Tuesday, 10 July 2012

CINTA DI HUJUNG NODA last entry


hai semua, rindu CDN tak? okey ni entry kemuncak plot cerita ni.
lepas tu saya tak update dah cerita ni . maaf ye ;)

Episod klimaks. eh ye ke? ye kot!

“Abang... dah subuh-subuh macam ni baru abang balik, abang kemana?” tanya Nia sebaik aku menapak masuk ke dalam bilik yang suram berteman cahaya lampu. Aku diamkan sahaja pertanyaan Nia, lantas langkah kaki ku atur mendekati almari. Tuala yang tersangkut kemas ku gapai laju, lalu ku pusingkan tubuh untuk bergerak ke bilik air namun Nia menahan. Pegangan lembutnya di lengan ini ku perhatikan sekilas sebelum ku kalihkan pandangan ke arah lain.

“Abang kemana ni?” tanya dia sekali lagi. Aku masih tetap diam.

“Abang.... Nia tanya abang ni. Abang kemana? Abang dah solat subuh?” sekali lagi dia masih lembut bersabar dengan karenah ku. Aku batukan diri, tidak tahu apa yang harus aku lakukan saat ini.

“Abang, tadi Erin ada call! Dia tanya abang dah sampai rumah atau belum? Abang dengan dia kemana?” pertanyaan itu berbaur curiga dan aku sedikit lega dengan keadaan sebegitu.


“Nia rasa abang kemana dengan Erin sepanjang malam?” aku tanya dia kembali. Jelas raut wajah yang masih bersarung telekung itu kelihatan sedikit tersentak.

“Abang keluar bual-bual dengan Erin ya? Takpe Nia tak kisah, Erin kawan abang jugak!” dia cuba menyedapkan hatinya sendiri dan aku ketawa sinis.

“Nia rasa setakat berbual je? Tak rasa lebih dari tu?” sengaja membakar hati dia yang masih tenang melayani sikap dan karenah ku yang semakin menjengkelkan saban hari. Tidak betah duduk dirumah hatta hujung minggu sekalipun, tiada lagi masa yang ku peruntukkan buat Nia mahupun Neesa dan bayi perempuannya. Dan tiada juga masa buat mama ataupun abah, masa yang ada hanya ku peruntukkan buat diri ku sendiri. Mencari ketenangan dan mencari petunjuk apa yang seharusnya aku lakukan saat ini.

“Abang, ni lipstik siapa? Nia tak pakai lipstik, dan ni perfume siapa? Ni bukan perfume abang, ini perfume perempuan!” curiga Nia akhirnya terserlah juga. Aku senyum sinis! Sengaja kemeja ini ku cemarkan dengan lipstik dan perfume milik Erin.

“So, Nia dah tahu apa yang abang buat? Kenapa nak tanya lagi?” aku tolak tangan itu dari melekap terus di tangan ini dan langkah kaki ku atur memasuki bilik air. Nyata dia tergamam dengan perubahan aku yang makin kasar, dan bagi ku biarlah dia berfikiran sedemikian. Aku ada sebab atas semuanya!
Usai membersihkan diri, aku keluar dari bilik air dan menapak mendekati almari pakaian. Semuanya sudah tersedia di atas katil namun aku enggan sama sekali memakai pakaian yang disediakan Nia. wanita itu entah dimana waktu ini? Mungkin di bawah menyediakan sarapan seperti biasa.
Aku dekati cermin solek, aku perhatikan seraut wajah yang sudah mati serinya. Ya wajah ini tidak lagi bercahaya seperti dahulu.

Keputusan sudah ku bulatkan, biarlah Nia patah hati sekalipun, ini jalan terbaik buat aku dan dia bahkan buat masa depan dia juga. Setelah keyakinan dan kekuatan bersatu, aku gagahkan langkah kaki menuruni anak tangga. Kesemua mata memanah tepat ke arah ku. Aku tetap selamba dan beriak tenang, sedang di dalam hati resah dan pedih itu sudah bersatu.
Aku kini berdiri di hadapan Nia, dan seluruh isi banglo mewah tiga tingkat ini. Aku perhatikan raut wajah mereka satu persatu.

“Nia, aku ceraikan kau dengan talak satu sebaik anak tu lahir,” bicara ini akhirnya keluar juga dan seperti yang aku jangkakan, mereka semua tergamam dan tersentak dengan keputusan mendadak ini.

“Apa Nia salah pada abang, abang kenapa buat Nia macam ni bang? Apa salah Nia,” raungan Nia buat aku sebak dan sedih. Aku tidak sepatutnya berada di sini, hati ku tidak kuat berhadapan dengan semua ini. Ini jalan yang terbaik untuk aku dan Nia dan lebih tepat untuk Nia dan anak yang sedang dikandungkannya ketika ini.

“Attar apa ni? Talak bukan boleh dibuat main, Nia mengandung! Apa ni Attar,” marah mama kuat bergema di ruang tamu. Abah juga begitu, dan Neesa yang sedang memangku bayi yang berusia enam bulan itu juga turut terkedu. Perlahan-lahan bayi perempuan bernama Puteri Qalisya Abdullah merangkak menghampiri ku saat Neesa melepaskan bayi itu ke bawah. Aku sambut tubuh kecil itu dan aku kucup perlahan pipi gebu itu. Air mata yang bergenang ku seka perlahan! Aku tidak mahu mereka melihat aku terluka dalam keadaan sebegini. Cukuplah andai aku seorang yang menanggung pedih ini sendiri.

“Anak daddy jangan nakal-nakal, jaga mummy dengan aunty Nia. Bila dah besar nanti jadi anak yang solehah,” ucap ku berbisik di telinga kecil bayi perempuan milik Neesa. Bayi perempuan ini lahir pada usia perkahwinan ku bersama Neesa mencapai enam bulan. Dan kerana tidak cukup bilangan enam bulan sepeuluh hari, dia tidak boleh ‘berbinti’ kan aku dan haruslah begitu kerana anak ini bukanlah anak dari benih ku. Namun aku tumpahkan kasih sayang kepadanya persis dia adalah zuriat ku sendiri dan aku cukup menyayangi tubuh kecil ini.

“Attar, apa yang you buat ni?” soal Neesa mendekati aku. Neesa masih isteri ku dan mama mahukan dia terus tinggal di rumah ini setelah melahirkan Qalisya, sekurang-kurangnya wujudnya Qalisya mengurangkan rasa sunyi mama setelah Neesa keluar membantu aku di pejabat manakala Nia pula menguruskan butiknya di Shah Alam.

“You tak happy Neesa? Bukan ini yang you mahukan?’ soal ku masih tidak memandang wajah itu. hanya Qalisya yang singgah di hati dan minda ku saat ini. Nia yang sudah lama rebah di dalam pelukan mama hanya diam dan meratapi keputusan tiba-tiba ini.

“I tak pernah suruh you ceraikan dia, kalau dulu itu mungkin! Tapi lepas I lahirkan Qalisya, I tak mintak semua tu Attar. Cukuplah you tumpahkan kasih sayang you pada Qalisya! Dia perlukan kasih seorang ayah, tentang I..  semua tu dah tak penting. Hanya Qalisya keutamaan I, tapi kenapa you buat macam ni?” tanya Neesa saat aku masih enggan membuka bicara. Biarlah sebab ini hanya aku sahaja yang mengetahuinya, tak perlu sampai ke pengetahuan Nia mahupun sesiapa sekalipun.

“Kenapa I buat macam ni?” aku tergelak sendiri mendengar soalan Neesa.

“I serius, you tak sepatutnya main-main dalam hal sebesar ini Attar!” tegas Neesa bersuara.

“You tahukan betapa peritnya ditinggalkan orang yang disayangi saat diri tengah mengandung! I rasa semua tu Attar, I tahu perasaan sedih yang Nia tanggung! Please, explain! Jangan buat Nia macam tu,” pinta Neesa lagi sambil menarik lengan ku menjauhi ruang tamu.

“Tak ada apa yang perlu I explain Neesa! I tak cintakan Nia, dan I tak pelukan dia lagi!” tutur ku tegas namun di hati sebak ini datang menghimpit. Cuba ku tahan sekuat hati agar tidak sekali terbias di raut wajah.

“Habis... kenapa you tak ceraikan I? You sayangkan I lah macam tu?” soal Neesa tidak percaya. Sedikit sebanyak tutur bicara Neesa kedengaran menegejek ku pula.
Aku diam, mati akal untuk bersuara.

“Sudahlah Neesa, I nak naik atas! Jaga Qalisya elok-elok,” ucap ku sambil serah Qalisya ke dalam pelukan Neesa. Bayi ini merengek tidak mahu berenggang dengan ku, namun aku kuatkan semangat agar semua ini dapat ku tinggalkan segera.

Langkah ku atur menuju ke bilik dan beg pakaian yang terletak di atas almari ku gapai. Kemudian, beberapa helai pakaian ku masukkan ke dalam beg lantas beg yang kempis tadi kembali kembung. Memastikan semuanya kemas teratur, aku jinjing beg tadi lalu aku hampiri muka pintu, tombol ku pulas perlahan mahu mengatur langkah keluar dari kamar yang banyak menyimpan kenangan aku bersama Nia. Seketika langkah kaki terhenti, aku palingkan wajah menatap segenap ruang bilik, sebak dan syahdu singgah di hati namun segera ku usir pergi agar sedih dan pilu itu dapat ku buang jauh dari hati ini.

“Attar nak kemana ni?” soal mama cemas saat melihat aku menuruni anak tangga sambil sebelah tangan kanan kemas menjinjing beg pakaian.

“Attar nak keluar dari rumah ni, nak duduk sendiri!” tutur ku sambil cuba pamer senyuman. Namun kosong dan hambar sahaja. Aku kerling mama, sudah jauh dan banyak berbeza! Sejak Qalisya lahir, mama juga kembali pulih, mampu berjalan seperti biasa dan abah pula semakin kerap datang melawat mama dan Qalisya. Tentang Nia, perut itu semakin memboyot sedang aku tidak betah meninggalkan dia waktu-waktu begini, namun aku terpaksa lakukan semua itu demi dia. Aiman, lelaki ini masih meraih cinta Nia dan mungkin juga ini jalan yang dicipta untuk mereka kembali bersatu. Aku sudah jerih dan letih melayani keadaan seumpama ni berulang kali.

“Abang, abang tak sayangkan Nia?” tanya Nia menapak mendekati aku. Aku geleng kepala dan aku tatap wajah itu dengan pandangan kosong sekosong-kosongnya kerana aku tidak seharusnya tewas dalam permainan hati.

“Kalau abang tak sayangkan Nia, tolong sayangkan anak ni bang... dia perlukan abang!” pujuk Nia menyentuh lenganku. Air mata sudah merembes di pipi mulus itu, namun aku yang dipagut rasa duka ini masih lagi enggan berganjak. Biarlah ku kuatkan hati ini agar tidak mudah lemah dan berundur dari keputusan yang sudah dibuat.

“Aku lakukan semua ini bersebab Nia bukan kehendak aku! Tapi semua ni demi masa depan kau nanti!” aku pejamkan mata mendengar bicara hati yang aku harapkan Nia dapat memahaminya. Namun aku tahu, semua itu sia-sia. Nia tidak perlu tahu disebalik semua ini.

“Abang tak sayangkan Nia, cinta abang pada Nia dah lama berlalu! Abang dah penat nak tanggung semua ni, abang harap Nia terima dan redha dengan semua ni!’ tutur ku keras, sengaja mencipta benci di hati Nia. Dan aku mula melangkah untuk beredar.

“Abang... jangan tinggalkan Nia bang! Kesiankan Nia bang,” rayu Nia sudah melurut memeluk erat kaki ku.

“Sudah! Jangan menagis lagi, aku benci dengar kau menagis, aku benci!” ucap ku semakin deras dan Nia semakin bertambah pilu dan air mata itu juga semakin laju mengalir.

“Attar, apa ni? Tak baik cakap macam tu!” tegur mama sudah berdiri dekat dengan tubuh ku.

“Attar, kenapa ni nak? Apa yang jadi ni?” soal abah pula. Neesa hanya memerhati dan Aiman pula diam tidak berkutik di ruang tamu.

“Attar benci dia bah, sejak Attar kenal dia! Attar tak pernah rasa bahagia, dia bawa malang dalam hidup Attar! Dan Attar tak perlukan perempuan macam ni lagi! Tak perlu!” tutur ku kuat bergema namun perlahan pula pada ayat terakhir. Sungguh aku juga terluka menutur patah bicara seumpama ini pada insan yang benar-benar aku cintakan dirinya separuh nyawa.

“Sampai hati abang, sampai hati abang!” esak Nia lagi membuatkan aku semakin sebak. Sungguh aku tidak tergamak mengatakan ia di hadapan Nia namun aku tahu ini pilihan yang aku ada. Hati itu perlu ku patahkan walau apa cara sekalipun!

“Sudah jangan nak menangis, aku benci kau Farhanatul Nadia! Aku benci kau!” kuat suara ku bergema di seluruh ruang rumah tiga tingkat itu.

Panggg! Satu tamparan tepat mengenai wajah. Abah melayangkan tapak tangan tepat ke wajah ku. Aku gosok pipi yang terasa pijar dek tamparan kuat dari abah. Aku senyum sinis, cuba menerbitkan rasa benci mereka semua.

“Sedar sikit apa yang Attar cakapkan ni! Dia isteri Attar lagi selagi talak belum jatuh!” keras nada suara abah dan aku tahan air mata yang mahu gugur. Biarlah abah bersalah faham, biarlah mama bersalah sangka dan biarlah Nia memikirkan yang bukan-bukan tentang aku. Sejujurnya perit ini aku yang menangung sedirian.

“Attar, shall we move right now!”soal satu suara. Aku panggung wajah mencari pemilik suara itu, yang lain juga lakukan hal yang sama.
Shasha dan Erin berdiri di muka pintu mungkin juga menyaksikan adegan tadi.

“Attar kembali buat kerja lama? Betulkan?” soal Mama buat aku tersentak, lambat-lambat aku anggukan kepala. Biarlah, mereka menyangka aku berubah kerana hal ini. Mungkin ada sebabnya, dari bertindak tanpa sebab musabab.

“Astaghfirullahal a’zim! Attar, apa nak jadi ni? Apa nak jadi ni Attar!” marah mama kuat. Abah juga sudah memicit kepalanya yang terasa sakit, hanya Neesa sahaja masih tenang memerhatikan raut wajah ku dan wajah Shasha serta Erin silih berganti.

“Attar dah boring dengan cara hidup yang macam ni!” tutur ku pendek. Laju sahaja mama ambil beg yang ku letakkan di lantai tadi dan seketika dia kembali tegak memerhatikan seraut wajah ku lantas lengan ku digapai dan ditarik hingga melewati pintu utama. Beg itu dicampak ke tengah laman dan aku juga ditolak kasar keluar dari muka pintu itu.

“Berambus, keluar dari rumah mama! Mama tak nak tengok Attar selagi Attar tak kembli berubah!’ gumam mama dalam nada marahnya, aku terkesima namun aku bersyukur sekurang-kurangnya aku dibenci mama dan tindakan ini sedikit sebanyak akan menjayakan rancangan yang ku atur lama.

“Abang jangan tinggal Nia bang! Jangan bang.... Nia meluru mendapatkan aku namun saat itu saat di mana semua mata tertumpu ke arah ku. Shasha dan Erin datang membantu aku bangkit dan aku tolak tangan Nia yang masih melekat di bahu ini.

“Sudah Nia, mama tak mahu Nia merayu Attar! Biar dia teruskan hidup dia, selagi dia tak berubah! Mama takkan terima dia kembali ke rumah ni! Nia tetap ada mama, mama akan jaga Nia walau Nia bukan isteri Attar lagi,” pujuk mama meredakan sendu di hati Nia.

“Tapi Nia sayangkan abang, Nia mengandungkan anak abang! Mama please halang abang, Nia sayangkan abang!” sedu sedan Nia merayu aku cukup menyentap tangkai hati ini.

“Aku tak sayangkan kau lagi, pergilah! Aku tak nak hidup dengan kau lagi!” gumam ku dalam sebak yang semakin tidak tertahan.

“Nia tak kisah kalau abang tak sayangkan Nia, tapi Nia perlukan abang! Anak Nia perlukan ayah!” rayu Nia meluru ke arah ku kembali.

“Pergi, aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan kau! Aku benci kau!” aku kalih pandnagan ke sisi tidak kuat untuk melihat air mata yang semakin laju gugur di pipi mulus itu.

“Nia. Ke  sini! Ikut mama,” mama datang menarik Nia menjauhi aku. Pegangan kejap Nia di lengan ini juga dileraikan oleh mama. Pandangan mata antara aku dan mama bertaut seketika, serta merta aku tundukkan wajah, hati ku tercalar dan luka waktu ini.

Tidak semena-mena hujan turun selebat-lebatnya, aku angkat wajah menatap dada langit yang hitam dan suram seperti hati ku kala ini, dan air mata lelaki ini akhirnya tumpah bersama derai hujan yang lebat menggila.

“Nia, bangkit nak! Mari masuk, nanti sakit pulak,” mama angkat tubuh Nia yang sudah lemah kerana terlalu banyak menangis.

“Maafkan abang Nia, abang sayangkan Nia! tapi sayang yang abang beri sering kali teruji dan sakitnya cukup hebat. Abang tak sanggup heret Nia bersama kesakitan ini!” hati kecil ini bicara lagi.

“Attar, mulai hari ni mama tak izinkan Attar sentuh satu harta mama selagi mana Attar tak berubah! Mama haramkan!” ucap mama tegas. Aku masih lagi berdiri, tubuh ini masih lagi disimbah air hujan. Kulit yang terasa pedih ditimpa hujan ku biarkan begitu sahaja, kerana hati ini menanggung kesakitan yang lebih dahsyat!

“Sherry, apa ni? Tak baik cakap macam tu! Attar tu anak kita,” tegur abah melarang mama membuat keputusan dalam emosi yang tidak terkawal.

“Sherry tak suka dia kembali kepada perangai lama dia bang, dapat isteri baik diceraikan semata-mata nak buat kerja jahat tu! Sherry tak izinkan!” gumam mama menyebut perkataan itu buat kali kedua.

“Astaghfirullahal a’zim! Apalah nak jadi dengan semua ni. Neesa ambil Qalisya bawak masuk dalam, nanti demam pulak!” arah abah saat melihat Qalisya merangkak sampai ke muka pintu. Tempias hujan juga sudah mengenai wajah mereka yang berlindung di bawah garaj berhampiran muka pintu. Tentang Qalisya, mungkin bayi perempuan itu mahu mengucapkan selamat tinggal kepada daddynya ini.

Saat Neesa mencempung tubuh kecil itu, Qalisya menagis kuat, bagai enggan melepaskan aku pergi. Nia juga sudah teresak di bahu mama meratapi tindakan nekad ini. Aku angkat kaki yang terasa berat lantas kunci kereta ku letakkan di sudut meja kecil di garaj lalu beg yang sudah basah disimbah hujan ku capai dan ku jinjit perlahan menuju ke arah kereta Erin yang diletakkan di luar pagar.
“Attar, apa yang jadi sebenarnya ni? Aku tak fahamlah!” tanya Erin tenang memandu. Shasha yang pernah tertangkap dengan perbuatan kejinya bersama papa tiriku dahulu sudah banyak berubah bahkan lebih baik dari sebelum ini.

“Nah, ambillah tisu ni! Kalau kau nak sarung jaket tu ambiklah!” ucap Shasha sambil hulur kotak tisu ke arah ku. Aku sambut namun untuk membuka cerita tentang kisah sendiri terasa berat untuk dilafazkan.

“Tak apalah Attar, aku tak paksa! Kalau ada apa-apa yang kau perlukan, just contact je, kitorang datang! Mana yang boleh kitorang bantu, kitorang buatlah! Aku harap kau sabar ya!” gumam Erin tenang. Hati itu mungkin tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi, biarlah mereka meneka sendiri. Tidak sesekali untuk aku membuka bicara tentang hal ini lagi.

“Thanks Erin thanks Sha, nanti hentikan aku dekat sana ya!” unjuk Attar ke arah sebuah pondok bas.

“Eh, biarlah kitorang yang hantar kau!” protes Shasha buat Attar tersenyum kecil.

“Tak perlulah Sha. Aku rasa cukup sampai situ, selebihnya pandai-pandailah aku!” aku tolak pelawaan Shasha denga baik.

“Up to you. Aku tak nak paksa kau!”

“Thanks Sha,” balas ku perlahan.

Setelah kereta di hentikan, aku menapak lesu menuju ke pondok menunggu bas. Ingin mendapatkan teksi. Seketika teksi yang ku tahan berhenti dan aku melangkah mendekati kenderaan itu.

“Encik nak kemana?” soal pemandu teksi itu saat aku sudah duduk di tempat duduk penumpang.

“Wangsa Maju, apartment Kristal!” tutur ku dan dia angguk sahaja lantas memecut menuju ke destinasi yang ku katakan tadi.

Hari ini 25 May 2012, aku kembali semula ke rumah ini. rumah yang bertahun aku tinggalkan dahulu dan kini aku kembali untuk menetap di sini lagi. Beg pakaian ku letakkan di atas kusyen yang kelihatan berhabuk, dan dihujung deretan kusyen ini kelihatan sebuah kabinet kayu yang tersusun buku-buku sejak zaman sekolah ku lagi.

Sedang aku membelek buku-buku itu, terasa pandangan mata ku berpinar dan terasa bagai ada cecair mengalir melalui rongga hidung. Mungkin aku sudah selsema terkena hujan sejak tadi lagi. Aku seka cecair yang mengalir dengan sapu tangan yang pernah dihadiahkan oleh isteri ku Nia. apa yang ku jangkakan meleset sama sekali. Cecair merah itu sedang mencemarkan sapu tangan ini. Aku berpaling lantas aku dekati beg pakaian. Bekas kecil yang terkandung butir-butir pil putih itu ku gapai.


Sedutan episod CDN ;)
anda, sorry atas kekurangan entry ni.
tentang bagaimana Neesa berubah baik, bagaimana Aiman mengejar cinta Nia, bagaimana Erin dan Shasha kawan baik Attra semasa remaja kembali menjadi baik sekali lagi dan apa yg terjadi pada shark smeua tu akan ada diceritakan sebelum n slpas entry ni. tentang heroin Nia pula yang mengandung n ditinggalkan Attar pun ada juga. sebab n punca attar buat keputusan tu mungkin menyakitkan hati tapi percayalah ada sebab yng kukuh. jgn marah ek hihi...
ada masa saya akan masukkan entry cdn ni lagi apa kata layankan Penilai cinta sementara saya tak update cdn. 
oh lupa tq pada yg memberi setiap komen pada setiap entry saya. luv u much2 la.
ok. ;)

26 comments:

  1. pergh dik ..satu E3 yg meruntun jiwa..adakah mamat ni hidap cancer dan menghintung hari hari terakhirnya?

    ReplyDelete
  2. nape attar buat nia mcm 2....mesti ad penyakit kn.....hope crta nie kuar novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. errkk.. keluar novel ek?
      xkan kut huhu....

      Delete
    2. takkan tak keluar novel? frust la macam ni :(

      Delete
  3. i guest afftar ade penyakit maybe kanser. so dia lepaskan org yang dia sayang. well, biasanya ending yg sama dgn novel lain. Rasanya x salah kalau berterus - terang daripada menanggung derita keseorangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah saya akan buat kelainan. maaf ye kalau ada yg tersmaa dgn mana2 novel. ;)

      Delete
  4. ishh.. kot2 atar ni kena aids tak?
    takut la tu... berjangkit kat anak bini dia. iee seram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think u tak ikuti cite ni dari awal. Attar x mungkin ada AIDS coz dia tak pernah tidur dgn mana-2 perempuan kecuali Nia seorang. Maybe dia ada penyakit lain..

      Delete
    2. yup has_1209, attar bukan sakit aids or barah otak.
      ;) tq coz mengingati jalan cerita ni ;)

      Delete
    3. Of course dear, saya ni mmg hari-2 mesti jenguk blog you. Sbb tu sy ikuti semua cerita MS, CDN, dan terbaru APC.
      Suka sgt gn karya awak w/pun belum dicetak versi novel.
      Teruskan menulis, sbb sy peminat setia awk.

      Delete
  5. takkan sbb sakit je dia bawak diri cik penulis?
    i guest atar ni sakit hati dgn aiman kut.
    xpun dia dah betul2 menyampah dengan life dia tu... who knows?

    ReplyDelete
  6. atar ada aids ker cik penulis?

    ReplyDelete
  7. tak puas hati la.... nak tahu lebih2 lagi!
    please update cik penulis please.... sya nanges kang ;p

    ReplyDelete
  8. semoga atar tabah dengan penyakit dia.
    harap aiman x rampas nia.

    ReplyDelete
  9. suka . so bila boleh post kan lagi ? saya suka CDN je . please updatedkan cepat ... :(

    ReplyDelete
  10. attar sakit ke?? kesian dye sebb aiman dye mengalah..

    ReplyDelete
  11. Hurmmmm sedih plak...hmmm bila novel mengusung rindu nk kuar eh???

    ReplyDelete
  12. Frust sgt baca bab ini..Attar masih tak matang2 lagi...seringkali melukakan Nia. Mmg malang Nia...mengandung anak pertama gugur...mengandung anak kedua diceraikan suami....Walau apa pun alasan Attar mmg dia lelaki x bertanggungjawab....tinggalkan isteri & anak yg perlukan dia di sisi...Sepatutnya dia kena hadapi bersama bukan larikan diri....Mmg sgt emo baca n3 ini....

    ReplyDelete
  13. Aulia, episod kali ini mmg mantap. Sadey giler beb, x sangka Attar nk akhiri semuanya dgn meninggalkan Nia dan anaknya. That's bad you know, x suka bila jln cite kearah kesedihan. Agak-gaknya bila akan terbit versi cetak pula, tak sabar nk tahu kesudahan CDN ini. All the best dear...

    ReplyDelete
  14. attar sakit eh...tp xnk la cancer otak...sakit tu dah selalu sgt... sakit lain la baru thrill

    ReplyDelete
  15. banyaknya komen awak semua... sya menghargainya tqvm.
    actually 'ada la' mana boleh bagi tahu sakit apa... x thrill la kan...
    xper nak senang n nak bersama, kedua2nya perlu bekorban n susah2 dahulu..
    than.
    "DISEBALIK KESAKITAN ITU, TERSIMPUL SERIBU KASIH DARINYA"

    tq pengkomen semua.. luv u much2 la ;)

    ReplyDelete
  16. tindakan Attar tu kurang bijak seolah menunjukan dia lelaki yang brtfikiran singkat. kenapa perlu mengambil tindakan begitu? membuat keputusan yg tidak matang...

    ReplyDelete
  17. apesl x mau updte dah?? hbes CDN ni nak tamt kt sni ke atau vrsi cetak?? adussss......!!.. spoil lah cmni writer... huhu..

    ~miraamira~

    ReplyDelete
    Replies
    1. enth la miraamira...
      strmx da oky kah?

      Delete
    2. dah bkak blog writer ni..da oky la tu..

      ~miraamira~

      Delete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.