Tuesday, 23 February 2016

PUJAAN HATI KANDA BAB 2



BAB 2

Anak ini perlukan ayahnya.
Saya serahkan kepada yang berhak. Peliharalah anak ini dengan penuh kasih dan sayang.
Selamat Pengantin Baru- Gadis Misteri

“Kenapa senyap? Jawablah soalan Atuk kamu tu?” sergah Datin Puteri Aisyah dengan wajah menyinga. Kad yang dibaca seketika tadi dihempas ke lantai. Berang!

“Errmm…  Sebenarnya.. sebenarnya..”
“Sebenarnya apa Danny?” potong Dato Megat Aiyub tidak sabar.
“Danny tak tahulah Tuk.” intonasi rendah diperdengarkan kepada kedua datuk dan nenek yang ‘low profile’ orangnya. Kedua-duanya tidak gemar disapa ‘dato dan datin’ sekiranya tidak melibatkan majlis-majlis rasmi. Namun, kedua-dua mereka merupakan individu yang tegas hingga kadangkala dia merasakan datuk dan neneknya itu seperti pemerintah diktator yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. ‘Ah, melampau sangat perumpaan kau tu Danny.’
“Atuk tanya ni, kenapa tak jawab?” sergahan itu menyebabkan bahu Danny terhinjut. Dengan helaan nafas panjang, dia menjawab lemah.
“Danny tak tahu Tuk.”
“Kamu kata kamu tak tahu?” ulang Megat Aiyub dengan suara tinggi. Terkejut bercampur berang dengan jawapan yang diberikan oleh cucu kesayangannya itu. Hish, Danny… tak pernah berubah! Ada sahaja perbuatan anak muda itu yang membuatkan darah tuanya menggelegak.
“Sumpah, Danny tak tahu apa-apa.”
“Termasuk budak tu?” sampuk Puteri Aisyah pula. Nenek yang cukup tegas dan keras orangnya. Lambat-lambat, dia mengangguk. Tak tahu nak kata apa lagi. Dia sudah tertangkap dihari yang bakal merubah kehidupan silamnya.
“Danny betul-betul malukan Atuk dengan Nenek. Mana kami nak letak muka… tu, keluarga pengantin perempuan dah pandang semacam! Apa Atuk nak beritahu pada mereka?”
“Atuk rahsiakanlah. Tentang budak ni, tahulah macam mana Danny nak handle nanti!”
“Danny nak handle macam mana? Ni budak ni, nak sorok kemana?”
“Alah, Atuk tolonglah cover! Nanti Danny akan cari jalan dan selesaikan masalah ni Tuk.”
“Macam mana kamu nak selesaikan masalah ni Danny? Nak cari mak budak tu? Di mana? Siapa orangnya? Kamu kenal?”
Danny menggeleng. Itu pun satu hal, bayi kecil ini datang bersama satu kad ucapan dan juga sehelai sijil kelahiran. Di atas kepingan kertas itu, hanya terdapat maklumat ibu dan juga maklumat bayi tanpa keterangan bapa di bahagian yang sepatutnya. Ah, ini sudah parah!
“Jangan-jangan, diorang nak perangkap Danny tak?” tebaknya cuba menyedapkan hati sendiri.
“Untuk apalah mereka nak perangkap kamu Danny? Kamu bukannya ada apa-apa? Buang masa mereka nak buat kerja tak berfaedah ni. Lagi pulak, tiada ugutan atau apa-apa yang mencurigakan. Pengirim ni hanya mahu kamu bertanggungjawab dan jaga bayi ni dengan baik. Jadi, apa maknanya semua ni? Cakap pada nenek.” Tukas Aisyah menyampuk dengan tiba-tiba.
“Nek.. sumpah Nek, Danny tak tahu.”
“Assalammualaikum.” Sapa seseorang. Serentak itu juga, ketiga-tiga mereka berpaling.
“Saya Hisyam, pembantu Tok Kadi. Nak tanyalah pada Datuk sekeluarga, majlis pernikahan ni, jadi ke tidak?” mungkin terlalu lama menanti, akhirnya pembantu kepada Tok Kadi datang sendiri bertanya. Meminta kepastian tentang majlis yang ditangguhkan sebentar tadi.
“Kenapa ya Encik Hisyam? Ada apa-apa masalah ke?” Danny menyoal dengan riak wajah yang resah.
“Macamni’lah Encik Danish, Tok Kadi perlu nikahkan beberapa pasangan pengantin yang lain. Jadi, jadual kami memang agak padat. Oleh itu, eloklah kiranya kami selesaikan upcara pernikahan ni mengikut jadual yang disusun. Senang kerja kami, senang jugalah kerja Encik Danish.” Ujar Hisyam memangil Danny dengan namanya yang sebenarnya. Megat Danish!
Faham dengan apa yang dilontarkan oleh pembantu Tok Kadi, Danny memandang wajah datuk dan neneknya. Menanti tindakan selanjutnya.
Megat Aiyub dan Puteri Aisyah terus berbalas pandangan.
“Macam mana ni bang?” soal Puteri Aisyah perlahan.
“Biar abang selesaikan.” Pembantu Tok Kadi dihampiri. Tidak lama kemudian, bibir Megat Aiyub terus sahaja bersuara
 “Boleh beri sedikit masa lagi untuk kami! Saya nak bincang sesuatu dengan cucu saya dan juga keluarga pengantin perempuan.”
“Baiklah, kalau boleh cepat sikit ya. Lepas ni, kami perlu bergerak ke masjid yang lain pula.” Terang Hisyam yang berkopiah putih bersama senyuman mekar.
Sebaik sahaja, lelaki yang menemui mereka seketika tadi berlalu, Danny kembali menjadi perhatian.
“Sekarang, kamu ikut kami jumpa keluarga pengantin perempuan. Nak sorokkan pun dah tak boleh! Mereka dah nampak, dah tengok kad ucapan tu.” Gerutu Megat Aiyub bersama kepala yang digeleng perlahan.
“Tak ada cara lain ke Tuk?”
“Tak ada!” sahut kedua-duanya serentak.
“Danny minta maaf Tuk, minta maaf Nek.”
“Sudah, ikut Atuk jumpa mereka.” Megat Aiyub terus melangkah manakala Puteri Aisyah pula terus merenung tajam wajah cucunya itu.
“Kamu ni betul-betul memalukan nenek! Hesy, apalah dosa Atuk dengan Nenek dalam membesarkan kamu!” dengus Puteri Asiyah lalu mengorak langkah mengekori suaminya yang sudah beberapa tapak ke hadapan. Dalam keterpaksaan, dan dalam debar yang tidak berkesudahan, Danny juga terpaksa menurut dan berdepan dengan keluarga tunangannya itu.
“Sebelum kita ambil apa-apa keputusan, baiklah kiranya saya bertanya sendiri kepada keluarga pengantin perempuan.” Liur ditelan dan wajah-wajah keluarga bakal besannya direnung satu persatu.
“Semua dah tahu tentang bayi yang kita jumpa dekat ruang legar masjid ni. Semua dah lihat dan sudah baca kad yang ditulis. Makanya, hendaklah saya tahu bagaimana pendirian keluarga bakal besan saya. Meneruskan majlis atau membatalkan? Apa-apa pun keputusan yang diambil, kami reda.” Sambung Megat Aiyub dibalas dengan jawapan ringkas Danny.
“No!” tiba-tiba Danny bersuara.
“Danny, senyap! Jangan menyampuk!”
“Tuk.. Nek.. please jangan rosakkan masa depan Danny.”
“Danny….” Belum sempat Puteri Aisyah melarang, suara seorang gadis menerpa halwa telinga. Masing-masing mengalih perhatian ke arah tengah kelompok manusia yang sedang berkumpul.
“Tiada siapa yang rosakkan masa depan you Danny. Tapi, you sendiri yang musnahkan segalanya. You hilangkan kepercayaan I, you curang dan berskandal di belakang I hingga you dapat anak luar nikah. Lelaki macam ni yang kononnya nak jadi imam I? Please, I rasa jijik pada you.” Hambur seorang gadis yang indah dengan busana pengantinnya.
“Nadine, please… I akan explain semuanya.” Danny melangkah mendekati Nadine yang berada di tengah-tengah kelompok keluarganya. Kelihatan mereka memberi ruang untuk dirinya menghampiri bakal isteri sendiri.
“Jangan dekat!” wajah dipalingkan namun Danny tetap berkeras mahu memujuk.
“Nadine please… dengar dulu penjelasan I!”  Jemari gadis itu cuba diraih, namun Nadine lebih pantas melarikan lengannya.
“You nak explain apa lagi Danny? Dah terang-terang, surat tu tertulis nama you. Dan, sender tu tahu pula yang you bakal bernikah pada hari ni. Kalau bukan skandal you, siapa lagi? Hantu?” tegang sungguh raut wajah Nadine sewaktu meluahkan apa yang dirasakan ketika ini. Mahu tak sakit hati, tunang yang disayang, rupanya-rupanya telah curang dan punya teman skandal hingga melahirkan anak tak sah taraf. Geram!
“Nadine, kita boleh bincangkan?”
“Tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi!”
“Habis, you nak hentikan majlis kita?”
Nadine mengangguk walaupun hatinya begitu payah menerima kenyataan serupa ini. Sayang memanglah sayang, tapi, sekali dicurangi, rasa sayang sudah pastinya terbang melayang.
“I tak boleh hidup dengan you.. dengan lelaki yang menipu I hidup-hidup.”
“Nadine… sumpah, I tak buat semua tu. I dah lama bertaubat! You pun tahukan?”
Nadine senyap, apa pun yang diperkatakan oleh Danny tidak lagi terkesan di hatinya. Seluruh jiwa raga sudah dipaku dengan sebuah penipuan yang maha dahsyat. Mana mungkin, kepercayaan itu diberikan kepada lelaki yang pernah memusnahkannya. Musnah dan hancur dihari bahagia pula tu.
“I tahu you tak percayakan I lagi.. tapi, fikir dalam-dalam, dan kenang semula sikap dan perilaku I sepanjang bersama dengan you. Kalau you tak boleh berfikir sekarang, ambillah sebanyak mana pun masa yang you perlukan. I sanggup tunggu!”
“Tak perlu, I tak mahukan you lagi. Majlis ni mesti dibatalkan! I tak mahu bersuamikan lelaki kasanova. Dan yang paling penting, I tak mahu jadi mak tiri kepada anak haram you.” Tukas Nadine membuatkan hati Danny tersiat tiba-tiba. Lontaran dan nada yang terhambur dari bibir Nadine cukup mencalarkan hati lelakinya.
“Tergamak you cakap macam ni pada I Nadine?”
“Dan tergamak juga you tipu I hidup-hidup?” Tanya Nadine dengan wajah separa kecewa.
“I tak tipu you. Tentang baby tu, sumpah I tak tahu apa-apa.”
“Fine, kalau you dah tahu fasal budak tu nanti. You explain pada I dan kita sambung semula hubungan kita. Buat masa ni, hati I betul-betul terluka. Hingga nak pandang you pun, I tak rela!” lirih suara Nadine buat Danny terkesima.
“Nadine… please jangan buat keputusan terburu-buru. I sayangkan you Nadine.” luah Danny perlahan. Entah mengapa, dia duduk melutut berdepan dengan Nadine yang sedang berdiri tegak. Ah, dia benar-benar sayangkan Nadine dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekasihnya itu.
“Cukuplah Danny. I dah beri banyak peluang tapi you sia-siakan peluang yang I beri. Skandal you merata-rata. I boleh sabar dan boleh tahan. I fikir, mungkin you akan berubah! Dan mungkin, itu kisah silam you. Tapi, untuk kejadian hari ni.. hati I..” Nadine tekap tapak tangan ke dadanya. Nada sebaknya tidak dapat disembunyikan lagi.
“Hati I terlalu sakit. Susah untuk I terima semua ni. Lebih-lebih lagi dihari yang I sangka I akan tersenyum gembira dan bahagia. Tapi sayang, impian I hanya tinggal impian. Harapan I musnah!”
“I minta maaf Nadine.”
“Tiada maaf untuk you Danny. Lebih baik kita berpisah. Bila you dah jumpa jawapan untuk semua ni, siapa budak tu? Siapa ibunya? Dan untuk apa mereka rosakkan majlis kita?  You carilah I dan kita bersatu semua. Kalau hati I masih ada pada you, suatu hari nanti pasti I akan datang dan cari you.” Sambungnya tidak lama selepas itu.
Danny terdiam, kehendak Nadine sukar diturutkan. Namun melihat penerimaan tunangnya itu, Danny akui, Nadine terlalu kecewa hingga tidak sudi memandang wajahnya lagi. Oleh itu, keputusan yang paling sukar, terpaksa juga diputuskan.
Nafas ditarik lalu dihela perlahan. Biacara diatur dan kata-kata dilafaz tenang.
“Betul you nak batalkan majlis ni?”
Nadine tidak menjawab, hanya anggukannya sahaja yang terlihat.
“Baiklah, kalau itu yang you mahu…. I turutkan. Tapi, kebenaran akan bersama orang yang benar. Lambat atau cepat, hanya masa yang akan menentukan. Tiba masanya nanti, you akan tahu siapa yang benar dan siapa yang salah!”
Nadine mengangguk. “Ya, itu yang sebaiknya! Majlis kita berakhir di sini. Moga you dapat jawapan disebalik apa yang berlaku.”
“Nadine..” tegur seorang lelaki yang juga merupakan bapa kepada gadis itu.
Gadis yang sedang menahan sebak, menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Ya papa?” tubirnya bergenang.
“Jangan ikutkan perasaan. Fikir masak-masak.” Pesan lelaki itu disambut gelengan kecilnya. Untuk apa dia berfikir lagi, sedangkan keaiban ini sudah mencalarkan maruahnya. Dia tidak mahu bersuamikan lelaki yang pernah berhubungan dengan perempuan lain hingga melahirkan anak tidak sah taraf. Benar-benar memalukan.
“Pa..  Nadine dah fikir masak-masak. Keputusan Nadine muktamad!” Luah Nadine dengan suara bergetar.
“Kalau itu keputusan Nadine, papa tak menghalang. Anak papa ada hak untuk memilih.”
“Papa tak marah?” Nadine yang sudah dirias dan disolek, merenung wajah papanya dengan sepenuh perhatian.
“Tak… kebahagiaan Nadine, keutamaan papa.”
Usai berakhirnya kata-kata bapa kepada pengantin perempuan, maka mengertilah Datuk Megat Aiyub bahawasanya majlis yang dirancang, terpaksa dibatalkan atas kehendak pengantin perempuan sendiri. Tambahan pula, Danny yang membuatkan keadaan bertukar kucar kacir. Apapun keputusan yang telah dibuat, mereka tiada kuasa untuk mengubahnya lagi. Majlis yang dirancang terpaksa dihentikan demi menjaga air muka pengantin perempuan.

Jemput baca semua :)

p/s: Mr. Scandal akan saya terbitkan sendiri...
sape yg minat nak baca n dapatkan naskah ni boleh Pm saya :)

cover sementara :)
Pujaan Hati Kanda akan terbit coming soon
1st update #  wasap 0134239065 bila order dibuka  :)

salam mawar putih
boleh pm saya di fb aulia iman atau wasap di 0134239065
mr.scandal masih otw.. naskah pujaan hati knda insyaallah bln mac ni :)
24 Feb 2016, 13:22:57
salam mawar putih
boleh pm saya di fb aulia iman atau wasap di 0134239065
mr.scandal masih otw.. naskah pujaan hati knda insyaallah bln mac ni :)
24 Feb 2016, 13:22:57

5 comments:

  1. Salam..sy berminat nk dptkan naskhah nie..mcm mna boleh sy dptkn yaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh wassap saya 0134239065 sis atau pm fb saya aulia iman :)

      Delete
  2. Siapala yg dengkikan danny tu...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.