Saturday, 8 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 11


“Letihnya...” Taufiq menggeliat sambil mendepakan kedua tangannya. Lesu dan memenatkan setelah sepetang berada di tapak projek memantau perkembangan terbaru projek pembinaan bangunan kediaman yang berkonsepkan gaya inggeris. Sejenak Taufiq tersedar, kelibat Amira dicari. Batang tubuh itu tidak kelihatan sejak lelapnya tersedar. Gusar akan  keadaan Amira, Taufiq bingkas menapak menuju ke dalam bilik. Pintu bilik yang tertutup rapat di tolak laju.


“Apa awak buat ni?” soal Amira sedikit terjerit. Pakaian yang ingin disarung di tekap ke dada melindungi bahagian tubuh yang terdedah. Tuala yang melekat di tubuh hampir-hampir melorot jatuh. Taufiq terkaku namun jeritan kecil Amira menyedarkan dirinya, laju daun pintu ditarik rapat. Kaki dihayun menuju ke ruang tamu lantas punggung di labuhkan ke kusyen. Dadanya berombak kencang, tapak tangan ditekap ke dada. Denyut jantung kuat bergetar yang pertama kali dirasakan bagi mahu tercabut keluar. Taufiq sandarkan tubuhnya lalu siling diperhatikan lama. Masih terbayang tubuh Amira yang hanya berbalut tuala separas dada, dia ketap bibir.

Amira di dalam sana sudah disimbah rasa malu yang teramat, wajahnya terasa panas dengan aliran darah yang menyerbu ke seluruh wajah. Tidak menyangka tubuhnya akan terlihat sedemikian di hadapan Taufiq. Amira terduduk, rasa kecewanya menggunung tinggi. Cukuplah sekali itu, dia tidak rela seluruh tubuh yang berbalut itu menjadi santapan mata lelaki yang bernafsu buas. Dia serik dan dia enggan perkara sama berulang lagi. Pakaian tidur di sarung ke tubuh, rambut panjang mengurai dikeringkan dengan tuala lantas dibiarkan lepas bebas.

“Amira, kau nak ikut ke tak nak?” soal Taufiq dari luar bilik tidur.

“Kemana?” sepatah Amira membalas.

“Makan! Nak ikut atau tak?” sekali lagi Taufiq lontarkan pertanyaannya.

“Nak tapi malas!” jawab Amira enggan membuka pintu. Biarlah mereka berbicara sebegitu. Dia masih segan dan terasa malu berhadapan dengan lelaki itu.

“Malas tak payah makan!” gumam Taufiq mendatar suaranya.

“Lapar,” Amira adu keadaan dirinya pada Taufiq.

“Kalau lapar ikut aku! kalau malas kau tahanlah lapar kau tu!” ujar Taufiq yang masih berbaring di kusyen dengan menjadikan kedua lengannya sebagai alas kepala.

“Tolong belikan,” pinta Amira berharap Taufiq sudi membungkuskan makanan untuknya.

“Ah tak kuasa aku!” gumam Taufiq malas melayan.

“Yelah-yelah, saya siap sekarang!” akhirnya Amira bersuara juga. Rasa malas dan letihnya diketepikan demi perut yang meronta minta diisi.

“Cepat!” tekan Taufiq lagi.

Amira bersiapa ala kadar, sweater dan jeans berpotongan lurus digayakan santai. Snow cap diletakkan sedikit senget di kepala sambil rambut dibiar lepas bebas. Berpuas hati dengan penampilan diri, Amira berpaling lalu daun pintu diselak dan langkah kaki diatur mendekati Taufiq.

“Saya dah siap,” gumam Amira pendek.

“Hermm....” ulas Taufiq lantas berpaling menghadap Amira. Pandangan bertaut lama, Taufiq memerhatikan penampilan Amira yang ringkas namun sisi nakalnya masih sempat membayangkan tubuh Amira yang berbalut tuala seperti yang terlihat sebentar tadi. Amira menyilangkan kedua tangannya ke tubuh. Dia tahu akan maksud pandangan Taufiq.

“Eherm... jomlah!” ungkap Taufiq tersedar lalu mengalihkan pandangan ke arah lain. Seketika kemudian dia bangkit dari kusyen mendahului langkah Amira yang masih termangu di tepi dinding.

“Kita nakmakan apa?” soal Amira menutup rasa sepi antara mereka.

“Ikan bakar,” sepatah Taufiq menjawab.

“Dekat mana?” soal Amira lagi.

“Morib!” tutur Taufiq.

“Ohh....” hanya itu yang mampu diulas dengan patah bicara lelaki yang sedang memandu ketika ini.  Bicara Taufiq sepatah sepatah keluar bagai tidak berminat dengan isu yang diutarakan lantas wajah dipaling ke luar tingkap kereta, pemandangan waktu malam kelihatan terang bercahaya disimbah lampu neon yang bergemerlapan.

“Siapa Edri?” sepatah pertanyaan Taufiq membuatkan dada Amira bergetar tiba-tiba. Bagaimana Taufiq mengetahui nama lelaki itu. Amira gusar, jari jemari dielus kasar. Melalui ekor mata, Taufiq melihat raut wajah yang kerisauan.

“Tak perlu kau sembunyikan apa-apa  dari aku Amira, semuanya aku dah tahu dan aku dah jelas. Cuma apa yang ingin aku tahu dari kau, bagaimana kau terjebak dengan semua ni?  Aku mahukan penjelasan,” bisik hati kecil Taufiq berbicara sendiri.

“Amira, aku tanya kau! Siapa Edri?” ulang Taufiq membuatkan bahu Amira terhinjut menahan kejut. Tapak tangan di lekap ke dada. Terasa ada debar dan getar berlagu seiring. Perlukah dia berterus terang sahaja kepada Taufiq? Perlukah dia membuka aib sendiri? Wajarkah keburukan diri dipersembah kepada lelaki ini. Amira geleng kepalanya, dia tidak sudi dan enggan lagi diherdik dan dihina oleh lelaki yang memandang jijik ke atas dirinya. Biarlah duka itu disimpan dan dilontar jauh dari hatinya. Namun sejauh mana dia melangkah setinggi mana dia mendaki... rasa sesal dan bersalah itu tetap ada hingga tidak mampu lepas dari seksa hidup dan rasa kesal yang tidak berkesudahan. Amira ketap bibir tertunduk memerhatikan jari jemarinya. Sebak yang sentiasa mengheret hatinya dibiarkan berlagu di dalam hati.

“Amira,” panggil Taufiq sekali lagi.

“Saya tak kenal Edri,” tekad Amira tidak mahu menyebut sebaris nama itu.

“Aku kenal dia!” balas Taufiq menuturkan kata. Amira menoleh ke arah lelaki itu.

“Aku kenal dia, aku tahu apa yang terjadi antara korang berdua. Tak perlu sembunyi apa-apa dari aku lagi.” Amira telan liur. Benarkah Taufiq sudah mengetahui akan sejarah hitamnya? Amira palingkan wajah ke sisi kirinya lalu air mata yang bergenang di seka pelahan. Wajarlah andai Taufiq menggelarnya perempuan sundal. Segala hitam dan kelam masa lalunya sudah dapat di hidu lelaki itu. Amira ketap bibir, sedar  tiada ruang untuk dia berdamping dengan rasa bahagia walaupun hanya secebis  cuma.

“Maafkan aku!” sepatah Taufiq menutur kata. Amira menoleh, lelaki itu masih tenang memandu menghadap jalan raya. Untuk apa kemaafan itu?

“Aku minta maaf panggil kau yang bukan-bukan!” gumam Taufiq lagi. Amira mula mencebik, ikhlaskah maaf dari seorang lelaki yang pernah menghinanya suatu ketika dahulu.

“Dahlah, jom turun. Dah sampai!” Taufiq melepaskan tali pinggang keledar lalu pintu kereta ditolak dari dalam. Kaki sudah berpijak ke bumi, tubuh ditegakkan lantas bergerak sedikit menjauh lalu pintu kereta dirapatkan semula. Masih menanti Amira!

“Amira terkaku, benarkah Taufiq menutur kata maaf? Benarkah? Dia keliru dengan kata hatinya saat ini.

Tokk...tokkk Amira menoleh cermin kereta yang sudah diketuk oleh Taufiq yang mengisyaratkan dia keluar segera dari perut kereta.

Perlahan-lahan tali pinggang keledar dilepaskan dari memaut tubuhnya, keluar dari perut kereta dan beriringan dengan Taufiq menuju ke deretan kedai makan.

Meja yang terdapat di tengah-tengah kawasan kedai makan itu di hampiri lalu duduknya dilabuhkan di situ membiarkan angin dari laut menyapa wajah yang telah hilang kedamaiannya. Amira menolak rambut yang menutup pipi, wajah dipanggug. Seketika pandangan dia dan Taufiq bersabung. Laju anak mata dilarikan.

“Abang.... !” Taufiq menoleh. Amira juga!

“Abang dengan siapa ni?” soal Adila yang baru tiba bersama rakan-rakannya.

“Pergi dulu ya, Dila nak bual dengan abang Dila.” Adila tersenyum ke arah rakan-rakannya.

“Dila,” panggil Taufiq menahan rasa debar dalam dada. Tidak rela melukakan sekeping hati milik kekasihnya.

“Abang dengan siapa ni? Jauhnya makan...” ucap Adila bersama senyuman namun Amira sedar pandangan itu kelihatan berkaca. Wajah itu juga mendung walau sebaris senyuman terukir indah.

“Kawan. Dengan kawan! Saya kawan kerja Taufiq!” ujar Amira bagi pihak Taufiq. Dia tahu tidak elok andai menjadi orang ketiga pada kasih yang sudah lama bertaut antara keduanya. Tiba masanya nanti, dia akan tinggalkan Taufiq juga.

“Oh... ingatkan siapa tadi!” Adila tersenyum kembali ceria. Taufiq tertunduk, hatinya berbelah bahagi. Antara kasih dan tanggunghjawab. Dia tidak dapat memilih antara keduanya.

“Abang, nanti kita bual lagi. Hujung minggu ni kita keluar sama-sama ya,”  ujar Adila disambut senyuman kecil Taufiq dan anggukan kecil darinya.

“Maafkan aku Adila, aku tak pasti di mana berakhirnya hubungan cinta kita dan aku juga tak dapat meneka apa kesudahan perkahwinan ini.” hati kecil Taufiq dihambat sesal menduakan Adila dan mengikat Amira ke dalam hidupnya.

14 comments:

  1. salam membaca E3 ni..seakan akan rasanya seperti Amira telah diperdayakan oleh Edri dan mungkin telah dirogol tanpa kerelaannya maruahnya telah dipermain mainkan oleh Edri..Kalau tidak ..tak akan dia berasa sedih dan kesal dengan apa yang berlaku..Dilihat dari cara dia membesar bersama abangnya ... seakan kita tahu bahawa mungkin mmg dia terjebak kerana berkawan dengan orang yang salah..
    Akak rasa terkejut juga bila Taufik dapat menerima kehadiran Amira..mungkin setelah bersama dengannya beberapa hari dan melihat kelakuan Amira..mungkin dia telah sedar kesilapannya yg hanya menunding jari dan meletakkkan kesemua kesalahan itu dibahu Amira..sedangkan dia tahu..it's make 2 to tango..kan...
    Dimana juga ek perjalanan perkahwinan mereka..kerana 12 bulan adalah terlalu lama bagi Taufik untuk memperbetulkan diri Amira..Adakah dalam jangkamasa itu..dia tidak akan jatuh hati atau sayang pada perwatakan Amira...yg bukanlah sejahat mana dan segedik mana..Amira tahu membawa dirinya..contohnya bila diofis..dia boleh menyelar si Alisya dengan mengatakan bahawa dia isteri Taufik dan anak ownerkan dan juga bila berjumpa Adila..tapi dia pendamkan sahaja dan tau membawa diri..apatah lagi..bila memikirkan masa dikampung Taufik..Amira tetap menghormati ibu dan adik Taufik..dan juga bila bersama sama dengan Taufik..tak lah kelakuan macam perempuan sundal atau jalanng ..dengan menjaga kelakuannya bila bersama Taufik.. ..dia amat tertib..adakah ini semua akan diambil kira oleh Taufik untuk jatuh cinta pada Amira...Terujanya akak nak tahu kesinambungan citer ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... kak ida. dalam story ni saya jadikan Amira seorang agak kasar berbanding sebelum apa yg dah jadi pada dia dulu.
      ya, dia teraniaya... kemudian bercinta dengan lelaki telah bertunang n hampir berkahwin. tapi kisah lama terbongkar, tunang mira tinggalkan dia so taufiq jadi pengganti bersyarat.
      kira antara budi dan ganjaran taufiq terima amira secara bersyarat. anywr thanks sudi tinggalkkan komen untuk story saya ni. cukup mnghargai :)

      Delete
    2. Aulia, saya harap akan ada twist kat situ... Hope org yang menganiya Amira adalah Taufik.... Time itu Taufik tak sedar dialah org yang telah meragut kesucian Amira tanpa disedari oleh mereka berdua... Harap2x, twist ni akan menjadi tamparan yang lebih hebat kepada Amira and Taufik..

      Delete
  2. thank dek couse sudi gak terima komen akak yg entah pape,melalut je lebih!hihi.haila taufik!nape ye denyut jantung leh tergetar andai ati dn perasaan,tiada terdetik wat si isteri??nafsu tampa cinta atau nafsu yg berteras kn tanggungjawab?or nafsu yg seiring rase cinta?cuba dinafi kn dek ego!ati tk semudah itu melagu kn getar n debar walau bagaimane pn menampilan si isteri kalu jiwa tk sudi.istikarah lh taufik,n tepuk dada tu tanya lh ati.manusia ne bila di mata tk pandai menghargai,bila tiada akn redha kah ati mu taufik???jgn tergigit jari dh lh!wat mira biar lh dh ternoda,namun maruah tetap pelihara dek!sekelumit pun diati mira tk terbias utk merebut cinta pasangan kekasih tu biar pun mira berhak.payah gak ketemu luhur nye ati seorang isteri cam mira....muga mira akn di temukn kebahgian yg azali biar sape pn disisi.hope akak wat mira.....hehe.ur story so sad lh dek,make my emosi not feeling well..sory ye dek kalu akak terover....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe okey apa komen akak tu :)
      btw akhirnya taufiq akan jatuh cinta pada mira. hermmm.... dalam masa yg sama Edri dtg bagi harapan.
      bekas tunang mira persendakan dirinya dan taufiq melawan rasa ego menerima cinta isteri yg tiada seri dan bagaimana berhadapan dengn adila.
      apa pula syarat yg terpaksa mereka lalui bersama. sama2 kita nantikan ya :)

      Delete
  3. Lalalala.... Dlm hati Taufik, dah mula berputik benih2 menjadi bunga cinta... tak lama lagi, taufik jadi mat cintan - dlm hati ada taman ler.... Padan muka kalau dah terjatuh cinta dgn Amira... Sape suruh layan Amira macam kucing kurap.... Kan dah nak terkena panah asmara.... Lalallaala......

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu barulah taufiq tahu camne nak appreciate org lain kan :)

      Delete
  4. Aulia, saya harap akan ada twist kat situ... Hope org yang menganiya Amira adalah Taufik.... Time itu Taufik tak sedar dialah org yang telah meragut kesucian Amira tanpa disedari oleh mereka berdua... Harap2x, twist ni akan menjadi tamparan yang lebih hebat kepada Amira and Taufik.. Biarlah taufik sedar.. Queen...

    ReplyDelete
  5. arrrrrr best,,,, mesti nnti taufiq n amira jatuh cinta jugak! jyeahhhhhhh

    ReplyDelete
  6. Sedih dengan nasib Amira.... Amira sebenarnya seorang yang baik, tapi masa silamnya uang menjadikan Amira berubah terlalu jauh.... sekurang-kurangnya Amira ada berperikemanusian juga untuk menjaga hati Dila .... jika satu hari nanti bila tiba masanya Taufik melepasakn Amira baru Taufik tahu perasaan nya terhadap Amira kan .... kita tunggu masa tu .....hehehe
    setiap orang ada membuat kesilapankan termasuklah Edri dan Amira ... Taufik merasakan diri dia terlalu baik dan x ada membuat kesilapan ..... macam SUCI gitu.... Taufik Kalau nak marah dan memperbetulkan Amira lihatlah diri sendiri.... berterus terang dengan Adila dan kalau Adila sanggup terima apa yang sedang Taufik buat dan sanggup tunggu Taufik .... kak sue FOLLOW ja....

    ReplyDelete
  7. Taufiq jatuh cinta kat Amira. Mcm klise aje cite nih, so apa jadi kat Dila. Xkan Taufiq nak lepaskan macam tu aje, dh lupa pd janji mereka akan bersama.

    Edri, dia patut diberi peluang kedua. Pulihkan balik keadaan dan Amira terima Edri kembali. Taufiq bole teruskan hidup dgn Adila.

    Sama ada Taufiq jatuh cinta kat Amira ataupun kembali kepada Adila, hanya Aulia saja yg boleh jadikan jln citenya. So, sy akan sabar menunggu episod seterusnya.


    ReplyDelete
  8. mana sambungan nya..? lama dah tggu ni.. kat penulisan2u dah sampai bab 13 pun terbantut jer..

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.