Thursday, 22 May 2014

ARA & MR. PERFECT - CHAPTER 4-5 (KOMPILASI JEJAKA PILIHAN HATI)






BAB 4
“I anak, dan I kena taat pada mummy I.”



“Afif.. you dengar ke tidak?” aku menyoal Afif. Aku tahu dia resah dengan tekanan dari ibunya.

“Afif..” aku sentuh lengannya. Dia yang sedang terpejam segera membuka mata dan menoleh ke arahku. Tidak lama selepas itu, wajah dihala semula ke arah lain. Ada keluhan kecil yang melepasi kedua ulas bibirnya.

“Please.. I nak habiskan study I di sini. Lepas I selesaikan semuanya, kita  ke sana okey. Tolong jangan tinggalkan I sorang-sorang dekat sini.” Gumamku meminta pengertian darinya. Harap-harap Afif boleh membuat keputusannya sendiri. Berfikir tentang aku yang bakal menjadi tanggungjawabnya tidak lama lagi.

“Afif…” seruku bila dia masih senyap tanpa membalas.

“I bukan tak faham keadaan you, I faham tapi I tak mahu berjauhan dari you. Please jangan tinggalkan I dekat sini.” Ucapku seraya melentokkan kepala ke bahu Afif.  Afif tetap senyap dan masih seperti tadi. Diam tidak berkutik! Aku  kerling jam di dashboard kereta, sudah lima petang. Bermakna sudah hampir satu jam kami di dalam kereta. Berhenti di bahu jalan sambil memerhatikan orang ramai yang sedang menghabiskan masa beriadah di tasik Seksyen 2 Shah Alam.

“Afif… say something.” Tutur ku seraya mendongak memerhatikan wajahnya.
Afif tunduk memandang aku yang sedang tunak memerhatikan dirinya.

“Ara.. I’m so sorry.”
Sekali lagi dia mengeluh. Cepat-cepat aku jarakkan diri dan memperbetulkan posisi duduk.

“Sorry? Sorry for what?”

“You tahukan, I satu-satunya harapan mummy.”

“Ya, I tahu. Jadi?”

“Jadi, I tak sampai hati tolak permintaan mummy. I dalam dilema.”
Afif pandang aku, sesudah itu aku lihat dia membuang pandang ke arah tasik diluar sana dan kepala disandar perlahan. Dari pandangan sisi, aku lihat Afif sedang terpejam namun bibirnya tidak henti-henti menghambur keluhan.

“I serabut!” kali ini tangan kanannya pula sudah diangkat lalu diletak ke dahi. Dipicit perlahan.

“Afif… I macam mana? I nak habiskan study I dulu. Lepastu, kita sama-sama ke Rusia. Setengah tahun je, bukannya lama!”

“I minta maaf Ara…”

“Please, you tak sayangkan I ke?”
Aku memancing simpati Afif.

“Ara, I terlalu sayangkan you.”

“So, kalau you sayangkan I kenapa you nak tinggalkan I?” soalku betul-betul tidak faham dengan sikap Afif. Katanya dia sayang aku, tapi tergamak untuk tinggalkan aku. Ah, aku tak boleh terima.

“I anak, dan I kena taat pada mummy I.”
Aku ketap bibir, Afif ketepikan aku kerana menurut kehendak ibunya yang sengaja mahu memisahkan kami.

“Jadi you sayangkan mummy you lebih daripada you sayangkan I? Macam tu?”

“Ara!” Afif meninggikan suaranya. Dipandang diriku dengan pandangan tajam, hingga aku yang terasa ingin membalas diam tak terkata.

Tidak lama selepas itu, Afif mencari jari jemari ku lalu diraih dan digenggam erat.

“Ara…” panggilnya ku diamkan sahaja.

“Sayang..” serunya lembut memujuk.
Aku senyap lagi.

“Sayang, I’m so sorry. Tolong jangan tanya soalan macam tu lagi.”
Afif eratkan pegangannya lalu memandang wajahku tanpa lepas.

“Kedua-duanya I sayang… mummy perempuan yang mengandung, melahir dan membesarkan I. You pula perempuan yang I cinta dan kasih. Kedua-duanya I sayang. Tolong jangan tanya siapa yang paling I sayang. I memang tiada jawapan untuk semua tu.” tutur Afif lembut memujuk.

“Tapi.. I tak mahu berjauhan dengan you Afif.” Aku sudah mahu menangis. Lantas kepala ku rebah semula ke bahunya.

“I tahu, tapi kalau keadaan memaksa, hendak atau tidak kita tak ada pilihan. Lagipun, enam bulan tak lama kan?” Afif tersenyum namun aku pula sudah tidak mampu membalas senyumannya. Langsung tak boleh!

“Sayang…” Afif elus lenganku dan aku segera menegakkan tubuh. Hatiku terasa jauh darinya.

“Hei, merajuk ya? Duck face.” Afif mengusik dan aku segera mendengus. Wajah pula ku hala ke arah lain.
Menunjukkan protes dengan sikap dan perilakunya seketika tadi walaupun aku tahu aku tak patut bertanya soalan sebegitu.

“Sayang, cantik sungguh bila you pakai baju kurung. Tak panas ke?” Afif mengubah topik. Dia mengulum senyum. Perlilah tu.

“Panas sangat.” Balasku pendek.

“Tukarlah, I suka tengok you seksi!” Afif tersenyum nakal.

“Awal pagi tadi you cakap yang you suka bila I menutup aurat. Petang ni pula you cakap lain.”

“Lain? Lain macam mana?” dia menyoal.
Terjongket-jongket keningnya.

“You cakap, you suka I seksi. Jadi, mana satu yang betul?” soalku pura-pura bertanya walaupun aku sudah
dapat mengagak jawapan yang bakal Afif beri sekejap lagi.

“I suka you seksi bila kita berdua-duaan. Kalau dikhalayak ramai, mestilah I tak suka! Semua orang pandang, tak jadi sesuatu yang esklusif untuk I lagi.” Tutur Afif tenang menyusun bicara.

“Yelah, I tukar sekarang. Seksi untuk you.” Ulasku pendek dan Afif segera bersuara.

“You, sengaja menguji iman I kan? Tak perlulah sayang, I bergurau je.”
Afif menghalang bersama tawa halus.

“I pun bergurau dengan you. You je yang gelabah.” Balasku tersenyum kepadanya. Aku tahu Afif cuba menahan godaan, tidak pernah lagi dia melakukan perkara yang keterlaluan. Sekadar berpegangan tangan dan memeluk bahu, itu sudah selalu. Selebihya, Afif masih berjaga-jaga walaupun aku tahu perbuatan seperti itu sudah jatuh dosa!

“Jomlah jalan-jalan, lepas kahwin nanti kita berjauhan. Sebelum berjauhan, selagi ada kesempatan kita gunakan sebaik mungkin. Bila sudah jauh nanti, apa pun tak boleh!” gesa Afif seraya memperbetulkan kedudukan seat. Aku pula kembali mengemaskan posisi duduk, lenguh bersandar di bahu Afif.

“You terima permintaan mummy you?” Soalku sebaik sahaja kereta sudah meluncur di atas jalan raya. Afif menoleh ke arahku sebelum mengangguk kepalanya.

“Ya, I terpaksa terima!” Afif menyahut ringkas.

“Jadi, I kena tinggal di sini?” soalku lirih.

“Ya, tapi sekejap je sayang. Bolehkan?” Afif senyum sesudah itu.

“Apa lagi yang boleh I buat? I tak sanggup tangguhkan study kerana hal macam ni.” Jawabku masih kesal dengan ketegasan ibunya. Tergamak memaksa Afif pergi sedangkan dia tahu aku akan menjadi amanah Afif sebaik sahaja diijabkabulkan.

“Sabar ya sayang. Tak lama, hanya enam bulan.” Pujuk Afif ku sambut dengan anggukan.


BAB 5
“Turun! I tak nak tengok muka you lagi. Jue lebih baik dan lebih sempurna dari you!”


Seminggu kebelakangan ini, Afif sering sahaja sibuk. Kalau dulu ada saja masa untuk aku, tapi akhir-akhir ini dia seolah-olah menjadi orang lain. Telefon jarang berjawab, Whatapps juga sepi dari sebarang mesej. Bila aku bertanya, dia menafikan dan kelihatan tidak senang. Katanya dia sibuk menguruskan majlis kahwin kami dan tak ada masa untuk bertemu. Aku hairan dengan perubahannya, namun ku pujuk hati untuk tidak bersyak wasangka terhadap tunang sendiri. Tambahan pula, dua minggu dari sekarang majlis kami akan berlangsung, tidak mungkin Afif tergamak membuat perangai di saat-saat akhir.

Terlalu lama tidak bertemu, malam ini aku paksa Afif datang. Ada sesuatu yang ingin ku bincang dengannya. Apa lagi jika bukan majlis yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Afif, you tak happy?” soalku sebaik sahaja dia meneruskan pemanduan.

“You nampak I macam tak happy ke?” soalan ku berbalas soalan. Nadanya juga dingin dan beku.

“Err.. adalah sikit! Lagipun, you nampak lain!” balasku tentang rasa yang telah lama terbuku di dalam dada.

“I tetap sama macam dulu!” tegasnya memandang wajahku sekilas. Jalan raya kembali ditancap.

“You garang.” Ucapku berjauh hati. Hilang Afif yang dahulu prihatin dan lembut nada bicaranya.

“I sama macam dulu, tak ada yang berubah!”

“Afif… kejap lagi teman I pilih veil eh.” Aku mengubah topik mahu mencipta suasana yang lebih santai. Aku tahu Afif tertekan dengan persiapan majlis perkahwinan kami, juga serabut memikirkan permintaan ibunya yang mahu dia ke Rusia. Pasti Afif berat hati meninggalkan aku di sini!

“Pilih veil?” ulangnya semula.

“Ya, I nak tahu juga pandangan dan citarasa you!”

“Ara.. you boleh pilih sendirikan? I sibuk, banyak lagi kerja yang menanti di rumah! Herm, ada apa you ajak I jumpa?” Afif menyoal tidak senang. Riaknya sahaja sudah berkerut dan tampak gelisah. Memang berlaianan sangat dari kebiasaannya!

“I nak ajak you pilih veil.” Balasku pendek.

“Itu saja?” suaranya kedengaran tinggi.
Aku angguk lalu aku bertanya lagi.

“Bolehkan?”

“Tak boleh!” pantas Afif menyahut.

“Kenapa?” belum sempat soalanku berbalas. Telefon bimbit Afif  yang dletakkan di atas dashboard berdering. Tanpa menunggu lama, aku menggapai dan menjawab panggilan walaupun Afif kelihatan tidak senang.

‘Hello.. hai sayang, awak dekat mana ni?’
Aku terdiam, pantas pandangan ku hala ke arah Afif. Kelihatan wajahnya bertukar pucat dan cepat-cepat dia menghulur tangan supaya aku memberi semula telefonnya.

‘Sayang.. kenapa senyap ni? Awak dekat mana? Saya rindu!’
Suara itu lunak dan cukup menggoda hingga aku yang sudah tidak tahan segera menghambur amarah.

“Hello, siapa ni? Kau tahu tak, ni nombor telefon tunang aku! Kau nak apa hah?” selarku gagal menahan perasaan sendiri. Aku cemburu!

“Err ni siapa?”

“Aku Ara! Kau siapa?”

“Jue!” suaranya bergetar.

“Jue?” ulangku cuba mengingati nama yang disebut. Jue? Ya, Jue pelajar mummy Afif. Aku pernah berjumpa di shopping mall dua bulan yang lepas.

“Hei Jue, kau tak ada jantan lain ke? Dengan tunang aku jugak kau menggatal ya!” bidasku menghambur segala kesakitan yang singgah ke hati.

“Ara, kenapa cakap macam ni? Bagi handphone I balik.” Afif segera mahu merampas.

“Nanti dulu, I belum puas bercakap dengan perempuan jalang ni!” tegasku bersama nada marah.

“Ara, pulangkan handphone I !” Afif mendengus namun aku sudah tidak peduli. Afif pula segera mengubah haluan lalu memberhentikan kereta di bahu jalan.

“Bagi handphone I balik!” getusnya sambil membebaskan gear tangan. Aku menggeleng lantas melepaskan rasa tidak puas hati ini kepada Jue yang masih di atas talian.

“Hei perempuan, Afif tu tunang aku! Kalau nak menggatal sekalipun, carilah  jantan lain! Bukan dengan tunang aku! Harapkan tudung saja labuh, tunang orang pun kau terhegeh-hegeh! Dasar perempuan tak tahu malu! Loserrrr!”

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Afif segera merampas telefon miliknya. Cermin kereta di turunkan lalu gajed bewarna hitam itu dihempas ke jalan berturap hitam.

“Apa nak jadi dengan you ni, Ara?” bentaknya benar-benar mengejutkan. Dia marahkan aku yang membela hak ku sendiri.

“Apa yang tak kena dengan I?” aku ulang semula pertanyaannya.

“Apahal kau maki dia? Macam mana aku nak pujuk dia nanti?” ucapnya memandang diriku dengan perasaan benci yang meluap-luap. Kini dia sudah ber’aku’ dan ber’engkau’! pandanganku mula berkaca-kaca. Tidak menyangka, Afif sanggup memarahi diriku sedemikian rupa.

“Afif, I tunang you! Dia hanya orang luar, kenapa you pertahankan dia? Nak dipujuk bagai? I ni tunang you.. tunang you! You kena jaga hati I bukan jaga hati dia!” jeritku seraya memukul bahunya berulang kali.

“Sakitlah!” Afif menahan aku tetap meneruskan pukulan. Aku benar-benar marah pada Afif. Tergamak dia!

“I tunang you.. kenapa you pertahankan dia. Kenapa?” aku menjerit sekuat hati. Afif yang kesakitan segera membalas.

“Sakitlah..”

“Sampai hati you.. sampai hati you Afif!” gogoiku masih bersama tangis. Tanganku pula masih lagi menjadi alat memukul tubuhnya.

“Sakitlah.. stop Ara.. Stop!”

Dia meminta aku menghentikan pukulan. Namun aku sudah tidak ambil peduli. Tubuh Afif tetap menjadi mangsa pukulanku.

“Ara, stop. Sakit tahu tak!”
Dia bertegas dan aku benar-benar tidak peduli.

“Stop Ara! Stop!!!!” jeritnya bersama satu tumbukan yang mengenai bibirku. Serentak itu juga kepalaku terteleng ke kiri. Aku terdiam tanpa suara, tetapi esakan  yang halus sudah bertukar jelas.
Bibir yang terasa pedih ku raba dengan jari jemari, terasa licin! Perlahan-lahan aku bawa kesan licin yang melekat di jari ke hadapan mata. Darah! Entah mengapa, jari jemari ini menggigil dengan sendirinya.
Afif telan air liur sebaik melihat darah yang membasahi tapak tanganku. Tanpaku duga, dia memandang ke arah lain dan meminta sesuatu yang cukup menyedihkan hati ini.

“Turun! I tak nak tengok muka you lagi. Jue lebih baik dan lebih sempurna dari you!” gumamnya seraya menyengetkan tubuh dan cuba menolak pintu kereta disebelah ku agar aku segera keluar dari kereta miliknya.

“Keluar!”

“Afif.. jangan buat I macam ni, Afif!” aku merayu tanpa segan silu.

“Keluar! I tak nak tengok muka you lagi!” hamburnya seraya menolak tubuh ku keluar.

“Afif.. lagi dua minggu kita nak kahwin! Jangan buat I macam ni Afif! Please!” aku merayu di dalam tangisan yang bercampur kesan darah yang semakin laju mengalir di wajah sendiri.

“Sudah! Anggap saja kita tak ada jodoh! Sekarang you turun!” tekannya ku sambut dengan gelengan.

“I tak nak turun… maafkan I. I janji tak buat lagi!”

“Turun!”

“Afif… I minta maaf. Jangan buat I macam ni. I nak kahwin dengan you!” rayuku bersama esakan. Afif tidak bersimpati jauh sekali menarik semula kata-katanya. Bahkan dia keluar dari perut kereta menuju ke pintu kereta disebelah tempat duduk pemandu.
“You keluar secara terhormat atau I paksa you keluar?  Pilih satu cara yang you mahu!”

“I tak nak keluar, I mahu bersama you. Please jangan buat macam ni pada I.”

“Turun!” bentaknya dengan nada tinggi.
Aku menggeleng lalu Afif segera menghambur bicara.

“Kalau you tak mahu turun, ini makannya!” tanpa aku duga Afif tergamak menarik dan mengheret aku keluar dari keretanya. Walaupun ketika itu aku sudah meraung meminta sisa simpati insan yang sebelum ini begitu mempertahankan diriku.

“Afif..”

“Anggap saja kita tak ada jodoh!”
Sebaik bicaranya berakhir, dia kembali ke dalam kereta dan terus sahaja memecut laju meninggalkan aku di tepi jalan di dalam suasana kelam dan dalam keadaan sehelai sepinggang. Tergamak dirinya memperlakukan aku seperti manusia yang tiada hati dan perasaan.

7 comments:

  1. akn bermula lh....episod duka lara ara...huhu mesti sedeh kn...

    ReplyDelete
  2. jgn risau ara afif still luv u. Go Ara....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita ttunggu.. afif betul2 sayang atau x ek :)

      Delete
  3. tq milo :) u always reading my entry.. tq so much dear..

    ReplyDelete
  4. Sudah merasai sesuatu...hurmmmmm....

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.