Thursday, 24 January 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 2



“Ini bilik Kay, mulai hari ni Kay akan bantu semua kerja Encik Adlan! Jaga-jaga, jangan buat Encik Adlan tu mengamuk! Dia tak suka bilik kerja yang kotor, bersepah dan berbau pelik. Kay pun tahukan, bilik dia memang ramai tetamu, jadi mesti perlu kemas dan segar!” Encik Fikri bersuara tanpa menoleh ke arah ku. Dari arah belakang aku lihat dia sedang memerhatikan panorama Kota Damansara dari dinding cermin. Nampak bersungguh tetapi aku sedikit hairan dan kehairanan itu harus aku luahkan segera.


“Err.. Encik Fikri, boleh saya tanya?” pinta ku buat dia yang sedang bercekak pinggang kembali mengalih posisi lantas pandangan itu dilarikan ke arah wajah ini. Aku senyum sekejap!

“Kay nak tanya apa?” soalnya perlahan.

“Sebenarnya, saya pegang jawatan apa Encik Fikri! Hari tu saya apply sebagai eksekutif kewangan ni kenapa pula saya perlu jadi pembantu Encik Adlan?” luah ku dalam rasa tidak puas hati. Hujung selendang ku pintal-pintal. Geram pula bila memikirkan kembali, tugas dan skop kerja yang harus ku galas hari ini dan hari-hari mendatang.

“EH, awak tak baca kontrak kita tadi? Lagipun masa interview hari tu awak sendiri yang kata sanggup terima apa sahaja jawatan yang diberi dengan syarat gaji mengikut request yang awak tetapkan! Awak lupa ke?” soalan Encik Fikri benar-benar buat aku terkujat seketika. Takkanlah aku yang cakap macam tu? Kalau sudahnya aku diberi kerja-kerja mencuci dengan gaji yang aku pohon, sanggup ke aku galas tugas-tugas tu? Ah menyesallah pulak! Macam mana aku boleh terlepas cakap ni!

“Kay, awak akan bantu Encik Adlan! Encik Adlan ni pengurus kanan dalam bidang pemasaran! Jadi awak perlu bantu dia dan uruskan segala kerja-kerja yang berkaitan! Kalau awak nak pikat dia sekalipun saya tak kisah, asalkan kerja-kerja yang dia minta awak uruskan sebaiknya! Lagi satu, saya harap awak boleh bertahan lebih lama. Bukan apa, saya dah tak larat nak buat sesi temuduga cari pengganti yang selalu sangat keluar masuk dari syarikat ni.” tanpa diduga Encik Fikri berkongsi beban penderitaan kerjanya selama ini. Teruk sangatkah sikap Encik Adlan hingga ramai yang tidak bertahan lama?

“Tapi Encik Fikri, saya tak pengalaman dalam bidang pemasaran! Saya ni lulusan kewangan mana ada kaitan dengan pemasaran!” luah ku segera dan dia tersenyum sinis lalu ketawa kecil kemudiannya. Aku rasa aku tak buat lawak, tapi mungkin dia merasakan bicara ku lucu dan wajarlah dia ketawa mengejek seperti itu.


“Kay, hari tu awak juga yang yakinkan saya yang awak sanggup buat apa sahaja kerja dan jika diberi jawatan apa sekalipun, awak akan cuba dan memberikan perkhidmatan yang terbaik. Takkan awak dah lupa?” sinis nada suara itu buat aku ketap bibir ku kuat! Semua apa yang pernah aku lontarkan semasa sesi temuduga hari tu diulang semula oleh Encik Fikri. Kuat betul daya ingatan dia! Tak macam Adlan, pelupa!

“Oh a’ah Encik Fikri. Sorry saya terlupa!” gumam ku lambat-lambat.

“Awak duduk dulu, ambil mood dan nanti bila Encik Adlan balik, awak jumpa dia! Jangan lupa okey.” arah Encik Fikri dalam senyuman. Aku telan liur, menanti pulangnya Encik Adlan bagai menanti sebuah bom jangka yang bakal meletup tepat di hadapan mata ku! Aku bimbang, aku juga risau! Terasa lemah segala urat sendi ini bila wajah itu kembali berlegar-legar di ruang minda!

“Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu! Simpanlah offer letter tu, nanti hilang pulak!” sebelum berlalu sempat pula Encik Fikri peringatkan aku tentang  surat tawaran yang diberikannya dan aku hanya mampu mengangguk sekali sebagai tanda aku faham akan maksud bicaranya.


***

“Kau jangan nak dekat pada aku! Kau nampak tak benda ni? Ha nampak tak?”  aku tayang botol febreez ke hadapan matanya. Dia respon tindakan ku dengan sengihan jahatnya seperti selalu.

“Nampak! Aku tak butalah!” dia ketawa lagi.

“Kalau nampak, sila ketepi! Jangan nak menggatal, kalau tak aku baling benda ni. Jangan paksa aku jadi manusia paling jahat dan manusia paling kejam!” satu demi satu kata-kata ugutan ku lempar namun dia seakan kebal dan tidak langsung gerun pada ugutan yang aku ungkapkan tadi. Bahkan diri itu semakin galak mengusik diri ini saban hari! Apalah dosa aku hingga perlu bertemu dan tinggal sebumbung dengan lelaki yang langsung tak aku kenali.

“Heekleh.... setakat botol febreeze apalah sangat!” dia perkecilkan aku sambil mencemik.

“Kau jangan nak berlagak ya! Aku tak suka lelaki berlagak! Keluar, apasal masuk  bilik aku?” halau ku mahu dia berlalu segera. Aku tidak suka berkongsi bilik hatta dengan sesiapa sekalipun!

“Kita dah kahwin, suka hati akulah nak kemana pun! Ni rumah aku!

“Whatever, tapi ni bilik aku! respect sikit!”

“Siapa yang patut respect siapa? Now, kau tu isteri aku! Jadi hormat pada suami kau ni!

“Aku tak nak kahwin! Kau yang menggatal nak kahwin! So, jangan berharap aku akan layan dan terima kau macam suami! Eiieeuuuwww!”

“Eieeeuuuww kau kata? Fine, sini aku nak tengok sejauh mana kau rasa geli pada aku!”

“EH, kau nak buat apa ni! turun! Turun! Kalau tak, aku jerit nanti!” Dia sudah panjat katil bertiang empat ini tanpa aku sendiri menduga. Memang berani dia melawan kata-kata ku!

“Jeritlah! Kau ingat orang dekat sini baik hati akan tolong dan selamatkan kau dari aku! Hei budak tomboy, mari sini! Aku nak baham kau!”

“Hei apa ni! turun! Turun aku cakap! Turun!”

“Tak nak!”

“Turunlah!”

“Kau dengar ke tak! Turun!”

“Tak mahu!”

“Degil ya, nah ambil kau!”

“Aduh! Apa yang kau dah buat ni!? Aku lihat dahi itu bertanda merah kesan balingan botol febreez yang mendarat tepat di dahi berbentuk empat segi itu. Dia mengaduh sakit, ah aku peduli apa!

“Ini baru permulaan, jangan sampai aku cederakan kau dengan lebih teruk lagi Mohamad!” ugut ku kasar.

“Siapa Mohamad?” laju sahaja dia bertanya. Hai nama sendiri pun dah lupa. Baru kena botol febreeze belum lagi seterika besi.

“Kaulah Mohamad! Nama sendiri pun tak ingat!” selar ku tersenyum sinis sambil berdiri tegak dan bercekak pinggang di atas katil.

“Kau kan... memang sengaja sakitkan hati aku. Nama aku pun kau tak tahu! Suka-suka hati kau je panggil aku Mohamad! Nama aku ni Adlan, Adlan!”

“Whatever, tak penting pun! Now, get lost from my room!”

“Aku belum puas dan aku belum dapat apa yang aku nak! Siap sedia,” dia kembali panjat katil bertiang empat itu dengan segagah mungkin dan serentak itu juga bantal ku lempar ke arahnya, namun dia menepis pantas.

“Kau jangan nak cari pasal dengan aku Mohamad!”

“Hei, nama aku bukan Mohamad!

“Whatever! Sekarang kau turun atau aku hempuk kau dengan pasu bunga ni!”

“Berani? Silakan!”

“Kau jangan cabar aku Mohamad!”

“Siapa cabar siapa?”

“Kau cabar aku!”

“Kau yang cabar aku!”

“Kau yang cabar aku tahu tak!”

“Ah peduli apa! sekarang kau layan aku,” lelaki tidak berbaju itu menghampiri aku diatas katil lalu melondehkan tuala yang dipakai. Serentak itu juga aku palingkan wajah dan cuba melepaskan diri dari rangkulan lelaki seperti Mohamad. Entah, apa nama yang dia sebut tadi! Aku susah nak ingat masa tu.

“Kau jangan buat aku macam ni! Aku tak pernah usik kau, tahu tak! Jangan ganggu hidup aku!” kali ini aku sudah bergelut mahu melepaskan diri dari cengkaman Mohamad.

“Ah peduli apa aku! Aku akan ganggu hidup kau sampai bila-bila!” dalam dia berbicara aku berjaya melepaskan diri lalu berlari meninggalkan kamar yang mula menyesakkan. Dia yang tersedar segera bangkit dari baringannya lalu mengejar aku dari arah belakang.

“Hei kau nak kemana?”

“Kau lari ya! Takpel! Aku boleh kejar, kau nak lari kemana?” dia masih berbicara dan aku sudah tidak keruan terus sahaja menuruni anak-anak tangga lalu menuju ke dapur sambil mencari sesuatu untuk dijadikan senjata dan perisai untuk mempertahankan diri.

“Hehehe.. kau nak lari kemana? Ni rumah aku!” ucapnya dalam sengihan dan aku renung tajam wajah itu seketika sebelum kelam kabut menyelongkar laci mencari pisau pemotong daging! Mahu ku potong dan ku siat-siat daging lelaki tak faham bahasa seperti Mohamad!

“Cari apa? Pisau?” soal dia sambil jungkit kening kanannya tingi-tinggi. Aku hentikan tindakan lalu wajah ku hala tepat ke raut wajah itu. Dia mencemik dan diri itu ku lihat sedang bersandar di muka pintu dapur dalam pakaian yang menutupi 1/3 daripada tubuh itu. Seksi? Huh minta dijauhkan jodoh dengan lelaki seperti ini!

“Mana pisau?” soal ku pada dia.

“Kau ingat aku bodoh! Kalau aku letak dalam laci tu, aku yakin kau akan cincang aku sampai lumat! Sorry ya, aku tak bengap lagi!” dia ketawa mengejek. Ah sakitnya hati aku!

“Kau nak apa ni? Aku tak nak layan kau, aku tak boleh terima kau! Dan aku tak boleh terima perkahwinan ni! Kenapa kau degil hah? Kenapa kau, family aku dan jugak family kau tak boleh terima? Apasal paksa-paksa aku kahwin!” jerit ku seraya mendekati dia namun dia mengundur menjauhi aku. Takutlah tu!


“Sayang, sudahlah tu! Sini kita bermesra!” dia senyum jahat dan aku tahu senyuman itu hanyalah mahu menakutkan aku. Huh!

“Sayang...” dia melangkah mendekati aku sambil senyuman serupa itu dilahirkan ke pinggir bibirnya. Aku ketap gigi, memang mencari nahas lelaki bernama Mohamad ni!

“Jangan dekat! Aku tumbuk kau karang!” peringat ku keras. Dia hanya bersahaja, mencemik sambil meneruskan langkah mendekati aku yang tidak keruan.

“Kenapa? Kau tumbuk, aku tangkap dan bawa kau naik ke atas!”  gumam dia tanpa rasa malu. Aku menjuih seketika, tiada selera aku padanya.

“Jangan dekat!” pekik ku kali ini bergema kuat bila merasakan tubuh itu semakin menghampiri sedangkan aku tiada alat untuk mempertahankan diri dari diapa-apakan oleh lelaki yang langsung tak aku kenali dan tidak faham bahasa seperti Mohamad.

“Jangan dekat!” sekali lagi aku menjerit kuat dan dia menekup bibir ku pantas dan tanpa menunggu lama mata menancap kopi yang masih berasap tipis di atas kaninet dapur! Tanpa berlengah, secawan kopi itu ku gapai dengan sebelah tangan lalu ku simbah ke wajahnya.

“Dammn!!!!” Mohamad menekup wajahnya sambil berlari menuju ke sinki dan serentak itu juga aku lihat kepala paip dipulas kasar dan diri itu sedang mengalirkan air ke wajah yang kepanasan! Lalu kesempatan yang ada ku bawa diri ini melarikan diri pulang semula ke pangkuan ibu bapa ku di kampung. Dan kini kami sekeluarga telah menetap di bumi Selangor meninggalkan bumi subur Kedah Darul Aman.

Semenjak peristiwa itu, aku tidak lagi menemui Mohamad atau nama sebenarnya Adlan  sehinggalah hari ini takdir mempertemukan aku kembali. Dalam keadaan dan ruang lingkup yang cukup berbeza. Adakah ini hukum karma yang harus ku bayar? Terpaksa berkhidmat pada lelaki itu? Ah aku tak percaya karma, aku hanya percaya pada qada dan qadar Tuhan.

“Hai Kay, termenung jauh nampak!” sapa satu suara. Aku toleh wajah ku seketika, lalu senyuman ku ukir mesra.


“Oh, Encik Fikri!” ucap ku pendek.

“Tu, Encik Adlan dah balik! Pergilah jumpa dia!” arah Encik Fikri buat aku kembali berdebar  dengan tiba-tiba.

“Sekarang?” soal ku lagi.

“Ya, sekarang! Mungkin ada benda yang dia nak suruh awak buat!” luah Encik Fikri bersahaja.

“Pergi sekarang ya! Kalau boleh, ambillah hati dia!” gumam Encik Fikri sebelum berlalu pergi. Aku bungkam seketika, bagaimana harus hati itu ku ambil dan ku sejukkan kembali. Andai dia mengingati apa yang pernah aku lakukan padanya dulu. Sudah pasti, masak aku dikerjakannya! Tak mahu aku!

Setelah sepuluh minit berdiri di hadapan pintu bilik kerja Encik Adlan akhirnya aku bertekad untuk melangkah masuk menemuinya. Dengan lafaz Bismillah, tombol pintu ku pulas berhati dan belum sempat ku tolak, daun pintu itu ditarik dari arah dalam.

“Oh pocot!” aku hampir-hampir melompat angkara rasa terkejut yang amat sangat!

“Who are you?” soal suara itu dalam pandangan curiga dan kening itu bagaikan bertaut satu. Aku ketap bibir ku lama, sambil memikirkan nama yang paling sesuai untuk ku perdengarkan di peluput telinga Encik Adlan.

“My name Khalisa, just call me Lisa!” huh dengan spontan aku bahasakan nama ku Lisa. Hilang sudah nama panggilan tomboy ku dahulu! Kay! Ya, Kay gadis tomboy yang jambu!

“Lisa?” ulangnya sepatah!

“Yup, Lisa! Your personal assistance!” ujar ku jujur. Dia renung aku dari kepala hingga ke hujung kaki ini  silih berganti. Apa yang tak kena pada penampilan aku hari ni? Aku rasa aku dah cukup cantik dan menawan! Takkan dia tak nampak kejelitaan aku yang selama ini tersembunyi dengan seragam tomboy ku dulu?

“I rasa macam pernah terdengar nama you! Malangnya I dah lupa dimana dan bila! Since you dah mengaku yang you PA I, apa kata you masuk ke dalam bilik tu, dan susun fail-fail yang bertimbun! Pastikan dokumen yang belum dimasukkan ke dalam fail, disimpan ke dalam fail yang sepatutnya! Now, you boleh buat kerja you!” arah Encik Adlan buat aku terkedu. Tegas dan berkaliber, bengis namun cukup bersahaja! Lain benar dengan Adlan lima tahun lepas. Berapa agaknya umur Adlan sekarang ni ya?

“Apa yang you tunggu lagi? Jangan buang masa, I tak perlu pekerja yang tak bertanggungjawab pada kerjanya! Terutama sekali pekerja yang tak guna dan merugikan!” bicara itu buat aku tersedar kembali. Kata-kata itu cukup pedas dan sinis! Sedikit sebanyak ianya terkesan di hati aku.
“Baiklah Encik Adlan!” ucap ku pendek lantas kaki ku bawa menapak masuk ke dalam kamar kerjanya. Bertimbun fail menerpa pandangan mata dan ketika ini aku menoleh ke arahnya sebentar. Kelibat itu sudah menghilang!

Dalam rasa sedikit berjauh hati itu, aku mulakan tugas seperti yang diarahkan oleh Encik Adlan. Hampir setengah jam berada di dalam kamar kerja lelaki itu, aku mula merasa bosan namun kebosanan ku berlalu pergi bila Encik Adlan kembali semula. Kali ini dia tidak berseorangan, bahkan datang membawa seorang gadis moden yang anggun dan lebih jelita dari aku!

“Siapa agaknya perempuan ni eh?” hati ku bersoal jawab.

17 comments:

  1. pergh..mimpi ngeri yg menjadi realiti hidup buat kay..kenapakah Adlan tidak dapat mengingati wajah bekas isterinya..adakah hatinya sudah tertutup dan melupakan gadis yg pernah mengisi hidupnya 5 tahun yg lalu..Tidak kah Adlan pernah mencari dan mengikuti jejak jejak bekas isterinya dan mengambil tahu kisah hidup Lisa..dan adakah segala perbuatan Lisa yg tidak matang itu memberi bekas kepada hidup jejaka itu kini..
    Siapakah pula gadis yg bertandang kebilik lelaki itu..dan adakah Lisa sudah dapat menerima hakikat yg selama ketiadaan dirinya..bekas suaminya berpeleseran dengan ramai gadis..
    Teruja akak nak tahu..setelah kay/lisa lari balik kekgnya..adakah talak dengan serta merta dilafazkan oleh Adlan..dan bagaimana persepsi Adlan pada isterinya masa kejadian itu..dan bagaimana pula reaksi Adlan kiranya dia mengetahui yg Lisa adalah Kay dan dengan penampilan yg baru ..

    ReplyDelete
  2. alan mmg tahu siapa kay@ lisa.. tapi dlam kisah ni dia pura2 tak kenal coz masih terasa sakit hati dengn perbuatan kay masa tu. ada peristiwa kenapa alan marahkan kay dan cuba buat moral kay jatuh. nantikan entry lain ea kak. :) tq for reading :)

    ReplyDelete
  3. Awl2 dh dagdigdug jntgku bc cite ni.byk lak dugaan yg kay kne hadapi.mmg hukum karma ni...

    ReplyDelete
  4. tah2 talak x jatuh..siap la kay pas ni..misi alan balas dendam..huhu
    -miss A-

    ReplyDelete
  5. huhuh, bes gilos citer ni aulia..ase diorg ni x cerai lagi..talak x jth, kay still isteri adlan..waa, ape adlan nak buat pasni ek..masak la si kay, lari cenggitu je dulu..cepat sambung, x sabar ni nak baca..d best everrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn terlalu mengharap cerita ni best... nnti menyesal pulak hihihi

      Delete
  6. teruja...... mesti best gila si Adlan ni buli si Kay.... oh my... tak sabar nak tahu kisah seterusnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak aida... jgn lupa datang sini lagi :)

      Delete
  7. talak x jtuh lagi ke dorang da sah bcerai nie.misi blas dndam la nie ek sbab adlan mmang knal kn dgn lisa/kay

    ReplyDelete
  8. ah, sudah!!! main balas dendam nie yg buat jantung tak duduk diam and asyik nak tau what happened next... Sambung la lagi cik aulia..

    ReplyDelete
  9. tq kak azrina... semoga singgh lagi ke sini ya :)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.