Wednesday, 27 June 2012

CINTA DIHUJUNG NODA 31

Semoga terubat rindu pada sesiapa yang merindu CDN ini....




 
CDN 31
“Nia, tidur dula ya sayang! Abang nak turun sekejap, dahaga. Nak apa-apa tak? Boleh abang ambilkan nanti?” ujar ku sambil menjatuhkan langsir yang tadinya kemas terikat. Usai menjatuhkan langsir, aku lurutkan sedikit kain itu agar kedut kesan terikat tadi hilang sedikit.

“Rasanya tak ada apa-apa, Nia tidur dulu ya! Kepala ni berat sangat,” balas Nia sambil menarik selimut hingga ke paras dada.


“Ermm... abang turun dulu! Kejap lagi abang naik balik,” tutur ku sambil menuju ke muka pintu dan daun pintu ku selak sedikit, seketika langkah ku terhenti dan wajah ku palingkan pada Nia yang sedang memerhatikan aku di situ.

“Ermmuuuuahhh,” aku layangkan ciuman terbang buat Nia dan dia tersenyum sambil menekup mulut.

“Ishhh.... gatal!” dia mencebik seketika namun tidak lama kemudia dia kembali  pamer senyuman manis pada ku. Aku juga tersenyum lalu segera menapak keluar.

Tombol pintu bewarna kuning keemasan itu, ku tarik dari luar lantas tertutup kembali daun pintu yang tadinya terbuka luas.

Sengaja memilih jalan jauh, anak tangga itu aku turuni berhati-hati dan mata ini juga seakan membesar melihat keadaan yang tak sepatutnya aku lihat dari seorang wanita yang sedang sarat membuntingkan zuriatnya sendiri.

“Neesa, apa ni?” soal ku perlahan. Malas sudah terjerit dan terpekik dengan wanita yang masih sama seperti dahulu, tidak sekali pun pernah berubah .

“Smoking!” sepatah jawabnya jujur. Aku geleng kepala melihat tindakannya waktu ini, dengan seluar paras peha, baju tanpa lengan dan rokok yang masih menyala di celah jari. Dia kelihatan selamba menyedut asap tipis itu tanpa rasa bersalah pada kandungannya yang sedang berkembang subur di rahim.

“Bak sini,” pinta ku sambil sua tapak tangan tepat ke hadapan wajahnya.

“Nope,” jawabnya sekali lagi sambil menyembunyikan tangan yang sedang mengepit rokok yang bersisa separuh itu ke belakang badan.

“Neesa, kenapa merokok pulak ni? You pregnant, jaga kesihatan baby you jugak!” aku turut duduk melabuhkan punggung bersebelahannya sambil mata masih menancap pemandangan luar rumah melalui dinding yang diperbuat dari cermin itu.

“I sihat ke... I tak sihat ke... tak ada siapa yang peduli! Tambah pula, Nia dah pregnant! You pun akan jadi daddy tak lama lagi. So, apa gunanya I pada you?” soalnya perlahan sambil cuba menyedut kembali rokok yang disembunyikan tadi.

“Nope, you tak boleh merokok! I tak suka perempuan merokok,” tutur ku masih cuba berlembut dengan Neesa. Rokok itu ku leraikan dari celah jari yang cuba dikemaskan agar tidak terlepas ke dalam peganganku. Namun siapalah dia untuk melawan kudrat dari aku seorang lelaki yang sememangnya dikurniakan kudrat yang kuat melebihi kudrat seorang wanita.
“Neesa, boleh I tanya you something?” gumam ku sambil bahu itu ku peluk sedikit. Ya, dia masih isteri aku! Sejahat mana dia, dia tetap dibawah tanggungjawab aku! Nia juga sudah sering mengingatkan aku tentang hal itu, cuma hati ini yang masih berdegil menolak takdir yang tersurat.

“Apa dia?” tanya dia masih tiada semangat.

“Dulu you serumah dengan Nia right? Macam mana you all berdua boleh kenal?” soal ku sambil hela nafas perlahan dan dia yang masih terlentok di bahuku segera menegakkan tubuh perlahan-lahan.

“Nia my best friend sejak sekolah rendah, semua benda I share dengan dia! Masuk sekolah menengah dia pindah ke sekolah agama dekat Pantai Timur, than lepas SPM dia sambung Sijil Tinggi Agama. Hmmmmm.... tahu-tahu dia dah sampai ke Mesir.” Gumam Neesa sambil kembali melentokkan kepala ke bahu ku.

“Than macam mana you all boleh jumpa lagi?” tanya ku yang sudah berminat ingin tahu kisah keduanya.

“Dua tahun lepas, I jumpa dia dekat taman permainan kanak-kanak. Waktu tu dia tengah menangis, so I ajak dia balik than tinggal menyewa dengan I sekali. Masa tu I pun tengah cuti semester!

Tapi sekejap, dalam sebulan dua dia ke Mesir semula sebab cuti dah habis! So dari situ I contact semula dengan dia!” beritahu Neesa tentang serba sedikit hubungan dia dan Nia.

“Maknanya, you kenal dia sebelum you kenal I lagilah?” soal ku meleret dan Neesa angguk kepalanya menjawab pertanyaan ku tadi.

“Kami kenal satu sama lain sejak sekolah tadika lagi Attar! Dia best friend I... yang selalu tolong I dalam kelas, sama-sama pergi sekolah fardhu ain dan selalu jugak backup I bila ada member-member kacau. Semua benda I share dengan dia, dan paling tak sangka suami pun I share dengan dia jugak!”

Neesa ketawa kecil sambil menggeleng kepalanya sekali. Lucu mungkin dengan kisah mereka yang suka berkongsi hingga suami juga terpaksa dikongsi dua.

“Entah dekat mana silapnya, dia jadi alim dan I pulak jadi jahat? Hairankan?” tanya Neesa buat aku diam seketika. Mungkin aku punca Neesa menjadi liar barangkali! Aku juga yang sering mengajarnya melakukan aktiviti berkunjung ke kelab malam hingglah mengenali barang-barang yang terlarang. Semuanya aku yang perkenalkan pada dia, jadi wajarlah andai aku dipersalahkan.

“I cemburu dengan hidup dia, semua perjalanan hidup dia nampak sempurna! Tak ada masalah, bahagia dan nampak teratur!” gumam Neesa lagi.
“Maksud you?” soal ku tidak mengerti.

“Dia dapat kasih sayang you Attar, dia dapat kasih sayang mama... dia juga dapat perhatian Mak Mah dan Pak Deris! Semuanya dia ada, I pulak? I tak ada apa-apa, mama pulak dah tak ada.... papa pulak langsung tak ingatkan I lagi!” lirih Neesa bersuara dan waktu ini aku nampak sisi lain seorang wanita yang sebelum ini cukup tegar melawan kata ku dan cukup biadap menjawab segala tutur bicara ku dahulu.

“You ada I, you ada baby!” ucap ku sambil cuba memujuk dia dan mengingatkan dia tentang anak yang sednag dikandungnya itu.

“Tapi I tak nak baby ni, I tak suka dia!” jawapan Neesa buat aku tersentak.

“Kenapa you tak nak? Bukan semua perempuan diberi peluang untuk mengandung...” tutur ku cuba memujuk wanita itu.

“I benci anak ni, I tak suka dia!” ujar Neesa sedikit kuat buat aku kaget dengan perubahan mendadak dia kali ini. Dia bangkit dan aku juga lakukan hal yang sama.

“Kenapa you nak benci baby tu? Yang salah you, bukan anak tu!” ingat ku pada dia. Dia tegakkan tubuh lantas segera berpaling lalu melangkah naik meninggalkan aku sendirian terkulat-kulat di situ.

Pelik sungguh dengan perlakuan Neesa, ingat ku dia sudah insaf rupanya segala telahan ku salah belaka. Lantas aku atur langkah menuruni anak tangga menuju ke dapur.

Peti sejuk ku hampiri dan botol  mineral kecil ku gapai lalu ku tutup semula pintu peti sejuk.

Langkah kaki ku atur pula menuju ke kolam renang, terasa tubuh yang pansa bagai minta disejukkan. Aku tenung dasar kolam yang membiaskan cahaya dari sinaran lampu anjung yang terang benderang. Penutup botol mineral ku buka perlahan lalu ku teguk airnya, hilang dahaga buat seketika. Sesaat kemudian, aku letakkan botol mineral ke atas meja yang tersedia di tepi kolam dan langkah kaki ku atur menuju ke bilik persalinan berhampiran bilik air di tepi kolam renang.

Swimming trunk ku gapai lantas seluar ku londeh dan ku ganti dengan suit renang itu.

Tanpa sedar aku sudah berendam di dalam kolam sambil berenang-renang! Untuk seketika aku rehatkan tubuh di tangga kolam dan aku sandarkan tubuh ke di situ. Stamina yang satu masa dahulu berada di tahap terbaik kini semakin merudum, mudah benar aku lelah kali ini.

“Hebat!” tutur satu suara dari arah belakang dan aku palingkan wajah mencari suara itu.
“Aiman! Buat apa dia dekat sini?” tebak ku bergema di dalam hati.

“Hebat juga renangan buaya tembaga!” tuturnya sinis dan aku ketap bibir dengan kata-katanya kala ini.


komen ;)


9 comments:

  1. BANYAK-BANYAK BUAYA, BUAYA TEMBAGA DIA CAKAP KAT ATTAR.. :)

    ReplyDelete
  2. Sape Aiman sebenarnya, sampai begitu sekali dia gelarkan Attar "Buaga Tembaga" . Entah-2 Aiman pemuda yang ada hati kat Nia masa dia org kat Mesir kot..

    ReplyDelete
  3. aik npe ttbe aiman jdi len nie,bkn aiman ke yg ajar mak attar kn..mst de kish dsbalik nie kn

    ReplyDelete
  4. Aiman is the devil with angel face kan...satu lagi musibah for Attar kerana kebodohan dia menilai seorang kawan....memang lelaki dayus....

    ReplyDelete
  5. ngeri la plak ngan Aiman nie
    org jahat memangla kita agak takut tp kita leh agak sejahat-jahat orang apa dia leh buat
    tp kl org yg nmpk baik tp dlm sebenarnya jahat, xtercapai akal apa dia leh wat

    ReplyDelete
  6. cik Aulia Iman boleh tak upadted panjang2 sikit ? seriously , saya tak puas baca hihihi ... manyak songeh betulla saya ni kan ? bolehkan ... kan ... kan ... *kedip2 mata like spongebob

    ReplyDelete
  7. ish makin suspen la plak... kenapalah aiman ni panggil attar buaya tembaga kalau buaya darat baru la ada kat kamus ni buaya tembaga??? apa apa je lah asalkan cerita bab 31 ni ok :O :) :D

    ReplyDelete
  8. buaya tembaga x makan org hihi.....
    susah sikit nak masukkan entry pnjg2 skrg
    kekangan masa. saya sedang exam hihi ;)

    ReplyDelete
  9. aiman jeles la tu.

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.