Saturday, 2 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 24


CDN 24


“Mama tidur ya ma, Attar nak tidur ni.... letih sangat ma. Kalau mama nak apa-apa mama call phone Attar ya.” Ucap ku sejurus tubuh mama aku selimutkan.

“Mama tidur ya ma,” aku kuntum senyum pada mama lantas langkah kaki ku atur keluar menuju ke bilik tidur ku pula. Neesa hanya menjadi pemerhati tingkah ku sedari tadi lagi, entah apa yang perempuan itu fikirkan aku sendiri tidak tahu sama sekali.

“I nak tidur dengan you, jangan nak mengelak pulak!” tutur Neesa aku pekakkan sahaja. Ah, letih kepala otak dan seluruh urat saraf ku hari ini. Sudah tiada daya upaya lagi untuk membuka mata.


“I nak tidur dengan you, dengar ke tidak?” jerit Neesa kuat bergema. Aku palingkan muka mencari wajah itu . Heh, ada jugak yang kena penampar kejap lagi!

“Hei betina, kau tak faham bahasa ke? Aku letih, aku penat.... aku dah tak larat! Jangan nak buat aku naik angin pulak, silap hari bulan kalau aku humban kau ke bawah, jangan nak salahkan aku pulak!” tutur kata tanpa nada aku hamburkan tepat dihadapannya dan dia menelan liur mendengar ugutan tanpa reaksi dari aku yang tampak garang tiba-tiba.

“I bukan nak apa, I just nak tidur dengan you! Salah ke?” soalnya sambil turut panjat katil tempat di mana aku sudah berbaring.

“Haih.... lantak kaulah Neesa!” aku hela nafas sambil bantal ku tekup ke wajah. Ingin segera tidur, mata ini sudah tidak mampu lagi bertahan sementalah esok hari yang panjang bakal dilalui dengan pelbagai lagi perkara yang dia sendiri tidak pasti.

“Esok you teman I buat check up ya Attar,” gumam Neesa aku biarkan tidak bersambut. Lantaklah dia, banyak songeh!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 


“Attar, you tengok mama you buat apa? Tengok cepat!” jerit Neesa buat aku yang terlena bingkas bangun dari katil, mata yang terpejam tadi ku pisat beberapa kali.

“Ada apa ni Neesa?” soal ku kembali baring semula, bantal ku ambil dan ku tekup ke wajah.

“Hei bangunlah, mama you buang air merata-rata! Tengok mama you tu,” bentak Neesa ku biarkan sepi.

“Bangunlah! Bangun!” Neesa menjerit dengan lebih kuat. Aku yang baru sahaja terlelap kembali tersedar.

“Hei, perempuan kau nak apa hah? Kau tak faham bahasa ke? Aku nak tidur, nak tidur! Jerkah ku kuat bergema dalam ruang bilik buat Neesa mengundur langkahnya setapak. Aku bingkas bangun dari katil tubuh itu ku hampiri lantas rambut itu ku cengkam kuta. Sabar ku sudah habis dalam melayan karenah Neesa yang semakin mengada-ngada!

“Sakitlah Attar, sakit! Lepaskan I!” Neesa menjerit dalam esak tangisnya.

“Tahu sakit ya, aku cakap kau buat pekak! Kau jerit sana kau jerit sini macam aku hamba kau! Macam aku kuli kau! Hei..... kau memang nak mati agaknya, nak mati!!!” aku tolak tubuh itu jatuh terjelepuk ke lantai.

“Sakitlah Attar,” wajah basah Neesa ku pandang bengis. Aku sudah hilang rasa kasihan padanya, kali ini entah apa yang merasuk rasa tidak sampai hati ku padanya sudah bertukar sebaliknya. Aku tidak lagi tunduk pada tutur kata dan arahan yang keluar dari kedua bibir itu.

“Siap you Attar, you akan menyesal dengan perbuatan you pada I.” Jerit Neesa membalas semula marah ku. Tubuh itu sudah kembali tegak berdiri lantas aku dekatinya lalu ku tolak tubuh yang sudah kelihatan berisi jatuh ke atas tilam.

“Kau nak tidur sangat dengan aku? Kau nak tidur sangat kan! Sekarang kau layan aku. Layan!” pakaian yang tersarung ditubuhnya ku rentap kasar hingga sebahagian dada itu terdedah.

“You jangan nak apa-apa kan I, jangan! I kata jangan....” Neesa mengesot sedikit ke hujung katil.

“Peduli apa aku? Kau nak sangat, aku tunaikan permintaan kau!” selar ku sambil mencerlung tajam ke arahnya.

“Jangan cari nahas dengan I Attar, you menyesal nanti! Menyesal!” Neesa beri amaran pada aku yang sedang mendekati tubuhnya.

“Sekarang cakap kau nak buat apa? Pada siapa kau nak mintak tolong? Cakaplah,” kedua tangannya ku pegang erat hingga dia tidak dapat bergerak lagi.

“I tak suka you sentuh I dalam keadaan macam ni? I tak suka!” bentaknya minta aku lepaskan pegangan yang kejap di kedua belah tangan itu. Sebaik mendengar tutur bicaranya itu, aku kembali tersenyum dan ku lepaskan pegangan di tangan yang kejap tadi serentak. Ketawa ku pecah bergema seluruh ruang bilik tidur. Dan Neesa perhatikan aku tidak berkedip. Tubuh itu ku hampiri lagi dan kali ini aku mahu dia tahu apa perasaan ku terhadapanya.

“Hei, kau ingat aku hadap sangat nak sentuh kau? Kau ingat aku gilakan tubuh kau? Kau silap besar Neesa!” dagunya ku paut kuat lantas aku lepaskan kasar.

“Sakitlah! Berambus!” arahnya minta aku keluar dari kamar tidur ku.

“Kau yang berambus, get lost!” jerkah ku kuat melawan jeritannya. Pantas Neesa segera bangkit meninggalkan aku sendirian di dalam kamar yang penuh hangat dengan pertikaman lidah di awal pagi begitu. 

Aku jeling jam di meja kecil, nah sudah sepuluh pagi. Ini bukan awal lagi tapi dah jauh terlewat, sesaat aku sudah berada di dalam bilik air. Mandi ala kadar dan bersiap juga ala kadar, tentang pejabat biarlah pengurus-pengurus kanan yang uruskan, aku ada misi penting hari ini. Dan mama pula aku jenguk dia sekejap, selesai membersihkan mama aku bingkas keluar dari bilik itu.

Keadaan Nia yang masih dalam tekanan perlu aku perhatikan dan sokongan juga harus ku berikan kepadanya tanpa berbelah bahagi.

Langkah kaki ku atur menuju ke garaj kereta, BMW milik mama ku hampiri lantas pintu kereta ku buka dari luar. Semerbak haruman ambipure buat aku tenang seketika. Kicau burung juga sudah kedengaran menyanyi kecil bagai ada berita baik yang akan mengiringi ku nanti.

Perkarangan poliklinik itu ku hampiri, wajah jururawat yang mesra silih berganti menyapa pandangan ku sepanjang laluan menuju ke bilik Nia ditempatkan.

"Morning sayang, sorry abang lewat sikit! Dah breakfast?” pertanyaan ku buat Nia angguk sekali. Hari ini keadaan Nia tampak sedikit sihat berbanding awal pagi tadi ketika selesai menjalani proses membersihkan rahim.

“Abang, Nia nak balik.... jemu.” Gumamnya sambil tarik jari jemari ku rapat ke dalam genggaman tangan itu lantas punggung ku labuhkan di sisinya.

“Doktor bagi balik ke?” aku soal dia sepatah dan dia senyum sedikit walaupun kelihatan sukar untuk berbuat demikian.

“Kata doktor, tunggu check up sekejap lagi. Kalau keadaan Nia tak ada masalah, bolehlah Nia balik!” ucapnya sambil lentok sedikit kepala ke bahu ku.

“Sayang, nak balik apartment atau rumah abah?” pertanyaan ku buat Nia senyap seketika. Tubuh itu ku usap perlahan sambil kedua tangannya masih lagi bermain dengan jari jemari.

“Nia nak balik duduk dengan abang!” gumamnya buat aku tersentak. Sesungguhnya aku tidak mahu keadaan yang sama berulang buat kali kedua tentang apa yang berlaku tempoh hari masih lagi menjadi tanda tanya di hati. Entah apa dan mengapa semua itu terjadi aku taidak pasti, namun kesan yang harus ku tanggung cukup besar terutama pada Nia yang amat mengharapkan kehadiran cahaya mata dalam hubungan ini.

“Nop, tak boleh sayang! Sayang kena tinggal dengan abah, abang tak sanggup perkara macam tu berulang lagi. Abang tak nak apa-apa jadi pada isteri abang,” ucap ku sambil wajahnya ku elus dengan hujung jari. Dia pandang wajah ku sekilas sebelum kembali menancap cincin yang tersarung di jari manis ku semula.

“Nia yang salah, Nia fikir bukan-bukan.... sebenarnya perasaan Nia je.” Aku tahu Nia cuba menyembunyikan sesuatu dari aku, sejujurnya aku tahu rumah itu sudah dikuasai ilmu hitam untuk menundukkan aku mendegar setiap kata dan arahan seseorang. Siapa individu tersebut, itu tidak penting tetapi yang menjadi mangsanya bukan aku tetapi Nia dan buah cinta kami berdua.

“Lepas ni abang kena usaha keras sikit, kena cukup tidur dan paling penting kena sentiasa bernafsu pandang isteri abang ni!” gumam ku cuba mencetuskan suasana dan mood ceria dan Nia jegilkan sedikit matanya saat perkataan nafsu ku lontarkan tadi.

“Abang memang tak malu, ishh orang dengar tak elok!” tuturnya sambil tarik aku rapat dalam pelukan. “Sekarang siapa yang tak malu? Abang just cakap tapi sayang siap peluk lagi. Hmmm... takpe abang rela sayang!” Nia jerit sedikit tatkala usikan ku mengenakan dirinya pula.

“Yang, rindulah....” gumam ku sengaja mengusik dan Nia perhatikan aku tidak berkedip. Apa lagi aku kuyukan mata memohon simpati darinya yang aku bagai benar-benar sudah kerinduan tahap tak boleh blah.

“Abang.... sekarang kita di hospital okey.” Ucap Nia buat aku diam mencari idea untuk kenakan dia sekali lagi.

“Langsirkan ada sayang, sekejap pun okey kot!” dalam hati aku sudah gelak besar dengan tutur bicara sendiri. Tak senonoh!

“Abang kalau bergurau boleh tak jangan sentuh isu sensitif serupa isu yang abang tengah cakap ni?” Nia tegakkan tubuhnya menjauhkan diri dari pelukanku. Aku senyap mahu melihat reaksi Nia yang sedang berwajah serius.

“Mana ada sensitif yang, normal untuk orang dah kahwin macam kita,” aku tambah perencah untuk menyedapkan lagi alasan yang ku utarakan dihadapannya.

“Ishhhh.... sayang ni garanglah!” dia mencebik buat aku ketawa kecil.

“Hmmm memang dah boleh jadi mak orang! Nampaknya sayang dah matang!” aku mula merapu yang bukan-bukan.

“Kenapa pulak garang dikaitkan dengan sesuai jadi mak orang?” Nia soal aku dengan pamer wajah polosnya.

“Sebab, nanti boleh marah dan didik anak. Kalau tak reti marah, anak pun tak takut dan tak hormat kita. Contohnya macam abang, biadab pada mama!” ucap ku dalam nada perlahan. Sekilas kau tunduk menekur hujung kaki yang sedang memijak lantai simen beralas karpet nipis bewarna merah.

“Abang, itu dulu! Sekarang abang dah tak macam tu kan?” aku angguk sambil kuntum senyum ke arah Nia.

“Ya sayang, tambah-tambah mama dah sakit dan mama dah jadi tanggungjawab abang sekarang ni!” ucap ku disambut anggukan kecil oleh Nia.

“Morning Puan Nia, how today?” pertanyaan doktor yang merawat Nia disambut dengan senyuman dan anggukan kecil dari isteri ku yang sudah kelihatan ceria.

“Alhamdulillah baik doktor, boleh saya balik hari ni?” Nia tidak sabar lagi untuk pulang ke rumah. Doktor itu ketawa kecil dan persoalan seumpama itu sering kali diterimanya setiap kali pesakit sudah berasa bosan dan jemu berada di hospital.

“Bergantung kepada pemeriksaan, kalau kesihatan Puan berada ditahap memuaskan why not kami benarkan puan balik? Oh ya, encik tunggu di luar sebentar ya.” Aku diarahkan keluar oleh doktor itu. sebal pula rasa hati sedang aku mahu bersama Nia sepanjang hari tetapi memikirkan Nia hanya diperiksa seketika, rasa sebal kembali surut dan hilang tiba-tiba.

“Abang happy sangat sayang dapat balik hari ni, yang penting kesihatan sayang perlu diutamakan. Kalau dah sihat abang janji kita buat baby lagi okey,” Nia pandang aku dengan tajam sebelum dia kembali ketawa.

“Abang memang teruk tahu, benda itu je yang abang ingatkan! Cuba abang fikirkan saudara kita dekat Palestin ke... tak pun fikirkan isu politik atau apa-apa lah asalkan abang tak ingat benda tut!” cubitan kecil mendarat ke lengan buat aku menyeringai menahan pedih.

“Sayang janganlah cubit, sakit kut!” gerutu ku tidak habis-habis menggosok lengan yang memerah di ketip oleh jari runcing Nia.

“Kalau tak nak sakit, abang jangan sebut pasal tu lagi ya. Janji, janji!” jari telunjuk Nia tepat dilayangkan dihadapan mata ku.

“Ya sayang, janji.” Tutur ku cuba menahan ketawa.

“Abang nak gelak-gelak ni kenapa?” masam mencuka riak wajah Nia.

“Abang tak tahu boleh pegang janji ke tidak, sayang janganlah marah! Nanti abang merajuk, hantar abang balik rumah mama!” gurau ku lagi.

“Eii.... tak malu! Anak emak rupanya abang ni!” ejek Nia sambil lentok kepala ke bahu ku.

“Sayang, janganlah goda abang! Abang tak tahan nanti,” sekali lagi aku usik dia lantas tubuh itu ditegakkan semula lalu bersandar ke seat.

“Nia tak goda abang pun, abang je rasa diri digoda...” rungut Nia sambil menarik jari telunjuk antara satu sama lain.

“Haisyyy... merajuk pulak! Abang gurau je sayang,” dagu itu ku sentuh dan niqab yang dipakai ku singkap sedikit lantas kucupan yang ku sasar ke bibir hanya sempat menyinggah ke pipi.

“Abang bahayalah,” rungut Nia jeling tajam ke arah ku dan aku ketawa kecil menutup rasa malu yang menerpa ke wajah!

P/S: MAAF XSEMPAT EDIT. drop komen ya tq darling :)
SILA LIKE KE PAGE HIKAYAT PENGLHIPURLARA AULIA IMAN. BARU JE CREATE. TQ.
http://www.facebook.com/pages/Hikayat-Penglipurlara-Aulia-Iman/260773954030371





4 comments:

  1. best...cpt smbg ye writer..x sbr tggu next n3

    ReplyDelete
  2. makin menarik tertarik (^^,)

    ReplyDelete
  3. memang terbaikkkkk..cepat2 sambung ye...

    ReplyDelete
  4. attar x terasa nak gi berubat ke....
    mmg ada yang dengki ngan attar n nia....
    cian nia dah xde baby....
    neesa 2 patut di beri peringatan....
    abah attar tlg la bg attar cara tuk lepaskan diri attar dari neesa

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.