Sunday, 14 October 2012

CERPEN : LANGKAH SEIRING RESTU

ASSALAMUALAIKUM

layankan 
CERPEN 'LANGKAH SEIRING RESTU'
AULIA IMAN
si comel ini tiada kena mengena dengan entry di bawah.. beliau hanyalah anak saudara saya :)



“Kehidupan adalah satu pilihan yang kita sendiri memilihnya, atau kita tidak diberi satu pun pilihan untuk meneruskan kehidupan ini”


Aku, seorang wanita yang berusia 30 tahun. Punya segala apa yang diimpikan, kerjaya dalam hidup, rumah besar dan harta melimpah ruah. Aku bahagia dengan apa yang aku ada, aku tenang menghabiskan masa muda dalam keadaan begini. Aku bahagia dan aku gembira dengan apa yang aku usahakan! Namun jauh disudut hati ini, aku akui sedikit sebanyak masa silam dahulu membuatkan hati ini dipagut kesal yang bukan sedikit. Kerana kedegilan, kerana rasa ego dan pentingkan diri sendiri aku kehilangan kasih sayang seorang ibu. Aku hilang tempat bermanja bahkan aku hilang segalanya dalam sekelip mata. Semuanya kerana mahu mengubah nasib keluarga!

Aku mahu keluar dari sempit golongan miskin seperti ini, aku mahu bernafas dalam terang cahaya kemewahan bukan terlindung dan terkurung di dunia yang kelam tanpa harapan. Aku mahu kehidupan yang menyenangkan dan aku tidak mahu terus terusan mengecapi hidup sukar bersulam kedukaan!

Sesekali sebak yang datang ku hindar jauh, tidak mahu ku kenang lagi. Kerana aku tahu aku bukan kuat untuk membiarkan sekeping hati jatuh tersungkur di lembah kekesalan.




***


Musim demi musim berlalu, akhirnya aku kembali semula bertemu insan yang  lama aku tinggalkan. Tanpa khabar dan tanpa berita, dan akhirnya kejutan yang ingin ku tunjukkan memusnahkan hati kecil ini.

Apa yang tinggal kini hanyalah rangka sebuah rumah yang telah hangus dan reput  dimamah anai-anai, semak samun memanjat memenuhi persekitaran rumah papan yang bukan lagi rumah! Dimana ibu? Di mana wanita itu? Dan di mana adik-adik ku yang lain? Di mana mereka?

Hati ini bersoal jawab, aku keliru? Mungkinkah mereka telah berpindah dari sini? Tanpa pengetahuan aku anak sulung mereka?

“Cik, kenapa cik berdiri depan rumah ni?” persoal seorang pemuda ramah bertanya. Seketika aku menoleh ke arah seraut wajah yang bersih, senyuman itu mekar tersungging.

“Ini rumah Zaharah?Betulkan?”  persoal ku meminta kepastian sesudah hampir 12 tahun aku menghilangkan diri dari perkampungan ini demi sebuah cita-cita. Dan cita-cita yang telah ku tekadkan sekian lama kini telah ku gapai!

Dan seiring kehendak dan azam yang ku pegang kukuh, aku hanya akan kembali ke sini andai semuanya sudah ku peroleh. Dan hari ini menjadi bukti kata-kata yang ku pegang, janji yang ku lafaz dahulu! Detik dan saat ini, aku  menjejak semula perkampungan dengan penuh rasa bangga dan dalam keadaan yang jauh berbeza!

“Ya ini rumah Makcik Zaharah? Ada apa ya?” persoalan dibalas persoalan. Aku jatuhkan wajah mengangguk beberapa kali, kaca mata bewarna hitam yang tersarung ku buka perlahan. Renek peluh di dahi ku seka dengan hujung jari.

“Saya nak jumpa dia? Dia di mana sekarang?” pertanyaan ku membuahkan kerutan di dahi pemuda yang langsung tidak ku kenali. Wajah itu berkerut seribu, diam tanpa bersuara. Demi melihat keadaan pemuda itu, aku hampiri tubuhnya dan dia yang masih berada di atas motosikalnya segera mematikan enjin.

“Dah lama ke Makcik Zaharah berpindah?” persoal ku tanpa mengesyaki apa-apa.

“Makcik Zaharah tak pernah berpindah! Ini rumah terakhir dia, cik ni siapa?” sekali lagi aku ditebak dengan persoalan dari pemuda itu. Pada perkiraan ku mungkin usianya masih  lingkungan belasan tahun. Dari apa yang diperkatakan pemuda itu, aku yakin Makcik Zaharah tidak kemana-mana, jadi mengapa pula rumah ini ditinggalkan begitu sahaja. Pokok-pokok senduduk sudah meliar di halaman, semak dan lalang juga memenuhi persekitaran bawah dan belakang rumah. Jadi kemana perginya Makcik Zaharah jika bukan berpindah!

“Boleh akak tahu, Makcik Zaharah kemana?” sekali lagi aku menyoal meminta kepastian dari pemuda yang mungkin juga salah seorang penduduk kampung ini.

“Cik ni siapa? Apa kaitan cik dengan ibu saya?”  pertanyaan itu dihambur kasar dan diri itu bagai tidak selesa dengan persoalan yang ku lontarkan! Dan dalam kekasaran itu aku menangkap sebaris ayat yang menggentarkan jiwa ini dengan tiba-tiba. Jantung ini berdegup kencang tidak semena-mena! Jari jemari pula mnenggeletar dengan tiba-tiba!

“Cik nak apa dengan ibu saya? Cik ni siapa? Apa kaitan cik dengan keluarga kami?” curiga pemuda itu terbias melalui patah bicaranya!

Aku tundukkan wajah, mencerna segala ayat-ayat yang terlafaz dari ulas bibir itu. Jika Zaharah ibunya. Pasti pemuda ini adalah adik kandung ku! Tapi siapa? Zairil... Zakuan atau Zairi? Yang mana satu? Ya Tuhan.... tunjukkan aku sesuatu yang benar!

“Kalau cik tak nak bercakap, tak pe la... saya balik dulu! Saya sibuk ni,” gumamnya sambil melarikan jari jemari ke segugus kunci motosikal. Perlahan-lahan anak kunci dimasukkan ke dalam ruangnya lalu dipusing seketika. Sesudah itu, butang starter ditekan berkali.

Melihat akan pemuda yang tergesa-gesa mahu meninggalkan aku ketika itu, aku juga bingkas mendekatinya. Lengan itu ku sentuh perlahan namun apa yang aku dapat hanyalah sebuah tepisan kasar dari empunya diri.

“Eh, apa hal cik pegang-pegang saya ni? Kita bukan muhrim! Ini kampung bukan bandar!” peringat lelaki itu membuatkan aku tersentak. Ya adik kandung ku ini masih tidak mengetahui siapa aku pada mereka. Mereka juga mungkin tidak langsung mengingati aku ketika ini. Lengannya ku sentuh sekali lagi!

“Cik nak apa sebenarnya? Jangan ganggu saya, lepaskan tangan saya!” amarah itu semakin jelas terpeta di air mukanya. Marah benar diri itu terhadap ku! Dia masih adik ku dan aku hanya mahu tahu siapa dia di antara ketiga-tigannya.

“Zairil, Zakuan atau Zakir?” persoal ku inginkan sebuah kepastian. Sekali lagi wajah itu berkerut seribu. Mungkin tidak menyangka soalan itu yang ku hamburkan.

“Cik ni siapa? Saya tak kenal cik, jadi lepaskan saya! Saya nak balik!” lengan ku ditepis dan dengan segera enjin motosikal dihidupkan lalu dipecut meninggalkan aku di sini. Tanpa berlengah, aku juga bergegas mendekati AUDI yang ku biarkan terpasang enjinnya. Dengan pantas tubuh ku boloskan ke dalam perut kereta dan pemuda itu ku jejaki kemana perginya!


****


“Saya tak kenal siapa cik! Jadi kenapa cik ikut saya sampai ke sini?” omel pemuda itu buat aku terasa hati. Namun aku masih perlukan dia, aku pasti dia adalah salah seorangnya daripada empat orang adik ku. Ya aku yakin, cuma aku tidak pasti siapakah dia diantara adik-adik  lelaki ku yang lain.

“Zakuan, apasal bising-bising ni?” satu suara menegur dari dalam rumah. Aku masih menanti, melihat siapa pula di dalam sana.

Sesaat kemudian, lelaki yang bersuara itu muncul dihadapan mata. Kali ini aku berdiri tegak berhadapan tubuh seorang pemuda yang mempunyai iras wajah persis  pemuda yang bernama Zakuan, seperti yang disapa oleh lelaki ini. Mungkinkah di hadapan ku kini adalah Zakir? Adik ketiga ku? Atau Zairil kembar ku? Yang mana satu, aku sendiri tidak pasti setelah bertahun aku tinggalkan mereka di sini.

“Awak siapa?” sekali lagi hati ku dipagut pilu. Diri itu juga tidak mengenali siapa aku! Wajah ku tundukkan cuba menutup duka yang mula merenggut ketenangan ini. Rambut yang lepas bebas ku bawa ke hadapan bahu, dan ku elus perlahan.

“Abang Ril, sini sekejap! Cuba tengok ni, ada orang cari ibu!” Zakuan menjenguk kebelakang rumah. Memanggil seseorang!

Aku panggung wajah buat seketika. Sebaris perkataan yang bisa menggoyah hati dan perasaan ku kembali terluah dari pinggir bibir Zakuan.

“Siapa?” pendek namun suara itu bagai dekat dengan hati ini.

“Entah la... orang KL kut!” terang Zakuan lagi. Zakir di muka pintu  hanya diam memerhati, mungkinkah diri itu sedang cuba mengingati diri ini? Aku biaskan senyuman hambar untuknya, namun senyuman ini tidak berbalas bahkan diri itu segera berlalu meninggalkan aku dihalaman rumah dibawah terik matahari hingga membuatkan Zakuan terpinga-pinga seketika.

“Abang Kir... kenapa ni? Abang Kir kenal ke dengan cik ni?” Zakuan juga berlalu meniti anak-anak tangga masuk ke dalam rumah untuk menuntut penjelasan dari Zakir. Aku tundukkan wajah ini sekali lagi, begitu berat salah ini hingga mereka tidak mengalu-alukan kedatangan aku di sini.

Aku masih lagi dibiarkan berpayung dibawah sinar mentari yang hangat membakar kulit, namun suara Zakuan di dalam rumah sesekali melenyapkan suasana sunyi dan ketengan yang  baru aku rasakan.  Jauh dari hirup pikuk kota besar Kuala Lumpur!

“Abang Kir, siapa kakak tu? Abang kenal ke?” persoalan demi persoalan dilontar oleh Zakuan hanya semata-mata menginginkan sebuah penjelasan siapakah aku pada mereka.

Demi mendengar pertanyaan Zakuan terhadap zakir, aku larikan wajah ke arah lain! Mengapa kedatangan dan kepulangan ku ini disambut dingin oleh Zakir?  Nafas ku hela perlahan dan satu keluhan ku lepas panjang.

Sesekali mata ini menancap batang tubuh seseorang yang baru pulang dari sawah. Keadaan yang cukup kotor dan menjijikkan pada pandangan ku. Sekali lagi aku menghela nafas, terkenang akan keadaan yang pernah dan terpaksa aku lalui suatu ketika dahulu. Ah aku tidak mahu mengingati lagi segala kenangan silam! Aku jijik dengan masa silam dahulu!

“Ya cik cari siapa?” tubuh yang sedang terbongkok meletakkan perlatan mengerjakan sawah itu ku perhatikan lama. Diri itu masih membelakangi aku, dan ketika ini dirinya sedang membersihkan kaki menggunakan air hujan yang bertakung di dalam tempayan.

“Saya cari Makcik Zaharah!” aku luahkan keinginan dan rasa hati ini. Bergetar jiwa dan berdetik hati ini melontar sebaris nama wanita yang cukup tabah membesarkan kami adik beradik.

“Ada apa?” suara itu perlahan menutur bicara! Wajah itu dipalingkan ke arah ku dan senyuman yang terukir mati dengan sendirinya! Suasana sunyi dan senyap tiada berbicara, yang kedengaran hanyalah kicau burung yang riuh menyambut kedatangan aku ke kampung itu. Sebuah perkampungan petani! Lama bertentang mata, akhirnya lelaki itu membuang pandang ke arah lain.

“Zairil...” aku meneka dan tanpa sedar tubir mata ini berat dengan tiba-tiba. Wajah itu tetap tidak berubah, yang berbeza hanyalah keadaan itu. Penuh lumpur dan selut yang melekit!

Buat seketika, keadaan kembali sunyi... Zairil menundukkan wajahnya bagai tidak sudi lagi memerhatikan aku yang tegak berdiri di hadapan matanya.

“Cik Zara ke sini untuk apa?” akhirnya sebaris ayat menyapa jua pendengaran ku. Aku hampiri tubuh itu, namun dia berginjak menjauh. Dan kali ini aku tahu, aku tidak diterima oleh mereka setelah 12 tahun aku tinggalkan kesemuanya.

“Akak nak jumpa mak,  mak mana dik?” aku luahkan rasa hati yang sarat kerinduan pada seraut wajah tua itu. Zairil menggeleng kepalanya, senyuman kecil diukir seketika dan wajah itu masih lagi tertunduk menekur tanah yang bersih tanpa sebarang rumput liar.

“Untuk apa Cik Zara cari emak saya?” pendek lantunan ayat yang dilontar namun cukup menghiris sekeping hati milikku.

“Akak rindukan mak,” gumam ku perlahan.

“Rindu? Setelah 12 tahun cik Zara pergi?” kali ini Zairil mempersoalkan kepergian ku yang terlalu lama.

“Tapi akak dah balik, akak dah capai cita-cita akak! Akak dah ada semuanya, dan kita tak perlu hidup miskin lagi Ril. Akak dah janji akan ubah nasib keluarga kita dan bahagiakan hidup keluarga kita! Dan sekarang akak dah datang, akan nak bawa mak dan adik-adik akak ke KL.” Gumam ku penuh bersemangat mahu membawa dan membela nasib mereka.

“Cik Zara ingat dengan kemewahan dan harta benda boleh beri kebahagian kepada semua orang?” kata-kata ku tidak bersambut bahkan aku ditebak dengan sebuah persoalan itu.

Aku kematian kata-kata, bagaimana untuk aku terang dan jelaskan niat di hati ini. Aku kembali untuk membawa mereka jauh dari kemiskinan ini, bukan membiarkan kemiskinan ini menyekat dan merantai seluruh kehidupan kami sekeluarga!

“Cik Zara baliklah, orang yang cik Zara cari dah tak ada di sini. Saya sibuk, ada kerja nak buat!” tutur Zairil sambil menggapai kembali cangkul dan sabit. Perlahan-lahan langkah kaki diatur menuju ke batas sawah berdekatan rumah. Aku bingkas mengekori tubuh itu, walau tidak rela namun aku terpaksa jua menurut!

“Ril... akak datang nak jumpa mak! Mak mana?” pertanyaan ku dibiarkan sepi, Zairil masih lagi terus-terusan melangkah tanpa berpaling. Demi menuntut sebuah kepastian, aku kuatkan semangat meredah batas kecil di tengah-tengah sawah yang sedang menguning. Burung kelicap berterbangan di sana sini, sarang tempua pula bergantungan di pohon nyiur yang lembut melambai-lambai. Suasana yang cukup ku rindukan saban hari, namun tidak sesekali ku akui di dalam hati ini. Egokah aku?

“Ril, tunggulah sekejap! Akak nak jumpa mak, mak mana dik?” persoal ku sambil terus melangkah meredah rumput-rumput setinggi paras betis. Sesekali lecak dan selut dari tanah bendang melekat ke kasut, dan ku akui keadaan yang terpaksa ku tempuh saat ini cukup menjengkelkan! Aku jelak dengan semua ini!

“Baliklah cik Zara, dah tak ada apa-apa untuk cik Zara di sini! Baliklah, jangan ganggu kami lagi. Kami dah cukup bahagia dan jangan sesekali rosakkan kebahagian kami! Jangan hiris hati kami lagi, jangan tambah luka dekat hati kami. Kami dah lupakan cik Zara sepertimana cik Zara lupakan kami!” Zairil hamburkan kata-katanya. Aku yang mahu meneruskan langkah, kaku tidak mampu lagu berganjak. Luka dan kepedihan apa yang ku berikan kepada mereka? Mengapa aku tidak lagi diperlukan dan kenapa aku dihalau pergi. Aku mahukan penjelasan!

“Ril, akak nak jumpa mak! Akak nak jumpa mak, akak nak bagitahu yang akak dah berjaya! Akak nak buktikan pada mak, segala kata-kata mak dulu salah! Akak dah berjaya sekarang,” aku teruskan langkah mengekori Zairil dan sesudah ayat itu ku hamburkan Zairil mematikan langkahnya. Tubuh itu dipusingkan dan aku dipandang tajam!

“Memang, ya memang kata-kata mak salah! Semua nasihat dan pesan mak pada cik Zara salah! Saya harap Cik Zara puas hati? Sekarang Cik Zara boleh balik, dan tinggalkan kami!” tegas bicara Zairil, namun aku masih belum mahu mengalah selagi tidak ku temui insan yang ingin ku temui.

“Akak nak jumpa mak, dan akak nak cakap sendiri pada mak! Akak dah berjaya walaupun mak melarang akak pergi! Tengok apa yang akak ada? Akak ada kerjaya, ada harta dan ada pangkat! Semuanya atas usaha akak sendiri, kalaulah akak ikut cakap mak dulu! Semua ni pasti hanya mimpi semata-mata, tegok diri  Ril sendiri!  Kotor, berlemus dengan selut dan lumpur! Akak tak nak, sampai bila-bila kita tersepit dalam kemiskinan! Akak tak nak!” lantang aku hamburkan bicara. Biar Zairil sedar, dengan menurut telunjuk ibu ku dahulu diri itu telah dijauhkan dari sebuah kesenangan. Pasti aku juga seperti dirinya, andai aku juga buta dan hanya mengikut telunjuk ibu ku dahulu!

“Cukup! Cukup Kak Zara!” aku terpempam saat satu suara memintas pendengaran ini. Lambat-lambat aku kalihkan pandangan ke arah belakang. Zakir sedang memandang ku tajam dan sarat dengan kebencian!

“Kalau tak kerana abang Ril yang sanggup kotorkan tangan dan tubuh dia dengan selut dan lumpur ni! Kami, kami ni...” Zakir genggam jari jemarinya lalu dibawa rapat ke dada.

“Kami ni takkan mampu hidup lagi! kalau bukan kerana bodohnya abang Ril mengikut telunjuk emak dulu, memang kami akan mati kebuluran! Memang kami takkan habiskan sekolah! Dan memang kami.....” Zakir hela nafasnya perlahan. Dada itu kelihatan berombak menahan sebak dan amarah yang datang menerpa ke hati. Wajah dipalingkan ke sisi, buat seketika suasana kembali sunyi hanya kicau burung yang kedengaran.

Aku perhatikan Zairil ketika ini, kembar ku yang sama-sama mendapat tawaran belajar ke menara gading. Ya hanya aku seorang yang pergi tanpa restu, diri itu hanya menurut kata ibu ku agar tidak kemana-mana, bekerja dan menyara keluarga! Itu sahaja yang ibu mampu bayangkan! Tidak terlintas langsung di hati ibu tentang pentingnya pendidikan yang mampu mengubah kehidupan miskin kami ketika itu. Aku dilarang pergi namun kedegilan ini tetap mendahului segalanya.

“Kir.... cukuplah! Jangan ungkit lagi hal lama. Abang ikhlas buat semua ni, abang tak minta apa-apa!” perlahan nada suara Zairil berbicara dan kali ini aku lihat dia kembali menegakkan tubuhnya mahu melangkah menyusuri batas sawah.

“Kir nak sedarkan Kak Zara! Nak sedarkan dia yang sombong dan berlagak ni bang!” gumam Zakir masih menahan rasa yang menyerbu ke hati.

“Apa yang Kir nak sedarkan pada akak?  Apa dia?” persoal ku garang tidak mahu mengalah.

“Kalau bukan kerana abang Ril, Kir dan Zakuan takkan sampai ke universiti! Kak Zurina juga takkan jadi doktor dan kerana kebodohan abang Kir juga,  dia korbankan dirinya untuk kami. Untuk kami, bukan macam Kak Zara pentingkan diri! Menghilang bertahun-tahun dan kembali untuk beri bahagia!  Bahagia konon!

Bahagia apa yang akak nak bagi kalau emak pun dah lama pergi! Bahagia apa yang akak nak bagi pada kami! Cakaplah!” herdik Zakir membuatkan aku terpempam. Air mata ini melurut jatuh dengan tiba-tiba!

“Cakaplah kak! Bahagia apa yang akak nak bagi pada kami! Akak dah rampas satu-satunya kebahagian kami!” lantang bicara Zakir dalam sebak dan lirih yang mula memagut tangkai hati.

“Sudah la tu... jangan bergaduh dekat sini!” Zairil bersuara, dan perlahan-lahan cangkul yang dijinjing di bahu, dijatuhkan ke tanah.

“Kir nak sedarkan perempuan yang tak sedar diri ni bang! Kerana dia, mak pergi tinggalkan kita! Abang tengok betapa seksanya mak rindukan dia, tapi dia ada hati? Ada perasaan nak balik jenguk mak? Jenguk kita waktu tu? Tak ada kan! Jadi kami tak perlukan Kak Zara! Sila pergi dari sini!” usir Zakir memalingkan wajahnya dari menancap seraut wajah ini. Aku diam seribu bahasa, hati ini berdegup kencang! Benarkah dengan apa yang ku dengari ketika ini? Perlahan-lahan wajah ku panggung menentang pandangan Zairil.

“Zairil, betul ke mak dah tak ada?” aku lontarkan bicara menagih sebuah kepastian dari kembar yang berkongsi satu rahim. Dan hati ini luluh dengan sendirinya tatkala anggukan Zairil menikam pandangan mata.

“Tak, akak tak percaya! Akak tak percaya!” jerit ku sambil jatuh melutut ke batas kecil ini.

“Akak tak percaya! Tak percaya!” aku lontarkan kata hati. Sungguh aku tidak mahu mempercayai perkhabaran ini. Ah semuanya palsu! Semuanya bohong! Aku tak percaya! Wajah yang basah dengan air mata ku raup berkali, rambut yang panjang mengurai ku ramas kasar. Aku tidak mahu mempercayai berita dan patah bicara yang diucapkan oleh Zakir! Sungguh aku tidak mahu mempercayainya!

“Cakap semua ni bohong! Bohong!” jerit ku dalam esak tangis. Wajah ku tundukkan menancap tanah sawah yang berselut! Perlahan-lahan tanah itu ku genggam bersama kepedihan yang sarat dihati!

Zairil yang jauh berdiri di sana mula menapak menghampiri tubuh ku, dan langkah dihentikan saat tubuh itu sudah berada dekat dengan diri ini! Ketika ini aku mendegar keluhan kecil yang menyapa pendengaran. Dia tundukkan tubuhnya lalu kedua bahu ku disentuh,  dan dibawa tubuh ku kembali tegak berdiri.

“Cakap dan beritahu akak yang semua ni bohong! Cakap dan tolong katakan semua ni tak betul...” rayu ku perlahan memohon simpati Zairil agar dia sudi berterus terang dan menyatakan hal yang sebenarnya bukan pembohongan ini yang ingin ku dengar! Wajah yang basah dengan air mata ku seka dengan belakang tangan, masih menunggu Zairil berbicara!

“Sudah la kak, akak balik la... tak ada apa lagi untuk akak di sini! Kami tetap macam ni, dan kami bahagia dengan apa yang kami ada. Akak balik ya,” lembut Zairil memujuk namun aku yang dingin dan keras hati ini tidak sedikit pun terpujuk!

“Akak nak jumpa mak,” tutur ku dalam esak tangis. Zairil palingkan wajahnya ke arah lain, ada rasa yang cuba disembunyikan dari pandangan mata ku.

“Akak nak jumpa mak, bawa akak jumpa mak! Akak nak beritahu mak yang akak dah berjaya!” gumam ku mengharapkan pengertian Zairil dan perlahan-lahan kepala dijatuhkan, mengangguk lemah menurut kehendak ku ketika ini.

“Baiklah, Ril bawa akak jumpa mak!” aku lepaskan nafas yang panjang, perasaan sedih ini kembali reda namun pandangan Zakir masih seperti tadi. Sarat dengan kebencian teramat!



***


“Kita nak kemana ni Ril?” persoal ku tatkala kereta yang dipandu Zairil sudah memasuku kawasan perkuburan. Namun pertanyaan ini hanya dibiarkan sepi tidak berbalas. Adik lelaki ku masih tenang memandu, sedikit pun tidak menghiraukan aku yang dipagut keresahan.

“Kita nak lawat kubur arwah ayah kan? Emak pun ada dekat sana ya?” tebak ku lagi. Mungkin ibu ku sedang menziarahi pusara arwah ayah, dan kali ini Zairil memandang ku sekilas. Ada senyuman hambar yang terukir di pinggir bibirnya.

“Turunlah Kak Zara,” pelawa Zairil setelah kereta Nissan Sunny jenis lama itu dihentikan di bahu jalan. Perlahan-lahan aku menurut dan langkah yang sudah jauh ke hadapan ku ekori perlahan. Zakir dan Zakuan juga ada, mereka datang menaiki motosikal milik arwah ayah ku dahulu.

“Mana satu kubur ayah?” persoal ku perlahan.  Terlalu lama aku tinggalkan semuanya hingga pusara ayah yang ku cintai juga sudah terhapus dari ingatan!

Zairil hampiri salah satu kubur yang bernisan putih, diusap perlahan dan seketika itu aku lihat jari jemarinya dilarikan di tanah yang mula ditumbuhi rumput-rumput kecil yang baru tumbuh, dan pantas jarinya mencabut pohon kecil itu. Namun keadaan pusara dihadapan ku masih elok terjaga, tiada rumput liar bahkan bersih dari daun-daun kering pohon kemboja yang subur berbunga lebat!

“Akak nak jumpa mak kan?” pertanyaan Zairil ku anggukan sahaja. Zakir dan Zakuan datang mendekati, turut duduk bertentangan dengan aku dan Zairil. Wajah keduanya murung dan keruh, hanya aku yang kelihatan teruja untuk bertemu emak. Namun kelibatnya masih tidak kelihatan!

“Mak mana Ril? Akak nak jumpa mak!” ucap ku dalam rasa yang tidak sabar lagi mahu bertemu wanita itu. Zairil tundukkan wajahnya, tidak langsung memerhatikan aku saat ini! Zakir juga begitu, hanya Zakuan yang masih tenang memerhatikan aku yang comot dengan kesan maskara akibat air mata yang gugur merembes tadi.

“Mak mana dik?” aku persoalkan sebaris ayat itu dihadapan Zakuan. Perlahan-lahan Zakuan menundukkan wajahnya menancap pusara di hadapan mata ku lama. Dan seketika kemudian dia kalihkan semula wajahnya menancap wajah ku.  Aku perhatikan dirinya penuh tanda tanya, mungkinkah emak sudah pergi dulu? Dan perlahan-lahan dia mengangguk mengiyakan kata hati ini.

“Tak mungkin!” aku bingkas bangun dan berdiri. Serentak itu mereka yang masih duduk di tepi pusara bernisan putih ini, mendongak memerhatikan seraut wajah ku yang sedang keliru ketika ini.

“Kak... ini pusara mak! Pusara mak kita,” gumam Zairil perlahan menyusun bicara!

“Diam! Tak mungkin! Tak mungkin!” aku tekup kedua telinga ini dari terus terusan mendengar kata-kata mereka.

“Tak mungkin! Emak belum mati!” aku lepaskan jeritan ini bila Zairil mendekati aku dan cuba meleraikan pegangan ini.

“Kak Zara, bertenang kak! Sedih mak tengok akak macam ni!” pujuk Zairil mendapatkan aku. Segera aku dibawa menjauhi kawasana perkuburan ini.

“Bohong, emak belum mati! Belum mati,” pekik ku kuat tanpa menghiraukan keadaan.

“Akak mengucap kak !mengucap!” pujuk Zakir pula.

“Tak, emak belum mati!” pekik ku lagi. Air mata dan esak tangis ini ku biarkan jatuh berlinang. Sungguh aku tidak mahu mempercayai kenyataan yang terbentang di hadapan mata ku ketika ini. Mana mungkin emak pergi begitu sahaja!

“Mak belum mati... belum mati....” dari lantang bersuara nada suara ini bertukar kendur dan sayu. Aku tahu satu-satunya ibu yang aku ada masih belum mati. Masih ada bersama aku!

“Kita balik dulu ya,” dengan pantas tubuh ku yang tidak bermaya dibawa masuk ke dalam kereta.


***



Sudah seminggu aku di sini, di sebuah perkampungan yang cukup membuatkan aku kekesalan. Kesal kerana kebodohan diri, menghilangkan diri tanpa khabar berita, menjauhi keluarga sendiri! Sungguh aku kesal dengan perbuatan silam yang menjadikan aku anak derhaka.

Derhaka kerana ingkar pada nasihat dan kata-katanya, tanpa sedar air mata ini kembali merembes. Sungguh aku kesal dengan perbuatan lalu, andai diberi kesempatan pasti akan ku pohon restu itu dan pasti akan ku turut kata-katanya!

Mata ku pejam erat, wajah ku tekup dengan tapak tangan! Pulang ku ke sini hanyalah untuk mengkhabarkan kejayaan yang telah ku peroleh, membuktikan kata-kata ibu ku dahulu hanyalah satu kesilapan! Namun setelah apa yang ku inginkan tercapai, aku kehilangan sebuah kasih sayang seorang ibu.

“Kak, Ril nak sampaikan pesanan arwah emak pada akak!” Zairil datang menghampiri aku yang termangu di anjung rumah papan ini. Rumah papan ehsan jiran tetangga kami! Kasihannya adik-adik ku membesar tanpa kasih sayang dan tanpa keupayaan!

“Emak dah maafkan akak, mak dah restu segala perbuatan akak! Mak tak marahkan akak, tapi mak bangga dengan akak!” tutur Zairil perlahan.

“Tapi akak lupakan keluarga bertahun-tahun Ril, sampai mak meninggal pun akak tak tahu!” ucap ku lirih dalam kesal yang bukan sedikit.

“Masa dah berlalu kak, Ril pernah cari akak tapi tak jumpa! Hanya khabar dari orang kampung yang pernah nampak akak di KL je yang kami dengar. Tapi mak tak marah, mak pesan supaya akak jadi anak yang solehan! Mendoakan arwah mak tenang di sana. Itu je permintaan mak pada akak!” ucap Zairil masih tenang menyusun bicara. Sedikit sebanyak aku kagum dengan ketabahan Zairil
membesarkan ketiga-tiga  adik ku yang lain, sedangkan aku anak sulung keluarga ini melepaskan tanggungjawab itu hanya dibahu Zairil seorang.

“Maafkan akak Ril, maafkan akak!” tutur ku meraup wajah menghapus kedukaan.

“Sudah la kak, mak mesti suka tengok kita kembali bersatu! Lupakan hal ni, kita bina hidup baru!” Pujuk Zairil menyentuh bahu ku perlahan.

“Kita mulakan hidup baru ya kak!” aku hanya mampu mengangguk. Syukur kerana mereka menerima diriku kembali! Dan ketika ini Zakir dan Zakuan juga datang menghampiri aku!

“Maafkan Zakir kerana kurang ajar dengan akak!”

“ Dan maafkan adik-adik akak yang lain! Sebab kami langsung tak kenal siapa akak!” sapa Zakuan yang ku tinggalkan ketika usianya mencecah lima tahun. Begitu juga Zurina yang masih lagi dibangku sekolah rendah ketika aku nekad larikan diri ke kota Kuala Lumpur demi menyambung pengajian ke menara gading.

“Semuanya salah akak! Maafkan akak!” pohon ku dalam esak tangis yang tidak mampu lagi aku sembunyikan. Mereka menerima diri ku kembali walau aku sudah melupakan kesemuanya bertahun lamanya!

Pengajaran cerita:


Pohonlah restu dari ibu bapa kerana restu dan doa mereka akan mengiringi setiap langkah dan kejayaan seorang anak.

P?S: KISAH SEBENAR YANG TELAH DIGARAP SEMULA

Dan sekeras serta sebenci mana pun hati seorang ibu, kasih kepada anak tetap terutama. Tidak sanggup melihat anak diheret kepayahan dan kedukaan dalam menempuh liku hidup. Begitu jugalah Zaharah yang pada mulanya tidak merestu, akhirnya kasih mengatasi segalanya. Zara direstui, dan langkah anak sulungnya diiringi dengan doa dari kejauhan hingga berjaya mengecap kejayaan yang diimpikan.









5 comments:

  1. encik writer ni buat saya sedih je~! sakit hati hahaha :)

    ReplyDelete
  2. alahai..apa motif ibunya melarang anak perempuan untuk sambung belajar ..sedangkan belajar itu adalah tuntutan agama..hingga kita disarankan belajar hingga kenegeri China..

    pelajaranlah yg memisahkan kita antara hidup dalam keperitan seumur hidup atau berjaya melakarkan kehidupan yg berjaya dari kemelut kemiskinan..kan..

    Hati akak sedih bila..adiknya menggalas tanggung jawab membesarkan adik adiknya yg lain dan akak rasa tindakan kakaknya mmg melampaui batas.. kan..selama 12 tahun meninggalkan keluarga tanpa menoleh dan kembali kepada keluarganya mmg zalimkan..

    ReplyDelete
  3. sedeh sangat dek,cam mane andai kite disituasi zara...sunggun tk rela andai ibu pergi dlm keadaan belum sempat menatap wajah ibu n memohon keampunan dari insan yg telah melahir kan kite...ade kah?walau ibu memaaf kan kite ade kah di sisi ALLAH anak yg derhaka???amek lah iktibar dari cerpen u wat tatapan ur readers...muge yg baik semat kan kat hati n yg tak tu jadi kan sempadan wat panduan hidup...andai sasape di situasi ne cepat2 lah terjaga,bab andai dah terlambat sedar takut nyesal menghantui n merantai ati.....WAULLAHUALAM sayang n hargai ibu,itu lah jalan merentas syurga...tampa IBUBAPA tak ujud kita ke dunia..amin

    ReplyDelete
  4. restu perlu...tetapi seorang ibu x patut sekat 'kemampuan' anak utk trus smbung belajar....sepatutnya ibu ptt brbangga jika ada anak yg mahu berubah kehidupan...bukannya mengalakkan anak meneruskan tradisi 'kesusahan' keluarga....tetapi apa yg wtak prempuan tu buat x balik jnguk si ibu smpai brtahun memang x patut....mana ada ibu x syg anak ye dak???

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.