Tuesday, 11 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 13


“Amira, bangunlah.” Taufiq sentuh kedua pipi Amira lantas dibawa rapat ke wajahnya. Melihat keadaan Amira tidak bergerak walau sedikit pun, Taufiq bertambah bimbang lantas tubuh Amira di cempung lalu di bawa masuk ke dalam bilik. Perlahan-lahan tubuh Amira diletakkan di atas tilam. Sesekali Taufiq diam memikirkan sesuatu, kewajaran tindakannya saat ini. Perlukah atau tidak dia mengambil keputusan sebegini. Dalam benak yang berperang antara satu sama lain, Taufiq nekadkan diri. Dia tidak mahu Amira bertambah sakit kerana kesejukan yang dialami wanita itu. Perlahan-lahan sweater yang tersarung ditubuh itu ditanggalalkan, lalu dicampak ke lantai.


Sesudah itu Taufiq diam tidak berkutik! Hanya pandangan mata sahaja yang tidak bergerak memerhatikan seluar yang dipakai Amira sudah basah hingga ke paras peha. Kepala di garu perlahan, bagaimana harus dia menukarkan pakaian bersih untuk wnaita itu. Mujur juga sweater yang dipakai tadi tidak telus air.  Sleeve yang tersarung disebalik sweater yang ditanggalkan masih kering seperti biasa. Taufiq bungkam, haruskah atau membiarkan sahaja Amira dengan pakaian yang basah seeprti itu. Kepala yang tidak gatal di garu sekali lagi! Lama berfikir, akhirnya Taufiq yakin dengan kata hati. Pakaian Amira perlu diganti, jika tidak pasti wanita itu akan jatuh sakit kerana kesejukan sebegini.

“Amira, maafkan aku! aku nak tukarkan seluar kau!” gumam Taufiq perlahan walau dia tahu Amira masih tidak sedarkan diri. Sekurang-kurangnya dia sudah meminta izin walau hakikatnya Amira tidak mendengar bicara yang terluah.

Taufiq bangkit, merapati almari lantas dikeluarkan sehelai tuala bersih lalu kembali semula mendekati Amira. Lama dieprhatikan seraut wajah yang masih tidak sedarkan diri, seketika kemudian tuala yang masih kemas dalam pegangan tangan di perhatikan lama. Perlahan-lahan helaian tuala itu dihamparkan di bahagian kaki Amira. Sesudah tuala dihampar, Taufiq duduk di sisi Amira lalu jari jemarinya di arahkan menyentuh seluar jeans yang dipakai wanita itu. Taufiq telan liur, terasa tersekat di kerongkong. Sungguh ini pertama kali keadaan seperti ini harus dilalui olehnya. Entah bagaimana rupanya saat ini? jari jemari yang menggigil digenggam erat, masih mengumpul kekuatan untuk meneruskan tingkahnya pada Amira.

“Amira, maafkan aku!” sekali lagi Taufiq mengungkap kata maafnya. Wajah dipalingkan dan jari jemari sudah menyentuh butang seluar jeans yang terselindung disebalik tuala yang dihampar tadi. dengan berhati-hati Taufiq berusaha untuk menanggalkan butang yang melekat di seluar yang dipakai Amira dan Taufiq menghela nafas yang panjang setelah butang itu dapat ditanggalkan dari kedudukan asalnya.

Kini dia terpaksa pula menangalkan seluar yang melekat di kaki itu dengan berhati-hati agar tidak menampakkan sesuatu milik Amira. Nafas ditarik lalu dihela perlahan dan diulangi perbuatan itu beberapa kali. Setelah dada yang bergetar sedikit berkurangan, Taufiq mulakan langkah keduanya.

Dengan berhati-hati seluar yang tersarung di tarik perlahan-lahan, tuala yang terhampar di atas sepasang kaki milik Amira turut tertarik sama. Taufiq tekup wajahnya, terkejut dan terkesima seketika. Lantas kedua tangan yang sedang menarik hujung kaki seluar jeans milik Amira di tarik laju. Dadanya berombak kencang!

“YA Allah, apa yang aku rasa sekarang ni?” bisik hati kecil Taufiq tidak keruan. Wajahnya masih dipalingkan dari memerhati raut wajah Amira yang tidak sedarkan diri.

Dengan sebelah tangan, Taufiq sentuh tuala yang sudah melorot kembali terletak di sepasang kaki milik Amira. Laju tangan kanannya diangkat!

“Maafkan aku!” gumam Taufiq lagi. Sesudah tuala diperbetulkan kedudukannya,Taufiq gapai selimut yang berlipat kemas lalu dihampar ke seluruh tubuh Amira. Dia ingin segera keluar dari kamar itu, entah apa lagi yang perlu dirasakan saat ini andai terus terusan memerhatikan Amira dalam keadaan sebegitu. Cukuplah andai jantungnya berdegup kencang kerana terpandang peha putih gebu milik Amira. Entah apa pula yang berdegup jika dia melihat lebih dari itu!



“Amira, bangunlah.... dari semalam lagi kau tidur!” gumam Taufiq sambil memperbetulkan tali leher yang dipakainya. Pagi-pagi lagi Amira di dalam bilik itu dilawati dan wanita itu masih tidur tidak bergerak.

“Amira, bangunlah!” ujar Taufiq lagi. Tubuh di arah agar mendekati Amira yang masih berselimut.

“Amira, kau okey ke tidak?” persoalan Taufiq tiada jawapannya. Lantas kedua tangan dilekapkan di dahi itu. Panas!

“Kau demam ni!” ucap Taufiq cemas. Briefcase yang baru sahaja dipegang dicampak ke atas lantai. Tubuh Amira dihampiri lalu punggung dilabuhkan di sisi katil. Perlahan-lahan kepala Amira diletakkan di atas ribaannya.

“Amira, kau demam. Aku bawa kau ke klinik!” Taufiq tidak tahu sama ada perkataan yang terucap itu berbentuk arahan atau penyaataan. Dia keliru namun apa yang pasti, dia mahu segera membawa Amira untuk mendapatkan rawatan.

“Awak...” lirih suara Amira memanggil Taufiq.

“YA aku ada ni! Kau demam, aku bawak kau ke klinik!” ujar Taufiq memegang erat jari jemari Amira yang terasa panas. Sekilas lengan Amira diperhatikan, terdapat bintik-bintik merah di situ.

“Kau kena denggi ke?” pertanyaa itu tidak berjawab. Taufiq memerhatikan raut wajah Amira, disitu juga terdapat bintik-bintik merah. Mungkinkah Amira dijangkiti denggi? Rambut diramas kasar lantas dia cuba memangku tubuh itu. selimut yang terlondeh hingga menampakkan peha putih gebu Amira diperhatikan lama tidak berkedip. Liur ditelan! Sesuatu perlu dilakukan, dia tidak seharusnya tergoda dengan keadaan Amira yang sedemikian.

“Pakai seluar dulu!” Taufiq meletakkan tubuh Amira kembali ke atas tilam. Kemudian langkah kaki diatur mendekati almari lalu sehelai seluar milik wanita itu di keluarkan.

“Nah kau pakailah!” Taufiq unjuk sehelai seluar ke hadapan mata Amira. Namun tidak bersambut!

“Sorry aku terlupa yang kau demam!” Taufiq hampiri tubuh itu lalu punggung dilabuhkan di sisi Amira.

“Aku pakaikan!” pendek Taufiq bersuara. Malu untuk memandang wajah Amira.

“Jangan!” Amira menegah namun dia tiada kudrat untuk menghalang perbuatan Taufiq.

“Pakailah! Kalau tak, macam mana aku nak bawak kau ke hospital.” Tanya Taufiq sambil memasukkan kaki kanan Amira ke dalam kaki seluar.

“Tak nak...” leret Amira bersuara mahu bertegas namun dia tiada tenaga untuk menolak. Akhirnya Taufiq sudah memasukkan kedua kaki itu ke dalam seluar lalu ditarik perlahan.

“Dah, jom aku hantar kau ke hospital.” Tutur Taufiq sambil menegakkan tubuh Amira. Sebelah tangan Amira diletakkan di bahunya agar wanita itu dapat berpaut saat dia memimpin tubuh itu.

Amira yang sudah tiada tenaga hanya mengikuti langkah itu walau dia tahu tubuhnya bakal rebah bila-bila masa sahaja.

“Amira tahan sikit!” Taufiq bersuara tatkala terasa tubuh badan Amira semakin memberat tiada sokongan dari empunya diri.

“Saya tak larat!” akhirnya Amira tidak terdaya lagi mengatur langkah lalu tubuh yang hampir rebah berjaya disambut oleh Taufiq.

Taufiq kaku saat tubuh Amira melekap rapat ke dadanya, terasa bagai ada sesuatu yang cukup berlainan dirasakan kini.

“Amira, kau.....” Taufiq telan liur bila mana wajah Amira yang terlentok tidak sedarkan diri berada dekat di hadapan wajahnya.

“Amira, aku bawa kau ke hospital!” cemas suara Taufiq lalu tubuh Amira dicempung keluar dari rumah. Lock pintu ditekan dari dalam dan daun pintu ditarik dengan hujung jari jemari. Lantas langkah kaki diatur menuju ke pintu lif, butang anak panah menuju ke tingkat bawah disentuh dengan siku lalu tubuh diloloskan masuk ke dalam perut lif setelah pintu lif terbuka luas. Sesudah keluar dari perut lif, Taufiq mendekati keretanya lalu Amira diletakkan di tempat duduk penumpang belakang. Honda City dipecut menuju ke hospital.




“Hello Sue, saya tak masuk office hari ni. Cuti! Tolong inform pada yang lain, temujanji saya hari ni awak batalkan dahulu. Mungkin esok atau lusa saya akan masuk pejabat!” Amira menoleh ke arah datangnya suara itu. Taufiq sedang berbual di talian, mungkin bersama setiausahanya yang cantik persis wanita arab itu, siapa lagi jika bukan Suhaila. Seketika matanya terarah pula pada persekitaran yang cukup asing baginya dan dia tidak mampu berfikir saat kesakitan yang dirasakan kini bagai mencucuk-cucuk seluruh permukaan kulitnya. Entah apa penyakit yang dihidapnya waktu ini!

“Kau dah bangun?” soal Taufiq mendekati Amira yang masih berbaring.

“Nak makan? Aku ada belikan KFC!” gumam Taufiq lalu menggapai kotak berwarna merah putih itu. Amira menggeleng perlahan. Taufiq memerhatikan sahaja, dan dibenaknya timbul pelbagai persoalan. Makanan jenis apakah yang diminati oleh Amira?


“Ker... kau nak makan MCD?” soal Taufiq meneka selera Amira. Wanita itu masih enggan mengangguk bahkan hanya gelengan sahaja yang dilihat oleh Taufiq sejak tadi lagi.

“Nak minum,” Amira memandang wajah Taufiq dengan pandangan simpatinya. Dia benar-benar tiada kudrat untuk menuturkna bicara apatah lagi untuk bertikam lidah bersama Taufiq. Dia mahukan rehat yang secukupnya!

“Sekejap aku ambil.” Taufiq bangkit lalu mendekati kepala katil dan minuman dituang ke dalam gelas lalu seketika kemudian diberikan kepada Amira.

“Assalamulaikum, Encik Taufiq!” Alisya sedang berdiri di muka pintu. Taufiq hanya mengangguk pelahan.

“Maaf saya datang tak cakap, saya baru dapat tahu yang encik masuk ke hospital.” Terang Alisya lagi.

“Bukan saya, tapi Amira!”

“Oh, mana suami dia!” pertanyaan Alisya berbaur cemburu.

“Entah!” sepatah Taufiq menjawab. Malas mahu melayan gadis gedik yang entah terjun dari planet mana lalu tersesat di planet bumi ini dan akhirnya menyusahkan serta merimaskan dirinya pula.


8 comments:

  1. OMG!ape pun yg telah taufik laku kn keatas amira,tk perlu kn kemaafan,lupa kah taufik amira halal diperlaku sebegitu.kuasa ALLAH tiada terduga,dlm tk redha masih punyai perasaan bila dh jelas ade rase kasihan wat si isteri.tapi sampai bile ye taufik leh abai kn tanggung jawab terhadap amira zahir n batin???tak tergoyah ke ego mu taufik pd amira!cepat sambung dek n main kn cikit perasaan taufik,tercabar tk ego bile di reject olih amira.n ade gak yg usha2 amira nk tengok naik tk emosi taufik!hehe laju dek tk sabar akak....n last one bikin panas je lah minah gedik tu,perasan lh mu alisya hehehe...good story dek...n thank

    ReplyDelete
  2. DAH JATUH SAYANG PAK CIK...HEHEHE

    ReplyDelete
  3. best..............

    ReplyDelete
  4. wahhhhh taufiq dh ad ehem3 kt amira... hihihi

    ReplyDelete
  5. perang dunia ketiga bakal meletup nanti...

    ReplyDelete
  6. menyibuk je si alisya ni.... mengedik2.... memang tak tahu malu...
    mungkinkah hati taufiq terusik.....

    ReplyDelete
  7. salam dik...pergh...akak speechless... dalam tidak menyukai Amira..Taufik tetap juga mengambil berat akan isterinya...
    Adakah telah tiba masanya SiTaufik membuka mata hatinya dan mendengar kata hatinya dari logik akalnya...kerana amira halal untuknya..tetapi bagaimana pula Amira ... kerana bayangan hitam itu jelas akan mengangu gugat kehidupan intim mereka ..sekiranya berlakulah...kan...
    Apahal pulak si Alisya tu..menyemak kan perasaan sahaja..mengediks sungguh...akak yg membacanya pun rimas..apatah lagi si Taufik dan Amira..Cuba cubalah si Taufik kasi sedas dua kata kat Alisya tu...Kalau si Taufik tu pandai basuh Amira..kenapa tidak si minah sotong tu kan????

    ReplyDelete
  8. Taufik bukan lah berhati batu tapi dia harus merungkaikan masalah yang menimpa amira. Alisya bakal menjadi suis peledak bom KEBABOOMMM...pecah harapan alisya yang mengunung tu hehehehe...macam menaburkan garam keatas luka je saya ni...apapun cerita yang sangat menarik...sambung please.

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.