Sunday, 28 October 2012

DUNIA KITA BERBEZA 1

ASSALAMMUALAIKUM WTB, okey ni entry baru untuk DKB cerita ini Inyallah akan habis di blog. saja nak praktis untuk bermain dengan susunan ayat. tentang JMPW ada masa saya akan upload lagi. apa-apa pun layankan buah tangan pertama, :)

“Umran Hannan, what do you think you are?” sergah Cristina menusuk tepat ke jantung kecil milik jejaka berasal dari utara tanah air itu. Wajah yang kelat, rasa bengang yang teramat dan kesabaran yang semakin tipis cuba disimpan rapi dari terbias di riak wajah.

Pandangan pula dijatuhkan menekur lantai beralas karpet bewarna merah hati, tidak mahu menentang pandangan gadis di hadapannya kini bimbang andai tubuh kecil itu di lanyak hingga lucai. Mulut tiada insuran!


“Hey, I ask you! What the hell are you doing???” kertas lakaran yang sudah siap di rangka dihempas kasar ke atas meja kerja, lantas wajah dipalingkan ke arah lain. Tiada kuasa mahu menatap raut wajah itu, sakit dan panas hatinya melihat hasil lakaran yang tidak memenuhi kehendak serta citarasasanya.

Perlahan-lahan dengusan kecil mula kedengaran meniti di bibir merah basah milik gadis kacukan bernama Cristina. Gadis garang yang cukup tidak menyayangi mulutnya sendiri.

“Shit!” kata makian itu kedengaran perlahan. Umran Hannan mengetap bibir, kali ini sabarnya semakin tipis bila gadis itu semakin berani memaki hamun dirinya pula. Maruah sudah tercalar dan ego seorang lelaki juga sudah tercabar!

Kertas lakaran digapai laju, lantas kaki mengorak langkah keluar dari bilik pejabat ketua eksekutif Creative Designer. Membuak-buak rasa amarahnya bila apa sahaja yang cuba dilakukan mendapat tentangan anak gadis kepada majikannya itu, ada sahaja yang tidak berkenan di hati!

Segala apa yang dilakukan pasti mengundang ketidakpuasan di hati itu dan hasil kerjanya juga sering kali dipertikaikan. Entah apa lagi yang dimahukan gadis ini! Dekorasi dan segala kriteria untuk susun atur rumah agam pelanggannya itu juga sudah dipersetujui bersama, namun apabila kesemuanya sudah siap terlakar ada sahaja yang tidak kena. Huh!

“Umran, kau apa hal ni?” tegur Sarah kaget melihat wajah tegang Umran Hannan yang baru keluar dari bilik pejabat ketua bahagian mereka yang bernama Cristina. Pasti gadis itu memperlekehkan hasil kerja Umran yang ternyata cukup bagus pada pandangan semua pihak namun untuk memuaskan hati Cristina, Umran ternyata tewas. Gadis itu cukup cerewet dan banyak songeh! Inilah padahnya bekerja dibawah arahan seorang wanita seperti Cristina, mencampur adukkan hal kerja dan masalah peribadi! Yang naya Umran Hannan juga!

“Apa lagi? Meroyan la dia awal-awal pagi macam ni,” gumam Umran sambil menyentuh tetikus komputer lalu dilarikan ke dokumen word. Sabar dan tabahnya selama dua bulan dibawah kendalian Cristina sudah hampir habis, sebelum letusan perang dunia ke tiga dan amarahnya mencapai tujuh petala langit dan tujuh petala bumi...  ada baiknya surat perletakkan jawatan dilayangkan dengan kadar segera!

“Eh, kau nak buat apa tu?” soal Sarah sambil menjenguk kepala ke tempat duduk Umran yang terletak bersebelahan. Umran menghentikan kerja-kerja menaip, wajah dipanggung dan Sarah yang tampak kepoh ingin tahu, diperhatikan seketika.

“Aku nak berhenti!” sebaris ayat dilafazkan dan kerja-kerja menaip disambung kembali. Sarah terkedu, perlahan-lahan wajahnya dibawa menancap ke permukaan meja yang sudah bertimbun dengan kerja-kerja lakaran. Mindanya ligat berfikir, jika benar rakannya itu ingin berhenti, bagaimana pula dengan dirinya?

Ah, mana mungkin Umran berhenti! Jika lelaki itu berhenti, bermakna spesis lelaki di syarikatnya akan pupus. Tambahan pula Umran satu-satunya pekerja bujang yang mempunyai rupa paras yang agak menarik dan dirinya suka melihat raut wajah itu. Raut wajah yang cukup indah diciptakan oleh Tuhan untuk tatapan gadis-gadis di pejabat pereka dalaman itu.

“Weh, janganlah berhenti! Kalau kau berhenti, aku nak berhenti juga.” Gumam Sarah menunjukkan muncung panjangnya. Umran menoleh seketika ke arah rakan pejabatnya yang bernama Sarah, dia pun sibuk juga nak berhenti!

“Aku nak berhenti sebab aku dah tak tahan dengan bos kau yang gila kuasa tu! Sakit hati aku ni...” sedih sahaja ayat yang diungkapkan.

“Sebak, pilu, semua ada!” tambah Umran lagi lalu membawa tapak tangannya menyentuh ke dada menunjukkan kesedihan hatinya. Sarah mengangguk lemah, kasihan pada Umran.

“Aku pun tak tahan juga,” sampuk Sarah ingin susah senang bersama lelaki itu.

“Tak payah nak berdrama sangat la.... kau kerja dekat sini! Aku berhenti nak balik ke kampung, nak tanam jagung! Tak pun nak kerjakan sawah nenek aku tu!” tutur Umran kembali menyambung kerja-kerja menaipnya.

Buat seketika, kepalanya digaru perlahan sambil mata tidak lepas memerhatikan skrin komputer. Huh payah betul, itulah terlalu lama meninggalkan alam persekolahan hingga format surat rasmi juga sudah luput dari ingatan.

“Balik kampung?” ulang Sarah tidak percaya. Jika Umran pulang ke kampung, ini bermakna dirinya semakin menjauhi lelaki itu. Untuk sampai semula kepada Umran mengambil tempoh tiga jam, dengan jarak perjalanan melebihi 100 kilometer sejam. Jauh tu!

“Ha’a nak balik kampung! Boring menetap di KL ni, dah la jamm... bising! Tak ada ketenangan, lepas tu dapat bos dah macam apa je. Kena bambu hari-hari, siapa yang tahan weh!” tutur Umran meleret-leret nada suaranya.

“Sabar la Umran oi... ada hikmahnya dengan apa yang jadi semuanya ni! Tak payah la nak balik kampung, cari la kerja lain dekat-dekat sini.” Pujuk Sarah berharap Umran tidak kembali menetap ke kampungnya yang terletak di Perak.

“Lagipun, kau nak kerja apa dekat Teluk Intan tu? Nak jadi petani, ke kau nak jadi nelayan? Aku rasa kau tak ada bakat nak buat semua kerja tu. Bukan apa....” Sarah sudah keluar dari petak meja kerjanya lalu berpusing keluar dan mendekati meja kerja Umran, yang sedari tadi masih belum selesai menaip surat perletakan jawatannya.

“.... Aku rasa, padi yang kau tanam  takkan tumbuh tapi rumpai, sambau dengan serangga perosak yang banyak! Buat rugi je...” ujar Sarah langsung tidak memberi semangat apatah lagi kata-kata penuh bermotivasi kepada Umran.

“Agak-agak la kan.... kalau nak kondem aku pun!” sinis Umran melahirkan perasaan tidak puas hatinya. Papan kekunci ditekan-tekan, geram dengan gadis yang sedang berdiri disebelahnya ketika ini.

“Hehehe... aku gurau je! Kau ni, sensitif la....” sahut Sarah sambil memintal-minta hujung tudung bawal yang tersarung di kepala. Wajah Umran ditatap sekali lagi.

“Umran....” panggil Sarah lunak menyapa. Meleret sahaja lenggok bahasanya.

“Ada apa, jangan nak menggedik-gedik dengan aku! Aku tak tergoda!” luah Umran menyekat maksiat yang baru ingin menjalar.

“Kau ni kan.... mana kau tahu aku nak menggoda kau!” marah Sarah sambil memandang tajam ke arah Umran yang terkial-kial memikirkan ayat paling sesuai untuk diluahkan di dalam sepucuk surat perletakkan jawatannya itu.

“Ala... kalau ayat yang kau cakap tu panjang meleret-leret! Dah macam bertaranum aku dengar, tentu dan tak ada motif lain selain nak menggoda aku! Tak payah la... iman aku ni kuat lagi!” tutur Umran selamba. Sarah mecebik, berlagak sungguh Umran.

“Aku bukan nak goda kau... aku cuma nak ajak kau makan tengahari nanti! Yela kau kan nak berhenti, bila lagi kau nak buat amal jariah pada aku yang serba kekurangan ni. Besar pahalanya berbuat baik pada anak yatim macam aku!” gumam Sarah tersenyum panjang. Umran menoleh seketika, ada senyuman sinis yang dilemparkan buat tatapan Sarah.
           
“Hei, kau ni kan... senyum macam tu kenapa? Tu kan senyum jahat! Husiihhhh tak baik tahu tak,” gerutu Sarah geram melihat reaksi Umran.

“Macam manalah aku tak senyum jahat, anak yatim yang boleh dibantu anak yatim yang belum cukup mampu nak uruskan diri sendiri. Kalau ikut apa yang kau kata tu, nenek aku dekat kampung tu pun boleh dikategorikan sebagai anak yatim! Moyang aku dah berpuluh-puluh tahun meninggal! Anak yatim juga tu, kau tak nak tolong?” ucap Umran memangkas hujah Sarah.

           
“Eii.... susah la cakap dengan kau ni!” bebel Sarah mahu kembali semula ke meja kerjanya. Laju-laju kaki dihayun meninggalkan meja kerja Umran mahu berpusing dan duduk semula ke tempatnya. Payah bercakap dengan lelaki ini, ada sahaja yang tidak kena, namun bila berhadapan dengan bos seperti Cristina pandai pula mulut itu senyap tidak melawan! Takut atau hormat, Sarah sendiri tidak pasti!

“Pukul satu nanti aku belanja kau makan!” gumam Umran Hannan menoleh seketika ke arah Sarah yang duduk di meja bersebelan sebelum kembali menancap skrin komputer. Kerja menaip disudahkan segera lalu surat itu dicetak.

“Huh, siap pun!” sehelai kertas yang sudah bercetak dipegang dan dilibas dengan jari jemarinya.

“Selamat tinggal Creative Designer! Bisik hati kecilnya penuh kelegaan. Sesudah itu kaki melangkah laju menuju ke bilik Cristina, tanpa ketukan dan tanpa isyarat pintu bilik itu dikuak.

“Hei.. you tak reti nak respect bos sendiri ke? Sudah la buat kerja entah apa-apa, perangai pun... huh boleh tahan biadabnya!” selar Cristina yang sedang leka merapikan solekan di wajah. Bedak kompak disimpan ke dalam beg tangan, dan wajah Umran yang cukup kelat itu diperhatikan! Ada apa dia ke sini?

“Bos macam you, tak perlu dapat respect dari sesiapa pun! Tak ada faedahnya, berlagak, sombong, budget cun, gila kuasa dan paling penting kerja you tu.... serupa macam kerja budak tak pernah sekolah!” gumam Umran melepaskan rasa yang selama ini terbuku di hati. Bukan dia tidak tahu, Cristina bukanlah arif selok belok tentang hiasan dalaman! Hanya tahu complain dan complain!

“Hei, watch you mounth!” peringat Cristina lalu bangkit dari kerusi yang sedang di dudukinya ketika ini.

“Whatever! My resignation letter! Simpan buat kenangan!”  tutur Umran tersenyum sinis, sepucuk surat dihempas ke meja itu. Cristina menoleh, lambat-lambat sampul surat bewarna merah hati itu digapai. Ini surat perletakkan jawatan atau surat cinta? Anehnya!

“Oh terlupa, sebelum saya keluar! Saya beri notis 24 jam!” gumam Umran lalu berpaling menuju ke pintu lalu terus menapak keluar tanpa menoleh lagi pada Cristina yang sedang terpinga-pinga.


****


“Umran Hannan, cucu nenek... balik pun! Ingat juga jalan ke rumah ni ya?” gumam nenek mengesat air mata yang bergenang. Umran Hannan hanya memerhati, kepulangan yang disambut dengan kata perlian dan tangisan terharu dari satu-satunya nenek yang dia ada.

“Mesti la ingat nek, bulan lepas kan Umran baru je balik! Takkan sebulan dua dah terlupa,” sambut Umran menerbitkan tawa kecil di pinggir bibir tua itu.

“Nenek lupa, ingatkan dah berbulan-bulan Umran tak balik!” sapa Fatimah mesra mengiringi langkah Umran naik ke tingkat atas rumahnya. Ishhhh nenek ni, takkan dah nyanyuk kut!

“Umran nak makan ke? Nenek dah masak,” tutur Fatimah masih kuat kudratnya. Umran menggeleng lemah, tubuhnya letih dan dirinya perlukan rehat buat seketika.

“Nanti Umran lapar, Umran cari sendiri. Sekarang ni Umran nak rehat sekejap, letih memandu dari tadi.” Adunya dalam nada suara yang lemah.

“Pergilah masuk tidur, sebelum tu isyak jangan lupa!” nasihat nenek berusia pertengahan 70-an itu dianggukkan sahaja.

Perlahan-lahan tubuh dibawa masuk ke dalam bilik yang terletak bersebelahan ruang tamu, jendela yang tertutup rapat dibuka dan diluaskan membenarkan dingin malam menyapa masuk ke dalam ruang bilik sederhana besar ini.

Sesekali bunyi cengkerik dan unggas silih berganti, dan merdu pungguk menyanyi, menyapa pendengaran. Umran menjengulkan kepalanya ke luar jendela, senyuman terukir tatkala bulan kelihatan terkatung-katung diudara. Indah dan mengasyikan, wajarlah pungguk rindukan si bulan!

***


“Umran Hannan, bangun! Bangun.... Lekas tolong nenek ke bendang. Nanti lewat ke bendang, panas!” bebel Fatimah dekat menyapa peluput telinga. Umran yang baru ingin lena menarik bantal lalu ditekupkan ke wajah. Berharap bantal kekabu itu dapat menyerap suara neneknya yang nyaring menerpa ke gegendang telinga. Tambahan pula jam baru menginjak tujuh pagi, masih terlalu awal untuk pergi melakukan kerja!

“Ya Allah, apa nak jadi dengan kamu ni Umran! Semalam telefon nenek, bersungguh-sungguh nak tolong nenek buat bendang! Kalau macam ni la gayanya, ermmmm bendang tu tumbuh lalang bukan tumbuh padi!” Fatimah menggeleng kepalanya berkali tatkala melihat Umran masih berbungkus di dalam selimut.

“Subuh tadi bangun solat ke tidak?” soal Fatimah menyiasat akan amalan wajib cucu bongsunya itu.

“Bangun nek, sekarang ni Umran mengantuk! Bagi la peluang untuk Umran tidur sekejap! Pukul sebelas Umran bangun,” rayu Umran masih berkelubung dengan selimut berjalur panjang.

“Mana ada orang ke bendang pukul sebelas, tengah-tengah terik macam tu! Buang tabiat ke apa?” bebel Fatimah lalu menapak masuk ke dalam bilik Umran. Punggung dilabuhkan ke tilam lalu jari jemari kaki Umran ditarik-tarik.

            “Apa ni nek... bagi la Umran tidur sekejap! Tidur tu kan ibadah!” tutur Umran masih belum mahu bangkit dari lenanya.

“Tidur memang la ibadah, tapi tidur waktu matahari nak naik macam ni.... rezeki pun payah nak masuk! Sudah, bangun cepat! Sekejap lagi Pak Tam minta tolong jemput cucu dia di stesen bas. Ha, sebelum tu sini tolong nenek ke bendang!” selimut Umran ditarik lalu diletakkan di lantai berdekatan kaki katil. Umran bangkit lalu bersila di hadapan neneknya, Fatimah!

“Sudah-sudah... kita ke bendang! Pergi ke bendang bukan macam pergi ke pejabat yang ada ‘aircond’! Kalau ke bendang ni, bersedialah kerja dibawah terik matahari!” gumam Fatimah sambil bangkit dari birai katil. Perlahan-lahan tubuh ditegakkan dan langkah kaki diatur keluar menuju ke anjung sebelum turun ke halaman. Umran yang diam memerhati turut bangkit dan menuju ke bilik air untuk mencuci muka sebelum mendapatkan neneknya di bawah.


“Sejuk la nek,” rungut Umran bila kabus pagi dan dingin embun mula menyapa kulit lengan yang terdedah. Cangkul dan guni baja yang dibawa bersama, dijatuhkan ke tanah bendang. Fatimah yang sudah jauh ke depan menghentikan langkah, lalu menoleh ke arah Umran. Satu-satunya cucu yang paling jarang pulang ke kampung.

“Sejuk-sejuk la mudah nak buat kerja, dah panas nanti pedih kulit tu karang!” sapa Fatimah meneruskan semula langkahnya.

“Kita nak buat apa dekat bendang ni nek?” mulut sedari tadi tidak henti bertanya itu dan ini membuatkan Fatimah kadang kala berasa geram. Rasa kesal juga kadang kala terlintas di hati!

“Nak betulkan lorong air, tengok tu... siput gondang dah mula bertelur di batang padi. Kalau dia tumpang bertelur tak rosakkan batang padi, tak pe la. Ni batang padi reput, pokok cepat mati tak sempat nak berbuah!” gumam Fatimah panjang lebar. Umran hanya diam, cuma yang bergerak hanyalah jari jemari yang sedang menggaru dahi. Tidak memahami kaitan siput yang mengeluarkan telur bewarna merah hati itu dengan lorong air yang harus diperiksa sebentar lagi.

“Dah, pergi tutup salur air tu!” arah Fatimah sambil menjuih ke laluan air yang masuk melalui tali air.

“Tutup? Tutup apa nek?” soal Umran tidak dapat menangkap apa yang sedang dierkatakan oleh neneknya sebentar tadi. Tak mungkin menyuruh dia terjun ke dalam parit kecil itu. Sudah la lintah banyak! Eiiii..... geli!

“Pergi masuk ke dalam parit, kemudian tutup salur air dekat bahagian bawah tu!” arah Fatimah lagi.

“Takkan nak masuk dalam parit tu nek! Lintah banyak kut! Tak nak la...” Umran menggeleng laju. Huh menyesal beriya-iya menyatakan minat untuk menguruskan bendang pusaka arwah datuknya dahulu.

“Lintah pun takut? Astagfirullahalazim, macam mana nak buat bendang macam ni, kalau lintah yang punya kecik macam tu Umran takut! Ya Allah, harap badan je besar, penakut juga kamu ni ya Umran!” tutur Fatimah membuatkan wajah Umran berubah cemberut.


“Takpe la... nenek suruh Mail tolong buatkan! Sudah, mari kita balik! Kamu tolong jemput cucu Pak Tam di stesen bas sana tu.” Ujar Fatimah sambil memperbetulkan kedudukan topi yang diperbuat daripada daun mengkuang. Buat seketika, penampilan Umran diperhatikan! Dengan seluar jeans, t-shirt lengan panjang dan bertopi, langsung tidak menunjukkan ciri-ciri petani yang ingin ke bendang.

***


“Mana la pulak budak Rose ni? Dah dua jam aku terpacak dekat sini, bayang pun tak ada!” rungut Umran sambil bercekak pinggang. Sejam lepas, Pak Tam menyatakan cucunya akan pulang dan menghabiskan cuti dua bulan di kampung ini. Katanya lagi, cucu yang bernama Rose Fannan itu akan tiba pukul sepuluh pagi namun sehingga kini kelibat yang dinanti tidak kunjung tiba. Hishhh.... ni yang buat aku terbakar ni!

Buat seketika Umran Hannan menoleh ke arah jam dipergelangan tangan, sudah hampir memasuki pukul 12 tengahari.

“Manalah pulak cucu Pak Tam ni? ingat aku driver kau!” gerutu Umran tidak sudah-sudah. Peluh sudah merenek, tekak juga semakin kering lalu langkah kaki diatur menuju ke gerai kecil berdekatan stesen bas.

Satu tin pepsi dikeluarkan dari peti sejuk lalu bayaran dibuat, sesudah itu langkah di atur menuju ke keretanya kembali. Ingin menyejukkan badan dan hati yang sudah semakin panas menanti cucu Pak Tam yang hingga ke saat ini tidak muncul-muncul. Sedang leka pepsi sejuk itu diteguk, Umran membuang pandang ke sebuah bas ekpsress yang baru memasuki perkarangan stesen bas.

Satu persatu penumpang bas tadi sudah bergerak meninggalkan perkarangan stesen bas, yang tinggal hanyalah dua orang penumpang. Umran tersenyum, pasti yang mamakai baju kurung bewarna ungu itu adalah cucu Pak Tam! Dia yakin gadis itu adalah cucu Pak Tam lantaran hanya dia seorang sahaja memakai baju kurung. Cucu pak imam mestilah alim orangnya!


“Awak, Rose Fannan kan?” tegur Umran yakin teramat. Gadis yang sedang berdiri menghadap jalan raya segera menoleh ke arah datangnya suara yang menegur.

“Ya saya Rose Fannan! Awak siapa?” Umran terdiam seketika, jika tidak salah perkiraannya.... ini Puteri Bunian yang ditemui ketika melintasi jalan semalam. Sah puteri bunian ini sudah datang dan mengekorinya hingga ke Teluk Intan.


9 comments:

  1. Best nk lgi....cpt smbg......

    ReplyDelete
  2. Best nk lgi....cpt smbg......

    ReplyDelete
  3. salam dik..
    Satu permulaan yg akak rasa sungguh menarik.. rasa tak sabar nak tahu perjalanan cerita ini..bagaimana seorg jejaka yg bernama Umran boleh hidup dan menkalani kehidupan sebagai petani moden sedangkan dia tidak mempunyai keupayaan kearah itu kan..dan bagaimana Umran hendak memikat siRose ni.. kan... tanpa mempunyai perkerjaan ..boleh kah gadis manis ini dipikat olehnya..

    ReplyDelete
  4. Nak lagi......pliss smbung cepat...

    ReplyDelete
  5. mcm menarik... boleh sambung lagi?

    ReplyDelete
  6. yeerr lah tu puteri bunian...hehehee best rr citer ni....

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.