Sunday, 3 February 2013

IKATAN BERSIMPUL MATI 6





“Nek, umur Encik Adlan tu berapa eh?” aku melontar pertanyaan ini kepada nenek yang sedang menikmati aroma teh sabah yang memukau deria rasa.

“Lisa tak ingat?” soalan nenek buat aku telan liur ku sebentar. Bukan aku tak ingat, tapi aku memang tak pernah ambil tahu pun!

“Tak berapa nak ingatlah nek,” sahut ku dalam senyuman.


“Lisa kahwin umur 18, Alan pula baru je masuk 22 tahun masa tu.” Ucap nenek buat aku angguk kepala ku sekali. Patutlan perangai Encik Adlan serupa hantu jembalang, dia pun sama-sama mentah macam aku. Tak tahu apa erti kahwin yang sebenarnya! Jika tidak, masakan dia boleh kejutkan aku dari tidur dengan menggunakan pistol air. Memang biadab tahap tak ingat!

“Oh,” angguk ku sekali.

“Nek,” seru ku pada nenek. Dan nenek kembali menancap raut wajah ku.

“Lisa nak tanya apa-apa ke?” senyum nenek bagai mengerti dengan apa yang mahu aku perkatakan saat ini.

“Herm.. a’ha nek,” angguk ku sekali lagi.

“Cakaplah,” suruh nenek senang hati.

“Kenapa Lisa dengan Encik Adlan kahwin? Siapa yang suruh?” soal ku perlahan bimbang andai Encik Adlan yang berada di balkoni terdengar perbualan kami.

“Dia dah gatal!” gumam nenek buat aku ketawa kecil.

“Ala nek, cakaplah betul-betul.... kenapa kami kahwin muda masa tu?”soal ku benar-benar ingin tahu. Jawapan yang tidak pernah aku perolehi dari ibu bapa aku. Dan sudah tentulah dengan adanya nenek, aku boleh mengetahuinya serba sedikit.

“Alan, dia kata dia bosan! Nak kahwin, tapi tak ada calon sesuai!” gumam nenek tersenyum hingga menampakkan barisan gigi palsunya yang kemas bersusun.

“Tak ada calon?” soal ku pendek namun bernada aneh. Tidak ada calon sesuai? Habis yang dia pilih aku kenapa? Dah tahu aku ni tomboy! Pakaian, gaya jalan dan cara berbual pun lebih kurang dia je! Yang dia pilih aku kenapa?  Sudahnya, ambik kau! Merana hidup siang malam!

“Entahlah, nenek pun tak tahu! Setahu neneklah,  dekat kampus bukan main jadi rebutan! Keluar dengan yang itu, skandal dengan yang sini. Rimas nenek! Alih-alih, nak kahwin... dia kata tak ada calon!” gerutu nenek tentang sikap Encik Adlan yang tak pernah aku tahu. Rupanya dia pernah masuk ke universiti, aku ingatkan dia ni spesis ke laut. Tahu merapu je, rupanya bijak jugak Encik Adlan ni!

“Habis tu mana Encik Adlan kenal Lisa?” soal ku hairan. Yelah Encik Adlan ni orang Kuala Lumpur, aku pulak orang Kedah. Merbok Kedah! Celah mana pulak dia boleh nampak aku lepas tu menggatal masuk meminang. Kenal pun tidak, apa dia ingat ni zaman musang berjanggut drama P.Ramle dulu-dulu? Ni zaman moden tahu, mana ada istilah serbu menyerbu! Yang hairannya, boleh pulak ayah dengan mak kahwinkan aku. Kesian aku, budak-budak lagi dah jadi isteri orang sebulan lepas tu pegang status janda berhias. Ceit!

“Lisa tak tahu ke yang Alan pernah belajar dekat sana? Dekat kampung Lisa tu?” soal nenek buat aku termangu seketika. Ingatkan lulusan luar negara, rupa-rupanya sama macam aku juga, made in Malaysia.

“Lisa tak kenal dia,” terangku hakikat sebenar.

“Tapi dia kenal Lisa, katanya selalu tengok Lisa berpeleseran dekat Sungai Petani!” ujar nenek tersenyum penuh makna. Aduhai, malunya aku! Boleh pulak Encik Adlan ceritakan keburukan aku pada keluarga dia!  Berpeleseran, huh serupa macam aku gadis liar. Bukan macam tulah, aku ni orang baik-baik, cuma aku aku suka berkawan dengan budak-budak lelaki. Mereka sporting dan tak mudah sentap! Tapi itu dulu, zaman aku tak matang. Sekarang aku dah jauh berbeza, terserempak mereka mesti aku cuba mengelak sedaya boleh! Malu mengimbas zaman remaja sendiri.


“Mungkin masa tu Lisa keluar jalan-jalan kut!” dalih ku menutup sifat kuat berpeleseran. Iyalah waktu tu baru habis SPM mestilah bersuka ria, dari Sungai Petani bawa ke Alor Setar dan kalau rajin singgah ke Pantai Merdeka. Tak pun bermandi manda di Lubuk Tupah!

“Waktu tu lah jodoh Lisa sampai! Kalau Lisa tak keluar, tak adalah Alan nampak Lisa, lepas tu merengek pada nenek suruh pujuk papa masuk meminang Lisa.” Ujar nenek buat aku terkejut. Suka hati Encik Adlan je, tak kenal tapi ada hati nak masuk meminang. Hessy pelik-peliklah dia ni!

“Tapi nenek dengan papa datang meminang Lisa kenapa? Lisa kan tomboy masa tu?” soal ku hairan. Ada juga ibu bapa yang bersetuju mengahwinkan anak lelakinya dengan spesis tomboy seperti aku? Bukan ke, ciri-ciri keperempuanan itu ciri utama untuk dijadikan isteri?

“Itu dulu, sekarang cucu nenek ni dah jadi ayu! Cantik, mestilah Alan suka!” puji nenek buat aku terkesima. Apa kaitan Alan dengan aku pulak? Hubungan kami dah lama tamat! Dah habis! Tak perlu rasanya, nenek mengaitkan aku dengan dia lagi. Tambah-tambah Encik Adlan tak sukakan aku! Tengok, dia sendiri yang pura-pura tak kenal siapa aku. Itu bukan ke tanda yang dia memang tak mahukan aku?

“Tapi Encik Adlan tak suka Lisa! Lagipun kami tak ada apa-apalah nek! Seperti bos dan pekerja, tak lebih dan tak kurang!” luah ku perlahan.

“Apa salahnya lebih dari tu? Nenek dengan papa memang harapkan Lisa dan Alan berbaik macam dulu!” ujar nenek berterus terang. Nah ambil kau Lisa, mereka masih mengharapkan!

“Tapi nek, Encik Adlan dah ada isteri!” luah ku agar mereka mengerti aku dan Encik Adlan tak mungkin bersatu apatah lagi merosakkan hubungan rumah tangga orang lain. Aku juga wanita, tahu bagaimana sakitnya andai hubungan yang sedia terbina berantakan kerana orang ketiga. Seboleh-bolehnya, aku tak mahu dan sedaya upaya cuba untuk mengelak!

“Kesian pada isteri dia nek! Lisa tak nak ganggu rumah tangga orang!” tokok ku tegas dengan penderian sendiri. Namun nenek hanya tersenyum dan tersenyum, belakang tapak tangan ku disentuh lalu ditepuk perlahan.

“Lisalah isteri dia!” gumam nenek buat aku hampir-hampir melompat! Terkejut aku dibuatnya!

“Nek, janganlah bergurau dengan hal macam ni!” luah ku agar nenek tidak bergurau hingga ke tahap ini.

“Tak, nenek tak bergurau! Tak ada sebab nenek bergurau dengan hal seperti ini Lisa!” nenek sentuh sedikit kepala ku yang dilindungi tudung, lalu dielus lembut.

“Nek,” seru ku perlahan. Sebenarnya aku tak suka dengar semua ni!

“Lisa ni cucu menantu nenek! Lisa tak sayang nenek?” soalan itu buat aku serba salah.

“Lisa memang sayangkan nenek! Tapi Lisa dah bercerai nek! Ayah cakap Lisa dah putus hubungan dengan EncikAdlan!” beritahu ku mungkin nenek tidak jelas dengan apa yang terjadi selama ni. Sedangkan mereka semua sudah bersepakat mengakhiri hubungan aku dengan Encik Adlan lantaran aku sendiri yang tidak mahukan lelaki itu lagi. Dan ketika keputusan dibuat, aku sudah berada di bumi Kelantan mengikuti program Khidmat Negara. Semuanya ku serahkan kepada orang tua untuk meleraikan segala kekusutan ini!

“Lisa bukan isteri Encik Adlan lagi,” tutur ku perlahan. Agar nenek tidak berkecil hati dengan pengakuan ikhlas ini.

“Lisa, dengar sini.” Nenek hela nafasnya sekali. Sejurus itu aku lihat bibir nenek bergerak-gerak untuk menyambung bicaranya kembali.

“Nenek, papa, mak dan ayah Lisa dah setuju pisahkan Lisa dengan Alan sementara waktu! Itupun bila Lisa dan Alan memang tak boleh nak berbaik! Dan selepas semuanya dipersetujui, Alan sambung belajar ke luar! Frust katanya!” ujar nenek tersenyum senang.

Frust?” ulang ku sekali. Mesti Encik Adlan frust sebab tak dapat membuli aku lagi.  Nenek tersenyum lagi sebelum menyambung bicaranya semula.

“Lisa dan Alan berpisah cuma sementara, sekarang dah tiba masanya Lisa kembali pada suami sendiri. Dia perlukan isteri,” gumam nenek buat aku telan liur, ngerinya!

“Tapi ayah Lisa kata Lisa dah tak ada apa-apa hubungan dengan Encik Adlan!” peringat ku lagi. Sejujurnya aku tidak dapat menerima berita seumpama ini. Hampir lima tahun aku hidup dengan menyangka aku ini sudah diceraikan. Kenapa dengan tiba-tiba perkhabaran ini yang aku dengar? Ah buntunya!

“Jangan salahkan ayah Lisa, Alan sendiri yang tak mahu lepaskan Lisa! Ingat tu, dia kata Lisa tetap milik dia walaupun Lisa tak suka!” aju nenek buat aku tersentak. Sudah, ni pasti dia mahu membalas dendam kesumat dia pada aku!

“Tapi ayah dah janji nak selesaikan semua ni!” gumam ku perlahan. Mungkinkah ayah membohongi aku? Aku tak boleh terima kalau ayah dan mak menyembunyikan hal ini!  Aku ada hak untuk tahu! Patutlah selama ini mereka cukup berang andai mendapat tahu aku berkawan dengan mana-mana lelaki. Rupa-rupanya, ini yang menjadi halangan. Encik Adlan memang sengaja mendera aku!

“Jangan salahkan ayah mahupun mak Lisa! Alan tak mahu lepaskan Lisa, kalau tebus talak sekalipun dia minta Lisa bayar  10 juta!” tutur nenek tersenyum sambil menggeleng kepala. Namun tidak pada aku, patutlah ayah kata ayah nak selesaikan, rupa-rupanya memang tak boleh selesai! Teruklah Encik Adlan ni! 10 juta kut? Gila banyak! Mana aku nak cekau duit sebanyak tu? Tak wajar andai aku persalahkan ayah, rupa-rupanya dalam hal ni ayah dan mak tak bersalah! Mereka juga tersepit! Kut-kut pening kepala fikirkan masalah aku!

“Nenek dah beritahu hal sebenar, jangan Lisa beritahu pada Alan yang Lisa dah tahu sudahlah iya! Sebelum ni dia buat-buat tak kenal Lisa!” ucap nenek buat aku tersenyum. Ingatkan Encik Adlan hilang ingatan, rupa-rupanya dia pura-pura nyanyuk! Padanlah!

“Baiklah nek,” aku angguk kepala sekali dan nada suara ini kedengaran perlahan bagaikan tidak terkeluar.

“Lisa layanlah Alan elok-elok, jangan dera dia lagi ya!” tutur nenek tersenyum hingga menampakkan barisan gigi itu. Aku pula ketap bibir, malunya bila nenek cakap begitu. Nampak benar, aku kasar melayani Encik Adlan suatu ketika dulu. Tak semena-mena aku rasa raut wajah ku membahang dengan sendirinya.

“Tapi Lisa tak suka Encik Adlan, dia tu kan....” aku tercari-cari sesuatu yang boleh dijadikan persamaan kepada sikapnya itu.

“.... hermm perangai dia tu nek! Lisa tak boleh nak tahan!” gumam ku bersungguh. Memang aku hilang sabar dan suhu serta darjah kepanasan  hati aku meningkat berganda-ganda bila dia mula melancarkan usikan demi usikan. Bermula di ruang tamu, ke dapur sampaikan ke bilik tidur. Kemana aku pergi, di sudut mana aku berada pasti dia tidak melepaskan peluang untuk menyakat! Mana aku nak tahan dengan perangai dia yang entah apa-apa itu!

“Lisa... Lisa.... Alan memang macam tu! Dia kuat bergurau!” ucap nenek menerangkan sikap sebenar Encik Adlan. Aku hanya mengangguk sahaja bila nenek tuturkan tentang perihal Encik Adlan. Dah nama pun cucu nenek, mestilah nenek bela dia!

***
(LIMA TAHUN LALU)

“Kay, bangunlah! Dah pukul berapa ni?” suara itu buat aku sakit hati lagi. Lantas,  bantal ku gapai lalu ku tekup ke telinga.

“Kay, bangunlah! Aku lapar!” gumam dia lagi.

“Bangunlah weh! Lapar tahu tak! Bak sini kunci kereta aku!” dia sua tangan sambil sebelah tangannya lagi memegang pistol air.

“Bangunlah! Kalau tak aku tembak kau dengan pistol air ni!” ugut dia tidak  aku hiraukan. Sudahlah malam tadi dia buat aku tak boleh tidur, siang-siang macam ni pun nak kacau aku lagi!

“Kau main-main dengan aku ek! Nah ambil ni!”

“Eh apa ni, basahlah!” marah ku seraya cuba menepis pancutan air yang mengenai wajah. Serentak itu juga aku bangkit dan cuba bergerak meninggalkan katil yang ku huni seketika tadi.

“Bak sini kunci kereta aku!”

“Jangan harap!” ejek ku buat dia panas hati.

“Bagilah, aku lapar tahu tak! Dah pukul lima petang, satu benda pun tak masuk dalam perut aku! Bak sini,” dia sua tangan dan aku pula buat tak nampak! Masih mempamerkan riak tidak mengerti!

“Oh kau nak main-main dengan aku ya,” dia kendurkan suara lantas menapak perlahan menuju ke bilik air dan aku pula mengambil kesempatan ini untuk keluar dari kamar yang semakin menyesakkan.

Dengan langkah yang agak laju aku berlari menuju ke luar bilik seterusnya mendekati anak-anak tangga untuk turun ke tingkat bawah menyembunyikan diri di bilik stor di belakang rumah. Dalam aku terkocoh-kocoh melangkah anak-anak tangga, sebaldi air disiram dari atas lantas membuatkan aku basah lencun. Mujur tak jatuh tergolek! Aku ketap bibir, terasa seluruh tubuh yang dingin ini membahang dengan tiba-tiba! Memang dia dah lama hidup di muka bumi ni agaknya. Tanpa berlengah, aku dongakkan wajah mencari dia yang menganiaya aku seketika tadi.

“What? Tak puas hati?” dia bercekak pinggang sambil tersengih –sengih.

“Memang aku tak puas hati!” aju ku keras.

“Bagi balik kunci kereta aku!” dia bersuara. Heh, dia ingat dengan dia simbah air pada aku, aku akan menurut kata dia selepas tu? Adlan Zakuan, kau silap besar!

“Kunci kereta!” dia bersuara lagi sambil menapak mendekati tangga, aku pula hanya melihat. Ada sesuatu yang hendak aku lakukan.

“Kunci kereta?” soal ku dan dia angguk sekali.


“Ni dia, ambillah!” ucap ku lembut sopan santun dan dia pula tersenyum manis.

“Sinilah,” panggil aku gemersik. Kunci kereta ku kepit diantara hujung jari telunjuk dengan hujung ibu jari.

“Betul ni?” dia tampak was-was.  Manakala aku mengangguk sekali lantas menguntum senyuman mekar yang manis bergula-gula.

Seriously?” soal dia menapak perlahan. Dan aku yang berada di anak tangga terakhir mengangguk sekali lagi sambil mengedipkan mata ku pada dia yang berada di anak tangga teratas.

“Ambillah,” sua ku dan dia terus sahaja melangkah untuk mendapatkan kunci keretanya lalu aku yang yakin dia terpesona dan terpedaya dengan lakonan ku tadi segera melangkah pantas meninggalkan tangga berbentuk U menghubungkan bahagian bawah dengan bahagian atas rumah dua tingkat ini.

“Kay, waits!” panggil dia bila melihat aku meninggalkan dia dengan sebuah senyuman mengejek dan aku juga tidak mahu beralah terus sahaja melajukan langkah hingga tidak sedar tiba-tiba gegendang telinga ini menangkap bunyi seperti nangka busuk jatuh ke tanah! Aku yang baru sahaja sampai ke pintu dapur menghentikan hayunan langkah lalu berpaling lambat-lambat ke arah belakang. Adlan sudah tergolek ke lantai sambil mengaduh sakit.

“Kay, tolong! Kaki aku patah!” gumam dia menahan sakit. Aku kakukan diri di tepi dinding, takut kalau apa yang diucapkan tadi benar-benar terjadi.

“Kay, tolong aku Kay! Sakit macam nak mati!” ujar dia buat aku semakin tidak keruan. Berkerut-kerut dahi Adlan ku lihat ketika ini! Sakit sangatkah! Atau dia juga berlakon sepertimana aku berlakon tadi?

“Kau tengok je, kalau aku mati siaplah kau!” dalam hendak mati Adlan sempat mengugut aku.

“Weh, aku sakit ni! Kau telefon ambulance!” arah dia sambil berusaha untuk bangkit.
“Tolong aku Kay, call parents aku!” pinta dia  namun aku menggeleng sekali. Aku tak mahu, aku takut kalau-kalau mereka laporkan pada polis bahawasanya aku sudah mendera anak mereka.

“Tak nak!” gumam ku pendek.

“Kay, tolonglah aku!” rayu Adlan buat aku simpati.

“Kaki aku sakit sangat! Aku tak boleh bergerak,” lirih suara Adlan buat aku semakin gusar. Tidak semena-mena aku lihat ada darah di dahinya.

“Kay,” seru Adlan lalu dia jatuh semula ke lantai tidak sedarkan diri. Dalam rasa takut dan bimbang, aku gagahi langkah kaki mendekati dia. Kepala itu ku pangku di atas riba. Berharap Adlan tidak mati, kalau dia mati... aku pun boleh mati sama!

“Adlan, janganlah mati lagi!” rayu ku dalam esak. Namun tubuh itu kaku tidak bergerak.

“Tolonglah jangan mati lagi!” gumam ku sebak. Aku bukan berniat mencederkan dia apatah lagi mahu membunuh! Aku bukan pembunuh, aku tak mahu masuk penjara dan akhiri hidup aku sebegitu rupa.

“Adlan janganlah mati! Aku mintak maaf!” rayu ku berselang seli esak tangis dan tidak semena-mena aku rasa tubuh ku dipeluk erat.

“Ha, aku dah dapat!” ucap Adlan kuat dan dia kini sedang mencuba untuk peluk tubuh aku lantas memaut erat.

“Hei, kau tipu aku!” jerit ku berusaha untuk melepaskan diri.

“Bak sini kunci kereta aku! kalau tak,” dia ugut sambil tersenyum jahat!

“Lepaskan aku Adlan! Lepaskan aku!” pekik ku kuat di telinga dia dan serentak itu juga dia lepaskan pelukan lalu menekup telinganya yang berdesing mendengar frekuensi jeritan ku tadi.

“Ah, jangan harap!” Aku yang baru cuba merangkak menjauhi dia namun sebelah kaki ku sempat direntap.

“Lepaslah!” aku bergelut untuk melepaskan diri namun dia seperti tadi tersenyum lalu mempamerkan sengihan jahatnya.

“Kunci kereta aku!” dia masih meminta.

“Atas bumbung! Aku dah baling dekat atas bumbung!” terangku seraya mengunjuk ke arah bumbung gazebo. Segugus kunci sudah berada di sana.

“Aku nak ambil macam mana hah? Aku nak ambil macam mana?” dia ulang ayat itu dua kali.

“Kau buang, aku ambik! Kau ambik sekarang.” Dia rentap tangan ku lalu memaksa aku bangun dan mengikut langkahnya menuju ke luar rumah!

“Nak ambil macam mana?” aku soal dia semula.

“Habis, kau baling atas bumbung tu... kau ingat aku boleh ambil?” dia soal aku semula.

“Manalah aku tahu!” aku jungkit bahu sekali. Malas layan dia!

“Sekarang kau ambil!” dia suruh aku panjat gazebo di tepi kolam renang itu.

“Aku ni perempuan tahu tak!” peringat ku pada dia.

“Perempuan? Macam ni perempuan? Buktikan yang kau perempuan!” dia cabar aku! Melampau! Sengihan mengejek dia memang buat aku panas hati.

“Perempuan ke? Gaya macam lelaki,” dia perli aku lagi dan aku ketap bibir. Memang sengaja menaikkan darah aku gamaknya!

“Ambil cepat!” dia kembali kepada motif utama aku dibawa ke sini.

“Nak ambil macam mana? Mana tangganya!”

“Rumah ni tak perlu tangga!”

“Aku bukan tanya rumah ni perlu tangga atau tidak! Aku tanya mana tangganya, aku nak panjat macam mana?” soal ku geram.

“Ikut suka kaulah!” dia bersahaja.

“Aku tanya, mana tangganya! Kalau tak ada, tak payah ambil!” sejurus itu aku pijak kaki Adlan sekuat hati.

“Sakitlah perempuan!” jerit Adlan lalu sentuh kakinya yang sakit.

“Tak payah ambil!” sergah ku lalu menapak menjauhi namun memang dia lebih pantas. Lengan ku sempat pula ditarik.

“Jangan nak lepas tangan! Panjat belakang aku!” dia membongkokkan tubuh dan aku tersenyum senang. Terima kasih kerana sudi mengorbankan diri sendiri. Tanpa berlengah, aku pijak belakang Aldan! Bestlah pulak!

“Berat macam gajah! Kau makan apa hah?” Adlan tak habis-habis membebel. Ikutkan hati aku ni, jangan haraplah aku baik hati dapatkan semula kunci kereta dia ni. Tak mahu aku!

“Dah ke belum?” soal dia lagi.

“Sudah,” sahut ku berhati-hati untuk turun.

“Jaga-jaga, aku nak turun!” pesan ku dan dia hanya diam.

“Nah,” segugus kunci milik Adlan ku serahkan pada dia semula. Tubuh ku tegakkan semula dan dia menyambut tenang.

“Sebagai tanda terima kasih aku, aku harap kau ingat sampai bila-bila!” dia bersuara dalam senyuman yang sukar aku mengertikan. Tidak semena-mena tubuh ku terasa melayang ke udara dan terasa bagai aku dicampak dan dilepaskan ke lantai. Dalam keadaan tidak terduga itu aku hanya mampu melindungi kepala dari tercedera.

Gedebummm! Percikan air keluar dari kolam manakala kolam yang beriak tenang menghasilkan gelombang yang besar. Sedarlah aku, dia mengucap tanda terima kasihnya dengan melempar aku ke dalam kolam renang hingga basah lencun aku dibuatnya! Adlan, kau memang tak boleh hidup aman! Janji ku pada diri sendiri.

“Ingat sampai mati!” ucap dia lantas berlalu meninggalkan aku di tengah-tengah kolam renang.


“Lisa,”  kenapa termenung? Mari masuk, dah lewat ni.” panggil papa buat aku menghela nafas panjang. Segala peristiwa lama berlalu begitu sahaja. Adlan yang berada di sofa hanya sekadar memerhati. Dia juga senyap aku juga diam, kami tidak lagi berbual-bual selepas perbincangan petang tadi tamat. Namun pandangan matanya, buat aku tertanya-tanya apa sebenarnya yang bermain di minda lelaki itu. Aku tak dapat meneka jauh sekali mampu menduga fikirannya.



p/s: maaf atas kekurangan. enjoy reading ya :)

31 comments:

  1. Orait cik Aulia Iman.. Hehe thanks ..niy dah baca..
    Setia menunggu n3 seteyusnya .. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much :) jemput singgah lagi.

      Delete
    2. InsyaALLAH..
      :-) tak perpaling n berhenti ... Muehehe .. " juni w"

      Delete
  2. Nice story.. SUka sesangattt..
    Tunggu..tunggu n tunggu next n3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lieza rais

      thank you so much... jgn serik ke sini lagi :)

      Delete
  3. Alamak x puas lah..kak sari

    ReplyDelete
  4. tq....ska sesangat....

    ReplyDelete
  5. ALMOST welcome jemput datang lagi.

    ReplyDelete
  6. TQ... untuk entry terbaru
    bila cerita best, rasa teramatlah pendek..
    Aulia..sambung lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maya

      hihihi... tq for reading ek. jgn lupa datang sini lagi :)

      Delete
  7. salam dik..E3 yg ditunggu ...Memperlihatkan kisah 5 tahun yg lalu..mereka merupakan remaja yg happy go lucky..sakat menyakat..mmg perkara biasa..masing masing cuba untuk out do each other..kenangan itulah yg merapatkan mereka sebenarnya dan kenangan itulah juga menyebabkan Lisa maupun Adlan masih lagi utuh mencintai tetapi kerana ego dan rasa bersalah yg mencengkam diri menyebabkan mereka terasing walaupun diri mereka dekat..
    Akak harap mereka dapat meletakkan ego mereka ketepi dan mulakan perhubungan mereka dengan nafas yg baru dan akak farap lisa dapat menerima ketentuan takdirnya untuk hidup bersama dengan adlan dan bukan mendera mental simamat poyo tu lagi..kerana bagi akak siadlan tu masih mencintai si lisa sepenuh hatinya dan ingin menguji hati siisteri yg telah ditinggalkan selama 5 tahun..dan malam yg dia mencumbui isterinya..adalah untuk memilikki isterinya agar Lisa akan sentiasa disisinya dan menganggap bahawa sebagai isteri dia sepatutnya sudah mengetahui apa tugas seorg isteri buat dirinya dan tidak mahu sessiapa pun mengusik isterinya dan sekaligus mengingatkan Lisa batas batas pergaulannya sebagai seorg isteri..
    Terujanya akak nak tahu..apa akan berlaku pula bila adlan sekali lagi menagih haknya sebagai seorg suami dan adakah Lisa akan menolaknya kerana syurga seorg isteri adalah bersama suami..kematangan Lisa akak rasa akan membenarkan seorg suami menyentuhnya dan adakah Lisa akan menanyakan kepada adlan kenapa adlan tidak bercakap benar kepadanya pagi itu yg mereka masih lagi terikat sebagai sepasang suami isteri dan dia telah melakukan dosa yg besar apabila menyakiti hati seorg suami..dengan kata katanya dan apatah lagi dengan perlakuannya yg menampar suaminya..kesiannya Lisakan pasti dia berasa bersalah yg amat terhadap mamat poyo tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam tempoh lima tahun, adlan dah berubah fizikal n berubah tingkah laku. akak thanks for komen... sgt2 meghargai :)

      Delete
  8. hai...sy silent reader je slama ni..
    rasa nk komen lak time ni...
    best la enovel ni...
    tiap2 masa lawat blog ni sebab nak tgk ada tak update yg baru..huhu
    klau lisa mengandung,buatla dia suka duk dekat dgn adhlan tapi adhlan jual mahal...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong idea lily tapi tak mau adlah jual mahal tapi dia yang alah..... morning sikcness bagai biar dia pula rasa ingin dimanjai oleh isteri yang sering diduga ...

      --za--

      Delete
    2. suka suka..biaq dia rasa..wanita yg mengandung ni bukannya senang..at least dia dapat merasakan apa yg dirasai oleh semua wanita yg mengandung..mood swing dan yg paling best..muntah dan loya..morning sikness yg teruk..baru mamat macho tak ingat dunia tu tahu..

      Delete
    3. hai silent reader... hai lily ha i za n hai Ka Faridah :)

      oo nak sweet macam tu ek... okey insyallah tunggu tiba entrynya nanti ek :)

      tq so much :)

      Delete
  9. salam. akak sokong idea za

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam, ya sya pun sokong ide tu :)

      Delete
  10. berkahwin muda.... masing2 masih mentah dan tidak matang dlm pemikiran n perbuatan..... moga usia yg bertambah mematangkan pemikiran n perbuatan mereka....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aida...

      thanks for comment. usia membawa perubahan mental n fizikal.. sama2 lah lihat sisi gelap Adlan yang berubah kerana perbuatan Lisa dulu :)

      Delete
  11. hehehe best nyer walaupun terlambat... good job ms. writer!! next entry please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak Azrina azuz

      x terlambat... baru je upload malam 3hb..
      tq for reading :)

      Delete
  12. dua2 xmatang masa kawin dl....sekarang ok da...ehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu... tapi ada harga yg lisa perlu bayar utk semua tu.

      Delete
  13. Yup.sokong idea pengomen di atas.bg alan yg rsa morning sickness...
    Biar lisa gelak..hahahahaha...

    P/s: jahatnya aku
    -miss A-

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.