Thursday, 31 January 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 4



“Siapa yang hantar tu?” mak terus menapak perlahan mendekati aku yang sedang termangu di atas sofa.  Sedulang kopi diletakkan di atas meja kecil lalu aku lihat mak terus sahaja duduk bersebelahan. Senyuman mak kelihatan berseri-seri, aneh pula bila aku tengok mak senyum-senyum begitu.

“Kenapa mak senyum-senyum ni?” soal ku laju-laju.

“Yelah, hari pertama kerja dah ada orang yang hantar balik. Siapa tu Kay?” mak berbisik dekat di telinga aku.


“Adlan!” jawab ku sepatah.

“Adlan?” ulang mak agak tersentak seketika. “Menantu mak tu?” sekali lagi mak menyoal dan aku angguk sekali.

“Tapi bukan menantu mak, bekas menantu mak!” perbetul ku buat mak tersenyum senang.

“Baguslah, kalau Adlan yang hantar. Kalau orang lain yag hantar, memang mak tak benarkan!” aju mak lalu menyentuh tangkai teko lalu menuang air kopi dengan cermat. Hairan aku, sebelum ni beratur-atur aku perkenalkan bakal teman lelaki kepadanya, namun satu pun tidak pernah berkenan di hati mak. Semuanya ditolak mentah-mentah tanpa cuba mengenali mereka semua terlebih dahulu, bahkan pernah sekali itu mak memberi amara keras agar tidak membawa mana-mana lelaki lagi selepas ini. Mak kata, mak tak akan terima mereka! Sudahnya, aku membujang hingga ke hari ni.

“Baik budak tu!” puji mak tiba-tiba. Aku panggung wajah, baru sahaja ingin menyentuh cawan kopi namun kata-kata pujian itu buat niat ku mati dengan tiba-tiba.

“Ai mak, lain macam je! Ada apa-apa yang Kay tak tahu ke?” tebak ku sambil renung wajah mak dengan pandangan penuh tanda tanya, namun mak hanya tersenyum lalu kepala digeleng sekali.

“Minum Kay,” pelawa mak ku sambut dengan anggukan.

“Mak tahu tak, tadi kan Kay  jumpa Adlan dengan ayah dia sekali. Terkejut Kay, tapi tak sempat nak larikan diri!” aku teguk kopi buatan tangan mak sambil memulakan perbualan lewat petang tanpa kehadiran ayah yang sedang bekerja di luar.

“Lepas tu, Kay buat apa? Jangan aniaya anak orang lagi Kay, tak elok!” pesan mak. Aku tahu mak bimbangkan sikap aku yang kuat membuli, tapi itu dulu sebelum aku betul-betul berakal. Kini tidak lagi, aku sudah besar dan semakin dewasa.

“Kay tak buat macam tu lagi mak, mak jangan risau!” ujar ku agar hati mak tidak terlalu risaukan keadaan aku. Aku sudah jauh berubah! bahkan berkali-kali lebih baik dari dahulu!

**

Seminggu berlalu, aku kini memandu Preve ke tempat kerja, kereta pemberian bapa mertua ku! Tak berkenan, tapi bila Dato Fadli bersungguh memujuk dan demi rasa hormat dan menjaga hati itu aku terima juga walau menerima pemberian serupa ini bertentangan dengan prinsip dan pegangan hidup ku yang lebih gemar berdikari.

“Lisa, masuk ke bilik papa sekejap!” arah Dato Fadli ketika hanya aku dan Adlan sahaja yang tinggal di bilik mesyuarat itu.

“Tanpa berlengah, segala fail yang ditinggalkan oleh Adlan ku gapai dan ku susun rapi. Sejurus itu aku atur langkah kaki ini menuju ke bilik kerja tertera perkataan General Manager.

“Ada apa papa panggil Lisa?” soal ku lantas melabuhkan punggung ke kerusi walau tidak dipelawa lantaran sikap dan prihatin Dato Fadli buat aku selesa dan menganggapnya persis ayah kandungku sendiri.

“Malam ni Lisa bawa family datang rumah papa, papa ada buat makan-makan sikit!” gumam Dato Fadli buat aku terpempam seketika.

“Jangan lupa, datang ya!” ucapnya lagi.


“Nanti Lisa tanya pada mak ayah! Kalau mak dan ayah Lisa tak ada apa-apa, Lisa datanglah!” ujar ku menyedapkan hatinya. Niat hati mahu menolak, tetapi nantilah dulu, biar aku pujuk mak dan ayah agar membatalkan sahaja pelawaan bekas keluarga mertua aku tu. Sekurang-kurangnya aku ada alasan yang kukuh untuk menolak.

“Ada apa-apa lagi ke papa?” soal ku sesudah niat hati itu disampaikan.

“Tak ada apa-apa, cuma papa nak tanya sikit.” Aku lihat Dato Fadli tegakkan tubuh yang tadi elok bersandar ke kerusi.

“Tentang apa papa?” wajah itu ku renung dalam.

“Tentang Lisa dengan Alan? Alan layan Lisa macam mana?” soalan Dato Fadli buat aku rasa terharu. Sungguh prihatin, pasti lelaki ini sedar bagaimana dinginnya Adlan melayani aku.

“Lisa, pekerja syarikat ni papa, jadi Alan layan Lisa sama macam Alan layan pekerja-pekerja dia yang lain. Tak ada bezanya papa, semua sama.” ujar ku beri jawapan selamat.

“Takpelah Lisa, nanti berubahlah Alan tu.” Terang Dato Fadli tentang sikap dan kelaianan Adlan.

“Lisa tak pernah harapkan Adlan berubah macam dulu, yang dulu sejarah silam Lisa. Hari ini masa depan kami, dan Lisa minta maaf atas perbuatan Lisa pada Adlan dulu. Tapi Lisa tak boleh paksa Adlan layan Lisa seperti pertama kali Lisa kenal dia sebelum ni.” aku hamburkan rasa. Ya, aku tidak punya hak untuk mengharapkan Adlan melayani aku persis aku insan suci yang tidak pernah melakukan kesalahan terhadapnya. Sejujurnya, kesalahan aku pada dia memang tak terhitung dengan jari jemari!

***


Suasana di meja makan meriah dengan perbualan antara papa dan juga ibu bapa aku, manakaka Adlan dan aku hanya senyap membisu. Bercakap pun bila ada soalan yang dituju kepada aku ataupun pada Adlan. Tentang nenek Adlan, wanita tua ini sama seperti dulu. Cukup peramah dan mudah mesra walau aku pernah mengacau bilaukan keluarga itu suatu ketika dahulu.

“Lepas makan ni, Lisa tidur sini ya! Teman nenek, lama tak jumpa cucu menantu nenek!” aku yang sedang meneguk minuman tersedak kecil lalu huluran tisu oleh Adlan ku sambut laju.

“Maaf,” ucap ku sesudah berasa sedikit lega.

“Kay,” panggil mak bagai mengerti perasaan ku kini.

“Nah, boleh ya izinkan Lisa tidur sini semalam dua.” Gumam nenek Adlan buat aku renung mak dengan pandangan memohon agar aku diselamatkan dari situasi seberat ini. Lengan mak di bawah meja ku sentuh perlahan dan tidak semena-mena mak tepuk belakang tapak tangan ku penuh kelembutan bagai meredakan resah yang bertandang ke hati.

“Din, boleh ya!” ucap wanita tua sambil tebarkan pula pandangannya ke arah ayah.

“Takpelah, Kay tidurlah sini teman nenek semalam dua.” Ujar ayah tenang.

“Tapi... Kay tak bawak baju!” aku hamburkan alasan.

“Baju  Lisa yang dulu ada nenek simpan!” senyuman wanita itu ku renung lama.

“Apa salahnya Lisa tidur sini, bukannya Lisa tak kenal dengan keluarga papa. Ya tak Adlan?” kali ini papa kaitkan pula lelaki yang sedari tadi diam membatu.

“Err.. betul tu!” aku lihat Adlan tergugup sedikit. Kenapa entah!

Tanpa kudrat untuk menolak, aku turutkan sahaja kehendak nenek Adlan. Menghabiskan malam dengan berbual tentang kisah silam aku bersama Adlan dahulu. Tentang mama Adlan, tidak pula tersapa di pandangan mata aku.

Ruang bilik sederhana besar yang ku huni ketika ini ku renung satu persatu, ada almari pakaian berhampiran pintu lungsur dan di dalamnya terdapat beberapa pakaian yang ku tinggalkan dahulu. Ku tinggalkan kerana melarikan diri pulang semula ke pangkuan keluarga! Akulepaskan keluhan lalu mata ini ku kalihkan pula ke arah cermin solek, di situ ada gambar perkahwinan aku bersama Adlan. Raut wajah keanak-anakan jelas terpamer, begitu juga Adlan. Tampak kacak berbanding dahulu!

Sesudah itu, aku tebarkan pula pandangan ini ke sudut katil, di situ anak patung beruang kepunyaan ku dahulu elok terletak sederet dengan bantal-bantal berenda halus menerpa pandangan mata. Katil bertiang empat ku hampiri lalu punggung ku labuhkan seketika.

Aku pernah merasai kesenangan serupa ini sepanjang sebulan aku menjadi isteri kepada Adlan, semua apa yang aku mahukan dengan mudah dituruti melainkan satu perkara iaitu aku tidak mahu diganggu lelaki itu, namun permintaan aku yang satu itu sukar benar tergapai lantaran Adlan tidak segan silu mengganggu hidup aku siang dan malam hingga menjadikan aku sanggup berbuat apa sahaja untuk melepaskan diri.

“Lisa, bangun!” satu suara menyeru namaku.

“Lisa, bangun! Dah subuh,” panggilan itu buat tersedar. Dengan rasa malas mata ku genyeh dan pandangan ku tebarkan ke satu batang tubuh yang sedang tegak berdiri berdekatan birai katil. Antara sedar dan tidak, minda cuba mengingati di mana aku berada dan bagaimana aku boleh terlelap begitu sahaja.

“Encik Adlan,” aku bingkas bangun lalu mengesot menjauhi tubuh itu.

“Dah subuh!” ucapnya pendek.

“Ya, saya dah bangun!” aku selak rambut panjang ini ke belakang bahu sambil ku renung raut wajahnya yang lengkap mengenakan baju melayu dan kain pelikat. Terlupa keadaan ku yang tidak sempurna menutup aurat, pantas selimut ku tarik menutupi kepala! Mujur Adlan tidak terus terusan merenung tubuh ku, dan semakin menjadi kehairanan aku mengapa mudah benar mereka membiarkan Adlan masuk ke kamar ku? Walau aku pernah menjadi milik Adlan, itu tidak bermakna lelaki itu boleh keluar dan masuk ke kamar yang aku huni ketika ini dengan sewenang-wenangnya.

“Siaplah, nenek ajak berjemaah!” aku hanya mengangguk sekali lalu Adlan pula berlalu pergi.

Usai membersihkan diri, aku hampiri bilik solat yang terletak di tingkat bawah rumah tiga tingkat milik Dato Fadli, ternyata mereka semua sedang menanti aku yang terlewat bangun! Ah malunya!

Berteman dingin subuh, solat subuh ku berimamkan Adlan. Syahdu alunan kalam Allah ketika itu membuatkan hati ku dipagut sebak yang bukan sedikit. Dan rasa sebak itu semakin menjadi-jadi apabila Adlan alunkan doa kudusnya kepada Ilahi. Sungguh berbeza Adlan hari ini dengan Adlan lima tahun lepas yang serupa hantu dan jembalang. Lelaki yang tidak pernah sembahyang dan tidak faham bahasa disatukan aku yang tomboy dan agak aksar! Hingga membuatkan rumah tangga yang baru berusia sebulan jagung tunggang langgang jadinya!

Sesudah berjemaah, sekali lagi aku dikejutkan dengan bicara papa. Katanya mahu membawa aku bercuti di Kundasang Sabah lantaran sudah terlalu lama mereka sekeluarga tidak keluar bercuti.

“Lisa ikut nenek ya,” lengan ku disentuh oleh nenek dan senyuman mekar yang menghiasi bibir nenek ku balas dengan senyuman kecil ku.

“Lisa kena bagitahu pada mak dan ayah dulu,” ucap ku menerangkan duduk perkara sebenar. Walau aku sudah dewasa, izin mereka yang membesarkan amat perlu untuk  aku dapatkan.

“Lisa jangan risau, tadi papa dah telefon mak dan ayah Lisa. Mereka izinkan!” aku angguk sekali, mengapa mudah benar mak dan ayah melepaskan aku kepada keluarga Dato Fadli sedangkan mereka tahu aku sudah tiada apa-apa hubungan dengan keluarga ini. Ayah sendiri yang berjanji akan uruskan hal penceraian aku di mahkamah, lantaran ketika itu aku masih berada di Kem Latihan Khidmat Negara.

“Pergi bersiap, kejap lagi kita ke airport! Tiket dan ditempah!” sekali lagi bicara itu buat aku terpana,. Mereka semua sudah merencanakan percutian ini.

“Lisa, kenapa termenung lagi?” pertanyaan nenek ku balas dengan senyuman dan gelengan kecil.

“Pergi bersiap,” suruh nenek ku angguk sekali. Tanpa berlengah aku daki anak-anak tangga menuju ke tingkat paling atas dan tanpa ku duga Adlan yang baru keluar dari biliknya mematika  diri di muka pintu sambil merenung ku tanpa berkelip.

“Encik Adlan,” seru ku sekali.

“Herrmm..” sambut dia acuh tak acuh.

“Saya ikut Dato ke Kundasang!” beritahu ku agar dia tidak terkejut nanti.

“Hermm okey!” lalu aku lihat dia mengatur semula langkahnya dan terus sahaja menuju ke arah tangga dengan beg pakaian bewarna hitam

***

Sepanjang perjalan menuju ke Kundasang, aku lihat Adlan hanya mendiamkan diri dan leka dengan tablets yang dibawa bersama. Sedikit pun tidak berminat untuk turut serta berbual dengan papa dan juga neneknya. Hanya sesekali sahaja, Adlan menyampuk.

“Kita sewa aprtment!” cadang Adlan pada papa.

“Ada kosong lagi ke Adlan?” soal papa pendek.

“Alan dah book semalam sekali dengan flight pakage!” sahutnya bersahaja.

“Marilah,” ajak papa langsung menarik beg pakaian nenek dan juga beg dirinya sendiri. Beg aku pula sudah ditarik oleh Adlan. Aku tak suruh pun! Apatah lagi memaksa, dia yang rela hati jadi aku turutkan sahaja!

Suasana lewat tengahari di Kundasang sungguh mendamaikan persis berada di ladang ternak New Zealand bila melihat kawanan lembu tenusu bertopok hitam putih sedang meragut rumput dipadang ragut yang luas terbentang.

Suasana sejuk di kaki bukit ini buat aku tidak berenggang dengan sweater yang sentiasa menemani tubuh ku kemana-mana sahaja. Sesudah itu aku luangkan masa bersama Adlan menemaninya bersiar-siar di kawasan berdekatan. Entah apa yang Adlan carikan, aku tidak pasti kerana tiada satupun yang aku lihat dibelinya melainkan kudap kudapan.

“Nah,” suanya pada aku. Dalam rasa percaya dan tidak, jari jemari menyambut huluran darinya.

“Makanlah, orang kata ini makanan yang tak patut dilupakan bila kita sampai ke sini!” gumam Adlan lalu melabuhkan punggungnya di kerusi kosong berlatar belakangnya pemandangan gunung Kinabalu. Cantik dan berkabus! Keropok lekor itu ku perhatikan tidak berkelip. Setahu aku keropok lekor makanan tradisi Terengganu bahkan sudah meluas hingga ke semenanjung Malaysia. Tak tahu pulak, kalau keropok lekor sudah popular di Sabah! Dan bila masa pulak, keropok lekor makanan yang harus dirasa bila bercuti di Kundasang. Hessyy ada-ada je Adlan ni.

“Lepas ni teman I ke Kinabalu Park, dekat sana boleh tengok gunung Kinabalu lebih dekat.” Banyak pula Adlan bersuara hari ini. Selalunya dia diam membisukan diri sendiri, tapi hari ini Adlan sendiri yang memulakan bicara. Lain macam!

Walaupun sedikit penat, aku gagahkan juga untuk mengekori Adlan yang tidak sudah-sudah meneroka kawasan sekitar Kinabalu Park, niat untuk melihat gunung Kinabalu tidak tercapai lantaran kabus sudah memenuhi puncak gunung itu lalu Adlan mengubah destinasi lawatannya ke Kelah Sanctuary di Sungai Tagal.

“Sinilah,” dia sedikit terjerit bila aku enggan turun ke dalam sungai yang dipenuhi ikan kelah.

“Tak mahulah Encik Adlan, saya takut!” ujar ku di tebing sungai yang cetek.

“Jomlah!” ajaknya lagi, aku menggeleng lagi.

“Sini,” dia dekati aku lantas menghulurkan tangannya menanti aku menyambut huluran itu. Entah apa yang merasuk aku, tapak tangan ini sudah kemas di dalam genggaman tangannya dan aku pula sudah berada di dalam sungai yang dipenuhi ikan kelah bersama-sama dia. Mula-mula aku berasa agak geli namun lama-kelamaan rasa geli dikelilingi ikan yang agak besar-besar itu bertukar menjadi satu keseronokan. Dan Adlan pula tidak lepas-lepas pamerkan senyumannya sama seperti lima tahun lepas. Tidak semena-mena aku tersedar akan kedudukan aku dan dia ketika ini! Aku bukan isterinya dan tiada keperluan untuk aku terus  berpegang tangan sebegini.

“Encik Adlan, dah lewat ni. Bila kita nak balik?” soal ku bila melihat suasana agak suram walau masih ramai yang berada di kawasan sungai ini. Niat ku hanya satu, menyedarkan dia tentang pegangan yang masih kemas membelit jari jemari ku.

“Pukul berapa sekarang?” soal dia pedek. Pegangan tangan terus sahaja terlerai bila dia bersuara. Dan riak bersahaja kembali melakari raut wajahnya.

“5.30 petang,” ucap ku pendek.

“Jomlah!” dia melangkah mendahului aku jauh ke hadapan.

***

Angkara rasa  mengantuk yang belum kunjung tiba, aku gapai tablets yang diletakkan di atas meja kecil. Nenek dan papa sudah tertidur di bilik masing-masing manakala Adlan sedari tadi tidak kelihatan.

“Eh, kenapa tak boleh nak Onn ni?” gumam ku bila tabs yang ku sentuh tidak berfungsi seperti biasa. Aku kalihkan pandangan ke arah wayar pengecas, mungkinkah aku terlupa mengecas beterinya hingga tabs ini tidak boleh berfungsi seperti biasa.

“Tak mahu pun!” bicara ku pada diri sendiri dan tanpa aku sedar,  seseorang mula duduk di birai katil betul-betul dibelakang tubuh aku.

“Kenapa ni?” suara itu gemersik dan aku palingkan wajah seketika, Adlan sedang tersenyum pada ku.

“Err.. Tabs ni tak boleh onn!” ujar ku gugup bila merasakan kedudukan kami ketika ini cukup rapat hingga aku boleh merasai hadapan tubuhnya yang melekap ke belakang tubuh ku.

“Sini, saya tengok!” aku tersentak bila Adlan bahasakan dirinya dengan panggilan saya dan getar di dalam dada semakin menjadi-jadi bila lelaki itu hulurkan kedua tangannya menyentuh tabs yang sememangnya sedang ku pegang erat. Jika papa dan nenek melihat, pasti mereka menyangka aku sedang dipeluk oleh Adlan. Oh tidak, aku tak mahu mereka bersalah sangka.

“Encik Adlan,” seru ku sekali.

“Aha,” hanya itu yang dibalasnya. Dan wajah itu terasa semakin hampir bila aku rasa hembusan halus nafasnya mengenai sisi kanan pipi ku.

“Encik Adlan,” panggil ku cuba menyedarkan dirinya. Namun dia hanya senyum dan tidak bersuara. Tabs yang dipegang telah diletakkan di atas meja lalu kedua tangan ku disentuh dan diriku dipeluk dari arah belakang.

“Encik Adlan, jangan macam ni!” pinta ku merayu walau aku bagaikan terbuai dengan perbuatan darinya.

“Shhh..” pelukan itu semakin erat hingga aku juga tidak terdaya untuk menolak.

“Encik Adlan,” sekali lagi aku bersuara dalam nada tenggelam timbul, bukan untuk menyedarkan Adlan tetapi lebih kepada menyedarkan diri sendiri yang ternyata hampir hanyut, namun Adlan lebih bijak mengawal segalanya. Tubuh ku ditolak lembut ke katil dan aku dicumbuinya penuh rasa yang tidak mampu aku luahkan hingga membuatkan aku dan dia hilang dalam keadaan yang tidak terkawal.

**

“Lisa, bangun dah subuh!” suara Adlan kembali mengganggu lena ku. Dalam rasa malas, aku buka kelopak mata yang terasa berat. Tidak semena-mena peristiwa malam tadi kembali terlayar di ruang minda.

“Astaghfirullahhalzim, apa yang aku dah buat ni!” aku bingkas bangkit dan berganjak ke hujung katil manakala wajah ku raup berkali-kali bila melihat keadaan diri yang tidak sempurna berpakaian.

“Encik Adlan!” tangis ku perlahan. Dia yang berada di sisi katil memanggung wajahnya sambil tatap wajah ku tanpa riak.

“Apa yang Encik dah buat?” soal ku dalam tangis yang sudah bertukar esakan.

“Sudah, pergi mandi. Nenek dah tunggu, berjemaah!” lantas dia bangkit lalu menghilangkan diri keluar dari kamar ku. Aku ketap bibir, penghinaan apakah ini. Ya Allah aku sudah terlanjur dan bagaimana andai ketelanjuran ini membenihkan satu nyawa di dalam rahim ku! Ya Allah, ampunkan aku!” sungguh aku menyesal kerana tewas dengan hasutan syaitan! Sungguh aku terkilan kerana tidak mempertahankan maruah diri ku sendiri.

36 comments:

  1. mesti dia org belum cerai lg betul x cik penulis.

    ReplyDelete
  2. Salam, jadi Lisa dan Adlan belum bercerai lagi kan? Lisa sahaja menyangka mereka telah bercerai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! dlm hal ni lisa sorg je yg xtahu x pernah bercerai. tu sbb mak dia x setuju bila dia bawa bakal bf sebelum official seorang lelaki tu jd bf. coz nak pastikan lisa x berhubung dgn lelaki lain.

      Delete
  3. rasanya adlan dgn lisa ni x bercerai lg.
    mungkin family lisa x gitau perkara sbnr kat lisa yg dia still jdi wife adlan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik penulis jangan lah biarkan kami berteka-teki adlan tu buat muka seolah tiada perasan jer kenapa yer ....sajer nak menguji lisa ke?

      --za--

      Delete
    2. mula2 adlan xde perasaan.. tapi akan ada perasaan bila dpt tahu lisa prgnant... just x nak ngaku n buat2 sombong dgn wife sndiri.

      Delete
  4. salam dik..adakah adlan dan lisa tidak pernah bercerai sedari dulu..hanya mereka berpisah katil sahaja kerana diwaktu itu lisa masih lagi budak sekolah/budak hingusan yg tidak tahu apa apa.. dan adlan memberi masa pada lisa untuk menjadi dewasa..dan menunggunya selama 5 tahun..? Siapakah yg akan memberitau kepada lisa duduk perkara yg sebenarnya..yg adlan mmg tidak pernah melafazkan kata cerai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak.. diorg berpisah secara baik tu mean berpisah bukan bercerai... cuma lisa yg xberapa bijak waktu tu kena tipu dgn mak n ayah dia... nnati akan ada entry lisa pregnant n layanan adlan stil dingin2 beku :)

      Delete
    2. E3 semakin menarik..apakah kejadian yg berlaku diantara mereka akan dikhabarkan kepada kedua ibubapa lisa dan juga pada nenek dan papa adlan atau dia hanya menyimpannya sendiri..teruja dan rasa suspens pulak bila iman beritau yg dia pregnantkan anak adlan dan adakah bila mengetahui dirinya begitu..dia akan menyuruh adlan bertanggung jawab sepenuhnya atau dia memandai sendiri melarikan diri kerana takut dimarahi oleh keluarganya..

      Delete
    3. rahsia kak... tunggu kan entry seterusnya tq for awesome komen :)

      Delete
  5. diorg xcerai kot.. rase nye adlan sengaja nk rahsiakn status mereka.. coz nk bg pengajaran kt lisa.. hehe.. memandai jew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. kedua mak pak diaorg pn tao yg diaorg x cerai dan macam sama-sama nk bg diaorg terus jadi suami isteri

      Delete
    2. yup diorg semua nak satukan semula cuma lisa je yg xtahu. :)

      Delete
  6. ya....lisa dgn adlan blm bercerai(b/p penulis)hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.... siapakah ini??????? kikikiki betul la tu :)

      Delete
  7. bestnye nak lagi...nak lagi love dengan you punya karya....kak sari

    ReplyDelete
  8. dah agak dah.... smbung la lagi cikm writer... PLEASE!!! nie nak cuti panjang, kat rumah internet takde cuma kat office baru boleh tgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak azrinaz, xde update kot utk IBM.. nak siapka SHD :)

      Delete
  9. Haiya.pandai je si alan ni.pas 2 msti biat x tahu..sian lisa..tertnya2 sorg2.. Alan syg bini dia ni.tah2 rindu gila..cuma sbb sakit hati
    Buat2 x tau.
    -miss A-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betu la tu miss A.. mmg alan ni memandai2 kesian kay.

      Delete
  10. waaa, so suwittt..lum cerai lagi ek..hahaha, lisa dah jadi is3 adlan dlm erti kata yg sbnar...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum cerai g... lisa je perasan sorg2 ;)

      Delete
  11. Cik writer bila next n3 hopefully secepat mungkin huhu

    ReplyDelete
  12. nk lg cpt tau smbung

    ReplyDelete
  13. AI... mama Alan ada lagi ke... kenapa tak tinggal skali dengan papa, nenek n Alan... mama Alan ni ke sebab Kay nak berpisah ngan Alan dulu... kalau brpisah sebab secawan kopi.. memang x patut aih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama dia ada lagi .... ha itu rahsia :)

      Delete
  14. Waaaa best2 cpt2 sambung yer writer...harap lisa dpt syg kat suami dia...x mo ganas2 dh lps ni...
    Roza mamat

    ReplyDelete
  15. klakar ye2 la igt dia da bcerai last2 mcam nie plak..ksian plak lisa xtw dorang still suami isteri ag

    ReplyDelete
  16. Best citer ni...ok cepat2 update n3 baru ye....

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.