Friday, 7 December 2012

CERPEN MILIK ENCIK POLIS PART II

KEPADA PEMBACA BARU: ini cerpen part II dari Kesinambungan kisah Kuntum Buat Kapten Azdhan... kisah abang kepada Kuntum yang bernama Iskandar, encik polis :)





“Waaa... handsome jugak abang Kuntum ni ek? Macam ni la baru betul... Inspektor Iskandar! Kan along!”  luah Kuntum tersenyum-senyum, along di sisi mengangguk setuju.

“Tapi....” Along berdehem seketika.

“Apa tapinya long?” soal Kuntum bersahaja. Aku jeling mereka sekilas, adalah tu yang nak dikatakan nanti!


“Tapi masih tak mampu menandingi kehandsome’an along! Ya dak? Jurutera terhebat alaf 21 ni.... kan Kuntum!” ucap along membangga diri.

“Betul-betul!” sahut Kuntum menyokong.

“Kau ni long... cakap macam tak ada agama! Tak baik membangga diri, riak dan takabur! Berdosa! Kita ni orang Islam, kena selalu merendah diri, bukan bangga diri. Mana ajaran ustaz yang penat-penat mengajar kau dulu long. Kesian dia, ilmu yang diturunkan, kau tak praktik! Kesian!” ucap ku dalam raut wajah serius lantas membuatkan along cemberut. Haha padan muka. Kuntum pula terpempan seketika! Baru tahu dengan siapa mereka sedang berbicara.

“Angah.... sejak bila angah dah bertaubat ni? Angah dah insaf” soal Kuntum mendekati aku. Aku pandang wajah dia, berkerut-kerut dahi itu menyoal aku. Apa? Pelik sangat ke apa yang aku cakap tadi?

“Is... kau dah insaf?” along pula menyampuk.

“Insaf?” ulang ku semula. Memang segala kerut dan kedut di wajah  bersatu menunjukkan betapa aku mengambil serius akan pertanyaan mereka.

“Yelah insaf?” ulang along semula.

“Angah dah insaf? Ya Allah syukur alhamdulillah!” gumam Kuntum buat aku terkedu. Apa maksud insaf ? ada apa-apa yang aku tak tahu ke?

“Eh Kuntum dengan along ni kenapa?” soal ku bersahaja. Langkah ku bawa mendekati  sofa lalu punggung ku henyak kasar.

“IS.. sejak kau kawan dengan Intan tu! Seriously kau dah banyak berubah! bertambah iman dan taqwa, tak sia-sia Kuntum kenen-kenenkan nurse pendek tu pada kau!” luah along sempat lagi mengutuk ciri fizikal misi yang tidak mencapai tahap ketinggian yang aku mahukan.

“Kau dah kutuk budak tu... baik kau minta maaf! Menceritakan keburukan orang lain tanpa pengetahua tuan punya badan dan jika orang tu dapat tahu dan dia terasa hati maka jatuh hukum dosa mengumpat. Baik kau minta ampun pada misi pendek tu.” Ucap ku menakut-nakutkan along.

“Alamak... terlepas cakap!” along garu kepala.

“Ha... tahu takut!” aku senyum sinis pada along.

“Eh sekejap! Kau pun sama, panggil dia pendek! Kau pun mengumpat apa?” along tidak mahu mengalah! Tubuh disandarkan lalu pandangan selamba dipamer buat aku yang terconggok di atas sofa .

“Alamak... ha’ah la... aku pun panggil dia pendek!” serentak itu aku juga tekup mulut. Ya Allah macam mana aku pun boleh sama-sama mengumpat budak senget tu! Hessy... tak patut!

“Ha... kau siap-siap ni nak kemana? Baik kau cakap!” Along menyoal aku persis aku melakukan jenayah cabul. Keras anda suaranya dan tajam pandangan mata itu buat aku menelan liur.

“Along.... garangnya! Sabar long sabar...  along tengah soal inspektor tu!” tegur Kuntum dalam tawa. Lucu melihat along sekali sekala tayang wajah tegasnya.

“Garang ke? Oh.... lupa hihihi... tertukar profession pula!” sengih along bersulam tawa halus.

“Tu la dulu along nak jadi polis, tapi kekacakan along ni menghalang niat murni! Sudahnya along pilih jurutera, cukuplah nak tanggung anak bini, makan enam kali sehari. Melancong dan membeli belah!” tawa along bagai perli aku yang bekerja polis. Benci betul!

“Woit Is.... masam je muka kau tu! Relax la beb.....  aku gurau-gurau pun ambil hati. Adik beradik mana boleh marah-marah. Kita kan seibu sebapa! Ni kau siap-siap ni nak ke mana pula?” kali ini aku tengok along nampak serius. Betul ke? Entah-entah kejap lagi ada je point untuk kenakkan aku. Berhati-hati, jenayah gangguan menyakitkan hati dari along ada dimana-mana!  Tidak semena-mena aku nasihatkan diri sendiri!

“Kenduri rumah Iza!” ujar ku pendek tentang hasrat untuk menghadirkan diri ke rumah bekas kekasih yang bernama Rosliza. Perempuan itu akan bersanding sekejap lagi. Sekarang baru pukul sebelas, mengikut kad jemputan kahwin yang diserahkan sendiri oleh tuan punya badan, tepat pukul dua belas pengantin akan disandingkan.  

“Seriously?” along menyoak akan hasrat tulus ikhlas yang datang dari hati. Aku pandang dia sejenak sebelum kepala ku jatuhkan sekali. Mengiayakan pertanyaannya.
“Kau yakin ke weh?” kali ini along memainkan peranan sebagai abang pada aku, terharu rasanya! Bertahun-tahun aku dan dia menjadi pasangan gurauan berkasih dan bertumbuk juga bergusti,  jika tidak melakukan kekerasan fizikal sekalipun aku dan along sudah tentunya akan melancarkan perang mulut sebagai  alat terakhir menghambur rasa sakit di hati, namun hari ini dia pamerkan sikap sebagai seorang abang yang bertanggungjawba terhadap aku. Bagaikan mimpi! Atau along sudah buang tabiat?

“Oit! Aku tanya, kau boleh termenung pulak!” pekik along buat bahu aku terhinjut akibat rasa terkejut yang amat sangat. Tak guna betul la along ni! Mati aku tadi macam mana?

“Kau yakin ke nak pergi rumah Iza? Nak aku teman?” tawar along. Bukan aku tak tahu tujuan dia selain menikmati jamuan yang enak-enak di majlis kenduri. Along, pantang di jemput pasti tidak pernah menolak. Katanya tak baik tolak jemputan orang!

“Confirm aku pergi! Kalau nak ikut, jomlah!” aku mempelawa. Kesian pula tengok along tayang muka simpati. Rajin benar menghadiri majlis kenduri!

“Betul ke? Okey aku siap sekarang!” laju sahaja tubuh itu menghilang ke dalam bilik. Aku sandarkan tubuh kembali ke sofa, sesekali aku perhatikan wajah Kuntum. Dia tampak tenang dan tidak lagi ku lihat seperti anak-anak kecil yang harus diberi perhatian. Mungkin perkahwinan bersama Azdhan mematangkan diri itu. tidak selurus dahulu dan tidak juga manja seperti dulu, mudah sedikit Azdhan menguruskan Kuntum.  Alhamdulillah lega aku tengok rumah tangga mereka yang aman damai!


***

“Is... aku nak tambah weh! Sedap gak menu lauk kenduri ni.” gumam along cukup berselera.

“Kau tak makan ke?” sekali lagi along bersuara.

“Kejap lagi, aku nak tunggu pengantin datang!” luah ku sambil memerhatikan pelamin bewarna merah dilatari dengan warna biru lembut di belakang tabirnya. Not bad! Tanpa sedar aku menilai sendiri  pelamin yang menjadi pilihan Rosliza bekas  makwe aku dulu.

“Asal pulak? Kau jangan nak buat hal join pengantin makan beradab dekat meja pengantin Is. Kalau kau ada niat macam tu, baik kau bagitahu aku awal-awal! Aku balik dulu,” ucap along bimbang aku melakukan sesuatu diluar dugaan.

“Weh, agak-agaklah kan!” pintas ku menyangkal telahan along. Mengarut! Takkan lah aku yang patah hati ini boleh duduk semeja dengan Iza dan menjamu selera dengan dia bersama suami baru dia tu? Memang nak terbalik  meja makan pengantin tu karang!

“Okey..! aku ingatkan kau nak menyibuk makan dengan Iza sekali. Ha apa lagi, pergi la makan! Sedap kot! Ambil lebih sikit ya, aku malu nak tambah!” pesan along tayang wajah laparnya.

“Tengoklah kalau pinggan aku ada kosong!” ucap ku tersengih.

“Huh.... nak bagi harapan palsu lah tu!” sahut along sudah tahu taktik aku.

***

Nasi minyak di dalam pinggan ku kuis-kuis, selera ku mati manakala mata pula terasa berat untuk terus menatap pasangan pengantin yang sedang bersanding di atas pelamin. Sakit hati dan kecewa ini bersatu. Sampai hati Iza membuang aku begitu sahaja! Habis madu sepah dibuang, itulah aku diibaratkan! Sakit hati bengang dan kecewa saling merebut tempat teratas di hati ini.

“IS... sabarlah Is!” pujuk along bagai faham perasaan aku.

“Kau cakap senang la long! Aku yang tanggung, aku yang rasa,” luah ku pendek namun ternyata aku sebak dan tidak kuat melihat Iza di sisi lelaki lain. Sepatutnya aku di atas sana tapi kini tempat aku telah diganti lelaki lain! Aku sakit hati!

“Habis aku nak cakap apa lagi? Takkan aku nak suruh kau tembak laki Iza tu?” jawab along bagai mahu aku menyalahgunakan kuasa yang aku ada sebagai seorang anggota polis.

“Kalau aku jadi tempat kau, aku tak tembak Iza! Tapi aku tembak mak dia! Belagak gila!” tutur along masih tidak berganjak dari memerhatikan pasangan yang sedang ditepung tawar oleh tetamu yang meraikan. Marah sungguh along terhadap ibu kepada Iza yang terang lagi bersuluh menolak aku mentah-mentah! Katanya kerja seperti aku bergaji kecil dan tidak mampu membahagiakan Iza. Okey fine, aku nak tengok sejauh mana lelaki pilihan orang tua tu, mampu bahagiakan Iza yang mata duitan! Huh benci!

“Kalau aku jadi kau, ada pistol! Aku tembak kepala mak dia!” ucap along tidak sudah-sudah bagai menghasut aku pula. Aneh sungguh! Mula-mula tadi beriya benar menasihatkan aku untuk bersabar, tapi kali ini aku tengok kepala itu sudah bertanduk-tanduk cuba menghasut! Hisss dugaan-dugaan!

“Tu sebab kau tak layak jadi polis! Emosional!” aku tekankan perkara paling penting bila menjadi anggota polis. Soal perasaan dan rasional harus diletak berasingan, agar tiada yang menjadi mangsa ketidak adilan dan ketidaktelusan.

“Aku bukan tak layak tapi aku tak diterima je.” Balas along masih leka memerhatikan pasangan yang tidak sepadan bagai pinang dibelah dengan kapak. Yang lelaki gemuk, pendek dan boroi manakala si pengantin perempuan pula tinggi lampai berkulit cerah. Memang pinang dibelah-belah! Along sengih seorang diri!

“Tak nak tepung tawar?” suara yang paling aku benci datang menyapa. Aku panggung wajah, wanita bernama Jauhar datang menegur. Siapa lagi jika bukan satu-satunya individu yang menghalang aku dan Iza untuk bersama bahkan sempat lagi memperkecilkan kerjaya aku. Dan individu itu adalah ibu Iza sendiri!

“Its okey, tak kut!” sahut ku perlahan.

“Ala... pergilah! Restu Iza,” luah suara itu buat aku mengetap bibir. Memang sengaja membakar rasa hati ini barangkali.

“Takpelah Makcik, saya bukan Tuhan untuk beri restu, cukuplah Iza dapat restu ibu bapa dia. Itu dah memadai!” jawab ku tenang menyembunyikan rasa yang bergelora di dalam jiwa. Jika diikutkan panas hati ini, mahu sahaja aku tekup raut wajah yang sudah berkedut itu dengan pinggan yang masih lagi bersisa. Along yang melihat, sekadar melihat tidak tersenyum tidak juga mempamerkan riak marahnya. Mungkinkah along tengah membayangkan wanita tua itu terkulai ditembak oleh dirinya? Mungkin juga, tambah-tambah along seorang yang kuat berimaginasi.

“Takpelah, kalau macam tu. Ha.. jangan lupa makan kenyang-kenyang! Bukan senang nak makan lauk kenduri Iza.” Pesan Jauhar ku balas dengan cebikan.

“Woih.... nasib kau tak jadi kawen dengan Iza. Kalau tak teruk la... nahas... sakit badan sakit hati sakit jiwa dapat mak mertua peel macam tu! Huh minta-minta mak mertua aku nanti, tak macam tulah perangai dia!” along bersuara. Perlahan sahaja, perisis sedang mengumpat lagak gayanya!

“Makan la cepat! Aku dah panas punggung menghadap pengantin tu! Tergedik-gedik, tak tahu malu langsung! Kalau nak peluk-peluk pun buat la dalam bilik! Ni... selamba je, memang orang sekarang kahwin dah tak ada adab gamaknya!” bebel along bila mata itu menangkap pasangan pengantin yang bergambar tidak kena tempat dan bergambar mesra sebegitu di hadapan tetamu.

“Biarlah dah halal pun!” sahut ku mula menyuap nasi ke dalam mulut. Along pandang aku sekilas, berkerut-kerut dahi dia bagai mahu menyusun bicara.

“Apa dia?” pintas ku buat along tersenyum.

“Tahu-tahu je kan aku tak puas nak cakap lagi!” along sengih.

“Tahu...” jawab ku sepatah.

“Memang la halal! Tapi cuba kau tengok tu ha... peluk-peluk, depan budak-budak! Orang tua lagi, malu l sikit! Kita ni orang melayu, ada adat ada agama! Jurugambar pun sama! Agak-agak la,  tak patut macam tu.” Omel along sungguh tidak berpuas hati. Jangan-jangan bila dia kawen nanti, dia pun lebih kurang sama! Mengata orang je lebih! Dunia akhir zaman ni tak boleh nak mengata sangat, Tuhan bayar tunai dengan apa yang kita buat!

“Yelah ustaz.” Sahut ku buat along tersengih.

“Alamak terlebih la pulak. Hehehe...” tawa along perlahan sambil menyentuh gelas lalu disisip air oren berhati-hati.

“Cepatlah!” rungut along bila aku yang payah untuk menelan ini disuruh mempercepatkan kunyahan nasi.

“Kejap la, tercekik mati pulak aku ni!” aku balas kata-kata along dengan jelingan tajam. Baru sahaja aku tundukkan wajah menatap pinggan yang masih penuh,  sebuah lagu menyayat hati dimainkan oleh DJ radio.

“Hah?” along pura-pura terkejut!  Aku pula  hentikan tingkah, selera ku mati! Lalu tangan ku cuci bersih sambil telinga menangkap bait-bait lirik dari lagu Pelamin Angan Ku Musnah yang sedang diputarkan DJ.

“Long... kalau ikutkan hati aku ni! Nak je aku naik kat pelamin tu aku tumbuk muka sorang-sorang. Dengan DJ tu aku bedal, dengan mak si Iza tu sekali aku tibai!” aku luahkan perasaan marah yang merajai hati. Entah siapa sampai hati putarkan lagu biadab itu ketika majlis kenduri kahwin. Tak tahu ke aku ni mangsa kepada lagu yang dimainkan! Haih ikutkan bengang mahu sahaja aku tikam mereka dengan sudu garfu!

“Pelamin Anganku Musnah! Hurmmm.... memang dah musnah! Apa lagi pergi tumbuk makcik Jauhar tu! Apa lagi... pergi la weh! Tembak ke... tak pun gantung dekat kipas pun okey gak!” along memang tak tahu menenangkan hati aku yang diamuk rasa marah dan kecewa tahunya  menyuruh lagi adalah!

“Abang Is... oh abang Is....” panggil satu suara. Aku menoleh seketika, alamak misi pendek ni! Macam mana agaknya  dia boleh sesat ke sini? Huh....  asyik jumpa dia ni je!




25 comments:

  1. hahaha....best giler..lawak lah adik beradik nie..nak lagi.

    ReplyDelete
  2. hahahhaah.. kelakar giler la diaorg n ie

    ReplyDelete
    Replies
    1. gurau2 manja diorg ni.. btw tq reading.. ingtakan dah x ingat kisah si along n angah ni.

      Delete
  3. Memang best la Is dengan Taufiq ni.
    Tak puas baca... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh... ingat lg ea dgn nama along... haha sama nama dgn si JMPW tuh.

      Delete
    2. Baru mula baca JMPW, belum khatam lagi.heh³...
      Tapi Taufiq JMPW watak dia macam serius.

      Delete
    3. mula2 je serius... tengah2 dah hilang serius.... :) t reading :)

      Delete
  4. hahaha mmg best lah chapter ni.....character dia byk yg giler2..mmg best giler huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.... best sebenarnya bila bkwan dgn diorng ni. tapi kdg2 sakit hati gak :)

      Delete
  5. sungguh kurang sopan menggatakan seseorang itu pendek, mana tau itu jodoh kau IS

    --za--

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya x pendek pun. is je yg memilih:)

      Delete
  6. best jgk cite ni...hehe...kak bila nk smbng cinta dihujung noda???

    ReplyDelete
    Replies
    1. cinta dihujung noda dah lama dihentikan dik, itu pun akak publish yang lama dulu2 punya... :)

      Delete
    2. alaaa...knp dihentikan??best la cite tu kak...smbng la lg....plzzzz...

      Delete
    3. CDN dah lulus penilaian... tunggu turn untuk publish tapi x tahu bila.. mmskrip da submit pd penrbit bulan sembilan hari tu. so xboleh la publish dkt blog lagi. :)

      Delete
  7. kau aulia..alaaaa buatlaa panjang sikit..barul nak feeelll bace ispektor iskandar dgn misi pendek hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala... ni kebetulan je idea ada semalam. terus taip laju2.... hihi.. insyaallah akan ditaip next part. tapi nama pun cerpen kenalah pendek kan :)

      Delete
  8. ish mmang sentap encik polis 2 ble dj plak dok putar lagu 2..mcam2 la krenah dorang nie lwak sgt plak along n is

    ReplyDelete
  9. Lama dh tunggu sambungan kesah si angah ni.. Sy suke bile awak wat cite yg ade unsur klaka cmni.. Xnk r sayu2 sgt.. Samb la lg yea... Suke kat angah n along ni.. Dorg mmg ceria abis!hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama ea? sorry buat anda tertunggu.... yela semalam tu kbetulan jer terdetik, terus taip laju2... tq sudi drop komen n dtg ke blog iguana ni k :)

      Delete
  10. is... dah takde jodoh..... pasrah jelah..... mungkin jodoh awak dgn cik misi...... mula2 memang tak suka, lama2 mungkin terjatuh cinta..... jodoh, siapa tahu...

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.