Monday, 13 March 2017

USOP HANTU VS CIK BUNGA BAB 4



BAB 4

“Abah, kenapa Usop beli kereta?” Soalku sebaik sahaja kami duduk di kerusi kosong di sebuah restauran makanan segera. Abah yang teringin ke sini, katanya rindu nak makan ayam goreng cicah sos cili. Walhal kat rumah pun boleh buat, ni kes abah sengaja nak bermanja dengan akulah ni. Ecah tahu sangat taktik abah tu, hehe.

“Usop beli kereta untuk ayah dia, Imam Imran.”
“Kenapa dengan kereta Pak Imam tu bah? Rosak ke?” Soalku sedikit hairan.
Yelah, setahu aku, Imam Imran ayah kepada Usop Hantu memang sayangkan kereta Volvo lama miliknya itu. Pernah dibelikan kereta baru oleh anak imam tu dulu, tapi tak digunakannya. Volvo lama itu juga ‘digodam’ sampai lucut sana sini.
“Haah rosak. Usop yang rosakkan.”
“Usop yang rosakkan? Dia buat apa dengan kereta antik ayah dia tu bah?”
“Usop kata dia pinjam bawa ronda-ronda pergi pekan, waktu dia nak balik, turun dari bukit, jalan pula gelap takde lampu. Tiba-tiba dia terlanggar sesuatu.”
“Langgar siapa abah? Mati ke tidak orang yang kena langgar tu? ” Aku dah mula rasa berdebar. Wajah abah aku pandang tepat-tepat.
“Usop tak langgar orang.”
“Habis, dia langgar apa? Langgar pokok tepi jalan ke?”
Abah menggeleng lagi. Betul-betul buat aku tak senang duduk. Berdebar sungguh dada aku ni.
“Bukan!”
“Mesti Usop terlanggar anak jin?” Tekaanku dan melibatkan perkara mistik.
Abah menggeleng dan kali ini aku lihat abah tahan senyum.
“Kenapa abah senyum?
“Abah rasa lucu dengan Usop.”
“Kenapa dengan Usop tu abah? Dia langgar siapa sebenarnya?”
Dengan gelak kecil abah menjawab pertanyaan aku. “Usop langgar anak lembu!”
“Langgar anak lembu?” Nada aku sedikit tinggi dek kerana terkejut. Telahan aku meleset. Bukan orang, bukan pokok dan bukan juga anak jin. Tapi Usop langgar anak lembu.
“Ya, Usop terlanggar anak lembu yang dah mati. Elok-elok Volvo tu berkilat, habis kotor dan terburai kat situ juga. Separuh dari bahagian kereta antik tu berada atas lembu, bahagian belakangnya je masih di atas jalan raya.”
“Sampai macam tu sekali?”
Abah mengangguk.
“Dah tak boleh nak buat apa, Usop tekan minyak sampai keluar asap berkepul-kepul akhirnya kereta Pak Imam pun bergerak dan tayar belakang terus ternaik ke atas badan lembu tu sebelum Usop pandu terus balik ke rumah.”
Aku menggeleng. Sampai macam tu sekali perangai Usop. Kenapa dia tak alihkan lembu tu dulu, takpun dia undur kereta dan lalu je ikut jalan lain?
“Bah, Usop tu jahat juga ya.”
“Kenapa Ecah cakap macam tu?” Dahi abah yang sedia berkedut semakin berkedut-kedut apabila aku kata sebegitu.
“Yelah, dia tak berperikemanusiaan. Kenapa sanggup langgar lembu tu, kalau dia alihkan ke tepi pun tak mengapa. Kesian lembu tu.”
Abah tergelak mendengar bebelan aku. Kenapa? Salah ke cadangan aku tu?
“Ecah, anak lembu bukan sekilo dua kilo Ecah. Tapi berkilo-kilo. Tak larat Usop nak angkat dan alihkan sorang-sorang. Itu yang dia gagahkan diri dok tekan minyak sampai melompat Volvo Pak Imam kat atas badan anak lembu tu.” Ucap abah bersama tawanya.
Aku pula hanya mengangguk dan membayangkan kereta kodok milik Pak Imam sedang mengeluarkan asap berkepul-kepul sambil sedia melompat naik ke atas badan anak lembu. Oh, tak boleh dibayangkan!
Haih, Usop… Usop… dia memang macam tu ke apa? Rosakkan kereta ayah dia pula tu. Kesian Pak Imam dapat anak macam Usop. Langsung tak sama seperti abang-abang Usop yang lain. Berpendidikan, bekerjaya dan bagus ilmu agamanya. Memang jauh beza Usop dengan mereka semua. Tapi, nak buat bagaimana lagi, setiap anak-anak tu punya karakter dan tingkah-laku yang berbeza. Tak boleh disbanding-bandingkan.
***

Lepas teman abah makan ayam goreng dan bungkuskan untuk ibu di rumah, aku terus masuk ke taska menjalankan rutinku seperti selalu. Anak-anak kecil yang dahagakan kasih sayang dan ternanti-nanti kedatangan ibu bapa masing-masing, ku layan dengan sepenuh kasih.
“Ecah, Kak Nor dengar Ecah nak beli kereta ya?”
Aku senyum. Haih, cepat betul gosip tersebar.
“Mana Kak Nor tahu?”
“Tadi, Kak Nor repair tayar motor kat bengkel Usop Kacak, dioranglah beritahu.”
“Siapa? Usop ke?”
“Entah, manalah Kak Nor kenal Usop tu siapa?”
“Cuba Kak Nor beritahu, orangnya macam mana?” Aku minta Kak Nor terangkan ciri-ciri lelaki yang menyampaikan gosip tersebut walaupun aku yakin Usoplah orangnya.
“Orangnya tinggi, hidung mancung, kulit nak kata cerah tak cerah, nak kata gelap, tak juga gelap.”
“Warna kulit tu macam mana? Macam teh tarik ke, atau macam kopi susu?” Aku beri gambaran kepada Kak Nor.
“Ish, tak perasanlah pulak. Yang pasti, hidung dia mancung. Ha… dialah yang beritahu pda Kak Nor.”
“Alamak, kat bengkel tu ada lima orang semuanya Kak Nor. Tapi Ecah tak pasti berapa ramai yang berhidung mancung.”
“Mungkinlah dia orangnya. Kenapa Ecah tanya?”
“Tak ada apalah Kak Nor. Saja nak tahu.” Aku sengih tayang gigi sedangkan perasaan yang ku tanggung seperti sumbu mercun yang sedang terbakar menanti letupan yang mampu menghingar-bingarkan suasana damai.
“Ni, boleh Kak Nor tahu kereta apa yang Ecah beli?” Kak Nor menyoal sambil menyemak kerja sekolah anak-anak taska berumur lima tahun.
Aku senyum malu, nak beritahu pun terasa segan.
“Kereta biasa-biasa je Kak Nor.”
“Yelah, biasa-biasa tu kereta apa?”
“Axia.” Aku jawab sepatah.
Kak Nor tersenyum memandang aku seketika sebelum menancap kerja-kerjanya. Bibir pula riuh berceloteh.
“Baguslah tu, Axia pun kereta juga tu Ecah. Yang penting tak kena panas tak kena hujan, syukur alhamdulillah.”
Lega, ingatkan Kak Nor nak kondem kenderaan aku. Rupanya tidak, wanita ini sempat lagi menghambur kata-kata positif.
*** 

Seperti biasa, tepat pukul 6.30 petang aku akan pulang ke rumah melalui jalan yang sama seperti dua bulan lepas.
“Dia lagi.” Suara itu kendengaran sinis.
Aku menjeling dari ekor mata, ternampak Usop Hantu sedang isi angin ke dalam tayar motorsikal yang sedang diperbaiki.
“Jangan menjeling sangat, nanti juling mata tu baru tahu.”
“Kalau saya juling pun, beri masalah kepada awak ke?” Soalku sinis sempat lagi menghadiahkan jelingan tajam kepadanya.
Usop lepaskan nafas lalu dia ditinggalkan semuanya lalu bangkit berdiri. Sejurus itu, aku lihat dia tanggalkan sarung tangannya dan menyelak sedikit rambut yang jatuh ke dahi. Beberapa saat kemudian, dia melangkah mendapatkan aku yang terhenti gara-gara mahu bertikam lidah dengannya.
“Kalau awak juling, pergi jumpa pakar mata supaya mata juling awak tu boleh dipulihkan. Taklah saya confused nanti, muka pandang saya, tapi anak mata ke hulu ke hilir tak duduk diam!”
Aku ketap bibir. Dia ni melampau. Menghina nampaknya! Harus disekolahkan!
“Usop, ini dah kira menghina ciptaan Tuhan tahu tak! Tiada sesiapa pun yang minta dilahirkan dengan keadaan mata juling. Jadi tolonglah faham dan hormatkan golongan sebegitu!”
“Saya tak hina sesiapa. Saya kata kalau awak juling!” Ulang Usop menekan nada pada perkataan ‘kalau’.
“Tapi statement awak dah dianggap menghina.”
“Susahlah cakap dengan budak pintar lulusan luar negara ni! Benda yang simple dianggap complicated! Orang kata lain, dia faham lain.” Usop hela nafasnya. Aku pula dah rasa seperti dipersenda.
“Jangan nak perli sayalah!”
“Siapa perli siapa? Salah ke apa yang saya kata. Awak budak pintar lulusan oversea. Jadi, kat mana unsur-unsur perli tu? See… saya dah kata, budak pintar ni complicated!” Tegas Usop bersungguh. Nak menang je, sesekali mengalah dan beri kemenangan tu pada aku tak boleh ke?
“Tadi awak hina orang mata juling. Now, awak sindir-sindir saya.”
“Cik Bunga Aisyah, saya tak hina sesiapa apatah lagi nak sindir-sindir awak. Saya bagi solution untuk golongan mata juling! Dan satu lagi yang awak terasa sangat tu dah kenapa? Awak tak julingkan?”
“Whateverlah Usop. Sekarang ni saya nak tuntut penjelasan.” Malas nak bertekak tentang isu tadi. Tahun depan pun tak habis.
“Penjelasan apa pula ni Cikgu Bunga?”
Usop memang gemar panggil aku Bunga. Tak tahulah kenapa.
“Siapa yang bocorkan rahsia tentang pembelian Axia saya tu? Awakkan?” Aku menuduh Usop. Yelah, siapa lagi kalau bukan dia. Dan yang membuatkan aku rasa aneh adalah apabila tuduhan aku disambut gelak kecil usop.
“Apasla gelak? Awak ni memang mulut tempayan tahu tak! Tak boleh simpan rahsia.” Gerutuku dengan rasa geram.
Usop masih seperti tadi. Berdiri tegak dengan jeans koyak kat lutut, kesan kotor di seluruh pakaian bengkelnya, dan jari jemari yang terpalit minyak hitam sudah cukup menggambarkan Usop begitu komited terhadap kerjanya.
“Dah habis merenung?” Soalan Usop buat aku tersentak.
Cepat-cepat aku menggeleng. Bila masa pula aku merenung dia.
“Awak, tak baik tahu menfitnah!”
“Siapa fitnah siapa? Awak tu yang bawa mulut. Belum apa-apa dah kecoh sekampung. Buat malu saya je.”
Usop senyum sambil mengeleng kepala.
“Jangan buat-buat tak bersalah. Saya tak suka tahu, saya kecewa dengan sikap awak.” Luahku dengan nada mendatar.
Usop pula lepaskan keluhan, tidak lagi tersenyum dan kali ini dia yang bermata sedikit bundar memerhatikan wajahku dengan muka serius.
“Cikgu Bunga, apa kata cikgu log in Facebook dan search Page Agen Jualan Kereta Baru. Kat situ terpampang muka cikgu sebesar-besar alam.”
“Hah? Kat Facebook? Muka saya kat situ?” Soalku sambil mengunjuk jari telunjuk ke wajah sendiri. Usop pula mengangguk bila aku menyoal sebegitu.
“Ya Allah, dah kenapa muka saya ada kat situ. Ish, bila masa pula diorang ambil gambar saya?”
Usop melepas keluhan panjang.
“Sendiri yang senyum nampak gigi, tayang muka bahagia, lepas tu bila orang upload masuk ke FB, awak sendiri yang nak mengamuk. Konon-kononnya tak tahu apa-apa.”
“Sumpah saya tak tahu apa-apa.”
“Sudahlah tu Cikgu Bunga, sekarang minta maaf kat saya. Awak dah fitnah saya tadi.”
Wait, Kak Nor yang jadi cikgu kat taska saya tu kata, dia dapat tahu saya nak beli kereta lepas bersembang dengan salah seorang pekerja berhidung mancung di bengkel awak ni. Ha, tak lain tak bukan, awaklah orangnyakan?”
Usop senyap sebelum aku lihat dia berpaling ke bengkelnya.
“Man, kau ke sini, panggil diorang sekali.” Laung Usop kepada pekerja bernama Man.
Selang beberapa saat, aku lihat satu persatu pekerja Usop muncul di perkarangan bengkel. Usop yang memandang ke arah mereka seketika tadi kembali memandang wajahku.
“Kat sana ada Man, Mail, Suresh dengan Silva. Yang Melayu tu hidung biasa-biasa je. Yang mancung ada tiga termasuk saya. So, awak rasa siapa yang bersembang dengan Kak Nor awak tu? Saya tak kenal Kak Nor awak, dan saya baru je balik ke bengkel. Ada urusan luar sekejap tadi, jadi jangan tuduh sembarangan ye cikgu.”
Alamak, aku salah tuduh oranglah. Takkan Usop beritahu kut, yelah dia kata dia tak ada sewaktu kejadian. Mungkin yang bersembang dengan Kak Nor adalah lelaki berbangsa India tu kut.
“Err… awak tak ada di bengkel ya petang tadi?” Soalku lambat-lambat.
“Ya, saya sibuk kat luar.”
“Ohhh… okey.” Aku angguk perlahan-lahan. Waktu ni, terasa mahu lari sembunyikan muka ke dalam guni. Tak mampu nak hadap Usop yang merenung seperti singa jadian.
“Tak baik tahu menuduh tanpa usul periksa. Sudahlah, pergi balik. Kalau lambat balik, ada juga yang jadi sosej goreng kat sini.” Tutur Usop lantas berpaling lalu kembali ke bengkel mendapatkan pekerja lalu meninggalkan aku terpinga-pinga seorang diri.

JGN LUPA BACA CINTA DIHUJUNG NODA BAB 50-51 
KILK LINK INI :

JGN LUPA KOMEN TAU CITE NI :)

2 comments:

  1. Salam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Hahaha kelakar ecah..cpt sgt sentap klu apa2 berkaitan dgn si usop tu..xmintak maap pulak tu 😆😂😂😂 thx AI for the update 🌹🌷

    ReplyDelete

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.