Sunday, 11 November 2012

DUNIA KITA BERBEZA 3 (CINTA YG TIDAK MUNGKIN BERSATU)



“Nek... kenapa dengan Pak Tam? Ada je yang tak kena!” soal Umran menyaingi langkah Nek Timah yang sudah ke hadapan. Dingin subuh pagi mula menggigit tubuh, namun tidak lagi dipedulikan apatah lagi hatinya sudah menggelegak panas bila layanan acuh tak acuh Pak Tam yang diterimanya. Sekali ditegur, hendak tidak hendak sahaja yang dibalasnya. Sudahnya Umran hanya diam, mendirikan solat di surau buruk itu seterusnya pulang bersama Nek Temah.  Panas hati, nampak benar solatnya tidak mampu menyejukkan hati yang kepanasan tadi.

“Dia buat apa pada Umran? Nenek tengok, dia tak buat apa-apa pun!” sahut Nek Temah yang sudah bongkok. Perlahan-lahan menapak menyusuri laluan bertar menuju ke rumah papan mereka. Bunyi unggas dan cengkerik berselang seli serta embun pagi sudah mula beransur pergi manalala matahari sudah menunjukkan sinarnya menjengah dan mula menerangi awal pagi. Kicau-kicau burung juga sudah berlagu riang sementelah jam baru sahaja menginjak tujuh pagi.


“Sebab dia tak buat apa-apa la nek! Bila ditanya, dia buat tak tahu! Buat tak dengar! Sakit hati Umran ni.” adu Umran lagi. Rengusan dilepaskan kasar. Songkok yang tersarung ditanggalkan dan dibawa sebelum dijatuhkan ke sisi.

“Biarkan dia Umran, jangan diambil hati pada Pak Tam tu. Dia dah tua, jangan Umran sakitkan hatinya sudah la. Nenek tak nak Umran buat yang bukan-bukan pula, sini kampung! Jangan buat hal ya cu,” pesan Nek Temah lagi. Umran mengangguk faham, faham akan situasi kampung yang tidak sama dengan keadaan bandar yang lebih terbuka. Tambahan pula kampung yang didiami masih lagi mengekalkan budaya dan adab ketimuran yang tinggi. Tidak mungkin arang yang hitam itu dipalit ke muka neneknya mahu pun wajahnya! Tidak sanggup, kotor seumpama itu bukan mampu dicuci dengan air, jika hilang kekotorannya namun kesuciannya sudah tercemar.

“Sudah tu kita balik, nenek buat sarapan lepas tu kita ke bendang. Banyak kerja yang perlu dibuat Umran.” Gumam Nek Temah sambil menjinjing beg telekungnya.

“Yelah nek,” sahut Umran sambil mendekati Nek Temah lalu beg telekung yang dijinjing neneknya disentuh dan dibawa ke dalam pegangan tangannya.

“Lama Umran tak balik, bertahun-tahun tak jenguk nenek. Tahu-tahu Umran nak tolong nenek buat bendang? Umran bersungguh ke ni cu?” Fatimah menyoal Umran. Hairan dengan tingkah aneh Umran yang tiba-tiba pulang ke kampung dan mahu membantunya mengusahakan sawah padi seluas 10 hektar itu. ada muslihatkah cucunya itu? fatimah tertanya-tanya sejak kemarin lagi, namun jawpan itu bukan yang kuat mengikat hati. Pasti ada sesuatu yang membawa cucunya kembali.

“Sungguh la nek, Umran bosan tinggal di KL. Lagipun Umran dah resign!” sahut Umran melangkah kecil-kecil mengikut jejak langkah nenek yang berketinggian separas bahunya itu.
Resign tu apa Umran?’ sola Nek Temah buat Umran ketawa kecil.

Resign tu maksudnya Umran dah berhenti kerja nek!” jawab Umran dalam senyuman, terlupa nenek yang berusia lingkungan awal 80-an itu hanyalah bersekolah pondok. Tidak mendapat pendidikan formal di sekolah sekular beraliran Inggeris.

“Kenapa Umran berhenti? Kerja apa yang Umran buat dekat ‘Kolumpor tu’?” sekali lagi nek Temah menyoal. Dan sekali lagi buat senyuman Umran mekar di bibir. Kuala Lumpur dan Kolumpur? Singkat tapi membawa maksud yang serupa.

“Umran berhenti sebab tak tahan nek, kena caci maki dengan bos. Ada je yang tak kena, buat itu salah. Buat ini tak betul, sudahnya Umran berhenti dan balik kampung. Lagipun kerja Umran bukan besar mana pun! Setakat eksekutif pereka dalaman je.” Tutur Umran lagi. Nek Temah mengangguk faham, mengerti mengapa cucunya kembali semula ke perkampungan setelah perkahwinan ibu dan ayahnya terlerai 23 tahun dahulu. Umran di bawa ke Kuala Lumpur manakala Suria pula, ibu kepada Umran berkahwin lain begitu juga ayahnya Umran masing-masing bertemu pasangan yang lain. Dan sejak itu juga hanya sesekali Umran dibawa pulang oleh ayahnya.

“Betul ke Umran nak buat bendang? Kalau betul-betul Umran bersungguh, nenek suruh Umran belajar dengan Pak Tam!” gumam Nek Temah membuatkan kedua mata Umran membulat. Biar betul dengan nenek ni? Pak Tam yang ketul ais itu mahu dijadikan gurunya! Oh tidak!

“Eh, tak naklah nek! Orang lain tak de ke nek?” protes Umran enggan berguru dengan lelaki bermisai lentik itu.

“Kenapa Umran tak bekerja dengan ayah Umran?” soal Nek Temah hairan. Pelik, sedangkan anak bongsunya itu punyai syarikat perniagaannya tersendiri. Bukankah mudah untuk Umran mengambil alih syarikat itu nanti? Umran... Umran!

“Malaslah nek, adik-adik Umran berebut nak syarikat tu! Umran pun malas nak ambil port! Harta boleh dicari, kalau adik beradik bergaduh pasal harta payah nek. Umran tak nak la jadi macam tu,” sahut Umran memberi jawapan mudah untuk soalan neneknya.

“Bahagian Umran pun ada, kenapa nak berebut! Tambah-tambah Umran anak sulung, adik-adik kena mengalah beri peluang pada abang yang boleh uruskan syarikat ayah tu.” Nenek Fatimah hairan dengan jawapan cucunya itu.
“Payah nek, lagipun aunty tu susah sikit! Dia mesti lebihkan anak dia, Umran ni anak tiri dia je nek!”

“Apa yang Umran nak kisah, syarikat tu ayah Umran punya. Adik-adik Umran tu adik-adik sebapa, cuma tak seibu. Takkan dengan abang sendiri berkira?” Nek Temah bertambah hairan. Apakah yang terjadi pada cucunyanya yang satu ini?

“Malas nak cakap pasal hal ni nek. Umran ni nama je anak orang senang, tapi tak senang mana pun!” nada itu kedengaran resah dan terkilan. Pasti kehidupan Umran tidak sesenang yang difikirkan. Umran... Umran! Dari kecil hingga dewasa masih serupa. Ada ibu tidak pernah bertemu, ada ibu tiri tidak mendapat kasih sayang yang sepatutnya! Senang si bapa juga tidak dapat dikongsi dan dinikmati zuriatnya sendiri. Di mana silapnya!

“Sabarlah Umran. Susah-suah sangat, tolong nenek buat bendang. Nak harapkan pakcik-pakcik Umran tu tak seorang pun minat nak buat bendang. Harapkan cucu yang lain, bukan setakat nak jejak kaki ke bendang, nak tunjuk muka pun payah!” bebel Fatimah terkilan sejak cucunya tidak lagi menampakkan wajah.

“Ala takkan nenek tak tahu yang cucu nenek semuanya bekerjaya. Belajar tinggi-tinggi, takkan nak main selut. Apa kelas  nek?” tawa Umran kedengaran perlahan. Mana mungkin sepupunya yang sudah berkerjaya di dalam bidang profesional seperti doktor dan pensyarah, juga jurutera itu mahu kembali mengerjakan sawah yang berlumpur dan memerah keringat. Sedangkan kerjaya mereka jauh lebih baik dan menguntungkan, tidak memenatkan bahkan dijamin dengan suasan kerja yang kondusif dan terjamin persekitarannya.

“Yelah Umran! Dengan selut-selut ni la arwah datuk Umran bagi besar anak-anak dia, bagi pendidikan yang bagus sampai ke luar negara. Dan dengan selut-selut ni juga Umran dan cucu-cucu nenek dapat hidup senang. Umran jangan pandang rendah pada petani! Tak baik,” tegur Fatimah mengingatkan cucunya itu agar tidak sesekali memandang jelek pada pekerjaan seumpama ini. Biar terpalit selut, biar berlemus dengan lecak dan biar gatal terkena miang batang padi. Asal hasil yang diperoleh halal untuk diberi kepada keluarga.

Sorry nek, Umran tak maksud macam tu.” Gumam Umran tersedar dek ketelanjuran bicaranya tadi.

“Takpelah Umran, mari kita masuk. Lepas sarapan jangan lupa tukar baju dengan seluar tu. Jangan pakai seluar jeans masuk ke bendang,”sempat lagi Fatimah mengingatkan Umran yang terkebil-kebil di tepi tangga. Tubuh Fatimah yang perlahan-lahan mendaki anak tangga, diperhatikan lama.


***
“Panasnya nek,” adu Umran berkali-kali menyeka peluh yang mula meleleh menuruni leher yang terdedah. Sesekali tubuh ditegakkan dan digerakkan ke kanan dan dialih semula ke sebelah kiri. Menghilangkan lenguh yang terasa memaut pingganganya. Topi yang dibuat daripada daun mengkuang itu diperbetulkan kedudukannya sambil sarung tangan yang hampir melorot jatuh dikemaskan semula kedudukannya.

“Baru pukul lapan Umran! Bukan pukul dua belas,” sahut Fatimah masih terbongkok-bongkok menyulam anak benih di petak sawah yang tidak ditumbuhi padi. Umran melangkah mendekati Fatimah walaupun langkah yang diatur terasa berat dek selut dan air yang bergenang di dalam petak seluas empat ekar itu.


MEnyulam... gambar credit to google.


“Tapi panas sangat ni nek! Tak boleh ke kita berehat sekejap!’ pinta Umran lagi. Kuku kambing yang dijadikan alat untuk menyulam anak benih tadi di kepit di bawah lengan. Kemeja buruk dan hampir koyak pemberian neneknya ditanggalkan, dan yang tinggal hanyalah singlet kelabu tidak berlengan. Fatimah yang melihat menggeleng kepala, hitam pula cucunya yang berkulit cerah ini.
kuku kambing alat untuk menanam anak benih padi.
                                  


“Kalau Umran penat, pergilah duduk dulu bawah pokok mempelam tu. Nenek ada bawa air, Umran pergi minum dulu.”Fatimah bersuara sambil menegakkan tubuh bongkoknya memerhatikan Umran.

“Yelah, Umran rehat sekejap! Nanti Umran datang lagi,” tutur Umran sambil menapak keluar dari petak sawah menuju ke pohon mempelam yang subur di batas kecil di tengah-tengah kotak sawah. Tiba sahaja di bawah pohon, botol yang berisi air kosong digapai lalu dituang laju ke dalam gelas. Sesudah itu gelas berisi air, diteguk rakus sehingga habis. Dahaga usah dikata, teruk benar kerja di sawah. Sangkanya selama ini kerja-kerja seperti ini mudah, namun telahannya salah belaka. Lihat sahaja tapak kaki yang sudah kemerah-merahan dan luka sana sini akibat terpijak cengkerang siput. Juga pada betis yang menjadi mangsa ciuman si lintah. Tidak kurang pada lengan yang sudah berbintik-bintik kegatalan akibat miang pohon padi. Entah sampai bila dia mampu bertahan!

“Abang Umran, comotnya!” tegur satu suara dan sepantas itu Umran menoleh. Rose! Dia buat apa di bendang ni? Jangan-jangan sengaja nak buat aku kena amuk dengan datuk dia bernama Pak Tam tu!

“Rose buat apa dekat sini! Pergi balik, nanti Pak Tam marah!” gumam Umran sepantas kilat. Matanya mula meliar memerhatikan kotak-kotak sawah, mencari kelibat pak imam itu yang tidak menggemari dirinya. Bimbang pula andai Pak Tam terlihat mereka berdua di bawah pohon mempelam itu. Mati diparangnya nanti!

“Rose teman nenek ke bendang! Tu ha... tengah menyulam! Lagipun bosan duduk rumah!” tutur Rose Fannan mendekati Umran lalu punggung dilabuhkan di sisi Umran yang sedang duduk di atas akar kayu dibawah redup pohon mempelam.

“Best ke main lumpur?” Rose menyoal sambil kain batik yang dipakai disingkap sedikit untuk memudahkan kakinya direndam ke dalam air di dalam kotak sawah. Betis yang putih gebu itu dilunjurkan ke dalam kotak sawah, sambil senyuman diukir mesra ke arah Umran.

Melihat keadaan Rose yang tidak diduga itu, Umran melarikan wajah. Nahas andai terlihat sepasang mata Pak Tam. Susah dirinya nanti.

“Rose pergilah balik, nanti Pak Tam marah! Takpun, pergi tolong nenek Rose dekat bendang tu?” Umran memuncung ketengah bendang sambil mata terarah tepat ke kelibat tubuh nenek Rose Fannan yang terbongkok-bongkok dibawah terik mentari.

“Nenek tak kasi Rose masuk, katanya ada lintah. Lagipun Rose tak berani la..” gumam Rose Fannan masih lagi tersenyum. Umran mendiamkan diri, sesekali mata mencuri pandang ke wajah gadis itu. bertudung bawal, pandai berpura-pura!

“Nenek kata Abang Umran baru balik ke kampung. Balik sebab nak tolong nenek buat bendang ya?” tebak Rose Fannan sambil mengocak-ngocak air bendang melalui kaki yang dilunjurkan ke dalamnya. Umran sekadar mengangguk, pasti niat hatinya telah diceritakan oleh nenek kepada nenek Rose. Jika tidak masakan gadis ini tahu akan kisah peribadinya.

“Dekat Kuala Lumpur dah ada jawatan besar, tapi kenapa nak buat bendang pu;a? Buat bendang ni tak ada class, comot. Lagi satu berpeluh, nak bergaya pun payah!” ujar Rose Fannan mendatar nada suaranya. Umran mengangguk, pada awalnya dia juga berfikiran begitu namun sesudah mengalami sendiri jenis pekerjaan ini. Tanggapannya berubah seratus peratus. Pekerjaan ini pekerjaan yang membawa makna yang besar, menghasilkan makanan ruji untuk rakyat Malaysia yang berjumlah 28 juta ini. Jauh lebih besar jasa dan keringat yang ditabur!

“Sebab abang dah bosan dengan Kuala Lumpur. Nak cuba sesuatu yang baru! Rose pula buat apa dekat kampung ni? UK tak best ke?” Umran memulakan bicaranya sesudah lama mendiamkan diri.

Best sangat! Tapi ibu suruh Rose balik, jenguk tokwan dan nenek. Lagipun ibu susah nak balik,” gumam Rose ramah. Hilang pula sikap gediknya di awal-awal mereka berkenalan.

“Ohh...  habis tu duduk di kampung dua bulan ni nak buat apa? Buat bendang?” Umrna ketawa lucu. Entah apa yang Rose mahu lakukan di kampung yang tidak punyai pusat membeli belah yang besar dan kemudahan yang serba serbi lengkap seperti di bandar-bandar besar? Pasti seminggu sahaja gadis itu mampu bertahan.

“Eh taklah! Rose nak bersiar-siar sekitar kampung dan nak belajar memancing, tangkap ikan tak pun Rose nak cuba belajar memasak dengan nenek. Belajar masakan kampung!” tutur Rose Fannan lagi. Umran mengganguk perlahan sebaik cita-cita dan azam Rose didengarinya.

“Tapi yelah, Rose tak ada kawan. Bosan dan tak tahu nak kemana! Boleh abang Umran temankan Rose?” pinta gadis itu membuatkan Umran terbatuk kecil. Permintaan yang bakal membawa maut!

“Tak boleh, tokwan Rose tu imam masjid! Tok kadi pulak tu, so Rose tolong buat perangai senonoh sikit! Sini kampung bukan bandar, orang dekat-dekat sini bila lihat kemungkaran depan mata. Terus disekat, bukan macam di bandar kita buat tak tahu je. Kampung ni tak ada istilah jaga kain sendiri, jaga kain orang pun perlu. Itu sebab susah kita nak tengok anak dara dan anak teruna naik moto berdua. Ada faham?” soal Umran tegas. Rose Fannan mengangguk berkali.

“Faham, tapi kita tak perlulah naik motosikal. Kita naik basikal la... nampak klasik dan epik! Betul tak?” soal Rose lagi.

“Ha... lagilah nak mati kena parang!” sahut Umran laju.

“Kenapa pulak?” Rose tidak puas hati.

“Moto dengan basikal sama je fungsinya, cuma basikal perlahan motosikal tu laju.”

“Ooo... kalau macam tu kita naik kereta. Boleh kan?” pinta Rose lagi. Senyuman itu mekar di bibir.

“Tak bolehlah Rose. Abang tak nak ambil risiko. Bahaya!” Umran menolak dalam susunan kata yang teratur, tidak mahu Rose Fannan berkecil hati.

“Rose... Rose! Balik!” laung satu suara. Umran tersentak dan menoleh seketika. Alamak Pak Tam dihujung kotak sawah di sebelah sana. Habislah!

“Balik Rose!” laungan itu kembali kedengaran. Nenek Temah dan neneknya yang berada di tengah kotak sawah masing-masing menegakkan tubuh lalu berpaling ke arah Pak Tam.

“Pergilah balik Rose! Nanti apa-apa yang jadi nanti susah!” tutur Umran menasihati Rose Fannan agar berlalu pulang dalam kadar segera sebelum Pak Tam sendiri yang memaksa diri itu untuk pulang.

“Baru je nak sembang!” gumam Rose Fannan lalu tertunduk menekur tanah.

“Pergilah balik, nanti kita sembang-sembang lagi.” pujuk Umran mahu gadis itu menurut sahaja permintaan datuknya itu.

“Ye la..” balas Rose Fannan menurut.

“Rose! Balik,” panggil Pak Tam sekali lagi.
“Ye, Rose balik ni Tok. Sekejap!” sahut Rose Fannan laju sambil berpaling menghadap Tokwan yang garang itu.

“Rose balik dulu ya, nah ni nombor telefon Rose. Nanti malam jangan lupa call Rose ya!” pesan Rose Fannan dianggukkan sahaja sambil tangan menggapai kertas yang dihulur oleh gadis itu.

“Rose balik,” gumamnya lagi setelah tubuh sudah tegak berdiri. Umran yang masih duduk di akar kayu menjatuhkan kepalanya sekali.
Take care!”  ucap Umran Hannan lalu dibalas dengan senyuman Rose Fannan.


titipan: kisah dari ilham lagu "MENENTANG PERJODOHAN" lagu dari Ferhad NAjib. [ http://www.youtube.com/watch?v=EJAZ14apFFs ]

7 comments:

  1. seperti menyeronokkan! penulis tamatkan di blog atau akan diterbitkan?

    ReplyDelete
  2. Adakah cinta mereka yg tidak mungkin bersatu?...tak sabar nk tau jawapannya..

    ReplyDelete
  3. sungguh sedeh gak bile dh kuar sikit2 kisah kehidupan umran...anak yg membesar dr pencerian ibubapa,adik2 tiri yg tamak harta..namun tetap tabah menjalani hidup,rilek jeh jd pesawah..suke ngan perwatakan umran muga berjaya dlm ape pun kerjaya umran.kalu leh tk nk lh pk tam wat umran cam tu!ape pun kisah lalu,tk sah pk tam babit kn insan yg tk bersalah....

    ReplyDelete
  4. Umran..kehidupan yg jelas berbeza dikg yg mana hidupnya penuh dengan selut dan lintah..panas mentari yg mebakar kulitnya..hati akak terasa sedih pulak melihatkan dirinya yg dipinggirkan oleh ayahnya mahupun ibunya..Kenapa ayahnya tidak mencari umran dan membiarkan dirinya terumbang ambing..tak adakah wajah kesalan dihatinya bila memikirkan mengenai anaknya ini..dan tidak kah ayahnya merasa kehilangan dengan ketiadaan anaknya itu disisinya.. Kenapa tidak dibahagi sama rata perniagaannya kepada anaknya itu..pelik kan kalau kita mendapat ayah yg langsung tidak menhgiraukan hidup mati anak sendiri..sedangkan itu adalah zuriatnya sendiri..

    Umran nama yg semakin digilai oleh seorg gadis yg bernama Rose..

    Terujanya nak tahu ..adakah kasih yg ingin dicapai oleh Rose akan disambut oleh Umran? Apa dosa Umran yg menyebabkan pak Tam tu sungguh berbulu melihatnya..?

    ReplyDelete
  5. tq for reading everyone.... this is the reality of life nowadays. bila cinta terputus... nafkah juga terhenti..... alamak dah macam iklan tv pula :)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.