Sunday, 31 January 2016

PUJAAN HATI KANDA BAB 1



Kring!!! Kring!!! Sedang kalut memandu menuju ke lapangan terbang, telefon bimbit berdering lagi. Lamunannya terhenti dan minda terus sahaja teringatkan tunang yang tercinta. Pastinya Nadine sudah tidak senang duduk.

“Hello, you dekat mana?” Tanya Nadine saat talian disambungkan.
“I tengah drive.”
“Jauh lagi ke? Sempat ke tidak?”
“Dekat je sayang. Dah nak sampai ni.”
“Yelah tu, dari tadi lagi you cakap benda yang sama! Tapi tak sampai-sampai pun!” Bebel Nadine memeritkan telinga Danny yang mendengar.
“Ya, I tahu! You tunggu dekat situ, kejap lagi I terus ke sana. Dah nak sampai ni.”
“Berapa banyak masa yang you perlukan?” nada Nadine kedengaran bosan.
“Almost 10 minutes my dear.”
“Okey, jangan lambat! Kalau you lambat, I tinggalkan you.”
“Ya, sayang.” balas Danny tenang melayan kekalutan Nadine yang sudah tidak sabar-sabar. Apa susahnya, kalau mereka tertinggal kapal terbang, esok’kan masih ada! Ambil tiket baru dan terbanglah ke Bandung, Indonesia. Bukannya jauh mana, seberang laut je pun!
“Ingat, jangan lambat! Kalau you lambat, I tinggalkan you.” Sekali lagi Nadine mengugut.
“Ya, I tahu!”
“Semuanya you tahu! Tapi, sampai sekarang, batang hidung you pun tak nampak-nampak! I dah tak sabar nak ke Pasar Baru Trade Center. Banyak barang kahwin kita yang I nak beli dekat sana. Kalau lambat, I tinggalkan you. Jangan ingat I takut nak buat semua tu!”
“Ya, I tahu! Trip kali ni teramat penting bagi you. Lagipun, you nak beli kain lace, you nak beli barang-barang hantaran dan kalau boleh you nak beli semua yang dijual dekat sana kan?” Danny sudah tergelak-gelak.
“Aik, perli nampak?”
“Mana ada I perli you sayang. I gurau je. Jumpa kejap lagi okey.”
“Okey, tapi ingat kata-kata I, kalau you lambat….
Cepat-cepat Danny menyambung. “… Kalau I lambat, you tinggalkan I.”
“Tahu takpe!” Nadine disebelah sana sudah tersenyum tetapi tidak pada Danny. Dia sudah geleng kepala, mahunya tidak, Nadine asyik dengan kata-kata ugutannya. Namun, kerana perasaan sayang yang mendalam, tingkah-laku yang menjengkelkan itu, dibutakan mata dan dipekakkan telinganya.
“Okey.. okey! I nak drive ni! Kejap lagi kita borak sampai bosan okey!” Ujar bibirnya mahu menghentikan perbualan seterusnya fokus kepada pemanduan.
Faham dengan kehendak Danny, Nadine menurut. “Okey, jumpa you kejap lagi! Love you.”
“Love you too darling!” setelah itu Danny menamatkan panggilan. Telefon di dalam pegangan tangan dijauhkan dari telinga lalu diletakkan di atas dashboard kereta.
Sedang dia ralit memandu, getaran kecil yang menandakan ada mesej masuk ke dalam aplikasi whatApss membuatkan telefon itu jatuh ke lantai kereta. Tanpa berlengah, kepala ditunduk dan tangan meraba-raba lantai kereta mencari gajed bewarna hitam itu. Sehinggalah….
Dummmmm!!!!
Danny terkedu, cepat-cepat pedal brek ditekan dan kepala diangkat. Memerhatikan apa yang sedang berlaku.
“Gosh!!! Macam mana aku boleh langgar kereta orang ni?” dia gelabah. Tambah-tambah melihat bahagian belakang proton Iswara yang dilanggar sudah kemek di sana sini.
Tok.. tok.. tok.. cermin kereta diketuk. Cepat-cepat, dia menoleh. Seorang lelaki berjambang dengan riak wajah yang bengis tersapa di ruang mata. Tanpa berlengah, punat kecil ditekan bagi merendahkan cermin yang tadinya tertutup rapat.
“Keluar!” arah seorang lelaki. Kemungkinan pemandu kenderaan yang dilanggar olehnya sekejap tadi.
“Okey.. okey!” Dengan segera, Danny menurut.
Sebaik sahaja dia keluar dari perut kereta. Bibir terus bersuara. “Sorry bro, aku tak sengaja!” ucapnya memohon maaf atas kesilapan dan kelekaan yang mengundang padah kepada orang lain.
“Banyaklah tak sengaja! Ni macam mana? Kemek sana sini, siapa nak tanggung rugi?!”
“Takpe-takpe.. biar aku yang tanggung! Aku yang langgar!”
“Bayar sekarang! Aku nak lima ribu!” gumam lelaki tadi mengejutkan Danny.
“Eh, takkan kemek macam ni sampai lima ribu kot? Agak-agaklah bro!” Tanya Danny tak puas hati. Yelah, Iswara jenis lama, takkanlah sampai lima ribu ringgit. Tak logik langsung!
“Kalau macam tu, ikut aku buat report polis!”
“Wait…aku dah lambat ni bro! Flight aku kejap lagi. Tak sempat nak buat report segala!”
“Habis, kereta aku ni macam mana? Boleh elok sendiri?” Tanya lelaki tadi bersama nada bengang.
“Apa kata kita settle luar? Tak payah libatkan polis bagai. Boleh?”
“Boleh! Kau bayar aku?”
“Lima ratus cukup?”
“Kemek sana sini, kau nak bayar lima ratus? Mana cukup! Kau ingat, kereta aku ni besi buruk?” bentak lelaki tadi membuatkan Danny terpaksa bertindak segera. Di sana Nadine sudah menanti, di sini pula dia terlibat dengan kemalangan. Ah, serabut sungguh!
“Macam ni’lah bro, aku dah lambat ni! Apa kata kau ambil nombor telefon aku dan nanti kau call aku! Aku nak kejar flight ni. Dah lambat!”
“Kau nak lari ke apa ni? Jangan ingat aku bodoh!”
“Tak…. Bukan nak lari! Flight aku kejap lagi bro! Okey, pendekkan cerita, berapa aku kena bayar?”
“Aku nak lima ribu, bukan lima ratus! Cash!”
Danny ketap bibir. Teringatkan wang di dalam beg duit. Mana cukup lima ribu. Gila ke apa menyimpan lima ribu, boleh kembung wallet dia yang mahal tu!
 “Sorry bro, aku mana ada cash sebanyak tu.”
“Aku peduli apa! Aku tetap nak lima ribu. Kereta aku dah rosak teruk, lagipun kau yang langgar aku! Kau yang cuai! Kau nak cepat.. aku pun nak cepat! Senang cerita, kau bayar lima ribu, masalah ni selesai. Tak payah libatkan polis bagai.”
“Sumpah bro, lima ribu memang aku tak ada. Kalau seribu lebih, itu ada’lah!” beritahu Danny jujur.
Lelaki tadi terdiam sambil berfikir-fikir.
“Baiklah, seribu lebih pun bolehlah! Tapi, masih tak cukup! Aku nak lima ribu!”
“Apa-apalah bro! Janji aku tak terlepas flight.” gumam Danny malas mahu tawar menawar. Dia tahu, individu jenis ini sememangnya akan mengambil kesempatan disebalik kekalutan yang berlaku. Lihat sahaja cara dan pembawakan dirinya, langsung tidak mahu bertimbang-rasa.
Dompet didalam poket belakang, ditarik keluar. Wang tunai sebanyak seribu lebih dikira sebelum not-not itu berpindah tangan.
“Macam mana aku nak contact kau? Nak tuntut balance yang tak cukup ni?” tanya lelaki itu sambil mengira jumlah wang yang diterima.
Danny mengeluh perlahan. Dengan malas-malas, dia bergerak ke kereta sambil mencari kertas. Tak jumpa! Tanpa berfikir panjang, sekeping kad kahwin yang diambil seketika tadi terus disambar. Nombor telefonnya ditulis laju. Entah lelaki ini boleh faham atau tidak, dia sudah tidak peduli. Nadine lebih penting daripada segalanya.
“Ni nombor telefon aku. Lima hari lagi baru aku balik ke sini.” ajunya seraya menyerahkan nombor telefon yang ditulis kepada lelaki yang tidak diketahui namanya.
“Nombor ni aktif ke tidak?”
“Cubalah call kalau nak tahu.” Danny malas mahu melayan karenah lelaki yang banyak peelnya itu.
“Handphone aku habis bateri, tapi takpe.. aku percayakan kau. Kalau kau tipu, siap!!”
Danny mencemik. Sudahlah diberi wang sebanyak itu, nombor telefonnya juga diserahkan dan kini dia diugut lagi. Asyik diugut sahaja. Ah, bosan!
“Okey, ada apa-apa lagi? Aku dah lewat ni.” Danny pandang jam tangan memberi isyarat kepada lelaki tadi supaya faham situasinya sekarang.
“Settled! Okey, lepas lima hari aku call kau. Tuntut baki ganti rugi kereta aku ni.” Ucap lelaki tadi seraya menjeling sepintas ke arah Iswaranya yang remuk di bahagian belakang. Danny turut memandang, BMW nya tidak berapa ketara kerosakkannya. Hanya calar dan kemek sedikit. Tetapi tak menjejaskan rupa sebenarnya yang masih kacak!
“Okey, kalau macam tu.. tak ada masalah! Aku blah dulu.”
“Okey! Ingat, lima hari lagi aku call.”
Danny diamkan diri. Tanpa membalas, dia terus masuk ke dalam perut kereta. Dengan hati yang membengkak, duit yang sudah melayang, enjin kereta dihidupkan dan lalu kenderaan merah garang itu diundur sedikit ke belakang sebelum terus dipandu laju menuju ke lapangan terbang.

Assalamualaikum. 
lama tak berbelog. Hai.. Hai.. rindunya awak2 semua :)

2 comments:

  1. LAMA TAK UPDATE CERITA BARU.

    ReplyDelete
  2. Selalu jenguk sini. Thx ye, dh ada new story. Sbnrnye amat berharap agar ada sambungan cinta di hujung noda dan dibukukan, pleassssse ;)

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.