan kulit-kulit siput yang terdampar di pasir lantas ku gapai satu persatu  lalu ke lempar ia ke gigi air. Terasa jauh sunggug aku dengan lelaki yang diidamkan Nia. Ya aku akui dia seorang yang beragama, taat pada suruhan agama dan pandai membawa diri dan seelokknya dan tidak selayaknya bergandingan dengan aku yang penuh noda dan keji ini. Yang terpalit dengan kisah lampau yang hitam dan kelam itu! Ya, akulah suami mu yang hina itu Nia!

“Mesti Nia menyesal bersuamikan abang,” tutur ku tanpa nada. Dia senyap, dan tahulah aku kini Nia benar-benar kesalkan hubungan yang terbina ini.

“Nia sesungguhnya betul-betul mengharapkan sebuah hubungan dari seorang lelaki yang mampu membimbing Nia, yang mampu melindungin dan memberi kebahagiaan pada Nia. Tapi jika takdir menentukan jalan yang harus Nia tempuhi seperti ini? Seperti mana janji Nia di Lof Mahfuz lagi, Nia redha bang.” Ungkapnya sambil lempar pandangan ke tengah lautan luas terbentang. Mata itu turut berkaca-kaca, menyesal sangatkah Nia pada perkahwinan yang tidak diharapkan ini? Kecewakah dia pada aku yang tidak pernah diimpikan ini?

“Nia menyesal?” tebak ku dalam rasa kecewa yang mula menghiris hati.

“Untuk apa Nia menyesal bang, semua ni perancangan takdir yang kita tak tahu! Mujur juga abang lupa pada Nia yang sebenarnya kan?” dia senyum lagi.

“Maksudh nia?” tanya ku ingin tahu.

“Abang, gadis yang abang malukan satu masa dahulu... gadis yang abang hina dia suatu masa dulu.... gadis yang abang keji dan umpat saban hari itu hingga dia pergi jauh dari hidup abang dan jauh dari kehidupan Nia sekeluarga siapa lagi bang?” gumamnya perlahan tetapi masih tegas dalam senyuman.

“Abang jadikan Nia anak yatim piatu, sebatang kara hidup di dunia yang luas ni sendirian.... menguruskan kehidupan tanpa kasih sayang seorang ibu dan ayah. Membesar dalam rasa sedih dan air mata hingga Nia tercampak di rumah anak yatim, semuanya atas perbuatan abang suatu masa dahulu.” Aku diam kaku, apakah maksud yang ingin disampaikan oleh Nia yang sebenarnya?

“Abang tak faham,” tutur ku harap dia lebih jelas menuturkan maksud disebalik kata-katanya itu.

“Abang kejam!” ujarnya sepatah. Sekali lagi aku terkedu! Masih sabar menanti dia terus berbicara saat ini.

“Abang masih ingat pada kakak Qaisara? Qaisara Balqis?” sekali lagi aku terdiam merencanakan sebaris nama yang disebut oleh Nia. Nama yang diakui milik kakaknya itu.

"Qaisara? Siapa Qaisara?Adakah Qaisara yang dimaksudkan pemilik nama kepada Qaisara Balqis yang aku kenali dulu? Balqis!!!! Nama itu bergema kuat di dalam hati. Ya Allah!!!!! Aku raup wajah kasar, wajah itu kembali terlayar di ruang hati ku saat ini. Wajah mulus persis gadis arab itu buat aku rasa bersalah.

“Maafkan abang Nia, abang tak sengaja!” tutur ku penuh rasa kesal dalam hati.

“Sudah terlambat bang, dia dah pergi jauh dari hidup Nia! Nia kehilangan semuanya serentak, Nia hilang kasih sayang ibu dan ayah sekelip mata dan Nia juga hilang kasih sayang seorang kakak kerana perbuatan abang! Abang kejam! Abang kejam!!!!!” ucap Nia lirih dalam air mata.

“Nia, pandang muka abang sayang! Abang mintak maaf, buat apa sahaja asalkan Nia maafkan abang!” tutur ku memohon pengertiaan wanita di hadapan ku ini agar melenyapkan rasa bersalah ini yang telah sekian lama menghantui hidup saban hari. Bahunya kedua ku pegang erat membawa dia berhadapan memandang wajah ku kala ini.

“Maafkan abang Nia,” sekali lagi aku tuturkan kata maaf dihadapan wanita ini.

“Untuk apa bang? Abang kejam!” sekali lagi kata-kata itu dilemparkan. Ya memang aku yang bersalah, berlaku kejam pada seorang gadis yang hanya menagih cinta dari ku. Aku permainkan perasaannya, dan aku rendahkan maruah itu hingga kesucian gadis itu diragut oleh lelaki bernama Shark! Tangis esak dan rayuan lirih gadis itu ku biarkan sepi dan setelah segalanya berakhir ku tinggalkan gadis itu sendirian di tepian jalan. Ya Allah kejamnya aku!

“Kerana kepedihan itu Qaisara hilang semangat untuk hidup dan berita perkhabran tentang Qaisara sampai ke pengetahuan ibu dan ayah Nia, hingga ibu Nia juga diserang sakit jantung dan ayah Nia juga alami nasib yang sama di Kota Suci Mekah semasa kerjakan ibadah haji. Dan di sini Nia kehilangan tiga insan sekaligus, bina hidup atas air mata dan kesedihan. Nia tercampak ke rumah anak yatim kerana semuanya atas perbuatan kejam abang!” sekali lagi Nia teresak, sesungguhnya beban yang ditanggung isteri ku waktu itu cukup berat menghimpit.

“Berapa ramai lagi gadis yang abang permainkan dan abang pijak maruah mereka bang?” soal Nia perlahan. Tubir mata itu bergenang sekali lagi.

Aku diam tidak mampu bersuara, terlalu ramai pada ingatan ku. Ya Allah, aku berdosa!!!!
“Abang tak ingat, maafkan abang atas ketelanjuran perbuatan abang pada keluarga Nia!” ucap ku harap Nia sudi memaafkan ku.

“Untuk apa bang?” pertanyaan Nia buat aku sebak. Tidak layakkah aku memohon maaf dari hati wanita bergelar Nia?

“Nia adik kepada Qaisara Balqis, gadis yang trauma dirogol oleh lelaki hanya kerana menagih cinta dari seorang lelaki dan lelaki itu adalah abang! Abang pijak maruah Qaisara hanya untuk mendapat gelaran lelaki hebat. Untuk apa gekaran itu bang? Tidak abang tahu betapa terhina dan pedihnya insan yang melihat kesedihan gadis-gadis seperti Qaisara? Kenapa abang tidak biarkan Nia serupa seperti Qaisara? Kenapa abang selamatkan Nia dari Shark? Kenapa bang?” soal Nia bertalu-talu.

Ya aku sendiri tiada jawapan untuk persoalannya itu, namun wajah Qaisara yang penuh mengharap kasih sayang dan cinta dari ku terlayar diruang mata. Wajah mulus persis Nia itu tidak berhijab seperti isteri ku ini, cantik dan jelita pada mata yang memandang namun masih tidak mampu menggetarkan hati ku yang sudah berpatah hati terhadap cinta setelah dipermainkan oleh Neesa. Hingga gadis-gadis yang datang setelah dirinya ku jadikan mangsa melepaskan dendam dan amarah ku. Dan mereka ku jadikan habuan untuk Shark dan rakan-rakan ku yang lain! Ya Allah, ampunkan dosa ku! Ampunkan aku ya Allah!

“Bertaubatlah abang, pohon kemaafan kepada semua yang pernah abang permainkan! Cukuplah semua ini bang, berilah peluang dan ruang untuk diri abang berubah!” Nia bangun dan mengibas-ngibas pakaian yang melekat dengan pasir.

“Maafkan abang Nia,” tutur ku. Dan dia angguk sekali sambil tangan kiri itu menyeka air mata yang masih bergenang.

“Abang, selamat ulang tahun kelahiran!” tuturnya buat aku sebak. Masih ada jua insan yang ingati tarikh lahir ku ini.

“Terima kasih sayang,” ucap ku lalu ku tarik tubuh itu kemas dalam dakapan.

“Maafkan Nia bang,” gumamnya dalam sendu. Tahulah aku kini, dalam tubuh Qaisara dan Nia mengalir darah yang sama juga rupa paras yang indah dan akhlak yang terpuji.

“Abang yang sepatutnya mohon maaf pada Nia, memberi keperitan pada hidup Nia dari dulu hingga kini! Maafkan abang, sayang!” aku eratkan pelukan, rasa bersalah ini semakin pergi jauh setelah kemaafan telah ku terima dari waris Qaisara.


 
“Nak panggil ustaz atau nak panggil nama?” soal mama penuh ceria menghadap lelaki berwajah kacak persis jejaka arab itu. Jangan mama jatuh cinta sudah, aku tengok budak lelaki tu bukan main seronok lagi bergelak ketawa dengan mama. Nia pun sama, seronok sangat melayan ‘ustaz’ muda tu. Kononya!
“Panggil nama rasanya lebih baik, lagipun Aiman tak habis belajar lagi!” tutur lelaki yang bahasakan dirinya Aiman. Oh Aiman nama budak ni, huh budget baguslah tu! Tak habis belajar ada hati nak digelar ustaz. Aku mencemik memerhatikan keterujaan mama dan Nia melayani guru al-Quran yang mama jemput datang kerumah.

p/s: maaf atas kekurangan. enjoy reading. komen anda diharap
 dapat menambahkan mutu penulisan saya. sila tinggalkan komen dan pendapat anda ya! :)

7 comments:

  1. owww..rpe2 nye mmg nia nie tw la psl khdupan suami b4 kwin mmg truk prgai dye, tp hope attar 2 lbih insat dan kmbali ke pgkal jlan lps dugaan2 dtg pd dye..bkn lbih mminggir kn nia tapi lbih mghrgai pe yg dia ada skrg

    ReplyDelete
  2. kenapa bila part ustaz tu mcm tergantung ? boleh sambung lagi ?

    ReplyDelete
  3. ada dalm teaser entry 27. refer situ ya my dear. :)
    nak masukkan semua dalm ni dah terlalu panjang. sambungan akn dimasukkan dlm entry ke 28.

    ReplyDelete
  4. wah2~ lebih sadis dari yang di jangka...muda2 dah buat onar

    ReplyDelete
  5. Thank Aulia for this n3. Tak sabar nak tggu n3 baru.

    ReplyDelete
  6. welcome dear.. Attar nak berubah so dgn Nia ni mungkin hajat dia tercapai la kot. ya atau tak, nantikan la next... next entry huhu. tq reading anda semua. ha jgn lupa klik fb Hikayatauliaiman k. tata ~

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.