Tuesday, 25 December 2012

MILIK ENCIK POLIS PART VI (TAMAT)



“Long... aku nak muntah! Perut aku sakit.... kepala aku pening!” kali ini aku rasa pelbagai jenis penyakit datang menyerbu. Hingga duduk ku tidak kena jadinya! Wajah Tok Kadi yang tersenyum-senyum sedari tadi ku renung sekali imbas, janganlah aku disoal macam-macam. Sumpah dalam rasa gelabah begini, apa pun aku tak ingat! Doa makan yang mudah pun aku boleh lupa, inikan pula doa qunut!


“Jangan nak buat pasal! Orang tengok kot!” bisik along seraya menguntum senyum pada tetamu yang hadir. Aku telan liur, melihat suasana ruang tamu rumah Intan yang mula dipenuhi saudara mara sebelah bakal isteri ku juga beberapa orang  jurugambar yang merakamkan gambar,  buat perut ku rasa senak!

“Ingat pesan aku weh, jangan lupa doa qunut... Rukun Islam, Rukun Iman, al-Fatihah, doa iftitaf doa sujud sahwi... doa makan pun kena ingat juga, manalah tahu Tok Kadi saje nak test pengetahuan am kau ke... bla..bla... bla....” bicara along sudah tidak masuk ke dalam pendengaran ku bila melihat Tok Kadi mula mengambil tempat. Peluh mula merenek di dahi, sungguh kali ini aku gementar ya amat tatkala seluruh tetamu yang hadir mula mengalih perhatian kepada aku.

“Angah, semoga maju jaya!” ujar Kuntum berbisik seraya menunjukkan isyarat peace pada aku. Begitu juga Lukman yang datang menemani kami adik beradik, banyak juga tips yang diberi. Dalam tak ku sangka, pernikahan ini adalah sesuatu yang amat mencabar seluruh minda ini. Lebih hebat dari menembak penjenayah dan lebih gentar dari berhadapan jenayah! Jiwa dan seluruh hati ku bagai terantai dengan sebuah perasaan halus yang sukar ku mengertikan!

“Assalamulaikum,” ucapan salam Tok Kadi ku jawab dalam suara bergetar, nampak benar aku gementar dan senyuman lelaki berserban itu bagai menangkap rasa debar ini. Aku gugup seketika.

“Saya akan baca khutbah dan sejurus itu kita mulakan lafaz ijab dan qabul.” Ucap Tok Kadi selepas memastikan rukun nikah yang harus dipenuhi di teliti satu persatu. Ada saksi, ada wali iaitu datuk kepada Intan, bakal suami iaitu aku, bakal isteri iaitu Intan, juga ijab dan qabul.

Khutbah ku hayati dengan teliti dan sesudah itu aku mengikuti Tok kadi membaca surah al-Fatihah, beristighfar juga mengucap dua kalimah syahadah serta lafaz ijab dan qabul akhirnya tiba untuk dimulai.

“Iskandar Hafif Bin Ahmad, sebaik sahaja saya lafazkan ijab dan saya henjut tangan. Sila jawab dengan sekali lafaz.” Aku angguk sahaja.

“Iskandar Hafif Bin Ahmad, aku nikahkan akan dikau dengan Intan Nur Aisya Binti Jalaluddin dengan berwakilkan walinya pada aku dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai.” Suasana hening seketika hinggalah aku terasa ada henjutan pada tangan yang kejap memaut tangan Tok Kadi. Dan ketika itu juga aku lihat along yang duduk di sebelah kanan terkumat kamit membaca sesuatu.  Apa yang dibaca oleh along agaknya ya!

“Iskandar!” satu suara menegur dan serentak itu aku tersentak.

“Ya?” aku pandang wajah Tok Kadi. Ada senyuman yang terukir manakala seluruh isi rumah juga tersenyum memerhatikan  aku.

“Kau pandang aku apasal? Aku suruh kau jawab soalan tok kadi tu bukan pandang aku!” gerutu along geram, suara itu perlahan berbisik.

“Penat-penat aku suruh kau baca, kau pandang aku pulak.” Luah along beriya. Wajarlah aku lihat dia terkumat kamit. Pasti menyumpah aku dalam hati!

“Maaf Tok, saya terleka  tadi.” ucap ku gugup dan Tok kadi mengangguk perlahan. Mungkin faham dengan situasi yang ku hadap ketika ini. Intan di sebelah sana juga tersenyum curi-curi memerhatikan  aku yang terleka tadi.

“Kita mulakan sekali lagi ya,” ucap Tok kadi tenang.

“Baik,” sahut ku yakin dan cukup berani. Oh, Iskandar Hafif sila jangan malukan diri sendiri ya! Pesan ku dalam hati.

“Iskandar Hafif Bin Ahmad, aku nikahkan akan dikau dengan Intan Nur Aisya Binti Jalaluddin dengan berwakilkan walinya pada aku dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai!”

“Aku terima nikahnya Intan Nur Aisya dengan mas kahwin lapan puluh ringgit tunai!” sambut bibir ku buat semua yang hadir terdiam.

“Sah?” soal Tok Kadi pada saksi di kiri dan kanan. Aku mula berdebar, rasanya aku ucap sekali lafaz! Takkan tak sah pulak! Jantung ni sudah bagai mahu meletup kerana rasa debar yang melampaui batas! Ya Allah, tenangkan aku!

“Sah?” soal Tok Kadi sekali lagi dan kedua-dua saksi berbisik sesama sendiri sebelum mengalih pandangan ke arah Tok Kadi.

“Sah! Sah!” sahut mereka dalam gembira dan serentak itu juga aku lihat kesemua tetamu tersenyum dan menghela nafas lega.  Lantas aku raup wajah, bersyukur dengan lafaz yang mengangkat status ku sebagai suami kepada Intan. Tentang perasaan aku? Sudah tentunya lega yang amat sangat! Terasa mahu keluar dari rumah kemudian membuat tarian poco-poco betul-betul di hadapan pagar rumah Intan! Lantaklah orang mahu kata aku gila ke apa? Aku tengah gembira! Dan aku mahu zahirkan kegembiraan ini!

“Alhamdulillah semuanya sudah selamat, kita mulakan doa untuk pasangan pengantin semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga dan bimbinglah isteri dan bakal anak-anak berpandukan syariat Islam. Agar ikatan ini sakinah mawaddah, warahhmah!”  sejurus itu doa di lafazkan dan kesemua tetamu mengaminkan doa untuk kesejahteraan aku dan Intan.

“Oit... sabarlah encik polis! Gelojoh sangat kut!” tegur along bila aku tidak sabar-sabar bangkit seraya berkali-kali mencuri pandang Intan yang duduk di hujung sana.

“Takkan tak boleh lagi?” soal ku dalam wajah berkerut. Aku ingin sangat bertemu Intan, mahu ku peluk dia erat-erat!

“Alahai takkanlah kau nak serbu macam tu je? Pergilah buat solat sunat nikah dulu! Pastu kau nak peluk ke.. nak tergolek ke... orang tak kisah dah!” sinis along dalam senyuman.

“Ha’ah kan... tak menyempat pulak!” aku sambut tawa along tanpa lepas.

“Oi... oi.. cover sikit perangai tu!” pesan along buat aku tekup mulut dan tayang muka tidak bersalah. Kalau dah gelak, nyata aku boleh lupa diri!

“Iskandar, buat solat sunat nikah....  kemudian baru jumpa Intan ya.” Ucap ibu Intan buat aku mengangguk sekali. Dengan wudhuk yang masih aku kekalkan, solat sunat nikah aku dirikan tanpa Intan, kata ibunya Intan uzur.  Takpelah, esok-esok Intan masih boleh bersolat bersama aku bahkan seumur hidup aku, aku masih berpeluang berjemaah dengannya nanti!

Sesudah salam ku lafaz, sejadah ku lipat dan Intan yang duduk di birai katil aku hampiri.

“Assalamualaikum isteri,” ucap ku pada Intan.

“Waalaikumusaalam suami,” sahut Intan tersenyum manis. Wajah ku ditatap penuh sinar kebahagiaan.


“Sayang... ini mas kahwin untuk isteri abang.” Wang tunai yang sudah digubah bersama kuntuman bunga segar ku sua ke arah si isteri. Dan perlahan-lahan Intan menyambut lalu aku sentuh ubun-ubun kepalanya dengan lafaz basamallah dan doa itu ku titipkan pada Intan.

 “Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya. Ameen!”

“Terima kasih abang, Intan akan  menumpukan sepenuh perhatian dan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada suami Intan dan mengharapkan agar suami Intan sentiasa memberi bimbingan dan nasihat serta tunjuk ajar demi kepentingan dan kebahagiaan bersama. Semoga perkahwinan ini mendapat restu dan redha dari Allah S.W.T..” bisikan Intan ku sambut dengan sebuah senyuman.

“Semoga rumah tangga kita sakinah mawaddah dan warahhmah!” balas ku bersama senyuman manis yang sukar ku mengertikan makna disebaiknya.

“Sudah?” soal Along sekali.

“Ya, sudah!” ucap ku dalam senyuman, gembiranya bila sudah beristeri. Satu-satunya harta yang boleh bertindak balas, boleh bersuara dan boleh juga tersenyum juga ketawa. Ah gembiranya!


“Sarungkan cincin!” aku sambut kotak baldu lalu ku buka perlahan. Kilauan cincin emas bertakhta batu permata itu ku sentuh dan ku bawa keluar dari kotakknya dan jari Intan ku sentuh dan cincin itu ku sarungkan di jari manisnya.


“Sayang, cium tangan abang.” Bisik ku lalu Intan menurut. Sinar cahaya flash dari kamera silih berganti menerpa ke wajah dan ketika Intan mengangkat wajahnya aku sentuh dagu itu lalu dahinya ku kucup laju. Malu untuk berlama-lama! Di dalam bilik nanti, itu lain cerita dan di hadapan orang dan di hadapan saudara mara, rasa segan dan malu-malu ku masih ada dan masih menebal!


****

“Is... along balik dulu! Ingat, jangan sampai runtuh katil.” Pesan along kedengaran agak kurang sopan. Dia ku pandang sekilas.

“Jangan pandang aku macam tu, serupa macam nak baham je!” usik along buat aku ketawa kecil.

“Kau ni long... agak-agaklah kan! Takkan sampai runtuh katil, tak mungkinlah! Aku bukan ganas macam Lukman!” ucap ku buat Kuntum menjeling tajam.

“Maaf, jangan marah angah! Angah gurau-gurau je,” tutur ku agar Kuntum yang ada di tepi kami berdua agar  tidak marahkan aku. Sensitif sangat!

“Angah ni... tak baik tau!” gumam Kuntum membela suaminya.

“Yelah, memang tak baik! Korang nak balik kan? Cepatlah!” suruh ku buat along dan Kuntum menjengilkan kedua mata mereka.

“Menghalau nampak?” soal along geram.

“Bukan halau, kalau korang balik awal...  bolehlah aku sembang-sembang dengan Intan. Asyik layan korang je, aku nak layan bini aku pulak! Ya tak sayang?” bahu Intan ku senggol dengan bahu ku. Intan tersenyum malu, tersipu-sipu!

“Eii... meluatnya!” gerutu along tayang wajah ibu hamil yang mengalami alahan. Berkerut-kerut sahaja riak wajahnya!

“Haha.. jelouslah tu! Kau kahwin cepat long! Bestnya kahwin!” tokok ku buat along mencemik. Tidak kuasa melayan aku!

“Gatalnya kau Is, belum pernah lagi aku tengok kau gatal macam ni ya?” along luahkan rasa tidak puas hatinya.

“Ala.. gatal dengan yang halal! Bestnya tak sabar nak tunggu malam!” ucap ku terlepas kata.

“Oppssss!” aku tekup mulut. Intan sudah malu-malu.

“Astaghfirullahalazim, sabarlah Taufiq. Mungkin adik kau tu dah betul-betul sampai masanya untuk kahwin! Kalau tak kahwin, mungkin menjurus kepada sesuatu yang buruk! Sekurang-kurangnya bila dia dah kahwin, berkurang satu maksiat di muka bumi ini!” Along tazkirah dirinya sendiri! Kuntum tersengih dan Lukman pula ketawa kecil.

***

“Intan,” seru ku sesudah selesai mendirikan solat Isyak berjemaah! Itupun sesudah Intan katakan yang dirinya sudah bersih dari hadas besar.

“Ya abang,” sahut Intan lantas melabuhkan punggungnya di sisi aku.

“Assalamualaikum sayang!”

“Waalikumusalam abang,”  Intan jawab salam ku dan dia ku peluk erat.

“Mengantuknya uarghhhhhh!” aku pura-pura mengantuk dan lampu ku padamkan!

“Gelap!” gumam Intan kembali menghidupkan lampu utama.

“Gelap la seronok!” ucap ku kembali menekan suis off. Lampu kembali terpadam. Kini aku dan Intan bergelap!

“Gelap, tak nampak apa-apa!” sahut Intan menghidupkan semula lampu. Aku geleng kepala, aku tak suka cahaya terang! Suis itu ku tekan semula. Gelap kembali ruang bilik.

“Intan takut, Intan tak suka gelap!” ucap Intan berharap aku fahami dirinya.

“Abang tak suka cahaya terang, tak boleh tidur.” Luah ku buat Intan terdiam.

“Boleh kita tidur sekarang?” bisik ku pada Intan dan tubuhnya ku raih dalam pelukan.

“Boleh abang,” sambut Intan membalas pelukan ini.

“Terima kasih kerana memahami abang!”

“Sama-sama,” ucapnya  buat aku senyum lebar.

 “Terima kasih abang, kerana sudi jadi suami Intan. I love you my dear,” bisik Intan tersenyum dalam gelap.

“Sama-sama sayang, abang cintakan sayang!” lafaz ku sesudah yang halal bersama aku.

“Ehem, jom sayang!” ujar ku gemersik dan basmallah ku lafazkan untuk memulakan sebuah bahtera yang bakal berlayar jauh bersama Intan.


~TAMAT~

p/s: semoga terhibur semuanya... maaf atas kekurangan cerita ini :)

11 comments:

  1. best abeh da..hehe

    ReplyDelete
  2. kak aulia knp last entry ni mcm pendek je...x puas pulak bila baca...hehehe...blh x kak aulia bt special edition ke???heheh...sng2 berharap ni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpuas? dah 9 pages dik.... hihihi :) tq reading k :)

      Delete
  3. Ala dah abih dah....nak SE lak leh x...??
    Xpun cik raiter wat ler clte pasal along.....best sgt fmily Kuntum nie.....hehe....tterbaek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SE once upon the time, bila ada masa lapang saya akan buat ya. :) tq reading :)

      Delete
  4. Kahwin juga Angah ya. Dengan Intan pula tu, sweet sgt. Tinggal Along pula x kahwin lagi, bila pula tu. xkan nk tggu angah ada anak pula baru Along nak kahwin kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak akhirnya kawen juga meraka. lega saya :)

      Delete
  5. Selamat dah Is jadi suami.

    ReplyDelete
  6. tertinggal kapal.. tapi nak komen jugak..hehe..
    tak sangka angah yang suka bertikam mulut dengan along macam budak darjah satu akhirnya kawin jugak.. huhu..

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.