Tuesday, 19 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 30


“Neesa, kenapa ni? Boleh tak you respect sikit! Suka-suka hati you ceroboh bilik I!” marah ku saat tubuh Neesa sudah mula mendekati. Nia yang masih berada dipangkuan ku terkedu seketika, namun segera dia bangkit dan beralih kedudukan disebelah ku pula. Kedua tangan itu memaut erat leher ini menjadikan aku sedikit tersentak. Haishhh.... Nia pun dah pandai melakukan provokasi terhadap Neesa!

“You buat apa pada Attar? Lepaslah, I tak suka you sentuh Attar macam tu!” Jerit Neesa cuba merungkaikan pelukan erat tangan Nia ni leher ku saat ini.


“Sorry, I tak buat apa-apa! Just peluk husband sendiri, tak salahkan?” selamba Nia menjawab buat aku terkaku. Tangan Neesa yang sedang menolak bahu Nia dari terus terusan memeluk erat bahuku ditepis oleh Nia sendiri. Aku telan liur, benarkah Nia yang menuturkan kata-kata tadi?  Hmmm Nia sudah pandai berebut, ini satu perkembangan positif!

“Lepaskan Attar! Lepas, jangan sentuh husband aku!!!” bentak Neesa menarik tangan Nia yang masih melekat dileherku kasar. Aku pula cuba melepaskan pautan tangan Nia yang sedari tadi ditarik oleh Neesa, jika terus dibiarkan begitu pasti aku akan mati terjerut di tangan keduanya.

Huh, rasa perit dileher ku gosok perlahan, mujur sempat aku lepaskan pautan mereka jika tidak entah apa yang terjadi tadi!

“Neesa, boleh tak dalam sehari you jadi manusia yang berhati mulia. Tak menyusahkan dan tak berhasad dengki?” soal ku kedengaran skema namun itu sahaja ayat yang terlintas untuk ku ucapkan waktu itu dan kata-kata yang terluah itu membuatkan aku ketawa sendiri di dalam hati.

“Kenapa dengan you ni Attar, I tak sihatkan! Yang you layan dia kenapa?” tegas Neesa menyoal aku yang masih lagi duduk di birai katil.

“Kalau you tak sihat, you berehat dalam bilik! Bukan merayap ke sana ke sini,” perlahan nada yang aku ucapkan buat Neesa semakin baran.

“Neesa, boleh tak you keluar! This is my room!” tutur Nia tegas sambil memaut pula pinggang ku. Gulppp.... Nia sudah pandai bermanja pula waktu-waktu begini!
“No! Selagi Attar tak keluar, selagi tu I tak mungkin keluar!” bentak Neesa kuat hingga Aiman dan mama juga datang terjengul di muka pintu akibat suara dan bentakkan Neesa yang kuat bergema memenuhi seluruh ruang rumah tiga tingkat itu.

“Attar kenapa gaduh-gaduh ni, Neesa pula kenapa nak marah-marah?”  soal mama sambil menolak kerusi rodanya masuk ke dalam bilik. Manakala Aiman hanya berdiri di muka pintu dan berpaling seketika saat pandangan mata menangkap kelibat tubuh Neesa yang tidak sempurna menutup aurat! Hanya legging dan baby-t yang tersarung ditubuh milik Neesa.

Seksi mak buyung itu buat Aiman segera menundukkan pandangan, menjaga pandangan mata dari memerhati perkara yang tidak sepatutnya! Hah padan muka! Selar ku dalam hati sempat lagi memadan mukakan Aiman yang menyibuk itu. Huh!

“Abang, keluar dulu ya! Nia tak pakai tudung dan nak tukar baju.  Lagipun Nia pakai baju abang! Malu mama tengok,” bisik Nia dekat di telinga ku. Aku anggukkan kepala lantas bangkit dan bergerak mendekati mama. Neesa pula masih bercekak pinggang di sisi katil sambil menjeling sahaja aku yang sudah melepasi tubuh wanita itu.

“You, keluar sekarang! Rumah ni besar, so tak perlu rasanya nak bergaduh dalam bilik I!” ucap ku menghentikan langkah dan berpaling seketika menghadap wajah Neesa yang sedang baran. Dengusan kasar dihela kuat.

“Mama, kita discuss dekat luar, Neesa cepat keluar!” gumam ku dalam nada mendatar. Berharap Neesa menurut tanpa membantah namun ternyata wanita itu gemar dimarahi dan gemar dilayan kasar sebelum boleh menurut setiap kata-kata ku.

“Keluarlah,” bisik ku perlahan namun masih didalam nada tegas.

“You ingat I pekak?” Neesa menjawab pula. Memang perempuan ini tak tahu adab agaknya.

“Kalau tak pekak, sila keluar sekarang! Leave my room,” aku perlahankan suara dari didengari oleh mama.

“Neesa, boleh you keluar? Tinggalkan I dalam bilik ni, please!” ucap Nia sambil unjuk ibu jari tepat ke muka pintu.

“Kau jangan nak biadablah Nia, kau ingat Attar layan kau macam tu kiranya kau dah menanglah? Heh, sorry aku takkan mengalah!” tekan Neesa kuat berbisik ditelinga Nia. Aku jeling Neesa dengan pandangan tajam!

“Whatever Neesa, aku dah boring dengan permainan kotor kau tu. Get out!” ujar Nia dalam suara yang ditahan-tahan. Geram benar dia pada Neesa agaknya!

“Tak guna kau Nia, kau ingat dan dengar sini baik-baik! Aku takkan beri kau peluang dan ruang untuk kau rasa bahagia! Itu janji aku, dan andai aku tak dapat, engkau jugak tak mungkin akan dapat!” bentak Neesa sambil mengorak langkah keluar dari bilik. Aku perhatikan Nia sekilas dan dia hanya tunduk memandang karpet biru laut, enggan melawan pandangan ku. Ugutan Neesa sedikit sebanyak menggetarkan Nia sementelah isteri ku ini pernah keguguran disebabkan perbuiatan Neesa tempoh hari.  Aku hela nafas perlahan, entah bila semua kemelut ini akan berakhir!

“Nia, tukarlah baju tu. Nanti turun ya,” ucap ku disambut anggukan kecil wanita itu lantas aku atur langkah mendekati mama. Menolak kerusi roda mama keluar dari bilik dan kembali merapatkan daun pintu.

“Mama kita turun ya,” gumam ku saat kerusi roda sudah mendekati lif yang terletak berdekatan tangga.

“Attar, boleh mama tanya sikit?” gumam mama meminta kebenaran ku untuk bertanya. Hairan pula dengan gelagat mama kali ini, jika dahulu tidak pernah mahu bertanya! Membuat keputusan dan menetapkan sesuatu yang dikehendakinya tanpa ada sebarang perbincangan tetapi kali ini mama lebih berdiplomasi berbanding dahulu. Hmmm satu perubahan yang bagus pada perkiraan ku.

“Mama nak tanya apa ni?” aku garu kepala yang tidak gatal. Cuba meneka di dalam hati tentang perkara yang ingin ditanya oleh mama.

“Kenapa Nia pakai baju Attar?” pertanyaan mama buat aku tersenyum malu.
“Attar pun tak tahu, Nia kata dia suka bau badan Attar!” ucap ku sudah malu-malu. Malu bila Nia enggan memakai bajunya sendiri. Katanya dia suka menghidu bau badan ku. Pelik sungguh perangai Nia sejak akhir-akhir ini.

“Kenapa pulak?” soal mama pelik. Aku diam seketika, sedang aku sendiri tiada jawapan untuk soalan mama. Mungkinkah disebabkan Nia mengandung hingga sikap dan perilaku isteriku itu sedikit sebanyak berubah?

 Malu juga ingin mengkhabarkan tentang kandungan Nia pada mama namun perasaan teruja ini masih lagi melonjak-lonjak dalam hati. Siapa yang tidak bangga jika diberi kesempatan untuk merasai nikmat bergelar bapa. Dan sejujurnya aku seorang lelaki sejati kerana mampu membuatkan isteri ku mengandung! Sungguh aku hebat! Tanpa sedar aku sudah memuji kehebatan diri sendiri.

“Pelik pulak sikap Nia hari ni ya Attar!” omel mama pelahan bagai bertanya pada diri sendiri.

“Err... sebenarnya Nia tengah mengandung ma! Baru dua bulan,” tutur ku lambat-lambat. Dan kali ini mama toleh ke sisi lantas menyentuh lengan ku perlahan menarik tangan ku itu agar berdiri berhadapannya pula.

“Betul ni Tar?” soal mama inginkan kepastian dan aku hanya mengangguk pelahan sambil tersenyum gembira.

“Pembawak budak agaknya!’ ucap mama seketika saat mendapat jawapan terhadap sikap aneh Nia sejak kebelakangan ini. Dan aku pula bagai terlupa dengan masalah tadi terus terusan melayan keterujaan mama.

 “Alhamdulillah, akhirnya dapat juga mama timang cucu sendiri! Seronok rasanya hati mama ni, bila due date?” tanya mama tidak sabar ingin mengetahui tarikh kelahiran bayi aku dan Nia.

“Mungkin awal tahun depan ma, Attar pun tak sangka yang Nia mengandung lagi! Kali ni Attar kena jaga Nia sebaiknya ma, tak sanggup terjadi macam dulu!

Yang terjadi dulu semuanya disebabkan Attar yang cuai,” ujar ku kesal dan mama juga pamer riak kecewa dan terkilan.

“Bukan salah Attar, tapi semuanya salah mama, kalaulah mama tak buat keputusan terburu-buru pasti Neesa tak ada dalam rumah ni. Tak menyakitkan hati anak mama ni dan tak susahkan hidup kita sekeluarga!” ujar mama penuh dengan rasa kesal yang tidak sudah.

“Perkara dah jadi ma, semuanya dah pun kita lalui!” sahut ku agar mama tidak terus terusan berasa kesal. Sejujurnya kehadiran Neesa yang gemar membuat onar dalam keluarga ini cukup membantu menjernihkan hubungan aku dan mama yang dahulunya pernah berantakan.

Dan kerana kedegilan dan keras kepala wanita itu juga aku semakin tabah berhadapan masalah yang mendatang. Wanita yang tampak sering kali mahu menjatuhkan dan menyakiti aku itu sebenarnya sedang cuba melatih aku menjadi seorang lelaki yang tabah dan kuat!

“Attar jaga menantu mama baik-baik, tak sabar mama nak timang cucu sendiri! Attar pun tahu yang mama dapat Attar lambat, kawan-kawan mama kebanyakkannya dah timang cucu. Mama sorang yang masih tak ada peluang nak timang cucu sendiri,” lirih suara mama buat aku tersenyum.

“Anak kawan mama semuanya dah masuk umur 30-an, anak mama ni je baru masuk 24! Muda lagi ma! Lagipun mama kahwin dengan abah bukannya terus dapat Attar!” ucap ku buat mama senyum seketika.

“Ya baru mama teringat, bertahun-tahun mama usaha nak dapatkan Attar. Dari berubat cara moden hinggakan ke kaedah tradisional. Tak juga berkesan, akhirnya mama dah putus asa! Ulang tahun ke sebelas perkahwinan mama, baru mama dapat khabar gembira yang mama mengandungkan Attar!” sampuk mama menceritakan bagaimana  perasaan dan naluri seorang wanita yang begitu mendambakan anak ketika itu.

“Hmmm.... sebab sayangkan Attar teramat sangat, mama mewahkan Attar  dengan duit tanpa tanggungjawab dan pegangan agama. Berdosa mama!” ucap mama kembali lirih.

“Mama, jangan macam ni! Sekarang Attar dah berubah, kita sama-sama dah berubah ma. Cuma apa yang perlu kita buat, just jalankan tanggungjawab kita pada agama. Itu je matlamat kita dihidupkan di atas muka bumi ni ma,” ucap ku tidak mahu mama menyesali perbuatan lampaunya.

“Betul tu, mujur mama diberi kesempatan untuk sedar semua ni sebelum terlambat. Mujur ada Nia dan ada Aiman!” tutur mama buat aku tersentak. Aiman, sebuah nama yang cukup dan tidak aku gemarkan sama sekali.

“Mama jangan sebut pasal Aiman depan Attar! Attar tak suka ma!” gumam ku tanpa nada. Mama pula tersengih melihat wajah aku yang masam mencuka.

“Jangan cemburu sangat Tar, nanti baby terikut perangai ayah dia ni!” usik mama buat aku tersenyum kembali.

“Ishh takkan kut,” soal ku tidak percaya.

“Sungguh mama tak tipu,” sambut mama masih lagi tersenyum.

Kerusi roda mama ku bawa masuk ke dalam perut lif lantas butang G ku tekan laju. Bunyi dentingan kedengaran serentak itu juga pintu lif terbuka langsung aku sorong kerusi roda mama menuju ke ruang tamu di mana Neesa dan Aiman sedang duduk bertentangan.

“You tak sepatutnya pakai kuteks, you tahukan yang kuteks jenis ni tak serap air. Lagipun, you nampak cantik semulajadi tanpa pewarna kuku,” Tegur Aiman perlahan, penuh berkhemah saat melihat Neesa menyapu kuteks pada kuku jari-jemarinya.

“Seriously?” soal Neesa bagai tidak percaya tatkala Aiman mengatakan dia cantik tanpa mengenakan pewarna kuku yang merah garang itu.

“Sure, kuku tanpa pewarna cukup cantik dan kalau you nak tengok kulit you di syurga nanti you boleh tengok pada kulit kuku you sekarang ni! Putih kemerah-merahan. Hanya itu yang tinggal selepas Nabi Adam diturunkan ke bumi. Jadi you tak cantik if warnakan your nails dengan warna yang pelbagai ni,” gumam Aiman dalam susunan kata yang sedap di dengar.

“Hishh... nonsense!” gumam Neesa sambil berpeluk tubuh. Aku yang mendengar tutur bicara Aiman segera memandang kuku jari jemari ini. Ya, kelihatan putih kemerah-merahan! Tidak dapat tidak, aku akui Aiman mempunyai pengetahuan yang luas tentang kejadian manusia.

Aku masih senyap berdiri dibelakang mama dan kali ini mata Neesa yang sedang tajam menerpa wajah ku seketika.

“Hah, tadi you nak ajak I gaduh bukan? Sekarang jelaskan kenapa you tinggalkan I dalam bilik! You tahu yang I tak sihat, kenapa you boleh layan Nia pulak?” soal Neesa garang. Dia bangkit lalu berpeluk tubuh.

“Neesa, tak elok cakap macam tu depan suami!” tegur mama perlahan.

“Mama, jangan masuk campurlah! Ini urusan Neesa dengan Attar, mama tak ada kena mengena!” jawab Neesa selamba.

“Siapa kata mama tak ada kena mengena? Attar anak mama, sedar diri sikit!” sampuk Nia yang baru tiba di ruang tamu perlahan.

“Kau diamlah Nia, tak payah nak masuk campur! Tutup mulut dengan tudung labuh kau tu!” bentak Neesa cuba membakar amarah Nia.

“Sepatutnya pakaian kau yang macam sarung nangka tu kau tutup dulu, baru boleh tegur aku!” sahut Nia tanpa nada sambil mendekati mama yang menjadi pemerhati kes pergaduhan aku bertiga malam itu.

“Eh, suka hati akulah! Dosa aku Attar yang tanggung!” aku angkat wajah, memang wanita dihadapan ku ini mahu aku diheret ke neraka atas setiap perbuatan dia agaknya.

“Mind your words Neesa, cakap jangan sesedap mulut berbicara!” gumam Nia perlahan. Siapa Neesa yang sesuka hati mahu melepaskan dosa yang dilakukan kepada insan lain terutama sekali lelaki yang bergelar suami. Memang Neesa sudah salah konsep!

“Kau ingat aku tak sekolah agama?” bidas Neesa buat Aiman yang masih duduk bersandar di sofa tersenyum sinis.

“Yang kau senyum-senyum ni kenapa? Setiap petang memekak dengan kelas mengaji dia! Bising tahu tak!” rungut Neesa sudah mula mengaitkan Aiman di dalam pergaduhan mereka malam itu.

“By the way, Madam Neesa..... bila husband you dah nasihat dan dah menegur perbuatan you. If you still tak berubah itu bermaksud segala dosa you akan ditanggung oleh diri you sendiri. Dalam Islam tiada istilah dosa ditanggung oleh orang lain. Minta maaf jika saya tersalah,” gumam Aiman penuh lemah lembut dalam berbicara.

“Hey, kenapa dengan semua orang dalam rumah ni. Nak jadi ustaz bagai! Tolonglah!” jerit Neesa panas hati dinasihati dan dibidas oleh Aiman dan Nia sedemikian. Kali ini dia sudah bercekak pinggang pula!

“Whatever Neesa, now you tak sihat, jadi apa kata you naik ke bilik you, than you tidur! Baby you dah letih tengok mummy dia terjerit sana terjerit sini. Tolonglah Neesa jangan buat sesautu yang merugikan diri you sendiri.” Ucap ku agar dia mengerti bahawasanya dia sedang menganiaya diri sendiri dengan menagih cinta dari aku yang tiada hati padanya.

“Neesa, masuk dalam bilik than berehat. Kandungan tu dah sarat, nanti apa-apa terjadi semua orang susah hati!” gumam mama cuba memujuk wanita itu. Aku kerling Nia yang masih setia di sisi mama. Isteri ku itu hanya mengenakan tudung dan  jubah yang tampak ringkas tanpa padanan sulaman mahupun manik-manik dan sesuai dipakai untuk waktu malam begini.

Uweekkkk...!!! sekilas aku yang sedang menekur lantai memanggung wajah mencari arah datangnya bunyi tersebut. Dan tidak semena-mena Nia berlari menuju ke dapur, aku bingkas mengejar dan dari ekor mata aku sempat perhatikan riak wajah Neesa yang nyata terkejut.

“Nia, kau mengandung!!!!” tebak Neesa kuat. Tubuh yang bersandar di muka pintu dapur itu ku perhatikan sekilas sambil tangan masih lagi mengusap belakang Nia perlahan-lahan.

“Ya, dia mengandungkan anak I! Coming soon, I akan jadi daddy!” ucap ku sedikit berbangga. Wajah tanpa reaksi itu ku perhatikan lama dan buat seketika Neesa memalingkan tubuhnya dan bergerak menuju ke ruang tamu. Ada senyuman sinis terpamer di pinggir bibir itu!

“Yang, okey tak ni? Nak abang hantar sayang ke klinik?” soal ku cemas melihat Nia muntah-muntah sebegitu. Usapan lembut masih aku teruskan melekat dibelakang tubuh Nia, biar isteri ku ini merasai perhatian yang ku hulurkan padanya.

“Its okey, sikit je! Normal untuk kandungan yang masih baru ni bang.” Balas Nia memicit kepalanya dengan sebelah tangan.

“Sayang nak muntah lagi?” soal ku dekat ditelinga itu dan kali ini Nia hanya menggeleng lemah.

“Duduk dulu yang,” aku pimpin Nia hingga ke meja makan di tengah ruang dapur, lantas kerusi ku tarik laju memberi ruang kepada Nia untuk duduk.

“Sayang sakit ni, meh sini abang picitkan!” tawar ku segera menarik tangan kanan Nia dari terus menyentuh kepala. Jari jemari kasar ini terus ku larikan disekitar kepala Nia, memicit agar urat yang meregang tadi  kembali reda seperti  sedia kala.

“Ada kurang tak?” soal ku setelah agak lama memicit.

“Sikit,” jawabnya sepatah.

“Jom abang hantar sayang ke bilik, rehat dalam bilik ya!” gumam ku membantu Nia bangkit dari kerusi lantas perlahan-lahan aku papah tubuh itu menuju ke lif. Mama dan Aiman yang masih berbual di ruang tamu memerhatikan aku dan Nia sekilas.Rapat sungguh mama dan Aiman, hairan pula aku dibuatnya, namun untuk bertanya lanjut aku sudah tiada kesempatan berbuat demikian sedang Nia pula tidak sihat. Esok masih ada dan masih panjang! Peluang untuk bertanya masih terbuka luas!

“Ma, Attar naik dulu ya!” ujar ku disambut anggukan kecil dari mama. Tentang Neesa, tiada pula bersama mama! Entah di mana pula dia berada?

P/S: maaf atas kekurangan entry ini. leave komen ya! :)

9 comments:

  1. ni mesti ada konflik lagi bila neesa tahu nia mengandung kn...

    ReplyDelete
  2. best bile la neesa nak nyah dari hidup diorang
    mati beranak ke

    ReplyDelete
  3. Okay, suka sgt tahu yg Nia pregnant. Taku tpula Neesa buat sesuatu terhadap kandungan tersebut. Harap-2 kali ini segala rancangan Neesa x berjaya mematahkan semangat Nia dan Attar. x sabar nk tggu n3 baru.

    ReplyDelete
  4. hayyo asal rase cam seram sejuk jeh nih ek? rase cam Neesa ade plan jeh kat Nia n Attar. wallauweh. memg psiko minah sorg nih

    ReplyDelete
  5. ish..neesa nie de la 2 plan nk kn kenakn nia nti..ble plak la neesa nie nk insaf

    ReplyDelete
  6. neesa mst de plan jhat ag kn nk kenakn nia ag,ble plak neesa nie nk insaf plak

    ReplyDelete
  7. tq atas komen anda.. banyak tanda tanya ek? tunggu aje la... kesudahan cerita ini. tapi cerita ni happy ending. jangan risau okeh ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu ke cik Aulia Iman ? wah ... lagi tak sabar nak baca !!!

      Delete
  8. janganlah neesa ade plan bukan2..biarlah nia dengan attar bahagia..

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.