Tuesday, 11 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 12



“Girlfriend awak?” soal Amira pendek. Taufiq di yang duduk bertentangannya hanya mengangguk kecil sambil mata tidak lepas memerhatikan Adila dari kejauhan. Kekasih hatinya sedang rancak berbual bersama teman-teman sekampus yang datang ke Morib ini untuk menikmati makanan laut yang segar. Tidak ketinggalan dirinya juga meminati makanan laut lantaran dibesarkan di sebuah pulau peranginan dan mudah untuk mendapatkan makanan laut yang segar. Jadi tidak hairanlah saban minggu pasti Morib menjadi destinasi wajib makan malam bagi Taufiq yang gemarkan udang dan sotong bakar.

“Cantik!” puji Amira turut melihat gadis kesayangan hati Taufiq dengan sebuah senyuman.


"Apa pun thanks,” ucap Taufiq bangga kekasih hatinya mendapat pujian. Senyuman masih terukir indah di pinggir bibir itu membuatkan Amira juga tersenyum kecil. Pasti Taufiq begitu cintakan kekasih hatinya, jika tidak masakan senyuman itu masih mekar di bibir lelakinya.

Seketika Amira mengalih pandangan ke atas meja yang kosong, tiada satu makanan pun yang kelihatan. Pelayan juga tidak datang mengambil pesanan sedang perut sudah memberi isyarat minta diisi. Amira sentuh perutnya seketika, lama tapak tangan dilekapkan di situ. Kemudian wajah dipalingkan ke kanan, mereka sedang menikmati ikan bakar. Di sebelah kiri pula sepinggan besar udang goreng sedang dinikmati oleh sepasang suami isteri dan anak kecil mereka. Amira telan liur, lapar sungguh. Kemudian leher dipanjangkan ke meja di bahagian hadapannya pula, di sana juga sekumpulan anak muda sedang menikmati pelbagai lagi jenis lauk pauk berasaskan makanan laut. Amira ketap bibir, mengalih pandangan ke arah Taufiq .

“Awak, bila kita nak makan? Lapar perut saya ni....” ungkap Amira pamer wajah kelaparannya.

“Sekejap lagi diorang hantarlah, aku dah booking siap-siap.” Gumam Taufiq membuatkan Amira tersenyum senang.

“Sungguh, wah tak sabar betul!” Amira betulkan kedudukannya. Taufiq menjeling sahaja. Entah apa-apa!

Amira pemer senyumannya, ada sesuatu yang harus diperkatakkan kepada Taufiq dan berharap lelaki itu tidak keberatan menunaikan permintaanya itu. amira tarik nafas lalu di hela perlahan. Mengumpul semangat dan kekutan untuk memulakan bicara!

“Awak.... saya nak pinjam duit boleh tak?” Amira susun bicaranya. Taufiq menoleh seketika, kerutan di dahi itu sudah dapat dibaca oleh Amira.

“Bukan apa, sepuluh ringgit tak cukup untuk saya. Saya dah biasa habiskan seratus sehari, jadi saya tak boleh hidup kalau tak ada duit dalam tangan.” Terang Amira berharap Taufiq memahami keadaan dirinya yang sebegitu.

“Lagipun saya nak....” Amira berhenti seketika merencanakan perkara-perkara yang sudah lama dirancang sebelum ini.

“Saya nak apa?” sergah Taufiq tiba-tiba. Amira tekap tapak tangan ke dada, nafas dihela panjang. Terkejut dan tersentak dengan pertanyaan berbentuk sergahan itu.

“Saya nak buat facial, nak cuci rambut... lepas tu nak buat refleksiologi dengan hurmmmm buat apa-apalah!” jawab Amira teruja. Taufiq tatap wajah keterujaan Amira dengan pandangan sinis.

“Heh, kalau kau nak habiskan duit untuk semua benda-benda mengarut macam tu. Kau pakai duit gaji hujung bulan nanti. Aku takkan keluarkan  duit semata-mata untuk benda tak berfaedah!” ulas Taufiq bertegas dengan Amira. Ingin diajar wanita itu agar tahu menguruskan kewangannya sendiri agar tidak dibazirkan kepada perkara yang tidak sewajarnya.

“Siapa kata tak berfaedah? Banyak faedahnya bila saya cuci rambut, hilang stress.... buat refleksiologi boleh kurangkan kesakitan di tapak kaki dan secara tak langsung saya boleh pakai kasut tumit ke tempat kerja. Ha, facial pun bagus untuk hilangkan kedut-kedut di muka,” tutur Amira bersemangat. Taufiq mencebik, entah apa-apa!

“Bolehlah awak, please....” rengek Amira tayang wajah manja di hadapan Taufiq.

“Bolehlah awak....” Amira kerdipkan matanya beberapa kali.

“Tak boleh!” jawab Taufiq pendek sambil membuang pandang ke arah pelayan yang datang membawa menu yang dipesan.

“Please... please... please......” rayunya lagi.

Taufiq beriak selamba, tidak tergoda apatah lagi terpujuk dengan gaya manja Amira. Dalam hati, tawa cuba ditahan dari dihambur keluar. Kelakuan Amira yang memujuk rayu dirinya dirasakan bagai menjentik hati kecil seorang lelaki yang jarang tertawa sepertinya. Entah apa yang lucu, Taufiq sama sekali tiada jawapan untuk persoalan itu.

“Awak...” rungut Amira bila Taufiq tidak memberi sebarang respon.  Taufiq hanya mencebik sebagai respon terhadap pujukan wanita itu.

“Awak,” panggil Amira berharap Taufiq sudi mempertimbangkan permintaannya.

“Makanlah, nanti dah sejuk tak sedap.” Pesanan yang dibuat sudah terhidang di hadapan mata. Taufiq menggapai sudu dan garfu lalu nasi di dalam pinggan di sudu lalu dibawa ke mulut. Dikunyah perlahan.


 Amira hanya memerhati raut wajah itu, geram apabila pujukan bersungguh darinya sedikit pun terkesan di hati lelaki seperti Taufiq.

“Kedekut!” Cemuh Amira dalam hati.

“Makanlah! Kau tengok aku apasal?” persoal Taufiq saat ekor matanya menangkap pandangan Amira yang sedari tadi mencuri pandang ke arahnya. Amira kalihkan pandangan ke arah lain, bibir diketap dan air liur ditelan. Terasa pahit saat perbuatan itu tertangkap oleh pandangan bening milik Taufiq.

Sesudah selesai menikmati makan malam di pantai Morib, Amira sandarkan tubuhnya di seat kereta. Mata yang bulat semakin berat dan layu akhirnya dia terlelap tanpa sedar.

Taufiq pula masih tenang memandu, sesekali raut wajah Amira diperhatikan. Dalam rasa benci yang tercipta di hati itu, dia akui  masih ada sisa kasihan buat seorang wanita yang teraniya oleh masa dan keadaan silam. Wajah itu dikerling lagi, sungguh dia tidak mengerti mengapa mudah benar menerima Amira. Nafas di hela perlahan dan wajah dipalingkan semula menghadap ke arah jalan raya yang semakin lengang.

Kereta dipandu memasuki lebuhraya Persektuan, ingin menikmati angin malam di Shah Alam sebelum berpatah semula ke Wangsa Maju. Cermin kereta diturunkan, lengan diletakkan di sisi  tingkap kereta lalu membiarkan angin yang menerobos masuk menyapa wajah dan mengelus rambut yang pada awalnya kemas bersisir.

Sengaja mencari damai dan ketengan hati, Taufiq pandu kereta bewarna putih itu memasuki kawasan flat yang didiami oleh Adila dan rakan-rakan serumahnya.

Hujung minggu nanti, kekasih hati Adila yang masih menuntut di tahun akhir akan dikunjungi. Rindu pada si dia sudah tidak dapat di bendung lagi namun dalam diam dia terpaksa memedam perasaan itu angkara syarat yang sudah terikat diantara dirinya dan Amira.

Kereta di parking sedikit jauh, memerhatikan cahaya yang terbias keluar dari rumah yang terletak di tingkat lima di hujung bangunan. Itu rumah yang disewa oleh Adila dan rakan-rakannya. Pasti Adila sudah tiba dahulu berbanding dia yang sengaja mengambil jalan jauh untuk ke sini.

“Sekarang kita dekat mana?”soal Amira dalam serak suara bangun tidurnya. Matanya digenyeh beberapa kali.

Taufiq tersentak lalu enjin dihidupkan semula dan kereta dipandu memasuki jalan besar. Gusar andai perbuatannya dihidu oleh Amira. Pertanyaan Amira di diamkan sahaja, enggan mengulas walau sepatah perkataan sekalipun. Amira tidak perlu tahu atau mengambil tahu hal yang bersangkut paut dengan kehidupan peribadinya. Dan dia juga tidak sama sekali membuka cerita berkenaan Adila di hadapan Amira. Itu janji hatinya!

“Belum sampai ya?” sekali lagi Amira menyoal namun mata itu masih tertutup rapat. Rasa kantuknya masih merantai mata itu dari dibuka luas.

“Belum!” sepatah Taufiq bersuara.

“Lambatnya,” rungut Amira tanpa sedar.

“Kalau lambat, kau bawaklah!” marah Taufiq bila perbuatannya dipersoalkan oleh Amira. Sengaja menduga dan mempertikai kemampuannya pula.

“Saya mana tahu bawak kereta, kalau saya tahu.... dah lama saya pandu ke merata-rata tempat. Tak perlu nak tunggu member datang jemput. Tahu tak!” bentak Amira walau matanya sedang terpejam.

“Kalau kau tak tahu bawak kereta, kenapa tak ambil lesen?” Taufiq juga naik angin. Hairan bagaimana Amira berani melawan katanya pula. Nak kena ni!

“Pemalas!” cemuh Taufiq.

“Bukan!” balas Amira lagi.

“Habis?” persoal Taufiq sambil memandang keluar dari tingkap.

“Takut!” sepatah Amira menutur kata.

“Sampai bila kau nak jadi penakut hah? Esok aku nak kau buat lesen kereta! Sampai bila aku nak jadi driver kau? ” gerutu Taufiq. Kereta dipandu tenang, masih menunggu Amira mengulas maksud bicaranya tadi. Namun wanita ini masih diam tidak bersuara. Wajah yang terselindung disebalik rambut panjang mengurai milik Amira membataskan pandangan Taufiq. Perlahan-lahan, jari jemarinya dihampirkan ke wajah itu, rambut yang menutup separuh dari wajah itu diselak perlahan. Ayu!

Taufiq telan liur. Pertama kali memerhatikan raut wajah itu secara dekat. Ayu! Sepatah perkataan yang terlantun keluar dari hati kecilnya diakui ada kebenarannya. Raut wajah yang ayu dan air muka yang bersih!

 Itu pandangan dari mata hatinya! Taufiq masih terleka memerhatikan raut wajah  Amira yang sedang tertidur,  tanpa sedar hon sebuah lori kedengaran kuat menerjah gegendang telinga. Mata diarah ke hadapan, hampir-hampir sahaja kereta yang dipandu tersasar ke bahu jalan. Mujur tidak apa-apa!

Amira disebelah, masih tidak bergerak. Taufiq mengomel tidak puas hati, geram melihat begitu lena tidur Amira. Hingga bunyi hon yang kuat juga tidak membuatkan wanita itu terjaga.

“Huh, tidur mati!” omel Taufiq tidak puas hati.

 Kereta dipandu menuju ke Wangsa Maju dan setelah setengah jam berada di atas jalan raya, mereka tiba ke destinasi yang dituju. Taufiq regangkan urat-urat yang terasa lenguh lalu Amira disebelah diperhatikan sekilas. Masih terlentok dan tidurnya juga lena tidak terganggu. Wajah dipalingkan ke hadapan, rintik-rintik hujan mula kelihatan menitis di atas cermin hadapan Honda City miliknya, pasti sekejap lagi hujan lebat akan turun.

“Budak ni tak nak bangun ke? Karang hujan menyusahkan aku pulak, nak payungkan bagai!” rungut Taufiq saat terpandangkan Amira yang  masih terlena. Perlahan-lahan bahu Amira disentuh dan digoncang perlahan.

“Oi, bangun! Dah sampai!” gumam Taufiq masih memerhatikan keluar dari tingkap kereta. Sudah banyak kenderaan di kotak parking, pasti rata-rata penghuni rumah flat dikawasan ini sudah pulang ke rumah masing-masing. Jam pula sudah menunjukkan angka sebelas malam manakala dada langit sudah kelam bagai memberi isyarat hujan lebat akan turun membasahi bumi Wangsa Maju seketika nanti.

“Amira...” bahu itu digoncang lagi.

“Oi.... bangunlah!” gumam Taufiq menolak sedikit kuat. Namun Amira masih tidak tersedar!

“Oi anak Pak Amri, bangunlah!” ucap Taufiq sedikit tinggi! Mengejutkan Amira dari tidur dengan melibatkan nama bapa mertuanya pula.

Amira masih tidak menunjukkan sebarang respon, lalu anak mata dikalihkan ke arah seraut wajah yang sedang terlena keletihan. Diperhatikan lama, dari kening turun ke batang hidung yang sedikit mancung lalu singgah ke bibir yang merah basah seterusnya jatuh ke dagu yang berlekuk dalam.

Pranggggg!!!!! Taufiq tersentak. Menoleh ke luar dari tingkap kereta. Bunyi guruh kuat berdentum di atas sana. Amira perlu dikejutkan segera, pasti hujan lebat akan turun sebentar lagi.

“Oi bangunlah! Dah sampai!” bahu itu digoyang agak kuat. Amira tersentak lalu tubuhny ditegakkan dan Taufiq disebelah diperhatikan dengan wajah berkerut.

“Apa dia?”

“Dah sampai! Aku nak turun, kau pun kena turun. Kalau tak nak aku lock dari luar!” tutur Taufiq perlahan

“Nak,” balas Amira perlahan.

“Kalau nak keluar, cepatlah sikit! Dah nak hujan!” rungut Taufiq menunggu Amira keluar dari perut kereta.

“Sabarlah kejap!” gumam Amira melepaskan tali pinggang keledar lalu keluar dari perut kereta.

“Dah hujan pun, habis basah baju aku! Ni semua kau punya pasal.” Omel Taufiq tidak puas hati. Amira mencebik apabila dia dipersalahkan kerana hujan yang turun lalu menyebabkan baju lelaki itu basah. Tak patut!

 “Sini, jalan dengan aku! hujan ni,” gumam Taufiq mendekati Amira yang diam tidak berkutik. Payung dikembangkan dan Amira dihampiri.

“Cepatlah! Hujan dah lebat....!” bebel Taufiq sambil memayungkan Amira yang kaku berdiri di pintu kereta. Amira hanya diam dan menurut!

“Rapat sikit, basah nanti!” arah Taufiq lalu memaut pinggang Amira rapat ke arahnya. Terkejut dengan perbuatan Taufiq, Amira tolak tubuh itu menjauh lalu dia keluar dari payung dan berlari meredah hujan lebat menggila. Taufiq kaget lantas dikejar tubuh Amira yang sedang berlari jauh meninggalkannya.

“Amira, hujan! Sini aku payungkan!” laung Taufiq sambil mengejar Amira yang sudah kebasahan.

“Amira, sini!” suaranya sudah tenggelam dalam bunyi hujan yang mencurah. Namun langkah kaki masih dihayun mengejar tubuh yang semakin menjauh. Kenapa dengan Amira?

“Amira, bahaya! Petir.... sini aku payungkan kau!” ucap Taufiq dari kejauhan. Amira sempat menoleh namun melihat Taufiq semakin menghampiri segera langkah kakinya di atur laju meninggalkan kawasan itu dengan segera. Perbuatan Taufiq menakutkan dirinya. Dia perlu segera melepaskan diri dari lelaki itu.

“Amira!” Taufiq masih tidak putus asa.

Namun laungan itu tidak dipedulikan oleh wanita itu bahkan terus terusan berlari menuju ke pintu lif. Butang lif ditekan berkali-kali lalu pintu lif terbuka. Segera tubuh diloloskan ke dalam lalu butang  bernombor  15 ditekan berkali-kali berharap pintu lif segera tertutup.

Namun belum sempat pintu lif tertutup sepenuhnya, Taufiq menahan dengan hujung kaki dan akhirnya pintu lif kembali terbuka.

“Tolong jangan apa-apakan saya!” rayu Amira bersama air mata. Taufiq telan liur, terkejut dan tergamam dengan perubahan mendadak Amira. Niatnya hanya satu, memayungkan wanita itu.

“Tolong jangan apa-apakan saya, saya rayu pada awak! Lepaskan saya,” Amira bersuara lalu berundur ke belakang hingga belakang tubuhnya rapat ke dinding lif. Seluruh tubuh yang bersarung pakaian itu sudah kebasahan, sekilas Taufiq melihat air mata milik Amira mengalir laju di lekuk pipi. Mata itu kelihatan merah dan bibir basah milik Amira juga sudah menggigil ketakutan.

“Jangan dekat! Jangan apa-apakan saya!” jerit Amira kuat bergema di dalam lif. Taufiq mematikan langkah namun perasaan ingin tahunya memaksa langkah kaki itu diatur mendekati tubuh Amira yang sudah rapat ke dinding sekali lagi.

“Jangan apa-apakan saya! Saya rayu pada awak!” lirih suara Amira semakin jelas dan esak tangsis itu juga semakin kuat menikam hati kecil Taufiq, tidak semena-mena Amira yang sedang memeluk tubuh melurut ke bawah. Tidak sanggup andai di apa-apakan oleh lelaki itu.

“Amira, kau kenapa?”

“Jangan dekat dengan saya!”

“Kau kenapa hah?” jerkah Taufiq sambil memaut kasar dagu Amira. Geram apabila pertanyaan tidak dijawab wanita itu.

 “Kau kenapa?” aku tanya jawab! Jerkah dan bentak suara Taufiq membuatkan Amira ketakutan.

“Hei aku tanya kau ni! Kau pekak ke apa hah?” sekali lagi Taufiq menengking.

“Jangan apa-apakan saya! Saya rayu awak...” lirih suara Amira memohon simpati.

“Jangan apa-apakan saya Taufiq,” gumam Amira tertunduk memandang lantai. Taufiq semakin baran, pertanyaannya tidak berjawab bahkan dia diminta tidak mengapa-ngapakan wanita itu pula.  

“Hei, kau dah gila ke? Dah gila!” soal Taufiq sambil sentuh kedua pipi Amira dengan kasar. Dia mahukan jawapan mengapa Amira berlari  dalam hujan dan dalam petir serta guruh yang berdentum bagai orang hilang akal kewarasannya? Dia mahukan jawapan itu! Bukan esak tangis yang entah apa-apa ini.

 “Amira, dengar sini! Kau kenapa?” tempelak Taufiq membuatkan  Amira yang ketakutan semakin takut bahkan menangis dengan lebih teruk lagi.

“Hei kau kenapa hah?” kenapa???” soal Taufiq hilang sabar. Bahu Amira digoncang berkali-kali agar wanita itu sedar seketika. Namun Amira hanya menangis dan menangis membuatkan Taufiq semakin serabut dan bertambah berang.

Dentingan dari dalam lif menunjukkan lif sudah berada di tingkat 15 lalu pintu lif terbuka luas. Lantas lengan wanita itu ditarik kasar agar mengikuti langkahnya menuju ke rumah bernombor 17. Mangga di buka dan grill pintu ditolak kasar hingga kedengaran engsel yang tidak bergriss berkeriuk bunyinya.

“Kau masuk!” jerkah Taufiq lagi. Daun pintu ditolak hingga berdentum. Lengan Amira dipegang kejap! Marah dengan tindakan wanita itu yang berlagak seperti orang hilang siuman. Berlari di dalam hujan dengan petir memancar dan guruh sabung menyambung.

“Jangan apa-apakan saya, saya rayu pada awak!” Amira teresak merayu pada Taufiq yang semakin dihambat perasaan amarahnya.

“Kau dah gila! Dah gila!!!!” jerkah Taufiq kuat lalu menolak tubuh Amira rapat  ke dinding.

“Jangan buat saya macam ni,” esak Amira tidak mendatangkan simpati Taufiq bahkan lelaki itu semakin naik angin dek kerana Amira yang langsung tidak memikirkan keselamatan diri.

“Jangan buat saya macam ni, jangan.....” dengan tiba-tiba Amira rebah tidak sedarkan diri. Taufiq kaget, tidak tahu apakah yang harus dilakukan kini.

“Amira, kau kenapa? Bangun!” ujar Taufiq pada tubuh yang kaku tidak bergerak. Suaranya juga dikendurkan.

“Amira,” panggil Taufiq sekali lagi.

“Amira,” Taufiq sentuh wajah itu lalu ditepuk perlahan agar Amira tersedar.

“Amira bangung, jangan takutkan aku macam ni! Aku just nak tahu kenapa tiba-tiba kau lari dari aku!

Amira bangun,” ungkap Taufiq sambil memangku kepala itu diatas ribaannya.

p/s: maaf lambat update. semester baru sudah bermula.
btw thanks pada yg sudi komen. anda menambahkan idea saya untuk mencantikkan plot cerita JMPW.
terima kasih komen n pandangan :)

9 comments:

  1. adakah Amira pernah dirogol semasa hujan lebat? sbb itukah dia trauma setiap kali hujan lebat? Kesiannya....

    ReplyDelete
  2. sian amira..taufig ni, x ptt betul lah..

    ReplyDelete
  3. tentu amira dirogol oleh edri masa dalam hujan.....
    taufik bukan cara begitu kalau nak tahu cerita....
    cara lembut untuk orang yang macam tu....
    ni dah pengsan.... siapa yang susah...
    bukan amira yang menyusahkan tapi taufik yang suka buat diri sendiri dan orang lain susah...

    ReplyDelete
  4. salam dik..cemasnya..siTaufik tu melihat keadaan Amira yg tak sedar diri kerana ketakutan yg amat melampau..apa sebenarnya yg telah berlaku ke atas dirinya..dimasa lampau..
    Apakah yg terbayang diwajahnya..yg menyebabkan dia lari ketakutan..adakah bayang bayang hitam yg berlaku keatas dirinya..adakah dia ternampak wajah org yg aniaya dan mengambil kesempatan keatas dirinya yg menyebabkan dia histeria ...
    Apa pulak yg akan dilakukan Taufik..untuk mencungkil rahsia yg disimpan kemas oleh Amira dari keluarganya..
    Apa pulak terjadi kat Adira..kenapakah gadis itu seperti tidak sabar sahaja untuk mengawininya..adakah kerana Adira tak sesuci apa yg dia potraykan kepada Taufik..
    Apa terjadi pada Amira..apabila dia sedar dari pengsan...adakah dia akan menceritakan apa yg terjadi kepada dirinya atau dalam tidurnya itu dia mengingau dan menceritakan trajedi yg berlaku keatas dirinya tanpa dia sedar dan apa yg Taufik akan lakukan..selepas ini..apa persepsi Taufik selepas dapat tau yg Amira seorg gadis yg baik tapi telah diperkosa tanpa relanya...
    Teruja nak tahu kesinambungan citer ni dik..

    ReplyDelete
  5. Penuh suspen....
    Dengan adira yg sprti penuh muslihat....
    N kisah lalu amira yg hiba....
    Kesian kt amira...hrp taufik byk b'sbr m'cungkil kisah amira...

    ReplyDelete
  6. Penuh suspen....
    Dengan adira yg sprti penuh muslihat....
    N kisah lalu amira yg hiba....
    Kesian kt amira...hrp taufik byk b'sbr m'cungkil kisah amira...

    ReplyDelete
  7. yayyyyyy best2,, adakah mereka akan jatuh cinta tak lama lagi?? xsabarrrrrrrrr

    ReplyDelete
  8. sure ni kes salah faham ni.Kes bapa mertua nak tutp malu sampaikan tidak diceritakan walau seinci pun perihal anak, sedangkan anak memang x bersalah kot...natijah nya salah faham yg amat besar buat si menantu aka sisuami.

    ReplyDelete
  9. sedeh lh crite adek ne,tengah tulis komen ne pun akak ngah tears.agak menyentuh ati akak pd amira yg terlalu polos utk diperlaku kn taufik cam isteri yg tk didamba kn.biar ape pun kesan kisah silam amira,tk layak ke amira yg berstatus isteri pd taufik menerima kasih sayang insan yg bergelar suami!saban waktu di dera jiwa dn perasaan.andai tiade rase cinta lepas kn lh taufik,mungkin ade insan lain yg bakal membahgia kn amira.pergi lh pd kekasih bena lh kebahgian mu taufik andai itu lh rase yg ade di hati.dek akak nk duga gak!akan tergugat ke naluri si suami,bila berubahan amira leh cair kn jejaka2 lain.ade ke rase sakit,marah yg best nye cemburu andai si isteri jadi perhatian!cian nye kat amira,cam ape yg terjadi bukan atas kerelaan sndri.ape pun ajar lh cikit taufik ye dek!!hehe he.

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.