Thursday, 15 May 2014

ARA & MR. PERFECT - PROLOG N CHAPTER 1







PROLOG
Pergi jahanam dengan status tunang yang kau sanjung sangat!

“Ara, buat apa lagi dekat sini?” dia menyoal tidak senang.
“Aunty.. Ara nak jumpa Afif. Tolong izinkan Ara masuk jumpa Afif! Please aunty.. Ara rindukan Afif. Sekejap pun, jadilah. Tolong Ara ya, aunty!”
“Afif tak ada! Dari semalam tak balik ke rumah!”

“Tapi Ara nampak dia dekat atas tadi. Ara nak jumpa Afif... tolong Ara aunty! Ara rindukan Afif”
“Sudah tu Ara... pergilah balik! Jangan malukan aunty dengan jiran-jiran! Anggap sahaja jodoh kamu tak panjang! Sudah, pergi balik! Jangan menyemak depan rumah aunty lagi....” dia memohon pengertianku namun aku masih tidak mampu menerima kenyataan ini.
“Aunty.. izinkan Ara jumpa Afif.. sekalipun cukup. Ara janji bila Ara dah jumpa Afif.. Ara takkan datang lagi. Ara merayu pada aunty..”
“Afif tak ada!” wanita itu membentak. Marahkan aku yang tidak faham bahasa.
“Kereta dia ada.. Ara tahu Afif ada di dalam! Ara betul-betul nak jumpa Afif.. tolong izinkan Ara jumpa Afif.”
“Ara.. berapa kali aku nak cakap! Afif tak ada.. kau tak faham bahasa ke apa? Kalau dia ada sekalipun, kau ingat dia sudi berjumpa dengan perempuan macam kau. Kau balik.. sedar diri yang kau bukan tunang Afif lagi!”
“Kami belum putus lagi aunty... kami masih bertunang. Tengok cincin ni... ada lagi dekat jari Ara. Ara belum tanggalkan!” cincin yang masih tersarung di jari ku unjuk ke arahnya.
“Cincin tu tak ada apa-apa makna! Tolong jangan buat kacau... pergi balik!”
“Aunty...”
“Aku cakap balik.. baik kau balik!”
“Ara nak jumpa Afif.. Ara cuma nak tahu kenapa dia bencikan Ara.. Ara cuma nak dengar kenapa dia sanggup pukul Ara dan tinggalkan Ara dekat tepi jalan. Kenapa Afif pertahankan perempuan tu, sedangkan Ara masih lagi tunang dia . Ara cuma nak tahu, kenapa dia buat Ara begini. Apa salah dan dosa Ara pada dia. Cuma itu sahaja yang Ara mahu Afif jelaskan!”
“Afif... ke sini! Cakap pada perempuan tak tahu malu ni, yang kita akan ke Penang dan meminang Jue sekejap lagi. Hujung bulan nanti, kenduri Afif dengan Jue akan berlangsung! Ha, jangan lupa beri kad jemput kahwin tu pada dia! Kalau dah beri kad jemputan pun, masih tak faham-faham.. tak tahulah nak kata apa lagi!”
“Tapi aunty.. Ara masih lagi tunang Afif.”
“Pergi jahanam dengan status tunang yang kau sanjung sangat! Kau balik Ara... jangan rosakkan persiapan kami! Balik! Aku tak nak tengok muka kau tiap-tiap malam tidur depan pagar rumah aku ni lagi! Berambus!”













BAB 1
Afif, jangan tinggalkan Ara

“Ara.. sampai bila you nak seksi macam ni? My mom tak berkenan dengan pakaian you.” Afif bersuara sewaktu aku dengan dia dalam perjalanan ke shopping mall.
Aku pandang dia dan aku ukir senyum.
“Ara please… my mom dah bising.” Ucap Afif lagi. Tapi aku malas mahu ambil pusing kata-kata orang. Apalah makna pemakaian yang menutup aurat andai hati seseorang tetap busuk tidak terjaga. Pakaian hanya alas untuk menutup tubuh, namun hati yang tidak elok tetap tidak mampu disembunyikan. Aku cuma berpakaian mengikut keselesaan, nanti-nanti bila sudah bosan pasti fesyen ini akan bertukar sedikit sopan dari apa yang Afif nampak pada hari ini.
Look at yourself… I pun tak suka you jadi perhatian lelaki lain. Please Ara.. kalau you sayangkan hubungan kita, tolonglah berubah.” Afif kedengaran merayu. Aku? Aku sudah bungkam apabila dia merayu sebegitu.
“You sayangkan I?” dia soal aku.
Aku angguk dan aku jawab ya.
“Kalau sayang, tolong berubah!”
“I akan berubah perlahan-lahan. You tunggu ya, Afif. I cuba!” aju ku tersenyum hambar.
Payah sebenarnya mahu merubah tabiat hidup dan cara pemakaian yang sebegini. Namun, kerana sayang akan ku turutkan juga kehendak Afif.
“Mulai esok, I mahu you tukar cara pemakaian. I tak nak tengok you pakai short pant bila keluar dari rumah. Please, I tahu negara kita panas.. tapi itu bukan alasan untuk you pakai macam ni.” Gumam Afif ku diamkan sahaja.
“My mom ramai kenalan, kalau kawan-kawan dia lihat bakal menantu dia pakai macam ni, apa pula kata mereka?” Afif masih membebel.
Aku diam dan hanya mendengar. Memang betul apa yang Afif kata, ibu Afif seorang pensyarah di salah sebuah universiti terkemuka Malaysia. Manakala ayahnya pula, salah seorang ahli politik yang baru menceburi lapangan itu.
Walaubagaimanapun, keluarga aku mahupun keluarga Afif sama-sama setaraf. Kami bukan anak datuk ataupun Tan Sri, kami cuma anak orang biasa. Namun masih mampu hidup senang dan mewah.
“Ara…”
“Ya?” Aku pandang dia.
“Dua bulan lagi kita kahwin, I harap semuanya berjalan lancar.” Dia yang fokus ke arah jalan raya memandang wajahku sekilas. Ada senyuman di bibirnya.
“I pun harapkan perkara yang sama, Afif.” Gumamku ikut membalas senyumannya.
“I love you so much, Ara.” Bisiknya membuatkan aku tersipu. Jarang-jarang Afif meluah perasaannya. Entah mengapa, hari ini dia tampak berani dan lebih romantik dari kebiasaan.
I love you too Afif. Jangan tinggalkan Ara.” Balasku turut mengucap rasa cinta yang sejak dahulu tidak pernah berubah untuknya.

**
Sewaktu kami beriringan masuk ke perkarangan pusat membeli belah, Afif secara tidak sengaja melanggar bahu seseorang. Bertaburan beg kertas tertera jenama Gucci dan Parada. Cepat-cepat Afif tunduk dan mengutipnya.
Sorry..”  gumam Afif lantas menegakkan tubuh lalu menyerahkan beg kertas tadi kepada gadis bertudung labuh.
It is okay.” Balasnya dengan nada lunak dan lembut. Gadis bertudung labuh itu, tersenyum dan turut membalas pandangan Afif yang tunak memerhatikannya.
Aku hanya memerhati tubuh genit yang anggun dengan penampilan muslimahnya. Cantik! Wajahnya mulus dan tampak manis dengan senyuman yang dihiasi lesung pipit di kiri dan kanannya. Afif seolah-olah terleka dengan kecantikan yang dilihat hingga tidak sedar aku yang berada di sisinya melihat tingkahnya yang sebegitu.
“Ehem..” aku berdehem untuk menyedarkan keduanya.
Kedua-duanya tersentak dan si gadis menundukkan wajah manakala Afif pula segera bersuara.
“Eh.. sorry. Paper bag awak.” Dia menyerahkan beg kertas itu lalu disambut si gadis yang cukup ayu pada pandangan mataku.
“Terima kasih.” Ucapnya lalu memberi isyarat untuk berlalu pergi. Aku mengangguk dan Afif pula memerhati dan terus memerhati si gadis yang tidak diketahui identitinya hingga tubuh itu hilang dari pandangan mata.
“I lapar.” Aju ku cuba mengalih perhatiannya. Lebih tepat lagi meredakan perasaan yang tiba-tiba sahaja terguris.
Pardon?” soalnya sudah hilang fokus.
“I lapar…” adu ku dengan nada manja. Afif tersenyum lantas mencari tangan ku lalu digenggam erat.
“Jom, I bawa you makan.” Gumamnya seraya melepaskan pegangan tangan lalu memeluk bahuku pula.
Tiba sahaja di restoran bercirikan latar belakang Bali, Afif memilih kedudukan bersebelahan dinding kaca. Dia kata, mahu melihat pemandangan luar dan melihat orang yang lalu lalang. Aku hanya menurut dan mengukir senyum.
“Afif.. are you okay?” soal ku curiga melihat Afif tiba-tiba sahaja termenung dan tidak banyak bercakap.
Yes?” dia pandang aku dan menjongket kening.
“Dari tadi asyik termenung. You ada masalah ke, Afif?” Tanyaku seraya menyentuh tangan yang diletakkan di atas meja.
“I okey..  Don’t worry my dear.” Gumam Afif lalu berusaha merungkaikan pegangan yang bertaut. Aku terasa lagi. Tiba-tiba sahaja Afif bertukar dingin.
“Ara.. I am so sorry. I rasa berdosa kita berpegangan tangan macam ni.” Ucapnya perlahan.
“Tapi kenapa tiba-tiba?” Soal ku tidak faham dengan penolakan Afif. Sebelum ini, dosa berpegang tangan tidak pernah pula menjadi isu.
“Lagi dua bulan.. apa salahnya kalau kita bersabar dulu.” Dia senyum cuba memujuk hatiku yang terasa.
Namun dari pandangan mata kasarku, Afif sedang mencuri pandang ke arah luar dinding kaca. Aku turut memerhati,  dapat ku lihat gadis yang berlanggar dengan Afif sekejap tadi sedang berada di luar sana. Melihat-lihat pakaian pengantin yang dipamerkan di luar butik pereka fesyen terkenal tanahair.
“You suka kalau I pakai macam tu?” tebakku menyentak leka Afif.
“Err.. maksud you?” soalnya tidak mengerti.
“You suka kalau I pakai macam tu?”
“Maksud you, pakai  tudung labuh, dress panjang?” Soal Afif kedengaran aneh.
Yes!”
“Tak perlulah.. mesti you panas nanti.” Balasnya pendek.
“I akan pakai kalau you suka.”
“Jangan buat sesuatu disebabkan I.. berubahlah sekiranya you betul-betul ikhlas. I minta you kurangkan seksi, itupun you susah nak buat. I tak boleh bayangkan keadaan bila you bertudung dan berdress macam tu.” Gumamnya masih memandang ke arah gadis yang lincah dan manis dengan pakaian yang menutup aurat.
“Afif.. itu mummy you kan?” aku membesarkan anak mata melihat individu di sisi gadis tadi.
“Mana?” Afif ikut memerhati.
“Tu?”
“Yes.. betullah tu! Tapi apa yang mummy buat dekat butik tu?”
Aku juga memikirkan perkara yang serupa.
“Oh, mesti tengok-tengok barang gubahan untuk you nanti.” Afif tersenyum.
“Tapi, dia tu siapa dengan mummy?” aku masih ingin tahu. Irama di dalam dada tidak seperti biasa. Aku curiga.
“Ara… kenapa serabutkan fikiran. Mungkin student mummy. Biasalah mummy memang rajin keluar dengan student dia. Why? Are you jealous?” Afif senyum senget kemudian dia bersuara semula.
“Sudah tu sayang, mari makan dulu.” Ucap Afif seraya menyentuh gelas lalu dibawa ke bibir. Diteguk penuh nikmat, aku pula hanya mampu melihat. Terasa perasaanku tidak setenang biasa.



11 comments:

  1. Uiks kejamnya pukul perempuan

    ReplyDelete
  2. best2 x sbar nk tggu utk seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ FARISYA... INI PERMULAAN. HARAP SUDI MEMBACA :)

      Delete
  3. mmg x patut buat suami awal2 lg dah kaki pukul...n Ara wake up caru org lain yg lebig segala2nya dar Afif si pengecut n kakinpukul

    ReplyDelete
  4. pe kes nih dik aulia....emak ngan ank sama jer....zalim!prolog yg sedeh huhu...cian nyer ARA...sentap akk dik bila lelaki lepas tangan kat kaum hawa!!!hehe cepat2 smbg yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KDG2 CINTA X SEMANIS YG DIHARAP.. so ada masam n manis :) ara melalui fasa yg masam sebelum jumpa manis :)

      Delete
  5. Jgn sedih biar putus tunang jika itu kehendak afif.mungkin bukan jodoh dan ada yg lebih baik nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes... putus tunang bukan berakhir segala-galanya :)

      Delete
  6. Baru baca...menarik! Nak terjah bab seterusnya! :)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.