Wednesday, 24 February 2016

PUJAAN HATI KANDA BAB 3 & 4



“Kau dah tiada pilihan lain Danny, hendak atau tidak, budak ni dah jadi tanggungjawab kau!”
“Semudah tu? Entah anak siapa-siapa, aku pulak yang jadi mangsa! Nak jaga bagai. Huh, jangan harap!” dengus kecil itu mengakhiri bicara. Riak tegang diraut itu sudah tidak mampu disembunyikan lagi hingga mengundang gelengan kecil Akashah yang melihat.

“Hei Danny, kau punya majlis akad nikah pun dah cancel tau! Kau nak buat apa lagi? Kau dah tak ada pilihan. Kau kena cari siapa mak budak ni? Dan selesaikan dengan segera. Kau kena bersihkan nama dan imej kau bro!” Anjur Kasyah memberi cadangan.
“Masalahnya aku tak kenal siapa perempuan bernama Fatimah tu? Macam mana aku nak cari dan settlekan masalah ni? Kepala otak aku ni langsung tak boleh nak ingat apa-apa pasal perempuan tu!” Getus Danny dengan riak wajah yang cukup gelisah.
“Takkan kau langsung tak boleh nak ingat? Cubalah kerah sikit otak kau yang banyak akal tu!”
Danny menggeleng lemah. Sungguh dia tak mampu mengingati nama-nama teman skandalnya. Tambah-tambah mereka yang menggunakan nama glamour berbanding nama asal. Jadi, payahlah untuk dia kesan siapa itu Fatimah Binti Asmaan.
“Memang aku tak boleh nak ingat!”
“Masalah besar ni bro! Macam mana kau nak jaga budak ni? Kau bukannya pernah kahwin, tak pernah ada anak? Plus kau kan tak suka budak-budak? So, apa tindakan kau lepas ni?”
“Aku nak hantar budak ni ke balai polis!” jawab Danny mudah.
“Gila? Kau ingat atuk dengan nenek kau restu?”
“Restu atau tidak, aku dah tak ada pilihan Kashah. Otak aku ni ibarat kerak bumi yang membeku berjuta-juta tahun. Memang tak boleh nak fikir apa dah. Stress!”
“Bawa mengucap.. istighfar bro!” tutur Kasyah cuba mententeramkan keadaan rakan baiknya yang juga merangkap ketua di unit pentadbiran tempat dia bekerja.
“Semua tu tak boleh ubah keadaan!” nada lemah terlontar juga. Danny tekup wajah lalu diraup kasar. Masalah semakin parah dan tiada siapa yang sudi memberi sokongan dan kata-kata semangat kepadanya selain Kasyah yang banyak mulut.
“Ya, itu aku tahu.. tapi dalam keadaan sekarang ni, budak mata bulat tu kau nak buat apa?” Tanya Akashah perlahan. Sejenak, dia merenung bayi kecil yang sedang tunak memerhatikan mereka. Comel, putih melepak dan yang paling penting sekecil ini sudah pandai tersenyum. Alah, sejuk hati yang tadinya panas membahang.
“Aku tak tahu…” jawab Danny perlahan.
“Kau cari babysitter bro?”
“Baik aku hantar ke nursery. Tak payah pening-pening kepala.”
“Tak boleh. Nursery ikut office hour. Babysitter boleh jaga siang malam!” hambur Kasyah seraya melabuhkan punggungnya dekat dengan si kecil yang berada di dalam stroller bayi.
Mendengar cadangan Kasyah, minda Danny mengakui kebenarannya. “Good idea. So, macam mana aku nak cari babysitter tu? Kau ada kenal sesiapa yang sudi jadi pengasuh siang malam?”
Kasyah menggeleng namun dia punya idea untuk membantu membawa Danny keluar dari bala malapetaka yang dicari oleh lelaki itu sendiri. “Apa susahnya, iklankan dalam internet, offer gaji yang tinggi, confirm ada yang berminat. Lepas tu, kau boleh fokus pada perkara lain!”
“Perkara lain?”
“Yelah, perkara lain. Maksud aku, misi menjejak skandal kau satu persatu. Mesti salah seorang daripada mereka terlibat dalam konspirasi memalukan ni.”
“Baiklah, aku setuju dengan cadangan kau! Bila kita boleh mula?”
“Aku rasa, lebih cepat lebih bagus! Budak ni perlukan penjagaan.” Balas Kasyah sambil membuat mimik muka yang pelbagai demi mengangah si kecil yang sudah pandai memberi respon.
“Okey, aku akan settlekan hal ni secepat mungkin! Kau nak kemana lepas ni?” soal Danny pada Kasyah yang sedang sibuk melayan si kecil bernama Rara Dhiyani. Bayi perempuan yang tidak berbintikan mana-mana lelaki. Sah, si kecil ini merupakan anak tidak sah taraf hingga nama si bapa juga tidak layak dimasukkan ke dalam sijil kelahirannya.























BAB 4
“Tiara, tu..” muncung Fazreena sudah terhala ke arah satu sudut. Serentak itu juga, Tiara kalihkan wajah lalu memandang apa yang sedang diperhatikan oleh rakan baiknya itu.
“Mamat tu handsome kan?” giat Fazreena sambil tersenyum-senyum.
“La.. itu je yang kau nak cakap? Aku ingatkan apalah tadi.” Dengan senyuman manis, Tiara menggeleng perlahan. Pinggan yang sudah dicuci, dilap sehingga kering sambil melayan bual bicara rakan serumahnya itu.
Fazreena memang begitu, pantang melihat lelaki kacak. Mudah cair dan jatuh suka. Tapi, dalam mudah cair Fazreena, rakannya itu masih belum berpunya. Masih solo dan kata Fazreena lagi, dia belum bersedia untuk bercinta dan dicintai.
“Tapi kan Tiara… dari tadi lagi aku tengok mamat tu asyik termenung. Muka dia serabut,” komen Fazreena sambil mencuri pandang wajah pelanggan yang duduk di sudut restoran paling hujung.
“Entahlah Reena, mungkin dia ada masalah dengan kerja. Tak pun, dia tengah bergaduh dengan girlfriend. Who knows?” Tiara meneka masalah yang melanda jejaka berkening lebat itu.
“Aku rasa tekaan kau memang betul. Kalau bukan sebab kerja, mesti sebab perempuan. Yelah, lelaki handsome macam mamat tu, takkanlah tak ada girlfriend. Ya tak?”
“Ya, Reena. Betul aku setuju.” Gumam Tiara seraya memanggung wajah lalu mengukir senyuman manis. Sesekali, dia memerhatikan figura lelaki yang menjadi topik perbualan mereka lewat tengahari itu. Berkemeja dengan lengan disinsing ke hujung siku serta rambut yang kemas bersisir, hati kecilnya turut mengakui kekacakan lelaki yang disebut-sebut Fazreena.
“Tiara, kamu dengan Fazreena tak habis-habis bergosip?” Sergah seseorang memeranjatkan mereka yang sedang rancak berbual.
“Sorry Kak Zah.” Balas Reena perlahan.
“Dari tadi lagi Kak Zah perhatikan perangai kamu berdua. Tak habis-habis bersembang, kerja buat cara kerja! Jangan mencuri tulang!”
Tiara dan Reena senyap membisu. Sarang tebuan jangan dijolok, karang mereka juga yang kena sengat. Biarlah Kak Zah mahu membebel, yang penting mereka dapat terus bekerja demi menampung kos hidup yang tinggi di bandaraya ini.
“Ni, tolong hantar pada customer.”
“Biar saya hantarkan.” tawar Fazreena yang bekerja sebagai pelayan disambut dengan wajah kelat Kak Zah.
“Tak perlu! Kak Zah mahu Tiara yang hantar pesanan ni.”
Fazreena terdiam seraya memerhatikan Tiara yang terpinga-pinga. Pembantu dapur diminta menghantar pesanan kepada pelanggan. Di mana logiknya!
“Pergilah cepat!” tekan Kak Zah sedikit tinggi.
Tiara menoleh sejenak. “Baiklah, Tiara hantar sekarang!” kerja mengelap ditinggalkan. Lalu dulang yang tersusun pinggan berisi mee rebus disentuh cermat.
Kak Zah yang sedang bercekak pinggan dikerling melalui hujung mata. Ah, hari ni sahaja sudah dua hingga ke tiga kali menjadi mangsa bulian wanita itu. Entah apa yang tidak kena, dia sendiri tidak pasti.
“Hah, menonong je! Kau tahu ke pesanan tu untuk siapa?” sekali lagi disergah. Tiara terdiam, langkah terhenti manakala Fazreena yang mendengar, sekadar mampu menelan liur.
“Maaf kak Zah, saya terlupa.”
“Cuai! Macam manalah bos boleh ambil kau bekerja hah? Menyusahkan!” cemuh Kak Zah dengan riak wajah menjengkelkan.
“Maaf Kak Zah.” Tiara memohon maaf. Enggan memanjangkan cerita.
“Sudah, pergi hantar pesanan ni ke meja 16. Cepat, jangan lembab sangat. Jangan nak makan gaji buta!” Herdiknya menyakitkan hati Tiara yang mendengar.
Malas hendak bertegang urat, wanita yang baru menyandang jawatan ketua hidangan sajian itu cepat-cepat ditinggalkan. Kaki pula dihayun mendekati meja bernombor 16.
“Mee rebus dan ice lemon tea untuk cik?” ujar Tiara sewaktu berdiri di sisi meja bernombor 16.
Gadis yang membuat pesanan mendongak sejenak. “Ya, letak situ.” Tuturnya seraya tunduk semula memeriksa iPad di tangan. Kelihatan beberapa helai kertas turut berada tidak jauh dari tas tangan gadis itu.
Baru sahaja Tiara mahu meletakkan di tempat yang diarahkan, gadis tadi mendengus.
“Situ’lah, bukan sini!” omelnya perlahan. Sikit pun tak pandang Tiara yang masih statik.
“Maaf cik.” Kedudukan mangkuk berisi mee rebus dikalihkan. Dan sekali lagi, komplen pelanggan diterima.
“Hei.. you ni tak faham bahasa ke tidak? I suruh letak di situ, bukan di sini!” tiba-tiba cik gadis berambut separas dada memekik lantang. Hampir satu restoran memerhati.
“Maaf cik, saya ingat cik suruh letak dekat sini.”
“You nampak tak, meja ni besar? I suruh you letak dekat situ sebab I nak buat kerja. Kalau tumpah atas paper work I macam mana? Ada otak fikirlah sikit!” sergahnya dengan mata membulat.
Nah, sekali lagi Tiara menjadi mangsa amukan!
‘Hai, kenapalah nasib kau selalu begini Tiara.’ Keluh hati kecilnya perlahan.
“Maaf cik.. boleh saya bantu.” Kak Zah muncul ditengah kekalutan yang berlaku.
‘Alamak, habislah kau Tiara! Dia dah datang, pasti sekali lagi kau kena bambu dengan dengan dia ni!’ desis hati yang mula dihambat rasa gusar.
“Pekerja you ni… tahu buat kerja ke tidak? Bahasa mudah pun susah nak faham, dia ni habis sekolah ke tidak?” gadis tadi bangkit dan berdiri menghadap Kak Zah yang berdiri disisi Tiara.
“Saya minta maaf bagi pihak pekerja saya.”
“No, I dah tak ada selera nak makan di sini. Service out!” tegas si gadis memucatkan wajah Tiara.
“Maaf cik, kami ganti yang lain atau cik boleh makan tanpa bayaran. Anggaplah ini sebagai ganti rugi dari pihak kami.” Pujuk Kak Zah bersungguh.
“Tak ingin aku nak makan dekat sini lagi.” Tas tangan digapai lalu disangkut ke bahu. Sesudah itu pula, kertas-kertas di atas meja dikutip pantas.  Usai mengemas barang-barang miliknya, wajah Kak Zah dan Tiara dipandang silih berganti.
“I akan complain pada pengurusan you!” ugut si gadis buat Kak Zah tidak keruan.
“Maaf cik. Jangan buat macam tu. Kami sanggup bayar ganti rugi!”
“Ganti rugi pun tak boleh nak recover hati I yang dah sakit ni! Ah, tepilah sikit! Makan di tempat lain lagi bagus! Tak menyakitkan hati!” bahu Kak Zah ditolak agar dia dapat berlalu dari restoran yang tidak menyenangkan.
“Cik.. Cik… tunggu dulu.” Seru Kak Zah memanggil pelanggannya itu. Namun tiada respon yang diperoleh. Gadis tadi terus berlalu tanpa menoleh kepadanya. Beberapa saat kemudian, pandangan tajam dikalih ke arah Tiara yang termangu.
“Apa yang kau dah buat ni Tiara? Kalau macam ni’lah prestasi kerja kau, lama-lama boleh bankrupt restoran ni.” Marah Kak Zah sudah tidak terkawal hingga terlupa kepada pelanggan lain yang masih berada di dalam restoran yang sama.
“Maaf Kak Zah. Saya tak sengaja, lagipun pelanggan tadi cerewet.”
“Itu bukan alasannya!”
“Saya tak salah.” pertahan Tiara perlahan.
“Dasar budak kampung. Bekerja main-main, tak pernah serius. Makan gaji buta!”
“Kak Zah jangan hina saya. Memang saya budak kampung, tapi saya ada maruah.”
“Maruah apanya? Kerja mudah macam ni pun tak boleh nak buat? Bukan makan gaji buta namanya? Bapak kau tak ajar?” laju sahaja bibir Kak Zah melontar kata hingga ada hati yang sudah tergores.
“Cakap sikit nak sentap.. tegur sikit nak menangis!” herdik Kak Zah tanpa rasa simpati. Mulutnya lebih pantas berkata-kata tanpa memikirkan perasaan insan yang dicemuh.
Tiara senyap lagi, namun air jernih sudah bertakung di tubir mata.
“Hei, aku tanya ni.. bapak kau tak ajar ke?” soal Kak Zah masih belum puas hati.
“Bapak saya dah lama meninggal.” Jawab Tiara perlahan. Serentak itu juga, Fazreena yang sedari tadi memerhati, melangkah mendekati. Telinganya sudah bengkak mendengar cemuhan wanita itu.
“Tiara, jomlah berambus dari sini! Aku dah bosan dengan cara kerja restoran ni. Pelanggan yang bermasalah, kita juga yang kena. Chef masak tak sedap, kita juga yang kena bambu. Pinggan sompek, kita juga yang kena hamun. Jomlah berambus, aku dah tak tahan!” Fazreena muncul lalu menghambur rasa amarah yang selama ini ditahan-tahan. Dengan bersahaja, tali apron yang melilit pinggang ditanggalkan lalu dicampak ke atas meja. Sengaja memprovok wanita itu.
“Kak Zah, saya nak cakap sikit!” gumam Fazreena sambil bercekak pinggang menghadap Kak Zah yang perasan bagus,
“Kau nak cakap apa? Kalau nak kerja lama, jangan masuk campur!” tutur Kak Zah bongkak.
Fazreena mendengus kasar. Kak Zah perlu diajar. “Kalau saya tahu perangai Kak Zah macam ni, mati hidup semula pun saya tak teringin nak kerja dekat sini!”
“Kau jaga mulut kau Fazreena!”
“Baru naik pangkat jadi ketua sajian hidangan, dah lupa diri dan menyombong tak bertempat.”
“Hei, kau jangan nak kurang ajar dengan aku, Fazreena.”
“Kenapa? Tak boleh? Kalau Kak Zah kurang ajar dengan staf, takpe pulak?” hambur Fazreena buat wajah Kak Zah bertukar menjadi merah padam.
“Kau, kalau nak berambus… silakan! Pergi! Jangan nak naikkan darah aku!”
“Memang saya nak berambus! Apa hal? Kak Zah ada masalah?” balas Reena cuba menaikkan darah Kak Zah seperti mana darahnya yang sedang menggelegak hebat.
“Tapi Reena.. gaji kita macam mana? Sewa rumah nak kena bayar hujung bulan ni.” Bisik Tiara perlahan. Tanpa sedar, belakang tangan kanan sudah mengelap air mata yang hampir gugur.
“Sudahlah Tiara, anggap ajelah rezeki kita ditempat lain. Bukan di sini.” Pujuk Fazreena seraya menyentuh lengan Tiara agar rakan baiknya itu bersetuju untuk pergi.
“Jom…” gesanya disambut dengan anggukan. Perlahan-lahan, apron di tubuh ditanggalkan lalu diletak cermat di atas meja.
“Ha, baguslah kalau kamu berdua keluar dari restoran ni. Tak rugi apa-apa pun!” sampuk Kak Zah pedih menampar gegendang telinga mereka berdua.
“Restoran ni yang rugi kerana menggaji pekerja macam Kak Zah. Tak ada budi bahasa dan tak beretika.” herdik Fazreena melepaskan rasa sakit di sudut hati.
“Kau diam. Jangan menyibuk, cepatlah berambus!” balas Kak Zah dengan suara tak tertahan-tahan.

2 comments:

  1. Danny ke yg depa skodeng tu �� betulla customer always right tp Xpatutla jatuhkan air muka staf dpn public gitu ��

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.