Tuesday, 18 December 2012

CERPEN: MILIK ENCIK POLIS PART V




“Intan, kalau tak buat benda ni tak boleh ke?” soal ku sebaik sahaja punggung ku labuhkan di kerusi kosong di ruang menunggu. Intan menoleh seketika, dia tersenyum mesra, seragam putih yang disarung ku kerling sejenak. Tidak berkedut dan kelihatan keras sahaja, pasti uniform baru!


“Abang IS, kalau tak buat macam mana kita nak kahwin? Kan benda ni wajib, prosedur!” luah Intan turut duduk berdekatan aku yang tidak senang dengan prosedur yang dimaksudkan. Prosedur ujian darah! Hishh ngeri bila mengenangkan bilah jarum yang berkilau dipanah cahaya! Tambahan pula untuk apa ujian darah ini, sedangkan aku yakin aku bebas dari virus HIV atau AIDS.

“Kenapa? Intan tak percayakan abang ke? Abang tak pernah buat free sex, takkanlah abang dapat AIDS?” soal ku masih cuba berdalih. Sungguh aku tidak selesa dengan ujian darah yang dimaksudkan, apatah lagi aku mudah alah pada darah!

“Abang,” panggil Intan mengubah posisi duduknya menghadap aku yang masih dalam seragam. Aku hanya menjungkit kening, menanti bicara itu.

“AIDS tak semestinya merebak melalui seks, ada banyak cara penyebaran seks bang. Salah satunya berkongsi jarum suntikan dan juga melalui pemindahan darah. Lagipun ini cuma prosedur, kita ikutkan aje ya abang IS.” Pujuk Intan lagi.

“Tapi abang tak pernah guna jarum suntikan, derma atau pindah darah pun tak pernah! Takkan prosedur ni wajib dibuat semua orang? Tak ada excuse ke?” soal ku lagi masih berharap ujian darah ini berjaya aku elakkan.

“Abang... sekejap je abang! Tak lama pun,” pujuk Intan lagi.

“Okeylah,” jawab ku sepatah. Tubuh ku sandarkan di kerusi sambil mata meliar memerhatikan orang ramai yang lalu lalang. Kesemuanya menoleh ke arah ku, ini semua gara-gara aku datang ke sini dengan  pakaian seragam polis. Hingga menarik perhatian beberapa orang kanak-kanak yang cuba mengajak ibu bapa mereka berada jauh dari kawasan menunggu ketika ini. Takutkan aku kah?

“Mama... ada polis la!” satu suara nyaring menusuk telinga. Aku palingkan wajah, dan seketika itu kanak-kanak kecil mungkin berusia sekitar 3 hinga 5 tahun menyembunyikan diri dibelakang ibunya. Aku ketap bibir, dengan polis pun takut!

“Ha tahu pun, adik duduk diam-diam! Nanti abang polis tu tangkap!” ujar wanita itu buat aku terkedu seketika. Mereka takutkan kanak-kanak dengan polis, hussss.... ada ke patut! Dan serentak itu juga aku lihat kanak-kanak tadi duduk di sisi ibunya diam tidak berkutik, hanya mata itu sahaja mencuri pandang ke arah aku. Dan dengan rasa geram dan niat untuk mengusik aku keluarkan gari lalu ku hayun perlahan. menakutkan si ekcil yang sedang takut!

“Mama.... dia nak tangkap adik!” jeritan itu kuat bergema dan serentak itu aku sembunyikan kembali gari yang ku hayun tadi.

“Alamak... budak ni tak sporting langsung!” gerutu dalam hati bila semua mata memandang ke arah aku yang cuba beriak selamba.

“Abang Is pun, mengusik tak kira tempat ya.” Ujar Intan yang tadi hanya memerhati. Oh terlupa pula, terlepas laku di hadapan bakal isteri sendiri.

“Sorry Intan, abang IS memang sukakan budak-budak! Tambah-tambah budak yang penakut macam tu, memang syok kalau kita takutkan dia! Haha...” alu ketawa lepas sambil aku jegilkan mata ke arah kanak-kanak yang tadinya nyaring bersuara. Mujur ibunya tidak menyedari tingkah aku! apa lagi, berair mata budak tu menahan sendu!

“Dah la abang Is, kesiankan budak tu. Jangan usik dia lagi, mesti mak dia rimas.” Pesan Intan bila melihat kanak-kanak itu sudah mula membuat perangai tidak mahu berada lama di ruang menunggug di kerusi paling hujung.

“Okey,” sahut ku pendek. Hilang rasa bosan yang tadi datang menyempit! Suasana kembali sepi dan hanya bunyi mesin suara yang memanggil nombor giliran pengunjung hospital tempat Intan bertugas ini sahaja yang kedengaran.

“Abang IS, handsome!” puji Intan tiba-tiba. Dia tersenyum lagi, aku pula sudah seperti belon panas yang mahu terbang ke angkasa. Kembang semacam!

“Intan pun cantik!” puji ku membalas pujiannya.

“Tak sangka bila abang pakai uniform abang nampak daring, macho.... sampai macam ni sekali! Lain sungguh bila abang pakai pakaian biasa-biasa.” Luahnya jujur. Aku hanya senyum, cover perilaku yang mudah terlepas! Kalau aku melompat nanti, nampak benar aku dahagakan puji-pujian!

Man in uniform memang tak dinafikan lagi, smart dan kacak!” tambah Intan tidak putus-putus memuji aku. Untunglah kalau dipuji hari-hari sebegini.

“Nurse in uniform always cute and beautiful!” balas ku bermulut manis.

“Kalau sakit pun, mudah je sembuh! Tambah-tambah ada nurse cute yang datang uruskan kita.” Tokok ku lagi.

“Abang pernah masuk hospital? Maksud Intan, dirawat di hospital?” tanyanya sebaris.

“Belum pernah lagi, kalau abang masuk hospital! Abang tak nak keluar.”

“Eh kenapa pula?”

“Yelah, ada awek-awek cun yang jaga! Siapa yang sanggup lepaskan peluang kan?”

“Ei... abang ni gatal ya!”

“Sikit!” sahut ku dalam senyuman.

“Intan tak suka!”

“Takpe, abang tak kisah!”

“Tengok tu, takpelah... dia kan handsome! Ramai yang minat!” rajuk Intan cuba menjarakkan diri.

“Jangan merajuk cik adik sayang, nanti cepat berkedut! I say good bye!” ucap ku bergurau.

“Belum apa-apa lagi, dah mention good bye?” how dare you?” soal Intan tegas.

“Hehe.... of course I dare! Dare for you,” luah ku perlahan dan gemersik buat Intan tertunduk malu.

“Kalau abang tak berani, tak ada abang ni berterus terang pada ayah dan mak Intan. Abang dah bosan dengan istilah couple, sekarang abang nak kahwin! Itu je yang abang mahukan,” Intan diam aku juga diam sesudah aku lafazkan kata hati.

“Intan... lama lagi ke turn kita ni? abang nak masuk kerja sekejap lagi, sempat ke?” gumam ku mengubah topik seraya memerhatikan jam di pergelangan tangan. Sudah menginjak angka 1.45 petang. Sebentar lagi waktu rehat akan berakhir dan aku perlu segera melapor diri ke ibu pejabat sementelah ada kes yang harus aku selesaikan segera. Apa lagi jika bukan kes yang berkaitan dengan jenayah yang semakin menjadi-jadi.

“Sekejap Intan tanya member Intan ya,” jawab Intan lantas aku lihat dia bangun lalu mendekati kaunter pertanyaan tentang giliran kami dan sesudah itu dia kembali semula dengan sebuah senyuman.

“Jomlah masuk, lepas siap nanti abang boleh masuk kerja semula, Intan takpelah memang masuk lewat hari ni. Intan kerja petang! Malam ni abang ambil Intan ya,” pinta Intan ku anggukkan sahaja. Sesudah itu aku dan Intan berlalu masuk ke dalam bilik rawatan untuk menjalani ujian HIV sebagai memenuhi tuntutan prosedur dari pejabat agama.


***

~Tiga minggu kemudian~

“Intan... esok hari bermakna kita, kalau boleh abang tak mahu ada rahsia diantara kita!” luah ku setelah lama menyepikan diri menghadap padang permainan yang kosong tidak berpenghuni. Entah mengapa, jauh di sudut kecil hati ini aku merasakan Intan bagai merahsiakan sesuatu dari aku.

“Apa maksud abang?” soal Intan berjeda. Aku ketap bibir, soalan yang ku lontar berbalas soalan? Dengan apa harus aku jelaskan lagi?

“Maksud abang, kalau ada apa-apa yang Intan nak beritahu abang, jujurlah! Abang tak mahu lepas kita berkahwin nanti, macam-macam masalah lain yang datang!” gumam ku menahan getar. Minggu lepas, seorang lelaki datang mengakui dirinya adalah kekasih Intan. Dan semenjak itu jugalah segala tenang yang menghuni di hati aku pergi begitu sahaja, aku keresahan ditambah pula aku mengenali Intan dalam tempoh yang terlalu singkat. Dan dalam pada menghitung detik diijab kabulkan, pengakuan lelaki itu merentap sebuah ketenangan ini. Dan dengan itu juga, aku mula berbelah bahagi untuk meneruskan atau menghentikan sahaja niat memiliki Intan.

“Intan tak ada rahsia, selama tiga minggu ni Intan jujur pada abang.” Gumam Intan mendekati aku lalu berdiri bersebelahan aku yang sedang memeluk tubuh memerhatikan padang permainan yang kosong.

“Siapa Helmi?” tebak ku perlahan dan dari ekor mata ini aku lihat Intan bagai tersentak dengan soalan yang ku hamburkan.

“Siapa dia?” ulang ku semula bila Intan tidak bersuara.

“Dia bekas kekasih Intan, tiga tahun lepas. Intan dah tak ada apa-apa lagi dengan dia, cuma cinta monyet! Tak lebih dari tu abang Is,” tutur Intan buat aku lepaskan keluhan ini. Sungguh aku tidak menyangka Intan pernah bercinta dengan lelaki lain namun siapa aku untuk menghalang kisah silam Intan sedang aku juga pernah menyulam kasih dengan beberapa gadis namun kesemuanya tidak kesampaian dan tidak seserius seperti perasaan aku terhadap Intan ketika ini.

“Abang kenal dia?” soal Intan tidak pula menyebut nama lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Helmi itu. orangnya segak, mungkin juga doktor atau pun jika tidak salah perkiraan aku pembantu perubatan! Dari tag nama itu, aku yakin lelaki itu bekerja di hospital yang sama dengan Intan.

“Tak, tapi dia kenal Intan! Dia cakap Intan girlfriend dia!” luah ku lagi.

“Abang, jangan pedulikan dia ya! Dia memang macam tu, tak boleh terima hakikat yang Intan tak mahukan dia lagi.” ucap Intan minta aku tidak memperdulikan lelaki yang cuba merebut gadis yang bakal menjadi milik ku kurang 24 jam dari sekarang.

“Abang tak suka dia!” tutur ku bersahaja namun aku benar-benar maksudkannya.

“Intan pun tak sukakan dia!” jawab Intan juga selamba.

“Jadi abang jangan buat muka macam ni, sedih Intan tengok!” pujuk Intan.

“Memang muka abang macam ni.” Aku tiada keinginan untuk berkata-kata. Terasa hati dan terkilan bila ada yang datang merebut Intan dari hidup aku.

“Taklah! Muka abang Is lagi kacak kalau abang IS senyum, kalau abang Is buat muka macam ni.... ermmmm kacak juga cuma kurang tampan!” gumam Intan memancing minat ku berbicara.

“Really?” soal ku teruja sedikit. Memang keturunan aku pantang dipuji, Kuntum pun begitu! Mungkin itu sikap aku adik beradik!

“Sungguh, abang lagi kacak kalau abang senyum dan abang bertambah macho bila abang makan crepe yang Intan buat ni.” sua Intan. Tupperwaer itu ku sambut dan dengan rasa ingin tahu, penutup bekas makanan bewarna kuning lembut itu ku buka.  Serentak itu juga aroma durian menusuk keras ke deria bau ku!

“Apa ni Intan?” soal ku cemas bila bau yang terhasil benar-benar menyucuk deria. Tanpa menunggu lama, penutup itu ku rapatkan semula dan tupperwear itu aku tolak ke arah tubuh Intan sedikit kasar, dengan niat mengembalikan semula kepada Intan. Dia pandang aku dalam pandangan berkaca-kaca, mungkin kecewa dengan penolakan ini! Maaf Intan, aku tak sengaja!

“Intan,” panggil ku bila Intan terus berundur dan menjauhi aku.

“Intan,” sekali lagi aku memanggilnya namun panggilan aku sudah tidak dipedulikan bahkan langkah kaki dibawa sedikit menjauh. Melihat keadaan gadis yang sudah berkecil hati itu, aku hayun langkah mengejar susuk tubuh yang sudah menjauh.

“Intan, wait!” seru ku lagi dan kali ini Intan hentikan langkah kakinya. Dari arah belakang aku lihat Intan kesat wajahnya dengan belakang tapak tangan. Menangis ke Intan? Macam mana ni? aku gusar tiba-tiba.

“Intan,” seru ku lagi sambil mengatur langkah mendekati dirinya dan kini aku sudah berada di hadapan gadis yang segak berbaju kurung.

“Abang minta maaf okey,” ujar ku cuba menarik perhatian Intan yang masih bersedih.

“Intan, pandang abang! Abang tak ada niat nak buat Intan terasa hati! Cuma.... Cuma abang tak selesa dengan bau durian! Abang minta maaf ya Intan,” ucap ku perlahan mengharap pengertian Intan.

“Takpelah,” sahut Intan masih dalam rajuknya.

“Jom kita masuk dalam kereta, kita cakap dekat dalam sana.” Pujuk ku lagi, dan Intan menurut!

Sebaik aku dan Intan mengambil tempat, enjin kereta ku hidupkan dan penghawa dingin ku putar hingga ke kelajuan yang paling maksima. Semoga panas di hati Intan akan reda sedikit demi sedikit! Dan  melalui cermin pandang belakang, aku kerling baju pengantin yang tersangkut di bahagian tempat duduk belakang. Cantik dalam persalinan warna peach!

 “Intan, tadi tu apa dia?” soal ku cuba berbaik-baik. Intan senyap jari jemari itu sahaja yang bergerak.

“Abang minta maaf Intan, abang terkejut tadi.” luah ku lagi.

“Abang memang alah dengan durian! Abang pening kepala dengan bau durian, tambah-tambah abang memang tak boleh makan durian. Badan abang cepat panas,” tutur ku berterus terang.

“Takpelah bang, Intan minta maaf sebab Intan tak tahu yang abang alah denagn durian.”

“Sorry ya sayang.”

“Its okey.”

“Tapi benda tu apa namanya?”

“Durian crepe!”

“Oh.. yang famous sekarang ni ek?”

“Betullah tu!”

“Pandai Intan buat,” aku puji dia dengan harapan sedih Intan akan berkurang sedikit.

“Boleh la sikit-sikit!” jawabnya masih berbekas dengan rasa rajuk.

“Abang nak bawa balik, along abang boleh makan! Dia makan semua benda atas muka bumi ni kecuali batu dengan kayu.” Luah ku tiba-tiba teringatkan tentang along. Malam nanti dia akan mandikan aku dengan ‘mandi bunga’ entah apa tujuan mandi bunga yang dimaksudkan! Merepek sungguh!

“Okey, abang bawa ya! Bagi dekat Kak Kuntum sama,” gumam Intan ceria. Aku senyum, mujur mudah aku lenturkan rajuk Intan. Alhamdullillah lega aku!

**

“Is.... kau kenapa? takut ke?” soal Along tersengih-sengih!

“Takut ai... berdebar semua ada!” sahut ku menggenggam jari jemari. Kuntum hanya tersenyum, Lukman juga ada. Berkepit 24 jam dengan Kuntum, rimas mata aku!

“Rilek la Is, bukan nak pergi berperang pun! Nak shake hand dengan Tok Kadi je pun! Sain kontrak seumur hidup,” tekan along masih lagi dalam senyumannya. Senang la dia cakap, aku ni ha yang nak kena hadap Tok Kadi. Dengan kamera lagi, orang kampung.. jiran tetangga, abang, kakak, saudara mara kecil besar! Huiiii.... nervous den!

“Kau dah ready ke? Jomlah mandi bunga!” ajak along buat aku menggeleng hairan.

“Nak buat apa mandi bunga?” soal ku laju.

“La... tak tahu lagi ke?” along sengih Kuntum pun sama sengih!

“Apa dia?” soal ku ingin tahu.

“Bagi wangi sikit, kau tu ha...  busuk!” cemuh along buat aku mencemik seketika.

“Cepatlah weh!” along sudah tidak sabar.

“Mandi dekat mana?” aku pun bagai menurut sama. Tidak membangkang lagi.

“Bawah jambatan!” gumam along.

“Hah buat apa pulak bawah jambatan tu? Khurafat!” terkejut aku bila along mahu mandikan aku dengan bunga di bawah jambatan pukul dua pagi macam ni! Dah la malam Jumaat, dengan bulan mengambang lagi. Lain benar ajaran along, kot–kot along mahu turunkan ilmu bukan-bukan pada aku! Ah tak mahulah! Aku tak nak bela saka!

“Bukan la... kita ke spa Anis! Awek aku! Takkanlah bawah jambatan! Dah la banyak nyamuk, silap haribulan kena sengat lipan!  Tak pun kena patuk ular, hushhh bahaya kut!” tekan along kali ini dalam wajah serius!

“Lain kali cakaplah awal-awal.... kau ni!” rungut ku tidak menghabiskan kata-kata, dia ku jeling tajam!

“Ala... nak gurau pun tak boleh! Kita kan adik beradik seibu sebapa!” tokok along kembali tersengih!



 p/s: tak sabar nak habiskan part vi.... episode last... :) tq reading luv u :)


16 comments:

  1. adik beradik ni memang sengal sungguh

    ReplyDelete
  2. Xsabar gk nk bc last epi.cpt aa.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya pun x sabar nak habiskan n nak fokus pada penilai cinta & picagari tu :)

      Delete
  3. seronokkan keluarga sekuntum ni...bahagia ja hari2. kalau sa ada anak nnt, sa pun nak didik anak2 macam dorang....hemmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... jgn giler2 sudah la ea... diorng ni terlebih giler2x :)

      Delete
  4. pasal makan Is tak lupa kat along.
    Gurauan dua beradik ni memang best.
    Kisah cinta along takde ke. ^_^

    ReplyDelete
  5. seronok tgk keluarga abg is, along dgn kuntum , penuh dgn gelak ketawa dan gurau senda... mmg tak sabar nak tunggu ending milik encik polis nie... Nanti cerita pasal along ader tak? Nextentry cik writer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun x sabar nak siapkan ending cerita ni. kisah along x de la... hihi... :)

      Delete
  6. Pasni nak kisah cinta along lak.......leh x....hehe....
    Cumel sgt fmily kuntum nie.....best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kisah along????? alamak xde la :) tq reading :)

      Delete
  7. errr ... kak Aulia Iman , saya nak lagi boleh ? baru semalam mimpikan Intan dengan abang Is * adeh , terlekat pulak ayat 'abang' Is dekat kerongkong . hehehe ... =D * psttt , cepat2 masukkan ending ya kak Aulia !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimpi? hehheee,,,, insyallah ada nanti okey!:)

      Delete
  8. Fantaѕtic web sіtе. Lots of useful info heге.
    І аm sending it to a feω friends ans аdditiоnally sharіng іn delіcіous.
    Аnd natuгally, thank уоu to yоur sωeаt!
    Here is my web blog :: iphone battery

    ReplyDelete
  9. Ηі thеre, just ωanted to say, ӏ
    enjoуed this poѕt. It waѕ іnsρiring.

    Keep οn pοsting!

    Ϲhеck οut mу web site iphone repair kl

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.