Tuesday, 5 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 25


“Neesa kau buat apa ni hah?” jerkahku saat mama ku lihat sudah terduduk di anak tangga terakhir sambil di pinggir bibir itu kelihatan cecair merah sedang mengalir perlahan.

“Kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa ni Neesa?” bahunya ku goncang kuat namun reaksi Neesa sama sekali tidak membalas segala pertanyaan aku, hanya senyum sinis yang terpamer di riak wajahnya. Sedikit pun tiada rasa bersalah!

“Hei kau dah pekak ke? kau buat apa pada mama aku? Kau buat apa?” berulang kali aku menyoal namun dia masih enggan  membuka mulut. Amarah ku sudah sampai ke kemuncak bila wajah keruh mama yang berkerut menahan sakit singgah pada pandangan mata. Perempuan bernama An Neesa memang wajar mendapat penangan dari aku agaknya!


“Sakitlah!” jeritnya kuat sambil tangan kanan menyentuh pipi yang pijar ku lempang tadi.

“Tahu sakit? Apa yang kau dah buat pada mama aku hah? Kau buat apa????” sekali lagi aku membentak dan Nia pula hanya diam tidak mahu masuk campur antara aku dan Neesa. Mama?  Wanita itu sedang dibantu oleh Nia naik semula ke kerusi roda yang tadinya tertangkup ke lantai. Dan darah pekat yang mengalir dari luka di pinggir bibir itu telah diseka dan dibersihkan oleh Nia. Sejuk sedikit hati ku melihat Nia masih mampu bersabar melayani karenah mama yang masih belum mampu menerima diri itu dengan sepenuhnya.

“Aku tolak perempuan tua ni dari atas, lembab sangat! Cerewet! Kau ingat aku orang gaji rumah ni, nak kena jaga makan minum dia bagai? Hei, please.....” ejek Neesa sambil berpeluk tubuh. Pandangannya dijeling ke arah aku sambil jari-jemarinya bermain dengan hujung rambut yang lepas bebas.

“Menyusahkan aku, aku tak ingin nak jadi baby sitter perempuan tua ni! Kalau dia jadi mama aku, dah lama aku humban dekat rumah kebajikan! Kau tahu kenapa aku nak humban dia ke sana?” Neesa hentikan tutur katanya sambil tersenyum dan memintal hujung rambut dengan jari telunjuknya pula.

“Sebabnya, perempuan tak guna ni dah tak adakepentingan lagi pada aku! Tak ada faedah, so buat apa aku nak simpan lama-lama. Silap hari bulan mati dalam rumah ni jadi puntianak pulak, aku jugak yang susah! Heh, gerun!”
“Kau jangan nak kurang ajar Neesa, aku lempang nanti!” ugut ku cuba mengingatkan dia yang aku tidak sukakan tutur katanya itu. Biadab!

“Aku tak kurang ajar, betullah apa yang aku kata! Kau ingat mama kau mati confirm nanti masuk syurgalah? Sembahyang pun tak pernah, jangan nak berangan ya! Lagipun aku just tolak dari atas tangga tingkat satu bukan tangga tingkat tiga! Lagipun aku tolak kerusi roda dia, bukan aku humban dia ke apa.” Gumam Neesa sambil ketawa sinis. Sakitnya hati aku dengan perangai perempuan yang gemar menaikan darah aku setiap kali aku bertembung muka dengannya! Entah apa yang didik oleh ibu bapanya sampai tahap biadab Neesa sudah tidak dapat dibendung lagi!

“Agak-agaklah, yang kau tak ada hati perut buat mama aku macam ni kenapa?” aku menapak menghampiri tubuh yang semakin gempal. Kandungan berusia lima bulan itu ku tatap lama dan Neesa masih beriak selamba sedikit pun tidak gerun melihat amarah ku kali ini.

“Apasal pulak tak ada hati perut, jaga mulut kau sikit!” bentak Neesa sambil mencerlung tajam ke arah aku suami yang terperangkap dengan permainan kotornya.

“Kau dah gila ke apa sampai sanggup buat mama aku macam ni? Hei perempuan gila, kalau kau ada otak, kau tak buat macam ni. Perempuan yang tak ada otak dan gila macam kau je yang sanggup buat perkara yang tak berperikemanusiaan.

Hei Neesa, aku nak kau mintak maaf pada mama aku sekarang!” arah ku namun dia senyap tidak menunjukkan sebarang respon.

“Mintak maaf sekarang!” bentakk ku lagi sambil bahunya ku tolak sedikit.

“Sakitlah!” berkerut wajah itu menahan sakit. Dan aku peduli apa pada dia, sakit ke apa ke aku tak nak ambil tahu lagi!

“Perempaun gila, kau dengar ke tidak apa yang aku cakap!” aku jerkah dia sekali.

“Hello Muhammad Fiqri Attar, tengok siapa yang gila sekarang ni? Aku ke mama kau? Orang tua ni dah nyanyuk tahu tak? Bercakap sorang-sorang macam orang gila, apa kes?” jerkah Neesa sambil bercekak pinggang.

 Aku diam sebentar, mencerna bait-bait tutur kata Neesa tadi. Adakah benar yang dikatakan oleh Neesa? benarkah mama nyanyuk, tak mungkin!

“Yang kau diam kenapa? Hah tengok tu dia sorok baju dalam plastik sampah! Tengok tu, mama kau dah gila!” Jerit Neesa kuat sambil jari telunjukknya mengunjuk ke arah plastik hitam yang di pangku oleh mama. Aku turut perhatikan apa yang dikatakan oleh Neesa, ya mama sedang memangku beg plastik berisi pakaian. Milik siapakah pakaian itu agaknya!

“Mama, nak buat dengan beg palstik ni? Mama nak ke mana ni?” soal ku lembut agar mama tidak terasa hati apatah lagi dituduh gila oleh menantunya sendiri sambil beg plastik itu ku regangkan talinya melihat isi di dalam. Ya memang adanya beberapa helai pakaian milik mama di dalamnya!

 “Mama nak keluar, mama tak nak duduk dekat sini!” perlahan dan sayu nada yang dituturkan oleh mama. Aku telan liur, kenapakah dengan mama? Apa yang terjadi hingga mama mengambil keputusan untuk keluar dari rumah kesayangannya ini? Aku buntu dan sesuatu harus aku lakukan kini. Ya aku perlu menyiasat disebalik semua yang terjadi dalam rumah yang semakin aneh saban hari.

“Ni rumah mama, kenapa mama nak keluar pulak?” aku soal mama yang nampak sedikit kebingungan.

“Mama nak solat,” sepatah tutur kata mama buat aku terkedu. Mama ni biar betul, dah bertaubat ke?

“See, mama kau dah gila! Tak pernah-pernah solat tiba-tiba hari ni nak solat bagai! Buang tabiat agaknya,” perli Neesa sambil memandang siling sekilas. Riak sinis sengaja dipamerkan buat tatapan Attar yang sedang cuba bertabah melayani tiga wanita di sisinya.

“Diamlah! Tak boleh senyap sikit? Mulut kau ni memang mulut longkang! Perasan bagus!” sinis ku buat dia rasa sebal.

“Hei, tengok mama kau ni? Bodoh, biul..... sebab harta sanggup kahwinkan aku dengan kau. Tengok muka perempuan tak sedar diri ni? Tengok puas-puas, dia yang rancang perkahwinan ni! Bukan aku yang terhegeh-hegeh mahukan kau Attar? Sedar diri sikit!” jerit Neesa sudah bergema satu rumah. Aku angkat wajah dari menatap wajah mama yang sudah mendung.

“Kau ingat aku hegeh sangat dengan perempuan macam kau? Hadap sangat? Pleaselah Neesa, cermin diri sikit! Kalau kau tak main kotor, sampai kiamat pun belum tentu aku kahwin dengan kau!” aku turut sama naik angin dan Nia mengisyaratkan agar aku bersabar sahaja. Entah apa yang aku rasa, kali ini aku sudah tidak mampu bersabar dan bertahan dengan apa yang terjadi sepanjang hidup beberapa bulan ini.

“Hello, apa yang bising-bising ni? Sampai ke pagar I dengar you all berbual,” senyumam kecil dihadiahkan oleh seorang lelaki yang bertubuh tegap. Entah siapa-siapa pulak yang datang menyibuk hal rumah tangga aku waktu perang mulut masih berlangsung!

“Opps... sorry! Bukan berbual sebenarnya, tapi bertikam lidah bukan?” sekali lagi dia menyampuk buat aku yang mula panas hati semakin panas terbakar.

“Oh lupa aku nak perkenalkan, yang ni Ady! Dia akan jaga kebajikan dan keselematan aku dalam rumah ni? Oh lupa sekali lagi aku terlupa, sekejap lagi kita ada parti, ingat tak apa yang aku cakap semalam? Aku nak umumkan sesuatu yang penting hari ni, so pastikan kau Nia dan mama kau datang sekali. Ingat!” jari telunjuk Neesa tepat menunjuk ke arah wajah ku.

“Apasal kau suka-suka hati bawak jantan lain masuk dalam rumah aku ni? Apasal hah?” bidas ku buat Neesa senyum meleret begitu juga pengawal peribadinya.

“Kau dah lupa ya Attar, kesian..... sekarang rumah ni atas nama aku! Dan ikut suka hatilah aku nak bawak jantan ke.... betina ke..... apa masalahnya dan apa kaitan kau dengan personal life aku? Tak ada kan?????”

“So, kau jaga diri kau! Aku pulak suruh pengawal aku jaga diri aku!” ketawa Neesa bergema serentak.

“Neesa, anak papa buat apa tu?” aku toleh pada satu suara dari pintu hadapan rumah yang terbuka luas.

Papa dan mama Neesa pun ada! Apa yang mereka buat di sini? Apa yang mereka mahukan sebenarnya!

“Mulai hari ni, papa dan mama aku akan tinggal dalam rumah ni! Ini rumah aku, jadi suka hati akulah nak bawak sesiapa yang aku suka. Jadi kau pandai-pandailah bawak diri kalau dah hidup menumpang!” herdik Neesa sambil senyuman sinis masih tidak lekang dari kedua ulas bibirnya.

“Hai menantu mama, kenapa muka masam je? Tak makan lagi?” pertanyaan Datin Azimah buat aku kembang tekak. Jelingan sinis ku persembahkan dihadapan matanya.

“Jangan nak biadab dengan mak mertua sendiri, berdosa!” tuturnya sambil ketawa kecil dan aku pandang dia dengan pandangan tajam bagai sebilah pedang yang mahu dihunus ke tubuh perempuan tua tak sedar diri itu! Dah tua-tua masih perasan muda, skrit paras lutut yang pamer betis yang mulai berkedut itu ku perhatikan sekilas.

“Berdosa, ingat tu!” dia ingatkan aku tentang dosa pahala bagai aku tak pernah bersekolah sahaja lagaknya.

Kurang ajar punya mak mertua, heh kau ingat aku hegeh sangat nak jadi menantu kau? Cermin diri sikit perempuan kerepot! Wanita itu ku sumpah dalam hati. Tak sedar diri!

“Datin pun berdosa jugak pakai skrit, dah tua buat cara dah tua! Jangan perasan muda pulak,” selarku sambil senyum sinis.

“Jaga mulut kau sikit Attar, kau ingat nak suruh mama aku berkelubung macam bini kau tu? Hei, tak panas ke? Meruap kulit, entah-entah macam-macam penyakit yang bini kau sorokkan!” provok Neesa masih tidak mampu membakar hati Nia yang masih selamba dan tidak masuk campur pergaduhan antara aku dan Neesa.

 Dan aku juga hairan bagaimana Nia mampu bersabar dan tenang dilayan dan dihina oleh rakan baiknya sendiri. Tiada perasaankah isteri ku ini?

“Daripada datin, budget muda! Perasaan umur 26 tahun! Common datin, umur datin dah 62 tahun! Patutlah anak datin pun perangai lebih kurang macam datin! Rupanya emak dia pun sama tak senonoh!” bidas ku yang sudah sakit hati tahap tak ingat!

“Kau jangan nak biadab sangat dengan mama aku? Hei, kurang ajar!” Neesa layang tapak tangannya dan belum sempat mengenai wajah, tangan Nia sudah menyambar lengan itu kejap!

“Hei Nia, kau apasal hah masuk campur urusan aku dengan jantan tak guna ni?” bentak Neesa garang.

“Jantan tak guna ni suami aku, tolong hormatkan suami aku dan tolong hormatkan mama dia kalau kau nak orang lain hormatkan mama kau!” tegas suara Nia buat Neesa semakin baran.

“Kau jangan nak jadi penyibuklah!”bentak Neesa meminta pengawal peribadinya datang membantu melepaskan pegangan kejap itu.

“Kau jangan nak masuk campur! Ini antara perempuan dengan perempuan, kalau kau lelaki dan kau ada maruah, tolong ke tepi!” cabar Nia buat lelaki bernama Ady kembali semula ke tempat di mana dia berdiri tadi.

“Hei Ady, kau apasal hah tercegat dekat situ?” soal Neesa masih cuba meloloskan diri dari pegangan Nia yang kejap. Ady yang mula mahu menapak menghampiri Neesa ku dekati laju!

“Kau jangan nak masuk campur hal rumah tangga aku, kalau tak nak lebam bijik mata! Baik kau berambus sekarang!” ugut ku pula. Seumur hidup aku masih belum pernah bertumbuk , jangan dia menjadi mangsa pertama aku sudahlah!

“Hei lepaslah, sakit tahu tak!” rontaan Neesa masih belum mampu melepaskan pegangan kejap Nia di lengan yang sudah kelihatan sedikit kemerah-merahan.

“Kau buat apa pada Attar? Kau yang sebabkan aku gugur! Ini semua perbuatan kau kan? Baik kau mengaku Neesa!” soal Nia sambil tarik tubuh Neesa menjauhi aku. Aku masih diam tidak mampu bersuara, tergamam melihat Nia dalam keadaan sebegitu!

“Baik kau mengaku, apa yang kau letak dalam makanan Attar? Mengaku cepat!” arah Nia sambil tubuh Neesa ditolak hingga terduduk ke sofa. Laju-laju kedua ibu bapa Neesa datang mempertahankan anak mereka.

“Hei, yang kau nak backup jantan tak guna ni kenapa?” pertanyaan Datin Azimah buat Nia yang sedang memakai purdah merenung tajam wajah itu. Kening yang terbentuk cantik diangkat tinggi bagi membalas segala pertanyaan yang keluar dari kedua ulas bibir wanita awal enam puluhan itu hingga wajah itu sedikit tertunduk tidak berani mengangkat wajah melawan pandangan tajam Nia.

“Jantan tak guna ni suami saya, dan datin jangan masuk campur! Ini antara saya, Attar dan madu saya, An Neesa!

“Yang kau sibuk nak tahu apasal? Tak ada kena mengena dengan kau!” Neesa tegakkan tubuhnya melawan pandang ke arah Nia yang berdiri tegak dihadapannya. Tangan Datin Azimah yang cuba menarik tubuh itu kembali duduk semula ke sofa ditepis kasar.

“Mama diam, jangan masuk campur! Ni antara Neesa dengan Nia!” arah Neesa kasar dan Datin Azimah hanya dia dan menurut sahaja kehendak anaknya itu.

“Aku tahu kau guna benda tak elok untuk tundukkan Attar! Yang ni apa dia!” satu bungkus kain bewarna kuning dilempar ke atas meja kopi berbentuk empat segi tepat. Kali ini aku sendiri yang tergamam melihat tangkal dan beberapa bilah jarum bersepah di situ.

“Hei, kau ceroboh barang peribadi aku! Kurang ajar kau Nia! Kurang ajar!!!!” jerit Neesa tidak sudah-sudah.

“Sekarang kau berambus! Berambus!” jerkah Neesa sambil bercekak pinggang. Sebelah tangannya pula tepat terarah ke muka pintu yang terbuka luas. Dan Nia hanya pamer pandangan kosong membalas jerit pekik Neesa yang tidak sudah-sudah itu.

 “Berambus!” jerkah Neesa kuat kedengaran menyapa pendengaran seluruh isi rumah.

“Neesa... Neesa.... tak tahu lagi rupanya! Hmmm...” Nia kelilingin Neesa yang sedang tegak berdiri dan aku serta yang lain masih menjadi pemerhati adegan pertikaman lidah antara kedua isteri ku dan salah seorangnya cukup aku sayangi!

“Kau yang sepatutnya berambus!” ujar Nia sungguh berani dan kali ini aku melihat sisi lain wanita yang kini baru sahaja keguguran buah cinta kami.

“Tengok? Semua aset dan perniagaan kau aku dah beli!  Kau dah tak ada apa-apa Neesa! kau dah muflis!” tegas suara Nia buat aku telan liur. Sungguh aku kecut perut melihat perubahan Nia yang tampak berbeza benar dengan karakter sebenar wanita itu.

“Nah, tengok! Aku nak kau tengok dan faham betul-betul apa yang ada dalam S&P tu! Baca dan faham!” fail tertera perkataan sale and purchase agreement jelas menerpa ke wajah aku dan seluruh penghuni yang ada dalam rumah mama waktu ini.

Papa dan mama Neesa juga turut menerpa melihat kandungan perjanjian jual beli yang telah ditanda tangani oleh mereka.  Terduduk keduanya melihat kesemua aset mereka termasuk aset mama sudah berpindah milik kepada nama seoarang wnaita. Nor Farhanatul Nadia, dan wanita yang diamksudkan adalah isteri ku sendiri!

 Terkedu aku buat seketika! Siapa Nia yang sebenarnya, bagaimana dia mampu memiliki hartanah bernilai jutaan ringgit ini? Setahu aku, nilai pasaran untuk tanah dikawasan lot banglo mewah seperti rumah mama mencecah harga lapan hingga ke sembilan juta. Dari mana Nia mendapat kekayaan yang melimpah ruah ini. Sejujurnya aku belum cukup mengenali siapakah Nia yang sebenarnya!

“Kau main kotor, kau main kotor Nia! Aku tak sangka perempuan berpurdah macam kau yang kononya ada hati yang bersih hanya berlakon dan berpura-pura baik! Hei tak guna, kau memang tak guna!” pekik Neesa bagai orang hilang akal. Aku angkat wajah seketika dari terus menatap kandungan yang tertera di dalam perjanjian itu dan sekilas aku melihat Neesa sedang meluru ke arah Nia yang sedang membelakanginya!

“Aku bunuh kau Nia, aku bunuh kau!” jerit Neesa sambil ditangannya kelihatan sebilah pisau yang entah dari mana diperolehinya. Dan aku yang yang melihat segera meluru ke arah Nia!

 P/S: saya busy hehe... curi2 masa siapkan entry ini. hurmmm drop komen okey! agak2 siapa yang terkorban? anda mahukan korban? sila pilih..... hoho.

22 comments:

  1. bravo nia n attar...
    mcm 2 la boleh hadapi rintangan bersama...
    masukn neesa kat rumah sakit jiwa je....
    mama attar nak berubah eh...
    bgs la attar n nia pertahankan maruah mama diorg...
    neesa 2 mmg x patut di beri peluang ke 2...

    ReplyDelete
  2. akk...cpt smbung

    ReplyDelete
  3. omg lajunyer jantung ai baca bab ni
    hope nia & attar selamat dari perempuan giler tue...

    ReplyDelete
  4. adui, bikin penasaran nie.. cpt2 smbung..hehehe..best2..^_^

    ReplyDelete
  5. jgn la nia plak cdera cian dye bru lps ggur..attar cpt slmatkn nia hero cpt dtg

    ReplyDelete
  6. tak mahu ada yg terkorban.attar jadi hero penyelamat la

    ReplyDelete
  7. saya nak neesa tu matiiiiiiiiii !!!!!!

    ReplyDelete
  8. harap xde sesapa terkorban..biarla neesa yang KOMA...hehehehe

    ReplyDelete
  9. BEST..XSABR NAK smbungan nya lagi..cik writer cpat siapkan n3 nya yah...

    ReplyDelete
  10. mcm2 la citer ni..u go nia!!! sampai bab 25 baru tahu nama penuh nia.

    bila attar nak lafaz cerai ni?

    ReplyDelete
  11. best....................
    i followwwwwwwwwwwwwwww

    ReplyDelete
  12. erm lebih baik xda sepa yg terkoban...klau ada pun harap yg terkoban tu neesa lah ye..smbung lah lgi cik writer..

    ReplyDelete
  13. jgn ada yg terkorban lg... biar neesa n family dia rasa dulu terseksa baru la best... suka sngt diorang 2 buat jahat kat org lain...

    ReplyDelete
  14. laaaaa....asl t'gantung???
    post next n3 cpt ea....

    ReplyDelete
  15. hi... i baru habis baca semua episod cite ini... biar perempuan sihir an neesa n keluarga dia yang mampus....
    attar n nia hidup bahagia ye.... jangan apa - apa kan diorang....

    ReplyDelete
  16. haha..rahsia dah terbongkar..
    padamuka neesa 2

    ReplyDelete
  17. tak nak sesiapa yg terkorban...cuma nak neesa dimasukkan ke rumah sakit jiwa...sebab neesa memang gilerrrr.....

    ReplyDelete
  18. Baru saja habiskan marathon dari bab 1 hingga 25, jalan cerita yang lebih kurang sama saja yg ada dipasaran. Namun ada sedikit kelainan dari segi jalan dan olahan cerita. Bagus, teruskan berkarya dan good luck. :-)

    ReplyDelete
  19. MAMA NEESA TERKORBAN

    ReplyDelete
  20. hmmm..best ni,nk ada korban la best....hmmm rasenyer yg layak jd korban mama neesa,masa neesa nk tikam nia,attar tarik then neesa tertikam mama dia,,,pastu biar neesa kena cerai n antar rumah sakit jiwa....

    ReplyDelete
  21. thank pada yg sudi drop komen anda n readers yg juga sudi baca entry biasa2 ini. :)

    ReplyDelete
  22. bila nak sambung lagi?

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.