Friday, 7 September 2012

JIKA MAWAR PUDAR WARNA 9


“Amira, tempat kau di sini! Bilik aku sebelah tu... jangan cuba nak lari!” pesan Taufiq lebih kepada mengungut wanita yang kemas berbaju kurung.

“Saya nak sebilik dengan awak, tak biasa la.....” omel Amira perlahan. Simpati Taufiq diraih berharap lelaki itu tidak pergi jauh dari ruang matanya. Sudahlah tidak biasa berhadapan situasi kerja, ini kan pula dibiar keseorangan menguruskan kerja yang entah apa-apa itu. Wajahnya murung!


“Jangan nak tayang muka monyok. Aku tak suka, kerja buat cara kerja! Kau bukan anak manja, mak bapak kau dah serah kau pada  aku. Jadi suka hati aku nak buat apa pun nanti, kau tak boleh merungut!” Amira mencebik. Mudah benar kedua ibu bapanya menyerahkan dirinya kepada Taufiq yang pandai berpura ini.

“Saya nak buat apa ni? Bosan!” tutur Amira tidak berminat dengan suasana kerja yang sedang dihadap ketika ini. Alisya yang berada berhadapan bilik Amira hanya menjeling dan mencuri pandang keduanya. Hatinya tertanya-tanya akan hubungan kedua individu yang dilihat masih berduaan di dalam bilik itu. Lama dan mencurigakan!

“Eiiii.... rimaslah baju ni! Panas!’ butang baju kurung ditanggalkan hingga mendedahkan bahagian bawah  leher berbentuk V. Taufiq mencuri pandang, seketika pandangan di kalih ke arah lain.

“Boleh bersopan tak?” soal Taufiq bersuara tegang.

“Macam ni punya bertutup pun awak kata tak sopan lagi?” soal Amira tidak percaya kerana Taufiq berkata sedemikan. Entah apa definisi sopan pada pandangan lelaki itu, Amira tidak tahu.

“Sekarang kau tak sopan!” tutur Taufiq meletakkan beberapa fail ke atas meja. Wajah Amira di tatap sekilas.

“ Tadi sebelum pergi kerja, awak kata tak sesuai pakai itu.. yang ini tak okey, yang itu pun tak sesuai. Last-last awak paksa saya pakai baju kurung, kemudian bila saya dah pakai baju kurung. Awak kata saya tak bersopan lagi, awak nak saya pakai kelambu ke?” tutur Amira geram pabila pemakaiannya menjadi isu sensitif pada Taufiq.

“Kalau boleh apa salahnya!” jawab Taufiq selamba.

“Awak ni kan.....” Amira ketap bibir. Tersedar sepatutnya dia tidak sama sekali melayani Taufiq. Biarkan dia! Itu pesan dari hati kecil yang sering kali menasihati dirinya. Namun selalu juga dia terlupa!

“Sudah jangan nak bergaduh dengan aku!  sekarang kau tengok fail ni. Dalam fail ni ada pelan lokasi dan pelan bangunan. Aku nak kau periksa satu persatu, pastikan semua nombor lot dan saiz bangunan sama seperti yang yang ada dalam rekod sedia ada. Dan aku nak kau rekod semua tarikh jual beli, jenis rumah...  dan kumpul data pembeli dalam satu jadual. Aku nak tengok petang ni.” Arah Taufiq panjang lebar. Amira diam tidak berkutik, wajah Taufiq di tatap tajam. Melampau!

“Apasal? Tak puas hati?” Taufiq menyoal Amira yang sedari tadi mencerlung ke arahnya.

“Memanglah tak puas hati, banyak cantik awak suruh saya buat itu ini. Yang awak pulak buat apa? Goyang kaki?” rungut Amira mempertikaikan kerja yang diberi.

“Awak buat separuh! Saya tak larat nak buat semua ni,” beberapa fail diletakkan dekat di sisi kanan mejanya manalala selebihnya diserahkan semula kepada Taufiq.

“Tak larat? Ulang Taufiq sekali lagi.

“Kerja mudah macam ni pun kau kata tak larat! Fine, petang ni ikut aku ke site.  Aku nak kau rasa kerja aku pulak!” gumam Taufiq mengugut Amira.

“Malas!” tutur Amira selamba.

“Jangan harap kau nak bermalas-malas bila berdua dengan aku!” ungkap Taufiq tersenyum sinis.

“Suka sayalah nak malas ke tidak.” Amira pertahankan dirinya. Taufiq angkat keningnya tinggi menancap wajah itu.

“Dah buat kerja ni cepat, tak tahu tanya aku. Sebelum masuk, ketuk pintu! Aku tak suka kau main serbu sesuka hati! ” gumam Taufiq meninggalkan Amira yang terpinga-pinga.

“Hish... macam mana nak buat ni! Manalah aku tahu nak baca pelan bangunan bagai! Sudah...” Amira garu kepalanya sambil mencari petunjuk yang boleh membantu dirinya memahami bacaan pelan yang sebenar.

“Tak tahulah.....” Amira hempas pelan bersaiz AO ke atas meja. Fail-fail yang diberikan oleh Taufiq ditepis kasar. Bertaburan semuanya di atas lantai beralas karpet. Punggung dihenyak ke atas kerusi sambil wajah masam mencuka dibias tepat ke arah cermin.

Taufiq disebelah bilik Amira menggeleng kepalanya saat wanita yang sedang dilatih untuk bekerja di syarikat ini enggan menurut kata.  Cermin pemisah antara kedua bilik itu dihampiri sambil wajah murung Amira diperhatikan seketika sebelum dia kembali menyambung kerja-kerja yang ditinggalkan tadi.

Sedang melayani amarah dan rasa bosan yang bercampur baur, interkom berbunyi. Amira menoleh sebentar, enggan melayani panggilan yang masuk. Akhirnya bunyi yang tadi kedengaran kuat kembali senyap. Senyuman diukir, puas hatinya. Dia tidak mahu diganggu!

Jam di pergelangan tangan di perhatikan, sudah satu petang! Hati kecilnya bersorak gembira, pukul satu yang ditunggu akhirnya tiba juga.

Laju langkah kaki di atur keluar dari bilik kerjanya melewati kamar kerja Taufiq yang masih tertutup rapat.  Berkira-kira mahu masuk ke dalam bilik kerja lelaki itu namun hasrat itu dilarang keras oleh hati kecilnya. Laju sahaja hayunan kaki di atur jauh meninggalkan ruang pejabat lalu butang lif ditekan dan akhirnya tiba juga dia di lobi lalu kaunter penyambut tetamu di hampiri.

“Awak, tumpang tanya. Kafeteria ada tak? Nak makan ni lapar,” tutur Amira selamba. Gadis yang sedang tekun melakukan kerjanya tersenyum mesra.

“Tak ada, sekarang ni tengah tutup. Masih dalam proses ubahsuai!” ujar gadis itu menayang wajah manisnya.

“Oh....” tutur Amira pendek.

“Dekat-dekat sini ada kedai makan?” Amira bertanya lagi.

 “Yang dekat tak ada. Awak kena drive, hujung sana memang ada kedai makan. Cubalah,” cadang gadis itu masih setia mengulum senyuman.

“Okey, terima kasih.” Anggukan kecil kelihatan sebelum Amira tersenyum lalu menyusun langkah perlahan-lahan. Wajahnya muram sekali lagi sedangkan perut sudah berbunyi-bunyi minta diisi.

“Awak Puan Amira?” Amira angguk sekali. Lelaki yang menegur diperhatikan sekilas.

“Encik Taufiq cari puan, dari tadi lagi.” Amira telan liur. Matilah dia kali ini.

“Eh, encik Taufiq dah sampai. Saya pergi dulu ya,” Amira angguk kepalanya membenarkan lelaki itu berlalu pergi. Wajah tegang Taufiq sudah ditangkap oleh kedua anak mata itu sebaik kelibat lelaki itu terlihat.

“Kau kemana? Aku dah cakap jangan ke mana-mana tanpa pengetahuan aku!” ungkap Taufiq berbisik namun suaranya masih tegas seperti biasa.

“Saya.... sss.... saya duduk-duduk je!” alasan Amira disambut cebikan di bibir Taufiq.

“Jom makan, aku dah lapar!” ujar Taufiq menyusun langkah mendahului Amira yang masih terkebil-kebil.

“Encik Taufiq, wait!” Taufiq dan Amira menoleh serentak. Alisya yang sedang berlari-lari anak diperhatikan dengan wajah berkerut. Mahu apakah dengan gadis berbaju merah hati ini?

“Yes, ada apa?” soal Taufiq kembali menegakkan semula pandangannya matanya.

“Saya nak join encik berdua makan, itu pun kalau encik tak keberatan!” gumam Alisya lagi. Amira mencebik, gaya dan suara gadis di hadapannya cukup tidak disukai. Mengada-ngada!

“Saya tak kisah, apa kata awak tanya pada Puan Amira. Manalah tahu kalau dia keberatan pula,” Taufiq memberi alasan menanti jawapan dari bibir mungil milik Amira.

“Sepatutnya, Puan Amira tak perlu marah sebab dia dah bersuami. Mana elok isteri orang makan berdua dengan suami orang. Tak gitu puan Amira?” soal Alisya tersipu-sipu dalam bicaranya. Tawa kecil itu diselangi dengan senyuman sinis yang sengaja di tunjuk ke arah Amira.

“Oh saya tak tahu pula Encik Taufiq dan berkahwin!  tapi dengan siapa?” soal Amira sengaja menguji ingatan Alisya. Mungkinkah gadis ini tidak menyedari, isteri kepada Taufiq adalah dirinya.

“Hurmmm... sudah! Tapi saya tak ingat, tak berapa nak cam!” jawab Alisya perlahan sambil tersenyum-senyum.

“Boleh kita pergi sekarang?” soal Taufiq mematikan perbualan keduanya.

“Sudah tentu, jom!” ajak Alisya melebihi dirinya pula.

“Saya duduk di depan ya, awak duduk di belakang!” cadang Alisya membuat keputusan bagi pihak Amira. Taufiq hanya memerhatikan dari ekor mata, Amira sedikit pun tidak beriak.

Selamba dan tenang sahaja lagak gaya wanita itu yang masih tenang memerhatikan pemandangan trafik di luar tingkap kereta.


11 comments:

  1. sungguh dek akak suke gak cara taufik didik n cuba nk ubah life Amira.anak manja yg hidup penuh dgn kemewahan,tk pernah tau erti lelah bekerja sudden kena kerja cam org makan gaji,mane tk gelabah jadi nye!good job Taufik..mane tau 'sambil selam,sambil teguk air'hehe sambil didik sambil ubah ati u n ur wife.akak suke andai perkawinan mereka kekal at the end!Amira pun tk lh jahat mane pun,manja2 pun masih pandai gak bawak diri, yg akak suke watak Amira ne tk berlagak n beradab.lagi terover lak si minah perasan [Alisya],kalu mu tau sape Amira sebenar nye mau nye letak jawatan mu dek!!!cikit ade emo akak ne dek hehe,akak suke crite ne cam leh bayang kn kt depan mata....hihi good job lh dek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank @norihan komen anda menyentuh hati saya, :)

      Delete
  2. kali ni punya pun best juga...tertunggu-tunggu next entry.

    ReplyDelete
  3. apasal dgn si alisya yg tak tahu malu tu nak menyibuk....kacau daun je....

    ReplyDelete
  4. Yayyyyy best3,,,,,,,,,, nk lagiiii

    ReplyDelete
  5. tak malu si Alisha tu.... hish!!! geram nie!!! cpt la sambung wahai cik writer tak sabar nie..

    ReplyDelete
  6. hahaha.... Alisya ada hati pada Taufik ke???..... sambungg

    ReplyDelete
  7. terima kasih semua. luv u la..... _ dari meja student praktikal. last day hehehehe merdeka!!!!!!

    ReplyDelete
  8. apa kita kita jetus kepaka Alisya tu..kenapa ek minah tu tak cakap straight to d point yg mamat tu laki dia..biaq ..wanita tu sedaq diri sikit..kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak ida atas cadangan tu. komen2 kak ida penting utk create jalan cite yg menarik. tq :)

      Delete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.